3 April 2012

Cerpen : Queen Control (i)




“Black mana kerusi yang aku suruh kau letak dekat dewan nie?” Quwin bercekak pinggang menghadap Black. Black atau nama betulnya Umair Hakimi. Perghh! Nama sedap bukan main tapi panggil Black? 

Sebabnya kawan tu kulitnya tak berapa nak cerah, gelap macam air kopi. Tapi Black ok ja. Dia terima keadaannya seadaanya. Trademarknya… ‘Gelap itu menawan!’ tapi acap kali dipatahkan oleh Quwin dengan ayat sambungannya. ‘Tapi gelap masa depan.’

Black terdiam. Bukannya dia lupa akan arahan Quwin selaku ketua tapi kerusi yang dia order dari catering belum sampai.

“Err…”

“Apa yang err, err… habis kau nak tetamu duduk atas lantai? Biar buntot diorang kematu tak da kerusi macam tu? Kau nie buat kerja macam mana ha? Aku tak kira by hook or crook, tepat jam 2.30 petang nie aku nak semua kerusi ada. Faham!” Quwin dah mengeluarkan aura Aummm! Harimaunya sebelum berlalu pergi meninggalkan Black yang dah gelabah.

“Mati aku, mati aku macam nie. Lagi 10 minit nak pukul 2.30 petang. Tak boleh jadi nie.” Tangannya lekas mendail nombor catering.

“Hello? Catering Mesra! Mesra kucing siam kau. Lepas nie tukar nama letak catering Lembab! Mana kerusi-kerusi yang saya order tu? Janji pukul 1 nie dah pukul 2.30 petang. Kalau lagi 10 minit korang tak muncul… dengan kepala aku dengan kepala korang semua kena penggal!” Black terus meletak telefon. Puas hatinya dapat lepaskan kemarahan.

‘Tadi aku kena marah. Mana aci aku sorang kena marah. Harus orang lain pun kena marah jugak lah.’ Hatinya berdetik.

Queen control nie memang nak membunuh orang ja kerja dia. Black merengus.

-----------------------------------------------------------------

“Darwin!” Quwin melaung nama Darwin di meja makan VIP pulak.

“Ya, ya… ada apa Quwin?” Berpeluh-peluh Darwin berlari mendapatkan Quwin. Dia tahu barang sesaat lambat menyahut panggilan Quwin alamat menempah batu nisanlah jawabnya.

“Kau buat kerja pakai lutut ke mata? Kau tak nampak gelas-gelas nie berhabuk? Kau nak tetamu kita minum air berhabuk ke ha? Nie…” Quwin memegang lapik meja makan tu. “Apa nie? aku suruh kau pilih kain warna merah hati kan? Sesuai dengan tema kita. Nie warna apa yang kau tempah? Merah darah! aku nak kau tukar semua lapik meja nie sekarang juga!”

“Tapi Quwin… dah last minute nie mana sempat nak tukar.” Lelaki beragama kristian nie cuba membela dirinya.

“Ada aku peduli? Aku dah bagi arahan dari hari tu lagi yang kau buat salah apahal? Tu kau punya masalah. Yang aku tau, aku nak tengok semua meja VIP lapiknya warna merah hati bukan merah darah!” Quwin menuju ke arah pentas pulak. Siapa pulak mangsanya nak kena maki.

Queen Control nie memang hati konkrit betul! Mana sempat aku nak cari lapik baru. Merah hati ke merah darah ke… Merah juga! Bukannya aku letak kelabu taik anjing ke kalau dia nak marah-marah pun.” Darwin dah pening kepala memikirkan kehendak ketuanya tu.

-----------------------------------------------------------------

“Amad!” mangsa seterusnya.

“Mana pokok kaktus bentuk hati yang aku suruh kau letak dekat sini?” Quwin menyoal.

“Err, aku dah try cari merata kedai bunga dah. Tinggal kaktus bentuk bulat ja Quwin. Kira ok la tu. Tetamu kita tak perasan punyalah.” Amad tersengih-sengih.

“Kepala ayam kau. Aku cakap bentuk hati, bentuk hati! Aku tak nak kaktus bentuk bulat macam kepala kau nie. Mencacatkan pemandangan mata kau tau tak? Aku nak kau cari yang bentuk hati jugak!”

Termati terus sengihan Amad. “Mana sempat cari yang baru Quwin.” Amad membangkang.

“Melawan-melawan. Aku ketua ke kau yang ketua kat sini?” Quwin menyoal.

“Kau…” Lemah Amad menjawab.

“Sedar diri pun. Dah sekarang jugak kau pergi cari kaktus bentuk hati. Kalau kau kena cari dekat Cameron Highlands sekalipun aku tak peduli. Tu kau punya pasal. Yang aku tau esok malam. Kaktus bentuk hati ada dekat sini. Pandai-pandailah kau.” Quwin terus blah dari situ.

Berkerut-kerut dahi Amad. “Perempuan nie memang Queen control betullah! Nak ikut kepala otak dia ja semedang. Apa dia ingat aku nie balaci dia ke ha? Dah tak kerja lain nak buat? Tension aku!” Amad menyepak kaktus bulat dihadapannya. Bergolek-golek kaktus tu jatuh.

-----------------------------------------------------------------

Ish, apahal semua orang marah-marahkan Quwin siap panggil Quwin nie Queen Control??? Apa ke pelik sangat nama dia nie. Ada maksud ke nama Quwin tu?

Jeng-jeng-jeng! Nama betul dia bukan Quwin tapi Qu Awina binti Qu Fakrul. Dalam nama islam memang tak dak lah maksud nama Quwin… tapi dalam kalangan teman sekerja dengan Quwin tu memang adalah maksud nama Quwin nie. Maksudnya… Queen Control! a.k.a kaki mengarah orang, hati batu, nak ikut kepala otak dia ja manjang. Otak orang lain tak boleh guna waima dipakai sekalipun. Kepala otak dia yang genius yang pandai yang boleh dipakai! Erkk, terpanjang la pulak maksud nama dia… Hurmm, sebab tu orang panggil dia Quwin.

Disebabkan sikapnya tu nama Qu Awina dipendekkan menjadi Quwin yang membawa makna Queen Control! Sejarah nama Quwin. Sangat berunsur negatif…

Bukti-bukti di atas dah cukup membuktikan betapa Queen Controlnya Quwin nie…

-----------------------------------------------------------------

“Quwin! Q!” Lila menjerit dari jauh. Quwin menunggu Lila berlari ke arahnya.

“Apahal?” Quwin menyoal.

“Kau nie kenapa? Cuba-cubalah bertolak ansur sikit dengan anak buah. Diorang pun ada kerja lain jugak. Benda kecik ja kan yang diorangbuat salah. Tak luak mana pun aku rasa kalau tak tukar.” Lila berterus-terang.

“Ooo, diorang mengadu dekat kau la nie? apasal tak cakap sendiri dengan aku? Huh! Penakut.” Quwin mencemuh.

“Mananya diorang tu nak berani mai cakap dengan kau sendiri. Baru nak bukak mulut, kau dah fire diorang macam naga hilang anak.” Lila mengeleng kepalanya berkali-kali.

Hanya Lila sahaja satu-satunya manusia yang boleh tahan dengan sikap Quwin.

“Huh… alasan! Diorang yang buat salah biarlah. Aku buat apa yang aku patut buat sebagai ketua. Salah ke?” Quwin mempertahankan .

“Memanglah kau tu ketua. Tapi cara tu tak kena… bukan macam tu nak ajar anak buah. Kau kena cakap baik-baik. Kalau salah sikit-sikit tu tutup ja la mata kau buat-buat tak nampak. Setakat lapik meja tu. Aku rasa kecik sangat masalah dia. Cuba buang sikit perangai keras kepala kau tu.” Lila menegur Quwin.

“Aku tak kira. Salah tetap salah! Tak da makna aku nak tutup sebelah mata. Jangankan sebelah mata. Kenyit mata pun aku tak nak. Kita kalau jadi ketua kena keras baru anak buah tak pijak kepala. Kau tu yang lembut hati sangat.” Quwin masih tak mahu beralah.

“Ish… kau nie degil la. Orang kedah cakap ketegaq! Payah betoi cakap dengan orang yang pikir dia ja betul. Sakit jiwa aku.” Lila akhirnya mengalah.

“Ha, tau pun… ingat senang aku nak mengaku kalah? Hei, Quwin lah… tak dak sapa boleh buat aku tunduk dekat dia ok.” Quwin mendabik dada.

“Ya la sangat… kau tunggu ja la. Sampai satu masa nanti kau akan tunduk jugak dekat seseorang nie.” Lila tersenyum.

“Siapa? Kau cakap dengan aku… mana ada ok.”

“Bakal suami kau! Ha time tu baru kau tau langit tinggi ke rendah. Bulan tu bulat ka petak.”

“Suami?? Hah, setakat suami tu apa ada hal. Dia pun akan tunduk dengan aku la.” Quwin kalau cakap memang takbur gila. Dia ja yang betul.

“Elok sangat la tu… Queen Control.” Lila membidas.

-----------------------------------------------------------------

“Buat kerja sikit pun tak betul. Lembab betul…” Quwin merungut seorang diri.

“Wina baru balik ya? Letih betul ibu tengok Wina.”Puan Fitriah memanggilnya lembut.

Soalan Ibu tirinya tu tidak di balas pun.

“Wina lapar tak? Ibu ada masakan lauk kegemaran Wina.” Puan Fitriah masih berlembut.

“Bukan Wina tapi Quwin…”  malas sekali Quwin menjawab. Matanya dipejamkan.

Puan Fitriah hanya mampu menggelengkan kepala. Tau yang anak tirinya tidak akan mempedulikannya tapi jawapan Quwin tadi pun sudah cukup baginya.

“Wina mesti letihkan? Tak apa… Wina pergi rehat dulu. Mandi kemudian turun makan ya? Ibu ada hal sikit nak bincang dengan Wina.”

“Hurmmm.” Itu saja yang dibalas Wina. Biliknya dituju.

-----------------------------------------------------------------

Ketika di meja makan. Puan Fitriah membangkitkan hal yang disebutnya tadi.

“Uhukk… uhukk.” Tersedak terus Quwin bila Puan Fitriah berterus-terang, cepat-cepat air diteguk rakus.

“Merisik?? Mak cik salah dengar kot. Quwin mana ada special boyfriend nie.” Baru kali nie Quwin memandang wajah ibu tirinya.

“Tak… ibu tak salah dengarlah. Betul diorang nak merisik Wina, kalau Wina setuju ibu boleh uruskan. Tapi kalau Wina tak nak, ibu tak paksa. Ibu ikut ja apa yang Wina rasa baik untuk Wina.” Puan Fitriah senyum ke arah Quwin.

“Quwin tak nak! Mak cik tolak saja pinangan orang tu. Saya muda lagi mak cik baru nak masuk 25. Tak nak saya sia-siakan masa muda saya kahwin dengan orang yang saya tak kenal.”

“Sayang Wina… umur 25 tahun tu sepatutnya Wina dah ada suami, dah ada anak pun… sampai bila Wina nak tolak pinangan orang nie? lagipun lelaki tu dari keluarga yang baik-baik, dia pun ibu tengok sempurna serba-serbi tak ada kurang apa pun. Wina tak nak pertimbangkan ke?” Lembut Puan Fitriah memujuk Quwin supaya terima pinangan tersebut.

“Muktamad! Tiada talian hayat. 100% sure. No kompromi, kompromi. Definitely. Yakin. Teramat pasti Quwin tak nak terima pinangan ni. Mak cik, kalau mak cik tak suka saya duduk dalam rumah nie. Mak cik cakap ja, bila-bila masa saya boleh keluar dari rumah nie. Lagi satu boleh jangan panggil saya Wina. Geli tau telinga nie dengar. Dan lagi satu… tolong jangan bahasakan diri mak cik tu IBU. Mak cik bukan ibu saya!” terus dibasuh tangannya. Mati terus seleranya.

Puan Fitriah terpempam… bukan niatnya untuk menghalau Quwin, tapi hati ibu mana tak risau kalau anak perempuannya semakin bertambah usia tapi belum berkahwin lagi.

Quwin memandang tajam ke arah Puan Fitriah. Sedikit pun tak ada rasa kesal dalam hatinya bercakap dengan nada yang kurang ajar pada Puan Fitriah.

“Ibu… bukan macam tu maksud ibu, ibu sayang Wina… ibu buat semua nie untuk kebaikan Wina.” Sayu suara Puan Fitriah. Terasa barangkali dengan kata-kata Quwin.

I warned you… don’t call me Wina, and don’t call yourself IBU! You’re not my IBU!

“Panggg!” tiba-tiba pipi Quwin ditampar. Puan Fitriah terkejut.

“Abang! Kenapa tampar anak kita?” Puan Fitriah memeluk Quwin.

“Budak nie memang patut aku tampar dari dulu lagi. Makin besar makin hilang rasa hormat dengan orang tua. Sama dengan perangai mak dia tu. Kurang ajar!” Abah menengking.

Terangkat badan Quwin kena tengking dengan abah. Pertama kali dirinya ditampar dan ditengking sebegitu.

“Memang! Memang Quwin kurang ajar. Kurang ajar sebab abah! Memang patut mak tinggalkan abah. Abah memang patut kena tinggal!” Quwin menengking abahnya balik.

“Budak nie…” Abah dah mengangkat tangannya mahu menampar lagi Quwin yang dirasakan sangat biadap tapi ditahan isterinya.

“Abang jangan…”

“Ha, tamparlah! Tampar, tampar. Laki dayus memang suka tampar perempuan. Tamparlah kau tunggu apa lagi!” Quwin menyua pipinya. Memang Quwin dah berlebih kurang ajar dengan abahnya tu.

Abah merenung tajam Quwin. Anaknya betul-betul kurang ajar. Terasa di siat-siat hatinya mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Quwin.

“Macam neraka duduk dalam rumah nie.” dalam keadaan marah Quwin mencapai beg galasnya yang memang sedia ada di tepi tu dan terus keluar dari rumahnya.

“Wina, Wina nak ke mana sayang. Jangan pergi ya. Abah marah kejap ja tu.” Puan Fitriah menarik tangan Quwin.

“Aku nak cari mak aku. Lepas tangan aku.”

“Biarkan! Biar dia cari mak yang dia bangga-banggakan sangat tu. Biar dia tahu hidup dengan mak dia tu jauh lebih teruk dari neraka!”

Quwin merengus kasar. Direntapnya tangannya dari pegangan Puan Fitriah.

“Wina… anak ibu…” terduduk Puan Fitriah di situ.

Abah hanya mampu memerhati Quwin berlalu pergi.

-----------------------------------------------------------------

“Entah apa-apa lah orang tua tu… aku dah cakap jangan panggil aku Wina tak faham-faham bahasa jugak. Hish!” Quwin membebel seorang diri.

“Dah aku cakap tak nak! Tak nak lah maknanya… ada ke tanya aku banyak-banyak kali.” Quwin merungut lagi.

“Bila masa entah dia lahirkan aku, sesuka hati dia nak panggil diri dia tu ibu aku. Kat surat beranak aku tak ada pun nama dia. Sibuk nak membahasakan diri tu Ibu aku.” Mulut kecilnya tu terherot-herot bergerak meluahkan rasa tak puas hati.

Tangannya menyeluk ke dalam beg sandangnya seperti mencari sesuatu. Beberapa saat kemudian sekeping gambar lama di pegangnya. Gambar emaknya yang dia curi dari simpanan abah.

Lama Quwin menatap wajah cantik emaknya. Dia tersenyum. “Mak memang cantik. Bodoh betul abah tu. Dapat bini cantik macam mak pun nak diceraikan. Perempuan tua tu jugak dia nak dijadikan bini. Huh!” perempuan tua tu merujuk kepada Puan Fitriah.

Gambar tu dibalikkan dan tertera alamat rumah emaknya. Quwin akan cari emaknya.

-----------------------------------------------------------------

Setelah dua jam perjalanan menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur, Quwin tiba juga. Quwin menahan sebuah teksi lalu ditunjukkan alamat rumah emaknya. Setibanya di hadapan rumah emaknya Quwin tersenyum puas hati.

“Menyesal aku tak cari mak dari dulu lagi.” Langkah kaki di atur menuju ke rumah teres emaknya. Loceng di tekan. Salam diberi.

Akhirnya pintu dibuka. Seorang wanita linkungan lewat 40-an yang hanya berpakaian singlet putih dan seluar pendek muncul .

“Ya? Cari siapa dik?”

Senyuman Quwin semakin melebar. ‘Itu mak! Mak!’ Hatinya menjerit gembira. Walaupun dah lama tak berjumpa emaknya. Tapi mak masih tak berubah sama macam dulu.

“Mak! Nie Quwin… anak mak…” Quwin masih tersenyum lebar.

“Quwin?? Err, adik salah orang kot… saya tak da anak nama Quwin… nama Wi…”

“Wina! Ya-ya.. nie Wina mak.” Quwin memintas percakapan emaknya.

“Wina?” berkerut dahi wanita tu meneliti Quwin. Lama dia dia memerhati sebelum dia turut tersenyum. “Wina, anak mak!” terus didakapnya Quwin.

“Mak... abah dah tak sayang Quwin lagi. Quwin nak tinggal dengan mak.” Quwin dah menangis.

“Ya-ya Wina tinggal dengan mak ya.” Wanita tu mengusap-usap kepala berkerudung Quwin. Tiba-tiba…

“Sayang… siapa yang datang.” Seorang lelaki yang hanya memakai boxer keluar mucul di muka pintu. Terkejut Quwin. Muka emaknya pula serba salah.

“Siapa nie mak?” Quwin menyoal.

“Err… nie… nie… suami mak.” emaknya kembali senyum. Quwin mengangguk berkali-kali tanda mengerti.

“Apa khabar pak cik?” tangan lelaki tu di capai dan disalami hormat.

Lelaki tadi tercengang tetapi tak pula menarik tangannya. Dia memandang ke arah emak Quwin yang hanya menjongketkan bahunya.

-----------------------------------------------------------------

“I tak tahu pun you ada anak yang secantik tu?” Ramzi mengulus lembut pipi Rosnah, emak Quwin.

“I pun dah lupa sebenarnya yang I ada anak…” dia ketawa manja. Ketika itu, Quwin sedang berehat di bilik tetamu dan mereka sedang bersuka ria di bilik utama.

“Nakal you nie… tak pasal ja I jadi hubby you.” Lelaki tu mencuit hidung Rosnah.

“Ala, apa salahnya? Lepas nie senang sikit kalau you nak tidur rumah I. You tak suka?” Rosnah melirik manja ke arah Ramzi.

“Eh, mestilah I suka… tapi Rose, I tengok anak you tu ada potensi. Mesti Wok Feng suka. You tak nak try suruh anak you kerja dengan Wok ke? Untung-untung you dapat habuan.” Si setan menyucuk.

“Hurmm… nantilah I fikir. Buat masa sekarang I nak enjoy dulu…” Rosnah seakan menggoda Ramzi. Ramzi pulak rezeki depan mata. Mana ada kucing tolak ikan!

Kesian Quwin… tak tahu dirnya tersalah pilih jalan.

-----------------------------------------------------------------

“Mak kerja apa sebenarnya? Quwin tengok keluar malam balik pagi?” setelah tiga minggu tinggal bersama emaknya, Quwin tak dapat menahan diri dari menanya soalan nie.

“Mak… erm… mak kerja biasa ja.”

“Kerja apa?”

“Kerja pelayan kelab malam.” Rosnah berterus-terang. Quwin agak terkejut. Terdiam terus.

“Mak tau kerja mak hina. Tapi mak tak pernah layan jantan. Kerja mak cuma hidangkan air sahaja.” Rosnah menipu Quwin hidup-hidup!

“Eh… Quwin tak maksudkan macam tu pun mak…” Rosnah terus memintas.

“Kalau macam tu esok Quwin ikut mak pergi tempat kerja mak ya?”

“Errr… Quwin… Quwin ikut.” Quwin takut emak berkecil hati lagi. Rosnah pulak tersenyum girang.

Sebaik saja Quwin memasuki bilik. Telefon bimbit di capai.

“Hello… Wok Feng?? ‘barang’ yang kau nak tu aku bawak malam esok. Barang yang aku nak macam mana?”

“Baik! Kau dah janji ya. Jangan kau mungkir janji pulak. Aku nak barang-barang tu dan hutang aku dengan kau kira langsai semua!” Rosnah membuat perjanjian.

“Jangan risau ini ‘barang’ asli punya. Tak ada orang pernah kacau lagi. Kau orang pertama rasa. Ingat janji kau dengan aku.” Rosnah terus mematikan talian. Senyuman penuh makna terbentuk.

“Aku bakal bebas lepas nie…”

-----------------------------------------------------------------

“Abah! Abah… Quwin mintak ampun bah… Quwin salah. Quwin salah… menyesal Quwin tak dengar cakap abah dulu. Abah ampunkan Quwin, Quwin anak derhaka.. Quwin tak hormat abah. Ampun bah...” Quwin merayu-rayu sambil memeluk lutut kaki abahnya. Keadaannya sangat tak terurus ketika tu. Bajunya koyak rabak dan Quwin tak berkerubung seperti selalu. Sedih hati abah Quwin. Tapi dia faham keadaaan Quwin sekarang.

“Sudahlah tu sayang… mari kita balik. Ibu tengah tunggu kita kat rumah. Mari.” Abah membantu Quwin untuk bangun. Selepas berterima kasih kepada pihak polis mereka terus meninggalkan balai tersebut.

Sampai saja di rumah Quwin terus memeluk ibu tirinya. “Ibu… Quwin mintak ampun bu… Quwin anak derhaka…” Quwin meraung-raung lagi sekali. Puan Fitriah pun turut sama mengalirkan air matanya. Tersentuh hatinya mendengar panggilan ibu dari mulut Quwin.

“Tak sayang… anak ibu tak salah… ibu yang salah.”

Abah yang menyaksikan drama air mata nie turut mengalirkan air matanya. “Sudah-sudahlah tu. Semua dah selamat.”

-----------------------------------------------------------------

Setelah merasakan dirinya pulih. Quwin menceritakan segala-galanya kepada abah dan ibunya tentang apa yang berlaku pada malam bersejarah tersebut.

“Malam tu mak bawak Quwin pergi tempat kerja dia bah. Dia cakap dia nak tunjuk tempat kerja dia dekat Quwin ja… dia bagitau Quwin kerja dia cuma hidangkan air ja. Tak layan jantan… tapi malam tu Quwin nampak mak peluk dengan semua lelaki. Siapa-siapa pegang tubuh mak pun, mak halang. Mak suka bila orang buat macam tu dekat dia…” Quwin mula teresak… Puan Fitriah memeluk Quwin.

“Malam tu mak suruh Quwin masuk satu bilik. Dia cakap situ bilik rehat dia. Quwin masuk ja la sebab Quwin dah tak sanggup tengok maksiat kat luar bilik tu. Mula-mula Quwin sorang ja dalam bilik tu tapi tiba-tiba ada sorang laki cina masuk! Dia terus datang peluk Quwin bah. Quwin takut!” dia mula menangis.

“Laki setan tu cuba nak rogol Quwin! Quwin jerit kuat-kuat panggil mak. Tapi mak tak muncul bah, Quwin tak sanggup nak biar laki tu dapat apa yang dia nak. Quwin tak fikir panjang Quwin terus ketuk kepala dia dengan lampu tidur. Quwin lari ikut tingkap bah. Quwin lompat dari tingkat dua, mujur ada tong sampah besar kat bawah tu.” Quwin mengesat air matanya.

“Quwin cuba cari mak balik. Quwin takut mak pun akan alami apa yang Quwin kena tadi, Quwin nak selamatkan mak tapi masa Quwin nak pergi dekat dengan mak… Quwin nampak tengah bergaduh dengan lelaki yang nak rogol Quwin. Laki tu marah-marah dekat mak. Masa tu baru Quwin tau mak sendiri jual Quwin dekat lelaki bangsat tu! Semata-mata nak langsai hutang dia dan dapatkan bekalan dadah dia bah. Quwin tak sangka mak macam tu abah…”

Puan Fitriah yang mendengar cerita anak tirinya tu turut mengalirkan air mata. Sedih anak tiri yang sudah dianggap macam anak kandungnya sendiri tu diperlakukan sedemikian. Sakit hatinya!

“Quwin mintak ampun sangat dengan abah dengan ibu. Quwin derhaka, biadap, degil tak dengar cakap. Memang betul cakap abah. Tinggal dengan mak lagi teruk dari neraka! Lepas nie, Quwin janji tak bangkang cakap ibu dengan abah lagi.” Quwin membuat janji dengan bersungguh-sungguh.



Bersambung... :)

6 comments:

  1. ni bkn stakat queen cntrl tp dh packaged skali ngan biadap.. klu dh jadi mcm tu x insaf lg x taw la..

    ReplyDelete
  2. @nni

    hah, tau x pa... mg quwin tu manner out. ikut sedap kepala dia ja nak cakap apa...

    ReplyDelete
  3. Jalan cerita yg bagus sangattt..
    Sambung lagi please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aliya thanks.. :) sambungan dia dah ada check dekat tab cerpen tu ya. ;)

      Delete