26 October 2016
WHY KAU JELITA? Review - Perpustakaan Negeri Perlis.
Exactly what I wrote. In short story of course. hehe
P/s: Orang tanya kenapa tajuk Kau Jelita?? Nisa tu bukanlah cantik mana pun. Tak jelita macam akak mawar fareeda yang mata bulat tu. (serius bini fizo omar lawa). Yalah, kan saya describe dia biasa-biasa saja… jawapannya. Jelita yang saya cuba sampaikan dekat sini = Rupa yang menarik dan menimbulkan rasa suka apabila dipandang. Mak cik jual kerepek pun boleh jadi jelita kalau rupa dia sedap mata kita memandang… gitu ha… Kan ke Luth suka pandang Nisa. Dia rasa Nisa tu menarik dan mata dia macam ada magnet asyik tertarik2 nak pandang Nisa. Ahaks…
1 January 2016
P.A.P.A 7
BAB 7
Tepat pukul 9 pagi Amir dah merempit Sedan milik Qaisy ke Hospital Tuanku Ja'afar. Amir bersiul-siul kecil sambil menapak masuk ke ruang bilik sakit
yang Qaisy ditempatkan bersama-sama pesakit lain. Sambil membetulkan remos
afronya yang mengembang macam belon ditiup angin sempat lagi dia mengeyit mata
pada nurse yang berada di situ.
Qaisy yang ternampak kelaku sahabatnya tu, cuma mampu
membuat riak muka menyampah sahaja. Mata ke atas kaki ke muka! Nak menggeleng
kepala tak boleh. Sempat lagi mamat afro ni mengurat nurse-nurse dekat sini. Dasar buaya tembaga betul kawannya yang
seorang ni.
Tapi yang ajaibnya tu, boleh pulak nurse-nurse yang Amir layangkan flying
kiss tu tersipu-sipu malu. Pelik betul Qaisy dengan Amir ni. Ilmu apalah
yang dia pakai sampaikan semua perempuan boleh sangkut dekat dia ni. Nak kata
ada rupa… Ramasamy pak guard dekat taman Seremban 3 tu jauh
lebih menawan. Duit? Bab ni tak payah cakap la… Qaisy dah macam banker bergerak dia.
Betullah orang cakap, biar muka pecah rumah janji ayat mau manis tahap kilang gula! Bukti dah
terhidang depan matanya. Agaknya sebabkan personaliti si Amir yang gila-gila
dan pandai berjenaka itu yang menjadi bonus buat dirinya.
Qaisy tersenyum.
“Assalamualaikum, ya ahli kuburrrrr.” Amir mengangkat
tangannya kepada Qaisy.
Qaisy menjuihkan bibirnya ke katil sebelah kanannya yang
masih kosong itu. “Kau nak isi katil kosong sebelah aku ni ke bagi salam macam
tu?”
“Ala, rileks brother.
Gurau senda pagi-pagi jumaat. Kalau aku duduk tepi kau ni, habis siapa yang
datang melawat kau bawak makanan. Takde
kan? Ha, aku jugak.”
Bibir Qaisy mencebik. “Waalaikumsalam.” Salam Amir tadi
dijawabnya walaupun berbulu jugak hati ni. Malas nak melayan bicara Amir yang
suka sangat merepek meraban tu.
“Ni aku ada bawakkan buah epal untuk kau.” Satu plastik
yang berisi buah epal diangkat tinggi, ditunjukkan pada Qaisy.
“Buah epal je?
Nasi ke bubur ke takde?” soal Qaisy.
“Eh, kau kan sakit. Kenalah makan buah-buahan
banyak-banyak, baru cepat sembuh. Nasi dengan bubur tu kan hospital dah
sediakan. Aku bawaklah benda yang aku rasa sedap.” Amir as usual, penuh dengan seribu satu alasan tak munasabahnya itu.
“Banyaklah alasan kau. Potong la buah tu cepat.”
“La, nak kena potongkan ke? Kau ambik makan sebijik terus
macam selalu tak boleh ke? tangan kau sebelah aje yang bersimen, sebelah lagi ok kan.” soal Amir sambil menghulurkan sebiji buah epal
merah kepada Qaisy dengan muka ala-ala tak bersalah ditayangkan.
Qaisy menjegil matanya kepada Amir. “Potonglah! Aku sakit
ni, macam mana nak gigit. Ada jugak manusia yang aku gigit dekat sini kang.”
“Angin je kau ni
sejak-sejak masuk hospital, ya. Nak bergurau manja sikit pun tak boleh. Yalah-yalah aku potong.” Malas-malas Amir
bangun dari duduknya dan menuju ke bilik air yang disediakan untuk membasuh
buah epal yang dibawa tadi. Sekembalinya dari bilik air, dia mencapai pisau
yang dibawa bersama tadi, lalu dengan gaya gangsternya sebagai anak teruna dia
memotong buah epal tadi. Sekeping dihulurkan kepada Qaisy, empat keping masuk
mulutnya. Sekeping diberikan pada Qaisy, lima keping masuk mulutnya.
“Beli mana buah epal ni?” tanya Qaisy.
“Tak ah, mana ada beli. Aku ambil dalam peti sejuk dekat
rumah kita je.”
Qaisy memandang Amir yang sedang menyuap buah epal yang
dipotongnya tadi ke dalam mulut dengan hujung ekor matanya.
“Dah agak dah.” Gumamnya perlahan. Kenapalah aku nak tanya
soalan tu dekat dia? Padahal aku dah tahu jawapannya siang-siang lagi. Bebelnya
sendiri.
Qaisy tersenyum pendek dengan telatah kawannya yang sorang ni.
Qaisy tersenyum pendek dengan telatah kawannya yang sorang ni.
Dengan mulut yang masih penuh dengan buah epal, Amir mula
bercakap meluahkan rasa hairan yang bersarang dalam mindanya sejak semalam.
“Aku peliklah, macam mana kau boleh terbabas ke longkang tu semalam? Aku rasa
jalan dekat depan flat Rasah tu sikit punya lebar. Dua lane kut… kau tengok jalan guna mata ke guna hidung mancung kau tu?”
Muka Qaisy cool
sahaja. Dah tahu dah soalan tu yang akan menjelma keluar dari mulut sahabatnya
itu. Tangan kanannya menggamit pada Amir meminta buah epal lagi. Amir memberi
sepotong kepadanya.
“Tak ada yang peliknya. Dah nak accident. Accident je la.”
Buah tadi dimasukkan ke dalam mulutnya.
“Eleh, mengaku jelah yang kau seronok sebenarnya kan motor
kau masuk bengkel. Bolehlah kau rempit sedan aku selalu kan?” sambungnya lagi.
“Kau tak baik buruk sangka dengan aku. Walaupun tu
hakikatnya, tapi motor kapcai tu je lah
harta aku dunia akhirat. Ni dah motor aku masuk bengkel mesti kau nak guna
sedan kau balik kan? Aku bukan kaya macam kau, sedan masuk hospital ada lagi stand by dekat rumah audi dengan bmw.
Tunggu pilih je. Aku apa ada? Kaki
ada la.” Amir bernada lirih. Tiba-tiba rasa kecik hati pulak bila Qaisy cakap
macam tu. Ini bukan drama tapi kenyataan. Memanglah Qaisy punca motornya
tersadai di bengkel tapi dia pun guna jugak motor tu kadang-kadang.
Serba salah pula Qaisy bila Amir cakap macam tu. “Ala, sorry la. Don't worry be happy aku bayar kos baik pulih motor kau tu. Jangan risau. Kau guna je sedan aku tu. Pasal aku tak payah
risau. Pandai-pandai la aku cari.”
Terherot-herot mulut Amir mengutuk Qaisy. Ala, setakat
kutuk-kutuk sayang. Tak maksudkan apa-apa pun. Qaisy tersenyum sahaja melihat
telatah Amir, sahabat dunia akhiratnya yang seorang ni. Bagi Qaisy susah nak
cari kawan sejati dan dia beruntung ada sahabat seperti Amir walaupun
kadang-kadang kesengalan si Amir ni memang mencabar iman di dada yang memang
dah sedia menipis.
“Amir.”
“Hurmm.” Dengan mulutnya yang masih penuh dengan buah epal
dia menyahut panggilan Qaisy. Tapi pandangan matanya tak pula di halakan ke
Qaisy.
“Aku rasa aku dah jumpa la Mrs. Right aku.”
Terhenti kunyahan Amir. Secara drastik dia berdiri sambil
menunding ke arah Qaisy yang terbaring.
“Aku dah agak dah! Ni mesti sebab perempuan, kan? Yang kau
sampai boleh terjun masuk dalam longkang tu dengan motor aku.” Dia ketawa
sebelum kembali duduk semula di kerusinya.
“Itulah kau, usya anak dara orang pun agak-agaklah. Ni
sampai accident, kena tahan dekat
wad, sipi-sipi lagi nak makan nasi guna straw.” Sambungnya lagi.
Qaisy mencebik. “Aku usha bukan sembarangan perempuan ok.”
Amir ketawa besar tapi tak lama bila nurse yang dia kenyit mata tadi datang menegurnya supaya
memperlahankan suaranya. Takut menggangu
pesakit lain yang sedang berehat. Dalam kena tegur tu sempat lagi Amir mengayat
nurse tu dengan memberikan buah epal
yang dia ukir bentuk love. Entah bila
dia ukir love tu pun Qaisy tak pasti.
Amir melambai-lambai ke arah nurse comel tadi. Oh, kenyitan mata haruslah tak dilupakan. Kata
buaya tembaga.
Dia kembali memandang Qaisy, sepotong buah epal disuap ke
dalam mulut dan dengan mulut yang penuh Amir menyoal. “Siapa? Jenab?”
Jenab tu orang gaji di rumah Qaisy. Muda belia lagi baru 19
tahun tapi dah malas nak sekolah itu yang ikut mak dia yang sememangnya bekerja
sebagai orang gaji di rumah Qaisy.
“Bukan. Jenab aku reserved
untuk kau. Orang lain.”
Amir buat muka tak puas hati. Setakat Jenab tu baik dia
mengurat partner research dia
sekarang. Cun pun cun, cuma otak je yang
kureng sikit. Tapi bak kata Amir,
yang tu boleh adjust.
“Aku kenal tak?”
Laju Qaisy nak menggeleng kepalanya, tapi…
“Adoi…” lehernya dipegang. Susah betul kalau dah jadi
tabiat suka menggeleng dengan mengangguk ni. Kalau hari-hari macam ni mau patah
riuk lagi teruk leher aku ni. Nak kena ubah tabiat ni. Desis hati Qaisy.
“Nama apa?”
Dalam duk mengaduh sakit tu sempat lagi dia tarik sengih
lebar. Riak bahagia terlayar di wajahnya.
“Qaiyisha.”
Maka bermulalah hikayat mat jenin atau cerita dongeng
rakyat jelata yang bertajuk bidadari turun dari langit Qaisy kepada Amir.
Daripada A sampai Z diceritakan kepada Qaisy. Tentang pertemuan mereka yang
pertama kali di kedai dobi sehinggalah saat dia tertenung Qaiyisha di jalan
sampai dia boleh terbabas ke dalam longkang dan terbaring di atas katil sakit
ni. Oh, dan tak lupa jugak tentang lamaran gila yang dibuat selepas sedar
daripada pengsan kepada Qaiyisha.
“Kalau kali pertama jumpa memang la kebetulan. Tapi kalau
kali kedua pun jumpa lagi. Bukan jodoh ke tu? Jodohlah kan?” soal Qaisy pada
Amir usai habis bercerita.
Membulat mata Amir mendengar ayat kawannya yang seorang ni.
“Itu bukan jodoh. Itu bodoh namanya.”
Nah, bahasa si Amir ni memang tak bertapis.
“Memang patut minah tu reject
kau. Kau beragaklah kut ya pun suka dekat perempuan. Cuba letak diri kau dekat
tempat awek tu. Apa nama dia? Qisya? Qusya? Ah, whatever Sya it is. Kau
tak rasa pelik ke tiba-tiba ada mamat yang tak berapa hensem dan baru sedar
daripada pengsan akibat accident terus
melamar kau. Kau tak rasa ke mamat tu otak dia ada terhantuk dekat mana-mana?”
Qaisy memandang lama Amir macam nak makan. “Part tak hensem tu aku simpan dulu dalam
memori otak aku. Nanti lepas aku dah sihat, kita settle dekat luar.”
Amir tarik sengih, “Eh, kau dengar ya aku cakap tak
hensem?”
“Yang sakit tu badan aku, pendengaran aku sihat walafiat
lagi. Tapi apa yang nak peliknya? Aku suka dia, aku rasa aku dah jatuh cinta
dengan dia.”
“Itu kau. Bukan dia! Habis kalau kau dah suka, kau lamar
dia lepas tu dia kena terus terima la? Macam tu?” soal Amir serius.
“Ha, macam tu la sepatutnya kan? Kitaorang kahwin pastu
habis cerita.” Tak kurang serius jugak jawapan Qaisy.
Amir dah memegang kepalanya dengan kedua-dua belah
tangannya. Stress! Inilah padahnya
jadi anak orang kaya yang terlebih manja, semua benda yang dia nak wajib dapat.
Tak pernah tak dapat. Inilah akibatnya. Tak pernah nak fikirkan situasi orang
lain. Yang dia tahu apa yang dia idam, terhidang depan mata. Amir mengeluh
perlahan.
“Segila-gila aku pun Qaisy, aku tak pernah lagi terfikir
nak main aci redah lamar anak dara orang sesuka hati aku. Kalau ikutkan
perasaan suka kita yang lelaki ni. Agakya dah 80 kali aku kahwin. Yalah, bak
kata kau. Jumpa, rasa suka, terus kahwin. Kan? Tu nurse tadi rasanya boleh dah jadi bini aku yang ke 81.”
“Itu kalau suka main-main. Ini aku suka yang betul-betul.
Lagipun dalam islam pun tak galakkan bercinta sebelum kahwin. Bercinta lepas
kahwin kan yang sebetulnya.” Qaisy menegakkan pendiriannya.
Amir mencebik.
“Amboi, bab kahwin pandai pulak kau sebut islam galakkan
semua. Apasal tak keluarkan hadis sekali? Yang bab-bab aku ajak solat berjemaah
dekat masjid tak pulak kau nak cakap islam galakkan ya.” Nah, sindir makan
dalam namanya ayat Amir ni.
"Kau ajarlah aku cara nak pikat perempuan macam mana, Amir. Kau kan pro bab-bab ni." Qaisy terus ubah tajuk. Kan lagi deep Amir sindir dia.
Muka bangga terus bermaharajalela pada Amir. Riak habis. "Aku bukan tak nak ajar kau. Tapi ilmu memikat aku yang ayah aku perturunkan dekat aku ni, lapan purnama pun tak habis belajar."
Amboi, kemain lapan purnama!
"Tolong member bro. Tak luak pun skill mengorat kau tu."
Amir terus menyilang kaki lagak gaya bos besar.
"Macam ni la, sebabkan kau tak pernah berkira dengan aku... aku pun tak nak la berkira dengan kau. Aku sum up ilmu mengorat lapan purnama tu dalam lapan saat, lapan ayat." Lapan jarinya terpacak ke atas.
Dalam keadaan tengkuk berbalut tu pun Qaisy seolah-olah tak sedar diri, bundar matanya memandang Amir. Penuh mengharap.
"Ayat mesti mau power, mulut biar manis bergula." Keningnya terangkat-angkat.
Qaisy hanya mampu memandang ke arah lain. Mulut manis? Gumamnya perlahan. Matanya kembali memandang Amir. Ragu-ragu.
"Iya ke kau ni?"
"Hak alah, dah aku syer kau tak nak percaya."
"Bukan tak percaya tapi was-was."
"Orang perempuan ni senang je nak pancing diorang. Hati diorang kena jaga selalu, sebab tu kau kena alert dengan setiap perubahan yang ada dekat diorang. Contoh, dia baru lepas buat rambut ke beli baju baru ke... kau kena puji dia macam ni..." Amir berdehem, bersedia untuk mengecilkan suaranya.
"Sayanggg..." Suara halus terkepitnya dah keluar.
"Ingat, sayang tu biar meleret sikit bunyi dia." Dia menambah lagi.
"You nampak gorgeous sangat buat rambut macam ni. Rambut cutting bob ni memang nampak sesuai dengan you. Dah nak iras Nak-nak pulak you pakai dress ni. Wowww! macam miss universe!"
Qaisy ketawa kecil melihat melihat gaya Amir. Tak boleh blah betul mamat seorang ni.
"Kau puji biar nampak seikhlas mungkin dan penuh rasa teruja. Biar nampak kau macam taksub pun lagi okay. Sebabnya kalau kau puji sambil lewa nanti dia ingat kau ni puji hangat-hangat tahi ayam, lepas tu mula la nak sensitif bagai cakap kau tak caring. Orang perempuan ni nak puji pun kena ada skill jugak. Silap puji diorang cakap kau sindir diorang. Faham?"
Qaisy mengerdipkan matanya beberapa kali. Nak angguk kepala tak boleh.
"Kalau tak ada perubahan pun kau ada-adakan je la. Puji je la apa-apa yang patut. Kau kalau muka hensem macam Shah Rukh Khan sekalipun tapi mulut hansuang tak pandai nak puji, nak ambil hati dia pun tak guna jugak. Buang karan je. Itu simple je tu aku tunjuk contoh dekat kau. Yang lain-lain tu pandai-pandai kau la karang ayat. Lemak la kalau semua aku nak suap."
"Iya ke kau ni?"
"Hak alah, dah aku syer kau tak nak percaya."
"Bukan tak percaya tapi was-was."
"Orang perempuan ni senang je nak pancing diorang. Hati diorang kena jaga selalu, sebab tu kau kena alert dengan setiap perubahan yang ada dekat diorang. Contoh, dia baru lepas buat rambut ke beli baju baru ke... kau kena puji dia macam ni..." Amir berdehem, bersedia untuk mengecilkan suaranya.
"Sayanggg..." Suara halus terkepitnya dah keluar.
"Ingat, sayang tu biar meleret sikit bunyi dia." Dia menambah lagi.
"You nampak gorgeous sangat buat rambut macam ni. Rambut cutting bob ni memang nampak sesuai dengan you. Dah nak iras Nak-nak pulak you pakai dress ni. Wowww! macam miss universe!"
Qaisy ketawa kecil melihat melihat gaya Amir. Tak boleh blah betul mamat seorang ni.
"Kau puji biar nampak seikhlas mungkin dan penuh rasa teruja. Biar nampak kau macam taksub pun lagi okay. Sebabnya kalau kau puji sambil lewa nanti dia ingat kau ni puji hangat-hangat tahi ayam, lepas tu mula la nak sensitif bagai cakap kau tak caring. Orang perempuan ni nak puji pun kena ada skill jugak. Silap puji diorang cakap kau sindir diorang. Faham?"
Qaisy mengerdipkan matanya beberapa kali. Nak angguk kepala tak boleh.
"Kalau tak ada perubahan pun kau ada-adakan je la. Puji je la apa-apa yang patut. Kau kalau muka hensem macam Shah Rukh Khan sekalipun tapi mulut hansuang tak pandai nak puji, nak ambil hati dia pun tak guna jugak. Buang karan je. Itu simple je tu aku tunjuk contoh dekat kau. Yang lain-lain tu pandai-pandai kau la karang ayat. Lemak la kalau semua aku nak suap."
Sebelum Amir meminta diri untuk pulang tadi sempat lagi dia
berpesan pada Qaisy. “Wei, kau duduk hospital ni lama-lama sikit tau. Boleh aku
datang selalu dekat sini usya nurse-nurse
lawa kat sini. Mana tahu sangkut sorang, boleh buat bini ke 82.” Sebelum Amir
meminta diri untuk pulang tadi sempat lagi dia berpesan pada Qaisy. Walaupun sarkastik
saja nadanya, tapi yang sebetulnya dia serius!
Tak ke Qaisy rasa nak humban je katil sakit dekat sebelahnya tu ke kepala Amir. Biar urat otak
dia yang berselirat tu berhubung balik. Orang mendoakan kawan biar sihat, dia?
Heh, sabar jelah.
Qaiyisha memberontak dalam diam. Dirinya berang dengan tindakan ibunya yang jelas sekali membela Khair walaupun sudah terpampang yang lelaki itu sememangnya bersalah!
“Ibu, yang ibu nak bela sangat biawak hidup ni kenapa? Dia nak duit, dia sendiri la cari. Bukannya dia budak kecik yang kita kena suap makan, dia dah besar panjang. Pandai-pandai la dia cari duit nak hidup!” suaranya melengking naik sedikit. Bukan niatnya mahu menengking ibunya tetapi rasa geram di hatinya seperti tak mampu ditahan lagi.
Dalam diam Puan Hasna memang mengakui kata-kata anaknya itu. Tapi dia tak mahu memanjangkan cerita. Biarlah dia beri sahaja apa yang Khair pinta darinya daripada dia melihat sendiri batang tubuh Qaiyisha menjadi tempat melepaskan geram oleh Khair nanti jiwanya juga yang merana. Duit boleh dicari… tapi anak? Tak ada galang ganti. Cukuplah dulu sekali dia nyaris-nyaris kehilangan anaknya itu.
“Biarlah, tak banyak pun. Sikit je tu ibu bagi.”
Makin berapi anak mata Qaiyisha mendengar kata-kata ibunya. “Sikit ibu cakap? Sikit? RM 300 tu sikit? Ibu tahu tak duit tu kita nak bayar pada Auntie Sandy. Kalau dia datang lagi kali kita nak jawab apa?”
“Yang kau nak kecoh sangat apahal? Dah ibu nak bagi. Biarlah. Kau tak puas hati kenapa? Suka sangat nak makan pelempang aku? Suka hati la dia nak bagi duit dekat aku. Kau ingat kau sorang anak dia?” Khair menyoal sinis. Tangannya sibuk mengira duit ditangannya yang baru sahaja Puan Hasna hulurkan tadi.
“Thanks ibu. Ni yang Khair sayang sangat dekat ibu. Khair keluar dulu.” Khair tersengih menampakkan baris giginya yang tersusun rapi itu.
Puan Hasna tersenyum pendek tiada rasa. Matanya menghantar keluar kelibat Khair sehingga anak lelakinya itu hilang di sebalik pintu. Kini matanya diarah semula pada Qaiyisha.
“Ibu tak suka tengok Isha bertegang urat dengan Khair. Isha tahukan apa yang dia akan buat lepas tu?”
“Biarlah! Habis selamanya nak bagi muka dekat dia? Biar lemak menitik, tak tahu nak berdikari langsung, macam tu?”
Keluhan kecil lahir dari bibir Puan Hasna. Dia merapati anak gadisnya yang ditatang penuh kasih sayang itu. Rasa bersalah menyerap ke dalam tubuhnya sebaik sahaja matanya tertancap pada pipi Qaiyisha yang sedikit merah dan bibir gadis itu yang pecah sedikit. Tangannya mengusap lembut pipi Qaiyisha.
“Ibu lebih rela dia jadi macam tu dari Isha yang jadi mangsa.”
Bibirnya diketap kuat. Qaiyisha memarahi dirinya sendiri. Kenapa dia lemah sangat? Kenapa dia biarkan sahaja dirinya diperlaku sebegitu? Sedangkan dia boleh melawan, sekalipun kudrat dia tak terlawan dengan Khair tapi sekurang-kurangnya dia ada usaha nak mempertahankan dirinya.
Qaiyisha menolak lembut tangan ibunya, lantas beg tangannya dicapai. Dia terus keluar dari rumahnya. Tak betah lagi melihat wajah sayu ibunya. Langkah kakinya terus dihayun tanpa arah tuju.
Ibu suatu hari nanti Isha akan bawak ibu pergi jauh dari sini. Jauh dari semua orang. Hanya ada kita berdua sahaja. Hatinya cuba memujuk dirinya.
Qaiyisha memandang ke hadapan, jalan yang lengang itu cuma dilalui kadang-kadang sahaja oleh beberapa buah kereta dan motor. Beg tangannya diletak ke tepi dan tanpa sengaja bungkusan bubur nasi yang dia beli untuk ibunya tadi menarik perhatiannya. Dia terlupa hendak menghidangkan bubur itu tadi kerana belum sempat dia hendak menghidangkan bubur itu ke dalam mangkuk Khair muncul dan mencari pasal. Bungkusan bubur itu dicapainya lalu dia bergerak ke arah tong sampah, Qaiyisha dah malas hendak balik ke rumah, hatinya masih sakit lagi dengan tingkah abangnya itu. Tapi ketika dia hendak membuang bubur itu tangannya tertagak-tagak. Mindanya lantas teringatkan kepada seseorang.
Daripada dia membuang sahaja bubur itu yang mana sangatlah membazir, lebih baik dia beri pada orang lain yang lagi memerlukannya. Lantas tangannya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapannya tika itu.
Setengah jam kemudian, sedar-sedar sahaja dirinya sudah terpacak di hadapan Hospital Tuanku Ja’afar. Dia menapak ke arah wad yang menempatkan si dia.
“Assalamualaikum.”
Lelaki itu mengangkat pandangannya. Berubah terus riak wajahnya., Buah epal yang dipegangnya terjatuh terus.
“Err, waalaikumsalam.” lambat-lambat dia membalas. Tak percaya dengan bayangan yang sedang berdiri di hadapannya.
“Err, waalaikumsalam.” lambat-lambat dia membalas. Tak percaya dengan bayangan yang sedang berdiri di hadapannya.
Qaiyisha tersenyum pendek.
“Macam mana? Rasa sihat sikit tak hari ni?” punggungnya dilabuhkan di kerusi yang terletak bersebelahan katil Qaisy.
“Macam mana? Rasa sihat sikit tak hari ni?” punggungnya dilabuhkan di kerusi yang terletak bersebelahan katil Qaisy.
Sengihan si jejaka makin melebar, tak serupa orang sakit langsung. “Sihat, Alhamdulillah makin sihat. Awak macam mana? Sihat tak?”
Qaiyisha ketawa kecil mendengar soalan Qaisy. Dia semestinya sihat cuma yang sihat itu hanya luarannya sahaja. Dalamannya, hatinya itu sedang nazak sekarang!
“Saya mestilah sihat, bukan saya yang accident masuk longkang sebab usya anak dara orang.”
Tersipu-sipu Qaisy dek kata-kata Qaiyisha.
"Anak dara bukan sebarangan yang saya pandang. Ini dah serupa bidadari kayangan turun dari langit. Kalaupun tak nak pandang mata mesti nak TERpandang jugak. Macam ada magnet yang menarik-narik suruh tengok. Itu yang boleh terbabas ke longkang dalam tiga kaki."
Mulut manis. Kalau dah lelaki tu memang semua sama sahaja. Desis Qaiyisha sinis.
"Anak dara bukan sebarangan yang saya pandang. Ini dah serupa bidadari kayangan turun dari langit. Kalaupun tak nak pandang mata mesti nak TERpandang jugak. Macam ada magnet yang menarik-narik suruh tengok. Itu yang boleh terbabas ke longkang dalam tiga kaki."
Mulut manis. Kalau dah lelaki tu memang semua sama sahaja. Desis Qaiyisha sinis.
“Saya bawakkan awak bubur. Nanti saya hidangkan, awak makan la ya.” Qaiyisha lantas bangun sengaja mengubah topik perbualan mereka bilamana Qaisy dah mula melalut jauh. Dia mencapai mangkuk di meja kecil bersebelahan dengan katil Qaisy.
Qaisy berdehem perlahan, matanya tak lepas memandang riak wajah Qaiyisha. Penat otak dia mengarang ayat manis nak tarik perhatian Qaiyisha tapi gadis itu biasa sahaja, tak ada pun reaksi tersipu-sipu macam gadis-gadis lain yang Amir ayat.
Aduh, salah ayat ke ni? Asal Amir guna menjadi je? Kenapa bila aku guna terus jadi hampeh ni? Qaisy menggigit hujung bibirnya. Rasa malu sekejap bila Qaiyisha buat dunno saja masa dia tengah mengayat gadis itu. Memang terang lagi bersuluh skill mengorat dia tak setanding Amir Afro!
Qaisy berdehem perlahan, matanya tak lepas memandang riak wajah Qaiyisha. Penat otak dia mengarang ayat manis nak tarik perhatian Qaiyisha tapi gadis itu biasa sahaja, tak ada pun reaksi tersipu-sipu macam gadis-gadis lain yang Amir ayat.
Aduh, salah ayat ke ni? Asal Amir guna menjadi je? Kenapa bila aku guna terus jadi hampeh ni? Qaisy menggigit hujung bibirnya. Rasa malu sekejap bila Qaiyisha buat dunno saja masa dia tengah mengayat gadis itu. Memang terang lagi bersuluh skill mengorat dia tak setanding Amir Afro!
Dia memerhatikan sahaja lenggok gadis itu yang sedang menuang bubur ke dalam mangkuk. Dalam diam dia memuji Qaiyisha yang tampak manis walaupun hanya berblouse putih dan dipadankan dengan jeans biru.
“Sedap?” soal Qaiyisha tika melihat Qaisy Nampak berselera memakan bubur itu.
“Sedap gila. Ni bubur paling sedap saya pernah makan sepanjang saya hidup!” melebih-lebih betul pujiannya.
“Eh, mana boleh lawan bubur yang emak awak masakkan? Nak-nak pulak mak awak orang utara. Mesti pandai masak. Saya dengar orang dekat sana memang pandai masak.”
Tersedak terus Qaisy. Bukanlah dia nak mengutuk mummynya sendiri. Walaupun hakikat yang ibunya itu memang orang dari utara semenanjung Malaysia. Tapi bakat memasak tu macam tak pernah ada dalam diri mummynya itu.
“Sedap jugak. Tapi bubur yang awak ni pun sedap sangat. Apa yang awak bawak untuk saya semua saya rasa sedap.”
“Iya? Kalau macam tu makanlah sampai habis. Saya singgah sekejap je dekat sini sebab nak hantarkan bubur ni pada awak. Saya balik dulu ya.”
Cepat-cepat Qaisy menegah Qaiyisha daripada pergi. “Eh, nantilah dulu. Sekurang-kurangnya tunggulah saya habis makan barulah awak balik. Bosanlah makan sorang-sorang.”
Qaiyisha serba salah hendak mengabulkan permintaan Qaisy tapi pada masa yang dia sendiri tak betah duduk dengan lelaki dihadapannya ini. Namun akhirnya Qaiyisha kalah dengan perasaannya sendiri. Dia duduk semula dikerusinya.
Melihat sahaja senyuman yang terukir dibibir Qaisy, Qaiyisha rasakan tak salah kalau dia temankan lelaki ini. Lagipun bukannya dia hal penting hari ni. Tiada kelas untuk dihadiri dan kebetulan dia tak perlu ke tempat kerjanya hari ini.
Entah kenapa hatinya seperti disapa suatu rasa tenang ketika melihat lelaki itu memakan bubur yang dibawanya itu. Lelaki itu kelihatan bahagia, seolah-olah langsung tiada masalah.
Dirinya merenung lagi lelaki itu. Qaiyisha tahu dia bencikan lelaki. Padanya Khair dengan semua lelaki sama sahaja. Tetapi dia perlukan seseorang untuk berteman. Bukanlah teman istimewa tapi sekurang-kurangnya teman untuk berbual. Dan lelaki dihadapannya kini yang menyatakan rasa suka pada dirinya walaupun kali pertama bertemu buat Qaiyisha terfikir apa salahnya dia gunakan kesempatan ini.
Bukanlah dia hendak memberi harapan kepada lelaki itu, tetapi tak salah bukan kalau dia cuma hendak berteman?
Bukanlah dia hendak memberi harapan kepada lelaki itu, tetapi tak salah bukan kalau dia cuma hendak berteman?
-------------------
TK: Eh, ada watak baru? hehe. Yalah kalau semedang Qaisy dengan Qaiyisha ja kan ke tak variasi cerita. ;) Btw, sengal sungguh la Amir ni. Tapi tu la dalam banyak2 member kita mesti ada kan terselit sorang yang perangai dia nauzubillah! rasa nak benam kepala dia ke dalam kolah air 3 saat! sebab geram. Tapi kalau tak ada mesti rindu dekat dia. Haha.
Oh ya.. Selamat menyambut tahun baru. ;) Moga tahun baru hampa lebih bermakna dari sebelumnya. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)