“Boring.. boring… huh..! nak buat apa ye ari nie? pergi pekan?? Hah, tak ndak aku kang jumpa lagi degan Mat masjid cam hari tu.. dah tu nak buat apa? Pusing-pusing kampung ja la..”
Akhirnya Bell buat keputusan.. kunci kereta dicapai.
‘Kata nak pusing kampung kau nie Bell, tapi naik kereta. Macam mana tu? Hik, hik.. Ah, lantaklah kang aku jalan kaki..lenguh pulak! Baik aku naik kereta aircond pun ada.’
Kereta Porsche merah cilinya menyusur jalan kampung dengan speed yang sangat.. sangat la laju! Memang ‘cerdik’ budak nie cerdik tahap superb! sebabnya ada banyak sebab!
Sebab ya pertama : kata nak pusing kampung.. tapi bawak kereta.
Sebab yang kedua : dah tau jalan kampung.. yang pergi rempit tu buat pa?
Sebab ketiga : tu bukan jalan-jalan pusing kampung namanya.. tu rempit-rempit pusing kampung namanya!
Kepalanya digoyang-goyang mengikut rentak muzik yang dipasang. Lagu teenagers nyanyian my chemical romance bergumandang. ‘Lagu aku nie!’ Bell excited.. dikuatkannya lagi volume sampai maximum. Gedegang! Gedegang! Gedegang!! Berdentum-berdentum keretanya. Tapi Bell steady ja.. sesekali matanya dipejam. Bajet feeling la sangat kan.
Tiba-tiba..
“BAMMM!”
“Opocot mak kau! Ah, sudah! My baby boy!” Bell dah cemas risau takut jadi apa-apa dekat baby boy dia tu a.k.a kereta Porschenya. Dia keluar kereta untuk lihat.. lihat keretanya ok, bukan siapa yang dilanggarnya tu.
“Alamak.. calar! Baby boy sakit tak, I’m sorry sayang.. tak pa nanti mommy bawak gi workshop ye sayang..” Bell mengusap-usap keretanya tu.
Mubin bengang. ‘Baby boy? Mommy? Sayang?? Kat kereta tak bernyawa nie dia tau plak mintak maaf.. dekat aku? pompuan nie kan.. memang dasar.. dasar.. dasar lautan antartika betul!!’
“Alia! Kau nie kan...”
Bell paling melihat empunya suara. ‘Mat masjid!’
“Kau dah langgar aku, tak boleh ke kalau kau minta maaf? Apa susah sangat ke ha nak sebut maaf? Oh, ya aku lupa maybe sebab kau minah salleh celup kau lupa kot perkataan tu. Dalam bahasa inggeris omputih cakap SORRY! S O R R Y! sorry!” Mubin siap tolong eja lagi tu.
“I beg your pordon? Kau sapa aku nak mintak maaf ha?” Bell silang tangan.
“Bukan masalah aku sapa, masalahnya kau dah langgar aku.. kau kenalah mintak maaf. Ya tak?” perlahan Mubin tegur Bell. Mubin cuba berdiplomasi.
Tapi.. kalau dah Bell tu Bell la jugak..
“Kalau aku tak nak mintak maaf. Apa kau nak buat?” Bell terenyum sinis. Bell terus masuk ke dalam keretanya tanpa menunggu jawapan Mubin.
‘Tak boleh jadi nie, dulu dia langgar aku dia blah macam tu ja, kali nie jangan harap.’
Mubin mencapai batu sebesar buku lima yang ada berdekatan dengan dia.
“Kalau aku jadi kau Alia aku takkan blah macam tu ja.” Mubin tersenyum sambil melambung-lambung batu ditangannya.
Bell tak jadi start enjin kereta.
“Kau nak buat apa ha, Mat masjid!”
“Orang macam kau nie Minah ranggi nak kena ajar sikit.. kau nak mintak maaf kat aku ke atau kau nak aku lukis-lukis muka kau kat baby boy kau nie? pilih-pilih.. aku pun dah lama tak buat kerja kreatif nie.. hurm?” Mubin dah genggam batu tu didekatkannya ke kereta Bell seolah-olah betul nak toreh kereta Bell..
“You won’t dare..”
Bell cuak
“Try me on.. babe..”
Mubin senyum sinis
“Fine!! I’m sorry! Sorry! Sorry! Mintak maaf! Puas hati kau??” Bell menjerit.
“Gila tak ikhlas kau mintak maaf, tapi ok la.. tak susahkan nak mintak maaf Alia?”
“Huh!!”
Bell terus pergi dari situ..
Mubin hanya memerhatikan Porsche merah tu berlalu.
-----------------------
“Ah, time-time nie la dia nak mati! Kenapa pulak kereta nie?”
Tiba-tiba sahaja keretanya mati. Dah banyak kali dia cuba hidupkan kereta nie tapi tak mau jugak hidup!
“Habis la aku, nie macam mana aku nak buat? Nak balik terus memang la aku boleh bukan jauh pun rumah dari sini. Masalahnya kereta nie tak kan aku nak tolak sorang-sorang kot?” Bell menggaru kepala.
“Padan muka kau Bell! Padan muka! Mengada sangat. Bukan jauh pun kedai runcit.. sepelaung je pun dari rumah tapi mengada! Nak jugak pakai kereta.. kalau jalan kaki tadi kan settle masalah. Nie nak buat cam na sekarang?” Bell memarahi dirinya sendiri. Cari bala!
“Assalammualaikum.. kenapa dengan kereta nie Alia?”
“Waalaikummussalam.. huh, apa kau kesah!” kasar sekali bahasanya.
“Kesah tu tak tapi kesian tu ya. Boleh aku tolong tengok masalah baby boy kau nie?” Mubin sikit punya baik offer diri.
“Huh..” Bell senyum sinis
“Apa kau tau pasal kereta ha? Kau tu Mat masjid je, tau sembahyang ja. Kau tau tak nak tukar gearbox Porsche aku nie pun nak kena bayar RM30 000! Nak servis kereta nie pun bukan semua bengkel boleh buat. Kau senang-senang ja cakap nak tolong? Hey, kalau kau tolong nanti lagi rosak la kereta aku jawabnya. Kalau jadi apa-apa kau nak nak bayar? Sedarlah diri tu sikit, diri sendiri pun naik basikal cabuk! Ada hati nak tolong aku.” Bell mencebik mulut.
Mubin terkedu dengar ayat penghinaan Bell tapi dia tetap tenang.
“Alia, ak..”
“Don’t you call me Alia! I hate that name.. I’m Bell not Alia! Bell.. faham tak Bell!”
Mubin mengeluh. Minah ranggi nie memang payah.
“Fine cik BELL..” sengaja ditekankan BELL tu.
“Niat saya nak tolong ikhlas.. saya memang naik basikal cabuk ja, saya memang tau sembahyang ja. Pengetahuan saya tentang kereta memang cetek, tak banyak macam cik BELL tapi insyaALLAH boleh tolong cik BELL.. jadi tak payah la cik BELL hina saya. Lagipun setakat enjin mati nie saya tau apa masalahnya. Saya bukan jenis macam sesetengah orang tu.. tau naik kereta ja.. kalau rosak.. Huh! Cangak ja yang tau.”
Dalam makan hati sempat lagi Mubin bidas Bell. Bell tarik muka. ‘Perli aku la tu.’
Bahasa, nada dan gaya Mubin bercakap lain daripada hari biasa. Setiap kali sebut nama BELL sengaja ditekankan. Dia tak menghiraukan Bell tapi terus memeriksa kereta Bell, ditarik wayar tu, dilonggar wayar nie dan selesai semua dia terus tinggalkan Bell tanpa sepatah kata pun. Berkecil hati dengan Bell.
Tiba-tiba Bell rasa bersalah. “Kasar sangat ke bahasa aku tadi? Dia terasa hati dengan aku ke? Ah, lantaklah.. dah tua bangka pun nak terasa lagi.. childish!”
Bell cuba hidupkan enjin kereta lagi dan keretanya berjaya dihidupkan.
Bell terkedu. ‘Mat masjid dah tolong aku.. arghhh!’
-----------------------
“Alia, Tok Ayah nak tanya kat hang sikit nie.”
“Nak tanya apa Tok Ayah?”
“Alia dah ada mata ayaq dak lagi?”
“Mata ayaq? Mata apa tu Tok Ayah.” Bell tak faham dialek utara.
“Ala, yang orang muda cakap tu boypren tu la.”
“Ooo.. mata air. Bukan boypren la Tok Ayah. Boyfriend.” Bell tergelak.
“Biaq pi la boyfriend ka buayapren ka. Hang ada dak Alia?”
“Tak dak la Tok Ayah. Kenapa Tok Ayah tanya Alia nie? Tok Ayah ada calon untuk Alia ke?” Tanya Bell sambil tangannya masih ligat melipat kain.
“Ha, baguih la kalau lagu tu. Memang aku ada berkenan kat sorang budak nie. Baguih orang dia, tau hormat orang tua, beradab sopan, rajin pi masjid, pandai mengaji, azan pun suara dia sedap, ringan tulang, pandai bercampuq dengan orang kampung. Kerja dia pun baguih! Ada kereta, ada rumah pendek kata InsyaALLAH bahagia hidup hang dunia akhirat kalau pilih dia..” Tok ayah puji melambung pemuda pilihannya tu.
Bell senyum je dengar Tok Ayah bercakap sambil gelengkan kepala.
“Macam malaikat dah Alia dengar.. siapa dia Tok Ayah?”
“Mubin.”
Terhenti tangan Bell yang sedang melipat kain tu.
“Mubin?”
“Ha la Mubin.. dari dulu lagi Tok Ayah berkenan kat dia. Alia pikiaq la elok-elok no.. Lagipun Mubin tu Alia dia kerja..” belum sempat Pak Syed menambah lagi tiba-tiba Bell memotong cakap Pak Syed..
“Tok Ayah, Alia masuk tidur dulu ya. Assaalammualaikum.”
Bell terus masuk ke bilik meninggalkan Pak Syed terkebil seorang diri di ruang tamu.
Tutup sahaja pintu bilik, Bell terduduk di balik pintu.. Bell menangis.. kenapa? Dia rindukan wajah tenang Mubin. Dan perasaan bersalah tu masih menebal.
“Mubin… aku minta maaf.” perlahan sekali.
-----------------------
Petang tu hati Bell bagai tertarik-tarik untuk pergi ke sungai. Walhal, sungai pun dia tak tau kat mana.
“Rasa macam nak pergi ke sungai.. tapi.. kat mana sungai?? Ah, cari ja la..” Bell bercakap seorang diri, ranting kayu yang dijumpai di tepi jalan di patah-patahkan..
“Nak cari sungai, nak cari sungai, nak cari suuu… Ha! Tu pun sungai..”
Bell tersenyum riang, almaklum dah jumpa sungai la katakan. Tapi tiba-tiba Bell terhenti langkah.
‘Eh, tu bukan Mat masjid ke? Apa dia buat tungging terbalik kat tepi sungai tu?? Nak kena usya nie..’
Bell berjalan terjengket-jengket bersembunyi dibalik semak. Perlakuan Mubin diperhatikan dengan khusyuk.
‘Erkk.. dia sembahyang? Biar betul! Sembahyang kat tepi sungai, apa masjid dah runtuh ke? Ish, pelik la Mat masjid nie.’ berkerut-kerut muka Bell.
‘Khusyuknya sembahyang..’
Mubin memberi salam dan membaca doa. Usai membaca doa dia masih duduk bersimpuh di atas sejadah tak bergerak-gerak.. sebelum tiba-tiba dia bersuara..
“Keluar ja la Bell tak payah nak sembunyi-sembunyi belakang semak tu. Situ banyak ular kau tau tak.”
Dengan keadaan sedang berteleku dan masih membelakangi Bell, Mubin menegur Bell.
“Ularr??!” Bell terus melompat keluar dari semak.
Bagi buaya pun Bell sanggup tapi kalau ular.. dia surrender! Awal-awal lagi bendera putih dah terpacak!
“Eh, mana kau tau aku da kat situ?”
“Entah.” Mubin sekadar mengangkat bahunya. Sejadah dikibas-kibas sebelum dilipatnya. Kemudian, dia bergerak ke gigi sungai dan terus duduk disitu. Dilipatnya kaki seluarnya lalu direndamkan kedua-dia belah kakinya ke dalam sungai.
Bell bergerak menghampiri Mubin. Bell duduk betul-betul disisi Mubin.
“Eh, duduk la jauh-jauh sikit! Yang kau menempek kat tepi aku nie kenapa? Orang nampak nanti tak pasal ja jadi buah mulut orang. Sini kampung bukannya bandar! Ingat sikit tu.” Bell tarik muncung kena tegur dengan Mubin.
“Eleh, duduk dekat sikit pun tak boleh. Bukannya aku nak buat apa-apa kat kau. Tak hingin aku!” Bell berganjak menjauhi Mubin.
“Bukan tak boleh, tapi kau tu perempuan aku nie laki. Duduk dekat-dekat bahaya! Kang aku terkam kau, kau nak?!” Mubin buat aksi nak terkam Bell..
“Hah! Terkam-terkam.. esok kalau kau tak tengok dunia dah jangan salahkan aku.”
Mubin tergelak.
Bell tarik muka.
Suasana sunyi… dua-dua senyap tak bercakap.
“Kau buat kat sini?” Mubin memecahkan kesunyian.
“Saja jalan-jalan boring duduk dekat rumah.” Bell kuis air sungai dengan kakinya.
“Kau kenapa sembahyang kat sini? Tak kan masjid dah blacklist nama kau kot tak bagi masuk masjid?”
Mubin ketawa
“Bukan kena blacklist, saja aku nak ubah angin.. sembahyang kat sini tenang.”
“Ooo..” Bell muncung mulut.
“Krik.. krik.. krikk..” sound effect cengkerik harap maklum.
Suasana sunyi… dua-dua senyap tak bercakap lagi.
Bell rasa kelu kali nie. Salunya pantang jumpa Mubin mesti ada saja yang nak digaduhkan.
Mubin pun sama, lidah tu keras semacam.. mulut rasa macam ada emas!
Nie lah kali pertama mereka bersua sejak peristiwa Porsche Bell rosak hari tu..
“Kau..” serentak dua-dua orang buka mulut.
“Kau la dulu cakap.” Bell mengalah.
“Eh, tak pa lah.. kau dulu cakap.” Mubin bantah.
“Kau la dulu cakap..” Bell balas.
“La, kau la cakap dulu.”
“Kau la dulu!”
“Kau..” Mubin sabar lagi
“Tak.. kau!”
“Aku cakap KAU! Kau la..” Mubin bengang. Nak cakap pun susah ke?
“Eii.. kau la cakap dulu!” Bell tak mau kalah.
“Fine! Dua-dua tak yah cakap. Habis cita.” Serentak dua-dua orang cakap..
Bell dengan Mubin saling berpandangan.
“Hahaha!”
Akhirnya dua-dua ketawa.
“Kau macam tau-tau je aku nak cakap apa.”
Bell ketawa lagi.
“Entah, kau pun macam tau je apa yang aku fikir.”
Senyap lagi.
“Mubin.. err.. aku.. aku.. aku nak mintak maaf dengan kau.” Bell tarik nafas panjang sebelum sambung. “Aku tau aku banyak buat silap dengan kau.. aku langgar kau aku tak mintak maaf. Aku buat air kopi yang masin dekat kau..” Mubin tersenyum
“Aku hina kau… aku mintak maaf sangat-sangat dekat kau Mubin.” Perlahan sekali suara Bell.
“Aku dah maafkan kau. Dah lama dah Bell.” Mubin tersenyum manis sekali.
“Terima kasih.. kau memang baik Mubin.”
“Aku memang baik kau ja yang tak pernah tau.”
“Perasan.”
Kedua-duanya tertawa.
Senyap lagi.
“Kau nak tau tak Bell. Kau nie cantik.”
Bell senyum.. hatinya rasa berbunga! Bukan orang tak pernah pujinya cantik. Tapi kali nie Mubin yang puji sebab tu Bell rasa bahagia.
“Ye ke?”
“Yup! Kau cantik.. tapi perangai hodoh gila..”
“What!!” Bell bercekak pinggang,
Mubin tergelak lagi.
“Tapikan.. betul la tu.. perangai aku memang buruk pun.”
“Perangai boleh diubah Bell kalau kita nak.”
Bell mengangguk-angguk.
“Aku nak berubah Mubin.” Bell memandang Mubin.
“Kau nak aku tolong?”
Bell mengangguk-angguk lagi.
“Aku nak kau tolong aku jadi perempuan yang baik-baik… boleh Mubin?”
“Alhamdulillah.. insyaALLAH.. aku akan tolong kau sedaya upaya aku sampailah kau jadi macam perempuan melayu terakhir. Bell boleh!!” Mubin memberi semangat.,
“Yo yo oo je kau nie.. semangat betul..” Bell tergelak.
Senyap lagi.
“Mubin..”
“Hurmm..” Mubin menyahut.
“Kau kahwin dengan aku nak tak?”
Mubin terkejut.
“Bell.. kau demam ke?”
“Aku serius nie.. kita kahwin, kau jadi laki aku ye?”
Mubin terbeliak biji mata.
“Minah ranggi kau nie biar betul?”
Bell tergelak.. ‘Minah ranggi?’
“Yup.. lebih kurang la.. hurmm.. jap, jap.”
Bell bangun lalu keluar dari sungai sebelum Bell memetik bunga di tepi sungai tu dan melutut di sisi Mubin.
“Mat masjid, kita kahwin jom.. kau jadi laki aku?”
“Minah ranggi kau nie proposed aku ke nie?”
“Well dari gaya aku nie rasanya memang pun. Tapi aku serius nie.. aku tak main-main Mubin.. will you be hubby and my superman??”
Mubin senyap tak berkutik.
“Mubin, I need your answer..” Bell menagih jawapan.
Lama Bell melutut. Tiba-tiba Mubin berlalu pergi meninggalkan Bell yang sedang berlutut.
Bell terpana! Tak sangka Mubin sanggup tinggalkannya tanpa sebarang kata. Bell jadi malu sendiri. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong la katakan.
Akhirnya Bell pulang penuh kehampaan.
-----------------------
3 hari 3 malam. Bell berkurung dalam bilik.
Pak Syed dam Mak Pah bingung. Tertanya-tanya kenapa dengan Bell nie.
Suatu petang. Mereka menerima tetamu.
Bell hanya terperuk dalam bilik sahaja, waima Tok Mak panggil keluar pun Bell tak da hati. Orang tengah frust, almaklumlah first love kena reject.
-----------------------
14 JUNE 2010
Dear diari,
Betul la orang kata kalau dah jodoh tu tak ke mana. Tetamu yang datang petang hari tu sebenarnya rombongan meminang dari keluarga Mubin. Tok Ayah excited betul macam dia pulak yang nak kahwin dengan Mubin. Lamaran tu diterima sendiri oleh Tok Ayah.
Alhamdullillah. Syarifah Alia Anabell kini sah menjadi isteri Nik Mubin Muslim.
Orang kata, kita jangan pandang rendah dekat orang lain, mana tau orang yang kita pandang rendah tu rupa-rupanya PM Lubnan ke.. bukan kita tau, tak pasal nanti kita yang salah. And yes I admit it..
Lepas dah kahwin, dah akad nikah, dah selesai makan beradab segala bagai, dah nak subuh… baru aku tau yang laki aku nie bukan sebarang lelaki! Huh, ingatkan mat masjid yang tukang azan tu ja.. rupa-rupanya dia nie automotive engineer! Gila kentang betul laki aku nie.. nak disedapkan lagi cerita dia lulusan Tokyo Institute of Technology. Padan la dia arif sangat pasal engine kereta masa kitaorang bertekak haritu.. rupa-rupanya ‘makanan’ dia. Alahai, suamiku.. ku fikirkan ikan bilis rupanya bapak paus!!
Tapi..
Sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa Mubin tinggalkan aku tercangak seorang diri dekat sungai masa aku proposed dia hari tu.. bila aku tanya dia cuma senyum.. tau la dia hensem bila senyum tapi bukan nak jawab soalan aku. Hurmm.. biar la janji dia jadi laki aku.. yang lain belakang cerita bai.. huhu.
Walaupun dia kurang kacak dari superman yang kat tv tu.. tapi dia tetap superman aku sampai bila-bila.
Bell senyum sambil menggelengkan kepala.
“Hei, kenapa senyum sorang-sorang nie.. Bell teringat kat abang ye?” Mubin memeluk pinggang isterinya, Bell.
Bell menggelengkan kepala
“Bukan Bell la.. tapi ALIA.. A L I A.. tak nak dah abang panggil Alia dengan nama Bell.. Alia bukannya loceng tu..”
Mubin tertawa bahagia..
“Ya la Minah ranggi!”
“Wekk! Mat masjid!”
“Abang, Lia ada pantun dua kerat untuk abang nie.. dengar ye.. ehem, ehem..”
“Belajar tinggi-tinggi masuk U, I love you.. hehe” Alia tersengih.
“Abang plak.. dengar nie..” Mubin pun nak jugak.
“Paku dulang paku serpih, I love you lebih… hahaha.”
Alia dan Mubin berpandangan.. jelling-jeling manja gitu.. and then… sendiri mau tau la jadi apa..huhu..
THE END!
p/s : untuk makluman semua.. nie first cerpen saya. And ya, lots of mistake I think. Hehe.. apa-apa pun saya susun sepuloh jari mintak maap kalau ada yang salah silap atau tak berkenan dekat mana-mana part.. saja nak mencuba sesuatu yang baru.. btw thanks for read my story! Have a nice day..=)
tahniah writer..citer yg sgt menarik..hihihih
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletethanks :)
Cerita ni so sweeettt ;]
ReplyDelete@emeliena
ReplyDeletehang pun suweetttt gak...haha thanks no baca cita aku. :)
Bak kata BoboiBoy, terbaikkk!
ReplyDelete@ArifahLee
ReplyDeletehaha...terbaik jugak dari arifah... Thanks dear sudi komen :)
alala sweetnya alia & mubin.,
ReplyDelete@zahra leyna
ReplyDeletehehe... sweet ek? terima kasih sudi baca.. :)
kyaaaa so cute ^_^
ReplyDeletekeep it up dear ~
hehe... thanks :)
Deletenama mubin tu mengingatkan tia pada seseorang yang tia minat.. ahaks.. =P
ReplyDeleteacece.... sapa tu?? jadi secret admire ek...? hehe ;)
Deletebesttttt
ReplyDeletehehe... thanks ena :)
DeleteTerbaik ar cerpen ni..
ReplyDeleteterbaik ah komen Dar... hehe. thanks tau. :)
DeleteOk, kenapa Mubin tinggalkan Alia kt sungai masa tu? Walaupun cik penulis dah soal dulu dlm cerpen ni tp akak nk tnya lg sekali. hehehe
ReplyDeletehaha... itu sengaja saya biarkan jadi persoalan biar readers teka dan teka... hehe ;)
DeleteMesti Mubin nak bagi tahu kat mak dia tentang hal tu....
DeleteIya ke??? acaner tahu? haha
DeletePape pon best..hehe...giler kentang laaa pompan yang proposed laki..haha...anyway congrat!
ReplyDeleteselalu asyik lelaki je yang proposed perempuan, kita ubah selera sikit.. hehe ;)
DeleteBest..so funny la awak trgelak kita..huhu^^
ReplyDeletehehe thanks anon ;)
DeleteBestt!so funny la awak trgelak kita..huhu^^
ReplyDeletehehe thanks anon ;)
DeleteCongrats..best sngt..mcm dh bnyak sngt cik writer pernah tulis cerpen..xde mistake lngsung bgi sya..bgi sy ni bkn yg first sbb mcm dh biasa sngat..nak baca cerpen cik writer yg lain la plakla..chaiyok..
ReplyDeleteterima kasih untuk komen yang sweet ni anna. Happy hati ni baca komen awak. Tapi yes, ini mg cerpen first saya. Banyak gila kot salah ejaan tatabahasa semua.. hehe. tapi sy cuba yg terbaik. ;)
Delete