13 April 2012

Cerpen : Contest Mencari Fastwife (i)

Contest mencari fastwife


Syaratnya mudah saja, anda hanya perlu:


1) Membuat sebuah entry bertajukkan “CONTEST MENCARI FASTWIFE”.


2)  Sertakan gambar terbaru anda.


3)  Tulis biodata yang ringkas mengenai diri anda.


4)  Memenuhi kriteria-kriteria dibawah:-


- sopan dan ayu. (yang memakai tudung diutamakan.)


- tau menguruskan hal rumahtangga seperti memasak dan menjaga anak.


- lulus SPM dengan matematik tambahan C+ (diploma dan degree diberi keutamaan.)


- tau berbahasa melayu dengan fasih. (Cina, India, Kadazan dusun pun boleh sertai.  Hidup satu Malaysia!)

*Pusingan akhir : Top 5 akan diadili face to face.

Tarikh tutup : 10 hari dari sekarang.

Anda rasa anda memenuhi segala kriteria di atas? Tunggu apa lagi sertailah contest ini dan menangi hadiah yang lumayan! Iaitu:

Hadiah utama : Pakej lengkap seorang suami yang berwajah kacak, berkerja tetap sebagai arkitek dan gaji tetap 5 angka sebulan, memiliki kereta Toyota Vios dan rumah banglo dua tingkat, berhati penyayang dan bukan kaki pukul.

Hadiah kedua : Tak ada.

Hadiah ketiga : Tak nak bagi.

Hadiah saguhati : Tempat kedua dan ketiga tak bagi, saguhati takkan nak bagi? Lemak la.

SEMOGA ANDA BERJAYA!

------------------------------------

What’s up bro? apa perkembangan baru misi mencari isteri kau?”

“Aku dah senarai pendek 5 orang perempuan yang aku rasa memenuhi ciri-ciri menantu yang Ummu aku nak.” Aim tersenyum bangga.

Wait, wait! Senarai pendek 5 orang? Bila masa kau cari? Aku tak tau pun.” Berkerut dahi Saif.

Tu ayat sopan yang keluar dari mulut Saif ayat yang sebetulnya cakap dalam hati ja.

‘Bila mamat pendek akal nie cari bini? Baru dua hari lepas menggelupur macam lembu nak kena sembelih depan aku nak cari bini punya pasal… alih-alih dah jumpa calon?? What the cat! Cari bini tak ajak aku!’

“Hehehe… panjang ceritanya…”

“Pendekkan!”

“Ok, ok… macam nie kisahnya.” Aim membetulkan kerusi tempat duduknya.

“Semalam masa aku tengah kusut fikir cara nak selesaikan masalah nie, aku ternampak Amani tengah tengah update blog. Bila tengok blog tu aku terus dapat ilham. Aku buat satu contest mencari isteri! Bijak tak aku. Dalam satu malam masalah aku dah settle. Dah habis pendek tu aku summarykan.” Aim muka teruja.

Saif menepuk dahinya kuat sekali. ‘Memang betullah kalau aku panggil dia mamat pendek akal! Sememangnya akal dia nie memang pendek.’

“Kau cari isteri pakai contest blog ja? Ya ALLAH Aim, kau waras ke tidak nie?”

“Apa pulak tak warasnya… ok apa? Lagipun buat macam nie lagi senang, tak payah aku terkejar-kejar cari mak we. Siapa menang contest tu dia la jadi isteri aku. Habis cerita.”

“Elok sangat la tu. Kemudian cukup 24 jam minah tu kahwin dengan kau dia minta cerai terus.” Saif membidas.

“Hish, tak kan la macam tu. Perempuan manalah tak nak laki yang hensem macam aku nie.”

“Apa kau letak tajuk contest tu? Macam mana kau buat contest tu? Syarat-syarat dia apa?” Bertalu-talu soalan Saif tujukan pada Aim.

“Berminat ke bang nak calon isteri I? tapi I tak layan sepsis sekaum nie nyah…” mengekek Aim gelakkan Saif.

“Berminat tengkorak badak kau. Baik kau bagitau aku cepat.” Saif jegil biji matanya.

“Garang. Tajuk contest aku tu ‘CONTEST MENCARI FASTWIFE’ ala-ala fastfood gitu. Amacam? Gempakkan… pastu syarat-syarat dia simple ja tau masak, tau jaga anak, tau urus hal rumahtangga, tau hormat orang tua, tau cakap melayu, yala takut minah salleh pun join contest aku tu kan mana kita tau. That’s all… simple ja kan.”

“Sah la kau dah gila Aim! Kau bajet cari isteri nie macam makan mcD ke apa fastfood, fastwife segala bagai? gila… gila… aku tak mengaku kawan kau nie.” Saif memicit-micit dahinya.
Aim tersengih panjang melihat keadaan Saif.

“Suka hati kau la wahai sahabatku Aimran Al-Helmy bin Amiruddin asalkan kau bahagia sudah. Hurmm… tapi kan tak kan kau pakai pilih macam tu ja Aim? Kau tak jumpa calon-calon tu face to face?”

“Ish, aku tak la membabi buta ja pilih isteri kau nie pun. Aku nak jumpalah yang 5 orang aku pilih tu mungkin ahad nie. Aku buat final round untuk diorang. Ingat senang nak ‘menang’ aku punya contest? Dah hadiah yang aku tawarkan sikit punya lumayan. Kena la jugak cari yang berbaloi-baloi. Tapi nie yang aku nak mintak tolong kau nie…”

“Tolong apa?”

“Sini aku bisikkan…” Aim dah Saif duduk lebih rapat. Apa yang dirancangnya diceritakan kepada Saif tu.

------------------------------------

“Tempoh yang Ummu bagi dekat Aim dah hampir tamat rasanya… jadi mana menantu Ummu yang Aim janjikan?” Ummu memandang Aim dengan tajam.

“Ermmm… menantu… errr…”

‘Bagi hantu boleh Ummu??’ tapi dalam hati ja la terdetik… berani nak cakap depan Ummu macam tu mau kena libas jawabnya.

“Aimran Al-Helmy. Apa yang ermmm, errrr… Ummu tanya nie, ke kamu sebenarnya tak ada calon lagi nie?” Ummu mula mendesak Aim.

Aim diam.

“Kalau macam tu… minggu depan Ummu jumpa Uncle Zawi bincangkan hal kamu dengan Juwita.”

“Ada! Aim ada… nanti la Aim bawa dia jumpa dengan Ummu. Err, sekarang dia sibuk sikit. Ummu sabar la sikit.” Sepantas kilat Aim menjawab pertanyaan Ummunya tu.

“Aimran Al-Helmy, you better bring her fast or else you know what I’ll do…” Ummu terus berlalu pergi.

You better bring her fast or else… Ummu memang selalu macam tu, suka mendesak. Dah la tu suka panggil nama penuh orang bila dia tengah moody. Mesti tengah moody la tu, tu yang panggil nama penuh aku…” Aim membuat mulut mengajuk cakap Ummunya itu.

I can hear you clearly Aimran Al-Helmy!” Ummu menjerit dari dapur.

“Glupp… Cabut!”

------------------------------------

Hari Ahad tu seperti yang dijanjikan kelima-lima wanita tu muncul di tempat yang dijanjikan. Masing-masing dressing bukan main vogue lagi semata-mata nak memikat hati Aim. Mereka terpesona tengok penampilan Aim. Semua ternganga mulut.

Apa tak nya Aim pakai macam nak hadir ballroom dancing ja lagak gaya dia. Siap dengan tuxedo hitam dan bow tie merah. Mengancam habis!

OMG! Omg! He’s dead handsome!” salah seorang peserta tergamam tengok ketampanan Aim. Namanya Yasmin.

I do… I do! I sanggup jadi isteri you forever and ever…” Gina pulak bersuara. Tetiba ja meroyan tengok muka handsome Aim.

“Lautan api sanggupku renangi. Lautan pasifik sanggupku rentasi. Lautan laut mati sanggupku tempuhi…” Ambik kau… Syakila berfalsafah! Muka dia bercahaya tengok muka handsome Aim.

Straight to the point. You reject ja minah-minah lain nie. You pilih I ya? Kita kahwin dua.” Melissa memaut manja lengan sasa Aim. Ya nie lagi laaa. Tak da simpang-simpang dah. Jujur lagi tulus.

Aim tersenyum dan menarik tangannya perlahan-lahan.

Arra terdiam… ikutkan hati dia pun excited tengok Aim tapi terbantut tengok reaksi menggedik peserta lain. Muka menyampah macam orang nak termuntah ditayangnya

Spontan Aim memandang Arra nak lihat reaksi gadis yang sorang nie pulak. Tergelak besar dia tengok gaya Arra buat-buat nak termuntah tu.

Tersipu malu Arra… tak sempat nak control ayu. Sengih ja la yang mampu dilemparkan.

Come…” mereka memasuki hotel 5 bintang tu

------------------------------------

What?!” Bergema suara gadis-gadis tu apa bila Aim cakap cabaran pertama adalah…

“Kukur buah kelapa.”

“Gila! You nie muka ja hensem tapi otak gila. Takkan you nak we all kukur kelapa atas pentas dalam hotel 5 star nie? malulah we all. Nanti kuku I patah!” Gina mengamuk.

Yup, I’m insane… kuku you yang patah bukan I. So?” Aim buat muka slumber.

Gina mencebik… kalau tarik diri melepaslah dia nak dapat suami yang kacak!

Final round. Cabaran pertama : Kukur Kelapa. Begin!

“Yasmin-Yasmin!”

“Gina-Gina! You can do it…”

Go Syakila!”

Suara-suara orang ramai bersorak memanggil nama peserta. Macam mana orang tau nama mereka? Aim dah buat announcement awal-awal lagi. Semua orang tengok, siap rakam lagi! Masuk Youtube la jawabnya…

Berpeluh-peluh peserta contest Aim kukur kelapa. Siap bersenteng lengan gaun lagi. Macam-macam gaya duduk ada.

Keputusan di tangan. Melissa tersingkir! Sebabnya? Dia menonggek sambil kukur kelapa. Aim tak berkenan… ish, ish, ish.

------------------------------------

“Cabaran seterusnya bukan dekat sini.”

Sebaik saja sampai di tempat cabaran seterusnya…

“Tadika?” mereka saling berpandangan.

“Yes… tadika. I nak you all handle budak-budak dekat sini. Dari bagi makan sampailah diorang semua tidur petang.” Aim tersenyum penuh makna.

Tiba-tiba…

“Wuaaaaa! Cikgu, Kassim sepak buntut Laila!” seorang budak lelaki kecil mengaduh sambil menangis.

“Eii, busuk. Cikgu, Haikal berak dalam seluar!” seorang lagi budak mengadu.

“Arghhhhh!” seorang budak lelaki tiba-tiba berlari di hadapan mereka macam orang gila sambil membuka baju.

“Jangan bergaduh!” seorang cikgu muda cuba meleraikan dua gadis kecil yang sedang bergaduh menarik rambut satu sama lain.

Kacau bilau suasana dekat tadika tu! Tak berkelip mata peserta-peserta Aim. Tak tertelan dek air liur masing-masing.

“Tunggu apa lagi? Cabaran bermula sekarang!” Aim bersuara.

Terkocoh-kocoh top 4 peserta Aim berlari mengejar budak-budak tadi.

------------------------------------

“Kakak. Nak yak.” Seorang gadis kecil menarik tangan Gina.

“Nak yak? Apa tu?” Gina memandang Arra.

“Dia nak berak bawak la dia pergi toilet cepat lepastu jangan lupa basuh.” Arra memberitahu.

What?? I kena basuh berak dia nie? Euwww! Please ok. I tak kan buat.” Angkuh Gina menjawab. Gadis tadi dah nak menangis.

“Tak pa, adik ikut kakak ya?” Arra menarik lembut tangan gadis kecil tu ke toilet.

“Gina. Tolong la kitaorang jaga budak-budak nie.” Syakila protes bila lihat Gina langsung tak tolong mereka menangkap budak-budak tadika yang lari berkeliaran. Dari tadi Gina tak habis-habis men‘touch up’ mukanya.

You all, buat lah sendiri… I tak suka budak-budak.” Gina kembali mencalit gincu di bibir.

Then, you’re out.” Tiba-tiba Aim muncul.

“Tapi… tapi…” Gina terkejut bila Aim tiba-tiba muncul tadi tak ada pun kat sana.

“Isteri I kena suka budak. You tak suka. So bye-bye.”

Menangis tak berlagu Gina dekat situ. Dia tersingkir! Tak dapat suami kacak… makin kuat tangisannya.

------------------------------------

Hanya 3 orang yang tinggal.

Girls, cabaran terakhir bukan di sini tapi dekat tempat lain...”

Then where??”

Semua dah cuak. Mula-mula kukur kelapa dekat hotel 5 bintang, lepastu kena handle budak-budak tadika yang nakal tahap nauzubillah. Bala apa pulak lepas nie. Susah rupanya nak menang contest Aim nie.

Mereka tiba di lokasi terakhir mereka. Terbuntang mata ketiga-tiga gadis tu melihat lokasi baru mereka.

What??! Gerai mamak!”  Aim tersengih.

You nak we all buat apa dekat sini?” Syakila bersuara

“Kerja.” sepatah Aim balas.

Lagi sekali terkojol mata-mata gadis bertiga tu.

No way man! I’m out. Apa barang I kerja dekat gerai mamak tepi jalan nie. Jangan harap dah lah kotor. Sia-sia I join contest nie. Buang masa!” Yasmin menyumpah-nyumpah. Terus diangkat kaki dari situ.

So? Nak blah jugak? I tak kisah.” Aim menyeluk tangan ke dalam seluar. Luar nampak steady la. Dalam hati ‘Mati aku kalau dua-dua minah nie pun blah jugak. Mana nak cekau bini oii!’

Syakila dengan Arra saling berpandangan. Dalam hati ‘Nak cabut ke tunggu sini? Cabut ke tunggu?’ berbolak-balik hati masing-masing. Tetapi keputusannya.

“Kitaorang stay. Awak nak kitaorang buat kerja apa?” Buat pertama kalinya gadis yang bernama Arra tu bersuara. Dan dia satu-satunya gadis bahasakan Aim sebagai awak!

“Senang je. I nak you kerja dekat sini. Tu ja.”

Syakila menelan air liur. Arra menggaru kepala.

“Tapi baju?” Syakila bertanya. Yela tengah pakai gaun kan, takkan main redah kerja gerai mamak pakai gaun! Havoc habis tu.

“Tak payah tukar macam nie pun dah ok. Cangak apa lagi mula la kerja. Ambik order.” Aim melemparkan dua apron kepada mereka.

“Bala… bala… bala.”  Finalis contest Aim dah mula bekerja.

------------------------------------

“Encik nak minum apa?” Syakila bertanya order. Arra mengambil order pelanggan lain. Tak sedar diri mereka diperhati.

“Nie gerai mamak ke hotel 5 star? Pelayan pakai gaun… hurmm. Hebat!” pelanggan tu menilik Syakila dari atas ke bawah. Syakila mengetap bibir.

“Minum Encik?” Lagi sekali Syakila tanya.

“Kopi O kurang manis satu. Roti telur bawang sikit ja letak dengan air panas segelas.” Syakila menggangguk.

5 minit kemudian. Tiba-tiba pelanggan tadi mengamuk.

“Aku nak kopi O kurang manis. Kau buat air macam mana ha? Nie manis! Kau nak bagi aku kencing manis ke apa? Air panas yang aku mintak bukan air suam. Roti telur nie bawang punyalah banyak. Aku nak sikit ja kan? Kau buat kerja macam mana ha?!” Lelaki tu menumbuk meja.

Syakila dah bengang!

“Betul la I buat. Mana ada manis pun air kopi nie. Bawang I letak sikit dah ni. Lidah you tu rosak! Nie air panas bukan suam. Dah tua bangka pun tak tau beza panas dengan suam. I rasa otak you nie yang ada masalah.” Syakila membalas dengan nada kasar.

“Minta maaf Encik. Kawan saya nie mood dia tak berapa ok. Saya buat kan lain untuk encik.” Arra cepat-cepat menarik tangan Syakila ke belakang sebelum mereka bertumbuk!

Tepat jam 8 malam, Syakila mula memberontak. Pinggan di tangan dihempaskan ke lantai sampai pecah.

“Opocot! Mak kau terjun.”  Mengucap panjang kawan melihat Syakila tiba-tiba mengamuk.

“Aku dah tak tahan buat kerja gila nie!” Syakila menjerit.

Arra hanya menggelengkan kepalanya. Malas dia nak ambil tahu. Telinganya dipakaikan earphone dan lagu dipasang. Malas dia nak dengar suara Syakila yang terjerit-jerit. Dia terus membasuh pinggan di dalam besen.

Syakila tengah memaki-maki Aim. Arra tak ambik pusing. Tiba-tiba Syakila melempar apron yang dipakainya ke muka Aim dan berlalu pergi.

Aim langsung tak marah dia tersenyum dan memandang Arra yang tengah bernyanyi kecil kepalanya digoyang ke kiri kanan sambil membasuh pinggan.

“Cik Arra…” Aim mencangkung di hadapan Arra. Tapi Arra langsung tak respon. Telingannyakan ‘pekak’ sementara sebab disumbat earphone. Aim melambai-lambai tangannya di hadapan Arra. Arra tersedar.

“Kenapa?” Arra tanya.

You’re the winner.” Aim senyum.

“Syakila?” sepatah dia balas.

Nope, she’s gone. Dia dah tarik diri. Jadi awak pemenangnya. Awak menang hadiah utama.”

“Macam tu ja?” Arra berkerut, Aim pun sama berkerut dahi.

“Dah tu? Nak macam mana lagi? Tak cukup challenge lagi ke kena kukur kelapa dekat hotel 5 bintang, jaga budak-budak tadika nakal dengan kerja dekat gerai mamak nie?” bertalu-talu soalan dilempar kepada Arra.

“Ok… so, dah boleh balik la nie?”

Aim menggaru kepalanya. Dia ingat Arra nak jerit la happy ke buat breakdance ke bila dia cakap Arra tu dah menang. Macam nie ja dia respon? Tanya boleh balik ke tak? Cool gila minah nie.

“Dah boleh balik. Jom saya hantar. Tapi esok malam pukul 8 malam saya jemput awak kat rumah. Kita bincang pasal ‘hadiah’ tu. Pakai cantik-cantik sikit.” Aim melihat keadaan Arra. Mula-mula tadi masa datang memang cantik tapi lepas dah mula kerja habis gaun dia kena minyak, gula, garam segala jenis benda. Senang cakap Arra sekarang sangat COMOT!

“Ok… lepas tu suruh saya kerja dekat gerai mamak lagi ke?”Arra senyum sinis sengaja dia perli Aim.

Aim hanya merenung Arra. Boleh tahan mulut minah nie.

------------------------------------

“Amacam puas hati ke dengan ‘pemenang’ a.k.a bakal isteri kau tu?” Saif bersuara.

Not bad. Cantik la jugak dekat pandangan mata aku nie. Syarat-syarat aku pun dia lepas. Puas hatilah. By the way, thanks… pandai kau berlakon jadi pak cik banyak songeh.” Aim mengekek.

Well, nie Saif kan... mana boleh tolong aku tolong. Lagipun kau jugak yang cakap. Cabaran pertama nak test tengok tau buat kerja rumah ke tak. Cabaran kedua boleh jadi ibu yang baik tak. Cabaran ketiga kena banyak sabar. Ye la nak menghadapi Ummu kau yang banyak songeh tu kan. So, kenalah aku berlakon kerek tadi.”

“Yup… semua cabaran tu Arra lepas.”

“Tu la… kalau si Syakila tu yang menang masak kau. Hari-hari kena tengking dengan dia. Aku baru provoke sikit ja tadi dah melenting. Macam singa betina. Aummmm! Garang… haha.”

“Nasib baik dia tarik diri. Yang Arra tu pun nasib baik ok ja tak mulut bising. Tidak mau pening aku nak cari bini.” Aim menongkat dagu.

“Betul-betul. Arra tu relax sikit aku tengok orangnya.” Saif seolah-olah merestui pilihan Aim.

“Hurmm, Arra… Arra… Naurah Nur Laili…” Aim menyebut nama Arra berulang kali.

“Woi, baru jumpa tak kan dah angau kot.” Saif ketawa besar.

------------------------------------

Seperti yang di janjikan, malam tu Aim menjemput Arra di rumahnya. Arra hanya mengenakan dress kosong berwarna ungu lembut dan dipadankan dengan tudung ungu yang berwarna gelap. Sederhana tapi cantik di mata Aim. Tak berkelip mata Aim melihat Arra.

Hello? Kot ya pun saya lawa malam nie. Tak payah tenung sampai macam tu takut nanti ada yang buta mata kena cucuk dengan kasut tumit tinggi nie.” Arra menunjukkan kasut tumit tinggi 3 incinya tu pada Aim.

Aim hanya mampu tersengih sambil menggosok lehernya. Pintu kereta dibukakan untuk Arra.

‘Gentlement! Bagus... 5 markah aku bagi.’ Arra berkata dalam hati.

Dalam kereta kedua-duanya menyepi. Arra mengambil peluang menilik Aim. Apa Aim ingat dia sorang ja yang kena buat penilaian? Arra pun ada standard dia yang tersendirilah.

Not bad, handsome la jugak mamat nie. Kalau tengok hari-hari pun tak jemu rasanya. Gaya pun ok, ada taste la pendek kata. 5 markah lagi aku bagi.’ Arra tersenyum sendiri.

Hello? Kot ya pun saya handsome malam nie. Tak payah tenung sampai macam tu takut nanti ada yang buta mata kena cucuk dengan jari saya nie.” Sengaja Aim memerli Arra guna ayatnya tadi.

‘Huh… mulut bising! Annoying. Tolak 5 markah balik.’ Arra mencebik.

Wah, main tolak tambah markah pulak dah macam quiz pulak kan. Lepastu Arra dah tak tengok langsung Aim, sepanjang jalan wajahnya dikalih memandang ke luar tingkap kereta.

Aim pulak hanya tersenyum melihat gelagat Arra.

------------------------------------

Akhirnya mereka sampai ke sebuah restoran hotel. Aim membuka pintu kereta untuk Arra.

“Ingatkan nak ajak lepak dekat kedai mamak lagi.” Sengaja Arra memerli Aim.

Aim hanya senyum mendengar sindiran Arra.

“Jom masuk.” Mereka berjalan beriringan memasuki restoran.

Straigth to the point. Mana contractnya?” Arra bertanya sebaik saja mereka selesai memesan makanan.

Contract apanya?” giliran Aim pulak berkerut dahi.

“Yala, awak nak cari seseorang yang boleh berlakon jadi isteri awak kan? sebab tu awak buat contest nie dan saya pemenangnya. So, we are supposed to have a contract right? Macam cerita cinta contract dalam novel-novel melayu tu.” Arra membuka tangannya. Arra ingat Aim cuma nak cari isteri sementara.

Nope! Saya tak pernah sebut pun pasal contract dalam syarat-syarat contest saya tu. Lagipun Cik Arra nie real life bukan novel. Kita akan kahwin betul-betul bukan berpura-pura mahupun berlakon semata-mata. Kira cincai kita akan kahwin for real… awak akan jadi isteri saya dunia akhirat. Ada faham?” serius Aim berkata.

Mata Arra dah terbuntang, mulut ternganga maha luasnya.

“Biar betul? Kita kenal pun baru sehari, bercinta memang jauh ke longkang la tak pernah… takkan nak kahwin for real kot? Tak logik la Encik Aimran. Nonsense!” Arra tak setuju.

“Biar tak logik janji masalah kita selesai, kita pun tak pening kepala. Buat apa nak buat contract? Dah elok-elok kahwin tiba-tiba nak kena fikir pasal cerai pulak. Nak kena menipu orang sekeliling lagi. Menipu mak bapak kita lagi. Leceh! Lagipun kahwin contract nie kita tak tau sah atau tak dalam islam. At least dalam islam tak cakap kalau cara extreme kita berjumpa nie salah. Niat kita memang nak kahwin betul-betul, bukan main-main. Ya tak?” Nah, sekali Aim cakap termangu terus Arra.

Betul jugak apa yang mamat nie cakap.

“Tapi saya masih rasa macam tak masuk akal idea awak nie kahwin for real? Are you nuts? Baru kenal sehari dah ajak kahwin betul-betul? Gila! Saya join contest awak nie sebab saya pun ada masalah yang sama nak elak kena kahwin dengan lelaki pilihan keluarga saya. Tapi  saya expect kita kahwin ada contract, ada tempoh… dua tahun ke paling lama. Then buat hal masing tak la pelik sangat kalau saya nak terima tawaran awak.” Arra pun tak mau kalah dalam hujahkan balik fakta dia pulak.

“Kalau saya nak buat contract dah lama saya sebut dalam syarat-syarat contest tu. Masalah sekarang saya tak letak dan itu maknanya saya tak nak kahwin contract. Ada faham? Awak janganlah risau, bila saya cakap kahwin betul-betul bukan bermaksud kita main redah ja jadi husband and wife. Kita ambik masa, start from the beginning… mula kenal hati budi masing-masing.” Aim merenung mata Arra sampaikan Arra pulak rasa tak selesa.

“Maksud awak…” belum sempat cakap pelayan hotel datang menghidangkan makanan. Arra terdiam. Sebaik saja pelayan tu pergi Arra terus buka mulut.

“Maksud awak, bercinta lepas kahwin macam tu?”

That’s right. Pandai pun.”

“Kalau la kan, andai kata salah seorang dari kita dah jumpa cinta sejati dia tiba-tiba? Macam mana?”

“Terpulang pada individu tu, kalau dia nak go on dengan perkahwinan nie teruskan. Tapi bagi saya kita fikirkan benda nie kemudian hari.” Selamba ja Aim cakap.

“Awak cakap senanglah fikir kemudian hari. Awak lelaki, saya nie perempuan… kalau jadi apa-apa mana ada lelaki lain nakkan saya lagi.”

“Sebab tu la saya tak nak buat contract Cik Arra. Sekurang-kurangnya kalau kita kahwin betul-betul kita akan cuba berusaha pupuk rasa sayang dan cinta untuk pasangan kita. InsyaALLAH masalah yang awak cakap tu tak akan timbul.”

“Kalau kita masih tak ada perasaan kasih sayang dan cinta tu macam mana?” Arra masih setia merenung wajah Aim.

“Kita doalah supaya ALLAH kurniakan perasaan suci tu untuk kita wahai Cik Arra.” Dia menggeleng perlahan.

Arra terdiam. Nasi di pinggan dah tak tertelan. Apa yang dia bayang tak sama dengan apa yang jadi sekarang. Aim sungguh-sungguh nak kahwin betul-betul tak nak pakai contract.

‘Kalau fikir balik tak da lah teruk sangat mamat nie. Latar belakang family pun ok dari keluarga baik-baik. Lagipun kalau kau tolak tawaran Aim mana kau nak cekau laki buat suami Arra? Mama dengan Baba dah stand by Asif tauke ayam tu untuk kau. Dari kau kahwin dengan tauke ayam tu baik kau kahwin dengan Aim. Mana-mana pun sama ja, dua-dua kau tak kenal, tak pernah bercinta. Pilih Arra… Aim atau Asif tauke ayam tu. Pilih-pilih…’ hati Arra berbolak-balik.

Arra mencapai gelas air masak diteguk rakus. Menenangkan hati yang tengah celaru membuat pilihan.

“Awak setuju ke tidak nie? kalau tak setuju saya kena cari orang lain. Masa saya dah suntuk Arra.” Aim bersuara setelah Arra diam terlalu lama. Teringat ugutan Ummunya tu. Yang sebetulnya Aim harap sangat Arra terima dia rasa hatinya dah terpaut dengan Arra.

“Kenapa awak tak terima saja pilihan emak awak tu? Sama ja kalau awak terima perempuan tu awak boleh bercinta lepas kahwin dengan dia.” Arra balas balik dengan soalan. Soal hidup mati nie! mana boleh main rembat ja cakap setuju.

“Memanglah tapi masalahnya saya tak nak kahwin dengan sepupu sendiri. Tak berkembang nanti otak anak-anak saya.”

‘Sama ja dengan kondisi kau Arra. Dia pun nak elak kena kahwin pilihan keluarga, kau pun sama. Kau bukan kenal sangat Asif tu. Setakat tau rupa dengan nama nak buat apa? Lagipun kau nak ke jual ayam kat pasar malam nanti kalau kahwin dengan Asif?’ Hati Arra berkata-kata lagi.

Cepat-cepat Arra menggeleng kepala. Tak nak dia jual ayam kat pasar malam.

Aim hairan melihat Arra tiba-tiba menggeleng kepala. “Cik Arra awak setuju tak dengan tawaran saya nie?”

Arra mengangkat wajahnya memandang Aim dan… “Saya setuju.”

Good! Then our problem is settle.” Tiba-tiba Aim bangun dari kerusinya megeluarkan kotak kecil dari poketnya dan melutut di hadapan Arra depan orang ramai.

Terkejut Arra dengan tindakan Aim. Apahal mamat ni dah buang tebiat ke apa?

“Kenapa nie bangunlah. Orang tengok kita tu. Malulah!” Arra menunduk muka menahan malu. Aim pulak hanya tersenyum melihat Arra yang tengah tahan malu tu. Mukanya kemerah-merahan. 

Cantik! Puji Aim.

“Naurah Nur Laili, sudikah sayang menjadi ratu di hati abang untuk selama-lamanya? Will you be my eternal love and married me?” Aim memandang tepat ke dalam mata Arra.

Aim melamar Arra! Arra terkedu tak percaya dengan apa yang dia lihat dan dengar masa tu.

Tiba-tiba pelanggan yang lain bersorak-sorak. “Terima! Terima!”

Arra rasa sangat terharu. Terasa dirinya betul-betul dilamar oleh kekasih hatinya. Air matanya mengalir tanpa dia sedari.

I will and I do…” Arra tersenyum manis. Aim turut tersenyum bahagia. Cincin berlian emas putih di sarung ke jari Arra.

“Yeah!” orang ramai bertepuk tangan.

Bila suasana dah reda dan Aim dah kembali duduk di kerusinya. Arra bertanya.

“Kenapa buat macam tu? Tadikan saya dah setuju kahwin dengan awak?”

Because I want to marry you for real. Remember? Jadi saya perlu melamar awak sepertimana seorang gadis layak dilamar oleh kekasih hatinya. Awak pun kena ada memori indah juga nak diceritakan pada anak-anak kita nanti macam mana papa diaorang proposed mama diaorang dulu. Ya tak?” Aim tersengih panjang.

Arra blushing. Anak-anak kita? Bila Aim cakap macam tu, Arra dapat rasakan Aim serius dengan perkahwinan sebagaimana yang dia cakap. Dia tak main-main.

Arra tersenyum senang dengar jawapan Aim. 15 markah untuk Aim! Pandai ambik hatinya. Buat dia rasa dihargai. Wah, tadi 5 markah ja… sekarang melonjak naik 15 markah! Total up semua berapa markah ya Arra bagi untuk Aim pada malam pertama mereka dating? Arra, Arra…


To be continued...


P/s: Arra terima lamaran Aim... lepas nie apa pulak yang akan terjadi? berkawan tak pernah, bersahabat tak pernah jugak, bercinta jauh ke laut la tak pernah... Aim dan Arra nak mulakan hidup baru... hidup baru yang lebih bermakna dengan ikatan perkahwinan. Boleh ke? tunggu... ;)


12 comments:

  1. Saya suka ! Saya suka ! Cepat cepat sambung !

    ReplyDelete
  2. next plss.. owesome..
    sempooii mamat tuh..

    ReplyDelete
  3. @MissxYana

    Aim memang tu yg arra suka.. hehe

    sure will...nnt akn berupdate. ;)

    ReplyDelete
  4. hahaha.. semestinya arra suka.. laki dia jugak nnti.. hehe

    ReplyDelete
  5. @MissxYana

    haha..betul3.. suka x suka kena suka jgk.

    ReplyDelete
  6. Best dn menarik

    ReplyDelete