22 December 2012

Cerpen : Unkown Love (ii)



Pashmina berlatarkan warna tanah diserikan lagi dengan corak bunga-bunga berwarna kuning cair terletak elok di atas kepala Asha. Sesekali tangan Asha membetulkan kedudukan pashmina itu agar lebih kemas.

Done…

Cantik! Bibir Asha tersenyum puas. Sumpah perasan…

“Ni nak ke mana pula? Tak sedar-sedar lagi ke yang esok kau ada test?

Termati sekejap senyuman Asha. Potong betullah mak cik ni… baru nak feel-feel Cinderella depan cermin.

“Sedar… dah baca buku dah tadi. Ni nak keluar kejap, pergi bayar broadband aku. Dah tamat tempoh.”

Eija menganggukkan kepalanya, puas hati dengan jawapan Asha. Pandangan matanya kembali fokus kepada buku financial accountingnya. Ketuk ketak ketuk ketak! Macam nak terkeluar butang-butang kalkulator tu ditekannya.

Asha hanya memerhatikan Eija. “Dia ni kira akaun ke nak balas dendam?” perlahan sahaja suara Asha mengutuk Eija.

Tapi…

“Kau cakap apa beb?”

Cis, dia dengarlah!

Asha menggaru pipinya… “Nothing. Ok, aku keluar dulu. Bye… apa-apa nanti mesej je aku.”

“Bummm!” Pintu bilik mereka ditutup kuat. Eija mencebik sebaik sahaja bayangan Asha hilang dari matanya...

“Ingat aku tak dengar apa kau cakap tadi, Asha?” Matanya kembali fokus kepada buku-buku dihadapannya.

Lima saat kemudian…

“Tak balance!! Stress!

Bergema bilik 4A-04-14 dek jeritan Eija... puaka sih. Siapa-siapa yang pernah belajar subjek akaun ni mesti boleh faham perasaan bilamana akaun yang kita kira setengah mati tak balance! Pergh, sumpah… macam nak bakar buku tu buat BBQ.


----------------------------------------


Keluhan kecil terbit dari bibirnya. “Asyik-asyik kena berdiri. Asal naik bas je aku kena berdiri. Asal kena berdiri je mesti aku naik bas.” Asha mengeluh.

          Seperti biasa Asha ‘bergoyang inul’ dalam bas setiap kali bas itu bergerak. Itulah dah penat mak Asha leter. “Minum susu gainweight, minum susu gainweight!” Tapi si Asha ni mana faham bahasa. Dia minum susu strawberry yang low fat tu. Takut gemuk…

          Orang yang menaiki bas semakin ramai. Asha terpaksa bergerak ke belakang lagi. Nasib baik barang yang dia pegang tak banyak sangat, tak la seksa dia nak menanggung. Tapi pun sebelah tangan nak pegang barang sebelah lagi nak pegang tempat pemegang tu sesekali buat Asha hilang imbangan juga.

          “Err, Asha…”

Asha tersentak. Eh, nama aku tu. Sepantas kilat Asha kalih memandang pemilik suara yang menyeru namanya itu. Sebaik sahaja wajah itu jelas di matanya. Keningnya bertaut dua. Siapa ni?

“Duduklah… kesian awak berdiri.”

Mata Asha terkebil-kebil. Gentlement!

“Err, tak apa… saya ok. Boleh je berdiri ni.”

I insist… silalah.” Lelaki itu tersenyum manis. Dia bangun lantas diberi laluan kepada Asha untuk duduk ditempatnya tadi.

Dengan berat hati dan malu-malu kucing… Asha terima juga pelawaan lelaki itu walaupun dah penat kerah otak untuk ingat nama mamat ni. Tak terbayang langsung namanya… pernah jumpa kat mana ya? Asha masih cuba mengingati nama lelaki yang dah bagi dia duduk ni. Lelaki tadi seru namanya. Maknanya mestilah dia kenal lelaki ni. Tapi kenapa dia tak ingat? Asha memerhatikan lagi wajah lelaki itu.

Lelaki tadi cuma tersenyum bila pandangan mereka bertaut seketika. Asha kembali menundukkan pandangan matanya. Malu bila tertangkap merenung lelaki itu. Sungguh dia tak ingat. Siapa lelaki ni?

Dia tinggi…

Dia pakai spek mata…

Dia cerah tapi tak la putih. Sawo matang.

Dia… hensem?

Muka pun macam ada cahaya nur saja bila tengok. Muka baik la senang cakap…

          Tapi, dia siapa? Asha tak ingatlah…

Tapi dia baik. Asha tersenyum…

----------------------------------------


Hujan yang renyai-renyai menjadi perhatian Asha. Dirasakan merenung titik-titik hujan yang jatuh ke bumi itu lebih menarik berbanding membaca buku di hadapannya kini. Eija balik rumah hujung minggu macam ni. Noni? Memang jarang ada dekat bilik. Sibuk dengan debate sana sini. Hanya tinggal dia dan Kiya sahaja, itupun Kiya sibuk bermain dengan game.

          Spontan mindanya menerawang teringatkan kisah awal semester dulu. Freshie lagi masa tu... Asha tak mahu ikut tapi Eija paksa juga ikutnya pergi ke stadium. Selalunya sebelah petang memang ramai pelajar-pelajar keluar beriadah di stadium. Ada yang berjoging, ada yang bermain bola sepak… macam-macamlah.

        Yang Eija ni bukannya nak pergi bersukan, dia ni niat menyimpang jauh dari sukan! Niat nak pergi berdating tapi diangkutnya sekali dengan Asha. Memang sangat tak bertamadun.

       Asha duduk termenung di salah satu kerusi di stadium sambil memerhatikan Eija dengan buah hatinya tengah berbual. Mata ke atas… sabar jelah.

Bosan sungguh masa tu? Akhirnya Asha buat keputusan untuk cabut dari situ. Eija nak mengamuk? Eh, lantak dia…

Dia terus keluar dari kawasan stadium. Ketika hentak melintas jalan dia tak nampak ada sebuah motorsikal yang masa tu hendak membelok, elok sahaja Asha berpaling ke depan dia terpaku… kakinya seolah-olah tak mampu hendak bergerak dari situ walaupun dia nampak motorsikal tu sedang menuju ke arahnya. Asha blank!

“Bushh!”

Asha rasa badannya ditolak kuat ke tepi, dia terduduk di situ. Sakit betul belakangnya. Macam nak patah tulang belakangnya masa tu.

“Asha!” Eija menjerit nama Asha. Dia yang berlari untuk kejar Asha nampak semuanya. Kelam-kabut Eija mendapatkan Asha.

“Aduh…” Asha mengaduh.

Motor tadi yang hampir melanggar Asha membunyikan honnya kuat. Asha tersentak. “Gila! Bawa slowlah. Kawasan uni!” lelaki tadi yang baru selamatkan Asha menjerit kuat. Bengang dengan pembonceng motor yang kurang ajar tu. Sudahlah bawa laju dan hampir melanggar orang, tak minta maaf pula tu. Melampau betul!

“Cik tak apa-apa ke? Cik??”

Asha terdengar suara lelaki memanggilnya. Entah kenapa dia tak tahu nak respon macam mana masa tu.

“Tangan awak luka teruk ni. Kita ke hospital.”

Asha memandang lelaki tu kembali dan kemudian memandang Eija tetapi Asha masih kekal diam...

“Awak, luka ni kalau dibiar nanti takut lagi teruk jadinya.”

Asha diam lagi. Eija dah pelik lihat reaksi Asha yang langsung tak menjawab soalan lelaki tadi yang dah selamatkan dia. Aik, tiba-tiba jadi bisu pula budak ni… tersampuk dek hantu bonceng ke?

“Asha, kau ok tak?”

Kali ni suara Eija pula yang bergema risau. Baru Asha seolah-olah tersedar. Matanya memandang Eija… “Sakit.” Sepatah dia balas.

“Err, maaf sebab tadi saya tolak awak sampai terluka.” Lelaki tadi bersungguh-sungguh meminta maaf dia ingat Asha diam sebab marahkannya. Yalah sampai berdarah dibuatnya Asha tu. Tapi niat dia baik, dia nak tolong Asha dari kena langgar!

“Err, tak apa… awak cuma nak tolong saya. Terima kasih, sebab tolong selamatkan saya. Kalau tak mesti dah terbang jauh saya kena langgar dengan motor tu tadi...” baru kini Asha bercakap banyak dan bibirnya menunjukkan senyuman.

Riak muka lelaki tadi jelas kelegaan. Takut juga dia Asha marahkannya…

“Tapi luka tu?” lelaki tu menunjukkan ke arah tangan Asha.

“Sikit je. Saya boleh handle.” Asha senyum kecil dan terus bangun. Kakinya terseliuh sikit ketika itu tidak dihiraukan. Terus dia bangun dan meninggalkan lelaki tu disitu selepas mengucapkan terima kasih. Eija mengikut Asha dari belakang…

Tapi tiba-tiba Asha berhenti berjalan dia berpusing ke belakang…

“Nama saya Asha!”

Lelaki tadi terdiam sekejap. Terkejut dengan aksi spontan Asha… lama otak proses baru dia dapat respon pada Asha. Bibirnya tersenyum…

“Fuad!”

Asha mengangkat tangan melambai dan kemudian terus berlalu pergi. Lelaki tadi hanya memandang belakang Asha yang semakin menghilang.

“Asha…” sepatah keluar perkataan dari bibir lelaki tu.






Asha tersentak. Spontan dia berdiri, serta-merta kenangan dia hampir dilanggar motor tadi tadi berkecai…
Dia!

Asha menutup mulutnya… seolah-olah tak percaya. Macam mana Asha boleh lupa raut wajah tu. Asha bodohnya kau! Asha mengetuk kepalanya.

Dia lelaki yang selamatkan Asha dari kena langgar dengan motor tu… dia lelaki yang Asha jumpa masa LDK hari tu… dia lelaki yang berikan Asha tempat duduk dalam bas hari tu…

Dia!

Asha dah menggelengkan kepalanya berkali-kali. Bibirnya tak lekang dari senyuman… macam orang gila yang tengah dilamun cinta.

“Kiya…” Asha menyeru perlahan nama Kiya yang tengah sibuk bermain game zombie versus plant tu. Entah apa yang best game tu Asha pun tak pasti… tembak zombie tu banyak kali pun dia datang lagi banyak! Sampai bila nak habis kalau macam tu?

“Apa?” Kiya menyahut. Tapi pandangan mata langsung tak beralih dari komputer ribanya itu.

          “Aku rasa aku dah jumpalah prince charming aku.”

“Apa?” Barulah Kita menoleh ke arah Asha.

Asha menongkat dagu di meja belajarnya sambil memandang Kiya.

“Aku rasa aku dah jatuh cintalah.”

“Apa?!” mata Kiya membesar.

“Aku dah jumpa Mr. Right akulah.”

“APA?!!” kali ni zombie versus plant ke mana… laptop Kiya ke mana…

“Aku rasa nak kahwinlah wei…”

“APA?!!!” Kiya berdiri.

Asha ketawa… buku managementnya ditarik dari rak buku. Dia terus mentelaah buku itu seolah tiada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah dia tak cakap apa-apa pada Kiya sebentar tadi dan terus membiarkan Kiya termanggu seorang diri sambil berdiri dekat tengah-tengah bilik mereka macam orang hilang akal. Kejam? Sangat…

Bibirnya terus membentuk senyuman bahagia…

----------------------------------------

Borang zakat yang berada dalam failnya dipegang kejap. Sungguh Asha terlupa yang dia kena pos borang zakat ni pada abah minggu lepas. Tapi dek kerana terlampau sibuk dengan kerja yang menimbum Asha terlupa terus dengan borang ni. Nasib baik abah telefon tanya tentang borang tu, kalau tidak memang sampai kesudahlah terperam saja borang tu dalam laci meja belajarnya.

Pejabat pos dekat UiTM ni cuma ada satu sahaja. Itupun di Menara Sultan Abdul Aziz Shah atau lebih dikenali sebagai Menara SAAS dalam kalangan pelajar di sini. Dan bahagian yang paling best untuk Asha adalah… kena naik bas! Benda yang paling Asha tak suka… tapi bas tu la yang banyak berjasa untuk dia. Nak tak nak Asha kena redha sajalah setiap kali bas ni bergerak dan dia terpaksa buka langkah kuda-kuda supaya tak jatuh. Sigh.

Matanya memerhati keadaan sekeliling bas itu. Ada yang tengah berbalas mesej, ada yang termenung sambil memandang ke luar tingkap, ada yang berbual sesama sendiri, ada yang tidur… eh? Pun boleh ya tidur dalam bas… Asha tersenyum sendiri.

Kemudian matanya memandang ke sebelah kirinya pula…

Asha teruja.

Dia!

Lelaki yang berkaca mata itu sedang khusyuk membaca buku yang berada di tangannya sehinggakan tak sedar dirinya diperhatikan Asha.

Asha tak tahu nak bereaksi macam mana. Nak tegur ke? Cakap hai je kut? Eh, macam perempuan tak tahu malu!

Asha terdiam… akhirnya Asha tak tegur. Usya dari jauh saja…

Alahai, sedih betul…


----------------------------------------


Selesai sahaja urusan posnya, Asha terus keluar menuju ke perpustakaan utama. Bukan selalu dia datang ke menara ni, sebab itu alang-alang dah sampai ke sini dia masuk terus perpustakaan utama itu. Mentelaah buku dekat sana bestlah juga… feeling macam budak universiti la sikit kan?

Asha memilih meja yang agak tersorok sedikit. Privasi sikit katanya…

Pen di tangan dipusing berkali-kali…

Buku yang terbuka luas hanya dipandang sipi…

Kata nak studi? Tapi kenapa minda asyik menerawang fikirkan benda lain ni? Fikirkan si dia… Asha mengeluh perlahan.

Asha fokus! Datang sini nak studi bukan nak menggatal! Kata hatinya cuba menyedarkan dirinya dari terus terbuai-buai dengan perasaan yang baru menjelma dalam hatinya.

Buku dicapai semula… minda cuba difokuskan.

Tapi!

Tiba-tiba…

“Assalamualaikum… boleh saya pinjam pen biru sekejap tak?”

Asha mengangkat wajahnya.

Ting!

Loceng dalam hatinya berbunyi…

Ting…

Ting!

TING!

Makin kuat.

“Boleh tak?”

Asha tersentak… “Err, boleh-boleh. Gunalah.”

Lelaki itu tersenyum.

Asha dah tak tentu arah… UiTM ni dah semakin mengecil ke? Kenapa Asha kerap sangat berjumpa dengan dia?

Tahu tak setiap kali berjumpa dengan dia, setiap kali terpandang wajah dia… jantung Asha berdegup laju dari kadar biasa? Setiap kali tu pula mesti Asha rasa gelisah!

Ya ALLAH…

----------------------------------------


Peristiwa tiga hari lepas masih segar di minda Asha. Dia tersenyum sendirian. Bayangan Fuad yang mahu meminjam pen darinya seakan-akan tidak mahu hilang. Ke Asha yang angau ni? Hah, sangat!

Asha memerhatikan jam di tangannya. 10.15 pagi. Matanya melilau memandang sekelilingnya… sepatutnya dia dah sampai sekarang ni. Tapi tak ada pun? Asha mengeluh hampa… orang yang dinantikan tidak muncul tiba.

Tapi tak lama kemudian Asha tersenyum gembira balik. Kelibat orang yang Asha tunggu-tunggu tu dah muncul bersama-sama kawannya. Tahu siapa yang Asha tunggu tu?

Fuad.

Bas yang ditunggu tiba tepat pada waktunya. Mereka berasakkan untuk menaiki bas. Asha hanya memandang Fuad dan kawannya menaiki bas manakala dia mengikuti dari belakang. Tengok sajalah yang termampu, nak tegur? Memang taklah Asha nak buat.

Kalau nak kira, ini bukan kali pertama Asha buat macam ni. Jadi stalker si Fuad tu. Dah banyak kali tahu! Sampai satu tahap tu kawan Asha yang si Eija tu naik bengang.

Asha ingat lagi masa Eija marah dia hari tu. Bukanlah Eija tu marah sampai tahap nak tangan-tangankan si Asha ni tapi cuma nak sedarkan si Asha ni saja yang tindakan dia tu pelik dan tak pernah dibuat orang!




“Gila betul…”

“Apa yang gila?”

“Kau la yang gila, gila!”

“Eh? Aku pulak? Kau yang tiba-tiba cakap sorang-sorang, aku pulak yang dikaitkan dengan gila. Kau la yang gila, gila!”

“Huh…” Eija merengus perlahan. Bunyi macam penat tapi bukan sebab study. Penat sebab fikirkan perangai sahabatnya yang sorang ni. “Kau tau tak yang kau ni manusia pelik?”

“Sebab?” kening Asha terangkat sebelah.

Eija tayang muka menyampah. Sudah geharu cendana pula, sudah tahu lagi mau tanya? “Mana ada orang yang suka-suka tak ada tujuan naik bas semata-mata nak usya crush dia. Dah la tu, kalau naik bas free aku boleh consider lagi. Ni dah sah-sah kena bayar… kalau kau kumpul duit seringgit yang kau bayar dekat bas Rapid tu aku rasa dah boleh buat beli banglo sebiji tau.”

Ketawa Asha terhambur. Melampau betul analogi Eija ni. Ada ke lepas buat beli rumah banglo? Kancil sebuah pun belum tentu lepas. Eija, Eija…

“Aku tak pelik tapi aku limited edition.” Asha sengih… gigi putih! Gunalah Darley shinning white.

“Gila…” Eija terus bangun dari katilnya. Tombol pintu bilik dicapai, makin dilayan Asha ni makin nak maki-maki dia rasa. Dah berbuih-buih mulut dia, nasib baik buih putih saja yang tak keluar dari mulut dia tu nasihatkan Asha supaya hentikanlah tabiat pelik dia ni. Tapi bak kata orang melayu zaman dulu-dulu ibarat mencurah air ke daun keladi! Ais krim keladi tak apa sedap boleh makan. Ini daun keladi, kalau gigit pahit!

“Eh, kau nak ke mana?”

Tangan Eija terhenti. Dia menghadap Asha dan dengan muka yang tak ada perasaan, dia jawab…“Go die.

“Ting!” bunyi loceng bas ditekan.




Asha tersedar dari teringatkan Eija. Ada orang yang mahu turun di hentian selepas ni. Bila orang semakin berkurangan Fuad dan kawannya mengambil tempat duduk di hadapan manakala Asha duduk di belakang sekali. Bas terus bergerak ke destinasi seterusnya.

Mesti Eija dah tekanan layan perasaan angau dia yang tak bertempat tu. To be truth… angan Asha ni bertempat sebenarnya. Tapi tempat tu yang tak berapa nak kena. Dia angaukan orang yang memang sah-sah susah dia nak dapat.

Asha pun tak tahu macam mana dia boleh jadi macam tu tapi yang pasti semata-mata nak jumpa Fuad, sanggup dia naik bas hari-hari. Gila tak gila, terbang melayang juga la duit dia beringgit-ringgit sehari.

Asha ingat lagi, hari tu hujan lebat sangat. Pendek kata Asha yang baru pulang dari Menara SAAS memang basah lencunlah! Sudahlah basah kuyup kemudian kena tunggu bas lagi satu hal. Nak kena berhimpit dekat hentian bas tu dengan pelajar-pelajar lain pun satu hal lagi. Alahai, penat betul…

Tiba-tiba…

“Fuad, esok macam biasa ke?”

Fuad?

Macam kenal je nama tu! Ah, Asha kalau nama Fuad je telinga tu dengar semedang. Asha terus berpaling, ternampak kelibat Fuad dengan teman-temannya sedang berborak. Terus bercahaya muka si Asha. Terbang melayang habis penat yang dia rasa tadi.

“Yup, dah dekat final kan? Aku ingat setiap selasa, rabu, khamis aku nak stay dekat PTAR. Study… kalau dalam bilik alamat study atas katil la jawabnya.” Mereka ketawa.

Asha yang curi-curi dengar perbualan mereka terangguk-angguk kepalanya. Selasa, rabu, khamis… perlahan hatinya menyebut balik tarikh-tarikh tu.

Pukul? Asha tertanya-tanya.

“Macam waktu sekarang la, 3 petang lebih-lebih sikit ke. Depends…” Fuad menjawab.

Tersengih terus Asha, macam tau-tau je dia tengah tanya dalam hati tadi. 3 petang ya? Right, deal!

Bas yang dinanti-nantikan muncul. Semua pelajr berebut-rebut mahu menaiki bas. Ikutkan hati Asha pun nak berasak naik juga bas tu tapi dia ternampak yang Fuad dan kawannya tak nak naik bas pertama ni, diorang malas nak jadi sardin dalam bas tu dan buat keputusan untuk tunggu bas seterusnya. Asha pun ikut sama tak jadi naik bas tu, dia pun nak tunggu bas yang seterusnya dengan Fuad! Walaupun masa tu Asha dah basah lencun sampai bibir terketar-ketar menahan kesejukan. Tapi apa ada hal? Demi kehendak hati yang nak naik bas sekali dengan lelaki idamannya, sanggup dia berdiri kesejukkan dekat situ.

Seolah-olah dengan memandang Fuad yang sedang ketawa bersama kawannya tu sudah cukup untuk Asha rasa ‘panas’. Bibirnya tersenyum kecil…

Mulai saat itulah Asha sudah ada habit baru. Jadi stalker

---------------------------------------- 

“Dik, sini ada orang duduk tak?”

Lamunan Asha terhenti bila ada seorang perempuan menegurnya. Asha seraya menggelengkan kepalanya tanda tiada lalu memberi ruang kepada perempuan tu untuk duduk.

Pandangannya kembali menghala ke hadapan. Dia tersenyum sendiri bila melihat Fuad ketawa ketika berbual dengan rakannya. Macam manalah Asha tak jatuh hati dekat dia? Tengok cara dia senyum pun dah boleh buat Asha jadi cair habis.

Pernah terdetik dalam hati Asha, rasa-rasa Fuad tu nampak tak dia? Sedar tak yang dia wujud? Rasa-rasa kalau Fuad ‘nampak’ dia, Fuad akan suka dia tak??

Kenapa perlu berteka teki? Sedangkan jalan yang mudah hanya perlu bertanya…

Asha mengeluh perlahan.

Kalaulah senang je nak tanya.

Jenis berat nanang… sakit hati ambo.

Payah betul kalau kes SS ni. Syok sendiri…

Hati tak seiring dengan akal. Hati cakap tegur sajalah mamat tu… tapi akal pula membantah sacara keras! Hati cakap kalau tegur mamat tu mungkin boleh buahkan hasil… mungkin diaorang boleh bertukar-tukar nombor telefon ke? Tapi akal kata…

Kau nak mati? Tanggung malu tujuh keturunan kalau mamat tu buat tak tahu dekat kau. Buatnya mamat tu label kau perempuan tak tahu malu. Perigi cari timba… kau nak?

Perghh! Dahsyat… itu yang selalu menghantui Asha.

Akhirnya akal juga yang menang. Hati? Menjeruk rasa…

Unknown love… cinta pada dia, cinta tak diketahui…

Asha bangun dari duduknya. Hentian bas Kolej Mawar. Destinasinya telah tiba… sempat lagi dia memandang Fuad sebelum dia turun di situ. Tak sabar menanti hari esok.




````````````````````````
TK : Fuh… first time balik bilik waktu subuh… semata-mata study. Percaya tak? Ya, sila percaya yang saya bermastautin di perpustakaan sepanjang malam lepas test. Penat? Gila tak! Lembik kot… tapi ada je kudrat nak update blog… hahaha. Ni dah masuk study week… so, mode update adalah ufnine(offline) J doakan saya untuk final. ^.^v