8 April 2012

Cerpen : Queen Control (iii)



Laptop dihidupkan. Sudah hampir tiga minggu Quwin menyembunyikan diri. Entah apa yang difikirkannya sekarang tiada siapa yang tahu sehinggakan dia tega meninggalkan keluarga dan suaminya. 

Tetikus dilarikan dan anak panah di arahkan ke arah inbox email. Sudah lama Quwin tak memeriksa emailnya. Mujurlah semasa dia membawa diri laptopnya ada dalam kereta. Beratus-ratus email baru di dalam inboxnya.

Di telitinya sekali imbas dan matanya menangkap satu nama yang sangat dirinduinya. Email dari Ahmad Rafie, suaminya. Email tu dihantar dua minggu yang lepas. 

Cepat-cepat di kliknya email tersebut, tetapi bukan message biasa yang dihantar kepada Quwin sebaliknya sebuah attachment video.

Sebaik sahaja video tersebut di download terpapar wajah Rafie. Tak semena-menanya air mata Quwin menitis. Rindu!

Rafie nampak agak kusut tetapi masih kacak di mata Quwin. Ah, kalau dah sayang kentut bau cempedak pun dikatakan bau strawberry!

“Assalammualaikum, buat isteri abang yang tercinta yang abang tak tau dekat pelosok dunia mana dia berada. Abang sentiasa doakan sayang abang yang sorang nie selamat. Abang tak tau, Wina bukak atau tak video nie. Yang sebetulnya abang tawakal ja sayang bukak. Kalau tak bukak tak pa la kita buat kenangan ja video nie. Kita tengok dengan anak cucu kita nanti.” Rafie tersenyum. 

Quwin ketawa kecil. Air mata dilap dengan hujung baju.

Tiba-tiba Rafie bangun dan mengambil sebuah gitar.

“Abang tak pandai nyanyi suara abang tak sedap dengan lemak merdu macam Anang yang sayang minat tu. Tapi insyaALLAH tak banjir kalau abang nyanyi.” Quwin ketawa lagi.

“Lagu nie abang tujukan khas buat isteri abang yang tercinta yang sedang merajuk nie. For you Queen of my heart.”Rafie mula memetik gitarnya dan lagu nyanyian Westlife mula memenuhi ruang antara mereka.

So here we stand, In our secret place… With a sound of the crowd, so far away… and you take my hand… and its feels like home… we both understand… It’s where we belong. So how do I say? Do I say goodbye? We both have our dreams… we both gonna fly. So let’s take toninght, To carry us through… the lonely times.” Rafie menyanyi dengan penuh perasaan.

Quwin dah mula sedu balik. Terharu! Rafie menarik nafas…

I’ll Always look back… as I walk away… this memory  will last for eternity… and all of our tears, will be lost in the rain. When I’ve found my way. Back to your arms again, but until that day… You know you are The Queen of my heart. Queen of my heart…” Rafie tersenyum, terasa seolah-olah mata Rafie betul-betul memandang kearahnya… Quwin menggigit hujung bibir.

And never let go, while dancing we’ll kiss, like there’s no tomorrow, as the stars sparkle down… like a diamond ring. I’ll treasure this moment till we meet again… But no matter how far or where you may be… I just close my eye and you’re in my dreams, and there you will be. Untill we meet…

Oh yeah… You’re the Queen of my heart… of my heart. No matter how many years it takes… I’ll give it all to you.” Mata Rafie terpejam, menjiwai lagu…

Oh yeah… Queen of my heart… oh yes you are The Queen of my heart…” Tangannya di bawa ke dada. Nyanyian Rafie sudah tamat.

Suasana sepi seketika.

“Sayang… sampai bila Wina nak lari dari abang? Abang rindu…” Air mata Quwin jatuh.

“Wina dekat mana? Kalau sayang dah tengok video nie… jangan lupa contact abang. Abang risau sayang sorang-sorang kat luar sana. Please… kalau sayang masih marah pasal Maisa tu. Abang berani bersumpah yang abang dengan Maisa tak ada apa-apa hubungan pun. Apa yang sayang tengok petang tu tak sama dengan apa yang sebetulnya jadi. Maisa terjatuh atas abang secara tak sengaja dia tak da niat apa pun. Abang pun langsung tak da niat nak pasang perempuan lain, dalam hati abang nie ada sayang sorang saja. Percayalah. Wina balik ya… jangan merajuk lama-lama tak kesian ke tinggal abang sorang-sorang… balik ya…” Rafie terdiam seketika sebelum video tersebut tamat.

 Makin lebat air mata Quwin turun. Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu biliknya. Quwin cepat-cepat mencapai tudung dan mengelap air matanya.

Pintu dibuka dan…

“Abang…” wajah Rafie muncul depan Quwin. Baru ja Quwin tengok video Rafie… tengok-tengok tuan punya badan dah muncul. Hay, panjang umur Si Rafie nie.

“Tak nak jemput abang masuk ke?” Quwin masih terkejut lagi. Rafie tak tunggu jawapan isterinya. Terus diangkat beg dan dimasukinya bilik penginapan Quwin.

“Mana abang tau Wina ada dekat sini?” terus diserangnya Rafie sebaik saja lelaki tu siap mandi. Rafie hanya mendiamkan diri. Rambut yang masih basah dilap. Dia hanya mengenakan bathrobe.

My intuition tell me that you’re here…

“Tipu… abang cakap lah betul-betul.”

“Betullah. Buat apa nak tipu. Abang bukan macam orang tu suka main sembunyi-sembunyi.” Sengaja Rafie memerli isterinya. Quwin mencebik.

“Wina tak caya. Kalau betul abang tau kenapa abang tanya Wina dekat mana dalam video tu? Abang tipu Wina.” Quwin menyilang tangan tanda protes. Merajuk la konon.

Tangan Rafie yang sibuk mengelap rambut terhenti. “Wina dah tengok video tu? Kenapa tak call abang!” tiba-tiba suara Rafie naik. Tersentak Wina mendengar tengkingan suaminya.

“Wina… Wina… baru tengok tadi… sorry…” Quwin menunduk. Rafie mengeluh kasar, sedar dia terlalu mengikut perasaan. Tujuan dia datang nak memujuk isterinya bukan nak mengeruhkan lagi keadaan.

“Abang upah orang cari Wina… diorang track Wina masa Wina tengah cakap telefon dengan Lila. Lepas abang dapat tau petang tadi, abang terus ke sini.” Rafie berterus-terang. Wina masih lagi menunduk. Dia tiba-tiba jadi takut nak menghadap Rafie, sedar yang diri tu dah buat banyak salah dengan suaminya.

“Sejak bila isteri abang nie jadi pendiam? Takut nak bersuara… selalu suara dia lah paling kuat membangkang. Wina marahkan abang lagi ke… hurm?” Rafie memaut dagu Quwin supaya memandang mukanya. Quwin hanya menurut saja perbuatan suaminya.

“Wina tau, Wina banyak buat salah dengan abang… Wina selalu bangkang cakap abang. Wina ja yang betul. Suka mengarah abang buat tu buat nie… Wina ego… Wina minta ampun sangat dari hujung kuku kaki abang sampai hujung rambut abang. Wina minta maaf. Wina bukan tak nak balik tapi Wina malu dengan abang.” Tiba-tiba Wina menangis. 

Sejak kahwin dengan Rafie nie mudah sangat air matanya turun. Macam dah rosak ‘paip’ air matanya tu. Memanjang asyik nak menangis ja.

“Wina takut abang cari perempuan lain disebabkan perangai Wina nie… perangai suka membantah, degil, kuat mengarah, queen control… Wina takut abang tinggalkan Wina sebab perempuan lain. Sebab tu Wina larikan diri.” Quwin mula tersedu-sedu menangis.

Rafie menggelengkan kepalanya. “Memanglah sayang nie suka mengarah, degil, suka membantah, queen control…” belum sempat Rafie habis cakap, makin kuat esak tangis Quwin. Terus di tariknya Quwin ke dalam pelukannya.

“Abang tak habis cakap lagi lah… walaupun perangai sayang macam tu… tapi abang kan suami Wina. Perangai tu boleh ubah sayang. Bagi abang kahwin cuma sekali dalam hidup. Kalau ada salah silap dalam hubungan kita, sama-samalah kita berusaha perbetulkannya bukannya ambik jalan mudah dengan bercerai. Abang tak nak. Abang tak suka perkataan cerai tu. Masakan abang sanggup nak tinggal isteri abang yang cantik nie.”

Dikesatnya air mata Quwin dengan telapak tangannya. Quwin dah mula berhenti menangis. Hidungnya merah. Tapi Rafie nampak Quwin cantik sangat masa tu dengan muka merah-merahnya tu. Lama di tenungnya wajah isterinya tu sampaikan Quwin naik malu.

Biarlah orang nak cakap Quwin nie Queen control ke apa ke… tapi bagi Rafie, Quwin tu… Queen of my heart!

“Tak nak lah tenung macam tu. Seganlah Wina.” Quwin mula nak melepaskan dirinya. Rafie tergelak besar melihat Quwin yang malu-malu.

“Kalau abang tak nak lepaskan macam mana?” pelukan makin dikejapkan lagi. Tapi kakinya dipijak kuat Quwin. Rafie mengaduh sakit. Ganas betul isterinya nie.

Quwin dah nak lari masuk ke bilik air. Tapi Rafie lagi cepat bertindak tangan Quwin ditarik sehingga Quwin terjatuh ke atas badan Rafie.

Quwin dah panik melihat renungannya suaminya tu. Tau kali nie dirinya tak dapat lari lagi.

--------------------------------------------------------

Pukul enam pagi mereka dah terjaga. Selesai solat berjemaah, Rafie tiba-tiba mengajak Quwin berjalan menyusuri pantai pagi tu. Quwin tak membantah. Sambil berpegangan tangan mereka berjalan beriringan.

“Sayang…” Rafie memanggil.

“Hurmm.” Quwin menyahut.

“Abang sayang Wina.” Rafie berterus-terang.

Quwin terdiam mendengar kata-kata Rafie. Dia nak balas ucapan tu tapi tiba-tiba darah naik ke muka… Malu!

“La takkan diam ja? Respon la balik dekat abang. Orang baru nak bajet romantik nie.” Rafie protes.
Terburai gelak Quwin dengar ayat Rafie.

“Adoi, abang nie apa la… Wina baru nak menjiwai watak Juliet. Abang dah interframe. Cuba sabar sikit! Kalau Juliet diam tu maknanya dia sayang balik la… apalah Romeo nie. ish.” Quwin mengomel. Giliran Rafie pula ketawa.

Elok la tu suami isteri. 2 X 5 ja…

Mereka berhenti berjalan dan duduk menghadap  ke arah pantai sambil melihat matahari yang baru nak terbit.

“Sayang… cantikkan matahari terbit.” Rafie memulakan perbualan.

“A’ah… cantik sangat. Ciptaan tuhan, semuanya cantik-cantik.”

“Matahari terbit nie cantik macam sayang.” Rafie memandang Quwin. Quwin tersenyum.
Mereka diam seketika.

“Tapi bagi Wina matahari terbit tu tak cantik.” Rafie mengerutkan dahinya.

“Kenapa pulak?”

“Sebab bagi Wina matahari terbit nie hensem macam abang.” Quwin tersengih panjang. Rafie ketawa besar mendengarnya.

“Ooo, perli orang ek? Nak kena nie.” di cuitnya hidung Quwin. “Tapi sayang mana pernah orang cakap matahari terbit hensem. Orang gila ja cakap macam tu.” Rafie sengaja nak mengusik isterinya.

“Tak pa orang tak buat, Wina buat… lagipun memang Wina gila pun. Gilakan abang…” giliran Quwin pulak memandang Rafie.

Reaksi Rafie??? Sengih melebar! Ingat senang Quwin nak confess.

Quwin melentokkan kepalanya ke bahu Rafie, kepala Rafie pula bersandar pada kepala Quwin. Mereka memerhatikan matahari terbit.

Tempat persembunyian Quwin dah bertukar jadi tempat honeymoon tak dirancang mereka pulak. 

Betullah cakap Lila, Queen control macam mana seorang perempuan tu tapi bila dengan suaminya nanti cair jugak! Syurga seorang isterikan dibawah tapak kaki suami. =)



TAMAT!



Assalamualaikum… =) Terima kasih sebab sudi baca cerpen nie sangat-sangat rasa dihargai, kalau pembaca KOMEN lagi rasa dihargai. Macam iklan Olay tu… kerana diriku begitu berharga… hehe. Kalau tak best, mintak maaf dan bagitaulah ya dekat mana yang kurang tu. Boleh saya perbaiki lagi. Sorry la ya ending dia simple ja... tak nak buat leret-leret takut nanti jadi merapu pulak. :) Apa-apa pun, have a nice day! Thanks for read my short story. =) may ALLAH bless you all.



26 comments:

  1. best la..queen pn da cair ngn hubby dye..

    ReplyDelete
  2. @ain79

    hubby dia penyabar tu yang dia cair.. hehe. thanks ain sebab selalu komen cerita saya nie. ;)

    ReplyDelete
  3. hahaaha.. cam2.. tp best.. sempoii laa..

    ReplyDelete
  4. hihi.. yw sis.. teruskan berkarya ya..:D

    ReplyDelete
  5. @MissxYana

    thanks yana.. utk komen2 yana. Really appreciate that. :D

    ReplyDelete
  6. teruskan bkarya ey.. kot2 nnt ad nama femes baru dlm bdg novel^^
    cerita awk islamic way, best dan comel jer. =)

    ReplyDelete
  7. @cikDr.Farhah

    thanks yer awak... =) insyaallah akan terus bkarya. Klu ada rezeki dlm bdg novel.. saya pun nak.. hehe.. btw thanks again. :)

    ReplyDelete
  8. @ArifahLee

    romantik ek?? hehe.. *blushing... haha ;)

    ReplyDelete
  9. best nyer...seronok giler baca cerpen ni

    ReplyDelete
  10. romantik...best giler lagu yang rafie nyayi tu tajuk apa??apa pun thank buat cerpen yang best nie..rasa diawang-awangan..hheeeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. romantik ya? hehe... tajuk dia queen of my heart-westlife. thanks bagi komen yg best jgk ni... ;)

      Delete
  11. kaoru_kasuga77June 30, 2015 8:42 pm

    wah!!! >_< !!!!!!!!!!!!!!!!! hehe sanggup Rafie sampai upah org bagai? wah! sweetnya dia~

    btw nk tanya lah~~ umur akak bape ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... kalau sayang tu semua pun sanggup, ahaks...

      Umur? Klik dekat tab 'Budak Comot' kat atas tu... hoho

      Delete
  12. Bestwei..bgus dua2 keras kepala..2X5..haha..honestly,I like it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2x5 = 10! hahaha.. kata queen control haruslah keras kepala ;)

      Delete