7 April 2012

Cerpen : Kawan Pun Boleh Jadi Suamilah

“Iklil Imanina!” Saifuddin dah menjerit dari jauh.

Rasakan. Panggil lagi aku batu kerikil kan dah kena.” Iman mengekek ketawakan Saifuddin dari belakang pintu makmal sains yang terletak berhampiran garaj basikal.

“Tolong la aku!” Saifuddin memandang Fathi dan Meng dengan rasa bengang.

“Padan muka kau. Aku dah cakap jangan kacau Iman tu, kau kacau dia ibarat kau jolok sarang tebuan tau. Ambik sendiri.” Fathi menjawab.

“Entah, sendiri buat sendiri tanggung…” Meng dah tergelak terbahak-bahak.

Brutal betul Iman nie. Macam mana lah dia buat sampai basikal Saifuddin boleh ada atas bumbung garaj basikal tu. Adoi… sakit perut Meng dengan Fathi gelakkan Saifuddin.

Saifuddin mengetap bibir. Dalam hati menyumpah-nyumpah Iman. “Macam mana aku nak balik nie?” Saifuddin melihat kawan-kawannya menagih simpati.

“Jalan kaki.” Serentak Meng dengan Fathi jawab. Terusnya diorang blah dari situ meninggalkan Saifuddin seorang diri kat situ.

“Woi, macam nie ke kawan?!”

Iman tersenyum mengenangkan kenakalannya masa zaman sekolah dulu. Tapi tu dulu 8 tahun yang lepas bukan sekarang. Kenangan masa tingkatan 5.

‘Apa khabar la kawan-kawan aku sekarang nie. Rindunya kat diorang semua.’ Hati Iman berkata.

“Hoi, berangan ja kerja kau. Mak panggil la.” Kak Long menepuk perlahan bahu adik bongsunya tu. Tersentak Iman.

“Mana aku berangan aku termenung ja.” Iman menyengih.

“Sengih-sengih, ingat lawa sangat? Dah macam tenuk afrika aku tengok. Pergilah cepat kat dapur nanti mak bising.”

Iman terus ke dapur tak mau dengar maknya berleter. Mak tu jenis CEPAT, TEGAS, EFEKTIF! Erk, dah macam moto sekolah pulak.

Yes, mom? What can I help you?” Iman dah terjengul di dapur.

“Buat masak singgang tengiri. Kak Ngah dah masak sambal petai tadi. Kak long kau dah masak ikan bawal tiga rasa.” Mak dah mengeluarkan aura diktatornya membahagi kerja.

Alahai, senang betul jadi kaum ibu yang ramai anak perempuan nie. Order ja nak makan apa. Ada anak dara nak tolong masakkan. Ops! Anak dara Iman sorang ja. Lagi berdua tu dah jadi mak dara. Hehe.

“Baik mem.” Terus diambil bawang dan di potongnya tak cakap banyak nanti kalau lengah, lambat dia keluar dari dapur tu, lambar keluar dari dapur bakal menyesakkan hidupnya…

Apa kaitan dapur dengan sesak hidupnya?

“Kamu nie bila nak kahwin Iman? Bukannya muda lagi, Umur macam kamu nie dah patut beranak-pinak tau. Tu anak perempuan Pak Mat Tempe hujung kampung dah empat orang anaknya. Umur sama juga dengan kamu. Tak faham mak.”

Tu dia… tu diaaaaa. Tu lah kaitannya. Iman dah agak dah, pantang ada ruang sikit benda nie lah yang mak bangkitkan. Iman dah tak senang duduk, buat-buat pengsan boleh tak?

Kak Long dengan Kak Ngah ketawa kecil mendengar bebelan mak mereka. Iman menjeling sedas kakak-kakaknya.

“Kak Long dengan Kak Ngah kamu nie tak la liat sangat jodoh, yang kamu nie mak tak faham la kenapa susah sangat nak lekat.” Tak habis lagi rupanya.

“Jodoh tak sampai lagi.” Lemah Iman balas.

Ikutkan hati nak ja dia jawab. ‘Mak, sekarang zaman moden tak kahwin pun orang perempuan boleh hidup la mak.’ Tapi conform punya dapat pelempang dekat muka nanti.

“Bukan jodoh tak sampai lagi, kamu tu yang memilih sangat. Orang masuk meminang semua tak nak. Dah 6 kali kamu tolak pinangan orang Iman. Masuk kali ke-7 nie mak tak tolak dah kalau orang masuk pinang kamu.” Mak berkata sambil mengacau kuah sup dalam periuk.

“Eh, mana boleh mak.” Iman lekas menjawab.

“Kenapa pulak tak boleh?” Mak memandang Iman.

“Kita bagi genap 10 kali dulu mak… baru mak terima.” Iman menjawab sambil tersengih.

“Budak nie! Aku ketuk juga dengan senduk nie. Kita serius dia main-main!” Mak dah bercekak pinggang sambil memegang senduk nak ketuk Iman.

“Hahaha…” terburai jugak gelak Kak Long dengan Kak Ngah yang dari tadi ditahan mereka. Adoi, macam-macam hal mak dengan adik bongsu mereka nie.

Iman menggaru belakang kepala yang tak gatal.

---------------------------------------------------

“Iman, Pudin cari kau.” Nur memberitahu.

“Buat apa? Malas la aku, nanti dipanggilnya lagi aku batu kerikil. Buat sakit telinga aku ja.” Iman terus menyuap roti ke dalam mulut.

“Suka hati kau, aku tolong sampai pesan ja. Aina, jom… Cikgu Jiha tunggu dekat bilik guru. Kau nanti lepas dah habis makan pergi bilik guru tau, Iman.” Nur memberi arahan.

“Ok.” Sepatah dijawabnya.

Minggu pementasan tinggal lagi sebulan ja. Banyak lagi benda yang tak settle… apa tak nya tenaga kerja kurang. Benda-benda macam nie student mana minat sangat nak join. Iman, Aina dengan Nur terlibat dalam pementasan nie pun sebab kesiankan Cikgu Jiha kesayangan mereka tu terkontang-kanting sorang diri handle semua benda.

“Iman.”

Iman mengangkat kepala melihat tuan punya suara. ‘Dah agak dah, mesti dia nie.’

“Apa?” Iman buat endah tak endah.

“Aku nak kau bawak turun balik basikal aku dari bumbung garaj tu.” Saifuddin bercekak pinggang.

“Kalau aku tak nak?” Iman buat muka mintak penampar.

“Kau kena nak jugak…”

Tiba-tiba Iman terfikir sesuatu.

“Hurmm, boleh. Dengan satu syarat.” Iman dah tersenyum penuh makna.

“Syarat apa pulak? Kau yang letak basikal aku tu. Apasal aku pulak nak kena bersyarat-syarat nie.” Saifuddin tak puas hati.

“Kau tak nak tak pa… aku tak kesah, bawak turun sendirilah basikal tu.” Iman dah bangun dari kerusinya.

“Ok-ok… apa syaratnya.” Saifuddin mengalah.

“Syarat dia kau kena…”

“Cik Iman. Puan Munirah dah sampai.” Suhana, kerani di firma guaman tempat kerjanya tiba-tiba muncul, terhenti terus lamunannya.

“Owh, ok… suruh dia jumpa saya sekarang.”

Iman mengeluh, sejak dua menjak nie… selalu sangat dia terkenangkan kawan-kawan sekolahnya dulu. Nur, Aina, Meng, Fathi dengan Saifuddin. Mana lah korang semua sekarang.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam… silakan duduk puan.” Iman tersenyum kepada clientnya.

Masalah peribadi, masalah peribadi juga jangan dicampur aduk dengan kerja. Takut nanti client lari, case satu pun tak ada. Lawyer apa kalau tak ada case nak disettlekan?

“Saya nak tuntut hak penjagaan anak saya dari bekas suami saya.” Kedengaran tegas suara Puan Munirah.

---------------------------------------------------

“Baru balik Iman.” Kak Long menyapanya sambil mendukung anaknya.

“A’ah, baru sampai. Hannan sayang meh kat mak su meh…” Iman menyua tangan kepada Hannan yang baru setahun umurnya. Dicium lembut rambut anak saudaranya yang lebat tu. Tenang hati bila tengok baby depan mata, rasa hilang semua beban kerja dia.

“Hannan makan apa hari nie?” Iman menyoal anak buahnya tu, walaupun dia tau budak tu tak kan jawab soalannya.

“Hannan makan moi sup ri ni mak su. Sedap kan. Pak Su Fahmi yang buatkan.” Kak Long yang tolong jawab.

Pusing 90 darjah kepala Iman dengar jawapan kakaknya tu. “Fahmi? Serius kau kak long? Dia datang rumah ke?” Iman dah muka cuak.

“A’ah, dia datang petang tadi. Siap bawak parents tercinta dia lagi.”

“Buat apa?” Iman dah berdebar-debar.

“Meminang kau la.” Pendek Kak Long jawab. Tapi jawapan tu dah cukup mecekik leher Iman. Tak bernafas dia rasa. Oksigen! Oksigen mana kau!

“Habis mak terima lah?” Iman panik!

“Tak… mak reject.”

“Biar betul… hari tu mak cakap kali ke-7 dia terima… kenapa dia tolak?”

“Dah kau cakap hari tu nak tunggu pinangan ke-10 baru kau terima.” Kak Ngah muncul dari dapur.

“Fuh, selamat…” Iman melepas rasa lega. Oksigen dah cukup dah sekarang.

“Selamat sekarang ja. Lagi tiga pinangan ja Iman… cukup kali ke 10. Kahwin juga kau nanti.” Kak Ngah mengekek. Kak Long pun join sekaki.

“Kau nie memang lah dengki dengan aku.” Iman mencebik. Sesak nafas balik dia rasa.

---------------------------------------------------

Iman memerhatikan anak-anak buahnya yang berdua tu bermain. Dah besar rupanya Hannan dengan Hanani. Iman tersenyum. Tapi tak lama… mindanya mula khayal teringat kisah lampau.

“Kau kena join pementasan sekolah.” Iman menjawab.

“Gila! Tak nak aku… budak yang tak ada life ja join pementasan tu.” Saifuddin menjawab angkuh.

Fine, kau tak join pun tak luak apa. Aku offer ja. Basikal tu kait sendiri la yer.” Iman terus berlalu. Malas dia nak bertekak sebab dia tau kemenangan akan berpihak kepadanya.

Di dewan sekolah Nur dah picit kepala tanda dia pening. Pening dengan persiapan yang pementasan yang tak siap lagi!

“Wuaa, nak nangis ja aku rasa. Aku tak reti la bab cat mengecat nie. Tirai nie pun macam mana nak gantung dawai lampu? Huh, lelaki memang dah pupus ke kat sekolah kita nie?” Nur tiba-tiba mengeluh.

“Relaks… esok-esok kita akan dapat tenaga lelaki.” Iman menjawab.

Serius? Mana ada budak laki nak join pementasan… tak macho kata diorang.”

Aina mengangguk kepalanya tanda setuju dengan Nur. Memang tu faktanya.

“Ada… tunggu ja esok. Bukan sorang tiga aku bagi kat korang.” Confident ja suara Iman.

We’ll see…

“YaALLAH anak aku!” Kak Long terjerit kuat.

Tersentak Iman, membulat matanya melihat Hanani tengah smackdown Hannan sampai biru muka budak tu.

“Iman! Aku suruh tengok anak aku kejap. Yang kau mengelamun kenapa? Tak sampai 10 minit aku tinggal budak-budak nie dengan kau macam nie jadinya.” Kak Long menepuk perlahan belakang Hannan biar budak tu bernafas.

Hanani dah menyorok belakang Mak Sunya. Tahu lepas nie dia bakal dapat habuan ‘cubit ketam’ dari ibunya nanti.

“Kau lah salah Kak Long. Yang kau tengok wwf depan Nani kenapa? Kan dah terikut dengan wrestler-wrestler tu.”

“Menjawab! Nani lepas nie ibu cakap dekat ayah taulah.” Kak Long menjegil mata ke Iman sebelum mengugut anak sulungnya yang berumur 4 tahun tu.

Lintang-pukang budak tu lari ke dapur cari perlindungan maha sakti… siapa lagi kalau bukan neneknya! “Tok! Ibu nak cubit Nani…”

“Tak padan dengan kecik kaki mengadu. Macam kau time kecik-kecik la long. Haha. Mananya tumpah nasi kalau bukan ke kuah! Eh, silap terbalik. Hahaha.” Iman ketawa berguling-guling.

“Diam kau!”

---------------------------------------------------

“Yang Arif, anak guaman saya telah dinafikan haknya sebagai seorang ibu untuk berjumpa dengan anaknya sendiri oleh bekas suaminya, Encik Kamarul iaitu pihak defenden. Plaintif juga hanya dibenarkan melawat anaknya hanya dirumah defenden beberapa kali dan tidak dibenarkan membawa anak keluar dari kawasan rumah tersebut ketika berjumpa. Defenden jelas tiada hak membuat keputusan sebegitu kerana mahkamah belum membuat keputusan. Sedangkan kita semua sedia maklum, seorang ibu lebih berhak memelihara anaknya jika anak itu dibawah umur atau belum mumaiyiz sekiranya pasangan suami isteri tersebut bercerai. Pihak defenden juga tidak bertanggungjawab dengan mengabaikan kebajikan anak mereka…”

“Bangkang Yang Arif! Peguam plaintif cuba memanipulasikan keadaan. Anak guam saya tidak pernah bertindak sedemikian. Peguam plaintif sengaja mengada-adakan cerita.” Peguam defenden bersuara.

“Saya boleh buktikan ini bukan fitnah mahupun cerita yang diada-adakan, Yang Arif.” Iman memandang sekilas ke arah peguam lawan sebelum memandang muka hakim dengan penuh yakin.

“Bangkangan di tolak. Teruskan.”

“Pada tarikh 11 Mei tahun 2011, anak guam saya bersama sahabat datang berjumpa pihak defenden untuk berjumpa dengan anaknya tetapi pihak defenden tidak membenarkannya… dengan alasan anaknya sudah tidur. Tetapi yang sebenarnya defenden berbohong! Anaknya belum tidur tetapi di kurung dalam rumah. Saya juga ada bukti yang dah disahkan oleh pakar bahawa anak mereka telah didera secara fizikal oleh defeden.” Iman menyatakan buktinya kepada hakim syarie.

“Tipu! Aku tak pernah dera anak aku. Biadap kau perempuan!” tiba-tiba Encik Kamarul menjerit seperti orang gila dalam kandang saksi. Semua mata memandangnya. Iman sikit pun tak goyah dia dah biasa hadapi keadaan sebegitu.

“Defenden, sila hormati mahkamah!” Tuan Hakim bersuara lantang. Terdiam terus Encik Kamarul.

“Yang Arif, pihak defenden memberi alasan anak guam saya tidak akan mampu menjaga anak mereka sekiranya hak penjagaan diberikan kepada plaintif dengan alasan plaintif tidak mempunyai kedudukan ekonomi yang stabil dan tidak mampu memberi didikan agama yang cukup kepada anak mereka. Tapi defenden sendiri mengabaikan cara hidup islam! Defenden meminum arak apakah itu dinamakan seorang bapa yang bakal memberi didikan agama secukupnya kepada anak?” Iman memandang sinis kepada Encik Kamarul yang tidak senang duduk. Perang psikologi harus digunakan!

“Bangkang Yang Arif! Peguam plaintif menabur fitnah lagi, anak guam saya seorang taat kepada perintah agama dan tidak pernah sentuh arak. Dia cuba memprovoke anak guam saya.” Peguam defenden sekali lagi bangkit mempertahankan anak guamnya.

“Yang Arif apakah bukti nie tidak cukup?” Iman memberikan beberapa keping gambar Encik Kamarul yang tengah bersosial di kelab malam sambil memegang arak kepada tuan hakim.

Tuan Hakim melihat dengan teliti bukti-bukti di depan matanya.

“Bangkangan ditolak!”

Serentak dengan itu Peguam defenden duduk dengan kasar. Tak puas hati! Dia bakal kalah. Hujah Iman terlalu kukuh.

“Yang Arif, anak guam saya ingin dapatkan hak penjagaan anaknya kerana tidak mahu akidah anaknya sebagai seorang islam terpesong! Defenden tak mampu menjaga anak mereka. Jadi saya mohon supaya mahkamah menyerahkan hak penjagaan kepada pihak plaintif, Puan Munirah binti Shafie. Itu saja Yang arif.”

Iman memandang ke arah Encik Kamarul seolah-olah berkata ‘awak akan kalah Encik Kamarul.’ Iman bab-bab menakutkan orang cukup pakar!

“Setelah menimbang segala bukti yang diperolehi. Mahkamah memutuskan hak penjagaan Dayang Suriyani Binti Kamarul Ariffin akan diserahkan kepada pihak plaintif iaitu Puan Munirah Binti Shafie. Defenden hanya dibenarkan berjumpa dengan anak mereka pada hujung minggu dengan kebenaran plaintif. Defenden juga perlu membayar nafkah anak kepada plaintif setiap bulan berjumlah RM 1000. Jika defenden ingkar dan tidak mematuhi segala yang diperintah hukuman penjara dan denda boleh dikenakan. Mahkamah bersurai. Tok tok tok!” Tuan hakim mengetuk mejanya beberapa kali menggunakan ‘kayu penukul’ hikmatnya tu.

Iman tersenyum puas kemenangan berpihak kepadanya.

---------------------------------------------------

“Macam mana kes tadi Iman?” Abah menyoal ketika mereka sekeluarga makan malam.

“Alhamdulillah bah, Iman menang. Defenden tu tak dapat hak penjagaan tu. Plaintif yang dapat. Kemudian defenden kena bayar…” belum sempat Iman cakap tiba-tiba Kak Ngah mencelah.

“Cup… Cupp! Iman kau bajet family kita nie semuanya lawyer macam kau ke? Cakap guna bahasa yang orang faham boleh tak? Cakap bahasa lawyer, kau sorang ja la yang faham.” Semua orang ketawa dengar ayat Kak Ngah yang sangat-sangat betul tu.

Sorry-sorry… dah terbiasa. Hehe. Tak macam nie. Hak penjaaan anak tu dapat dekat si ibu, si bapak tu hanya dibenarkan lawat hujung minggu ja, kemudian tiap-tiap bulan dia kena bayar seribu dekat si ibu sebagai nafkah anak.” Iman menerang guna bahasa family dia faham.

“Ha, fahamlah jugak. Nie defenden dengan plaintif segala bagai.” Kak Long mencelah.

“Iman tu kan mulut besi. Dia cakap semua dia ja yang betul. Kebal mana boleh kalah. Ya tak Iman? Kalau tak dah lama tiga-tiga anak mak dah kahwin semuanya.” Mak tiba-tiba mengeluarkan peluru berpandu. Dah la tu tembak tak bagi isyarat kena tepat-tepat dekat batang hidung Iman. Toing!

Mak nie celah mana pun tajuk diorang sembang mesti KAHWIN tu disebutkan juga. Yang best tu… masuk pula dengan topik. Baru sekarang Iman tau mana dia dapat bakat ‘bercakap’ tu. Turun dari mak rupanya.

“Mak depan rezeki nie… apa sebut-sebut hal tu pulak.” Iman protes.

“Hal apa? Kahwin tu rezeki, sebut depan rezeki makin bertambahlah rezeki.” Mak balas.

Tu dia… Iman dah terdiam. Dalam court boleh lah kau pum pang pum pang! Lawan cakap sampai menang. Tapi kat rumah tak ada sorang pun boleh lawan kekebalan Puan Ismah.

“Yala… mak menang. Kes tutup!” Iman mengalah. Pakat gelak satu family tengok muka masam Iman.

---------------------------------------------------

“Mak nie apa lah… risau sangat aku tak kahwin. Aku nie muda lagi.” Iman berbaring terlentang melihat syiling bilik. Tiba-tiba dia tersenyum… kata-kata mak terngiang-ngiang di telinganya.

“Iman tu kan mulut besi. Dia cakap semua dia ja yang betul. Kebal mana boleh kalah. Ya tak Iman?”

Teringat dia masa nak paksa Saifuddin dengan kawan-kawannya join pementasan. Mulut besi dan tekniknya lah yang menyebabkan mereka terpaksa beralah.

Petang tu di garaj basikal sekolah.

“Jolok basikal ya bang?” Iman tiba-tiba muncul. Nak tergelak tengok gaya Saifuddin tengah menjolok basikalnya supaya jatuh. Dah 3 hari basikal tu terdampar atas bumbung garaj.

Saifuddin buat tak tahu ja. Diteruskan menjolok basikalnya tu supaya jatuh. Sekali tengok sebijik macam adegan Aziz Satar memerli jirannya dalam filem P.Ramlee. ‘Jolok motor ya bang...'

“Diamlah kau.” Saifuddin membalas malas. Bengang betul dia rasa dari hari tu jolok basikal nie tapi tak jatuh. Entah apalah minah tu buat sampai tak jatuh-jatuh basikal nie.

“Tawaran aku masih terbuka. So? Tak nak pertimbangkan?” Iman relaks ja.

“Kirim Salam.”

Ok then. Bye!” Iman dah berlalu pergi. Dalam hati siap berkira 3, 2, 1…

“Iman!”

Bingo! Kan betul tu tekaan dia. Iman tersenyum-senyum.

“Yala aku setuju.” Lemah Saifuddin balas. Dia terpaksa. Dah 3 hari babanya marahkannya bila dia cakap basikal tu ada atas bumbung garaj basikal.

Good, tapi sebelum aku turunkan basikal tu ada lagi syaratnya.”

“Apa lagi? Kau nie banyak helahlah batu kerikil.” Saifuddin dah buat muka bosan.

“Kau tak boleh panggil aku batu kerikil lagi. Diharamkan sama sekali. Kau panggil juga dosa besar! Aku tak nak ampun kan dosa kau, biar kau mati dengan dosa menyakitkan hati aku.”

“Woi, tak payah lah ugut macam tu. Macam malaikat maut nak datang cabut nyawa aku sekarang tau tak!” Saifuddin bengang.

“Tau takut. Setuju?”

Saifuddin mengangguk lagi. “Cepatlah turunkan basikal aku!”

“Ada lagi syaratnya…” Iman tersengih.

“Wei, melebih la nie Iman.”

“Ada aku kesah lebih tak lebih. Aku nak Fathi dengan Meng join jugak pementasan tu.”

“Mana boleh. Diorang conform tak nak punya. Aku berani jamin.”

“Simpan ja jaminan kau tu. Yang aku tau esok korang ada dekat dewan. Tak nampak muka salah sorang dari korang. Say bye-bye to that bicycle.” Iman menunding ke arah basikal Saifuddin yang ada atas bumbung garaj basikal.

“Yala aku buat!” Saifuddin menjawab sebal.




Bersambung... 


P/s : Liat betul cik Iman kita nie nak kahwin... agaknya kenapa ya? hurmm... :)



18 comments:

  1. sis dah senak perut dah dok gelak dari tadi..heheheheheh....

    ReplyDelete
  2. tah2 mst iman nie da tgkap cintan sme saifuddin 2 kn..heheeheheheh..mst dorg nie da lost cntact x

    ReplyDelete
  3. lieyna : hehe... senak perut sb ketawa x pa jgn senak nak membuang dah la.. haha.. thank you dear for the comment ;D

    ReplyDelete
  4. ain : yup...diorang lost contact... tu kita kena tunggu la... hehe thanks tau komen cerpen nie. =D

    ReplyDelete
  5. Smbg cpt2......

    ReplyDelete
  6. waaa~ boleh tahan best ni.. buku kat depan tak tertengok daaah.

    ReplyDelete
  7. Gila best citer! Gelak sensorang, mujur xde org. Hehe

    ReplyDelete
  8. @ArifahLee

    gila best?? aww, jgn x gila dik... gila2.. haha.. thanks :)

    ReplyDelete
  9. Brutalnya si Iman ni kan . Hehe, tapi takpa. Suka watak macam ni . Best, tak mudah dibuli ;]

    ReplyDelete
  10. @emeliena

    Betul, kalau dah macam bawang putih tu semedang lembik kena buli x best gak... hehe

    ReplyDelete
  11. like watak iman.. aziz satar versi 2012 ek.. hehe

    ReplyDelete
  12. @Anonymous

    nak kata aziz satar versi yg cun pun boleh... hehe. :P

    ReplyDelete
  13. Nie mesti Iman tunggu pinangan dari Saifudin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoho... silalah baca episod seterusnya kalau nak tahu.. ahaks.. ;)

      Delete
  14. Replies
    1. sangat! kan? tapi nakal2 iman dia tetap comel... hehehe

      Delete