“Uncle, Mimi nak cupcakes yang ada gambar hello kitty atas dia tu. Bolehlah uncle… Mimi nak…” Rengekan gadis kecil
molek yang memakai skirt dan bertocang dua tu menarik perhatian Afiqah yang
sedang mengelap tingkap kedainya dibahagian luar.
“Tak
boleh sayang. Cupcakes tu manis,
banyak gula. Nanti gigi Mimi yang lawa nie habis rongak.” Lelaki itu memujuk
anak saudaranya.
“Tapi
Mimi nak… Mimi janji nanti balik rumah Mimi gosok gigi 3 kali. Betul!”
bersungguh-sungguh gadis yang pada pandangan Afiqah mungkin baru berumur 5
tahun. Gadis kecil tu masih tak berputus asa memujuk lelaki yang dipanggilnya Uncle itu dengan menarik hujung baju.
“Mimi,
I said no… means no. Kenapa degil
nie?” Suara lelaki dah berubah mungkin sebab dah malas nak melayan kerenah si
kecil yang tak faham bahasa.
“Tapi…”
Mata Mimi dah berair… terasa nak menangis apabila permintaannya ditolak
mentah-mentah.
Afiqah
menggeleng perlahan kepalanya melihat cara lelaki melayan kanak-kanak. Kasar!
Tak pandai berlembut langsung. Kain pengelap ditangan dan botol spray yang
dipegangnya dibawa masuk ke dalam kedai. Sejurus kemudian tak sampai 5 minit
Afiqah keluar kembali. Terkejut Afiqah apabila melihat gadis kecil yang bernama
Mimi itu sedang menangis. Kakinya bergerak pantas ke arah mereka.
“Uncle jahat!” Mimi menangis
semahu-mahunya. Dia duduk mencangkung di kaki lima itu sambil menangis.
Lelaki
itu merengus kuat. Bosan dengan kerenah anak saudaranya yang sorang nie. Tidak
dihiraukan anak saudaranya yang sedang menangis tu. Matanya memandang ke arah
jalan.
“Yang
drebar nie pun satu, lembab betul. Kalau aku tau aku drive sendiri tadi.” Jam dipergelangan tangan dibetulkan. Tiba-tiba
ada seorang wanita muncul di depan Mimi dan dia.
“Adik,
jangan menangis ok. Nie kakak hadiahkan cupcakes
dekat adik.” Afiqah turut mencangkung disisi Mimi.
Mimi
yang tadi menangis teresak-esak mula diam. Matanya memandang Afiqah dan cupcakes dihadapannya silih berganti.
Matanya masih berair lagi tapi dia dah tak menangis.
“Cuba
adik tengok, ada gambar hello kitty atas dia. Comel kan?” Afiqah cuba menarik
perhatian Mimi. Dia mahu memujuk Mimi.
Dengar
sahaja perkataan Hello Kitty terus Mimi tersenyum kepada Afiqah. “Hello Kitty…”
Mimi menyebut perlahan.
“A’ah,
Hello Kitty, kakak bagi dekat adik cupcakes
nie.” Afiqah menghulurkan kek cawan itu kepada Mimi dan Mimi menyambutnya.
Lelaki
tadi a.k.a Uncle Mimi yang garang tu memandang tajam ke arah Afiqah. “Kau
siapa? Pandai-pandai nak bagi makanan dekat anak saudara aku nie.” Spontan cupcakes di tangan Mimi dirampas.
“Entah-entah kau letak ubat dalam kek nie.”
Humaih,
kasarnya bahasa siap menabur fitnah dekat aku lagi tu. Melampau orang tua nie.
Afiqah mengutuk dalam hati.
“Assalamualaikum
encik.” Sinis suara Afiqah memberi salam. “Mak saya ajar, kita kena buat baik
sesama manusia. Mak saya pesan, dengan budak jangan tinggi suara. Mak saya
cakap, yang tua dihormati yang muda disayangi. Mak saya kata, tak baik fitnah
orang. Mak saya bagitau, apa yang dia cakap dekat saya semua tu suruhan agama.
Ajaran nabi dan perintah Allah. Assalamualaikum.” Terus Afiqah meninggalkan
lelaki tu dengan Mimi. Pintu kedai dibuka…
Tapi
tiba-tiba Afiqah berpaling semula memandang lelaki tu. “Oh ya… mak saya ada
juga cakap, antara orang yang menzalimi dirinya sendiri tu bila mana dia berdoa
tapi mendoakan orang lain. Dua kali saya bagi salam dekat encik. Salam tu kita
bagi sebab nak mendoakan kesejahteraan orang yang disapa. So, encik jawab la salam saya tu ya kalau tak nak tergolong dalam
golongan orang yang menzalimi diri sendiri.” Afiqah mengenyitkan matanya.
Lelaki tadi terpana dek kenyitan mata Afiqah. Berdessup dia rasa!
Ambik
kau… Afiqah tersenyum puas melihat riak muka lelaki tu yang nampak gila
terkedu! Speechless la tu kena sembur
dengan aku. Tu la, budi bahasa ada tak nak guna, kan dah kena.
“Muka
ja hensem tapi hati batu memang dasar hantu.” Afiqah mengutuk perlahan.
Lelaki
itu hanya memandang Afiqah memasuki kedainya semula. Tak pernah-pernah seumur
hidup dia kena tarbiyah dekat kaki lima kedai tepi jalan pulak tu! Memang
perempuan nie belum kenal dia siapa. Lelaki tu tersenyum. Senyuman yang ada
makna tersembunyi di sebaliknya.
“Uncle, cupcakes Hello Kitty Mimi!”
Lelaki
tu tersedar dari lamunan, matanya memandang cupcakes
ditangannya dan kedai hadapannya bersilih ganti.
“Nah,
sayang.” Cupcakes tadi di beri kepada Mimi.
-----------------------------------------------
4
Bulan kemudian…
“Hanya
padamu kuserahkan segalanya, kau bertakhta di nurani anggun cinta mu abadi. Hanya padamu pertama dan yang terakhir, pohon cinta ku merendang disirami kasih
suci.” Dengan penuh perasaan sang penyanyi melagukan lagu.
“Mira,
sampai bila mamat tu nak duduk sini? Dah dekat tiga minggu dia menempek depan
kedai kita nie. Risau aku.” Afiqah terhendap-hendap dari dalam kedai
memerhatikan seorang kutu rayau yang sedang menyanyi di hadapan kedai mereka.
“Biarlah,
dia pun nak cari makan juga. Dia tak kacau periuk nasi kita buat apa kita nak
kacau periuk nasi dia.”
Mira
nie memang tau, memang nak kena gigit! Afiqah mengetap bibir.
“Siapa cakap dia tak kacau? Tau tak
dia tu boleh bawak imej buruk dekat kedai nie. Nanti habis semua pelanggan kita
lari.”
“Memandai ja kau nie. Biarlah dia tak
kacau kita kau nie nak berdengki dengan dia buat apa? Dari kau berdengki dengan
mamat tu, menambah dosa kering kau baik kau tolong aku hias kek cawan nie.”
Afiqah merengus. “Bela sangatlah kutu
rayau tu.”
“Jiwa
ku dipalu gemersik tak terkira, hampir ku
terlena dalam belaian mu. Cinta mu
selembut sutera menjadi saksi kasih ku. Tiada
dua hanyalah satu kau yang ku cintai…” Suara kutu rayau tu menyapa lagi di
telinga Afiqah. Tingkap kedai mereka yang sentiasa terbuka tu menyebabkan suara
lelaki tu boleh didengari sampai ke dalam kedai mereka.
Wah, makin
menjadi-jadi pulak mamat nie. Afiqah panas hati. Entah kenapa dia rasa asyik
nak marah ja bila terpandang kutu rayau tu. Rasa macam lelaki tu pernah buat
salah dengan dia sampaikan dia memang tak boleh langsung pandang lelaki tu.
Suara dia pun kalau boleh Afiqah tak nak dengar. Bingit! Dan yang pasti Afiqah
pun tak tau kenapa dia rasa macam tu padahal apa yang Mira cakap memang betul,
lelaki tu tak kacau mereka pun apatah lagi dia.
Afiqah
mengeluh lagi. Mengidam beg jenama Padini, kenapalah dengan hati nie…
-----------------------------------------------
“Rinduuuu…
rindu serindu rindunyaaaa… namun engkau tak mengerti oh oh oh...” Lelaki tu
menyanyi dengan penuh perasaan.
Kuat
betul suaranya menyanyi, boleh dengar sampai ke dalam kedai Cupcakes Homey Delicious milik Afiqah
dan Mira.
“Pilu…
pilu sepilu pilunyaaaa… namun engkau tak peduli…”
“Tak
habis-habis nyanyi lagu jiwang! Naik nanah telinga aku nie mendengarnya.” Mulut
bising tapi tangan Afiqah ligat menghias cupcakesnya dengan aising.
Mira
cuma mampu menggelengkan kepalanya saja.
“Tak
habis-habis lagi ke nak berdengki dengan mamat tu. Kau nie Fiqa tak faham aku.
Bukannya dia kacau kau.”
“Siapa
cakap tak kacau? Kacau telinga aku nie tau tak. Bingit dengar lagu jiwang karat
dia tu. Jiwang mamat nie jiwang tahun 80 an. Gila betul… geli anak tekak tau!
Nak termuntah.” Dibuatnya aksi nak muntah.
“Ha,
buat-buat… termuntah dalam cupcakes tu, kau makan!”
Afiqah
tersengih.
-----------------------------------------------
“Semalam
lagu rindu-rindu segala. Hari nie lagu apa pulak dia nak nyanyikan.” Afiqah
berkata perlahan, hujung mata dikerling luar tingkap kedainya melihat lelaki tu
yang sedang menyiapkan dirinya mahu bernyanyi. Tiba-tiba lelaki tu memandang ke
arah Afiqah. Mata mereka bertemu! Lelaki tu melemparkan senyuman dan matanya
dikenyitkan kepada Afiqah. Afiqah terkedu…
“Hayy,
tak kan tertunggu-tungu kot.” Mira menyindir.
Afiqah
tersedar… kepalanya digelengkan berkali-kali. Cis, macam mana aku boleh terpesona dengan mamat tu. Arghh! Ni semua
mimpi… mimpi! Kepalanya diketuk perlahan.
“Kau
kenapa? Tak kan angau dengan mamat tu sampai jadi gila macam nie?” Mira
menyoal. Pelik benar dia tengok Afiqah sekarang.
Afiqah
berdehem. “Huh, tak ada maknanya.” Muka slumber ditayang. Padahal dalam hati tu
dah terkena panahan power kenyitan mata lelaki yang dia panggil kutu rayau tu.
Tiba-tiba
‘radio’ kedai mereka dah ‘terpasang’. Siapa lagi kalau bukan kutu rayau yang
Afiqah benci sangat tu.
“Dapatkah
putikkan menjadi bunga. Kiranya cuaca sering gerhana. Dapatkah kasih bersemi
selamanya ataupun aku harus berserah kepadaNya Yang Maha Esa…”
“Dia
mula dah, dia mula dah…” Afiqah mengutuk.
“Karam
aku dilautan duka. Bila wajahmu hilang di mata… tiada berita pengubat rindu
dikala sendu…” lelaki tu menyanyi penuh perasaan memang tengah hayati gilalah
sampai mata-mata pun terpejam.
‘Alahai,
dia nie tengah putus cinta ke apa? Ada makwe ke dia nie?’ Afiqah masih
memandang curi-curi ke arah lelaki tu. Ehem-ehem berminat ke Cik Afiqah?
“Kau
tenung apa lagi mamat tu? Bukannya boleh tukar jadi laki kau pun kalau kau
tenung lama-lama.” Mira kalau menyindir memang stok menikam ke jantung!
“Tak
lah, aku nak tengok bila dia nie nak karam macam tajuk lagu yang dia nyanyi tu.
Dah naik menyampah tengok muka dia kat sini hari-hari.”
Lain
dihati lain yang keluar dari mulut tu. Ego tu tinggi melangit!
“Cecece…
pakai ayat cover segala pulak cik
Afiqah kita nie. Suka cakap suka… kalau suka bagitau ja aku boleh tolong
pinangkan mamat tu kat kau. Haha.” Mira mengusik.
Afiqah
menjelir lidah kepada Mira sebelum kembali menyambung kerjanya.
-----------------------------------------------
“Jangan
bilang tidak bila kita belum mencuba, siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga
hatiku. Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga ku harapkan dengan
dirimu walaupun singkat pendekatan cinta kita kan abadi.”
“Mamat
nie tak ada hidup ke? Tak ada kerja ke? Tak ada anak bini ke ha? Eii, tension aku!” Afiqah membebel.
“Jangan
bilang tidak waktu dicium aku bingung namun dada ini bergetar makanya sungguh
aku mohon jangan bilang tidakkkk…”
Tiba-tiba
mamat tu seolah-olah memandang ke arah Afiqah yang berada di kauter pembayaran.
Kedudukan yang bertentangan tu membuatkan Afiqah mencebik. Menyampah!
Aik,
dia tuju kat aku ke lagu tu? Hati Afiqah mula berdialog.
“Hayy,
dia nyanyi kat kau tu Fiqa… balas la balik. Bilang ya, ya. I love you too… hehe.” Mira mengekek.
“Tulang
kucing kau, dah lah pakai lirik bercium segala. Geli aku!” Afiqah mengelak.
Pandangan
mula ditumpukan kepada cupcakes di hadapannya. Padahal dalam hati tiba-tiba dah
berbunga. Afiqah tersenyum kecil.
Ehem-ehem… benih dah ditanam, baja dah
disemai… tunggu bunga ja nak tumbuh. Lepastu bolehlah kata dalam hati Afiqah
ada taman!
-----------------------------------------------
Mira
dengan Afiqah sedang mengemas kedai mereka untuk ditutup. Masing-masing sepi
sebelum Mira buka mulut.
“Aku
tengok mamat tu macam suka dekat kau ja Fiqa.”
“Macam
suka… belum tentu suka.” Padahal dalam hati Afiqah dah mula dupdapdupdap bila
Mira sebut pasal kutu rayau tu. Kenal pun tidak, nama pun tak tau tapi pandai pulak hati nie rasa
berdebar-debarkan? Pro betul…
“Iya,
dia memang suka dekat kau. Kau nie terima ja la mamat tu… ok apa aku tengok
dia. Rupa pun ada. Kalau pasal kerja tu lepas kahwin kau suruhlah dia cari kerja yang berjenis
sikit.” Mira memberi cadangan.
“Kahwin?
Oh no man… kau buka tak tau aku dengan perkataan kahwin tu tak ngam!”
“Yang
kau takut nak kahwin nie kenapa?”
“Kau
tak tengok orang zaman sekarang nie macam mana? Tambah-tambah artis… kahwin tu
dah jadi macam salin baju! Kahwin cerai… kahwin cerai. Aku tak nak aku pun jadi
macam tu.”
“Tu
artis… kau nie artis ke? Kalau dah kau suka dia, dia suka kau… buat apa nak
bercerai? Hidup ja la aman bahagia sampai ke anak cucu, sampai ke liang lahad,
sampai ke syurga. Habis cerita. Untung-untung kau boleh jadi ketua bidadari dia
kat syurga.” Pergh, terbaiklah ayat Mira. Memang advance betul pemikiran dia nie. Apa taknya sampai ke syurga tu dia
punya plan.
“Kalau
sampai. Kalau tak sampai?”
“La,
bagilah sampai!” Mira bercekak pinggang.
“Hish,
sengal… malas aku layan kau.”
-----------------------------------------------
Disuatu
hari yang indah, angin sepoi-sepoi bahasa… dedaun berguguran atas tanah…
burung-burung berkicauan sambil menggedik… erkk. Abaikan.
“1000
biji? Eh, boleh-boleh. Bila ya encik nak? Minggu depan? Boleh-boleh. Saya boleh
buat.”
Telefon
diletak, muka Afiqah bercahaya-cahaya macam terlebih Nur pun ada.
“Mira!!!”
bergegar satu kedai dek tempikan Afiqah
“Apa-apa?
Kau nak beranak ke?” Mira keluar dari dapur dengan kelam-kabut. Muka cuak tak
ingat!
Afiqah
meluru ke arah Mira dan memeluknya kuat.
“Kita
dapat tempahan… Kita dapat tempahan! Diorang order 1000 biji cupcakes kita.”
“Betul
ke? Betul ke?? Wah! Hari nie la hari yang paling aku bahagia.” Mereka berdua
melompat sambil berpelukan.
Dah
6 bulan mereka buka kedai cupcakes tu
tapi sambutan masih kurang memuaskan. Nak kata cupcakes mereka tak sedap, tak ada pulak pelanggan mereka yang complaint. Ah, rezeki belum ada tapi
hari nie rezeki mereka ada! Buat kali pertamanya mereka terima tempahan yang
besar.
“Ehem-ehem…”
tiba-tiba ada satu suara garau menegur mereka.
Tiga
pasang mata saling bertentangan. Erkk… mamat tu.
Buat
pertama kalinya lelaki tu masuk ke dalam kedai mereka setelah hampir 6 minggu
menjadi ‘jiran’ mereka.
“Err,
ada apa encik?” Mira menanya.
Lelaki
tu masih memandang Afiqah tapi Afiqah pulak hanya mendiamkan diri.
“Saya,
saya nak beli tauke kedai cupcakes
nie.”
“Apa
encik? Encik nak beli tauke cupcakes?”
terbuntang mata Afiqah dengan Mira.
“Saya
cakap macam tu ke? Awak berdua silap dengar kot. Saya nak beli cupcakes bukan tauke dia. Tapi kalau
tauke dia sudi saya seribu kali lagi sudi.” Lelaki tu tersenyum-senyum miang
keladi.
Afiqah
menjuling mata ke atas. Gatal rupanya mangkuk nie.
“Owh,
maaflah encik… tauke kedai nie bukan untuk dijual. Silakan duduk saya ambilkan
encik cupcakes.” Mira tersenyum
mesra. Mesra sebagai pelanggan ya.
Afiqah
dah berlalu ke dapur kedai. Meluat!
Mira
keluar sambil membawa cupcakes di dalam dulang.
Afiqah
mengintai di balik pintu dapur kedai, dia ternampak Mira dan lelaki tu berbual
mesra. Dia mencebik. Cis, jual minyak rupanya mak cik nie!
Aik,
cemburu ke Cik Afiqah kita nie?
-----------------------------------------------
“Nama mamat tu…”
“Piejot??
Apa ke jenis nama tu? Tak serupa manusia langsung. Dah macam pijat-pijat aku
dengar. Rasa nak pijak-pijak pun ada.” Itulah komen pertama Afiqah bila Mira
memberitahu nama lelaki tu.
“Apalah
yang kau nak marah sangat dengan Piejot tu? Tak adalah teruk mana pun aku
tengok laki tu. Ok ja… Tak faham aku
dengan kau nie.” Tangan Mira ligat mengelap meja bulat yang baru digunakan
Piejot tadi.
“Boleh
kau tanya soalan macam tu dekat aku Na… apa yang aku marah dengan dia? Kau tau
tak pelanggan kita semuanya lari sebab suara dia yang sumbang mambang tu. Macam
nak seru taufan tau suara dia tu.” Afiqah berkata sambil tanggannya ligat
mengemas kaunter.
Mereka
sedang bersiap-siap nak menutup kedai. Waktu operasi mereka hanya sampai pukul
9 malam, sekarang dah pukul 10 malam.
“Ya
ke macam nak seru taufan? Aku dengar sedap ja.”
“Telinga
kau pekak tersumbat dek taik telinga. Tu yang kau dengar suara dia sedap.”
Mira
ketawa kecil
“Jangan
nanti kau pulak yang pekak tersumbat dek taik telinga macam aku jugak dah lah.”
Mendalam maksud Mira tu.
“Tak
maknanya aku dengar suara pijat-pijat tu sedap. No! Nehi! Enggak mungkin!”
Afiqah menggelengkan kepalanya berkali-kali.
“We’ll see…”
-----------------------------------------------
“Apa
awak buat dalam kedai saya?!” Suara Afiqah meninggi. Dia bercekak pinggang sambil memandang tajam ke arah Piejot.
“Tak
nampak saya tengah makan?” selamba riak muka Piejot seolah-olah tak terkesan
langsung dengan muka garang Afiqah.
“Baik
awak keluar sebelum customer saya
lari.”
“Cik
Afiqah boleh tak layan saya nie baik-baik. Saya nie pelanggan. Macam nie ke
awak layan pelanggan? Tak professional langsung.
No wonder lah kedai awak tak laku.”
Afiqah
menggenggam tangannya. Kecik besar ja lelaki nie dekat pandangannya rasa nak
ditumbuk-tumbuk macam sambal belacan!
“Duduk…
teman saya makan.” Selamba Piejot memberi arahan kepada Afiqah.
“Huh,
mimpi… jangan harap saya duduk semeja dengan awak.”
Tiba-tiba
Piejot bangun dan berdiri di hadapan Afiqah. Betul-betul di hadapannya.
Hu
mak aih, tinggi macam tiang letrik mamat nie. Afiqah mengutuk.
“La
pendek ja rupanya awak nie. Macam ayam katik dekat belakang rumah saya.” Piejot
ketawa berdekah-dekah.
“Diamlah!
Pendek-pendek jangan sebut. Sensitif!” Afiqah protes.
“Teman
saya makan kalau awak tak nak kena cium depan pelanggan awak yang lain.” Piejot
membisik perlahan di tepi telinga Afiqah. Afiqah menelan air liurnya sebaik
diugut Piejot.
“Huh…”
Afiqah mengalah ditariknya kerusi dan duduk berhadapan dengan Piejot.
Dia
memerhatikan ruang kedainya. Kosong! Caih… dia terpedaya dengan Piejot. Mana
ada orang lain dekat situ cuma mamat tu sorang ja customer dia masa tu. Afiqah dah nak bangun balik tapi tiba-tiba
Piejot bersuara.
“Awak
tau kenapa saya selalu kacau hidup awak?”
Afiqah
tak jadi bangun tapi menggeleng perlahan kepalanya.
“Sebab
awak dah curi barang berharga saya.”
Mata
Afiqah terbuntang.
“Mana
ada! Saya tak pernah mencuri lah. Apatah lagi nak curi barang lagilah saya tak
pernah awak jangan pandai nak memfitnah saya ya.” Afiqah berkeras menafikannya.
Piejot
tersenyum manis.
“Ada…
awak dah curi barang saya yang paling berharga. Bila awak nak pulangkan?” mata
Piejot masih setia memandang Afiqah.
“Pulak…
dah saya tak curi macam mana nak bagi baliknya?”
“Afiqah.
Please, I’m begging you please give me
back my heart, my soul… my love which you have taken from me without my
permission.”
“Saya
tak ambik lah! Macam mana nak bagi balik heart, soul dengan love awak tu kalau
saya tak ambik.” Afiqah merengus.
Tapi…
eh-eh… mamat tu cakap apa tadi? Heart, soul,
LOVE?!
Afiqah
terdiam matanya memandang Piejot.
Aku
nampak dia hensem malam nie… terdetik dalam hati Afiqah.
Lama
mereka berpandangan. Aww, tenung-tenung mata pulak kan… memang romantik
habislah.
Piejot
memandang ke dalam mata Afiqah dengan perasaan sayang membuak-buak nie dengan
harapan Afiqah akan faham apa yang dia rasa kepada Afiqah.
Tiba-tiba
Afiqah balas…
“Gila…
balik rumah makan ubat halusinasi la weh.” Afiqah terus masuk ke dapur kedai meninggalkan
Piejot terpinga-pinga dekat situ.
Lama
otak Piejot nak process reaksi Afiqah
tadi, lama sikit barulah dia faham. Dia tersenyum sorang-sorang sambil mengusap
perlahan belakang tengkuknya… matanya memandang ke atas syiling kedai.
Kena reject daa…
To be continued...
P/s : Somehow… saya rasa lagi selesa lah tulis cerpen dari novel… huhu. Tapi! Tapi tak bermaksud tak nak try buat novel. Ok nie cerpen the latest punya. Apa macam? Kasi hentam sama komen sikit ini punya cerita… nama heroin cerpen nie memang sempena nama kawan saya. Sebab dialah saya menang masa first time join contest cerpen. :) So, rasa nak abadikan nama dia dalam salah satu cerpen saya... dan cerpen nie dibuat khas untuk dia sebab dia suka buat cupcakes...! hehe... Enjoy. ;)
Untuk awak cik Afiqah Bakri. J
UiTM dihatiku… muahh.
Cerita yang menarik dan sweet... macam cupcakes tu jugak....
ReplyDeletemenarik la..i like.
ReplyDeleteawwww.......sweet giler that afiqah.
ReplyDeletehonestly, perangai baby afiqah uitm di hatiku tu pun mcm tu jugak...
can't wait for the next part :)
aww....sweet cangat cik afiqah tu. hehe..sama la mcm cik afiqah bakri my baby tu!
ReplyDeletecan't wait for the next part! :)
best sgt2.. suka bca.. smbung lg ya.. cerpen akak semua best2.. *kejip mata.. ;)
ReplyDeletebest! :D
ReplyDeletepiqah:awwww.....like it maa....hahaha...xsangka hang buat guna nma aq....hehehe...tercapai gak impian aq.hahaha..xsabo tunggu sambungan.....>_<
ReplyDeleteawwww. nak ade nama kita jugak
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletehehe..thanks :)
@Anonymous
ReplyDeleteme also like...hehe thanks :)
@Izzaty
ReplyDeletehaha...part 1 afiqah sweet la..tunggu part last.. afiqah jadi kejam sikit..ngeh3..
Kan3? sama...haha
@Izzaty
ReplyDeletehehe...mg buat untuk dia tu yang sama... ;)
@nurul najwa
ReplyDeletenajwa..akak kejip mata balik kat najwa...haha thanks sayang. :)
@tiekqa fhea
ReplyDeletehuhu...thanks fhea :)
@Anonymous
ReplyDeleteafiqah! haha... mg aku plan lama dah cerpen nie. Masa kat u lagi. ingat dak kita sembang ramai2.. pastu sambung kat fb lak kata ang nak hero yg pandai main gitar...so, this is it. hehe
@forever yours
ReplyDeleteingat kat you tu yang letak nama you...awww...haha
piqah:owh..........igt3.......ptt lar mmat nii pndai nyanyi..hahaha...1 agi kriteria yg aq suka hang buat ialah dia tinggi...aq mmg suka llki tinggi.>_<
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteafiqah..ya'a?haha yg tu spontan tpikir...huhu
best sangat2 n kelakar giler... enjoy baca!! :)))))))))))
ReplyDeleteatikah! thanks baca... suka hati ni bila awk enjoy.huhu :)))
DeleteSebena nye sape mamat tu..macam tak saba pulak nak tau...hehe
ReplyDeletehaaa, sila baca sambungannya ok... :)
Delete