Thia
termenung di birai katilnya, mindanya menerawang memikirkan siapakah gerangan
Mr. SS. Lelaki itu datang dan pergi sesuka hatinya saja. Kalau datang
berjemput, pergi berhantar tak apa… Thia boleh consider lagi. Tapi ini kes datang tak diundang, pergi tak
berhantar! Macam hantu. Cuma yang Thia tak tau… hantu ni versi hensem ke tak.
Tu je…
Sudahlah
tu, kalau datang tak mengganggu dan mengusik tak apa lagi… Thia boleh kompromi.
Masalahnya sekarang dia dah usik hati Thia… jiwa Thia. Dia buat Thia tak tidur
malam! Bagi benda-benda sweet macam
tu ingat Thia kuat ke nak tepis godaan? Alahai, Thia pun insan biasa jugak, dia pun ada naluri wanita yang
sensitif… mudah terusik, mudah tersentuh dan mudah terjatuh. Jatuh katil habis
kurang sakit belakang… jatuh hati? Macam mana nak jawab? Cer citer… cer citer…
Thia
yang tadi duduk termenung di birai katil kini beralih ke meja studinya pula.
Ayien yang dah lama melayari mimpinya sikit pun tak terganggu dek cahaya lampu
yang dipasang Thia. Thia membuka laci mejanya perlahan-lahan. Barang-barang dan
surat-surat yang diberikan Mr. SS kepadanya menyapa pandangan matanya.
“Siapa
Mr. SS?” Thia mengeluh perlahan. “Selagi aku tak tahu siapa Mr. SS ni, selagi
tu la hati aku tak akan aman. Aku kena cari siapa dia. Aku wajib cari!”
Thia
betul-betul sudah tekad. Esok bakal jadi hari penentunya… dia akan cari Mr. SS
yang sangat misteri tu dan bersemuka dengannya untuk menagih satu penjelasan!
Tentang semua yang dia lakukan dan kenapa dia lakukan semua ini pada Thia.
Betul ke dia serius dengan Thia atau sekadar nak main-mainkan hati dan perasaan
Thia. Kalau betul sikit pun dia tak serius nak pikat Thia? Tak ke Thia jugak yang makan hati berulamkan
jantung, berpucukkan air mata! Sangat tak sedap dan menyakitkan… sedih tahu
kalau hati kita terluka, apatah lagi dilukai. Orang yang melukakan hati kita tu
mungkin tak terkesan sangat. Betullah masalah hati dari dulu sampai sekarang
buat orang susah hati memikirkannya dan sekarang benda tu terjadi kepada Thia.
Si gadis polos yang sudah jatuh hati pada Mr. SS.
“Mr.
SS…”
-----------------------
Keesokan
harinya… Thia betul-betul mengotakan apa yang dia katakan semalam. Thia
berpakat dengan Ayien dan Ayien bertindak sebagai umpan untuk ‘tarik’ Mr. SS
yang misteri tu keluar. Kalau ikutkan cara dan waktu yang Mr. SS selalu gunakan
untuk tinggalkan hadiah Thia, hari ni memang hari yang paling sesuai! Sebab
selalunya masa ini Ayien akan lepak dekat
library untuk group discussion.
Jadi mesti mamat tu muncul kat sini hari ni. Thia bukannya main aci redah je nak serbu, dia ada plan dan dia
sangat yakin… firasat dia kuat mengatakan Mr. SS akan muncul hari ni.
Thia menyorok di balik rak-rak buku
yang sedikit jauh dari meja tempat Ayien duduk. Matanya peka memerhatikan meja
Ayien… spek mata hitamnya dibetulkan letak duduknya di atas hidungnya. Kata under cover? Haruslah, Thia menyamar
sikit-sikit kan… baru boleh feeling-feeling
macam James Bond sikit.
Ayien
sudah habis discussion group.
Sekarang dia tengah lepak seorang diri di meja tempat dia buat discussion tadi dengan member-membernya. Ayien berlagak seperti
biasa… selang beberapa minit kemudian dia berpura-pura ke tandas. Thia siap
buat deal lagi dengan Ayien sebelum
ni… “Kau masuk tandas lama-lama sikit tau. Sepuluh ke dua puluh minit. Sejam
pun tak apa.”
“Cangaklah
aku nak berteleku lama-lama dalam tandas tempat jin bertendang tu. Agak-agak la
kau ni Thia. Sepuluh minit. Tu je
paling lama aku boleh tahan. Last offer.”
“Ok-ok
sepuluh minit lima saat.”
“Thia!
Lapan minit.”
“Sembilan
minit setengah.”
“Dua
minit!” Ayien bengang.
“Mana
aci! Ok lah aku take first offer tadi.
Sepuluh minit.”
Ayien
berjalan menuju ke tandas. Peralatan tulisnya dan buku-bukunya ditinggalkan di
atas meja tadi tanda dia cuma meninggalkan kawasan tu untuk seketika sahaja.
Mata Thia masih setia memandang ke arah tempat yang sama sejak tadi. Khusyuk
betul dia memerhatikan setiap lelaki yang dia rasa mencurigakan dan berpotensi
untuk menjadi Mr. SS. Pantang ada lelaki yang lalu berdekatan dengan tempat
Ayien duduk, mesti leher Thia memanjang ala-ala leher zirafah nak usya muka
lelaki tu.
Spek
mata hitamnya dilurutkan sedikit ke bawah apabila ada seorang lelaki kacak yang
bergaya sedang berjalan menghampiri meja Ayien… di tangan lelaki tu terdapat
satu bungkusan! Thia excited… “Tu ke
Mr. SS? OMG! Oh mag gi! Hensem gila…
kalau betul dia Mr. SS sekarang jugak
aku pergi meminang dia.”
Tapi
kemudian, lelaki hensem tu melencong ke kiri. Sekaligus bergerak menjauhi meja
Ayien. Thia kecewa, “Ala, bukan Mr. SS. Sedihnya…”
Thia tak
berputus asa. Mr. SS perlu dicari jugak
hari ini, wajibalngunnah! Bukan izhar halqi bukan mad lazim bukan mad asli.
Wajib! Thia kembali fokus…
“Tengah
buat apa tu?” Satu suara bertanya di belakang Thia.
“Tengah
intip orang.” Selamba Thia menjawab. Langsung tak dipandang wajah suara yang
menegurnya tu. Thia dah tak peduli semua tu yang penting sekarang Mr. SS!
“Owh,
intip siapa?” Suara tu bertanya lagi.
“Tengah
intip Mr. Ssss…” Thia terdiam. Siapa yang tanya dia ni? Baru Thia tersedar!
Perlahan-lahan badannya dipusing ke belakang. Terkejut beruk Thia rasa! Matanya
membuntang…
Again… Oh Mag Gi!
Lelaki
tu ketawa kecil memandang wajah terkejut Thia. Muka Thia pucat… gamaknya kalau
ditoreh pun dah tak berdarah.
“Kenapa
yang terkejut sangat ni? Saya bukan hantu… ke sebab muka saya ni tak cukup
hensem untuk jadi Mr. SS awak macam mamat yang awak usya tadi?”
Mulut
Thia terkunci rapat.
“Mr. SS
awak tu dah muncul ke?”
Thia kelu
seribu bahasa. Apa mamat ni buat dekat sini? Mamat yang berlagak macam dia tu lecturer dalam kelas prof Adi hari tu.
Ah, suwei betul! Thia mengeji…
“Dah
berapa lama awak ada dekat belakang saya?” Soalan lelaki tu dibalas dengan
soalan yang dingin dari Thia bukannya jawapan.
“Hurmm,
lama tu tak lama la jugak. Tapi dari
mula awak berdiri kat sini saya dah ada la masa tu.” Lelaki tu menjawab sambil
membelek buku-buku di rak di hadapannya. Wajah Thia tak dipandang ketika dia
menjawab soalan Thia.
Dari mula
aku berdiri dekat sini?? Tu setengah jam yang lepas… lama dah la tu maknanya.
Cis! Hati Thia menjerit. Tiba-tiba mata Thia tertancap pada kad matrik lelaki
tu. Muhammad Saifullah. Sekali lagi mata Thia membulat. Saifullah = SS? Ish, tu
double ‘S’ dia ni satu ‘S’ je… mustahillah! Tak kut. Thia cuba
menafikannya.
“Boleh
pergi main jauh-jauh sikit tak? Saya ada kerja ni.” Thia menghalau Saif macam
halau kucing kurap saja. Saif mengangkat kedua-dua bahunya dan terus berlalu
pergi seperti yang dipinta Thia. Thia yang memandang Saif berlalu pergi menarik
nafas lega. Dia pergi, maknanya dia bukan Mr. SS tu. Nasib baik… hati Thia
lega.
Thia
kembali memandang ke arah meja Ayien. Hampa… Mr. SS tak muncul macam yang
diharapkannya. “Hari ni, Mr. SS tak nak kirim apa-apa ke dekat aku?” Sedihnya
Thia rasa, dia berdukacita…
“Eh, ada
la… Mr. SS ada nak bagi something dekat
awak.”
Spontan
Thia terus berpaling ke belakang. Lelaki yang bernama Saifullah tu muncul
semula. Dia menghulurkan sebuah buku kepada Thia. Thia menyambutnya dengan
ragu-ragu… tba-tiba jantung Thia berdegup kencang. Macam nak pecah!
“Buka
muka surat tengah…”
Thia
patuh pada arahan Saif. Muka surat tengah dibuka dan satu nota kecil berwarna
koko menyapa pandangan matanya.
Thia
terpempan… matanya tak bekelip memandang Saif. Mulutnya terbuka tapi tak mampu
nak berkata apa-apa.
Terjawab
sudah segala persoalan yang bermain-main di minda Thia. Saifullah a.k.a mamat
berlagak jadi lecturer a.k.a mamat
yang dia nak panggang buat BBQ a.k.a mamat yang dia angau adalah Mr.SS!
Lelaki di hadapannya kini. Betullah tak menjadi plan Thia… dia nak ‘tangkap’
Mr. SS tu last-last dia yang kena
‘tangkap’ dulu!
Saif
tersenyum. “I’ll take only ‘Yes’ and ‘Ya’
as the answers… hurmm, ‘I do’ also acceptable. Other than that… rejected!”
Belakang
telapak tangan dibawa ke dahi, “Nak pengsan boleh tak kat sini?” Thia menyoal
polos kepada Saif.
Ketawa
Saif pecah. “Boleh je nak pengsan
tapi kena jawab dulu la. Jawapannya??”
Thia
termangu… jawapan apa yang perlu diberikan?
-----------------------
Thia dan Saif yang saya bayangkan... :)
Kalau
dah tertulis jodoh si polan dengan si polan… sorang lari ke hujung dunia pun,
sorang lagi lari ke bulan pun akhirnya bersatu jugak. Kan? Kalau dah memang tertulis jodoh Muhammad Saifullah
adalah dengan Nur Fathia… kahwin jugak
diorang. Lepas habis saja pengajiannya… Saif terus menghantar rombongan
meminang ke rumah Thia. Mereka bertunang sehingga Thia tamat pengajian dan
sebaik sahaja Thia tamat pengajiannya, mereka berkahwin. Masa tu kewangan Saif
dah kukuh… dah elok sangat kalau mereka berumahtangga.
“Sejak
bila abang jatuh cinta dengan Thia??”
Saif
senyum.
“Sejak
kali pertama abang tengok ada sorang awek cun ni, jalan masuk ke dalam dewan
kuliah tanpa berkasut. Berkaki ayam…” Saif ketawa kecil begitu jugak dengan Thia. Thia mengeratkan
pegangan tangannya di lengan Saif.
Bahagia?
Sangat…
Happy?
Gila tak…
In love?? Dah
masuk tahap petala ke lapan…
“Abang…”
“Hurmm…”
“Me jatuh in love dengan you…”
Ketawa
Saif pecah.
“Apa confess guna bahasa macam tak pernah sekolah
ni? Berterabur bahasa melayu dengan inggeris tu.”
Thia
sengih. Mentang-mentang gigi lawa. “Ala, I
love you… so lame. Aku cinta padamu? Aiseh… klasik basi. Ayat Thia mana ada
orang guna lagi.”
“Pun
boleh… abang terima aje confess sayang
tu. Walaupun bunyi dia macam budak tak sekolah.”
Thia
muncung itik. Tapi tak lama kejap aje bila Saif cuit manja hidung dia, terus
senyum balik. Ingat boleh ke merajuk lama-lama dengan Saif? Mana boleh! Nanti
malam tidur nak peluk sape?
“Sayang…”
“Hurmm…”
“Me sangat love you too, like gila.”
Giliran
Thia pulak ketawa sakan.
“Pun
boleh…”
“Abang…”
Thia menyeru lembut suaminya.
“Hurmmm…”
“SS stands for what?”
“Saif Sweet!”
“Perasan…
‘Syok Sendiri’ pun boleh!”
Ketawa
mereka bersatu.
Tak
pernah terlintas di benakku saat pertama kita bertemu sesuatu yang indah tumbuh
dalam gundah. Harum dan merekah.
Tulus
hatimu buka mataku, tegar jiwamu hapus raguku… membuncah di hati harapan dan
suci menyatukan janji.
Bunga-bunga
cinta indah bersemi di antara harap pinta padaNya… Tuhan tautkanlah cinta di
hati. Berpadu indah dalam mihrab cinta…
-----------------------
Beberapa
tahun kemudian.
“Lara…
Lara… where are you dear?” Thia
menyeru lembut nama anaknya. Cari di dalam balik tak ada… dekat ruang tamu atas
pun tak ada. Mana budak ni pergi? Hati Thia mula dipagut resah. Mindanya mula
memikirkan perkara yang bukan-bukan. Sekarang kan tengah hangat dengan isu
culik kanak-kanak. Budak yang elok-elok tengah tidur dalam rumah pun boleh kena
culik ni kan pulak yang elok tengah
berjaga. Thia terus meluru ke tingkat bawah rumahnya…
Membulat
mata Thia melihat anak perempuan ke hulu ke hilir memakai kasut tumit tingginya
sambil mengusung baby dollnya di
tangan. Saat mata anak kecil tu tertancap kepada wajah risau mummynya. Terus dia tersenyum lebar!
“Mummy!” Lara memanggil riang mummynya. “Mummy see… I look pretty just like you, right?” fasih si kecil Lara
berbahasa inggeris sambil mengayakan kasut tumit tinggi Thia.
“Lara!
Berapa kali mummy cakap jangan main
dengan kasut tinggi mummy…” Thia
bercekak pinggang memarahi anak perempuannya. Sudah berulang kali dia cakap
jangan main dengan kasut-kasutnya tu. Bukan apa, dia takut anaknya terjatuh
bila memakai kasut tumit tinggi tu tapi gadis kecil berumur empat tahun tu
hanya ketawa manja melihat mummynya
marah. Bukannya dia takut, dia ketawa lagi ada… sedikit sebanyak Thia lega
melihat Lara tengah tersenyum di hadapannya.
“Mummy you look so cute when you are angry… Lara
suka.” sekali lagi Lara tertawa manja. Mata Thia mengecil mendengar kata-kata
anaknya tu. Dia mahu memarahi anaknya tu lagi tapi rasa nak marah tu tiba-tiba
terpadam terus… sejuk hati dia melihat Lara ketawa. Nampak sangat comel! Macam mummynya la…
“Pandai
ek, Lara bodek mummy…” bibir Thia tersenyum.
Thia menapak ke arah Lara yang sedang duduk di hadapan rak kasut di dalam rumah
mereka. Dia turut bersila di sisi anaknya yang sedang ralit menilik satu
persatu kasut tumit tinggi miliknya. Pipi gebu anaknya dicuit…
Lara
sedikit pun tak mengendahkan perbuatan ibunya. Dirinya leka bermain dengan
kasut-kasut ibunya. Mata Thia tak lepas memandang wajah satu-satunya anak
perempuannya dengan Saif. Buah cinta mereka, kepala Lara diusap perlahan.
“Mummy should I wear the blue one or the
yellow one?”
Thia
ketawa. “My dear Lara…” Thia menarik
lembut tangan anaknya dan didudukkan Lara di atas ribanya. Dipeluknya tubuh
kecil anaknya itu dari belakang. “Higheels
ni tak sesuai untuk sayang la… kaki sayang kecil comel mana muat pakai kasut mummy yang besar ni.”
“But… I wanna wear it.” Lara berpaling ke
belakang mencari wajah mummynya. Thia
menggeleng kepalanya perlahan, tak padan dengan umur baru empat tahun dah
pandai melaram sakan anak aku ni… betullah ikut perangai mummynya. Fotostat. Hati Thia berdesis perlahan.
“Later ok… nanti bila Lara dah besar
sikit mummy janji. Mummy belikan Lara your own higheels. Ok?”
“Promise me?”
“Promise sayang…” Ubun anak dicium
perlahan.
“Pinky promise!” Thia ketawa melihat Lara
menunjukkan jari kelingkingnya yang comel itu kepada Thia. Bila Lara dah start pinky promise tu maknanya memang
dia tak akan lupa janji ni. Dia akan tuntut!
Thia
mengangguk kepalanya berkali-kali. Jari kelingkingnya dan Lara bersatu.
“Daddy pun nak jugak pinky promise…”
Spontan
kepala Thia dan Lara kalih ke belakang. Saif tersenyum melihat dua orang wanita
yang dia sayangi…
“Jari
kanan Lara mummy dah pegang, daddy pinky promise jari kiri Lara… ok? Come…” si kecil Lara yang masih
diriba mummynya menunjukkan jari
kelingking kirinya kepada Saif. Saif ketawa kecil… tapi huluran anaknya tu
disambut juga.
“Bila
abang balik? Tak dengar bunyi kereta pun…”
“Mana
nak dengar kalau dah ralit menyembang anak-beranak.”
“Anak
dara abang yang sorang ni dah tak sabar nak pakai higheels… habis kasut Thia dicubanya. Tengok bersepah sana-sini.”
Thia mengadu manja pada Saif. Saif tersenyum saja.
“Mana
tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi? Ikut perangai Thia la tu… suka pakai higheels sampai pergi kuliah pun sanggup
tak pakai kasut semata-mata sebab higheels
dia tercabut tapak.” Saif mengekek ketawakan isterinya.
Thia pun
turut sama ketawa, Lara yang tak faham kenapa mummy dengan daddy dia
ketawa cuma memandang sepi sahaja… kasut-kasut mummynya lebih menarik perhatiannya.
“Eleh,
minah cun berkaki ayam tu jugak yang
abang susah payah tackle kan? by the way… thanks again tolong gam
kasut Thia tu.”
“Welcome dear… for you anything, just say it.”
“Abang,
gam apa yang abang guna untuk gamkan balik tapak kasut Thia tu? Kuat betul gam
yang abang guna tu… sampai sekarang dah tak lekang dah kasut tu.”
Saif
tertawa kecil.
“Abang
guna gam cinta. Just like our heart…
tuhan dah gam kukuh hati kita dengan gam cinta.”
Thia
senyum lebar… berbunga-bunga rasa hati tu. Kalau tadi Thia memeluk Lara dari
belakang kini Saif memeluk mereka berdua pula dari belakang pula… tangan
panjang je nak peluk dua-dua kan si
Saif ni. Lama mereka berkeadaan sebegitu.
“Sayang…
I got something for you.” Saif
membisikkan di telinga isterinya.
“Really?”
“Nah…”
sekeping nota kecil dihulurkan pada Thia. Thia mencapai dan membaca nota kecil
tu. Walaupun dah bertahun kahwin tapi Saif still
the old Saif yang sangat sweet
dan suka bagi Thia nota-nota kecil yang pun sama juga sweetnya. Dan Thia menjadi pengumpul setia nota-nota sweet
yang Saif berikan padanya, semua nota-nota kecil tu di simpan kemas dalam satu
kotak kecil yang juga sweet
bentuknya. Dan kotak yang sweet tu
pun Saif yang sweet tu juga yang
berikan! Ha, boleh bayangkan betapa sweetnya
Saif kat sini?
Thia
tersenyum lagi. Nota kecil yang baru Saif hulurkan pada Thia tadi bertulis…
“Can we lived happily ever after, daddy?”
Tiba-tiba bibir si comel Lara bertanya memecahkan lamunan ibubapanya yang saling
berkongsi rasa bahagia.
“Sure… we can sayang. But with the almighty
bless.”
Tuhan dah
gam kukuhkan hati dia buat Thia… dan hati Thia buat dirinya. Untuk itu Muhammad
Saifullah sangat bersyukur Nur Fathia menjadi miliknya.
TAMAT!
Rasanya ni la
satu-satunya cerpen saya yang paling banyak gunakan gambar... hehe... semua
gambar tu ihsan google saja. Enjoy ya... best tak best boleh respon. Saya
terima dengan hati yang terbuka. :)