Jam
di tangan dilirik dengan hujung mata. Lambat! Lambat! Dah 8.30 pagi. Kuliah
mula pukul 8 pagi tadi. Mati kau kali ni Thia. Mati! Gatal sangat nak tengok Running
Man semalam sampai pukul 4 pagi, bukan kau tak tahu yang pagi ni kau ada kelas.
Tanggunglah akibat dia nanti dengan Prof Adi, memang cari bala betul! Fathia
membebel-bebel memarahi dirinya sendiri.
Langkah
Thia pun makin lama makin tak teratur jadinya. Tergesa-gesa. Kaki dilangkah
sebesar mungkin! Nak kejar masa. Sesekali Thia cuba menyeimbangkan badannya
yang terhuyung-hayang, nyaris-nyaris dia hendak jatuh, pergerakannya terasa
sukar kerana memakai kasut tumit tinggi. Thia merengus kasar. Menyesal pula
pakai kasut tumit tinggi ni. Tapi dah kasut ni je yang matching dengan
baju blaus yang dia pakai hari ni nak buat macam mana? Betullah orang cakap,
biar menderita asal nampak cantik. Beauty
needs pain.
Tiba-tiba
ada seekor kucing hitam melintas di hadapannya. Kakinya terpelecok! Thia yang
terkejut dan tak bersedia berhenti terus jatuh terduduk ala-ala gadis melayu
terakhir, duduk bersimpuh.
Aduh!
Sakitnya…
Betullah
malang tak berbau. Kalau berbau mesti Thia boleh detect awal-awal dan tak la dia jatuh macam nangka busuk tadi. Thia
mengusap buku lalinya berkali-kali yang sudah mula bertukar warna menjadi kebiru-biruan.
Lebam. Dalam sakit-sakit pun sempat lagi matanya meliar mencari kasut tumit
tinggi yang tercabut ketika dia terjatuh tadi.
Ah,
dah nampak pun… 2 meter darinya. Terus dicapai kasut tersebut dan diangkat
tinggi separas mukanya. Sentap hati Thia bila melihat keadaan kasutnya itu.
Matanya tiba-tiba bergenang dengan air mata. “Tumit kasut aku tercabut…” Thia
bersuara lirih. Kasut tumit tinggi yang tercabut tapaknya itu dipandang sayu.
Thia…
Thia… sakit kaki yang lebam tu tak pulak
dia menangis. Kasut yang tercabut tapak tu yang dia tangiskan?
Thia
mengeluh perlahan.
-----------------------
“Dummm!”
Pintu dewan kuliah ditolak kasar dari luar. Wajah bengang Thia terpampang.
Semua
mata yang dari tadi khusyuk menunduk ke bawah untuk menyiapkan tugas yang
diberi serentak melangut memandang ke arah pintu dewan kuliah yang dibuka
tiba-tiba secara kasar. Samseng betul Thia ni. Thia berdiri macam tiang
elektrik depan pintu tu. Statik. Macam dalam movie pula, semua mata memandang
ke arah Thia yang berdiri terpacak dekat situ tak bergerak. Thia pula memandang
semua orang dengan wajah tak ada perasaan. Kasut tumit tinggi kesayangannya tercabut
tapak! Ingat dia ada mood lagi ke nak gelak-gelak.
Krik,
krik! Suasana sepi seketika. Macam malaikat lalu…
Mata
Thia diangkat memandang ke hadapan. Tempat pensyarahnya duduk… “Prof Adi saya…
eh?” Thia terkejut. Di hadapannya kini bukan Prof Adi tapi… tapi… a handsome young guy! Oh my… macam mana
Prof Adi yang buncit tu boleh jadi abang badan tough ni? Thia diserang rasa pelik.
Kening
lelaki tu terangkat memandang keadaan Thia. Rambut Thia yang sedikit serabut
dan berkaki ayam! Apahal minah ni? Wayar dalam otak putus ke apa datang kuliah
tak berkasut. Sesaat mata mereka bertembung. Kemudian mata lelaki itu tertancap
kepada kasut tumit tinggi yang tercabut tapaknya yang dipegang erat oleh tangan
kiri Thia sudah cukup untuk menjelaskan kenapa dia berkaki ayam ke kuliah.
Pelajar-pelajar
lain mula ketawa melihat keadaan Thia yang dirasakan lucu itu. Mana pernah ada
sejarah dalam kelas mereka, datang kuliah berkaki ayam! Kalau betul pun kasut
tak ada nak pakai… berani jamin yang mereka lebih rela ponteng kelas dari
datang kuliah tak berkasut! Tu kalau orang lainlah… kalau Thia? Kan dah muncul
tu…
“Mana
Prof Adi?” Thia menyoal.
“Rumah
banjir ke cik adik?” lelaki tu menyoal Thia sarkastik.
Satu
dewan ketawa.
Thia
mencebik. Benci bila dirinya dipersendakan di hadapan orang ramai. Biadap betul
mamat ni. Anak siapa la dia ni? Memang tak ada adab. Aku blacklist kau! Thia mengutuk lelaki tu tapi dalam hati je lah… berani nak kata depan-depan? Idokler jawabnya.
“Kelas
start pukul berapa?” Lelaki tu
menyoal lagi.
“Lapan…”
sepatah Thia jawab. Perlahan je suara
dia.
“Sekarang
pukul berapa?”
“Err,
sembilan lima minit pagi.” Makin sayup suara Thia menjawab.
“Oh,
awak tau? Good… class dismiss.”
Selamba lelaki tu menjawab sambil mula mengemas mejanya.
Rahang
Thia jatuh. Mulutnya ternganga luas. What?
Aku baru sampai kelas dah dismiss?? “Mana
boleh!” Thia membantah keras.
“Kenapa
tak boleh?”
Thia
diam. Lelaki tu tersenyum sinis.
“Class… sebelum bersurai, saya nak pesan
satu benda. Lain kali agak-agak dah terlambat sangat datang kelas tu, tak payah
datang teruslah ya. Tambah-tambah bila kasut pun tak ada nak pakai kan? Lagilah
tak payah datang. Buat malu je.”
Lelaki tu menyindir Thia, sekali lagi Thia diketawakan satu kelas… tahu
kata-kata sindiran itu ditujukan kepadanya. Muka Thia memerah menahan malu.
Sewaktu
lelaki tu hendak keluar dari dewan kuliah, dia berjalan melintasi Thia. Tapi
kemudian dia mengundur beberapa tapak dan berhenti betul-betul di tepi Thia.
Dia membisikkan sesuatu betul-betul dekat dengan telinga sehingga Thia boleh
dengar dengusan nafasnya… “Kaki tu dah bengkak teruk, jangan lupa letak ubat.”
Usai berkata terus lelaki tu meninggalkan Thia yang terpinga-pinga di situ.
Thia
mengetap bibirnya… matanya menjeling kelibat lelaki tu yang makin menjauh.
“Kalau
aku panggang dia ni buat BBQ, agak-agak rasa apa ya? Rasa macam daging rusa ke
daging ayam?” Memang dah tahap dendam kesumat Thia dengan mamat tu. Apa taknya
siap nak berBBQ lagi!
-----------------------
Thia
yang sedang duduk dibangku mengusap lembut buku lalinya yang sudah membengkak
tu. Ayien menggelengkan saja kepalanya berkali-kali melihat keadaan Thia. Yang
Huda pulak tak habis-habis bising
bebelkan Thia... kau ni cuailah, mata letak dekat lututlah, jalan guna
tanganlah… macam-macam!
“Bising
la kau ni Huda. Diam boleh tak? Dah macam murai kena sembelih! Huh…” Ayien
rimas.
Thia
ketawa kecil. “Murai tercabut ekorlah.” Dia membetulkan peribahasa Ayien.
“Ha,
yang tu la yang aku nak cakap tu.”
Huda
mencebik.
“Lain
kali jangan cuai sangat. Kan tak pasal lebam kaki tu. Balik rumah je la Thia. Nanti makin teruk kaki kau
bengkak.”
“Mana
boleh lepas ni kan aku ada lagi kelas. Dah la kelas pagi tadi pun aku sempat
masuk tayang muka je… ilmu satu apa
tak dapat. Tak kan nak ponteng.” Thia mengambil plaster yang baru dibeli di koperasi tadi lalu ditampal di kakinya
yang lebam tu.
“Fine! Kaki kau… kitoarang dah bagi
nasihat kau yang tak nak dengar.” Huda mengangkat tangan seperti menyerah
kalah.
“Kalau
jumpa kucing hitam tu lagi kau tunjuk dekat aku. Biar aku panggang dia buat
sate… suka-suka hati lintas depan orang tak bagi salam. Sampai bengkak habis
kaki anak dara orang jadinya.” Ayien membebel. Thia dengan Huda ketawa
mendengar ayat Ayien. Kucing tau bagi salam ke?
“Hurmm,
siapa mamat yang ganti Prof Adi tadi, Huda?” Thia mengubah topic. Huda sekelas
dengan Thia, budak public admin…
Ayien pulak kos lain, budak bussiness. Tapi diorang ni teman serumah
orang putih cakap housemate. Kalau
kelas tak ada memang lepak sekali walaupun fakulti masing-masing jauh. Apa ada
hal? Kaki kan ada. Jalanlah.
“Oh,
abang tu…”
“Abang?”
Kening Thia terangkat sebelah. “Part
mana yang kau berdarah biologi sekali dengan dia? Setahu aku, kau anak tunggal.”
“Derr,
otak sempit. Kau ingat abang yang seibu sebapa je ke kita boleh panggil abang. Even kau beli ais krim dekat bangla pun cakap… abang ais krim satu!
Dah tu kau nak kata bangla jual ais krim tu abang kandung kau?” Nah! Sekali kena
tarbiah dengan Huda. Ayien bantai gelak tak sangka…
Thia
mata ke atas. “Explain please…
abaikan soal abang tu.”
“Dia
tu budak part six tak silap aku. Final year. So, mestilah tua banyak
tahun dari kita kan? Haruslah panggil abang tanda hormat.”
“Ooo…
dah tu apa kes dia ganti tempat Prof Adi?”
“Prof
ada mesyuarat tergempar tadi. Mendadak tinggal kelas. Mula-mula dia nak suruh dismiss je tadi. Tapi entah tiba-tiba je abang tu muncul… terus Prof minta dia
tolong tengok-tengokkan kelas sampai waktu habis.”
Thia
menganggukkan kepalanya berkali-kali.
“Ingatkan
lecturer baru tadi…” Thia menggumam
perlahan.
“Kalau
lecturer baru kenapa?” Ayien mencelah
setelah lama mendiamkan diri.
“Nak
try test market la… lagi mau tanya.
Untung-untung dapat sugar daddy…” Mereka ketawa mendengar jawapan Thia. Amboi,
sempat lagi nak jual minyak senonyong dia si Thia ni.
Tanpa
mereka sedar ada seseorang yang sedang bersandar santai didinding sambil
menyelukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar disebalik dinding dan
tersenyum mendengar perbualan mereka bertiga.
-----------------------
Setelah
menunaikan solat zohor, Thia duduk bersandar di dinding surau seketika untuk
melepaskan penat lelahnya berkejar ke sana ke mari menghadiri kuliah sejak pagi
tadi. Hari ini kelasnya non-stop! Dari pukul 8 pagi tadi hinggalah pukul 2
petang. Pukul 3.30 nanti dia ada discussion…
betullah hari ini jadualnya penuh, kalah PM Malaysia.
Gap
masa kelas Thia yang tak terlalu jauh dari satu kelas ke satu kelas lain menyebabkan
Thia mengambil keputusan untuk bermastautin saja dekat surau kolejnya. Dan hari
ni catat rekod bila Thia ke kelas cuma pakai selipar! Selipar bukan sebarang
selipar ok. Selipar jepun yang orang pakai pergi jamban tu, warna biru putih. Penat
tahu Thia merayu dekat Mak Cik Atih nak pinjam selipar jepun tu. Ingat senang?
Thia siap kena berjanji bagai lagi… nasib baiklah mak cik kafeteria tu lembut
hati nak kasi pinjam. Kalau tak jawabnya satu hari suntuk Thia berjalan ke sana
ke mari berkaki ayam. Kesian Thia.
Lepas
tu bila dah pakai selipar jepun pergi kelas memang cari nahas la kan. Kena
denda satu hal, sebab langgar tatasusila pemakaian mahasiswi kemudian kena
seret kaki ke kelas pakai selipar satu hal. Kan ke dah jatuh sekejap saham Thia
hari tu. Kasut tumit tinggi kesayangan dia yang tercabut tapak tu pun Thia
terpaksa usung je ke sana ke mari.
Malu? Tak payah tanyalah… tapi sayang punya pasal. Thia usung jugak. Nak buang dia tak sampai hati.
Sekarang ni pun kasut tumit tinggi tu Thia letak dekat luar surau je… tak kan nak bawak masuk ke dalam
surau pulak kan? Biadap namanya tu.
Thia
mengurut perlahan tengkuknya yang lenguh sebelum beg tangannya yang diletakkan
bersebelahan tempat duduknya dicapai. Thia menyelongkar isi di dalam begnya tu…
telefon bimbit dikeluarkan dan nombor seseorang didail. Telefon bimbit tu terus
ditekapkan ke telinga dan seketika kemudian panggilannya bersambut.
“Assalamualaikum
bah… sihat? Eh, tak lah… mana ada Thia nak mintak duit. Duit hari tu abah bagi
ada lagi. Abah ni pantang Thia telefon semedang ingat Thia nak mintak duit je.” Thia memberi laluan kepada abahnya
untuk bercakap sementelah mulut Thia dah muncung itik. Ada ke patut setiap kali
Thia telefon abahnya, abahnya cakap dia nak minta duit. Haruslah kawan merajuk
walaupun memang betul pun bila duit dah habis baru Thia ‘ingat’ nombor telefon
abahnya tu.
“Pandailah
abah tukar topik. Thia nak tanya abah, kalau nak repair kasut biasanya abah hantar dekat kedai mana ye? Kasut Thia tapak tercabut la bah…
nak buang sayang. Rasa boleh guna lagi tu. Tapaknya je yang dah tertanggal.”
Thia
sepi lagi.
“Oh,
dekat Jalan TAR banyak ye? Boleh
percaya ke kalau orang yang meniaga dekat kaki lima tu je? Mana tau dia sembelih Thia charge
mahal ke bukan kita tau.”
Thia
ketawa kecil dengar abahnya cakap.
“Thia
tanya je. Abah ni… oh, harga standard tujuh ringgit? Ok-ok… noted. Thanks bah.”
Kepala
terangguk-angguk sedikit mendengar kata abahnya…
“Nak
tanya tu je. Ok, bah sorry kacau…
assalamualaikum.” Thia menekan butang berwarna merah dan telefon bimbitnya
disimpan ke dalam beg semula. Jam di tangan dilihat lagi. Sekarang dah pukul
3.10 petang.
“Elok
sangatlah kalau aku gerak sekarang.” Thia berkata pada dirinya lantas dia bersiap-siap untuk ke perpustakaan pula. Biasanya
Thia dengan kawan-kawannya akan berjumpa di perpustakaan dulu sebelum mereka
tentukan tempat untuk buat discussion
mereka. Agak rajin mereka akan buat di padang tak pun mana-mana tempat lain
yang mereka rasa best nak
berguling-guling sambil bincang pasal kerja… agak terasa kemalasan, mereka
bermastautin terus dekat perpustakaan tu.
Pintu
surau ditolak perlahan dari dalam. Laju saja kaki Thia menyarung selipar jepun
yang menjadi kasut rasminya untuk hari ini. Baru beberapa tapak dia melangkah
baru dia teringat, dia tertinggal sesuatu. Kasut tumit tingginya yang tercabut
tapak tu! Thia berpatah balik semula.
“Eh?”
Thia
terkejut!
Kasut
tumit tingginya sudah elok seperti sedia kala. Sudah tak tercabut tapaknya!
Thia gembira. Bibirnya tersenyum lebar… selipar jepun terus ditanggalkan
serta-merta dan kasut tumit tingginya disarung terus. Thia pusing berberapa
kali seolah-olah sedang memperagakan fesyen.
“Wah,
leganya kasut aku dah elok. Lepas ni tak la tebal muka aku nak pergi jumpa
orang…” Thia tunduk semula dan memegang kasut tumit tingginya. Diusap penuh
kasih sayang kasut tu. Tapi kemudian senyuman gembiranya termati!
Macam
mana kasut ni boleh elok balik? Pelik! Aku tak buat apa pun kat kasut ni tadi
seingat aku. Nak kata magik… tak kan ada ibu peri macam dalam cerita bawang
putih bawang merah tu kut? Hati Thia mula berdialog, Thia memandang
sekelilingnya… mencari kalau-kalau betul ibu peri tu wujud!
Ah,
semua tu tahyul! Mana ada ibu peri ni wujud. Ikan pari kut ye la ada… tapi tak kan la ikan pari tu pulak yang tolong baiki kasut aku? Yang tu lagi ke longkang tak logik.
Hati Thia mula diserang pelbagai persoalan. Satu, macam mana kasut ni boleh
elok balik? Dua, kalau betul ada orang yang tolong baiki kasutnya tu tapi
siapa? Tiga, kenapa orang tu tolong dia? Lama Thia berdiri di situ mencari
jawapan kepada persoalan yang mencengkam di jiwanya.
Satu
saat…
Dua
saat…
Hurmmm…
Akhirnya…
“Oh, well…” Thia mengangkat bahunya
sekali… “Dah ada orang tolong nasib kau la Thia. Untung.” Thia terus mengambil
selipar jepun yang berada di atas lantai ketika itu untuk dipulangkan semula
kepada Mak cik Atih. Mak cik kafeteria yang kadang-kadang baik hatinya itu ikut
mood. Rasa nak tolong orang dia tolong. Tak nak tolong dia buat muka batu je.
“Awak.
Siapa pun awak… kalau awak ada dekat sini lagi tapi tak nak keluar. Thanks!” Tiba-tiba Thia menjerit kuat.
Nak buat macam mana nak cakap face to
face orang yang baik hati tolong dia tu tak tunjuk muka. Terpaksalah Thia
guna alternatif lain untuk menyatakan hasrat terima kasih dia yang ikhlas tu.
Satu
bibir tersenyum mendengar jeritan ‘Thanks’
Thia tu. Dalam hati dia menjawab… Your welcome, beauty. Melihat Thia menyarungkan
semula kasut tumit tinggi tu melebarkan lagi senyuman dipipinya. “Nasib baik
gam tu sempat kering.” Orang misteri tu berkata kepada dirinya sendiri.
Siapa
orang misteri yang dah tolong Thia tu? Main nyorok-nyorok pula dia ek…
Bersambung...