23 April 2012

Special entry : Hikayat seekor kucing yang hensem.


Hikayat aku seekor kucing yang hensem.    


Aku adalah seekor kucing. Wajahku sangat tampan dan hensem, misaiku kurus-kurus berwarna putih dan panjang-panjang sekali. Aku ni nak kata spesis kucing mahal tidak sama sekali kerana tuan aku hanya kutip aku di tengah jalan. Tapi rata-rata orang yang melihat corak buluku yang unik ini mengatakan aku spesis kucing Bengal... tidak mengapalah spesis Bengal sekalipun, jangan aku dikatakan aku spesis Sengal sudah aku tak rela diperbodoh-bodohkan seperti "Hey cow(kau)! cow(kau) lembu..." Aku dan adik aku bernasib baik pada hari itu, kalau tuan aku yang baik hati dan cantik macam Jessica ELBOWalba tidak mengambil aku dan adik aku... mungkin kami dah inalillahwainalillahhirajiun dah agaknya sekarang dek kerana dilanggar basikal bangla yang bekerja di kawasan perumahan itu. 

Tapi sayang, adik aku telah kembali ke rahmatullah setelah terkena heart attack kerana terkejut dengan bunyi deruman kereta ibu tuanku yang sangat dahsyat itu. Aku sangat sedih dengan kejadian itu... tapi what past is past dia dah mati aku yang hidup kena teruskan hidup demi mengembangkan generasi aku. 
Hidup aku sangat mewah. Hari-hari tuan aku bagi aku makan biskut kucing yang berwarna-warni jenama SweetLove yang telah dicampur dengan biskut kucing jenama Tesco. Aku diberi pakaian yang cantik-cantik belaka. Tetapi yang menghairankan aku... baju-bajuku semua berwarna pink dan jambu sekali siap ada gambar anak sheep lagi ditengah-tengahnya. Terasa begitu jambu ala-ala penyanyi Kpop aku rasakan. Agaknya tuan aku lupa yang aku ni sebenarnya berjantina jantan! bukan lah spesis abang-abang mahupun adik-adik. 

Kemana saja tuan aku pergi pasti mereka akan membawa aku sekali termasuklah pulang ke kampung mereka di Bukit Mertajam... tetapi dek kerana aku pernah membuat onar di dalam bilik Tok wan  tuan aku... aku telah dibannedkan dari menjejak kaki ke rumah itu lagi, tak mengapa. Aku pasrah. 

Kalau tuan aku sekeluarga bercuti luar dari negeri kedah pasti aku dihantar ke nurseri di belakang kedai nasi Kandar makbul tu. Aku bukan tak suka akan tempat jagaan tu... Kam Seng (macam samseng pula aku rasa namanya) tauke nurseri itu memang baik, makan pakai ku semua dijaga... cuma aku kurang senang dengan penghuni-penghuni lain seperti si anjing atau nama glamournya di tempat itu Doggy the Dog selalu menganggu hidup aku dan kucing-kucing lain. Acap kali kami dibulinya. Setiap kali aku ke sana pasti dia menjerit-jerit kepada aku seperti orang hilang pedoman hidup... apa dia ingat suara dia sedap macam akak Ning Baizura?? owh, pehlislah...seperti katak tercekik batu nisan aku dengar tetapi aku kan cool aku biarkan anjing tu melalak sampai pecah kotak suaranya. Lantak kaulah anjing low classs... aku up class apa barang layan kau.

Terbaru nie aku mengikut ayah tuanku mengambilnya di Universitinya... dengar cerita tuanku itu sudah tamat pengajian semester satunya. Pasti dia girang gembira seperti kanak-kanak ribena yang sedang meminum air ribena yang seperti di dalam iklan ribena itu. Biarkan dia... aku malas nak ambil tahu mengenai dia kerana yang pasti selepas dia pulang pasti hidup aku akan terkongkong semula. Aku dah tak bebas untuk pergi berkaroake lagi selepas nie. Mesti tuan aku akan mengurung aku di dalam rumah dan tak benarkan aku keluar bertemu mata air aku si comot! alangka sedihnya aku rasakan tidak boleh berkejar-kejaran seperti dulu lagi dengan mata air aku. Aku doakan tuan aku cepat pulang ke universitinya.

Akhir kata... aku tak nak kata apa-apa... tapi aku sertakan gambar-gambar aku yang hensem untuk tatapan kalian semua.




Macho bukan?? sila lah tergoda.




I tak pernah lupa nilai kemelayuan... you see I wear Bat cloth (baju kelawar) ok...



I calon finalis AmeriCAT next top model's... you wanna be a model??? call me 999.




Sorrylah batang hidung I tak berapa nak mancung macam mat salleh... tu yang spek melurut ke bawah.

Kalau berminat silalah hubungi aku di nombor telefon 014-4447444. Kalau tak berangkat bermakna tuan aku lupa membayar bil aku bulan nie dan talian telah diputuskan oleh telekom. Maaf dipinta.



P/s : hehehe… hikayat mengarut! Gambar kucing kat atas tu kucing saya… =’) ‘hikayat’ nie saya tulis masa duduk dekat universiti dulu. Tension dengan study pastu mulalah pikir benda pelik2. Dan yes hasilnya memang sangat pelik! Hadoi…






The latest pic of my cat! :)



18 comments:

  1. EISHH... GERAM GILA TENGOK CERMIN MATA DIA >___<

    ReplyDelete
  2. Hehehe, hikayat yang ohsem ! Entri hang zana semuaaa pengubat jiwa aku dikala berdukaaaa. Kumawoo ;]

    ReplyDelete
  3. @emeliena


    hahaha... suka ja hati baca komen2 hang wei.. thanks eme :)

    ReplyDelete
  4. olosss....cute bangat sih..nk pinjam buleh...
    die hard fan nih...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tima seh, tima seh. :D nak pinjam?? berapa lama? kalau nak pinjam 5 minit boleh la... ;)

      Delete
  5. so cute..nice entry..

    syah

    ReplyDelete
  6. alolo... cutenye kucing tu! ei, ni yg geram ni! nk cubit2 je hidung die tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh3... jgn la cubit hidung dia nnt penyek... hehe.. thanks. ;)

      Delete
  7. Kretif laaa..terbaik...memang the best laa..cat tu pon comey sangat..hehe

    ReplyDelete
  8. lawakla cite nie..smpai keluar air mata gelak,,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dahsyatnya gelak sampai keluar air mata... XD

      Delete
  9. Replies
    1. Ni kucing kesayangan saya dunia akhirat. :) satu dalam sedunia. Tak akan ada ganti awak. And yesss he is special :)

      Delete