25 May 2012

PERTANDINGAN AL-KISAH GGNF KAKI NOVEL

Ehem3... nak mintak tolong readers kat sini boleh? *buat muka suci lagi innocent. 

Hari tu ada join contest anjuran Geng Giler Novel Fan. :) Nak cuba nasib... untung sabut timbul untung saya dapat berenang kuak lentang... >.<

Ok, so... dipendekkan cerita. 

Nak mintak tolong LIKE zana punya cerpen pendek tu...

cari ENTRY NO 12
nama TTL ZANA
tekan LIKE

Boleh kan?? Terima Kasih... :)


GGNF bagi masa selama 4 hari untuk sesi like-mengelike nie. Kalau luang sekejap ja masa korang untuk like pun dah bersyukur sangat2... tolong ya. Jangan lupa ENTRY 12 - TTL ZANA

Ada 41 penyertaan... banyak kan? tak taulah ada peluang untuk menang ke tak... :)


7 May 2012

Latest News

Ingat lagi e-novel pertama yang saya nak buat tu? Tajuk Cupid Love! yang mana tiba-tiba saya baru tahu dah ada novel yang diterbitkan dengan tajuk yang sama oleh Kaki Novel. Saya dah cerita dekat entry frust...

cover hari tu punya dan tajuk lama...


cover baru dan tajuk baru...

  • Jalan ceritanya insyaALLAH tak berubah sangat... :)

  • Tiba2 rasa cover baru nampak matang dari cover lama... haha

  • Akan cuba pastikan cerita nie menarik! 

  • Tapi ya lah kan... baru percubaan pertama mestilah banyak buat salah... huhu


Psst! Nak komen apa pun boleh, pasal cover ke, tajuk ke, anything. Just spill it out... silakan. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. :)


5 May 2012

Cerpen : Bila Cupcakes Bercinta Dengan Gitar (ii)


Keesokkan harinya setelah direject Afiqah.

“Oh, mama, saya mahu kahwin! Kahwin dengan siapa? Dengan tauke cupcakes… Oh mama, saya mahu kahwin dengan tauke cupcakes, muka cantik, mata kuyu…”

“Hahahahaha!” Mira dah gelak berguling atas lantai kedai. Nasib baik tak ada pelanggan dalam kedai masa tu.

Afiqah muka masam. Tau sangat Piejot tujukan lagu tu untuk dia. Pehlislah!

“Adoi… kesian benar aku tengok Piejot tu. Kau kahwin je la dengan dia Fiqa. Dah angau teruk sangat aku tengok mamat tu.”

“Oh mama saya mahu kahwin. Kahwin dengan siapa? Dengan tauke cupcakes! Oh mama, saya mahu kahwin! Dengan tauke cupcakes yang bernama afiqah sangat molek…”

Tak habis lagi rupanya… tak boleh jadi nie. Afiqah meluru keluar dari kedainya.

“Oooh mama tolonglah… papa tolonglah… saya mahu kahwin dengan tauke cupcakes!” Piejot masih menyanyi dengan penuh perasaan walaupun dia nampak Afiqah menuju ke arahnya. Memang itu yang dia nak.

“Awak… tolonglah berhenti menyanyi. Tolonglah!”

“Boleh…tapi dengan syarat awak kena terima saya jadi kekasih.” Piejot serius.

“Terima apa nya? Jangan nak merepek boleh tak.” Afiqah menyilang tangannya kedada.

“Ok. Kalau awak cakap terima saya dalam sebagai kekasih awak benda merepek. Marry me.

Mata Afiqah terbeliak… besar punya. Mamat nie baru proposed aku ke? Afiqah wake up!

“Saya tak pernah bercinta dengan awak nak kahwin macam mana? Boleh tak awak jangan menyanyi depan kedai saya lagi. Cari kedai lain.”

“Kalau saya nak dah lama saya cari kedai lain masalahnya hati saya nak dekat kedai nie ja atau lebih specific hati nie nak kan tuan kedai nie ja...” Piejot akhirnya berhenti menyanyi. Gitar ditangan diturunkan dan dipegang sambil merenung muka bengang Afiqah tu.

Afiqah memicit kuat dahinya. Migrain tiba-tiba. Apasal mamat nie kepala batu sangat! Degil macam lemak tepu… adoi, macam manalah aku nak bagi dia nie faham.

“Awak…” Afiqah memejam mata. Perkataan ‘awak’ tu ditekan kuat suaranya. Menunjukkan yang dia betul-betul serius.

“Pernah dengar istilah sekufu?” dia memandang tajam wajah Piejot. Piejot pun tak beralah. Anak matanya dari tadi tak berganjak dari merenung mata Afiqah.

“Sekufu? Pernah… maksud dia setaraf. Ada apa masalah dengan istilah sekufu tu?” Lelaki tu menyoal perlahan walaupun dia hampir-hampir dapat memahami apa yang bakal Afiqah sampaikan.

“Sekalipun saya terdesak nak kahwin. Saya tak akan rembat kutu rayau macam awak nie jadi suami saya. Tak akan! Tolonglah sedar diri sikit. Kalau kat rumah awak tu tak ada cermin biar saya bagi awak pinjam cermin saya. Cermin diri tu dulu sebelum ada hati nak mengorat anak dara orang.”

Piejot hanya mendiamkan diri dihina Afiqah. Pedih! Tu ja yang boleh gambarkan rasa hatinya. Tapi riak mukanya dikawal sebaik mungkin. Senyuman kecil dilemparkan kepada Afiqah.

So, masalah sekarang awak tak nak terima saya sebab saya nie miskin, kutu rayau, tak ada duit, tak kaya. Macam tu?” Piejot menyoal Afiqah.

“Ya! Dan ya! Saya suka lelaki kaya. Dah faham sekarang?” Mata Afiqah memandang tepat ke dalam mata Piejot.

Tetapi Piejot langsung tak marah. Dia cuma tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan.

“Tolong jangan kacau saya lagi. Tolong jangan muncul depan kedai saya lagi.” Afiqah terus berpaling dari lelaki tu sebaik saja dia menghalau Piejot.

“Kalau saya sebenarnya kaya, bukan kutu rayau, ada duit. Awak sudi terima saya?”

Tapi tiba-tiba Piejot bersuara. Langkah kakinya terhenti. Afiqah masih membelakang Piejot.

“Bila awak dah kaya, baru datang cari saya.” Afiqah bersuara dalam keadaan membelakangkan Peijot. Langkah kaki diatur memasuki kedainya semula.

“Baik. The deal is on! Bila saya dah kaya saya akan cari awak dan masa tu awak kena kahwin dengan saya.” Piejot dah bertukar menjadi serius. Dia betul-betul nak memperisterikan Afiqah.

Langkah Afiqah terhenti lagi. Afiqah tersenyum, dia memandang semula ke arah Piejot.

“Mampu ke awak bertukar jadi kaya sekelip mata?” Sinis soalan Afiqah.

We’ll see…”

“Kalau tak mampu tunaikan janji. Jangan berjanji, jangan jadi munafik.” Nada suara Afiqah masih dalam satu nada. Sinis!

“Ok. Kita tengok siapa yang nak jadi munafik nanti.” Piejot pula tersenyum penuh sinis.

Wah, lawan sinis menyinis pulak diorang berdua nie.

Afiqah terus mengatur langkah memasuki kedainya semula.

Kedai kek Afiqah dipandangnya. Sebab miskin dia kena reject. “Bila awak dah kaya, baru datang cari saya.” Kata-kata Afiqah bermain-main di fikirannya.

“Kenapa perlu hipokrit  Fiqa… saya tau awak bukan perempuan jenis mata duitan. Tak apa kalau itu yang awak nak kan… awak… saya pergi cari Along sekarang jugak…” Piejot bercakap sendirian sebelum mengambil gitarnya dan meninggalkan tempat tu.

Biar betul mamat nie?? Tak kan sampai tahap nak cari lintah darat? Kacau-kacau…

-----------------------------------------------

Afiqah meneruskan kerjanya sebaik memasuki kedainya tadi. Cupcakes dalam tray yang bersusun di hias dengan aising. Tangannya berjalan tapi mindanya? Dah dibawa pergi dengan Piejot sekali. Bukan niat dia nak menghina Piejot… sungguh! Hati dia pun turut sama rasa sakit saat dia menghina Piejot.

          “Kan aku dah cakap. Kalau suka cakap suka… kan diri sendiri yang merana.” Mira tiba-tiba muncul.

          Afiqah tersentak.

          “Kau cakap apa nie?” Afiqah buat-buat tak faham.

     “Dah naik perahu nak naik trak pulak. Dah tahu nak bertanya pulak?” Mira tersenyum sinis. Dia tahu bukannya Si Afiqah tu tak faham apa yang dia cakapkan.

          Afiqah buat-buat tak tahu.

        “Aku tak tau pulak selama nie kawan aku yang sorang tu jenis mata duitan. Setahu aku kawan aku yang nama Afiqah tu tak pandang harta benda nie. Tapi pelik kan? Tiba-tiba dia jadi materialistik tadi. Kau tau tak kenapa jadi macam tu?” Mira menyindir dalam soalan.

          Afiqah diam seribu bahasa.

          “Sebab ego!”

          Terus terhenti tangan Afiqah.

“Fiqa… hati nie tak pandai menipu tau. Kalau dia suka, maknanya memang dia suka. Hati tak akan menipu tuan dia. Kalau kau tak suka Piejot tu, boleh kau terang dekat aku kenapa kau tulis nama dia atas cupcakes tu sekarang?”

Afiqah tersentak. Tulis nama Piejot atas cupcakes?

Mata dia terbuka besar bila melihat cupcakes didepan matanya. Sepatutnya dia hias dengan gambar bunga-bunga atas kek cawan tu tapi tanpa Afiqah sedar nama Piejot yang TERhias atas kek cawan tu.

Mira ketawa kecil tapi sangat sinis bunyinya... “Macam tu punya angau pun tak nak mengaku lagi kata dah suka?”

“Bukan aku tak suka tapi aku takut…” Afiqah bernada perlahan.

“Takut? Takut kahwin?? Fiqa, tak semua orang kahwin dan bercerai. Kau kena ingat cinta sejati datang cuma sekali seumur hidup…tapi sekali terlepas merana seumur hidup.” Mira menepuk perlahan bahu Afiqah. Ditinggalnya Afiqah seorang diri memberi ruang kepada Afiqah untuk berfikir.

Afiqah termangu… aku salah buat percaturan ke?

Jawapannya… memang salah!

-----------------------------------------------

Beberapa hari kemudian.

“Ting!!” loceng dipintu kedai berbunyi tanda ada pelanggan memasuki kedai kek mereka. Afiqah yang berada di kaunter masa tu sedang tunduk untuk mengambil pen yang jatuh. Sebaik saja terdengar bunyi loceng tu cepat-cepat dia berdiri dan menyapa pelanggannya.

“Selamat datang. Boleh saya bantu?” Afiqah tersenyum manis menyambut pelanggannya.

Pelangganya itu seorang lelaki yang sangat bergaya dan kemas. Dia memakai kaca mata hitam, berkemeja putih didalam dan berkot mahal diluar... nampak sangat elegan. Hensem tu mestilahkan.

Afiqah pun terpesona melihat ketampanan lelaki tu, tapi sekejap sahaja. Sebaik saja lelaki itu membuka spek matanya dan disisip didalam poket kemeja, Afiqah terkejut. Lelaki itu melemparkan satu senyuman menggoda ke arah Afiqah.

Dia!

Mulut Afiqah membulat membentuk huruf ‘O’ sambil jari telunjuknya ditunjuk ke arah lelaki tu. Riak mukanya memang nampak terkejut gila.

“Fiqa kenapa nie?” Mira pelik melihat Afiqah yang tiba-tiba jadi patung cendana depan pelanggan mereka. Mata Mira turut memandang wajah pelanggan mereka. Mira pun turut sama terkejut.

“Piejot!”

Piejot cuma melemparkan senyuman machonya kepada kedua-dua gadis yang nampak sangat terkejut dengan kehadirannya atau mungkin terkejut kerana penampilannya. Padahal dalam hatinya terasa nak gelak berdekah-dekah tengok gelagat mereka. Macam nampak hantu saja lagaknya.

Tiba-tiba Piejot meletakkan satu fail hitam berkulit keras di atas kaunter dihadapan Afiqah. Mira hanya memerhati. Riak mereka berdua dah kembali normal.

“Nama saya Faisal Irsyad bin Dato’ Tajudin Ishak.” Piejot mula bersuara memperkenalkan nama sebenarnya yang selama nie dirahsiakan.

Bin what? Dato’ ?!

Afiqah dengan Mira terkejut balik!

Piejot membuka fail tu dan di helaian pertama… “Nie senarai harta yang saya ada. Saya bakal pewaris TJI Holdings Sdn. Bhd. Untuk pengetahuan awak, TJI Holdings merupakan salah satu syarikat perniagaan yang terbesar di Malaysia dan mempunyai rangkaian cawangan di luar negara.”

Afiqah dengan Mira saling berpandangan.

Helaian kedua di buka… “Yang nie pulak senarai ladang dan tanah milik saya. Hampir di setiap negeri saya ada melabur, membeli dan menjual tanah.”

Afiqah dan Mira menelan air liur. Perghh! Kesat gila rasa.

Helaian ketiga di buka “Senarai kereta-kerata yang saya ada. Semua ada 15 buah. Dan semuanya kereta import. Hari nie saya bawak Nissan Skyline GTR saya. Ada saya parkir depan kedai cik berdua.”

Afiqah dengan Mira mata mereka membulat. Hoi! Banyaknya kereta…

Helaian keempat pulak diselak… “Senarai rumah yang saya miliki. Di Malaysia saya ada 3 buah rumah banglo dan 2 buah rumah agam. Di luar negara saya ada 3 kondo yang terletak di US, Russia dan Jepun.”

Piejot menutup fail hitam keramat tu!

“Cik Afiqah…” nama Afiqah diserunya perlahan.

“Sekarang dah cukup kaya tak saya untuk kahwin dengan awak?” soalan maut dilemparkan kepada Afiqah.

Piejot betul-betul mengotakan segala permintaan Afiqah.

“Bila awak dah kaya, baru datang cari saya.” Kata-kata Afiqah hari tu seolah-olah bergema disekeliling mereka. Afiqah dan Piejot saling berpandangan sebelum tiba-tiba…

“Bummmm!” Afiqah jatuh pengsan.

“Fiqa!!” Mira panik.

“Fiqa? Fiqa! Kau ok tak nie?” Pipi Afiqah ditamparnya lembut.

Muka Afiqah mamai… tapi akhirnya dia sedar juga dari pengsan sepenuhnya. Dan ayat pertama yang keluar dari mulut Afiqah selepas sedar dari pengsan adalah…

“Anak tauke balak mana aku jumpa nie Mira? Bapak gila kaya…”

Mira dan Piejot saling berpandangan sebelum Piejot tiba-tiba ketawa besar. Fiqa-Fiqa… manalah saya tak jatuh sayang dengan awak. Ada ja gelagat awak yang buat saya tersenyum.

-----------------------------------------------

“Sekalipun awak kaya dari Sultan Brunei saya tetap tak akan terima awak.” Afiqah bernada tegas.

Selepas sedar dari pengsan tadi mereka terus duduk semeja untuk berbincang. Disebabkan hal ini kedai terpaksa Afiqah dan Mira tutup awal. Tak pernah-pernah sepanjang mereka berniaga kedai ditutup seawal pukul 5 petang! Alasannya satu ja… Piejot punya hal.

Piejot tersenyum kecil. Matanya menatap semula mata Afiqah.

“Saya datang untuk tuntut janji awak. Ingat perjanjian kita?”

“Bila awak dah kaya, baru datang cari saya.” - Afiqah

“Baik. The deal is on! Bila saya dah kaya saya akan cari awak dan masa tu awak kena kahwin dengan saya.”- Piejot

Afiqah jeda. Tipulah kalau kata dia tak ingat. Baru sangat mereka buat perjanjian tak rasmi tu. Afiqah mengetap bibir… memang dia saja letak syarat ‘KAYA’ tu. Sebab dia ingat Piejot tu memang kutu rayau betul. So, memang mustahil la kalau tiba-tiba mamat tu boleh jadi kaya-raya tiba-tiba. Tak sangka pulak senjata makan tuan. Helah yang dia buat untuk elak dari Piejot dah ‘mengikat’ dia dengan Piejot bagi jadi lagi kejap! Kuat! Macam tali yang diikat tersimpul mati. Cis…

“Kan saya dah cakap hari tu… jangan awak pulak yang jadi munafik.” Piejot menambah lagi.

Afiqah merengus. Dia terkena lagi. Bukan main lagi hari tu dia cakap dekat Piejot jangan jadi munafik kalau tak boleh kotakan janji. Sekarang siapa yang nak pegang title munafik tu? Dia ke Piejot?

Tiba-tiba Afiqah sedar sesuatu dan dia tersenyum.

“Perjanjian apa ya? Saya lupalah… awak tersilap dengar kot hari tu. Lagipun kita tak ada sign kontrak apa-apa pun.” Afiqah tersenyum bangga. Sikit lagi dia akan berjaya lepaskan diri dari genggaman Piejot.

Riak muka Piejot terus berubah. Afiqah putar-belit fakta… mana aci! Tapi-tapi… ingat senang dia nak mengalah? Hei, nie Faizal Irsyad lah.

“Ada saksi… jangan lupa tu. Dengan saksi dia boleh buktikan kita memang ada buat perjanjian tu.” Nada Piejot penuh confident.

“Tipu… hari tu kita berdua ja, mana ada orang lain!” suara Afiqah meninggi tanpa dia sedar. Panik la tu takut kena kahwin. Haha.

“Ada! Aku saksi dia.” Tiba-tiba Mira muncul dari dapur.

“Mira? Kau tipu kan?” Afiqah menyoal untuk kepastian.

“Tak aku tak tipu… aku dengar hari tu kau cakap dekat dia bila dah kaya datang cari kau, pastu kau kena kahwin dengan dia.” Mira muka serius.

Piejot tersenyum dengan penuh bangga. Afiqah? Macam ayam berak kapur muka. Kawan sendiri belot! Mana tak frust.

“Sampai hati kau Mira...”

“Aku buat nie untuk kebaikan kau jugak.” Mira menambah.

Afiqah dah rasa nak nangis… matanya memandang Mira dengan Piejot yang tengah senyum gembira. Dia jugak yang makan hati kena kahwin awal.

“Aku pasrah…” Afiqah bernada perlahan. Kaki diatur ke dapur kedai.

“Eh, nak ke mana tu?” Mira menyoal.

Afiqah memandang  sayu ke arah kawannya.

“Nak pergi makan cupcakes sampai mati.” Kaki kembali di atur ke dapur. Hish! Tragis betul keadaan Afiqah.

Mira ketawa terbahak-bahak. Pasrah benar ayat Afiqah. Piejot pun join sekaki gelak tengok muka pasrah Afiqah.

Sebaik sahaja Afiqah menghilangkan diri ke dapur…

Thanks.” Piejot ucapkan kepada Mira.

Welcome, small matter lah… no biggie.

Terima kasih untuk apa??

“Kalau kau tak mengaku jadi saksi tadi mau mati kutu aku nak tackle kawan kau yang hati batu tu.” Selamba Piejot kutuk Afiqah.

No hal… aku buat tu pun untuk kebaikan dia jugak. Kalau aku tak buat macam tu aku berani jamin sampai ke tua dia tak kahwin.”

Piejot ketawa.

“Apa pun aku harap lepas nie kau jaga baik-baik Fiqa… dia tu la satu-satunya kawan aku dunia akhirat. Lepas kahwin nanti, kalau dia datang mengadu dekat aku kau ada jentik dia hujung kulit pun… siap! Memang almarhum kau lepas nie.” Mira menggugut Piejot.

“Kau tak cakap pun, tu la yang aku akan buat. Aku akan jaga kawan kau tu baik. Kesayangan tu…” Piejot mengaku.

“Tapi minah tu kepala angin sikit. Pandai-pandailah kau handle dia nanti.”

“Beres… taulah aku nak diamkan dia macam mana nanti.” Senyuman nakal terbentuk di wajah Piejot.

Mira ketawa… faham apa yang Piejot cakap. Ala, hal orang kahwin… sendiri mau fahamlah. Haha.

“Ha, kutuk aku!” Kepala Afiqah terjengul dari pintu dapur.

Ketawa mereka bersatu.

-----------------------------------------------

“Sayang…” Piejot menyeru lembut isterinya. Pinggang isterinya dipeluk dari belakang. Dua minggu bergelar suami kepada Afiqah merupakan saat paling gembira baginya. Afiqah memang isteri yang baik. Sempurna serba-serbi layanannya buatkan hati Piejot bertambah sayang kepada Afiqah.

“Hurmmm abang sayanggg…” Afiqah menyahut.

Remember our love story?

For sure yes! There’s a guy who loves to sing in front of my shop… and his voice was very tunable and melodic.” Afiqah memandang wajah suaminya.

Piejot apa lagi senyum macam tak cukup gigi! Lebar tu luar biasa. Yalah, orang tersayang puji la katakan.

“Tapi itulah… dia tu kutu rayau. Tauke kedai cupcakes tu pun tak nak dekat dia.” Piejot bernada sedih.

Afiqah dah mula serba-salah.

“Abang dah janjikan tak nak ungkit pasal kutu rayau tu. Enough is enough. Fiqa dah mintak maaf kan? Lagipun tak ada niat pun nak hina abang masa tu.” Nada suara Afiqah yang pula bertukar sedih.

“Ala, nak gurau sikit pun tak boleh sayang abang nie. Tapi kan akhirnya, kutu rayau nie jugak yang jadi your forever love hubby kan sayang kan?”

“Ala, nie special case… kutu rayau nie bukan sebarang kutu. Nie ketua segala kutu! Pandai menyanyi, pandai mengorat and and kutu paling hensem pernah Fiqa jumpa.” Besertakan dengan tu senyuman paling lebar Afiqah tunjuk dekat suaminya. Suara pun dah ceria balik!

“Pandailah dia nak gula-gulakan hati abang ek?” Hidung comel isterinya dicuit.

Afiqah tersenyum senang. Bahagia!

“Nasib baikkan Mira buat macam tu… tidak mesti kita tak kahwin.” Tiba-tiba Piejot bersuara.

“Buat apa?” Keningnya diangkat sedikit.

“Jadi saksi kita. Bukan betul pun dia…” Piejot terdiam.

Spontan Afiqah bangun dari dakapan suaminya. “Abang berpakat dengan Mira la hari tu? Maknanya tak ada siapa pun yang jadi saksi sebenarnya? Abang tipu Fiqa!” Afiqah melenting.

“Adess, terlepas cakap la pulak…” Piejot menepuk perlahan mulutnya. Punya lama dia simpan rahsia nie boleh pulak terlepas cakap! Suwei betul mulut nie.

“Sayang let me explain…”

“Apa sayang-sayang?”

“La, dah abang sayang sayang, abang panggilah sayang.”

Afiqah berdiri membelakangkan suaminya. Tangan disilangkan ke dada. Mukanya masam. Protes!

Piejot cuba memujuk isterinya… dipeluk Afiqah dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Afiqah.

“Kita patut berterima kasih tau dekat Mira. Kalau bukan sebab dia punya plan spontan tu maybe kita tak akan kahwin. Maybe abang akan frust sebab tak boleh tackle minah yang berani tarbiyah abang pasal perintah Tuhan guna ayat mak saya cakap, mak saya ajar, mak saya pesan tu kat tepi jalan tau. Perempuan yang sound abang tu first love abang tau. First time tengok terus jatuh hati… macam nak gila abang angaukan dia.” Piejot mula bercerita mahu memujuk isterinya.

Afiqah masih keras macam batu. Padahal hati dah cair dengar ayat suaminya… dia nak terus mendengar lagi.

“Empat bulan tau abang cari peluang nak dekatkan diri dengan perempuan tu sampai terpaksa menyamar jadi kutu rayau bagai pastu masa first time abang luah perasaan dekat dia, dia reject abang macam tu ja. Siap suruh abang balik makan ubat halusinasi lagi sayang tau. Makan dalam abang hari tu… dah la sikit punya lama nak cari keberanian nak tegur dia, lepas tu dia reject abang macam halau anak kucing ja, sayang.” Piejot bernada sedih… sedih yang dibuat-buat.

Afiqah dah nak gelak. Tapi sedaya upaya ditahan…

“Lepastu sayang tau… dia reject abang lagi buat kali keduanya. Dia cakap sebab abang miskin… abang tak kaya dia tak nak kahwin dengan abang.”

Afiqah mengetap bibir. Dia paling benci bila suaminya ungkit pasal kes tu.

“Abang… enough. Boleh tak jangan ungkit pasal tu lagi? Fiqa tak suka.”

Piejot tersenyum… tau sangat kelemahan isterinya. “If that the case… sayang pun tak bolehlah marah abang dengan Mira.”

Spontan Afiqah berpaling mengahdap suaminya. Kini mereka bertentangan.

“Tu lain kes. Tu menipu. Mana sama.”

“Abang tak kira… bagi abang sama ja… dah tak nak gaduh-gaduh pasal benda kecik nie. Kita dah selamat kahwin pun. Tutup kes. Kita buka kes baru pulak… kita bukak kes nak tambah ahli keluarga pulak. Jom tidur.” Tangan Afiqah diraih dan ditarik perlahan menuju ke katil.

“Tak nak! Abang tipu Fiqa…” Afiqah menampar perlahan tangan suaminya.

“Sayang abang nie kan memang degil kan? Tak pa abang guna cara lain pulak.” Terus dicempungnya tubuh isterinya. Ala, ringan jer…

Afiqah terjerit kecil. Berusaha melepaskan dirinya.

“Shuhh…”

Lampu bilik terpadam dan Afiqah terdiam.

“Tapi minah tu kepala angin sikit. Pandai-pandailah kau handle dia nanti.”

“Beres… taulah aku nak diamkan dia macam mana nanti.” Senyuman nakal terbentuk di wajah Piejot.

Mira ketawa… faham apa yang Piejot cakap. Ala, hal orang kahwin… sendiri mau fahamlah. Haha.

Pernah tengok cupcakes bercinta dengan gitar? Dua benda berbeza tapi kalau digabungkan boleh ja… jadilah cupcakes berbentuk gitar… hehe…


Tamat! :)


P/s : Haha, Afiqah kejam kali nie… hurmm, cerita nie sebenarnya pasal Afiqah yang takut nak kahwin plus kepala batu nak mengaku yang dia dah jatuh hati dengan Piejot anak orang kaya yang sanggup menyamar jadi kutu rayau semata-mata nak tackle Afiqah. Tapi last-last kena jadi orang kaya balik baru Afiqah terima dia. Keh3. Hurmm, apa yang saya cuba sampaikanlah kan dalam watak Piejot tu… just be yourself… tak perlu nak berpura-pura jadi orang lain. Sebab semua tu buang masa ja. J

Untuk awak cik Afiqah Bakri. J UiTM dihatiku… muahh.


4 May 2012

Cerpen : Bila Cupcakes Bercinta Dengan Gitar (i)

Uncle, Mimi nak cupcakes yang ada gambar hello kitty atas dia tu. Bolehlah uncle… Mimi nak…” Rengekan gadis kecil molek yang memakai skirt dan bertocang dua tu menarik perhatian Afiqah yang sedang mengelap tingkap kedainya dibahagian luar.

“Tak boleh sayang. Cupcakes tu manis, banyak gula. Nanti gigi Mimi yang lawa nie habis rongak.” Lelaki itu memujuk anak saudaranya.

“Tapi Mimi nak… Mimi janji nanti balik rumah Mimi gosok gigi 3 kali. Betul!” bersungguh-sungguh gadis yang pada pandangan Afiqah mungkin baru berumur 5 tahun. Gadis kecil tu masih tak berputus asa memujuk lelaki yang dipanggilnya Uncle itu dengan menarik hujung baju.

“Mimi, I said no… means no. Kenapa degil nie?” Suara lelaki dah berubah mungkin sebab dah malas nak melayan kerenah si kecil yang tak faham bahasa.

“Tapi…” Mata Mimi dah berair… terasa nak menangis apabila permintaannya ditolak mentah-mentah.

Afiqah menggeleng perlahan kepalanya melihat cara lelaki melayan kanak-kanak. Kasar! Tak pandai berlembut langsung. Kain pengelap ditangan dan botol spray yang dipegangnya dibawa masuk ke dalam kedai. Sejurus kemudian tak sampai 5 minit Afiqah keluar kembali. Terkejut Afiqah apabila melihat gadis kecil yang bernama Mimi itu sedang menangis. Kakinya bergerak pantas ke arah mereka.

Uncle jahat!” Mimi menangis semahu-mahunya. Dia duduk mencangkung di kaki lima itu sambil menangis.

Lelaki itu merengus kuat. Bosan dengan kerenah anak saudaranya yang sorang nie. Tidak dihiraukan anak saudaranya yang sedang menangis tu. Matanya memandang ke arah jalan.

“Yang drebar nie pun satu, lembab betul. Kalau aku tau aku drive sendiri tadi.” Jam dipergelangan tangan dibetulkan. Tiba-tiba ada seorang wanita muncul di depan Mimi dan dia.

“Adik, jangan menangis ok. Nie kakak hadiahkan cupcakes dekat adik.” Afiqah turut mencangkung disisi Mimi.

Mimi yang tadi menangis teresak-esak mula diam. Matanya memandang Afiqah dan cupcakes dihadapannya silih berganti. Matanya masih berair lagi tapi dia dah tak menangis.

“Cuba adik tengok, ada gambar hello kitty atas dia. Comel kan?” Afiqah cuba menarik perhatian Mimi. Dia mahu memujuk Mimi.

Dengar sahaja perkataan Hello Kitty terus Mimi tersenyum kepada Afiqah. “Hello Kitty…” Mimi menyebut perlahan.

“A’ah, Hello Kitty, kakak bagi dekat adik cupcakes nie.” Afiqah menghulurkan kek cawan itu kepada Mimi dan Mimi menyambutnya.

Lelaki tadi a.k.a Uncle Mimi yang garang tu memandang tajam ke arah Afiqah. “Kau siapa? Pandai-pandai nak bagi makanan dekat anak saudara aku nie.” Spontan cupcakes di tangan Mimi dirampas. “Entah-entah kau letak ubat dalam kek nie.”

Humaih, kasarnya bahasa siap menabur fitnah dekat aku lagi tu. Melampau orang tua nie. Afiqah mengutuk dalam hati.

“Assalamualaikum encik.” Sinis suara Afiqah memberi salam. “Mak saya ajar, kita kena buat baik sesama manusia. Mak saya pesan, dengan budak jangan tinggi suara. Mak saya cakap, yang tua dihormati yang muda disayangi. Mak saya kata, tak baik fitnah orang. Mak saya bagitau, apa yang dia cakap dekat saya semua tu suruhan agama. Ajaran nabi dan perintah Allah. Assalamualaikum.” Terus Afiqah meninggalkan lelaki tu dengan Mimi. Pintu kedai dibuka…

Tapi tiba-tiba Afiqah berpaling semula memandang lelaki tu. “Oh ya… mak saya ada juga cakap, antara orang yang menzalimi dirinya sendiri tu bila mana dia berdoa tapi mendoakan orang lain. Dua kali saya bagi salam dekat encik. Salam tu kita bagi sebab nak mendoakan kesejahteraan orang yang disapa. So, encik jawab la salam saya tu ya kalau tak nak tergolong dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri.” Afiqah mengenyitkan matanya. Lelaki tadi terpana dek kenyitan mata Afiqah. Berdessup dia rasa!

Ambik kau… Afiqah tersenyum puas melihat riak muka lelaki tu yang nampak gila terkedu! Speechless la tu kena sembur dengan aku. Tu la, budi bahasa ada tak nak guna, kan dah kena.

“Muka ja hensem tapi hati batu memang dasar hantu.” Afiqah mengutuk perlahan.

Lelaki itu hanya memandang Afiqah memasuki kedainya semula. Tak pernah-pernah seumur hidup dia kena tarbiyah dekat kaki lima kedai tepi jalan pulak tu! Memang perempuan nie belum kenal dia siapa. Lelaki tu tersenyum. Senyuman yang ada makna tersembunyi di sebaliknya.

Uncle, cupcakes Hello Kitty Mimi!”

Lelaki tu tersedar dari lamunan, matanya memandang cupcakes ditangannya dan kedai hadapannya bersilih ganti.

“Nah, sayang.” Cupcakes tadi di beri kepada Mimi.

-----------------------------------------------

4 Bulan kemudian…

“Hanya padamu kuserahkan segalanya, kau bertakhta di nurani anggun cinta mu abadi. Hanya padamu pertama dan yang terakhir, pohon cinta ku merendang disirami kasih suci.” Dengan penuh perasaan sang penyanyi melagukan lagu.

“Mira, sampai bila mamat tu nak duduk sini? Dah dekat tiga minggu dia menempek depan kedai kita nie. Risau aku.” Afiqah terhendap-hendap dari dalam kedai memerhatikan seorang kutu rayau yang sedang menyanyi di hadapan kedai mereka.

“Biarlah, dia pun nak cari makan juga. Dia tak kacau periuk nasi kita buat apa kita nak kacau periuk nasi dia.”

Mira nie memang tau, memang nak kena gigit! Afiqah mengetap bibir.

          “Siapa cakap dia tak kacau? Tau tak dia tu boleh bawak imej buruk dekat kedai nie. Nanti habis semua pelanggan kita lari.”

          “Memandai ja kau nie. Biarlah dia tak kacau kita kau nie nak berdengki dengan dia buat apa? Dari kau berdengki dengan mamat tu, menambah dosa kering kau baik kau tolong aku hias kek cawan nie.”

          Afiqah merengus. “Bela sangatlah kutu rayau tu.”

          “Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira, hampir ku terlena dalam belaian mu. Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku. Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai…” Suara kutu rayau tu menyapa lagi di telinga Afiqah. Tingkap kedai mereka yang sentiasa terbuka tu menyebabkan suara lelaki tu boleh didengari sampai ke dalam kedai mereka.

          Wah, makin menjadi-jadi pulak mamat nie. Afiqah panas hati. Entah kenapa dia rasa asyik nak marah ja bila terpandang kutu rayau tu. Rasa macam lelaki tu pernah buat salah dengan dia sampaikan dia memang tak boleh langsung pandang lelaki tu. Suara dia pun kalau boleh Afiqah tak nak dengar. Bingit! Dan yang pasti Afiqah pun tak tau kenapa dia rasa macam tu padahal apa yang Mira cakap memang betul, lelaki tu tak kacau mereka pun apatah lagi dia.

          Afiqah mengeluh lagi. Mengidam beg jenama Padini, kenapalah dengan hati nie…

-----------------------------------------------

“Rinduuuu… rindu serindu rindunyaaaa… namun engkau tak mengerti oh oh oh...” Lelaki tu menyanyi dengan penuh perasaan.

Kuat betul suaranya menyanyi, boleh dengar sampai ke dalam kedai Cupcakes Homey Delicious milik Afiqah dan Mira.

“Pilu… pilu sepilu pilunyaaaa… namun engkau tak peduli…”

“Tak habis-habis nyanyi lagu jiwang! Naik nanah telinga aku nie mendengarnya.” Mulut bising tapi tangan Afiqah ligat menghias cupcakesnya dengan aising.

Mira cuma mampu menggelengkan kepalanya saja.

“Tak habis-habis lagi ke nak berdengki dengan mamat tu. Kau nie Fiqa tak faham aku. Bukannya dia kacau kau.”

“Siapa cakap tak kacau? Kacau telinga aku nie tau tak. Bingit dengar lagu jiwang karat dia tu. Jiwang mamat nie jiwang tahun 80 an. Gila betul… geli anak tekak tau! Nak termuntah.” Dibuatnya aksi nak muntah.

“Ha, buat-buat… termuntah dalam cupcakes tu, kau makan!”

Afiqah tersengih.

-----------------------------------------------

“Semalam lagu rindu-rindu segala. Hari nie lagu apa pulak dia nak nyanyikan.” Afiqah berkata perlahan, hujung mata dikerling luar tingkap kedainya melihat lelaki tu yang sedang menyiapkan dirinya mahu bernyanyi. Tiba-tiba lelaki tu memandang ke arah Afiqah. Mata mereka bertemu! Lelaki tu melemparkan senyuman dan matanya dikenyitkan kepada Afiqah. Afiqah terkedu…

“Hayy, tak kan tertunggu-tungu kot.” Mira menyindir.

Afiqah tersedar… kepalanya digelengkan berkali-kali. Cis, macam  mana aku boleh  terpesona dengan mamat tu. Arghh! Ni semua mimpi… mimpi! Kepalanya diketuk perlahan.

“Kau kenapa? Tak kan angau dengan mamat tu sampai jadi gila macam nie?” Mira menyoal. Pelik benar dia tengok Afiqah sekarang.

Afiqah berdehem. “Huh, tak ada maknanya.” Muka slumber ditayang. Padahal dalam hati tu dah terkena panahan power kenyitan mata lelaki yang dia panggil kutu rayau tu.

Tiba-tiba ‘radio’ kedai mereka dah ‘terpasang’. Siapa lagi kalau bukan kutu rayau yang Afiqah benci sangat tu.

“Dapatkah putikkan menjadi bunga. Kiranya cuaca sering gerhana. Dapatkah kasih bersemi selamanya ataupun aku harus berserah kepadaNya Yang Maha Esa…”

“Dia mula dah, dia mula dah…” Afiqah mengutuk.

“Karam aku dilautan duka. Bila wajahmu hilang di mata… tiada berita pengubat rindu dikala sendu…” lelaki tu menyanyi penuh perasaan memang tengah hayati gilalah sampai mata-mata pun terpejam.

‘Alahai, dia nie tengah putus cinta ke apa? Ada makwe ke dia nie?’ Afiqah masih memandang curi-curi ke arah lelaki tu. Ehem-ehem berminat ke Cik Afiqah?

“Kau tenung apa lagi mamat tu? Bukannya boleh tukar jadi laki kau pun kalau kau tenung lama-lama.” Mira kalau menyindir memang stok menikam ke jantung!

“Tak lah, aku nak tengok bila dia nie nak karam macam tajuk lagu yang dia nyanyi tu. Dah naik menyampah tengok muka dia kat sini hari-hari.”

Lain dihati lain yang keluar dari mulut tu. Ego tu tinggi melangit!

“Cecece… pakai ayat cover segala pulak cik Afiqah kita nie. Suka cakap suka… kalau suka bagitau ja aku boleh tolong pinangkan mamat tu kat kau. Haha.” Mira mengusik.

Afiqah menjelir lidah kepada Mira sebelum kembali menyambung kerjanya.

-----------------------------------------------

“Jangan bilang tidak bila kita belum mencuba, siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku. Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga ku harapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan cinta kita kan abadi.”

“Mamat nie tak ada hidup ke? Tak ada kerja ke? Tak ada anak bini ke ha? Eii, tension aku!” Afiqah membebel.

“Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung namun dada ini bergetar makanya sungguh aku mohon jangan bilang tidakkkk…”

Tiba-tiba mamat tu seolah-olah memandang ke arah Afiqah yang berada di kauter pembayaran. Kedudukan yang bertentangan tu membuatkan Afiqah mencebik. Menyampah!

Aik, dia tuju kat aku ke lagu tu? Hati Afiqah mula berdialog.

“Hayy, dia nyanyi kat kau tu Fiqa… balas la balik. Bilang ya, ya. I love you too… hehe.” Mira mengekek.

“Tulang kucing kau, dah lah pakai lirik bercium segala. Geli aku!” Afiqah mengelak.

Pandangan mula ditumpukan kepada cupcakes di hadapannya. Padahal dalam hati tiba-tiba dah berbunga. Afiqah tersenyum kecil.

          Ehem-ehem… benih dah ditanam, baja dah disemai… tunggu bunga ja nak tumbuh. Lepastu bolehlah kata dalam hati Afiqah ada taman!

-----------------------------------------------

Mira dengan Afiqah sedang mengemas kedai mereka untuk ditutup. Masing-masing sepi sebelum Mira buka mulut.

“Aku tengok mamat tu macam suka dekat kau ja Fiqa.”

“Macam suka… belum tentu suka.” Padahal dalam hati Afiqah dah mula dupdapdupdap bila Mira sebut pasal kutu rayau tu. Kenal pun tidak, nama pun tak tau tapi pandai pulak hati nie rasa berdebar-debarkan? Pro betul…

“Iya, dia memang suka dekat kau. Kau nie terima ja la mamat tu… ok apa aku tengok dia. Rupa pun ada. Kalau pasal kerja tu lepas kahwin  kau suruhlah dia cari kerja yang berjenis sikit.” Mira memberi cadangan.

“Kahwin? Oh no man… kau buka tak tau aku dengan perkataan kahwin tu tak ngam!”

“Yang kau takut nak kahwin nie kenapa?”

“Kau tak tengok orang zaman sekarang nie macam mana? Tambah-tambah artis… kahwin tu dah jadi macam salin baju! Kahwin cerai… kahwin cerai. Aku tak nak aku pun jadi macam tu.”

“Tu artis… kau nie artis ke? Kalau dah kau suka dia, dia suka kau… buat apa nak bercerai? Hidup ja la aman bahagia sampai ke anak cucu, sampai ke liang lahad, sampai ke syurga. Habis cerita. Untung-untung kau boleh jadi ketua bidadari dia kat syurga.” Pergh, terbaiklah ayat Mira. Memang advance betul pemikiran dia nie. Apa taknya sampai ke syurga tu dia punya plan.

“Kalau sampai. Kalau tak sampai?”

“La, bagilah sampai!” Mira bercekak pinggang.

“Hish, sengal… malas aku layan kau.”

-----------------------------------------------

Disuatu hari yang indah, angin sepoi-sepoi bahasa… dedaun berguguran atas tanah… burung-burung berkicauan sambil menggedik… erkk. Abaikan.

“1000 biji? Eh, boleh-boleh. Bila ya encik nak? Minggu depan? Boleh-boleh. Saya boleh buat.”

Telefon diletak, muka Afiqah bercahaya-cahaya macam terlebih Nur pun ada.

“Mira!!!” bergegar satu kedai dek tempikan Afiqah

“Apa-apa? Kau nak beranak ke?” Mira keluar dari dapur dengan kelam-kabut. Muka cuak tak ingat!

Afiqah meluru ke arah Mira dan memeluknya kuat.

“Kita dapat tempahan… Kita dapat tempahan! Diorang order 1000 biji cupcakes kita.”

“Betul ke? Betul ke?? Wah! Hari nie la hari yang paling aku bahagia.” Mereka berdua melompat sambil berpelukan.

Dah 6 bulan mereka buka kedai cupcakes tu tapi sambutan masih kurang memuaskan. Nak kata cupcakes mereka tak sedap, tak ada pulak pelanggan mereka yang complaint. Ah, rezeki belum ada tapi hari nie rezeki mereka ada! Buat kali pertamanya mereka terima tempahan yang besar.

“Ehem-ehem…” tiba-tiba ada satu suara garau menegur mereka.

Tiga pasang mata saling bertentangan. Erkk… mamat tu.

Buat pertama kalinya lelaki tu masuk ke dalam kedai mereka setelah hampir 6 minggu menjadi ‘jiran’ mereka.

“Err, ada apa encik?” Mira menanya.

Lelaki tu masih memandang Afiqah tapi Afiqah pulak hanya mendiamkan diri.

“Saya, saya nak beli tauke kedai cupcakes nie.”

“Apa encik? Encik nak beli tauke cupcakes?” terbuntang mata Afiqah dengan Mira.

“Saya cakap macam tu ke? Awak berdua silap dengar kot. Saya nak beli cupcakes bukan tauke dia. Tapi kalau tauke dia sudi saya seribu kali lagi sudi.” Lelaki tu tersenyum-senyum miang keladi.

Afiqah menjuling mata ke atas. Gatal rupanya mangkuk nie.

“Owh, maaflah encik… tauke kedai nie bukan untuk dijual. Silakan duduk saya ambilkan encik cupcakes.” Mira tersenyum mesra. Mesra sebagai pelanggan ya.

Afiqah dah berlalu ke dapur kedai. Meluat!

Mira keluar sambil membawa cupcakes di dalam dulang.

Afiqah mengintai di balik pintu dapur kedai, dia ternampak Mira dan lelaki tu berbual mesra. Dia mencebik. Cis, jual minyak rupanya mak cik nie!

Aik, cemburu ke Cik Afiqah kita nie?

-----------------------------------------------

 “Nama mamat tu…”

“Piejot?? Apa ke jenis nama tu? Tak serupa manusia langsung. Dah macam pijat-pijat aku dengar. Rasa nak pijak-pijak pun ada.” Itulah komen pertama Afiqah bila Mira memberitahu nama lelaki tu.

“Apalah yang kau nak marah sangat dengan Piejot tu? Tak adalah teruk mana pun aku tengok laki tu.  Ok ja… Tak faham aku dengan kau nie.” Tangan Mira ligat mengelap meja bulat yang baru digunakan Piejot tadi.

“Boleh kau tanya soalan macam tu dekat aku Na… apa yang aku marah dengan dia? Kau tau tak pelanggan kita semuanya lari sebab suara dia yang sumbang mambang tu. Macam nak seru taufan tau suara dia tu.” Afiqah berkata sambil tanggannya ligat mengemas kaunter.

Mereka sedang bersiap-siap nak menutup kedai. Waktu operasi mereka hanya sampai pukul 9 malam, sekarang dah pukul 10 malam.

“Ya ke macam nak seru taufan? Aku dengar sedap ja.”

“Telinga kau pekak tersumbat dek taik telinga. Tu yang kau dengar suara dia sedap.”

Mira ketawa kecil

“Jangan nanti kau pulak yang pekak tersumbat dek taik telinga macam aku jugak dah lah.” Mendalam maksud Mira tu.

“Tak maknanya aku dengar suara pijat-pijat tu sedap. No! Nehi! Enggak mungkin!” Afiqah menggelengkan kepalanya berkali-kali.

We’ll see…

-----------------------------------------------

“Apa awak buat dalam kedai saya?!” Suara Afiqah meninggi. Dia bercekak pinggang  sambil memandang tajam ke arah Piejot.

“Tak nampak saya tengah makan?” selamba riak muka Piejot seolah-olah tak terkesan langsung dengan muka garang Afiqah.

“Baik awak keluar sebelum customer saya lari.”

“Cik Afiqah boleh tak layan saya nie baik-baik. Saya nie pelanggan. Macam nie ke awak layan pelanggan? Tak professional langsung. No wonder lah kedai awak tak laku.”

Afiqah menggenggam tangannya. Kecik besar ja lelaki nie dekat pandangannya rasa nak ditumbuk-tumbuk macam sambal belacan!

“Duduk… teman saya makan.” Selamba Piejot memberi arahan kepada Afiqah.

“Huh, mimpi… jangan harap saya duduk semeja dengan awak.”

Tiba-tiba Piejot bangun dan berdiri di hadapan Afiqah. Betul-betul di hadapannya.

Hu mak aih, tinggi macam tiang letrik mamat nie. Afiqah mengutuk.

“La pendek ja rupanya awak nie. Macam ayam katik dekat belakang rumah saya.” Piejot ketawa berdekah-dekah.

“Diamlah! Pendek-pendek jangan sebut. Sensitif!” Afiqah protes.

“Teman saya makan kalau awak tak nak kena cium depan pelanggan awak yang lain.” Piejot membisik perlahan di tepi telinga Afiqah. Afiqah menelan air liurnya sebaik diugut Piejot.

“Huh…” Afiqah mengalah ditariknya kerusi dan duduk berhadapan dengan Piejot.

Dia memerhatikan ruang kedainya. Kosong! Caih… dia terpedaya dengan Piejot. Mana ada orang lain dekat situ cuma mamat tu sorang ja customer dia masa tu. Afiqah dah nak bangun balik tapi tiba-tiba Piejot bersuara.

“Awak tau kenapa saya selalu kacau hidup awak?”

Afiqah tak jadi bangun tapi menggeleng perlahan kepalanya.

“Sebab awak dah curi barang berharga saya.”

Mata Afiqah terbuntang.

“Mana ada! Saya tak pernah mencuri lah. Apatah lagi nak curi barang lagilah saya tak pernah awak jangan pandai nak memfitnah saya ya.” Afiqah berkeras menafikannya.

Piejot tersenyum manis.

“Ada… awak dah curi barang saya yang paling berharga. Bila awak nak pulangkan?” mata Piejot masih setia memandang Afiqah.

“Pulak… dah saya tak curi macam mana nak bagi baliknya?”

“Afiqah. Please, I’m begging you please give me back my heart, my soul… my love which you have taken from me without my permission.

“Saya tak ambik lah! Macam mana nak bagi balik heart, soul dengan love awak tu kalau saya tak ambik.” Afiqah merengus.

Tapi… eh-eh… mamat tu cakap apa tadi? Heart, soul, LOVE?!

Afiqah terdiam matanya memandang Piejot.

Aku nampak dia hensem malam nie… terdetik dalam hati Afiqah.

Lama mereka berpandangan. Aww, tenung-tenung mata pulak kan… memang romantik habislah.

Piejot memandang ke dalam mata Afiqah dengan perasaan sayang membuak-buak nie dengan harapan Afiqah akan faham apa yang dia rasa kepada Afiqah.

Tiba-tiba Afiqah balas…

“Gila… balik rumah makan ubat halusinasi la weh.” Afiqah terus masuk ke dapur kedai meninggalkan Piejot terpinga-pinga dekat situ.

Lama otak Piejot nak process reaksi Afiqah tadi, lama sikit barulah dia faham. Dia tersenyum sorang-sorang sambil mengusap perlahan belakang tengkuknya… matanya memandang ke atas syiling kedai.

Kena reject daa… 



To be continued...




P/s : Somehow… saya rasa lagi selesa lah tulis cerpen dari novel… huhu. Tapi! Tapi tak bermaksud tak nak try buat novel. Ok nie cerpen the latest punya. Apa macam? Kasi hentam sama komen sikit ini punya cerita…  nama heroin cerpen nie memang sempena nama kawan saya. Sebab dialah saya menang masa first time join contest cerpen. :) So, rasa nak abadikan nama dia dalam salah satu cerpen saya... dan cerpen nie dibuat khas untuk dia sebab dia suka buat cupcakes...! hehe... Enjoy. ;)


Untuk awak cik Afiqah Bakri. J UiTM dihatiku… muahh.