Hikayat aku seekor kucing yang hensem.
Aku
adalah seekor kucing. Wajahku sangat tampan dan hensem, misaiku kurus-kurus
berwarna putih dan panjang-panjang sekali. Aku ni nak kata spesis kucing mahal
tidak sama sekali kerana tuan aku hanya kutip aku di tengah jalan. Tapi
rata-rata orang yang melihat corak buluku yang unik ini mengatakan aku spesis
kucing Bengal... tidak mengapalah spesis Bengal sekalipun, jangan aku dikatakan
aku spesis Sengal sudah aku tak rela diperbodoh-bodohkan seperti "Hey
cow(kau)! cow(kau) lembu..." Aku dan adik aku bernasib baik pada
hari itu, kalau tuan aku yang baik hati dan cantik macam Jessica ELBOWalba tidak
mengambil aku dan adik aku... mungkin kami dah inalillahwainalillahhirajiun dah
agaknya sekarang dek kerana dilanggar basikal bangla yang bekerja di kawasan
perumahan itu.
Tapi sayang, adik aku telah kembali
ke rahmatullah setelah terkena heart attack kerana terkejut dengan bunyi
deruman kereta ibu tuanku yang sangat dahsyat itu. Aku sangat sedih dengan
kejadian itu... tapi what past is past dia dah mati aku yang
hidup kena teruskan hidup demi mengembangkan generasi aku.
Hidup aku sangat mewah. Hari-hari tuan aku bagi aku makan
biskut kucing yang berwarna-warni jenama SweetLove yang telah dicampur dengan
biskut kucing jenama Tesco. Aku diberi pakaian yang cantik-cantik belaka.
Tetapi yang menghairankan aku... baju-bajuku semua berwarna pink dan jambu
sekali siap ada gambar anak sheep lagi ditengah-tengahnya. Terasa begitu jambu
ala-ala penyanyi Kpop aku rasakan. Agaknya tuan aku lupa yang aku ni sebenarnya
berjantina jantan! bukan lah spesis abang-abang mahupun adik-adik.
Kemana saja tuan aku pergi pasti
mereka akan membawa aku sekali termasuklah pulang ke kampung mereka di Bukit
Mertajam... tetapi dek kerana aku pernah membuat onar di dalam bilik Tok
wan tuan aku... aku telah dibannedkan dari menjejak kaki ke rumah
itu lagi, tak mengapa. Aku pasrah.
Kalau tuan aku sekeluarga bercuti
luar dari negeri kedah pasti aku dihantar ke nurseri di belakang kedai nasi
Kandar makbul tu. Aku bukan tak suka akan tempat jagaan tu... Kam Seng (macam
samseng pula aku rasa namanya) tauke nurseri itu memang baik, makan pakai ku
semua dijaga... cuma aku kurang senang dengan penghuni-penghuni lain seperti si
anjing atau nama glamournya di tempat itu Doggy the Dog selalu menganggu hidup
aku dan kucing-kucing lain. Acap kali kami dibulinya. Setiap kali aku ke sana
pasti dia menjerit-jerit kepada aku seperti orang hilang pedoman hidup... apa
dia ingat suara dia sedap macam akak Ning Baizura?? owh, pehlislah...seperti
katak tercekik batu nisan aku dengar tetapi aku kan cool aku biarkan anjing tu
melalak sampai pecah kotak suaranya. Lantak kaulah anjing low classs...
aku up class apa barang layan kau.
Terbaru nie aku mengikut ayah
tuanku mengambilnya di Universitinya... dengar cerita tuanku itu sudah tamat
pengajian semester satunya. Pasti dia girang gembira seperti kanak-kanak ribena
yang sedang meminum air ribena yang seperti di dalam iklan ribena itu. Biarkan
dia... aku malas nak ambil tahu mengenai dia kerana yang pasti selepas dia pulang
pasti hidup aku akan terkongkong semula. Aku dah tak bebas untuk pergi
berkaroake lagi selepas nie. Mesti tuan aku akan mengurung aku di dalam rumah
dan tak benarkan aku keluar bertemu mata air aku si comot! alangka sedihnya aku
rasakan tidak boleh berkejar-kejaran seperti dulu lagi dengan mata air aku. Aku
doakan tuan aku cepat pulang ke universitinya.
Akhir kata... aku tak nak kata
apa-apa... tapi aku sertakan gambar-gambar aku yang hensem untuk tatapan kalian
semua.
Macho bukan?? sila lah tergoda.
I tak pernah lupa nilai
kemelayuan... you see I wear Bat cloth (baju kelawar) ok...
I calon finalis AmeriCAT
next top model's... you wanna be a model??? call me 999.
Sorrylah batang hidung I tak berapa
nak mancung macam mat salleh... tu yang spek melurut ke bawah.
Kalau
berminat silalah hubungi aku di nombor telefon 014-4447444. Kalau tak berangkat
bermakna tuan aku lupa membayar bil aku bulan nie dan talian telah diputuskan
oleh telekom. Maaf dipinta.
P/s : hehehe… hikayat mengarut! Gambar
kucing kat atas tu kucing saya… =’) ‘hikayat’ nie saya tulis masa duduk dekat universiti
dulu. Tension dengan study pastu mulalah pikir benda pelik2. Dan yes hasilnya
memang sangat pelik! Hadoi…
terbaik lah :)
ReplyDelete@aya dayana♥
ReplyDeletehehe.. thanks aya ;)
EISHH... GERAM GILA TENGOK CERMIN MATA DIA >___<
ReplyDelete@RinsyaRyc
ReplyDeletehehe...nak pinjam?? ;)
Hehehe, hikayat yang ohsem ! Entri hang zana semuaaa pengubat jiwa aku dikala berdukaaaa. Kumawoo ;]
ReplyDelete@emeliena
ReplyDeletehahaha... suka ja hati baca komen2 hang wei.. thanks eme :)
olosss....cute bangat sih..nk pinjam buleh...
ReplyDeletedie hard fan nih...hehehe
hehe...tima seh, tima seh. :D nak pinjam?? berapa lama? kalau nak pinjam 5 minit boleh la... ;)
Deleteso cute..nice entry..
ReplyDeletesyah
syah... thanks ... :D
Deletealolo... cutenye kucing tu! ei, ni yg geram ni! nk cubit2 je hidung die tu...
ReplyDeleteeh3... jgn la cubit hidung dia nnt penyek... hehe.. thanks. ;)
DeleteKretif laaa..terbaik...memang the best laa..cat tu pon comey sangat..hehe
ReplyDeletethanks anon.. comel kan.. ;)
Deletelawakla cite nie..smpai keluar air mata gelak,,haha
ReplyDeletehehe...dahsyatnya gelak sampai keluar air mata... XD
DeleteNice entry about cat..so special
ReplyDeleteNi kucing kesayangan saya dunia akhirat. :) satu dalam sedunia. Tak akan ada ganti awak. And yesss he is special :)
Delete