21 November 2014

JEMPUTAN KAHWIN!

JEMPUTAN KAHWIN OLOK-OLOK... haha

Tolong jangan nak percaya. Kahwin la sangat. *Mata ke atas.

OK! now serius... Ini serius. Macam nada Wonder pets tu... Tahu kan dekat KLCC sekarang sedang berlangsung Jualan Buku Akhir Tahun 2014 atau nama glamernya dalam kalangan pembaca2 buku tegar-megar MABOPA!


Apa hal yang saya kecoh2 kan ni? Ha... ini yang kena kecoh ni. Macam gangster cari gaduh. Tapi tak nak cari gaduh pun. Nak cari kawan2 nak ajak pergi ke MABOPA ni pergi ke booth Idea Kreatif Publication.

Sebab?

ADA DISKAUN YANG BAIK HATI + AWESOME GILOSSS untuk KAU JELITA


Tapi tak terhad untuk KAU JELITA sahaja. Applicable untuk novel2 IKP yang lain jugak. So, grab your bag (beg roda tarik yang orang guna gi outstation tu paling afdhal) and paling penting pulus la sayang2 sekalian, pastu meh beramai2 kita membeli-belah sampai terbelah dompet masing2... hehe. 


Jangan Lupa 6098 Booth IDEA KREATIF PUBLICATION 


Saya akan ada dekat Booth IKP insyaallah hari Sabtu dan Ahad ni. Macam dalam dekat atas ni. Kalau ada jodoh panjang umur murah rezeki dan kalau sudi boleh kita berjumpa. Borak2 and paling penting KAU JELITA yang Kompem JELITA jugak isinya korang bawak balik rumah satu nanti... hehe



Psst! Jangan lupa dapatkan di 6098 Booth Idea Kreatif Publication ya.
Harga biasa RM 26
Diskaun special!

RM4 untuk bukan ahli
RM6 untuk ahli (KIKers)

Ha, mana nak dapat diakuan baik hati cam ni?? cuba hang habaq mai kat cheq sat..


Till then... jumpa hujung minggu ni ya.  Happy Facebook smiley red in faceHappy Facebook smiley red in face

Assalamualaikum.

19 October 2014

Sinopsis Novel Kau Jelita





Kata Nisa, dia tak cantik. tapi kata orang, cantik tu subjektif, tak sama mengikut mata pemiliknya.
Hidupnya biasa-biasa saja, pergi kerja balik kerja naik kenderaan awam. Tapi gara-gara dia diminta oleh bosnya yang macho itu bancuh air kopi, hidupnya berubah 360 darjah. Terbalik macam kura-kura tergolek!
Semuanya dek kerana air kopi yang dibancuh dengan penuh kasih sayang dan disertakan jampi serapah itu telah tersalah 'sasaran'. Peliknya dia bukan jampi betul-betul pun. Jampi olok-olok saja, tapi nampak macam menjadi pula.
Sebabnya...
1. Mamat yang terminum 'air kopi jampinya' itu mula mengganggu hidupnya.
2. Nisa yang solo tiba-tiba menjadi 'tunang' mamat itu tanpa dia sendiri tahu.
3. Dalam tak rela, Nisa terpaksa sign kontrak OG a.k.a 'kontrak orang gaji' pada mamat itu.
Serius, dia trauma dengan mamat tu. Tapi pada masa yang sama, bila tak nampak mamat tu, dia jadi rindu. Mungkinkah jampi serapahnya terpantul pada diri sendiri?
Lebih parah lagi, masa yang sama juga, bosnya si Waqif yang macho kegilaan ramai tu, tiba-tiba melamar dia untuk menjadi kekasih hati.
Nisa jadi pelik. angin tak ada, ribut pun pakar cuaca tak kata nak melanda tiba-tiba ada yang tawar dia jadi awek. Jadinya, dia nak pilih siapa? Waqif tu memang dia dah lama 'idamkan'. Tapi, hati dia asyik teringat mamat tu.
Agak-agak, Nisa akan pilih siapa?

Terbitan Idea Kreatif Oktober 2014





1) Boleh order melalui website ikp. Idea Kreatif
2) Boleh order melalui ajen ikp (klik je nama tu, link fb): 
    b. Liza Wati
    c. Ayu Dzulkarnain
    d. Sarinah Aini
    e. Yatie Pyan

18 October 2014

Novel Kau Jelita Diterbitkan

Assalamualaikum...!

*Taip sambil sengih lebar gaya dah nak terkoyak hujung bibir.

E-novel KAU JELITA dah bersalin kulit jadi NOVEL versi cetak...

Terbitan Idea Kreatif Oktober 2014

Penantian itu satu penyeksaankan? Tau2... tapi pemerahan otak untuk siapkan cerita ni pun satu penyeksaan jugak. hehe. So, 0-0 la ya?

Nah... Cover KAU JELITA yang OFFICIAL dah keluar!!!! *putus anak tekak jerit.

Ini adalah kali pertama saya buat cerita panjang. Tak pernah berangan pun nak cuba hantar cerita saya untuk dibukukan sebabnya memang rasa tak layak. Seriusly tak tipu. KJ pun dulu tulis suka2 untuk isi masa lapang dan saya ingat lagi saya target cuma 15 bab paling banyak... But, the almighty gave me the idea... dari 15 bab sahaja jadi 59 bab... huhu. (entah apa la yg saya meroyan dalam tu.. :P)

So, ya...this is totally a new experience for me. :) Silap memang banyak... Perfect pun memang tak... jauh panggang dari api. Jangankan jauh dari api... ayam pun tak sempat nak cucuk dengan kayu pemanggang tu. Budak yang baru nak belajar... but any teguran or sebarang kritikan yang positif amatlah saya alu-alukan.. :) kecik tapak tangan sebesar tapak kucing saya yang gemuk tu saya tadahkan. Mana tau... kut2 tahun depan ada next buku pulak kan? *ahaks... berangan....


-----------------------------
Sekarang nak guide korang cara nak beli. :)

Belian on9 saja yang dah dibuka. Dekat kedai2 belum ada lagi... And yes saya sangat-sangat-sangat galakkan korang beli on9 sekarang. Sebabnya?



Untung kan??

So....

1) Boleh order melalui website ikp. Idea Kreatif
2) Boleh order melalui ajen ikp (klik je nama tu, link fb): 
    b. Liza Wati
    c. Ayu Dzulkarnain
    d. Sarinah Aini
    e. Yatie Pyan

Satu lagi... jemput join GROUP saya dekat fb.. Time to Purple Heart Emoticon


11 October 2014

Kau Jelita 9




BAB 9

Kalender di tangan dipegang dan ditenung lama… jari telunjuknya dihala dari satu tarikh ke satu tarikh. Seolah-olah sedang menghitung hari. Seketika kemudian jarinya dibawa pula ke bibirnya. Diketuk perlahan bibirnya sambil matanya memandang ke atas.

“Lagi dua hari…” Nisa menggumam perlahan.

“Apa yang lagi dua harinya? Tarikh kau nak nikah ke?” Tiba-tiba Fatehah muncul.

Nisa meletakkan semula kalender tadi di atas meja ruang tamu rumah mereka. Raut wajahnya masih kelihatan runsing sekaligus menarik perhatian Fatehah lagi.

“Kau kenapa?” soal Fatehah buat kali keduanya.

“Hurmm, lagi dua hari.”

“Apa nak jadi lagi dua hari?”

“Kiamat muncul.”

“Choi! Cakap macam amalan kau tu dah banyak sangat. Ada ke patut kiamat di buat main budak ni. Gila.” Bibir comel Fatehah mengomel tak puas hati. Ya la, apa taknya. Buatnya betul cakap Nisa tu mahu mati katak semua orang. Amalan tak cukup lagi dah nak kena hisab.

Nisa ketawa kecil melihat ‘ustazah tak diiktiraf perbadanan islam’ dihadapannya merungut tak puas hati.

“Tak la, lagi dua hari satu Mei. Maknanya…” Nisa sengaja tidak menghabiskan kata-katanya. Matanya memandang Fatehah yang kelihatan teruja mahu mendengar ayat seterusnya darinya.

“Maknanya?”

“Maknanya bermulalah kisah hidup malang aku sebagai OG insan yang bergelar mamat tak center tu. Luth.” Nisa menyambung kata-katanya. Matanya masih setia memandang wajah Fatehah.

Mulut Fatehah membentuk huruf O besar… masalah tu rupanya. Bilalah masalah manusia dua ekor yang tak berekor ni nak selesai? Yang seorang tak rela tapi terpaksa rela terjebak! Yang seorang lagi nak kata rela, macam main-main rela. Tapi kalau tak rela buat apa beriya dia nak wujudkan kontrak sengal tu? Nak pikat Nisa? Aku tak rasa Nisa yang down to earth tu taste dia. Taste mamat macam dia tu mestilah stok-stok model yang kain baju dia tu memang setakat cukup nak tutup mana yang patut je kan. Tipikal anak orang kaya. Apa motif si Luth tu? Fatehah menyoal dirinya sendiri.

Padahal soalan tu sepatutnya ditanyakan terus pada Nisa atau lebih tepat pada Luth!

“Jangan cik adiklah sayang. Rindukan bulan… bulanlah tinggi cik adik. Jauh di awan. Orang jauh jangan rindu, orang yang dekat dengarkan teman…” Telefon bimbit Nisa berbunyi.

Kening Fatehah terangkat sebelah. “Kau dah tukar ringtone kau Nisa? Apahal yang klasik benor bunyinyer teman dengar ni?”

“Tidur sebantal cik adik, sanggul berbunga. Kasih sayang hamba sembah… sirih dikapur tanda mesra…” Suara mendayu Ahmad Jais masih lagi berbunyi nyaring tanda belum diangkat.

Memang betullah taste Nisa bab-bab lagu ni tak boleh nak diduga. Kejap lagu indon kejap lagu klasik melayu zaman berapa puluhan entah. Jangan nanti dia layan black metal sudah. Mahu pengsan Fatehah dibuatnya.

“Kau ni bising la, Tehah. Aku pakai ringtone dulu kau bunyi. Aku tukar pun kau bunyi. Bila masanya kau tak bunyi?” bebel Nisa, tapi tangannya dengan cepat mencapai telefon bimbitnya di atas meja.

“Err, bila aku tidur aku tak bunyi la.” Fatehah mengekek perlahan.

Nisa menghadiahkan jelingan maut pada Fatehah. Skrin dihadapannya dipandang. Unknown calling. Nombor siapa pula ni? icon hijau disentuh.

Hello?”

Hello… Nisa.” Satu suara garau yang ala-ala seksi menyahut panggilan Nisa.

Mata Nisa terus celik sebaik sahaja mendengar suara pemanggil disebelah sana. Meremang bulu roma Nisa dengar suara seksi tu. Rasa nak tergoda pun ada. Glupp…

“Err, siapa?”

“Luth.”

Sesaat kemudian… bukan sesaat kau datang yang lagu Ramlah Ram tu.

Tut tut tut tut…

Luth tercengang.

“Kurang asam punya minah dia letak telefon aku tak sempat cakap apa-apa lagi pun. Nak kena dia ni.”

Luth tak puas hati.



Nisa terus menyentuh icon end call! Spontan tindakan dia begitu sebaik saja Luth perkenalkan diri. Fuh, kus semangat. Betullah Nisa tak cam tu nombor Luth sebab lepas insiden dia ambil iPhone  tu balik dia terus tukar sim card guna nombor dia yang lama dan yang pasti nama Luth bukanlah salah satu contact yang patut dia save

Dia ingat Luth tak tahu yang dia dah ambil balik telefon bimbit tu. Hari tu kan, Nisa ingat Luth dah balik. Padahal mamat kurang kasih sayang tu mana balik lagi. Kan elok je dia mengendap Nisa ‘kidnap’ balik telefon bimbit tu. Konon tak nak ambil tapi... masuk juga dalam tas tangan dia. Kantoi di situ.

Nisa menggigit hujung bibirnya.

“Mana Luth tau aku ambil balik benda alah ni? Eii, malunya!” Kepalanya diketuk perlahan. Nisa kemudian memandang lama iPhone di tangannya. Patut ke aku buang sekarang benda ni? Tapi…

Gila nak buang! Mahal wei… simpan Nisa… simpan. Satu suara menghasut.

Tapi nanti Luth tau kau dah ambil balik benda yang dia bagi. Mana kau nak letak muka kau nanti? You drop my water face you know. Suara lain pula menghasut.

Ala, kau buat muka kering macam roti sardin sudah, kalau mamat tu ungkit pasal telefon ni. Lagipun dia dah buang benda ni hari tu. Lupa ke? Maknanya, tak ada istilah bagi-bagi ni. Suara yang mula-mula tadi kedengaran balik.

Nisa tak tahu suara yang mana satu patut dia ikut. Ish, dilema wanita betul! Padahal pasal telefon bimbit aje pun. Nisa ni memang betullah kusut. Benda simple pun jadi payah.

Siapa cakap simple! Hello, apa benda yang melibatkan hamba ALLAH yang bernama Luth apa entah lepas tu ada Hadi. Benda tu bukan benda yang simple. Benda tu la yang paling complicated dalam dunia tahu!

Nisa termangu…

Ah, simpan sudah. Fikir lama-lama pun buang karan je. Pasal at the end pun mesti kau simpan jugak  kan benda tu Nisa?

Nisa tersengih. Eh, mestilah simpan. Benda free.

Case closed.

“Jangan cik adiklah sayang. Rindukan bulan… bulanlah tinggi cik adik. Jauh di awan. Orang jauh jangan rindu, orang yang dekat dengarkan teman…” Eh, eh… Ahmad Jais tu nyanyi balik la.

Kali ni Nisa terus angkat panggilan yang menjerit minta diangkat tu.

Hel…

How dare you hang up the phone? Dah lama hidup? Ingat saya ni tunggul ke apa ha? Ingat saya telefon awak ni bayar guna daun sirih nenek saya ke bayar bil telefon? Awak ingat saya suka sangat…”

One more word and you'll end up talking to the operator.” Nisa terus memintas bebelan Luth.

Luth terdiam terus.

Tahu takut Nisa letak telefon tu. Manalah Nisa tak ugut macam tu… hello pun tak sempat nak sebut disemburnya Nisa macam guna mesingan. Kalau lambat sikit Nisa hentikan bebelan Luth tadi… mati terkedang Nisa!

Satu saat… dua saat… tiga saat… krik… krik…

Sepi. Tak ada langsung suara baik di sebelah Luth mahupun Nisa. Yang ada hanyalah deruan nafas masing-masing menandakan kedua-duanya masih ada di tempat mereka.

“Tadi cakap banyak sangat macam tak cukup nafas. Ni diam pulak.” Akhirnya, Nisa yang memulakan bicara dulu.

“Hurmmm.”

“Hurmmm je? Kuih talam, jemput-jemput, cendol pulut ke tak nak jamu?”

“Hahaha…” Suara Luth ketawa kedengaran di corong telefon.

Nisa tersenyum.

Adoi, suka ek… buat lawak malam-malam.” Tawa Luth masih bersisa-sisa. Ada pula tanya macam nak pergi makan kenduri rumah orang Nisa ni. Sabar jelah.

“Mana ada lawak. Orang tanya je tadi. By the way? Main point telefon saya kenapa ya?”

“Nak ingatkan. Lusa dah satu Mei… kontrak tu dah berkuat kuasa lusa. Maknanya awak kena bersiap sedia.”

Nisa mencebik. Benda kecik tu pun nak ingatkan aku? Meluat! Menyampah! Aku tak lupalah… Nisa merengus perlahan. Kuat-kuat nanti Luth dengar pula lepastu tak pasal dia kena tuduh menderhaka dengan ‘majikan’ barunya itu.

“Nisa?”

Hello? Nisa…?”

“Awak ni memang suka mengelamun ke masa cakap telefon? Nisa!” Piching suara Luth dah mula meninggi.

Nisa tersentak.

“Ya, ya… saya ada kat sini. Nak makan apa breakfast nanti?”

“Nasi lemak. Susu rendah lemak kalori dengan karipap sepuluh ketul. Saya datang pukul 7.30 pagi tepat! That’s all. Bye.” Senafas Luth cakap.

Hello? Hello? Encik Luth?”

Tuttttttttttttt... Luth dah letak telefon.

Nisa mengusap perlahan dadanya. Mamat ni betullah mencabar iman dia yang tak berapa nak tebal tu. Sabar Nisa… orang sabar ganjaran dia syurga. Tapi masalahnya dengan mamat ni sabar tak pernah nak ada! Sakit hati tu ada la.

“Nasi lemak? Kuih karipap? Susu rendah lemak kalori? Well, hello! Aku breakfast pun makan roti kering cicah kopi’o je. Yang dia demanding sangat apahal? Macam aku ni buka kedai restoran. Tak ada mak ke budak sekor ni, sampai masak-masak pun aku nak kena buat. Anak terbiar kut dia ni, yalah kan dia tu kurang kasih sayang.” Nisa membuat telahan sendiri. Entah tepat entah tak. Wallahualam.

“Tapi mana sempat nak masak semua tu, bangun pagi pun dah lambat. Bilanya aku nak masak? Yang sedia ada sekarang ni pun Tehah yang tolong buatkan breakfast. Aku? Memang tak la kan…”

Kacau!

Nisa dah mula pening kepala memikirkan hari mendatang.

“Ah, tawakal sudah! Ada nasi lemak tu adalah. Kalau tak ada, aku jamu je dengan biskut kering dah.” Nisa membuat keputusan.

Ehem-ehem… jadi ke menu first day yang Luth order tu?



Luth tersenyum puas. Rasakan apa yang aku rasa. Tadi ikut sedap dia je letak telefon masa aku tak sempat lagi cakap sampai habis. Banyak kali dah kena. Biar dia pula rasa sakit hatinya bila kita tak cakap habis lagi orang dah letak telefon. Dah la tu, suka sangat mengelamun masa cakap telefon! Bazir betul kalau telefon minah seorang ni. Apa taknya… sepuluh minit telefon, yang cakap betul-betul dengan dia cuma dua minit je. Baki lapan minit penuh dengan jerit panggil nama Nisa nak bagi dia sedar.

Luth menggelengkan kepalanya mengingatkan keletah Nisa. Pelik betul. Tengah cakap telefon pun boleh berangan.

Telefon bimbitnya dilemparkan ke sebelah. Badannya direbahkan di atas katil. Kedua-dua tangannya dijadikan sebagai alas kepalanya.

“Macam mana agaknya rasa masakan Nisa tu? Pandai ke minah ni masak? Entah kuali dengan sudu pun tak boleh nak bezakan apa?” Luth ketawa kecil.

Melampau betul kalau sudu dengan kuali tak boleh beza. Kucing pun tahu beza kan dua benda alah tu. Apalah Luth ni… macamlah Nisa tu teruk sangat. Tapi betul juga, selama ini yang selalu masak Fatehah. Nisa mana pernah masak dekat rumah sewa tu. Ada kemungkinan juga apa yang Luth cakap tu betul!



 ----------------------------

TK:  Untunglarrr hidup kalau setiap hari boleh nak order breakfast macam tu kan? realiti bukan fantasi... dalam mimpi je laaa...

19 September 2014

Kau Jelita 8




BAB 8

“So, I think we are done… I better make a move now and see you later Mr. Hadi.” Peguam Luth, Mr. Krishen menyalami tangan Luth.

“Ya, sure… thanks for everything. I’ll call you later on.” Luth melemparkan senyuman kepada lelaki India tu dan menyambut salaman Mr. Krishen. Mereka berjabat mesra. Nisa hanya memerhati dari tempat duduknya.

Hadi? Apa nama penuh mamat tak center ni? Nisa mula tertanya-tanya. Ingatkan nama Luth je… Luth Hadi? Macam pelik je aku rasa… Hadi Luth? Ish, lagi tak ngam. Ke ada lagi nama tengah dia? Eh, berteka-teki pula pasal nama mamat tu. Kau tanya ajelah terus kan senang, Nisa…

“Cik Nisa. Nice to meet you…” Mr. Krishen menundukkan sedikit badannya tanda hormat kepada Nisa dan Nisa membalasnya dengan segaris senyuman.

Habis sahaja berbincang dengan peguam Luth dan semua syarat dalam kontrak OG tadi Nisa dah baca dan dah setuju semuanya selesai. Syarat apa yang Luth berikan pada Nisa? Tunggu…

Kini hanya tinggal mereka berdua. Nisa memandang lantai, Luth mengadah kepala… dua-dua kaku. Aik, dah jadi blind date pula ke? Cepat betul perkembangan mereka ni ya… Tapi yang sebetulnya Nisa langsung tak selesa berdua-duaan dengan Luth. Kalau ikutkan hatinya, nak aje dia angkat kaki cabut dari situ sebaik saja perbincangan mereka selesai tadi. Tapi! Misi kedua dia belum terlaksana lagi… misi pemulangan iPhone.

Nisa tak mahu membuang masa lagi. Lagi lama dia duduk dengan Luth, lagi tinggi risiko Luth nak kena hentam tu ada! Kang tak pasal kena saman lagi tiga puluh ribu. Nisa terus menyuakan iPhone pemberian Luth diatas meja makan. 

“Nah…”

“Apa ni?” Luth berkerut tak faham.

“La, tak tahu ke? Ni la biskut chipsmore.” Nisa menjawab sarkastik. Raut wajah tak berperasaan dipamerkan. Sahaja menambah sakit hati Luth.

Luth mengetap bibir. Loyar buruk betul la minah ni. Nampak saja macam minah kampung alim tapi bahasa boleh tahan. Aku tahulah biskut chipsmore tu rupa macam mana! Ingat aku bangang sangat ke?

“Saya tahulah ni benda apa. Yang saya maksudkan kenapa awak bagi dekat saya? Saya dah ada telefon bimbit sendiri.” Telefon bimbitnya yang sama canggih seperti Nisa ditunjukkan.

“Saya tak nak terima pemberian apa-apa daripada encik. So, encik Luth. Silalah ambil balik ya telefon ni.” Nisa menolak iPhone  tu kehadapan lagi sedikit.

Luth menggelengkan kepalanya. “Saya tak nak.”

“Saya dah ada handphone sendirilah. Tengok ni!” Nisa segera mengeluarkan telefon bimbit lain daripada tas tangannya. Telefon bimbit nokia 3310 atau lebih famous dengan  panggilan handphone tiga-tiga sekupang ditunjukkan kepada Luth.

Spontan Luth ketawa terbahak-bahak apabila Nisa menunjukkan telefon bimbitnya.

“Ini telefon baru awak? Yang ni? Awak ni hidup zaman batu ke apa guna handphone ni? Benda alah ni dah layak masuk musium tahu tak? Eh, ke memang kerajaan dah letak pun dekat museum untuk tujuan pendidikan?” Banyak soal pula Luth ni. Luth mencapai handphone Nisa dan membeleknya dengan pandangan menghina.

Nisa mengetap kuat bibirnya menahan marah.

“Awak… handphone ni kalau baling dekat anjing, anjing tu pun mati tahu. Kuno betul. Dah tak payah nak mengada guna yang saya bagi tu.”



Ah, ni dah melampau… Nisa mencebik tanda meluat. Berani dia menghina handphone aku! Agak biadap ya cara dia ni. Dia tak tahu ke aku macam nak gila punggah bilik aku semata-mata nak cari telefon buat pengganti telefon bimbit aku yang dia dah bagi rosak tu! Nasib baik telefon aku yang time sekolah menengah ni boleh pakai lagi. Sedap mulut dia aje cakap baling dekat anjing boleh mati. Meh sini aku try baling dekat kepala dia tengok. Hidup ke mati? Panas hati ni…

By the way… dah desperate sangat ke sampai save nama sendiri Encik Hensem? Tak rasa macam otak encik tu ada problem nak proses maklumat ke atau tak berapa nak center ke apa otak encik ni?” Nisa menyoal sinis. Tak apa Nisa. Tahan kejap marah kau tu.

“Pfttttt!” Tersembur air yang baru nak cecah anak tekak Luth… dia terbatuk kecil.

Nisa tersenyum kecil. Tapi sinis… padan muka kau. Mati tersedak pun tak apa. Lagi senang hidup aku.

“Oh… pasal tu ya?” Tisu dicapai dan dilap mulutnya.

“Bukan desperate, itu fakta namanya. Lagipun memang hensem apa saya ni?”

Nisa dah memegang kepalanya. Ya ALLAH wujud rupanya manusia macam ni? Nak pengsan rasa.

Luth menyambung kata lagi. “Ke awak nak panggil saya abang sayang? Saya ok je... Nanti saya tambah sebagai salah satu syarat dalam kontrak OG kita. Nak?” Luth tersenyum miang.

Mata Nisa mengecil, mulutnya terherot sikit. Subhanallah… gatalnya mamat ni! Miang dia ni kalah miang kucing nak mengawan. Geli aku!

“Gila.” Sepatah ayat Nisa.

Nisa mengeluh kuat… tapi yang itu dia terpaksa mengaku betul. Memang ada syarat sengal, bengong, tak masuk akal lain dalam kontrak OG mereka. Mula-mula masa Nisa baca syarat-syarat dalam kontrak OG berbulu la juga mata dengan hati. Entah apa-apa ajelah yang mamat depannya ini nak. Yang sesetengah syarat tu Nisa bolehlah kompromi lagi. Bila ditanya kenapa kena ada syarat ni dekat Luth. Jawapannya simple...

“Saja.”

Tak ke Nisa rasa nak hempuk kepala mamat ni lagi sekali tapi kali dekat kerusi pula biar dia waras sikit bila berfikir tu.

Bila Nisa tak setuju. Cepat-cepat Luth ugut. “Bayar tiga puluh ribu sekarang!”

Benci gila Nisa rasa… tu baru satu syarat tak masuk akal Luth. Ada lagi tiga empat syarat sengal dia. Nisa dah dapat nampak betapa gelapnya masa depan dia nanti bila jadi ‘OG’ Luth… mesti merana gila hidup.

“Saya tetap tak nak guna!” Nisa berkeras.

Fine, suka hati awak… saya dah bagi dekat awak handphone tu. So, saya tak boleh ambil balik. Nak buruk siku saya yang lawa ni. Kalau awak tak nak handphone tu. Tinggalkan kat atas meja makan ni.” Luth mencabar Nisa.

“Encik jangan cabar saya. Saya tinggal betul-betul kang atas meja ni.”

“Tinggallah.” Luth menyandar santai dikerusinya, kedua-dua tangannya digenggamkan sambil sikunya diletakkan atas pemegang kerusi. Nampak cool cara Luth duduk. Sengaja dia mencabar Nisa berbuat demikian, mahu melihat sejauh mana keberanian gadis berwajah manis ni dalam mengotakan kata-katanya.

“Ok, fine… saya letak. Bye!” diletaknya iPhone tu dan dia terus bangun meninggalkan Luth.

Luth cuma tersenyum memandang gelagat Nisa, sikit pun dia tak marah bila pemberian dia kepada Nisa seolah-olah tak dihargai. Selepas Nisa pergi Luth pun turut sama bangun dari kerusinya. Dia berjalan keluar dari café tersebut seolah tiada apa-apa yang berlaku. iPhone tu? Luth biarkan sahaja dekat atas meja tu.



Nisa bersembunyi di belakang dinding berhampiran café tu. Berselindung… dia memerhatikan Luth yang keluar dari café sehingga kelibat lelaki itu hilang di pandangan matanya. Nisa mengalihkan pandangannya ke dalam café tadi. Dia mencari sesuatu. Jumpa! Matanya menangkap iPhone yang masih ada atas meja makan mereka tadi.

Terkejut Nisa… Luth betul-betul tak ambil balik telefon tu.

“Eii, kalau dah orang kaya tu… memang macam tu la perangainya. Tahu membazir je… tak tahu nak menghargai langsung. Mentang-mentanglah duit dalam poket berkepuk barang mahal ni pun macam dah tak ada nilai. Tak apa, kau tak nak ambil balikkan? Biar aku ambil.” Nisa membebel.

Nisa keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan menuju ke meja makan mereka tadi dan mengambil telefon di atas meja tu. Dia mengusap-usap belakang iPhone pemberian Luth.

“Tuan kau buang kau… kesian kau. Tak apa biar aku jaga kau ek.” Nisa mengusapkan belakang telefon tu ke pipinya sambil tersenyum… barang mahal ni. Gila nak buang? Ala, kalau dia ambil pun bukannya Luth tau. Luth kan dah balik… mana dia nampak yang Nisa ambil iPhone ni. Lagipun konsepnya sekarang Luth dah ‘buang’ iPhone ni, maknanya dia tak bagi dekat Nisa. So, Nisa bolehlah ambil benda ni tanpa rasa bersalah ke rasa menyampah ke kan? Yalah, one man’s trash is another man’s treasure...

Nanti balik dia tukar la nombor guna nombor lama dia. Bukannya Luth tahu pun nombor lamanya tu… hehe. Nisa dah mula merangka strategi nak hapuskan jejak Luth dalam iPhone tu. Encik Hensem? Hello, mati hidup balik aku tak nak panggil kau Encik Hensem tahu. Nisa tersenyum sorang-sorang… tak sedar dirinya diperhatikan. Konon dah pandai sangatlah tu. Dia tak tau ada yang lagi pandai dari dia. Nisa, Nisa…

Luth cuma tersenyum memandang aksi Nisa. Tadi dia cuma berpura-pura meninggalkan café. Dibuatnya gaya seolah-olah dia dah nak balik dan dia tak ambil kisah pun tentang iPhone tu sebab dia yakin yang Nisa mesti ambik balik telefon tu. Ternyata jangkaannya memang tak salah.

“Tadi, beriya cakap tak nak ambil telefon tu… last-last peluk bagai nak rak. Dia juga yang ambil.” Luth ketawa kecil… Nisa, Nisa… comel.



Nisa melemparkan tas tangannya ke atas meja ruang tamu. Badannya dihempas ke atas sofa. Letih! Letih pasal perjumpaan tadi dan letih dengan perangai Luth yang tiba-tiba muncul dalam hidup dia sekaligus memorak-perandakan hidupnya yang selama ni tenang. Dia bahagia saja sebelum ni hidup dengan Fatehah dekat rumah sewa ni. Kemudian bila dekat pejabat rasa tenang je hidup dapat jumpa Encik Waqif hari-hari.

Tapi tu dulu… sekarang? Sejak munculnya lelaki yang bertanduk dua dekat atas kepalanya tu, hidup Nisa dah tak aman.

       Salah Nisa ke TERmandrem mamat tu? Ish, tapi tak masuk akal la kalau jampi tu berkesan. Bukannya dia sebut jampi serapah apa pun. Dia sebut main-main je… tak ada niat pun. Hurmm, kalau ada niat pun dekat Waqif. Yang mamat tu apahal tiba-tiba muncul? Entahlah…

Lagipun kalau betul ‘jampi’ dia tu menjadi, apasal pula mamat tu nak saman dia bagai? Patutnya mestilah dah sembah kaki Nisa sekarang minta kahwin dengan dia kan?

Mata Nisa menjuling ke atas, tak hendak dia kahwin dengan Luth.

Lagi yang buat Nisa tak puas hati pasal Luth. Baru dua kali saja pun mereka berjumpa. Itu pun boleh kira berapa minit mereka berjumpa dekat bilik Waqif dan yang dekat bus stop tu kira kejap la... sebab baki yang lain Nisa tak sedar pun mamat tu ada kat situ.

 Nama penuh dia pun Nisa tak tahu! Tup tup… masa dekat kedai makan hari tu, Nisa dah diangkat darjat jadi ‘tunang’ dia! Tunanglah sangat. Sampai kena hina depan orang ramai, tak pasal Nisa bercakar dengan perempuan langsuir yang nama apa entah Nisa dah lupa. Mel... Melinja... Melino. Albino? Ah, malas nak ingat…

Lagi? Ada lagi… kes yang terbaru ni la. Tak pasal-pasal diri dia ‘terikat’ pula dengan mamat tu! Nisa betul-betul tak tahu apa pula yang nak jadi dekat dia lepas ni, tiba-tiba rasa nafas ni macam pendek sahaja.

“Nisa.” Fatehah muncul dari dapur dengan memegang dua gelas air sekaligus menghentikan lamunan Nisa.

“Hurmm.”

“Ok tak tadi?”

“KO!”

Fatehah ketawa. Muka Nisa tu sebijik macam baru lepas bergaduh dengan laki!

“Air… minumlah. Buat sejuk tekak. Dia betul ke nak saman kau?” dihulurkan air bersertakan soalan sekali. Tak menyempat-nyempat.

Thanks. A’ah… dia memang nak saman. Siap angkut lawyer dia lagi tadi.”

“Serius? Dah tu… berapa banyak dia saman kau? Apa jadi? Ceritalah kat aku… cepat-cepat!” Fatehah terus teruja.

Nisa dengan malasnya menceritakan dari saat mula dia jejak kaki di café tu sampailah saat di sampai rumah masa Fatehah suakan air dekat dia.

“Tiga puluh ribu! Hoi, dia nak buat bayar duit muka rumah ke apa cekik kau sampai banyak tu. Astagfirullahalazim…” Fatehah mengusap dadanya berulang kali sambil beristighfar, badannya dah tersandar ke sofa gara-gara terkejut. Dah rupa macam kena heart attack pun ada mak cik seorang ni. Macam dia yang kena saman

“Tau takpe… aku macam nak tercabut jantung tadi dengar dia minta sampai banyak tu. Nak keluarkan tiga puluh ringgit untuk beli kasut pun aku fikir lima enam kali. Ni kan pulak tiga puluh ribu. Kalau aku tak ada iman tadi memang dah lama aku cari bangunan lima belas tingkat nak terjun.”

          Fatehah tak habis lagi beristighfar.

          “Habis yang pasal Kontrak OG tu?”

        “Kau tengoklah sendiri…” Nisa memberikan sekeping kertas putih kepada Fatehah. Surat bertaip tu dibaca dengan penuh tekun. Mata tak berkelip, lagak macam tengah jawab periksa sahaja si Fatehah ni.

Tiba-tiba Fatehah ketawa… “Apasal sengal sangat syarat dia ni?” Menangis Fatehah ketawa. Berair mata dia...

Nisa mencebik. “Tak matangkan mamat tu?”

“Adoi, senak perut aku. Ni yang lagi satu syarat dia. Bila-bila dia call suruh datang kau kena muncul depan dia within ten minutes. Humaih… kau ni batman ke catwoman?”

Mata Nisa ke atas…

“Yang tu lagi laa… buatnya aku tengah meeting dengan bos ke, tengah buang hajat ke, tak ke haru nak kena berlari pergi dekat dia? Sengal betul. Rasa nak sumbat dalam mesin basuh pun ada…” Nisa mengeluh lagi.

“Setiap hujung minggu kau kena pergi rumah dia untuk mengemas dan masak apa yang dia order. Aik, boleh pula macam tu?” Kening Fatehah bertaut dua.

“Yang masak dengan mengemas tu aku boleh faham lagilah dah nama pun orang gaji, mestilah kau kena buat semua tu. Yang pergi ke rumah tu apa pasal pula? Memang wajib ke? Kang tertangkap basah korang. Kahwin free je kot.” Fatehah menambah lagi.

Nisa tutup muka dengan lengan tangan. “Bengongkan mamat tu. Tapi kau pun sama juga bengong macam dia. Kalau dah faham kerja orang gaji mengemas rumah. Memanglah kena pergi rumah dia. Dah tu kalau tak pergi aku nak kemas apa? Kandang kucing?”

Fatehah ketawa... “Iya tak ya juga. Tapikan yang masak tu aku macam was-was je kau boleh buat.”

Giliran Nisa pula yang ketawa, faham maksud Fatehah. Mesti Fatehah ingat dia langsung tak ada skill masak memasak ni. Nisa senyum je.

“Kan... dia yang nak makan aku yang nak kena masak. Hurmm, yang pasal rumah tu. Dia cakap tu rumah persinggahan dia je. Dia tinggal dengan parents dia. Kiranya nanti aku sorang-sorang jelah kat sana. So, no worries... tak kena tangkap basah punya.”

Fatehah mengangguk… syarat seterusnya?

“Masak dekat dia breakfast hari-hari? Kau buka KFC francais sendiri la lepas ni Nisa… boleh aku tumpang order sekali. Hurmm, kau kena hantar dekat dia ke breakfast tu?”

Nisa mengadah langit. Matanya memandang cicak tengah bercengkerama. Cis, buat projek depan aku. Biadap betul!

“Taklah… dia datang ambil dekat sini pagi-pagi masa aku nak pergi kerja. Masa tu la aku bagi breakfast kat dia.”

“Oh, dia tak offer kau tumpang pergi kerja dengan dia ke?”

“Hah, tak payah offer. Aku lagi rela naik basikal roda tiga yang tayar dia warna pelangi tu pergi kerja dari naik kereta berair-cond dengan mamat tu.”

Fatehah ketawa kecil dengar ayat Nisa. Apa taknya spontan otak dia terbayang basaikal adiknya yang umur tiga tahun dekat kampung tu. Dia kembali meneliti syarat-syarat lain… ada sesetengah tu ok la juga. Boleh diterima pakai. Tapi yang lain tu macam tak berkaitan langsung. Contoh macam yang dia sebut tadi tu la.

Tiba-tiba terdetik dekat Fatehah, mamat ni memang saja nak dekat dengan Nisa ke dia saja nak main-mainkan Nisa ke dia betul-betul syok dekat Nisa? Mana satu…

“Berkuat kuasa bila kontrak OG korang ni?”

“Minggu depan… 1 Mei. Tamat tiga bulan yang merana kemudian.”

Fatehah tersenyum sumbing dengar ayat tiga bulan yang merana kemudian. Faham yang Nisa sikit pun tak rela hati nak terjebak dalam kontrak ni. Kalaulah dia ada duit memang dia bagi pinjam dekat Nisa. Tapi masalahnya… dia sendiri pun Nisa yang tolong. Hurmm, tak dapat den nak nolong

“Aku doakan kau selamat dunia akhirat bila dengan mamat tu Nisa. Yang ni saja yang aku terdaya nak tolong pun… tolong doakan.” Fatehah menggelengkan kepalanya. Macam-macam akal si Luth ni.

Thanks… tu pun dah kira kau tolong jugak . Doa sahabat yang mendoakan sahabatnya kan memang Tuhan senang makbulkan.”

Nisa tersenyum kecil. Fatehah pun…

Diam lagi…

“Nisa…”

“Hurmm.” Mata Nisa dah tertutup tapi masih mahu melayan bicara temannya.

“Bila sebut je kontrak OG korang ni terus aku teringat dekat Ogy Ahmad Daud. Luth tu minat Ogy ke ha?”

Spontan terus Nisa ketawa terbahak-bahak. Mata yang baru nak dipejamkan terus celik.

“Macam tu pun kau boleh fikir, Tehah?” Nisa masih ketawa lagi.

Fatehah tersengih.

“Tak adalah bunyi tu nak sama. Macam kartun Oggy and the cockroach pun ada…”

Sekali lagi tawa Nisa meletus. Kalau betul macam kartun tu. Mungkin Luth lipas yang tiga ekor tu! Banyak akal dan suka sangat kacau kucing tu... kucing tu dah sah-sahlah Nisa.

Thanks Tehah… walaupun dari segi kewangan kau memang tak boleh aku nak harapkan… tapi daripada segi semangat setia kawan. Kau memang selalu ada dekat sisi aku kan? Hati Nisa berkata dalam diam.

Sahabat dunia?

No la…

Ukhuwahfillah and uhibbukifillah forever until jannah. InsyaALLAH.

Nisa tersenyum.




 -----------------------
TK: Adoai... spechless... asal la sengal Luth ni makin berganda?? Just wondering... dalam kelam-kabutnya watak nisa ni yang saya cipta d
an juga watak Luth yang kaki belit ni... korang perasan tak apa yang saya cuba sampaikan? :) Nampak macam biasa2 je tapi sebenarnya it relate to our daily life. huhu.