“Jua, Yun korang nak ikut aku tak?” Kyra tanya sambil tangannya ligat mengira duit di dalam dompet. ‘Seratus, dua ratus, tiga ratus… yang nie simpan buat tambang, yang nie buat makan, nie buat beli barang… nie…’
Senyap… sorang pun tak menjawab soalannya. Masing-masing asyik tengok Super Junior menari.
“Yun, kau tengok Si Won aku. Hensemnya…!” Jua mata ke atas tangan ke dada.
“Eleh… tak boleh lawan kecomelan Dong Hae aku lagi… dah la cute, muka baby face pandai menari pulak tu… Si Won kau ada?? Nan Adonyer…” Yun jelir lidah dekat Jua.
“Hei… Si Won aku pun tau menari la bukan ‘Dahi’ (Dong Hae) kau tu ja yang tau menari… wekk.” Jua balas balik.
Kyra yang dari tadi sibuk mengira duit di dalam dompetnya mengangkat kepala melihat rakan-rakannya.
‘Mangkuk hayun punya minah-minah… aku tanya bagai nak rak diaorang boleh bertekak pasal artis korea!’
“WOI!!” Kyra bercekak pinggang. “Aku tanya korang, korang boleh buat dek ja dengan aku? Boleh korang pergi gaduh pasal jantan-jantan tu” Kyra tunding jari ke kaca tv. “Korang bertekak sampai tercabut trachea korang pun bukan artis tu tau korang wujud…” Kyra dah geleng kepala.
Jua tersengih, Yun garu kepala…
“Ala… kami nie kan peminat K-pop, die hard fans! Kau ni macam tak tau Kyra.” Yun menambah.
“Entah kau nie Kyra. Tak sporting lar… orang baru nak feeling-feeling tengok pakwe hensem-hensem… kau dah potong line.” Jua mencelah menyokong Yun.
“Beragaklah cik kak berdua oii… kot ya pun minat kat K-pop tu. Aku tanya nie, boleh korang buat donno je dengan aku. Ingat aku nie apa? Agak-agak lah. Kecik hati aku… sikit-sikit K-pop, sikit-sikit K-pop! Dah macam kepak aku dengarnya. Huh…” Kyra tarik muka kononnya merajuk la tu.
“Nak merajuk la tu… ala, bukannya kau tak layan K-pop nie… kau pun layan jugak kan? kan? kan?” Yun menyendeng tepi Kyra.
“Hello? Tolong sikit… aku tak minat pun K-pop, K-pop nie ok. Setakat 4minute, SUJU, Girls Generations, 2pm, 2am, FT Islands, TVXQ, CN Blue, After school, FX nie tak adanya aku minat ok. Apa barang aku layan semua tu… SNSD tu harap muka ja lawa, pakai baju seksi-seksi tayang kaki, yang macam dalam video klip lagu ‘Gee’ tu… tu pun orang nak minat bagai nak gila. Tu yang kumpulan SUJU yang ahli dia sampai 13 orang tu… ramai gila tapi harap muka ja yang hensem pastu tau menari sikit-sikit ja, pun orang nak kecoh. Aku ok ja pun.”
Jua dengan Yun diam tak berkutik. Senyap sebelum saling berpandangan.
“Ooo… tak layan…” serentak Jua dengan Yun cakap.
“Caih! Pigidah.. tak layan konon. Muntah hijau aku dengar ayat kau Kyra. Dalam tak minat kau tu kan, boleh pulak kau listkan semua nama group K-pop tu ye? Musykil aku. Huh, tak minat la sangat.” Jua bidas.
“Entah! Tau pulak kau SNSD tu cun, lawa, kaki flawless, seksi lah, SUJU pandai menari ek???” Yun angkat kening double jerk.
‘Padan muka kau Kyra. Tak minat la sangat, yang malam-malam kau pasang tu apa? Lagu mak yong? Lagu itik pulang petang? taknya… lagu K-pop jugak! Tak minat lagi tu? Hay… Kyra… Kyra…’ sempat lagi Kyra memaki diri sendiri dalam hati.
“Err.. aku… urmm.. tu aku… err… aku…” Kyra garu kepala. “Ala, dengar orang cerita… Tv tu pun bagitau kat aku… hehe…” Kyra tersengih macam kerang busuk. Cover-cover!
“Yer la tu… yang kau pasang radio malam-malam tu sampai nak pecah dinding rumah tu apa? Lagu Rahim Maarof? Ke tadarus al-quran, ayat pendinding nak halau setan ek?”
Nah, sekali kena dengan Yun. Jua ketawa terbahak-bahak dah dengar ayat sarkastik Yun.
Kan dah kantoi Kyra…
“Ish, kau nie Yun! Dah la sikit-sikit hentam aku… aku tanya tadikan korang nak ikut aku tak nie pergi Giant beli barang dapur? Hujung bulan nie kan baru dapat gaji, tak nak cari barang apa-apa ke?” Kyra cepat-cepat ubah topik takut kena ‘paku’ dengan Yun lagi teruk.
“Malaslah… aku baru ja keluar dengan Zaim semalam, dah beli barang aku dah. Hehe… ada orang nak tolong bayarkan, takkan aku nak tolak rezeki. Iya dak teman?” Jua tersengih.
“Yer la, orang ada buah hati boleh lah… aku nie ada buah pinggang ja. Mana ada nak tolong bayarkan. Kau Yun?” Kyra kalih menghadap Yun pulak.
“Tak kot. Aku punya barang ada lagi. Lagipun malas lah nak jalan. Kaki aku nie dah kena jampi suruh duduk rumah…”
“Eii… penat ja aku bertekak dengan kau berdua nie… alih-alih aku kena pergi sorang jugak. Baik tak payah tanya tadi buang masa ja. Huh.” Kyra merengus sambil melangkah keluar rumah.
“Siapa suruh kau tanya?” Yun buat muka selamba…
“Aku berbudi! Tu yang aku tanya… tapi silap la pulak, aku pergi tanya orang yang tak tau berbahasa.” Kyra memulangkan paku keras sambil menyilangkan kedua belah tangannya.
“Dah lah aku chow dulu.” Kyra mencapai kasut tumit tingginya 3 inchinya yang baru di beli 2 minggu lepas. Tu pun nasib baik sale tidak tak ada maknanya dia nak beli.
“Hehe… jangan lah marah nanti cepat tua kak oii! Yang-yang jangan lupa belikan I chewing gum ye!” Jua melaung dari dalam rumah. Yun ketawa mengekek.
Kyra bagi jelingan maut sedas!
“A’ah nanti aku beli chewing gum banyak-banyak lepas tu lekat kau dekat kipas syiling! Biar kau pusing-pusing atas tu sampai muntah yer sayang!” Kyra melaung dari pintu kereta sebelum terus menutup pintu keretanya tu.
------------------------------------------
“Hurmm… sayur, check! Udang, check! Serbuk kunyit, check! Tisu, penyangkut baju, yogurt, check! Bla… bla… bla… check! Settle. Semua barang dah beli. Eh jap, ouh… ‘adik kecik’ aku belum beli lagi… boleh aku beli extra kali nie. duit ada lebih… hehe.” Kyra senyum sorang-sorang. List barang dimasukkan ke dalam handbag.
Tiba-tiba seorang budak lelaki menarik bajunya.
“Akak…”
Tiba-tiba seorang budak lelaki menarik bajunya.
“Akak…”
“Err… nape nie dik?” Kyra berlutut menyamakan paras kedudukan mereka.
“Akak gila ke?”
Kyra ternganga. ‘What the?? Biadap gila budak ni.’
“Err… kenapa adik cakap akak macam tu?” penjelasan diperlukan sebelum Kyra lipat empat belas budak nie.
“Akak cakap sorang-sorang lepas tu senyum-senyum, tersengih sorang-sorang… mak saya cakap orang gila macam tu la.”
Kyra garu kepala… ‘Pulak! Rajin betul mak budak nie explain pasal orang gila.. aku nak kelentong apa dekat budak kecik nie?’
“Akak tak gila la dik, akak nie sebenarnya pelakon. Akak tengah practise berlakon tu tadi.”
‘Ah, gasaklah Kyra…’
“Ooo… nak mintak autograf akak! Nie sain kat tangan saya.”
‘Alahai, lurusnya budak nie… kau kejam Kyra.’
“Ok-ok, meh sini… adik nama apa?”
“Aiman.”
“OK! Siap… dah sain.” Kyra tersenyum.
“Cantik sain akak… tapikan akak, akak berlakon dalam cita apa yer? Tak pernah nampak muka akak pun kat tv?”
‘Sudahhh…’
“Err… akak berlakon filem ja dik… Filem Puaka Tebing Hijau!”
Aiman muka blurrr… ‘ada ke filem tu?’
Tiba-tiba… “Aimannnn!”
“Eh, tak pa la akak… mak Aiman dah panggil tu. Aiman pergi dulu yer… bye.”
Kyra hanya senyum dan melambai-lambai ke arah Aiman.
‘Selamat buku kiri kau Kyra tambah satu lagi catit.” Kyra geleng kepala…
Tiba-tiba Kyra terdengar orang ketawa. Perlahan ja tapi cukup la sampai dekat telinga Kyra. Kyra memandang ke arah orang tersebut. Lelaki tu hanya memakai T-shirt biru tua dengan jeans dan mengenakan cap berwarna merah.
Kyra cantum kening. ‘Apahal bro nie? gila agaknya.’
Kyra dah nak berlalu pergi. Tapi tiba-tiba…
“Orang tua-tua pesan dengan budak-budak jangan menipu. Siakap senohong gelama berduri, bercakap bohong lama-lama mencuri.”
Bajet cool ja mamat tu… cakap dengan sapa ntah, tapi muka menghadap kat tin sardine! Macam mana tu?
Kyra terus cabut dari situ… ‘Lantak kau lah nak cakap apa pun… ada aku kesah.’
------------------------------------------
Dekat kaunter pembayaran.
‘Alahai, selamat hangus tiga ratus duit aku bulan nie… kopak lagilah aku jawabnya.’ Kyra merengus dalam hati.
Adat orang makan gaji. Biasalah hujung bulan duit masuk… macam-macam nak kena bayar. Bil api, kereta, insurans, sewa rumah pastu nak hantar ke kampung lagi. Barang-barang rumah, nak kena simpan duit dalam bank lagi, nak tampung barang make up lagi! Berapa banyak lagi tinggal? Duit nak berjoli memang haprak la tak cukup… Kyra garu kepala.
Kyra jalan menonong ja sambil tolak trolinya. Kepala serabut tengah fikir nak survive macam mana bulan nie sementara tunggu bulan depan.
Tiba-tiba…
“Cik! Cik! Cik berbaju pink!”
Kyra pusing belakang. ‘Dia panggil aku ke? Aku pun pakai baju pink nie.’
Cashier tadi mengangkat dua beg plastik lalu ditunjukkan pada Kyra. Dia menepuk dahi.
‘ALLAH! Cuainya aku… barang pun boleh tertinggal.’
Kyra tersengih lalu bergerak ke arah kaunter semula nak ambil barang yang tertinggal tadi. Dia pun tinggalkan sekejap troli tu lalu ke kaunter. Selesai semua urusan dia terus menolak troli ke parking kereta.
“Cik! Cik! Tunggu…”
Kyra rasa pelik lalu menoleh kebelakang…
Tiba-tiba seorang lelaki mengejarnya. Kyra panik dia ingatkan lelaki itu orang gila, tunggu lagi? dia pun cepat-cepat memandu kereta keluar. Siapa tak panik kena kejar oii!
Dia semakin takut, apa tidaknya lelaki tadi masih mengejarnya, tak cukup dengan kaki dia kejar Kyra dengan kereta pulak!
“Ya ALLAH… Bala apa nie? apahal mangkuk tu kejar aku. Aku tak bersalah… ya ALLAH selamatkanlah aku dari orang psiko nie… aminnnnn..” sebelah tangan pegang stereng kereta, sebelah lagi mengaminkan doa. Hay la Kyra.
Kyra menekan minyak sampai 160km/h! gila kentang… tu kalau tak sempat tekan break mahu ‘jalan’ dia. Mati muda!
Sampai saja di rumah sewa, Kyra terus berlari masuk ke dalam rumah tetapi lelaki tadi menarik tangan Kyra, apalagi Kyra menjerit sekuat hati ada perogol bersiri.
“Tolong! Tolong! Jua!!! Yun!! Ada perogol bersiri..! tolong aku Yun!!!” macam nak tercabut anak tekak Kyra menjerit. Air mata mengalir tak henti-henti dah. Muka Kyra merah padam…
“Cik! Bawak bertenang cik… saya cuma nak…” belum sempat pemuda tu habis cakap Kyra yang tengah cuba melepaskan diri daripadanya tu terus mengetuknya dengan kasut tumit tinggi yang dipakai ketika itu.
“Aduh! Sakit la pompuan oii!” pemuda tu cuba elakkan diri dari pukulan Kyra tapi tangan tetap tak lepaskan Kyra.
‘Gila gangster perempuan nie. pakai high heels! Mau terburai isi otak aku nie.’ dalam kena belasah tu sempat lagi mengata Kyra.
“Nah, ambik kau! Kau nak rogol aku kan… dasar perogol bersiri! Ambik ni… rasakan… haiyaaa!” Kyra tiba-tiba bersemangat waja. Diketuknya lelaki tu dengan tumit tingginya yang 3 inchi tu. Teruk jugak mamat tu kena belasah dengan Kyra.
Jua dengan Yun yang terdengar jeritan Kyra kelam kabut keluar rumah. Terkejut beruk mereka tengok aksi 18 tahun ke atas nie.
‘Kyra tengah bergusti dengan… dengan laki?? What! A guy? Kyra!!’Mahu tak huru-hara jadinya petang tu…
“Kyra mengucap! Mengucap! Anak orang tu kang mati dia kau belasah, Kyra.” Yun dah peluk Kyra nak halang Kyra dari terus mengganas.
Jua dah siap sedia pegang batang penyapu… “Encik baik encik lepaskan tangan kawan saya! Tidak saya belasah encik pakai penyapu nie… nie batang penyapu besi encik jangan buat main, sakit ooo…” Jua takut-takut berani ja nak masuk campur pun, nak ugut pun suara terketar-ketar.
“Lepaskan aku Yun biar aku belasah perogol bersiri nie!” Kyra dah naik gila.
“STOP IT!!!” akhirnya lelaki tu menjerit.
Semua orang terkejut. Semua terdiam tak bergerak tak berkutik walau sedikit pun! Macam dah kena pause masa tu.
“Are you girls nuts?? Nak belasah saya kenapa? Apa salah saya!” lelaki tadi dah mula tinggikan suara. ‘Gila tiba-tiba belasah aku!’
“Hei! Boleh kau tanya apa salah kau? Kau nak rogol aku kan? baik kau mengaku kalau tidak aku report polis.” Kyra dah jegil mata. Tadi penakut bukan main… nie tiba-tiba dah jadi hulk hogen pulak.
Lelaki tadi ketawa sinis. “Rogol kau? Kau?” dia menunding jari kearah Kyra.
“Yala!” Kyra menjegil mata.
Lelaki tu hanya mengeleng kepala.
“Dari aku rogol kau baik aku rogol nenek tua, hei… kau tau tak? tengok kau nie entah laki mana la ada nafsu. Badan cekeding cam papan. Ingat muka kau tu lawa sangat ke ha? Dah lah penyamun. Gangster high heels! Nak bunuh aku ke apa pukul pakai nie?” lelaki tadi menunjukkan kasut tumit tinggi Kyra yang berjaya direbutnya masa adegan bergusti tadi.
“Kau… kau… kau kurang ajar ye.” Kyra menunding jari ke muka lelaki tu.
“Huh… kau ke aku yang kurang ajar?” lelaki tu mempersoalkan Kyra balik.
“KAU la perogol bersiri!”
“KAU yang kurang ajar gangster higheels!”
“Kau la mangkuk!”
Jua dengan Yun naik pening… kepala mereka terikut-ikut… kejap Kyra kejap lelaki tu, kemudian Kyra kemudian lelaki tu…
“Kau…” tak sempat Kyra nak cakap tiba-tiba…
“STOP IT!” Jua dengan Yun menjerit serentak.
Kyra dan lelaki tu berhenti bergaduh dan memandang mereka berdua.
“Cuba duduk berbincang elok-elok. Kyra cuba kau tanya encik nie baik-baik kenapa dia follow kau. Dan encik tolong jelaskan kenapa encik kejar kawan kitaorang nie. Tak payah bergaduh macam samseng kampung dusun.” Yun menyilang tangan sambil memandang mereka berdua bersilih ganti.
“Entah! Pening aku tengok korang bergaduh.” Jua dah pegang kepala.
“Huh… memang pun kawan cik nie samseng! Gila punya orang.” Lelaki senyum sinis.
“Tengkorak kau! Kau tu perogol bersiri tak sedar diri… pegang-pegang anak dara orang tak tau malu.” Kyra tak mau kalah.
“Sebelum aku tangan-tangankan korang berdua buat gulai lemak masak tempoyak baik korang diam jangan bergaduh and start to have a nice, cool and peace conversation! I really mean it now…” Yun dah mula tunjukkan aura guru disiplinnya.
Kyra dan lelaki tu saling berpandangan!.
‘Hari-hari tengok drama bersiri, memang dasar kau perogol bersiri!’ Kyra bagi jelingan lipat maut.
‘Eleh… Hisap rokok jenama dunhill, tak sedar diri dia gangster higheels!’ lelaki balas jelingan Kyra dah macam nak keluar petir dari tenungan mata mereka.
------------------------------------------
Nasib baiklah Jua dengan Yun campur tangan, barulah situasi ribut tadi reda sikit. Tidak mau tercetus perang armagadon agaknya kalau tak dihentikan tadi.
Empat pasang mata saling bertentang. Kerusi batu yang memang sedia ada di luar laman rumah sewa mereka disediakan oleh tuan rumah untuk bersantai-santai pada waktu petang tapi sekarang dah jadi meja persidangan pula.
Jua dengan Yun duduk bertentangan manakala Kyra duduk bertentangan dengan lelaki tu. Kyra memeluk tubuh. Lelaki tu hanya duduk menyandar santai. Jua pegang penyapu besi tak lepas-lepas… nak stand by katanya takut-takut kalau lelaki tu tiba-tiba menggila! Yun membetulkan spek matanya yang sesekali melorot ke bawah. Lagak gaya macam tuan hakim pulak Yun tu.
“Ok. Sekarang bincang baik-baik. Kita nie manusia tuhan cipta fikir pakai otak bukan kepala lutut. Siapa nak mula dulu?” Yun tanya.
“Perogol bersiri nie Yun. Dia yang kejar aku macam orang gila. Mana aku tak panik.” Kyra serang.
“Hello. Tadi masa dekat Giant aku panggil kau baik-baik dulu yer. Bukan aku main serbu kejar kau ja. Kau tu yang tiba-tiba lari macam orang sasau kenapa? Nak salahkan aku pulak.” Lelaki tu membela dirinya.
“Tipu!”
“Betul!”
Yun mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda stop it!
“Kalau macam nie la punya gaya baik korang tak payah cakap. Huh!” Yun merengus naik fed up dah dia pun.
“Aku tanya korang jawab ok?”
“Encik... err??”
“Megat Amru Nasabil… call me Am.”
“Ok Encik Am, kenapa encik kejar kawan saya tadi?” Chewah, Yun kau nie dah macam peguam pulak yer.
“Kan senang tanya dari mula. Nie tak! ketuk aku pakai high heels. Ingat tak sakit ke?” lelaki tu mencebik.
“Encik… jawab jer lah soalan saya tadi.”
“Cik… cik apa tadi?”
“Yun… panggil saja Yun.”
“Err… saya Najwa. Panggil Jua jer…” Jua tiba-tiba menyampuk tersengih-sengih tapi batang penyapu besi tak lepas dari tangannya tu.
‘Hensem! Lagi hensem dari Zaim… nie yang tergugat nie…’ Jua dah tersengih-sengih miang keladi dah…
“Ok. Cik Jua dan Cik Yun, saya sebenarnya tak da niat pun nak apa-apakan kawan cik berdua nie. Sikit pun tak terlintas nak rogol anak dara orang tengah-tengah hari rembang macam nie waima sebesar zarah sekalipun tak teringin saya kat kawan cik berdua nie… saya…”
Belum sempat Amru habis cakap tiba-tiba Kyra potong.
“Cakap jer la kenapa. Yang kau nak buat mukadimah panjang-panjang apahal? Kau ingat nie pertandingan mari bercerita ke apa…” Kyra hilang sabar.
“Ok fine! Kau nak aku cakap direct kan? Kau tu dah ambik barang aku. Tau tak. Penyamun!”
Kyra tersentak.
“Bila masa aku ambik barang kau? Kau siapa ha? aku tak kenal pun kau… macam mana aku boleh ambik barang kau pulak? Kalau dah salah mengaku jangan nak menuduh!” Kyra tak puas hati.
“Baik kau tak caya ya. Tak pa kau tunggu jap… aku pergi ambik buktinya. Jangan menyesal yer.” Am bergegas bergerak ke arah keretanya
“Kyra betul ke kau ambik barang dia weh?” Jua tanya.
“Tak la. Masa bila aku ambik barang dia… kau nie.” Kyra tarik muka.
Amru menghampiri mereka dengan selonggok beg plastik.
“Nie buktinya. Tengoklah.”
Tiba-tiba riak wajah Kyra berubah… dia terdiam… “Err…kenapa barang-barang nie nampak macam barang-barang yang aku beli tadi?”
“Bukan macam tapi memang barang kau pun. Kau tengok nie. Apa kejadahnya aku nak beli benda nie ha? Cuba kau terang sikit dekat aku pakai logik akal kau.” Amru menanya Kyra.
Serta-merta wajah ketiga-tiga gadis tu merona merah. Panas! Apa taknya Amru selamba badak tayang ‘adik kecik’ yang baru Kyra beli tadi. Dah la warna merah ang-ang siap bercorak polka dot lagi! Sumpah Kyra tak tau nak kata apa. Malu tahap yang dah tak bertahap dah dia rasa!
“Err… Kyra… betul ke kau punya tu?” Yun serba salah nak tanya.
Segan, malu, nak tergelak… bercampur baur tapi tak sampai hati tengok muka Kyra dah merah macam nak pecah!
“Err… aku… aku…”
Kyra terus blah dari situ dan bergerak menuju ke keretanya. Dia membuka plastik barang yang baru dibelinya tadi. Dan ternyata… bukan barangnya. Kyra rasa nak nangis dah. ‘Macam mana nie… ya ALLAH malunya aku rasa.’
Kyra terus membawa semua beg plastik yang ada dalam keretanya lalu dihulurkan kepada Am.
“So?? You own me something miss…” Amru tersenyum bangga, kemenangan berpihak kepadanya.
Kyra tunduk tak angkat kepala… dikuisnya rumput karpet di laman tu… Malu!
“Sorry.”
Pendek ja jawapan Kyra. Tanpa buang masa sesaat pun Kyra terus capai barang-barangnya dan masuk ke dalam rumah. Langsung tak di pandang wajah Amru.
Jua dengan Yun saling berpandangan. Kemudian mereka memandang Amru pula.
“Ermm… Encik Am, saya mintak maaf yer bagi pihak kawan saya tu… dia tu pemalu sikit tu yang dia lari masuk rumah.” Yun cuba cover Kyra sambil tersengih-sengih. Jua pula jadi burung belatuk, tukang mengangguk kepala.
Tiba-tiba.. Kyra yang dah masuk ke dalam rumah patah balik keluar.
Tiga pasang mata memandangnya.
“Kau kenapa Kyra?” Jua tanya.
Kyra diam tak menjawab.
“Encik saya nak mintak balik benda tu…” Alahai… suara lembut macam nak keluar tak keluar ja bunyi.. Kyra menunjukkan ke arah tangan Am.
Kali semua mata tertumpu ke arah Amru.
YA! ‘Adik kecik’ Kyra…
Amru tersenyum sinis. Tapi langsung tak menunjuk tanda-tanda nak bagi dekat Kyra.
‘Mamat nie pehal? Aku punya barang tu bagi la balik! Tak kan dia nak pakai kot?’ Kyra bengang. Dah bengang sangat tengok gaya Am yang buat tak tahu ja tu, Kyra terus rampas ‘adik kecik’nya tu dari tangan Am dan terus blah dari situ.
Jua dengan Yun muka dah biru tahan nak gelak… tapi demi kawan ditahankan jugak… hahaha.
Amru hanya berdiam diri sambil memerhatikan Kyra yang menapak masuk ke dalam rumah sebelum...
“Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam…” serentak Jua dengan Yun jawab salam.
------------------------------------------
Malam tu Jua dengan Yun tak sabar-sabar nak dengar cerita dari Kyra. Tapi Kyra buat-buat tak faham, dia diam ja sampailah Yun memulakan topik.
“Macam mana boleh jadi macam tu Kyra?”
Kyra hanya menjongketkan bahunya.
“La… tak kan kau tak tau, kau yang ambik barang dia kan?” Jua interframe.
“Hei… aku tak ambik barang dia. Aku just TERtolak troli dia ja ok. Beza tu.” Kyra menjawab.
“Eleh… samalah tu.” Jua menjuih bibir.
“Macam mana kau boleh tertolak troli dia Kyra? Pelik pulak bila aku fikir balik. Musykil aku.” Yun tanya lagi.
“Dah aku nak TERtolak nak buat macam mana… bukan aku sengaja.” Kyra sengaja tekankan perkataan TER tu menunjukkan yang dia betul-betul tak sengaja.
“Tak kan kau tak sedar?”
“A’ah memang aku sedar. Sedar gila masa tu! Eiii kau nie sengal la... kalau aku sedar tak kanlah aku nak pergi tolak troli orang, kau nie pun satu la Yun… hishh.”
“Mana la tau… hehe.” Yun sengih.
“Kau fikir apa sampai boleh TERtolak troli mamat tu tadi?” Jua tak puas hati lagi.
“Tak… cerita dia macam nie. aku tertinggal barang dekat kaunter pembayaran. So, cashier tu pun panggil la aku. Aku tinggalkan la kejap troli aku tu kat situ pastu aku pergi la ambik barang tu. Kemudian lepas ambik barang, aku terus tolak troli aku tu. Mana lah aku tau ada troli lain kat situ, aku pun time tu tak check barang dalam troli tu… aku pakai tolak jer… pastu tiba-tiba ada orang kejar aku. Then story lepas tu korang tau la jadi apa kan? tak payah aku describe lebih lanjut. Sekian terima kasih.”
“Mak aii, gila tak senonoh kau nie rupaya Kyra… baru aku tau…” Jua mengurut-urut dagunya. Macamlah ada janggut.
Kyra tarik muka.
Yun gelak terbahak-bahak dah.
“Kau apasal gelak dekat aku? Nie yang malas nak cerita nie.” makin panjang muncung Kyra.
“Tak… aku gelak sebab aku nak tergelaklah… hahaha… yala, dah la kau TERtolak troli dia, lepastu kau panggil dia perogol bersiri satu hal, kemudian boleh pulak kau pukul dia separuh mati! Tak boleh blah tu, kau guna high heels! Kasut tumit tinggi tu 3 inci kot!… Ya ALLAH… mau mati aku rasa mamat tu kalau aku tak halang kau tadi.” Yun dah geleng kepala.
Jua pun sama gelak sakan. “Entah… dah la tu serius part mamat tu tayang ‘adik kecik’ polka dot kau tu aku tak boleh lupa… hahaha! Gila betul, selamba badak ja dia tayang benda tu depan kita… adoi…” Jua dah pegang perut dia, muka Kyra dah bertukar warna malu bukan kepalang dia rasa.
“Kot ye pun kau nie, beli lah yang mengancam sikit corak dia… nie polka dot? Dah macam anak anjing. Hahaha!” Jua menambah lagi.
“Entah… boleh jugak ngorat mamat tu. Kot-kot la tengok ‘adik kecik’ kau tu mamat tu boleh jadi angau kat kau ke? Tup Tup! Terus esok tu dia datang masuk meminang. Ye tak Jua?” Yun angkat kening sebelah ala-ala The Rock tu.
“Your right babeh… give me five!”
Kyra ketap gigi melihat Jua dengan Yun ber‘give me five’ tu.
“Biar lah ‘adik kecik’ aku bukannya ‘adik kecik’ kau! Sibuk jer. Korang dah la… aku tau la aku salah. Kan aku dah mintak maaf kat dia. Tutup kes la. Yang pasal ‘adik kecik’ polka dot aku tu tak payah la ungkit. Sensitif! Malu tau tak!” Kyra dah tekup muka dengan kusyen sofa.
Jua dengan Yun sengih ja… Kyra, Kyra…
------------------------------------------
Peristiwa paling memalukan pernah terjadi dalam seumur hidupnya tu tak mungkin Kyra lupakan walaupun dah lama perkara ni berlalu, dah berminggu-minggu. Satu ja doa yang tak pernah dia lupa setiap kali sembahyang selain mintak dimurahkan rezeki dan panjang umur. Dia tak nak jumpa Mr. Troli tu! Tu la satu-satunya doa dia yang tak lekang dari bibir. Biarlah yang tu pertama dan terakhir. Kyra serik!
Mr.Troli??? tu la gelaran yang Kyra bagi dekat Amru.
“Mulakan hidup baru Kyra! Lupakan benda yang dah lepas, yang penting pagi nie buka buku baru. You can do it babeh… yeahhh! Malaysia ROCKK!” bersemangat waja Kyra pagi tu.
Kakinya diatur menuju ke arah bangunan tempatnya bekerja. Menonong ja Kyra jalan tanpa memandang kiri dan kanan.
Tiba-tiba!
“Cik ke tepi! Kereta!” beserta dengan jeritan tu tubuh Kyra ditolak dan dia dengan pemuda yang selamatkannya tu jatuh bergolek-golek. Sekali tengok tak ubah macam hero dengan heroin tamil tengah bergolek atas taman bunga yang bezanya cuma nie atas tar la…
“Cik ok?” prihatin betul pemuda nie.
“Err, saya ok terima kas…” Kyra terkedu.
Doanya tak dimakbulkan Tuhan rupanya.
“Eh, Miss Polka Dot!” muka Amru teruja gila siap panggil Kyra, Miss Polka Dot lagi.
‘What? Dia panggil aku polka dot??’
“Apa khabar lama tak jumpa. Last kita jumpa masa dekat ru…”
“Eh, tangan awak luka teruk nie encik. Baik pergi klinik.” Kyra cepat-cepat potong, dia tak mau ungkit dah pasal hari tu, sungguhlah malu hari tu pun tak hilang lagi.
“It’s ok, sikit ja nie. Awak luka lagi teruk dari saya.” Amru menunjuk ke arah lengan tangan Kyra.
“Darah.” Sepatah ja yang sempat Kyra cakap sebelum…
“Eh, cik? Cik! Miss Polka Dot… bangun…”
Kyra pengsan daa… dia pantang tengok darah. Tapi yang pelik tu, kalau dekat orang lain tak apa tapi kalau darah tu keluar dari badan dia sendiri. Ha! Sekali tengok pengsan terus.
------------------------------------------
“Puan dah sedar?”
“Saya kat mana nie?”
“Jangan risau, puan dekat klinik sekarang tadi puan pengsan. Suami puan yang bawak puan ke sini?”
“Puan? Suami? Bila saya kahwin doktor?” Kyra bingung. ‘Aik, takkan aku pengsan tak sampai 2 jam pun aku dah ada laki? Macam mana aku boleh tak perasan aku dah kahwin?’
“Err, yang tu saya tak tau la pulak puan. Tu di luar bidang ilmu saya. Saya rasa puan dah ok, cuma jangan lupa makan ubat nanti ok.”
Kyra hanya menganggukkan kepalanya.
------------------------------------------
“Macam mana? Doktor kata apa?” Amru terus mendapatkan Kyra sebaik sahaja Kyra keluar dari bilik doktor.
“Eh, awak tak balik lagi?” Ada lagi rupanya mamat nie.
“Saya tunggu awak.”
“Puan Nik Mazkyra Muslim.” Tiba-tiba pembantu klinik tu memanggil Kyra.
“Biar saya ambikkan.”
Kyra hanya tersenyum. Dalam hati… ‘Bila masa aku dapat mandat bergelar puan nie?’
“Jom saya hantar awak balik.” Amru menawarkan diri untuk menghantar Kyra pulang.
“Eh, tak apa, tak apa. saya boleh balik sendiri. Berapa semua harga ubat tadi?” Kyra dah mengeluar beberapa keping not sepuluh ringgit.
Amru hanya tersenyum penuh ikhlas tapi lain pula pada pandangan Kyra dia nampak senyuman tu... macam nak menggoda dia. Kyra terkedu seketika. Jantungnya tiba-tiba bergerak kencang. Rasa macam nak pengsan lagi sekali
“Kyra? Are you ok Kyra?” Amru memetik jarinya beberapa kali di hadapan Kyra.
Kyra tersedar. “Ya? Ya… saya ok.” Kyra tersengih lagi.
“Tak payah bayar, saya ikhlas tolong awak. Jom saya hantar awak balik.” Amru terus membuka pintu keretanya dibahagian penumpang hadapan.
“Eh, janganlah macam nie. Awak dah tolong selamatkan saya tadi tu pun dah besar rahmat. Saya kenalah bayar balik duit awak. Betul nie, saya boleh balik sendiri.” Kyra tolak dengan berhemah sekali.
“Mak saya cakap tak baik tolak niat baik orang. Lagipun awak jangan risau, niat saya baik nak tolong awak. Saya tak akan rog…”
“Stop it! Jangan nak sebut perkataan tu.” Kyra terus mencelah.
Amru hanya tergelak kecil. “Ok, ok… saya tak sebut tapi awak kena biar saya hantar awak balik ok?”
“Ok…” lemah ja Kyra jawab...
Bersambung...
hahahaha!!! lawak giler citer niey!!! best3!!!! kipidap !!!
ReplyDelete^___^___^
@lylea
ReplyDeletehuhu..thanks lylea happy awak suka cita nie... :D
Puaka Tebing Hijau. HAHAHA ! MISS POLKA DOT . hahaha, gelak ja baca cita nih <3
ReplyDelete@emeliena
ReplyDeleteuit2..cover suara satgi org ingat pontianak mengilai...haha
Aduh...citer x blh blah...kelakar giler...
ReplyDeleteTq. 'citer x blh blah' tu ala-ala pujian gak kan? hehe.
DeleteHahahaha...bezt n lawak gler cter ye..kipidap..!!!
ReplyDeletehehehe...tq anon! :)
DeleteLike it
ReplyDeletetq :)
Delete