BAB 9
Kalender di
tangan dipegang dan ditenung lama… jari telunjuknya dihala dari satu tarikh ke
satu tarikh. Seolah-olah sedang menghitung hari. Seketika kemudian jarinya
dibawa pula ke bibirnya. Diketuk perlahan bibirnya sambil matanya memandang ke
atas.
“Lagi
dua hari…” Nisa menggumam perlahan.
“Apa
yang lagi dua harinya? Tarikh kau nak nikah ke?” Tiba-tiba Fatehah muncul.
Nisa
meletakkan semula kalender tadi di atas meja ruang tamu rumah mereka. Raut
wajahnya masih kelihatan runsing sekaligus menarik perhatian Fatehah lagi.
“Kau
kenapa?” soal Fatehah buat kali keduanya.
“Hurmm,
lagi dua hari.”
“Apa
nak jadi lagi dua hari?”
“Kiamat
muncul.”
“Choi!
Cakap macam amalan kau tu dah banyak sangat. Ada ke patut kiamat di buat main
budak ni. Gila.” Bibir comel Fatehah mengomel tak puas hati. Ya la, apa taknya.
Buatnya betul cakap Nisa tu mahu mati katak semua orang. Amalan tak cukup lagi
dah nak kena hisab.
Nisa
ketawa kecil melihat ‘ustazah tak diiktiraf perbadanan islam’ dihadapannya
merungut tak puas hati.
“Tak
la, lagi dua hari satu Mei. Maknanya…” Nisa sengaja tidak menghabiskan
kata-katanya. Matanya memandang Fatehah yang kelihatan teruja mahu mendengar
ayat seterusnya darinya.
“Maknanya?”
“Maknanya
bermulalah kisah hidup malang aku sebagai OG insan yang bergelar mamat tak center tu. Luth.” Nisa menyambung
kata-katanya. Matanya masih setia memandang wajah Fatehah.
Mulut
Fatehah membentuk huruf O besar… masalah tu rupanya. Bilalah masalah manusia
dua ekor yang tak berekor ni nak selesai? Yang seorang tak rela tapi terpaksa
rela terjebak! Yang seorang lagi nak kata rela, macam main-main rela. Tapi
kalau tak rela buat apa beriya dia nak wujudkan kontrak sengal tu? Nak pikat
Nisa? Aku tak rasa Nisa yang down to
earth tu taste dia. Taste mamat macam dia tu mestilah
stok-stok model yang kain baju dia tu memang setakat cukup nak tutup mana yang
patut je kan. Tipikal anak orang kaya.
Apa motif si Luth tu? Fatehah menyoal dirinya sendiri.
Padahal
soalan tu sepatutnya ditanyakan terus pada Nisa atau lebih tepat pada Luth!
“Jangan
cik adiklah sayang. Rindukan bulan… bulanlah tinggi cik adik. Jauh di awan.
Orang jauh jangan rindu, orang yang dekat dengarkan teman…” Telefon bimbit Nisa berbunyi.
Kening
Fatehah terangkat sebelah. “Kau dah
tukar ringtone kau Nisa? Apahal yang
klasik benor bunyinyer teman dengar
ni?”
“Tidur
sebantal cik adik, sanggul berbunga. Kasih sayang hamba sembah… sirih dikapur
tanda mesra…” Suara mendayu Ahmad Jais masih lagi berbunyi nyaring tanda belum
diangkat.
Memang
betullah taste Nisa bab-bab lagu ni
tak boleh nak diduga. Kejap lagu indon kejap lagu klasik melayu zaman berapa
puluhan entah. Jangan nanti dia layan black
metal sudah. Mahu pengsan Fatehah dibuatnya.
“Kau
ni bising la, Tehah. Aku pakai ringtone dulu
kau bunyi. Aku tukar pun kau bunyi. Bila masanya kau tak bunyi?” bebel Nisa,
tapi tangannya dengan cepat mencapai telefon bimbitnya di atas meja.
“Err,
bila aku tidur aku tak bunyi la.” Fatehah mengekek perlahan.
Nisa
menghadiahkan jelingan maut pada Fatehah. Skrin dihadapannya dipandang. Unknown calling. Nombor siapa pula ni? icon hijau disentuh.
“Hello?”
“Hello… Nisa.” Satu suara garau yang
ala-ala seksi menyahut panggilan Nisa.
Mata
Nisa terus celik sebaik sahaja mendengar suara pemanggil disebelah sana.
Meremang bulu roma Nisa dengar suara seksi tu. Rasa nak tergoda pun ada. Glupp…
“Err,
siapa?”
“Luth.”
Sesaat
kemudian… bukan sesaat kau datang yang lagu Ramlah Ram tu.
Tut
tut tut tut…
Luth
tercengang.
“Kurang
asam punya minah dia letak telefon aku tak sempat cakap apa-apa lagi pun. Nak
kena dia ni.”
Luth
tak puas hati.
Nisa terus
menyentuh icon end call! Spontan
tindakan dia begitu sebaik saja Luth perkenalkan diri. Fuh, kus semangat.
Betullah Nisa tak cam tu nombor Luth sebab lepas insiden dia ambil iPhone tu balik dia terus tukar sim card guna nombor dia yang lama dan yang pasti nama Luth bukanlah salah satu contact yang patut dia save!
Dia
ingat Luth tak tahu yang dia dah ambil balik telefon bimbit tu. Hari tu kan,
Nisa ingat Luth dah balik. Padahal mamat kurang kasih sayang tu mana balik
lagi. Kan elok je dia mengendap Nisa
‘kidnap’ balik telefon bimbit tu.
Konon tak nak ambil tapi... masuk juga dalam tas tangan dia. Kantoi di situ.
Nisa
menggigit hujung bibirnya.
“Mana
Luth tau aku ambil balik benda alah ni? Eii, malunya!” Kepalanya diketuk
perlahan. Nisa kemudian memandang lama iPhone
di tangannya. Patut ke aku buang sekarang benda ni? Tapi…
Gila
nak buang! Mahal wei… simpan Nisa… simpan. Satu suara menghasut.
Tapi
nanti Luth tau kau dah ambil balik benda yang dia bagi. Mana kau nak letak muka
kau nanti? You drop my water face you
know. Suara lain pula menghasut.
Ala,
kau buat muka kering macam roti sardin sudah, kalau mamat tu ungkit pasal telefon
ni. Lagipun dia dah buang benda ni hari tu. Lupa ke? Maknanya, tak ada istilah
bagi-bagi ni. Suara yang mula-mula tadi kedengaran balik.
Nisa
tak tahu suara yang mana satu patut dia ikut. Ish, dilema wanita betul! Padahal
pasal telefon bimbit aje pun. Nisa ni memang betullah kusut. Benda simple pun jadi payah.
Siapa
cakap simple! Hello, apa benda yang
melibatkan hamba ALLAH yang bernama Luth apa entah lepas tu ada Hadi. Benda tu
bukan benda yang simple. Benda tu la
yang paling complicated dalam dunia
tahu!
Nisa
termangu…
Ah,
simpan sudah. Fikir lama-lama pun buang karan je. Pasal at the end pun
mesti kau simpan jugak kan benda tu Nisa?
Nisa
tersengih. Eh, mestilah simpan. Benda free.
Case closed.
“Jangan
cik adiklah sayang. Rindukan bulan… bulanlah tinggi cik adik. Jauh di awan.
Orang jauh jangan rindu, orang yang dekat dengarkan teman…” Eh, eh… Ahmad Jais tu nyanyi balik la.
Kali
ni Nisa terus angkat panggilan yang menjerit minta diangkat tu.
“Hel…”
“How dare you hang up the phone? Dah lama
hidup? Ingat saya ni tunggul ke apa ha? Ingat saya telefon awak ni bayar guna
daun sirih nenek saya ke bayar bil telefon? Awak ingat saya suka sangat…”
“One more word and you'll end up talking to
the operator.” Nisa terus memintas bebelan Luth.
Luth
terdiam terus.
Tahu
takut Nisa letak telefon tu. Manalah Nisa tak ugut macam tu… hello pun tak sempat nak sebut
disemburnya Nisa macam guna mesingan. Kalau lambat sikit Nisa hentikan bebelan
Luth tadi… mati terkedang Nisa!
Satu
saat… dua saat… tiga saat… krik… krik…
Sepi.
Tak ada langsung suara baik di sebelah Luth mahupun Nisa. Yang ada hanyalah
deruan nafas masing-masing menandakan kedua-duanya masih ada di tempat mereka.
“Tadi
cakap banyak sangat macam tak cukup nafas. Ni diam pulak.” Akhirnya, Nisa yang memulakan bicara dulu.
“Hurmmm.”
“Hurmmm
je? Kuih talam, jemput-jemput, cendol
pulut ke tak nak jamu?”
“Hahaha…”
Suara Luth ketawa kedengaran di corong telefon.
Nisa
tersenyum.
“Adoi, suka ek… buat lawak malam-malam.”
Tawa Luth masih bersisa-sisa. Ada pula tanya macam nak pergi makan kenduri rumah
orang Nisa ni. Sabar jelah.
“Mana
ada lawak. Orang tanya je tadi. By the way? Main point telefon saya kenapa ya?”
“Nak
ingatkan. Lusa dah satu Mei… kontrak tu dah berkuat kuasa lusa. Maknanya awak
kena bersiap sedia.”
Nisa
mencebik. Benda kecik tu pun nak ingatkan aku? Meluat! Menyampah! Aku tak
lupalah… Nisa merengus perlahan. Kuat-kuat nanti Luth dengar pula lepastu tak
pasal dia kena tuduh menderhaka dengan ‘majikan’ barunya itu.
“Nisa?”
“Hello? Nisa…?”
“Awak
ni memang suka mengelamun ke masa cakap telefon? Nisa!” Piching suara Luth dah mula meninggi.
Nisa
tersentak.
“Ya,
ya… saya ada kat sini. Nak makan apa breakfast
nanti?”
“Nasi
lemak. Susu rendah lemak kalori dengan karipap sepuluh ketul. Saya datang pukul 7.30 pagi tepat! That’s all. Bye.” Senafas Luth cakap.
“Hello? Hello? Encik Luth?”
Tuttttttttttttt...
Luth dah letak telefon.
Nisa
mengusap perlahan dadanya. Mamat ni betullah mencabar iman dia yang tak berapa
nak tebal tu. Sabar Nisa… orang sabar ganjaran dia syurga. Tapi masalahnya
dengan mamat ni sabar tak pernah nak ada! Sakit hati tu ada la.
“Nasi
lemak? Kuih karipap? Susu rendah lemak kalori? Well, hello! Aku breakfast pun makan roti kering cicah
kopi’o je. Yang dia demanding sangat apahal? Macam aku ni
buka kedai restoran. Tak ada mak ke budak sekor ni, sampai masak-masak pun aku
nak kena buat. Anak terbiar kut dia ni, yalah kan dia tu kurang kasih sayang.”
Nisa membuat telahan sendiri. Entah tepat entah tak. Wallahualam.
“Tapi
mana sempat nak masak semua tu, bangun pagi pun dah lambat. Bilanya aku nak masak?
Yang sedia ada sekarang ni pun Tehah yang tolong buatkan breakfast. Aku? Memang tak la kan…”
Kacau!
Nisa
dah mula pening kepala memikirkan hari mendatang.
“Ah,
tawakal sudah! Ada nasi lemak tu adalah. Kalau tak ada, aku jamu je dengan biskut kering dah.” Nisa
membuat keputusan.
Ehem-ehem…
jadi ke menu first day yang Luth order tu?
Luth tersenyum
puas. Rasakan apa yang aku rasa. Tadi ikut sedap dia je letak telefon masa aku tak sempat lagi cakap sampai habis. Banyak
kali dah kena. Biar dia pula rasa sakit hatinya bila kita tak cakap habis lagi
orang dah letak telefon. Dah la tu, suka sangat mengelamun masa cakap telefon!
Bazir betul kalau telefon minah seorang ni. Apa taknya… sepuluh minit telefon,
yang cakap betul-betul dengan dia cuma dua minit je. Baki lapan minit penuh dengan jerit panggil nama Nisa nak bagi
dia sedar.
Luth
menggelengkan kepalanya mengingatkan keletah Nisa. Pelik betul. Tengah cakap
telefon pun boleh berangan.
Telefon
bimbitnya dilemparkan ke sebelah. Badannya direbahkan di atas katil. Kedua-dua
tangannya dijadikan sebagai alas kepalanya.
“Macam
mana agaknya rasa masakan Nisa tu? Pandai ke minah ni masak? Entah kuali dengan
sudu pun tak boleh nak bezakan apa?” Luth ketawa kecil.
Melampau
betul kalau sudu dengan kuali tak boleh beza. Kucing pun tahu beza kan dua
benda alah tu. Apalah Luth ni… macamlah Nisa tu teruk sangat. Tapi betul juga,
selama ini yang selalu masak Fatehah. Nisa mana pernah masak dekat rumah sewa
tu. Ada kemungkinan juga apa yang Luth cakap tu betul!
----------------------------
TK: Untunglarrr hidup kalau setiap hari boleh nak order breakfast macam tu kan? realiti bukan fantasi... dalam mimpi je laaa...