2 April 2012

Cerpen : Sketsa Cinta (i)


Mommy dengan daddy memang tak sayangkan aku! Fine! Kalau tak nak spend masa dengan aku, aku tak kesah..tak sayang aku pun aku tak kesah la.. boleh jalan la! Tan Sri dengan Puan Sri konon.. huh.. apa ada pada nama? Anak sendiri pun tak pernah nak ambik tahu yang diaorang tau.. duit!duit! aku yang anak nie macam tak wujud!” sesekali air mata yang meleleh dipipi dikesat kasar. Bell betul-betul makan hati dengan ibu bapanya.

“Konon untuk kebaikan aku, padahal diaorang memang dah tak sayangkan aku! Memang dah bencikan aku.. ntah-ntah aku nie anak angkat? Tu yang nak buang aku jauh kat ulu pendalaman Kedah tu.. tapi betul ke aku anak angkat mommy dengan daddy?? No! it can’t be.. I’m their daughter..” makin laju air  matanya turun!

Dah macam air terjun.. sesekali air mata tu menjadikan pemandangannya kabur..dia terpaksa memperlahankan kereta.

Tiba-tiba… ada seekor itik melintasi depan keretanya  secara mengejut.. Bell tersentak! Cepat-cepat dia menekan brek.. badannya terlontar sedikit kehadapan, nasib baik dia memakai tali pinggang kereta.

Shit!! Sial punya itik.. patut biar aku langgar je kau. Biar mampus!” Bell memaki.. orang lain yang dimarah, itik yang terima padah, nie baru betul peribahasa melayu marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Bell menghentakkan tangannya di stereng kereta.. “What a mess..” isk.. isk.. sedunya makin kuat.

Bell meneruskan perjalanannya. Destinasi sudah hampir, jalan kampung yang kecil tu menyukarkan  pemanduannya yang sudah biasa dengan lebuhraya bertingkat dan jalan raya yang lebar serta luas. Memang berbeza dengan jalan di kampung.. sudahlah sempit, berlopak pula tu! Padanlah gadis metropolitan sepertinya tidak betah memandu dijalan begini, sesekali keretanya Porschenya yang berwarna merah cili terhentak, terhenjut-henjut sebab terlanggar lopak. Menambahkan berang dihatinya.

“Aku akan pastikan ni lah kali terakhir aku jejakkan kaki aku kat tempat nie. I’ll make sure this is the last! Forever and ever!!

Bell terbayangkan peristiwa dua hari lepas yang membawa dia pada situasi hari nie.

-----------------------


“Mommy tak kira Bell suka ke tidak, Bell kena jugak suka.. that’s my final decision! Either  you like it or not that’s your problem my dear.. not mine..” Datin Sri Syarifah Bling-bling bernada tegas.

Bell terkedu, ternganga, terpana segala jenis ekspresi yang sewaktu dengannya.

‘Biar betul nie mommy aku?? Mommy tak pernah setegas nie, salunya mommy ikut ja apa yang aku nakkan.’ Sempat lagi Bell bermonolog  dalam hatinya.

God! OMG! This is not my mommy. Definitely! Oh, please..please.. puteri sentubung, puteri sejinjang or whatever jenis puteri bunian.. please give back my mommy..”

Bell berdrama di depan mommy dan daddynya. Dato Sri Syed Ting-ting dah tertawa terbahak-bahak melihat kerenah puterinya yang seorang tu. Mommy pulak membeliakkan biji matanya. Dah macam nak terkojol keluar. Bell pun turut sama ketawa. Dia ingat Datin Sri Syarifah Bling-bling cuma bergurau dengannya. Tapi dalam hati tu terselit jugak rasa cuak, takut cuma dia tak tunjuk.

Nop.. Bell I’m serius my dear.. you call la whatever jenis puteri bunian pun, puteri gunung ledang ke, puteri kayangan ke, puteri maheng eru ke, puteri mak yong ke.. I don’t care! Either you like it or not starting this Ferbruary until this June you gonna stay with Tok Ayah. You got it  my baby girl?” Datin Sri Syarifah Bling-bling buat muka ketat.

Bell menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda tak percaya.

But.. but.. mommy you know I can’t even stand there for a night! What do you expect from me?? 4 month? Hah, you must be kidding right.. daddy? Aren’t you gonna help me..? please..” Bell buat muka kesian.

“Sayang.. Bell daddy.. Bell kena tinggal dengan Tok Ayah je kan? 4 month only.. pejam celik pejam celik dah 4 bulan.. trust me.. you won’t even notice that. Lagipun semua nie untuk kebaikan Bell jugak. Nanti bila Bell kat sana mesti Bell happy, Tok Ayah kan sayangkan Bell.. hurmm?” Dato Sri Syed Ting-ting cuba memujuk Bell.. Bell tetap sedih.

I won’t go there! You like it or not mommy.. I won’t go there.. bear that in your mind!” Bell memandang tajam ke arah mommynya.. tanpa dia sedar perilakunya tu sangat biadap terhadap orang tua.

Datin Sri Syarifah Bling-bling dan Dato Sri Syed Ting-ting terkejut. Bell kurang ajar?

Fine! You won’t go there..but remember! no credit card..” Datin Sri Syarifah Bling-bling memberi amaran.

Bell ternganga.

No more elaun..”

Bell terkedu.. tapi.. ‘eleh, aku boleh mintak kat daddy.’

No more cash money..”

Bell tepuk dahi.. tapi.. ‘daddy kan ada..’

No more Prada, Gucci, LV..”

Bell tutup mata.. ‘ah, sudah.. tak kan nak pinjam kat daddy kot?’

No more party..”

Ada lagi tak?? Please not my ‘baby boy’..

Oh, yes.. I forgot.. of course you no longer need your hot red chill’s PORSCHE aren't you??” Datin Sri Syarifah Bling-bling senyum penuh makna.

Fine!! I’ll go!!” Bell terus berpaling ke biliknya.. kakinya dihentak-hentak kuat.. tanda protes!

Datin Sri Syarifah Bling-bling dan Dato Sri Syed Ting-ting tersenyum yang bermaksud ‘yeay, us! kita menang!!’

-----------------------

Bell tersedar bila keretanya terlanggar lagi lopak.

“Lopak.. lopak!” Bell bengang.

Tiba-tiba blackberrynya bergetar… “mesej masuk.. mesej masuk, dibacain sih.. ya dibacain dong.. mesej masuk deh.” Alert bernada seorang lelaki indon bercakap.

Bell rasa bingit “Diam lah kau! Bising! Menyesal letak suara indon nie, sakit telinga aku ja. Huh..!” conform lepas nie Bell tukar nada ringtone tu.

Bell mencapai Blackberrynya itu, melihat sahaja nama ‘Sweet Mommy’ Bell terus mencampakkan Blackberry tu ke seat penumpang sebelah pemandu. ‘sweet’ la sangat.. tu dulu sekarang Masam! Pahit! Payau! Kelat!

Sebaik saja Bell memaling ke hadapan.. BUMM!! Dia terlanggar sesuatu. Sesuatu yang bakal merubah hidupnya.

“Huh..!” Bell mengeluh kuat.. bala apa pulak kali nie..

-----------------------


“ALLAH!!” terbabas sudah.. Si pemuda jatuh macam nangka busuk daa.. habis satu badannya lencun gara-gara tebabas masuk parit. Tangannya luka sedikit.

Bell turun dari kereta..

Kaca mata hitamnya ditolak sedikit keatas. Melihat sahaja keadaan pemuda tu Bell bukannya nak simpati, tolong lagi la…TAK! Dah la tak tolong, dia boleh gelakkan pemuda tu.

‘Hampeh punya makhluk! Dah la belah aku boleh dia bantai gelak kat aku kot la nak tolong angkat gerek aku ka.. memang kurang ajaq!’ Mubin dah naik angin. Dia mendongakkan kepalanya nak mencari wajah tuan punya badan yang dah ‘belah’(langgar)  dia. 

Mubin terkedu.. ternganga mulut! ‘Mak aii.. awek cun.. err.. tapi..’ Mubin cepat-cepat menundukkan wajahnya kembali. Beristighfar dalam hati. Yala sekali tengok tak pa, dua kali tengok masuk buku kiri la jawabnya. DOSA!

Kenapa?? Sebab…

Bell yang berambut merah, berskirt pendek paras paha yang mendedahkan paha putih gebunya itu, baju blaus yang jarang berwarna putih yang menampakkan segala-galanya yang sepatutnya hanya si suami berhak melihat, kuku yang berwarna merah ang-ang!(terang la tu maksudnya), dan bermekap 3 inchi setengah! Dressing habis.. tok imam pun boleh terliur tengok Bell ok.

“Kau ok kan? Aku rasa kau ok. So, aku pergi dulu.” Bell terus blah masuk ke dalam keretanya, meninggalkan Mubin terpinga-pinga. Sangat beradab ok Bell nie.
Mubin kerut dahi 

“Laillahaillah.. apa masalah minah  nie? Maaf pun tak cakap langsung.. kot la nak tolong aku, dak jugak. Dia blah lagu tu ja? Kot la nak habaq - encik, saya mintak maaf, saya tak sengaja terlanggar encik.. encik ok, nak saya hantar ke hospital??” Mubin mengecilkan suaranya, bajet suara perempuan la kan.. 

“Nie dak.. harammm! dia tinggainya aku lagu nie ja.. hish, anak dara sapa la tu. BlacklistReject kalau nak buat bini..” Mubin mengomel tapi tangannya sibuk menarik basikalnya keluar dari parit.

“Terpaksalah aku cancel plan aku nak p masjid.. hurmm, pi rumah Pak Syed teruih la.. nie minah ranggi punya pasai la nie.. hilang pahala jemaah aku hari ni. Alahai, Mubin.. sabaqsabaq.. semua nie dugaan..” Mubin memujuk dirinya sendiri.

-----------------------

Bell hanya melihat Mubin dari jauh melalui cermin pandang belakang. Bell tersenyum sinis ‘Padan muka kau Mat masjid!’

-----------------------

“Muka dah lawa, kereta dah segak berkilat lagi tu.. kilat dia boleh buta mata! Tapi sayang perangai tu nak kena polish lagi biar berkilat cam kereta dia gak.” Mubin menggelengkan kepala.

-----------------------

Akhirnya, sampai jugak Bell ke rumah Tok Ayah. Bell rasa lega.. tapi ‘Alhamdulillah’ tak sekali pun diucapnya..

Bell tersenyum senang lagi.. dia menapak menuju ke rumah Tok Ayah. Sampai di muka pintu.. “HELLO!! Anybody home?? Yuhuu..  Granpa?!! Granny?!!” terpekik terlolong Bell memanggil. Salam pun tak bagi.. ish.. ish..

Pak Syed yang sedang membaca surat khabar nanyang siangpau berasa pelik. Dahinya berkerut. ‘Anak mat salleh mana plak sesat mai umah aku nie?’ hatinya menanya. Mak Pah, isteri Pak Syed yang turut mendengar segera ke ruang tamu. 

“Anak mat salleh mana tu bang aji oii?” Mak Pah pun hairan.

“Hish, hang nie Pah mana la aku tau.. aku pun macam hang la gak tak tau.” Pak Syed balas.

Betoi gak no, apa la saya nie. Ha, jom la kita pi tengok bang ajinya.” Mak Pah terus menarik tangan Pak Syed.

Melihat saja pintu rumah dibuka, Bell terus memeluk Mak Pah.. “Granny!! I miss you a lot.. you miss me?? Ouh, I really miss you.. muahh.. muahh!” Bell mencium pipi Mak Pah seperti dia bertemu dengan kawan-kawannya. Mak Pak tercengang!

Bell beralih ke arah Pak Syed pula.. “Granpa!! I miss you too!!” Bell dah nak peluk Pak Syed.. tiba-tiba.. 

Pak Syed bukak langkah silatnya “Haih! Jangan dekat, jangan dekat dengan aku. Hang sapa? Suka-suka hang nak peluk aku nie..”

Bell terkejut! “Granpa it’s me Bell! Your only one, and beloved grandaughter.. it’s me! Bell.” Bell menepuk-nepuk dadanya.

Pak  Syed dengan Mak Pah muka blurr..

“Bell?? Bila masa aku order loceng? Aku tak dak order loceng pa aih.. aku nak gantung tang mana loceng tu?” Pak Syed nie lurus bendul jugak rupanya.

Bell dah nak nangis ‘OMG! OMG!’

Granpa.. not that ring ‘bell’.. this is BELL.. Sharifah Alia Anabell. Your granddaughter? Remember anak Syed Tiros, your son?” Bell sedaya upaya meyakinkan ‘Granny’ dan ‘Granpa’nya tu.

Pak Syed dan Mak Pah saling berpandangan, pandangan mereka kemudian beralih kearah wajah Bell.. “Alia?” serentak mereka berdua menyebut nama cucu tunggal mereka.

Yes! YES!! That’s me. Ouh, I’m sorry, I’m truly sorry.. I really, really forgot that both of you call me Alia instead of Bell.. my bad.” Bell tersenyum manis.

Pak Syed dan Mak Pah saling berpandangan lagi sekali.. sebelum…

“ALLAH…” Mak Pah jatuh pengsan.. Pak Syed panik! Bell cemas!

Pak Syed melihat Bell dan Mak Pah bersilih ganti.. melihat cara Bell berpakaian tak semena-menanya Pak Syed pun “ALLAHUAKHBARR!!” plup! Pengsan gak. Betul-betul landing sebelah Mak Pah.

“La pulak! Kenapa dua-dua pengsan nie?  Ish, aku nak buat apa nie?” Bell mengaru kepalanya yang berambut merah tu walaupun tak gatal. PENING!

Superman? Ya.. ya I need superman.. Ouh, how I wish superman was here!’ Bell berdoa dalam hati.. kedua-dua tangannya digenggam erat. Mata terpejam. ‘Superman! Superman!’ Bell bagai menyeru-nyeru.. macam lah superman tu dengar.

Tapi.. tiba- tiba..

“Ya ALLAH! Pak Syed?! Mak Pah! ALLAH awat yang jadi lagu nie..?”

Bell masih memejam mata ‘Eh? Superman dah sampai ke? Cepatnya dia sampai! Tapi kenapa superman nie cakap kedah tak speaking??’ Bell pelik tapi excited mengatasi segalanya. Bell bukak mata.. and her superman was

 “Whatt!!? MAT MASJID!!” Bell terus pengsan!

Mubin tepuk dahi.. “ALLAH! Sorang lagi plak tumbang?! apa aku nak buat nie? Ish.. aku nak pengsan gak la kalau lagu nie.. semua pakat dok pengsan.. kacau sungguh!” Mubin menggaru kepalanya.

-----------------------

“Terima kasih la Mubin oii, kalau hang tak dak la tadi.. aku tak tau la nak jadi pa kat kami bertiga nie. Ntah dok terbaring depan rumah sampai esok pagi pa.” Pak Syed menepuk-nepuk bahu Mubin, Mubin tersengih sambil menggosok lehernya..

‘Ish, rasa cam aku nie superman la plak…hehe..’ Mubin syok sendiri..

“Ish, tak dak pa aih Pak Syed. Saya tolong yang  mana patut ja, kebetulan saya memang nak pi rumah Pak Syed nak jemput mai rumah hujung minggu nie .. ada makan-makan sikit. Pak Syed dengan Mak Pah jangan lupa la  no.” Lain dihati, lain pula mulut kata.. Mubin.. Mubin.

“Ouh, insyaALLAH kalau tak dak pa hal kami pi la. Nie hang buat makan-makan nak rai apa?”

Mubin tersenyum. “Nak rai Kak Cik Syidah dapat sambung belajaq pi Scotland. Dia buat medic kat sana.  kira kenduri kesyukuran la nie Pak Syed.”

Waktu mereka sedang rancak bersembang.. Bell dan Mak Pah keluar dari bilik rawatan klinik Bersatu. Pak Syed mendapatkan Mak Pah..

“Pah ok Pah? doktor kata pa kat hang?”

“Tak da pa aih bang aji.. tekanan darah naik sikit ja doktor kata pasai cek terkejut. Tak payah dok risau la.” Mak Pah senyum untuk menenangkan hati Pak Syed.

Bell terkulat-kulat di situ, dia terasa macam orang asing sahaja. Mubin pula memandang Bell. Suasana sunyi.

“Hurm.. jom la kita balik semua dah selesai dah, tak kan kita pakat-pakat nak tidoq kat klinik ni kot.”  Pak Syed akhirnya bersuara.

-----------------------

Balik sahaja dari klinik Bell kena basuh cukup-cukup dengan granny and granpanya tu.. siap kena warning lagi.

“Nie Tok Ayah tak mau dah dengaq hang dok bahasa granpa, granny tu.. kita nie orang melayu, nak kata ada bau-bau bacang dengan omputih pun aku rasa tak dak. Dulu kecik-kecik boleh pulak hang bahasa Tok Ayah, Tok Mak.. awat bila dah besaq lidah hang dah tergeliat ka?” macam mesingan gun daa.. Bell tunduk ja macam nak tembus kaki dia tenung.

“Satu lagi..”

Bell angkat kepala. ‘Ada lagi ke? Ala..’

“Tok Ayah tak mau dah dengaq hang dok bahasa diri hang loceng, loceng nie. Nama hang penat-penat aku cari 8 hari 8 malam tak tidoq, hang senang-senang suruh orang panggil hang loceng.. ingat no tak mau dengaq dah Bell, Bell nie.” Tok ayah bercekak  pinggang.

Bell angguk kepala.

“Satu lagi..”

Bell angkat kepala. ‘aik, ada lagi..’

“Esok aku tak mau tengok dah rambut merah menyala hang nie! Tu kuku tu elok-elok Tuhan cipta warna putih dah segak dia pi buh warna merah cili api.”
Bell tengok kukunya ‘Eh, ok pa kuku aku, cantik kot warna merah nie..’

“Satu lagi..”

Bell angkat kepala. ‘Berapa banyak satu nie..’

“Baju hang nie.. ALLAH!” Pak Syed picit dahi “Blinda tak ajaq ka hang cara pakai baju lagu mana??”

Bell belek bajunya.. ‘Lagu mana lagu apa? Aku pakai baju terbalik ke? Ok  je aku tengok.’

“Aku tak mau dah tengok hang pakai lagu nie.. baju tak cukup kain nie! Bukak sana bukak sini, hang nak tunjuk kat sapa? Kat laki hang? Hang tu menikah pun dak lagi.. dah mulai hari nie hang pakai baju yang Tok Mak bagi kat hang, baju kurung dalam rumah nie berlambak-lambak hang ambik ja pakai, baju yang hang bawak tak payah dok gatai nak pakai. Aku tak suka! Faham Alia pa yang Tok Ayah habaq kat hang nie?”

“Fa..fa..faham granpa..eh,eh.. Tok Ayah!..faham..faham.”  tersasul-sasul Bell menjawab.

“Dah la tu Tok Ayahnya pun.. Alia baru ja sampai hari nie, berehat pun tak dan lagi.. esok-esok la kot ya pun nak bagi nasihat. Dah la tu, Alia hang pi masuk rehat tu kat bilik sebelah ruang tamu nie”  Mak Pah cuba berdiplomasi.

Tak tunggu sesaat pun! Bell menuju ke biliknya.. tiba-tiba..

“Hang nak pi mana tu?” Pak Syed bertanya.

“Bell..err Alia nak masuk tidur la grand..err Tok Ayah..”

Aiseh! tergagap la plak.

“Dah tu tak reti-reti nak bagi salam?”

“Err.. ass..saalam..muaalaikum…” Bell rasa lidah dia macam dah tergeliat

 “Hurmm.. waalaikummussalam.. pi la berehat.” Pak Syed terus masuk ke biliknya.

-----------------------


Dalam bilik.

Mom, dad. I totally hate both of you!!

Bell menghempaskan badannya di atas katil lalu menangis.

“Dah la kena dipaksa balik kampung, nak langgar itik satu hal, ‘bertembung’ dengan Mat masjid. Pengsan depan rumah Tok Ayah! Balik  rumah terus kena fire dengan Tok Ayah! tu tak kena, nie tak kena.. semua tak kena! Huh.. dah la Mat masjid yang jadi superman aku tadi. Ouh, I hate him! Malang betul nasib aku hari ni.. huhh. Benci! Benci!”

Air mata laju ja turun dari pipi mulusnya.

Manalah kawan tak frust. Superman yang diharap, Masjidman yang menjelma! Huhu..

“Dah la kurus, naik basikal tua, pakai kopiah putih dengan berkain pelikat pulak tu. Memang tak up to date langsung.”

Bell orang pergi sembahyang mana ada nak up to date. Janji baju yang dipakai tu bersih dari najis cukup! Tak payah nak berbrand-brand. Pakai baju brand cap ayam pun ALLAH tak marah.

“Tapi dia cool.. dia tenang ja, walaupun yang pasti dia kurang kacak dari superman yang aku bayangkan..” Bell tersengih seorang diri. Nampak juga dia kelebihan Mubin.

Akhirnya malam berlalu pergi, Bell tidur bersama bayangan wajah Mubin. Yang cool tu katanya.

-----------------------

Dalam bilik tidur utama.

“Tiros dengan Blinda tak ajaq langsung ka Alia tu jadi perempuan yang elok-elok? Aku sendiri tengok pun sesak nafas.. astaga.. baju dia hang tengok Pah, dah rupa kain buruk belakang rumah kita! Sikit sangat kain pastu berlubang-lubang.” Pak Syed mengelengkan kepalanya.

“Tak tau nak kata bang aji oii.. nak kata kita tak ajaq pasai agama kat Tiros tu tak patut sangat. Dulu kita hantaq dia pi mengaji pondok, bila dah besaq nu dia belajaq kat universiti al-azhar. Silap tang mana lagi? Pah pun tak tau lah awat Alia jadi lagu tu.” Mak Pah pun frust cam Pak Syed.

-----------------------

Baru 2 bulan tinggal kat kampung nie tapi Bell rasa azab yang teramat! Macam 200 tahun katanya. Apa tak nya, dari gadis metropolitan ditransform menjadi gadis melayu terakhir! Bell di suruh pakai baju kurung, di suruh pakai tudung, rambut dilunturkan warna merah ang-ang tu, kukunya? Dah jadi putih balik. Mekap tebal sekati tu dah tak da dah, dan yang paling Bell sebal, dia kena memasak! Bell rimas.. tapi yang pelik tu tak pulak dia membantah. Manalah Bell tu berani nak membantah! Pak Syed tu ada aura yang menakutkan! Bell la yang kata macam nie.. “AUMMMM!!”

Petang tu Bell cara alasan untuk ke pekan. Dia beritahu Tok Mak dia hendak beli buku. Tok Mak pun ‘petak-petak’ percaya kat Bell.

Sampai ja kat pekan..

Baju mini-t yang sepatutnya budak 5 tahun pakai dia sarung ke badannya, skirt pendek paras paha dan mekap setebal 4 inchi setengah kembali bermaharajalela. Kalaulah Tok Ayah Nampak.. innalillah la jawabnyya Bell.

Bell berjalan sakan, shopping tak ingat dunia! Kononnya rasa bebas la.. mata-mata keranjang yang memerhatinya dibalas dengan jelingan manja. Dia merasa dirinya HOT! Macam ayam kfc tu.

Bestnya!! I’m free at last.. hurmm.. I can smell the sense of freedom!” senyuman tak lekang dari bibir mungil Bell.

Kusangka  panas sampai ke petang, rupanya Taufan Katrina di tengah hari.

Tengah layan tengok baju-baju yang tak cukup kain tiba-tiba…

“Assalamualaikum.. Alia sorang je ke?”

No it can’t be.. not him..’ Bell kenal sangat suara tu.

Bell paling tengok empunya suara… ‘Ya, that’s him.. Mat masjid a.k.a superman yang kurang kacak.’ Bell muncung..

“Eh, kau apa hal aa? Kenapa kat mana aku ada kau pun ada? Kau follow aku kan! Baik kau mengaku. Eii, semak aa kau nie.” Bell terus attack Mubin.

“Pulak! Bila masa saya follow awak.. ingat awak tu pakai bedak follow me ke ha? Yang saya nak follow, follow segala bagai? Oh, sorry naik ferrari lah Minah ranggi. Eh, awak tak jawab salam saya lagi. Berdosa tau tak.”

Whatt??!! Minah ranggi?” Bell dah bengang. Loyar buruk pulak mat masjid nie. Tapi dijawab jugak salam Mubin tu.. cuma dalam hati je la.

“Huh! Layan kau nie Mat masjid buang masa aku je.” Bell terus berpaling.

“Eleh, layan aku buang masa..  yang dia layan lelaki-lelaki gatal tu terluang pulak masa dia.. kalau Pak Syed tau pun ok gak.. Hot issue nie..hehe..” perlahan ayat demi ayat keluar dari mulut  Mubin. 

Tapi Bell dengar.

Bell tak jadi melangkah. ‘Kurang ajar la Mat masjid nie! Pakai je songkok la kopiah la tapi perangai macam hantu!’

“Kau jangan  nak memandai report dengan Tok Ayah.. kalau tak nahas kau.”

Bell buat muka samseng.

“Kau siapa nak ugut-ugut aku? Ingat aku takut tengok muka jin toncit kau tu? Hah, kirim salam.. by the way.. kalau aku report jugak dekat Pak Syed, kau nak buat apa dekat aku?”

Mubin sengaja mencabar Bell. ‘Ah, perempuan macam nie tak payah berbudi, bukan dia tau berbahasa pun!’

Bell ketap bibir “Kau.. kau.. erghh!! Useless!!” Bell terus berlalu pergi.

-----------------------

Sampai sahaja dekat rumah Tok Ayah, Bell dah Nampak musuh ketat dia. Siapa lagi kalau bukan Mubin al fredo!

“Assalammualaikum.. Tok Ayah.” Lembut gigi dari rahang! Suara Bell bukan main ayu.. macam tak mau keluar pun ada.

Pak Syed tersenyum. Sejuk hati tengok Bell. 

Apa tak nya BELL yang dressing kalah Jennifer LOPEH tu dah kembali menjadi ALIA yang lemah gemalai macam penari mak yong tu. Bell tersenyum manis walhal dalam hati.. ‘Boleh menang academy award (OSCAR) aku nie, tak sangka aku ada bakat berlakon rupanya.’

“Waalaikummussalam.. dari mana Alia?” Pak Syed menanya cucunya.

“Tadi Alia dari pekan.. ni ha, Alia cari buku menjahit, kan Alia dah belajar memasak.. Alia ingat nak belajar menjahit pulak la Tok Ayah.. nanti boleh Alia jahit baju dekat Tok Ayah.” Bell bersimpuh di tepi Pak Syed lagak gadis melayu terakhir sambil tersenyum manis! Manis yang boleh membawa peyakit diabetes!

Mubin juling mata ke atas. ‘Berlakon! Plastik! Polisterine! Depan baik macam malaikat belakang macam…. setan.’

Pak Syed angguk. “Baguslah tu. Dah Alia pi masuk tolong buatkan ayaq kopi na. nie kita ada tetamu.”

Bell patuh terus masuk ke dalam.. tapi dalam pada tu sempat lagi dia senyum sinis pada Mubin. Mubin buat donno ja.

‘Ingat aku kisah dengan acting palsu kau tu.’

‘Kau ingat Tok Ayah nak percaya dekat kau, kalau kau mengadu? Hey, nie Bell la.’

“Nie airnya Tok Ayah.. Mubin silalah minum..”

Bell melemparkan senyuman paling ‘ikhlas’ dekat Mubin.

Dalam hati ‘Minum la air nie.. special aku buatkan untuk kau’

‘Eleh, depan Pak Syed boleh la kau berlakon ayu. Dengan aku tak payah! Ntah kau letak racun tikus dalam air tu.’ Tak mau kalah Mubin.

‘Dari aku letak  racun tikus baik aku letak hydrofluoric acid ke biar hakis perut kau sampai berlubang!’ Bell tembak Mubin.

‘Ha! Elok sangat la tu.. bila aku dah jadi hantu aku cari kau.. biar kau menangis tak berlagu tiap-tiap malam kena kacau dengan aku..haha..’ Mubin baling C4 dekat Bell.

“Eh, yang hampa dua orang nie dok bertenung-tenung mata nie pasai apa? Dah, dah.. Mubin jemput minum.” Pak Syeb potong line.

BOMMM!! Perang minda terhenti. Kembali ke alam nyata.

Mubin dengan Bell tersengih-sengih.

“Baik.. baik..” Mubin pun menghirup perlahan air kopi tu. Tiba-tiba…

“Pufffff!!” sound effect orang tersembur air harap maklum…

‘MAASINNN! Air kopi ka air garam nie?’ nasib baik la dalam hati ja yang berbunyi kalau tercakap tu tak ke Pak Syed malu besar.

“Err.. tak.. tak da pa Pak Syed.. ayaq nie panas sangat..” ayat cover.

“Ha, hang tu dia la. Minum pelan-pelan.. ermm, sedap ayaq kopi nie pandai Alia bancuh.”

‘Sedap apanya? Masin! Wait.. wait.. air Pak Syed ok kenapa air aku masin? Minah ranggi nie nak pedajal aku.. Bell!’ Mubin dah bagi jelingan maut.

Bell buat donno. ‘Ada ubi ada batas, dah aku kata kau buat aku balas..’

Mubin balas ‘Datang bertandang tak ajak masuk, memang dasar hati kau busuk! Jaga kau Minah ranggi. Ada ubi ada batas, ada hari.. hari, hari aku balas!’

Bell tepis ‘Beli baju warna ungu, take your time aku tunggu.. hahaha’

-----------------------

“Tok mak.. Alia nak keluar jap boleh tak?”

“Alia nak pi mana?”

“Saja nak jalan-jalan pusing kampung.. lagipun dah 2 bulan Alia duduk kat sini tapi tak pernah pusing kampung pun. Boleh kan Tok Mak?” Alia memeluk bahu Mak Pah dari belakang.

“Hurmm.. yer la. Alia nak pi jalan-jalan dengan sapa? Tak kan pi sorang ja? Bahaya jadi apa-apa dekat hang satgi kalau Tok Ayah hang tau, mengamuk sakan dia. Alia ajak Mubin pi teman no?” Tok Mak bagi izin sekali dengan pendapat.

‘Huh.. dari aku ajak mat masjid tu baik aku ajak beruk belakang rumah! Tak ingin aku jalan sekali dengan dia.’

Dalam hati lain mulut kata lain..

“Alia bukan tak nak ajak Mubin.. tapi Mubin kan sibuk. Seganlah nak ajak dia takut susahkan dia plak.”

Bila masa la kau ajak Mubin, Alia.. dah la tu pandai betul susun ayat.

“Kalau dah Mubin sibuk tak pa la.. jalan baik-baik.” Pesan Mak Pah

OkeY!! Sayang Tok Mak.. muahh..” Alia cium pipi Mak Pah. Mak Pah tersenyum.



To be continued...

8 comments:

  1. Kenapa ya bila korang tulis dapat award utk lakonan trbaik, mesti tulis grammy award? Gramy award kan anugerah untuk industri muzik.....kalau untuk lakonan etc academy award (OSCAR), emmy award, goldn globe or SAG Award.

    ReplyDelete
  2. @Triana Wedding Belles - Weddings and So Much More

    my bad... tq sebab tolong bagitau. Baru saya tau... dah perbetulkan dalam cerpen tu. Thanks tau. :)

    ReplyDelete
  3. adeh klekar la citer ni..terbahak2 ketawa kt dlm bilik..hihiihi..good job writet...
    yg paling best kt pantun tu..ekekeekek

    ReplyDelete
  4. @Anonymous

    hehe... setakat pantun dua kerat merepek mcm kat atas blh la saya buat. ;P Thanks baca. :)

    ReplyDelete
  5. Kalau lah Bell tu wujud, nak tengok live perangai dia. HAHAHA !

    ReplyDelete
  6. @emeliena

    haha.. tu la... rasanya ada kot org yg betul2 perangai cam bell tu kan.. gediks yg mintak penampaq sedas...haha

    ReplyDelete
  7. haha, lawak giler! Kesian, kopi Alia letak garam.

    ReplyDelete
  8. @ArifahLee

    kannn...mau darah tinggi mubin tu... haha

    ReplyDelete