Pinangan ke-8 sampai petang semalam… lepas lagi Iman kali nie. Sekarang boleh tarik nafas lega sikit. Tapi yang ke-10 dah nak dekat tu. Panas punggung dia rasa.
“Apa yang susah sangat kau nak kahwin nie Iman? Tak faham aku.” Kak Long menyoal sambil menyuap Hannan makan.
“Betul. Aku setuju dengan Kak Long, kau kahwin ja la Iman kan senang. Susah-susah nak menyeksa diri kenapa?” Kak Ngah menyoal. Jeruk mangga disuap masuk mulut. Orang tengah mengandung biasalah benda masam kan dah jadi sahabat karib.
“Cakap senanglah… korang dua dah kahwin. Aku muda lagi.” Iman membalas.
“Amboi, kau nak cakap kitaorang nie dah tua la ya?” Kak Long mencubit paha Iman.
Iman mengaduh kecil dicubit kakaknya.
“Tolong sikit… kita bertiga nie sama umur ja. Beza tua selang seminit ja sorang.” Kak Ngah mengingatkan fakta-fakta tentang umur mereka.
Mereka bertiga kembar yang tak seiras. Nama ja hampir-hampir seiras. Kak Long nama penuhnya Iffah Ishamina, Kak Ngah pulak Izzah Iwanina… Iman? Iklil Imanina. Pergh! berbelit lidah nak menyebut.
Macam yang Kak Ngah Iman cakap beza sorang selang seminit ja. Jadi fakta Iman umur 26 tahun adalah muda lagi dan tak boleh berkahwin adalah AUTA! Tak betul sama sekali sebabnya kakak-kakaknya dah berkahwin, Kak Long dah ada dua orang anak. Kak Ngah pulak on the way.
“Aku tak sedia lagi. Nak kahwin nie leceh lah. Nak kena jaga anak orang segala bagai. Kang tak bagi makan mak dia cakap kita dera anak dia. Aku nie dah la tak berapa nak rajin bab-bab hal rumahtangga.” Iman berterus-terang
“Itu yang sebetulnya. Kau malas!” Kak Ngah nie memanglah.
“Ala, Iman… nanti bila kau dah kahwin. Automatik kau akan berubah. Hal-hal rumahtangga tu lambat-laun kau akan terror juga.” cakap ikut pengalaman la Kak Long nie.
“Memanglah, tapi tanggungjawab berat kot. Nak kena patuh cakap suami lagi. Melawan sikit nusyuz. Keluar rumah tak mintak izin sikit nusyuz. Leceh. Dosa aku dah la berbakul-bakul nak menambah lagi?” Iman nie kalau cakap nak menang ja semedang.
“Hish, malas aku nak cakap dengan lawyer cabuk nie. Nak menang dia juga. Suka hati kau Iman, aku dah malas nak nasihat kau. Tunggu je la pinangan ke-10 kau tu.” Sempat lagi tu Kak Long nie, dalam bengang-bengang dia pun boleh lagi pekena Iman.
“Rugi kau tak kahwin Iman… kahwin best ooo. Serius aku cakap kalau kau kahwin nanti mesti kau menyesal tak kahwin awal-awal.” Kak Ngah tersengih-sengih, sekeping lagi jeruk mangga masuk ke dalam mulut.
“Sengal!” Iman membalas ringkas kepada kedua-dua kakaknya. Terus diangkat beg kerja dan masuk ke bilik.
---------------------------------------------------
Kenangan lama menjelma lagi.
Di belakang pentas.
Saifuddin, Meng dengan Fathi mucul.
Iman tersenyum memandang wajah kelat tiga pemuda tu. Nampak sangat muka terpaksa. Dalam hatinya secara diam memuji Saifuddin. ‘Pandai juga mamat tu goreng kawan-kawan dia sampai diorang join.’
“Nur, Aina… Introduce to you our new members… tara!” Iman membuat gaya seperti memperkenalkan artis popular.
Nur dengan Aina muka bercahaya dapat tenaga kerja yang diidamkan. Lega terasa, macam beban besar teralih dari bahu.
“Wah, suka-suka!” Nur nie kan lembut sikit. Comel ja gaya lompatnya.
“Kau… ubah pasu bunga besar tu ke depan pentas.” Aina menunding ke arah Meng. “Kau… gantung dawai besi nie dekat syiling. Make sure ikat kuat-kuat jangan sampai jatuh.” Saifuddin pulak ditundingnya.
“Kau… ikut Nur. Nanti dia tunjuk kerja kau.” Selamba ja Aina mengarah mereka buat kerja. Mamat-mamat tu buat muka protes tapi diikutkan jugak perintah Aina tu.
“Kalau lepas nie basikal aku tak cecah tanah jugak. Dengan kau aku lambung naik atas bumbung garaj tu.” Saifuddin bagi amaran keras dekat Iman.
“Sure, no hal la…” Iman tersengih puas hatinya.
Tapi dia bukanlah bodoh. Mustahil sekali nie Saifuddin menjelma terus diturunkan basikal tu. Dia akan mempergunakan Saifuddin sampai la mereka selesai pementasan tu baru dia akan turunkan basikal tu.
Iman tersenyum betapa nakalnya dia dulu, dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Wajahnya dalam cermin ditatap.
“Ok dah kot nie, bukannya aku nak pergi dating nak jumpa cikgu Jiha ja pun.” Iman membetulkan tudungnya supaya bentuk lebih cantik.
“Mak Iman nak keluar nie.” Iman melaung dari bilik.
“Ke mana?”
“Rumah cikgu Iman jap. Cikgu Jiha.”
“Owh, Jiha. Nanti kirim salam dekat dia. Nie bawak sikit bengka roti yang kamu buat semalam untuk cikgu tu. Takkan nak pergi berlenggang ja buah tangan tak bawak.” Mak memberi arahan.
“Beres mem.” Laju tangannya meletak bengka roti ke dalam bekas kosong.
---------------------------------------------------
Sampai saja di rumah Cikgu Jiha, Iman memeluk cikgunya. Rindu betul dia rasa. Mereka berbual seketika, tinggal mereka berdua sahaja, suami cikgu outstation. Anak-anaknya pula semua ada di universiti, sebab tu Iman tak berapa segan sangat nak datang ke rumah cikgunya hari nie.
“Dah lama kamu tak datang rumah cikgu Iman. Rindu cikgu dengan kamu semua.” Cikgu Jiha.
“Tak da rezeki nak datang rumah cikgu serentak. Semua duduk jauh-jauh sekarang cikgu. Saya nie ja yang tak pergi mana-mana. Duduk ja kawasan Selangor nie.” Iman merendah diri.
“Tak ke mana pun dah jadi lawyer hebat ok la tu.”
“Lawyer cabuk cikgu, boleh la…” Iman mengekek.
“Cikgu tengok ja, biar saya masak hari nie. Nak tunjuk skill.” Iman dah biasa dengan dapur cikgunya.
Dulu-dulu masa sekolah selalu mereka berenam datang melepak dekat rumah Cikgu Jiha lepas habis buat kerja persiapan pementasan. Kalau ada apa-apa yang nak dibincangkan pun mereka buat di rumah Cikgu Jiha. Suami cikgu pun satu kepala dengan mereka, sampai kan pernah sekali mereka bermalam di rumah cikgu sebab terlampau letih nak balik ke rumah masing-masing semua tu buatkan dia tak kekok berada di situ.
“Eh, boleh sangat. Pucuk dicita ulam mendatang. Bagai orang mengantuk disorong bantal. Cikgu nak request boleh?” Amboi tau la dia cikgu bm. Berperibahasa segala dengan Iman.
“Boleh ja. Cikgu nak makan apa?”
“Cikgu teringin nak makan sambal tumis petai dengan gulai pisang.”
“Boleh-boleh, nanti kita tambah dengan kerabu sotong baru umphh. Tapi saya tukar baju dulu cikgu. Baju nie macam tak sesuai pulak masak. Pinjam t-shirt dengan kain batik boleh cikgu?” Iman tersengih-sengih.
“Eh, boleh sangat. Salin dekat bilik hujung tu. Buat macam rumah sendiri ja Iman.”
Selesai tukar baju acara ‘main masak-masak’ bermula! Chewah.. Iman masak… hehe.
---------------------------------------------------
Dua jam kemudian.
“Kira lulus la nie kalau kahwin. Sedap kamu masak Iman.” Cikgu Jiha mengomen.
Iman hanya mampu tersengih tu la berkat hari-hari mak kerah dia masuk dapur suruh tolong masak.
“Dah siap cikgu jom kita makan.” Iman dah nak berlalu ke ruang tamu.
“Eh nanti dulu. Pergi tukar baju dulu, pakai baju tadi balik baru cantik.”
“Kita dua ja cikgu… kira cincailah kain batik dengan t-shirt nie.” Iman menggaru kepalanya. Ala, baru nak makan free hair tak payah pakai tudung.
“Tak boleh, nanti ada orang nak datang. Iman pergi tukar baju pakai tudung sekali.” Cikgu memberi arahan tapi lembut ja suara dia.
“Erk, ada orang nak datang ke? Kenapa cikgu tak bagitau. Kalau macam tu Iman balik dulu lah. Segan kacau cikgu dengan tetamu. Nanti saya datang lain.”
“Eh, kamu tak boleh balik. Kena teman cikgu, tetamu tu lelaki. Nanti apa pulak jiran cikgu kata nanti. Ada Iman tak la berat hati sangat cikgu.”
Iman membulatkan mulutnya. Terus dia berlalu ke bilik dan menukar baju.
10 minit kemudian Iman keluar dan membantu cikgu menghidang makanan. Sedikit sebanyak ralat jugak hatinya. Baru nak dating berdua-duaan dengan Cikgu Jiha ada orang potong line pulak.
“Assalamualaikum.” Ada orang memberi salam.
‘Orang potong line dah sampai.’ Iman menggumam.
“Ha, dah sampai pun. Waalaikummussalam.” Cikgu Jiha menjawab seiring menyambut tetamunya masuk. Iman ke dapur untuk ambik pinggan nasi.
Sebaik sahaja muncul dekat meja makan balik. Iman terdiam. Tiba-tiba jadi patung cendana kat situ bila tengok tetamu Cikgu Jiha. Tetamu cikgu pun sama macam Iman terkejut juga reaksi muka tu. Dua-dua terdiam saling tengok sesama sendiri.
“La, kenapa bertenung mata pulak nie. Duduklah.” Cikgu Jiha menghentikan lamunan mereka berdua. Cepat-cepat mereka berdua duduk.
“Saya ingat anak mat salleh hensem manalah yang terlepas tadi cikgu, Pudin rupanya.” Iman berkata sambil duduk. Iman cuba menceriakan suasana, walaupun hakikatnya dia terasa kekok. Kali terakhir jumpa Saifuddin masa kenduri kahwin Fathi dengan Nur, 6 tahun lepas.
“Saya ingat cikgu baru gaji amah indon tadi. Baru plan nak ngorat. Tengok-tengok Iman ke cancel la saya cikgu.”
Iman menjeling Saifuddin. Dah 6 tahun… muka makin hensem tapi mulut sama tak berubah! Mulut mintak penampar.
“Dah-dah depan rezeki nie. Sekejap lagi sambung bergaduh.” Cikgu Jiha ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
Mereka makan dengan tenang sampailah tiba-tiba Saifuddin buka mulut.
“Sedap cikgu masak hari kena dengan tekak saya. Lain kali boleh lah saya datang makan hari-hari kat sini.” Niat di hati sekadar nak berbahasa dengan cikgunya tapi silap banyaklah kau Saifuddin.
“Bukan cikgu masak semua nie. Iman yang masak. Kalau hari-hari nak makan sedap macam nie kahwin ja dengan tuan punya badan. Hari-hari boleh makan sedap-sedap.”
Tersedak mereka berdua.
“Ehemmm, ooo.” Tu ja Saifuddin mampu balas.
“Cikgu kalau ya pun nak bergurau manja jangan lah cakap macam tu. Kesian orang rumah Pudin nie. Saya tak pa la.” Iman menjawab sambil minum air. Pergh! Berpasir tekak.
“Pudin mana ada orang rumah lagi, itulah cikgu cakap kamu berdua kahwin ja. Dah sepadan sangat cikgu tengok kamu berdua nie bagai pinang dibelah dua.” Cikgu kalau cakap peribahasa tu wajib ada.
“Kamu berdua nie macam tak tau. Kalau cikgu cakap mesti masin mulut punyalah. Ingat dulu cikgu cakap Fathi dengan Nur kahwin. Tengok-tengok sungguh diorang kahwin dah beranak pinak pun.” Cikgu masih cuba menyucuk jarum lagi antara Saifuddin dengan Iman.
“Err, Fathi dengan Nur tu memang bercinta dari dulu cikgu. Diorang lain case, kami special case tak pernah bercinta.” Saifuddin menjawab seolah-olah mengelak dari dikenankan dengan Iman.
‘Eleh, cakap macam aku nak sangat kahwin dia. Aku pun tak ingin lah!’ hati Iman menjerit.
“Lepas kahwin boleh pupuk cinta tu. Tak gitu Iman?”
“Ermm… aaaa…. Ha betul tu.”
“Tengok Iman pun setuju kahwin dengan kamu, Pudin.” Cikgu nie sesuka hati buat kesimpulan sendiri.
“Eh, mana ada saya setuju kahwin dengan dia cikgu.” Kelam-kabut Iman membela dirinya. Nampak cuak gila mukanya tu sampaikan cikgu dengan Saifuddin gelakkannya.
‘Dekat rumah kena berleter pasal kahwin datang sini cikgu siap bagi calon suami lagi! Aduss… naya kau Iman.’ Iman menggigit bibir.
Sedikit sebanyak cuak jugak Iman dengan apa yang Cikgu Jiha cakap. Tak dinafikan mulutnya memang masin! Hari-hari telan garam agaknya sampai mulut masin macam tu. Iman ingat lagi dulu di dewan pementasan. Nur dengan Fathi bergaduh hebat pasal kostum.
“Aku dah cakap kostum nie tak sesuai lah. Kau nie buta warna ke apa? Kelabu mana masuk dengan hijau!” Fathi marah Nur.
“Sesuailah! Kau tu buta warna. Tema kita memang warna nie.” Nur sebenarnya dah nak nangis kena tengking dengan Fathi. Hati Nur nie lembutnya lain macam sikit. Senang terguris tapi senang dipujuk kalau kena gayanya.
“Fathi, apa tengking-tengking Nur tu. Cuba tegur baik-baik. Nanti dah kahwin tak kan nak tengking Nur lagi?” Cikgu Jiha menenangkan keadaan.
“Tak ingin saya kahwin dengan minah nie cikgu. Dah lah buta warna, pendek pulak tu.” Selamba ja Fathi balas. Dengar-dengar Fathi kutuk dia macam tu Nur terus berlari ke belakang pentas dan menangis.
“Ha, cepat pergi pujuk Nur. Cikgu tak tau. Kamu yang pandai-pandai buat dia nangis.”
Fathi dah mula cuak. ‘Aku cakap sikit ja tak kan nangis dah kot?’. Tapi langkah kaki diatur juga ke arah Nur. Semua orang hanya memerhatikan drama swasta tu.
Tak sampai 10 minit. Fathi dengan Nur muncul siap boleh sengih-sengih lagi. Yang tak boleh blah tu seminggu lepas kes belakang pentas tu terus diorang declare couple! Haha. Tup-tup sebelum berlepas ke UK, Fathi dengan Nur kahwin. Masin tak masinnya mulut Cikgu Jiha. Sekali sebut menjadi terus.
Lawak bila Iman kenangkan balik, tapi cuak gila kot! Kang masin mulut cikgu, dia dengan Pudin pulak. Oh no!
---------------------------------------------------
“Pudin hantar Iman balik la ya? Iman datang dengan kakak dia tadi. Kereta dia rosak hari nie.” Cikgu bukan meminta kebenaran Saifuddin tapi lebih kepada arahan. ‘Hantar Iman balik! Tak hantar... cikgu gulai kamu.’ Yang tu yang sebetulnya.
“Eh, tak pa cikgu. Kejap lagi kakak saya sampai la tu.” Iman mengelak. Tak mahu dia Saifuddin hantar balik rumah. nampak dek mak mati dia nak menjawab.
“Saya ok ja cikgu. Ya la lawyer hebat kan mana naik kereta buruk saya nie.” Saifuddin menjawab merendah diri.
Iman dah jeling sedas dekat dia. ‘Aku bakar juga SX4 Sedan dia nie.’
“Ala, kesian kakak kamu nak datang sini pulak. Kan dah satu haluan ja kamu dua nie, tumpang ja la Pudin. Jimat minyak.” Cikgu menambah lagi.
“Err, yalah…” Iman mengalah. Naik juga Iman SX4 Sedan milik Saifuddin.
---------------------------------------------------
“Apa khabar ya Nur dengan Fathi… mesti dah besar anak diorang. Aina pun dengar cerita dah mengandung… betul ke?” Tiba-tiba Saifuddin bersuara memecahkan kesunyian dalam kereta.
“Last aku contact dengan Nur diorang cakap ada dekat UK. Sekarang aku tak tau la. Aina mengandung anak kedua tak salah aku. Dia dekat Johor sekarang.” Iman menjawab.
“Ooo… jauh-jauh kawan kita semua.” Signal diberi. Saifuddin membelok ke kiri.
“Rezeki diorang luar kawasan nak buat macam mana. Abang long taiko kita, Meng apa cerita?” Iman tergelak kecil, Saifuddin pun.
“Abang Long taiko kita baru ja lepas kahwin.”
“Serius?! Aku tak tau pun. Dengan siapa?” Terkejut Iman dengan berita tu.
“Entahlah, dengar cerita kahwin dengan junior tempat dia praktikal. Aku pun baru ja tau bulan lepas. Tu pun sebab kebetulan aku pergi Penang terjumpa dia dekat sana. Dia stay sana sekarang. Dah jadi usahawan berjaya tu.” Saifuddin menerang panjang lebar.
Iman mengangguk kepalanya perlahan.
“Kau bila lagi?”
“Bila apa?” Iman mengerut dahi tak faham dengan soalan yang tiba-tiba tu.
“Kahwin. Bila nak kahwin?”
“Pandai lah kau cakap dekat aku. Paku dulang paku serpih, mengata aku kau sendiri pun tak kahwin.” Lain macam ja bunyi peribahasa tu.
“Aku tak da buah hati, nak kahwin apa nya? Aku ingat nak ikut ja la cakap cikgu. Kahwin dengan kau. Selesai masalah.” Saifuddin ketawa.
“Ha ha ha, kau buat lawak wei… lawak gila. Terharu aku.” Iman buat-buat ketawa.
Saifuddin ketawa kecil.
“Eh, nanti kalau dah sampai depan rumah aku. Kau tekan minyak cepat-cepat tau lepas aku dah turun.” Iman bercakap dengan nada serius. Macam hidup soal mati.
“Kenapa pulak? Aku bukannya penyangak.” Saifuddin mengerutkan dahinya.
“Buat ja la, kalau kau nak selamat.”
---------------------------------------------------
Sebaik saja sampai depan rumahnya.
“Alamak… mak dekat luar. Mati aku. Mati aku.” Iman dah panas punggung.
“Kau kenapa?”
“Ingat tau, macam aku cakap tadi aku turun kau tekan minyak terus.”
“Kau gila! tak nampak mak kau tengok kita? Aku hantar anak dara orang la cik adik oii, bukannya anak kucing.” Mati aku kalau Mama tau aku blah macam tu ja lepas hantar anak dara orang balik macam tak ada adab!
“Ala, kali nie tak pa. aku halalkan. Kau balik ja terus. Ingat tekan minyak terus. Terima kasih hantar aku balik.” Iman mengingatkan Saifuddin sebelum turun dari kereta. Kelam-kabut dia turun.
“Iman!” Mak muncul sambil pegang penyapu.
Iman memandang belakang. Saifuddin tak blah lagi dia tengah matikan enjin kereta.
“Wei, aku suruh kau balik kan?” Iman dah panik mak dah berjalan ke arah mereka. Silih berganti dia pandang Saifuddin dengan mak.
“Nanti mak kau ingat aku tak ada adab la.” Saifuddin tetap mempertahankan pendiriannya.
“Fine! Degil… jadi apa-apa aku tak jamin. Pandai-pandailah kau.”
“Kamu balik dengan siapa nie Iman?” Mak muncul sambil pegang penyapu. Menilik Saifuddin atas bawah. Macam nak makan!
“Apa khabar mak cik? Saya Saifuddin kawan Iman.” Dia senyum kepada mak Iman. Dalam hati kecut tiba-tiba dia rasa. Mak Iman garang! Patutlah Iman mati-mati suruh dia terus pergi tadi.
“Hurmm, masuk rumah.” Mak memberi arahan kepada Saifuddin dengan Iman.
Iman dah kecut perut. Rasa tak sedap hati. ‘Lain macam ja mak pandang Saifuddin tu. Yang mamat nie pun satu aku suruh balik nak jugak menempek kat sini!’
Bersambung...
P/s : Jeng jeng jeng! Iman dah jumpa balik dengan Pudin... lalala. Apa agaknya nak jadi lepas nie? Mak Iman nak jumpa Pudin... macam mana tu? terbalik tak rumah diorang nanti jadinya ke Pudin angkat kaki lari sebab takut dekat mak Iman yang garang tu? Banyak pulak tanda tanya tu kan... hehe. Saja buat suspen. ;)
mst mak dia kenan kt pudin kn..ssuai la 2 sgle ag kn
ReplyDeletei like this type of guy. haha..nak lagi!
ReplyDeletesambung2....
@ain79
ReplyDeletehehe...tu la sesuai dua2 single lagi. ;) mak iman tu gelojoh sgt lah... haha
@Ameena Muktar
ReplyDeletehehe...okeh.. soon will be update. =)
adeh lawak la iman ni...hihihihi..x sbr nk baca next n3..hihihih
ReplyDeletehahaha.. selamba ja dia halau..xD
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteIman tu memang... papa pun Thanks.. ;)
@MissxYana
ReplyDeleteIman halau utk kebaikan diorang gak...tp tu la Pudin degil.. ;P
xpa.. xpa..sebab kedegilan itu lah menyatukan mereka... aceh ceh.. :D
ReplyDelete@MissxYana
ReplyDeletebetul3...klu dh jodoh tak kemana. Ehek3
Kalau hari2 sya baca karya Kak Zana, mau tak gila. Gelak sensorang je keje.
ReplyDelete@ArifahLee
ReplyDeleteeh, eh... jgn gila nanti sapa nak baca cita kat sini lagi nanti... hehe ;) thanks dik sebab baca semua cita akak. :)
Hehehehe, Iman tunggu Pudin. Ooooomaii, so sweet <3 Kalau betoi aa.
ReplyDelete@emeliena
ReplyDeletesweet kan???tu la cer try cari kawan lama hang kot2 la ada jodoh... hahaha
makcik suke pudin kawin ngan iman.. hahahaha
ReplyDeletejeng 3x... calon menantu aku dah sampai.. hehe -:)
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletehehehe.. tu la pasal... tak pasal kena kahwin si iman tu dgn pudin. :)
@Anonymous
ReplyDeleteamboi jah.. kemain kau ya menantu aku dah sampai.. menantu kau sampai dari mana?? hahaha
mana sambungan nie? tak suka lah mcm nie.. cakap cerpen tp yg bersambung-sambung lg tu kenapa?? kalau nk buat pown janganlah bg gantung.. sakit hati lorh.. nie ada tak sambungan nie? ke sama macam novel my miss tomboy tu.. tergantung buat sakit hati.. baik tak payah buat..
ReplyDeletecik adik.. :)
ReplyDeleteapa kata check dulu dkt tab CERPEN tu.. ada smbungannya. Saya tak akan buat cerita tergantung.
btw, novel my miss tomboy siapa punya ya? yg pasti bukan saya. Jgn main terjah je... chill k..