4 April 2012

Cerpen : Gaduh-gaduh sayang (iii)



“Macam mana doktor dengan anak saya?” Muka Daddy tampak risau.

“Err, kami dah beri rawatan yang terbaik kepada Ku Ahmad. Harap Tan Sri dapat bersabar.” Doktor nie pun cakap macam Kumad tu dah mati. Zara yang mendengar sah tak senang duduk takkan kena sepak sikit dah mati kot. Zara mula rasa bahang.

“Maksud doktor?”



“Kemungkinan besar sebahagian kecil ingatannya mungkin dia tak akan ingat. Means hilang ingatan.”

Daddy terduduk.

“Dari hasil rawatan kami, kami dapati ada kesan lebam di kepala Ku Ahmad. Dia ada terhantuk di mana-mana ke sebelum nie?” tiba-tiba Dr.Rahman menyoal Daddy.

“Saya tak tahu doktor. Pagi tadi masa saya nak pergi kerja, kecoh satu rumah Kumad pengsan. Menantu saya cakap hidung Kumad berdarah dan kami terus ke hospital. Saya…” Daddy terdiam sebelum memandang ke arah Zara.

“Zara tau apa jadi dekat Kumad?” Daddy tanya Zara.

Sepantas kilat Zara menjongket bahunya berkali-kali. “Tak tau, tak tau.” Penipu!

‘Matilah aku kalau Daddy tau aku sepak kepala Kumad sampai hilang ingatan.’ Zara menelan air liur berkali-kali.

“Kalau macam tu tak apa lah. Tan Sri jangan risau, Kumad tak hilang ingatan terus hanya sesetengah perkara saja dia tak ingat. Bila dia sedar nanti kita akan tau…” doktor tu senyum ke arah Zara dan Tan Sri Ku Arshad.

-------------------------------------------------------

“Daddy… daddy…” mata Kumad masih lagi terpejam. Berkerut-kerut dahinya.

“Daddy kat sini sayang. Zara panggil doktor. Cepat!”

“Baik-baik.” Tergesa-gesa Zara berlari dapatkan Dr. Rahman.

Selang 2 minit kemudian.

“Ku Ahmad dah sedar. Dia tiada masalah apa-apa tapi kami perlu tahan dia di wad untuk beberapa hari untuk pastikan dia betul-betul sihat.” Selesai berkata doktor muda tu terus keluar dari wad Kumad.

“Daddy, who is she?” Kumad menunding jari ke arah Zara.

Daddy dan Zara saling berpandangan.

She’s your wife. Zara Nameera… remember?” Daddy mengusap perlahan rambut Kumad yang masih berbalut.

Kumad menggeleng perlahan. “No. I can’t remember single things about her.

Daddy terdiam. Zara terus keluar dari wad Kumad. Tiba-tiba hati dia rasa sakit sangat mendengar kata-kata Kumad. Kaki dia rasa lemah dan tak boleh berdiri, dia terjatuh bersandar di dinding hospital dan tanpa dia sedari air mata laju keluar dari matanya.

Zara menangis sebab Kumad?

-------------------------------------------------------

Sepanjang tempoh Kumad di hospital Zara la yang merawatnya. Setiap kali tiada kuliah pasti dia akan ke hospital menemani Kumad.

Hari nie Kumad keluar dari hospital dan Zara menjemputnya. Sampai saja di villa, Zara hendak ke biliknya. Tapi Kumad menahannya.

“Awak nak ke mana?” Kumad menanya.

“Balik bilik aku lah.”

“Mana bilik awak?”

“Bilik aku dekat sana.” Lurus Zara menunjukkan arah ‘bilik’nya tu.

“Sana mana? Tak nampak pun bilik…” melilau mata Kumad mencari ‘bilik’ yang Zara tunjukkan tu.

“Tu yang warna merah tu. Buta ke! Tu bilik aku.”

“Merah?” akhirnya Kumad nampak jugak ‘bilik’ dia. “Tu bukan bilik tu sto…”

Tiba-tiba Zara sebak, air matanya murah saja nak turun…sebab tu belum sempat Kumad habis cakap dia terus meninggalkan Kumad. Seolah-olah malam pertama hari perkahwinan mereka. Semua macam terimbas balik. Cuma kedudukan yang mereka yang berbeza.

Kumad terpinga-pinga tak faham kenapa Zara tinggal dekat situ sedangkan Zara isterinya.

-------------------------------------------------------

“Non Zara… ooo non…” Bibik memanggil Zara di biliknya a.k.a store rumah tu.

“Ada apa bik?” Zara terus menanya sebaik pintu di buka.

“Tuan Muda mahu Non ke biliknya. Sekarang juga.”

“Huh… malas saya. Cakap saya dah tidur.”

“Tapi Non… kalau Non enggak mahu ketemu Tuan Muda. Nanti Tuan Muda enggak mahu makan. Bik takut Tan Sri marahin Bibik. Non tolong ya… pergi ke bilik Tuan Muda. Gayanya mahu Non tukarkan balutan kepalanya.”

“Yala-yala… saya buat nie sebab Bik tau.” Zara dengan malas terus menutup pintu dan mengikut Bibik memasuki rumah. lambat-lambat kaki di atur ke arah bilik Kumad.

Dalam hati tak habis-habis Zara menyumpah. Sejak-sejak hilang ingatan nie. Kumad dah buang tebiat!

Tanpa mengutuk pintu Zara terus masuk bilik Kumad. Natijahnya Zara ternampak Kumad hanya berseluar pendek sedang memakai baju...

Sorry…” Zara nak keluar semula tapi di tahan Kumad.

Nope, masuk ja dah siap pakai baju dah.” Dia tersenyum. Zara buat muka menyampah. Nie yang Zara meluat. Kumad dah lain! Kalau dulu tak pernahnya dia nak senyum dekat Zara. Tapi sekarang pantang nampak Zara mesti dia tersengih-sengih.

“Kenapa suruh datang sini?”

“Tolong tukarkan nie.” Dia menunjuk balutan di kepalanya.

“La, yang sakit kepala kau, tangan aku tengok dua-dua elok lagi. Balut lah sendiri. Menyusahkan aku ja.” Lagi sekali Zara nak keluar dari bilik tu. Tapi Kumad menarik tangannya.

“Saya balut tak kemas. Awak balut kemas… lagipun saya dah biasa awak yang tukarkan balutan nie. masa kat hospital selalu awak yang buatkan untuk saya.” Kumad buat muka kesian.

Zara mengalah. Mereka duduk dibirai katil. Berhati-hati tanggannya membalut kepala Kumad. Yang Kumad pulak ambik kesempatan merenung Zara, dari rambut ke dahi, dari dahi turun ke mata ke hidung dan akhir sekali ke bibir. Lama dia merenung bibir comel Zara. Sampaikan Zara tak selesa.

“Mata tu jaga sikit boleh tak. Aku cucuk karang biar buta baru kau tau.” Zara mengugut Kumad tapi Kumad hanya ketawa kecil.

“Sampai hati sayang nak cucuk abang. Tak sayang ke kat abang?”

Zara menjuling mata naik atas. “Pakai bahasa biasa boleh tak? Bahasa yang kita selalu guna. Aku kau! Bukan saya awak. Bukan abang sayang! Sumpah geli tekak aku nie. Nak termuntah.” Zara buat aksi nak termuntahnya.

Kumad hanya ketawa. “Comel sayang buat macam tu.” Zara rasa nak pengsan.

“Dah siap kepala kau nie. Tu makan nasi yang bibik masak. Kesian dia kalau kau tak makan Daddy marah dia pulak.”

“Sayang temankan abang makan ya.” Kumad menarik perlahan tangan Zara.

“Eii, lepaslah. Kau nie betul la ke tak ingat langsung pasal kita? Kau dengan aku guna bahasa aku kau bukan abang sayang. Ke kau buat-buat lupa? Orang lain semua kau ingat. Aku kau tak tak ingat. Kau nak pekenakan aku lagi kan? Baik mengaku.” Zara mendesak Kumad.

“Tak la abang betul tak ingat apa-apa pasal kita. Buat apa nak menipu? Sayang teman abang makan ya… please…” Kumad dah mengeluarkan wajah innocent dia.

Zara dah serba salah. Dia tau kalau tengok muka innocent Kumad mesti dia lembut hati.

“Mengada. Makan la cepat aku tunggu kat sini.” Kan tengok… Zara dah mengalah.

“Sayang suapkan abang…”

“Pangggg!” sekali Kumad kena lempang dengan Zara. Hahaha.

“Mengada kau ingat kau budak kecik nak bersuap-suap. Makan sendiri.” Zara buat muka garang.

Terdiam terus Kumad… laju ja tangan dia ambik sudu kemudian suap sendiri! Hahaha. Tau takut bini.

Selesai saja Kumad habis makan Zara terus bangun.

“Nak ke mana tu?” Kumad tanya.

“Balik bilik aku la. Tanya lagi.”

“Apa pulak. Sayang isteri abang kan… so, bilik sayang kat sini la.” Kumad menahan Zara dari keluar dari bilik tu.

“Jangan nak cari pasal dengan aku la malam-malam nie. Dah la tadi mengada nak macam-macam. Aku nak balik bilik aku. Aku nak tidur, penat tau tak layan kerenah kau nie. Dah tepi aku nak keluar.” Zara menolak badan Kumad yang menghalang jalannya...

“No! abang cakap tak, maknanya tak. Mulai hari nie bilik sayang dekat sini. Zara kena tidur dengan abang malam nie. Muktamad.” Kumad terus menarik tangan Zara.

“Lepas lah Kumad. Aku nak balik bilik!” Zara meronta-ronta.

Sebaik pintu bilik tu dikunci dari dalam dan lampu terpadam, suara Zara pun turut sama terpadam. Diam terus tak berbunyi.

-------------------------------------------------------

“Mien hidup aku dah musnah…” kepalanya dihentuk berkali-kali di meja.

“Kali terakhir aku tengok kau macam nie, masa kau kena kahwin dengan Kumad. Apa hal pulak kali nie? tak kan nak kena kahwin lagi kot?”

“Kumad tu gila!” tiba-tiba Zara menjerit. Nasib baik orang tak banyak kat situ.

“Gila kenapa? Dia suruh kau buat apa pulak?” Mien menongkat dagu memerhati Zara.

“Dia tu pelik! Lepas-lepas dia hilang ingatan hari tu. Dia dah jadi orang lain… lain sangat…” Suara Zara dah berubah.

“Ya la gila, ya la pelik… tapi gila dan pelik yang macam mana?” Mien menyoal lagi.

“Dia dah tak marah-marahkan aku lagi…”

“Bagus la tu. Dia nak berbaik dengan kau la tu.”

“Dia tak bagi tinggal dalam store tu lagi…”

“Ok la tu, dulu kau jugak yang bising dia kejam sebab bagi kau duduk situ.”

“Dia panggil aku sayang…”

“Dia nak manja-manja dengan kau kot.” Mien menggaru dahinya pulak.

“Dia suruh aku panggil dia abang…”

Mien terdiam

“Dia suka peluk aku…”

Mien terbeliak mata.

“Dia suka cium-cium aku…” suara Zara makin perlahan.

Mien tutup mulut

“Dia… dia… dia…” Zara terdiam. Mukanya merah sangat.

Mien yang perasan perubahan wajah Zara faham maksud Zara. Dia dah memegang kedua-dua belah pipinya.

“OMG! OMG! Oh mak guard! Kau dengan Kumad… macam nie… korang dah nie?” Mien melagakan kedua-dua jari telunjuk berkali-kali.

Perlahan Zara mengiyakan sebelum kepalanya jatuh ke meja balik.

“Panas! Panas… wuu, mak cik café tak buka air cond ke hari nie?” Mien dah mengipas dirinya dengan tangan. Macam tak percaya ja dengan apa yang dia dengar tadi. Zara dengan Kumad? Woo, dunia memang dah terbalik.

Tiba-tiba…

“Hai sayang…” Kumad muncul entah dari mana. Jatuh dari langit barangkali. Tiba-tiba terjongol kat situ muka dia.

Zara cebik mulut, meluat dengar perkataan sayang tu. Terus wajahnya di kalihkan ke tingkap.

“Sayang sembang apa dengan Mien?” Kumad masih setia melihat wajah isterinya. Mien? Mien tiba-tiba jadi patung cendana kat. Tak bergerak-gerak.

Zara buat tak tahu. Tiba-tiba… “Cuppp!” Kumad cium pipinya.

Terus Zara memandang Kumad “Kenapa kau cium aku!” marah betul dia rasa. Malu dengan Mien pun ya jugak. Mien dah mula betulkan tempat duduk. Tak selesa, segan pulak tengok drama romantik husband and wife nie.

“Err, Zara aku gerak dulu lah. Aku, aku… kucing aku nak bersalin...” Nampak sangat nak lari Mien tu. Alasan langsung tak boleh pakai bila masa entah dia bela kucing. Tergesa-gesa dia bangun.

“Sapa suruh sayang buat tak tahu masa abang tanya tadi. Geram sangat, abang ciumlah pipi tu. Ikutkan hati nak ja abang gigit pipi tu.” Kumad tersengih-sengih.

Zara cepat-cepat memegang pipinya. “Gila.”

“Memang pun… abang gila dekat sayanglah. Tak nampak nie dah separuh gila.” Lagi sekali pipi Zara 
jadi mangsa.

“Eii, tak maulah Kumad! Aku tak suka lah.” Zara terus menolak Kumad dan keluar dari situ. Takut dia dengan perangai romantik Kumad yang tak bertempat tu. Ngeri!.

-------------------------------------------------------

“Kumad…”

“Hurmm…” Mata Kumad langsung tak di alih dari sketch nya tu. Tangannya ligat melakar atas kertas lukisannya.

Petang tu Kumad lepak dengan Bood ja. Qi? Dia pergi dating dengan Mien.

“Sampai bila kau nak menipu Zara?” batu kecil di capai dan dilontar ke dalam tasik.

Tangan Kumad terhenti dari melukis. Tiba-tiba dia mengeluh.

“Entahlah aku pun tak tau. Kadang-kadang tu aku rasa aku nak terus ja berlakon aku nie hilang ingatan.” Drawing booknya ditutup dan diletak disisinya.

“Kalau Zara tau aku takut perang besar nanti korang.”

“Tu aku tau. Tapi kau tengoklah sendiri. Dengan jadi Kumad yang baru nie ja aku boleh dekatkan diri dengan Zara. Kalau dengan Kumad yang dulu…” Kumad senyum. “Jangan nak dekat, pandang aku pun dia tak nak Bood.”

Bood diam.

“Aku tak dak niat pun nak menipu dia. Aku tak rancang pun semua nie. Tiba-tiba ja pagi yang aku sedar hari tu aku terus cakap macam tu and suddenly everyone think I can’t remember anything. Aku pun terfikir mungkin cara nie boleh buat Zara dengan aku berbaik. And yes it works.” Kumad tersenyum lagi.

“Entahlah Kumad. Tu hal rumahtangga kau. Cuba satu ja aku nak nasihat sebelum dia dengar dari mulut orang lain baik kau berterus-terang dengan dia.”

I sure will. Tapikan aku terpaksa mengaku yang apa yang kau dengan Qi cakap hari tu betul.”

“Aku dengan Qi cakap banyak… yang mana satu?”

“Yang aku sebenarnya ego nak mengaku aku suka dengan cintakan Zara.”

-------------------------------------------------------

Masa berganti masa. Zara dengan Kumad dah tamat belajar dan bekerja di syarikat Tan Sri Ku Arshad. Daddy sendiri yang nakkan anak menantunya bangunkan syarikat mereka. Walaupun Zara dengan Kumad tolak dengan alasan nak berdikari. Daddy tak terima. Katanya dekat syarikat sendiri pun boleh cari pengalaman boleh berdikari. Zara dengan Kumad bukannya dilantik terus memegang jawatan tinggi. Masing-masing terpaksa bermula dari bawah. Zara dan Kumad akur sebab ada betulnya cakap Daddy mereka tu. Gembira betul Tan Sri Ku Arshad tengok Zara dengan Kumad hidup bahagia tak macam mula-mula masa mereka kahwin. Ya ALLAH. Dia tak mau ingat balik teruk tak teruknya perangai anak menantunya tu… baik sikit ja dari hantu!

“Lepas nie Daddy nak cucu. Boleh Zara?”

Zara terdiam… glupp… tiba-tiba ja air liur rasa kesat semacam.

“Boleh ja Daddy no hal… setakat tujuh enam orang tu dak masalah.” Kumad tersengih miang-miang keladi.

Zara dah pandang macam nak telan Kumad tu. Tapi cover-cover depan bapak mertua kan.

“La, apasal tujuh enam orang ja bang… kenapa tak bagi genap sepuluh terus? Rasa-rasa tak cukup kita ganda bagi cukup dua puluh… boleh buat team sokongan baru dekat syarikat kita kan abang kannnn.” Beserta dengan ‘kannnn’ yang panjang tu paha Kumad jadi mangsa kena cubit dengan Zara. Berkerut-kerut dahi kawan tahan sakit. Tak kan nak menjerit depan Daddy? Jatuh la air muka dia.

Tan Sri Ku Arshad ketawa besar tengok gelagat anak menantunya dalam hati syukur dipanjatkan moga berkekalan hingga akhir hayat mereka.

-------------------------------------------------------

“Sayang baju biru abang mana?” Kumad melaung dari bilik.

“Ada atas kerusi tu kan. Cuba cari betul-betul.” Zara menyahut.

“Mana? Tak ada pun… cepatlah sayang. Hari nie abang ada meeting, tak kan nak datang kerja lambat sayang.” Kumad merengek-rengek macam budak.

“Ish, nie apa? Mata ja besar tapi tak leh pakai.” Zara menyerahkan baju tu pada Kumad.

“Pakai kan…” Kumad tersengih lagi. Suka betul dia bermanja dengan Zara.

Zara menjeling Kumad. Tapi jeling-jeling manja gitu.

“Macam budak-budak. Baju pun orang kena pakaikan.” Satu persatu butang baju dipakaikan. Kumad hanya memerhati raut wajah isterinya tu.

“Sayang cantik.” Kumad memuji isterinya.

“Tau…” Zara tersenyum.

“Eii, perasan!” hidung Zara di cuit manja. Zara ketawa kecil. Tie di capai dan dipakaikan untuk suaminya.

Sebelum berbaik? Hari-hari hidup mereka sengsara dipenuhi dengan kata-kata maki dan adegan macam nak membunuh hidup masing-masing. Senang cakap macam dalam neraka!

Lepas berbaik? Hari-hari hidup mereka bahagia dipenuhi dengan kata-kata sayang dan gurau senda manja sesama sendiri. Pendek kata macam dalam Syurga cinta.

Beza gila kan dua situasi kat atas nie? kalau Kumad tau hidup dia akan sebahagia nie. Dari dulu lagi 
dia dah ikat Zara.

-------------------------------------------------------

Sepandai-pandai tupai melompat pandai lagi arnab melompat!

Disangka cerah sampai ke petang rupanya mendung di tengahari.

Sedangkan lidah lagi tergigit nie kan pulak suami isteri.

Sekali ombak bah, sekali pantai berubah…

Haipp, terlebih peribahasa pulak… hehe

Lama Kumad menipu Si Zara tu. Tapi akhirnya Zara tau jugak. Buat kali pertama sejak mereka berbaik Zara dengan Kumad bergaduh.

“Maknanya Zara dah tau la ya selama nie abang buat-buat hilang ingatan?

“Tau…” sepatah Zara balas. Kacang di capai dan di masukkan ke dalam mulut. Riak muka Zara tenang dengan selamba gila. Kumad pulak yang cuak lebih.

“Bila sayang tau? Sapa yang bagitau?” Kumad hanya terbayang wajah Bood. Hanya Bood yang tau rahsia dia nie.

“Zara terdengar abang cakap dengan Bood dalam telefon minggu lepas.”

“Kenapa Zara diam kalau tau minggu lepas? Kenapa baru sekarang Zara tanya abang?” Kumad tak faham.

“Sebab Zara nak tengok abang nak terus menipu Zara sampai bila.” Satu lagi kacang memasuki mulutnya.

“Er… sayang tak marah abang?” Kumad takut-takut berani ja nak tanya isteri dia nie.

“Marah…” sepatah jugak Zara balas. Kumad dah panas punggung. Dia bangun dah duduk di sebelah Zara pulak.

“Habis tu, kenapa muka relax ja? Tak maki-maki abang pun.” Tie di leher dilonggarkan. Panas!

“Dah tu tak kan Zara nak terpekik terlolong, maki-maki abang macam orang hilang pedoman hidup?” Zara masih steady mukanya hanya difokuskan menghadap tv.

“Ish, Zara nie buat abang takutlah. Kalau Zara nak marah, marah ja. Abang sanggup terima. Zara nak pukul abang pun. Nie abang dah stand by. Pukul lah. Pukul sekuat hati sayang.” Kumad dah membuka dadanya menunjukkan dia dah ready kena belasah dengan Zara.

“Buat pa… nanti Zara yang sakit.” Satu lagi kacang masuk mulutnya. Muka Zara masih tak ada perasaan.

Kumad dah garu kepalanya. Betul la hatinya tak tenang tengok keletah bininya nie. Kata marah tapi reaksi? Macam orang tak ada perasaan.

“Apa abang rasa kalau Zara tipu abang bulat-bulat? Zara rahsiakan sesuatu dari abang 6 bulan lamanya. Rasa-rasa abanglah kan… abang suka tak? Happy ke Zara tipu abang.” Zara tiba-tiba bersuara. Nada suara dia biasa ja macam orang tak perasaan. Muka langsung tak pandang Kumad. Seolah-olah dia tengah cakap dengan Tv.

“Abang… ermmm, abang… marah kot…” tiba-tiba Kumad terfikir ‘aku tipu dia boleh takkan dia nak tipu aku tak boleh?’ jadi Kumad cepat-cepat ubah jawapan dia.

“Eh, tak-tak abang tak marah.” Tapi hati dia berbolak-balik lagi. ‘Ish, tapi dia tipu aku tu. Tak kan aku tak marah? Mestilah aku marah. Dosa tipu suami!’

“Eh, abang tukar balik la jawapan abang… abang marah.” Kumad yakin. Tapi pulak tiba-tiba dia terfikir lagi… ‘Habis tu tipu bini tak berdosa ker?? Ha sudah…’

“Ermmm, abang tukar lagi jawapan abang. Abang tak marah. Tak-tak abang marah. Tapi tak sampai hati nak marah… abang tak marah, abang tak marah… ermm, abang tak tau la sayang. Sayang jangan lah nak dera mental abang…” Kumad dah pening dengan soalan jerat isterinya.

“Sayanggg…” dah mendayu suara Kumad nie.

“Betul abang salah… ye abang tipu Zara, tapi jangan la buat macam nie… Zara jangan diam ja buat macam tak ada apa-apa. Zara buat abang rasa tak tenang hati tau tak. Abang buat semua nie sebab abang nak kita baik balik. Abang tak tau nak mula berbaik dengan Zara macam mana. Abang terpaksa tipu Zara yang abang hilang ingatan sebab dengan cara nie ja abang boleh dekat dengan Zara. Please sayang… I’m truly sorry. Zara kan kita dah happy sekarang. Kita lupakan ja semua yang lepas. Kita mula hidup yang baru. Ya sayang ya?” Kumad bersungguh-sungguh menerangkan pada Zara.

“Senang ja kan abang cakap. Mulakan hidup baru? Habis tu cuba abang fikir. Abang tipu Zara, Zara tenang hati la ye? Suka kena tipu macam tu?” Akhirnya pandang jugak muka Kumad. Tapi sekejap saja. Mata dia di pandang semula ke hadapan tv. Zara betul-betul rasa sakit hati kena tipu dengan Kumad selama nie.

“Zara… abang…” Kumad dah mati akal. Tak tau nak cakap macam mana lagi. Kali nie betul-betul dia rasa tak sedap hati. Tekak dia tiba-tiba rasa loya macam nak muntah pun ada. Ditelannya air liur-liur berkali-kali. Kepalanya tiba-tiba rasa pening. Sejak dua menjak nie. dia selalu rasa tak sedap badan. Kepalanya selalu pening.

“Dah la abang. Zara penat nak tidur.” Zara terus bangun dari kerusi dan menuju ke arah tangga. Zara kecik hati dengan Kumad.

Kepala Kumad makin kuat berdenyut. Sakit!

“Bummmm!” Tiba-tiba bunyi sesuatu benda terjatuh kuat sekali.

“Ya ALLAH. Abang!” terkejut Zara melihat Kumad terlentang atas lantai. Hidung Kumad berdarah sebab terhantuk ke sofa sebelum jatuh terbaring.

Zara panik tengok keadaan Kumad. Zara mula menyalahkan dirinya.

“Bang bangun lah… abang Zara mintak ampun dengan abang… Zara salah Zara janji tak marah abang, tak buat macam nie kat abang… isk, isk, isk… abang bangunlah. Jangan tinggal Zara sorang-sorang. Bik telefon ambulans!”

-------------------------------------------------------

Di luang legar hospital, Zara tak senang duduk. Kejap dia bangun kejap lagi dia duduk balik. Kemudian jalan ulang-alik dihadapan bapa mertuanya.

“Zara, cuba duduk bawak bertenang. Pening Daddy tengok kamu ke hulu ke hilir. Doa banyak-banyak mudah-mudahan Kumad selamat tak apa-apa.” Zara akur dia duduk di sebelah Tan Sri Ku Arshad.

“Nie semua salah Zara. Kalau Zara tak buat abang tension tadi mesti abang tak pengsan. Zara isteri yang jahat daddy. Suami sendiri tengah sakit pun masih nak penting diri sendiri, fikirkan perasaan sendiri ja sampaikan suami sendiri terlantar dekat hospital.” Zara dah mula meraung. Suaranya teresak-esak.

“Benda yang sudah tu sudah la. Adat berumah tangga semua tu. Cuma daddy harap lepas nie jangan terlampau ikutkan perasaan. Bawak berbincang apa-apa perkara pun.”

Zara mengangguk. “Kalau jadi apa-apa dekat abang, Zara takkan maafkan diri Zara sendiri Daddy…” Mata Zara dah merah.

“Tan Sri. Ku Ahmad dah sedar.” Dr Rahman yang juga merangkap doktor peribadi keluarga mereka tiba-tiba muncul.

“Alhamdulillah…”

“Cuma saya nak kena buat pemeriksaan ke atas Puan Zara jugak. Saya syak Ku Ahmad pengsan ada kena mengena dengan Puan Zara.”

“Saya?” Zara menunding jari ke arah dirinya. Doktor muda tu mengangguk perlahan kepalanya.
Zara dah mula menangis. Lagi kuat dari tadi. “Daddy. Kan Zara dah cakap Zara punca abang sakit… wuarggghhh!” Tan Sri Ku Arshad dengan Dr. Rahman dah mula panik melihat Zara tiba-tiba meraung.

“Zara sabar Zara…ingat Tuhan.” Tan Sri Ku Arshad memeluk bahu Zara sebelum Zara terkulai pengsan.

“Nurse!! Tolong angkat pesakit. Cepat.”

-------------------------------------------------------

Daripada Kumad seorang yang kena pakai baju biru. Sekarang Zara pun kena join sekaki pakai baju biru hospital tu.

Kalau tadi Kumad yang pengsan sekarang bila Kumad dah sedar Zara pulak yang pengsan. Macam-macam Zara dengan Kumad nie.

“Sayang? Sayang dah sedar?”Kumad memegang tangan Zara. Walaupun Kumad terlantar atas katil tapi disebab jarak katinya dan Zara tak terlampau jauh jadi dia boleh capai tangan Zara. Lagipun katil mereka hanya bersebelahan.

Sebaik saja Zara buka matanya. Dia ternampak Kumad memegang tangannya. Tiba-tiba matanya berair lagi.

“Abang… Zara mintak ampun. Zara salah… sebab Zara abang masuk hospital. Isk, isk…” Zara dah mula nak menangis tapi tak seteruk tadi.

“Shh, apa sayang abang cakap macam nie. Tak bukan salah sayang, abang yang salah. Abang yang mula-mula tipu sayang.”

Wah… tiba-tiba ada drama swasta pulak dalam bilik sakit tu. Dr. Rahman hanya melihat adegan romantik mereka. Tan Sri Ku Arshad pulak diam tak berkutik. Sebelum masuk ke bilik sakit tu, Dr. Rahman ada bagitau sesuatu pada Tan Sri Ku Arshad.

“Tan Sri. Lepas saya buat pemeriksaan ke atas Zara tadi. Ternyata memang betul apa yang saya syak sebelum nie. Memang Zara penyebab Kumad sakit.” Tan Sri Ku Arshad sangat terkejut.

“Biar betul Man. Macam mana Zara boleh sebabkan Kumad sakit? Tak faham saya.”

“Macam nie sebenarnya…” Dr. Rahman menceritakan perkara sebenar. Berubah air muka Daddy. Dia tak tahu nak berreaksi macam mana setelah dengar penjelasan Dr. Rahman.

“Kita tunggu Zara sedar. Baru kita beritahu mereka berdua.” Tan Sri Ku Arshad membuat keputusan.

-------------------------------------------------------

“Kumad memang betul apa yang Zara cakap tu. Memang dia punca awak tak sihat selama nie. Punca kepala awak sakit selama nie.” akhirnya doktor muda tu mencelah perbualan Zara dengan Kumad.

Zara makin kuat esak tangisnya bila dengar ayat doktor muda. Kumad pelik.

“Apa yang doktor cakap nie? doktor jangan nak bawak fitnah kat sini. Isteri saya tak da kena mengena dengan sebab saya sakit.” Kumad bengang bila orang tuduh bininya macam tu. Sapa tak sayang bini oiii.

“Betul tu Kumad. Apa yang Dr. Rahman cakap memang betul Zara yang sebabkan kamu sakit.” Tan Sri Ku Arshad pula menyampuk.

“Abang Zara mintak ampun…” Zara mati-mati ingat disebabkan peristiwa dia sepak kepala Kumad sampai dua kali tu punca Kumad sakit. “Zara salah. Zara yang buat abang sakit.” Makin lebat air mata Zara turun.

“Doktor tipu! Kalau betul apa sebabnya?” Kumad dah mula bengang, kalau bukan sebab dia terlantar atas katil nie memang dah lama lebam sebelah mata doktor tu.

“Terus-terang sahaja Man. Biar Kumad tau Zara punca dia sakit.” Tan Sri Arshad masih serius riak wajahnya.

“Sebenarnya…” Doktor muda tu terdiam. Dipandang wajah Zara dan Kumad silih berganti. Kemudian ke arah Tan Sri Ku Arshad pula. Daddy menganggukkan kepalanya tanda ‘Teruskan.’

“Baiklah. Sebenarnya… Puan Zara awak menghidapi ketumbuhan yang serius. Dah lama ketumbuhan nie membesar dalam badan awak. Dah 3 bulan.”

Kumad terkejut. Zara rasa nak pengsan.

“Habis tu kenapa suami saya pulak yang sakit doktor?” Zara cuba tabahkan dirinya mendengar berita yang baru disampaikan tu. Dia sakit. Dia ada ketumbuhan dalam badannya?

Tiba-tiba Dr. Rahman dengan Daddy tersenyum. Kumad dengan Zara rasa pelik sangat. Anak menantu sakit pun Daddy boleh senyum??

You’re pregnant Puan Zara. Dah 3 bulan.” Dr. Rahman berterus-terang.

“Hahh?!” serentak Kumad dengan Zara bukak mulut. Mereka berpandangan.

“Tapi… tapi… doktor cakap saya ada ketumbuhan tadi? Mana satu nie.” Zara pening. Daddy dengan doktor muda tu ketawa melihat reaksi Zara.

“Saya acah ja tadi tu. Saja nak buat surprise kat awak berdua. Hehe. Sebenarnya, awak tak sakit apa pun Kumad… awak cuma pengsan sebab penat bekerja.”

“Habis tu apa kaitan saya sakit dengan isteri saya?” Kumad masih lagi blur.

“Hish! Kamu nie lambat loading betullah Kumad. Yang selama nie Kumad rasa pening-pening, loya pagi-pagi tu sebab Zara tengah berbadan dua la. Sebab tu kamu sakit.” Daddy menggeleng kepalanya.

“Tapi kenapa suami saya pulak yang sakit patutnya saya la yang sakit doktor. Saya yang mengandung bukan suami saya.” Sorang lagi bendul. Elok la tu dua-dua jadi laki bini.

“Sepatutnya macam tu la. Tapi ada jugak kes suami yang alami alahan teruk masa isterinya mengandung. Muntah-muntah, sakit kepala, semua tu si suami yang alami. Isteri dia tak sakit apa pun. Contohnya macam korang berdua nie la.” Doktor muda tu tersenyum lagi.

Kumad dan Zara saling berpandangan sebelum kedua-dua sengih melebar.

We are gonna be parents!” Kumad menjerit. Tapi tiba-tiba… “Gulpp…gulp…. Wekkk!” Kumad termuntah dekat tepi katil. Zara menepuk-nepuk perlahan belakang Kumad.

“Daddy ingatkan daddy ja yang alah teruk masa arwah mummy mengandungkan Kumad. Rupa-rupanya kamu lagi teruk alahnya Kumad. Haha.” Tak senonoh betul Tan Sri nie. Anak tengah sakit boleh dia bantai gelak.

“Abang nak anak berapa orang hari tu? 6 7 orang kan? Zara ok ja… kalau macam nie punya gaya tiap-tiap tahun Zara boleh mengandung… haha.” Zara pun sama ja dengan bapak mertuanya. Tapi tangannya masih setia mengurut belakang suaminya.

“Buwekkk… tak nak! Abang tak sanggup… sorang pun cukup lah… gulp… wekkk!” berkerut-kerut dahi Kumad tahan sakit.

Gamat satu bilik sakit tu dengan ketawa.

“Mati-mati tadi Zara ingat abang sakit sebab Zara sepak kepala abang dulu… haha.” Zara ketawa.

Terus sepi bilik sakit tu… tiga pasang mata tak berkelip memandang ke arahnya. Terdiam terus Zara. ‘Erk, terlepas cakap.’

Terlajak perahu boleh di undur terlanjak kata? Lu pikirlah sendiri.

What??!” terkejut Dr. Rahman, Daddy dengan Kumad! Dia sendiri pun dah lupa pernah kena kick boxing dengan isterinya.

“Err… alamak… kantoi.” Zara tersengih-sengih menampakkan giginya...

Terjawab sudah persoalan tiga lelaki tu macam mana Kumad boleh pengsan dan tanda lebam di kepalanya dulu.

“Abang… ampun… Zara ingat abang hantu. Tu yang kaki Zara naik atas kepala abang. Sorry ye?” Zara membuat muka comel Kumad meminta maaf.

Kumad mengelengkan kepalanya sambil tersenyum. 

‘Zara, Zara… moga bahagia milik kita selamanya… anak baba nanti jangan brutal sangat macam mama tau. Takut baba.’ Kumad berkata dalam hatinya.



TAMAT! :)

p/s : Alhamdulillah! Siap… akhirnya siap… hehe. =) sorrylah kalau cerita nie macam panjang sikit tiba-tiba idea datang. Can’t help about it… Cerita nie biasa saja, tak da konflik-konflik orang ketiga ke keempat ke. Sebab apa? Sebab saya tak suka orang yang nombor lebih daripada dua dalam satu perhubungan nie. macam tu boleh? =). Jadi salah silap saya mintak maaf kalau cerita nie tak memuaskan. Saya baru nak belajar meniarap. Nak bergolek-golek pun tak boleh lagi dalam bidang penulisan nie. *analoginya baby ya… hehe. Have a nice day! KOMEN ya. Baru boleh tau salah saya dekat mana. 



29 comments:

  1. hahaaaaaa lwak gler cter nih!..sempoi jer stail ko yea.mmg besh.

    ReplyDelete
  2. @just KD

    thanks.. sempoi baru enjoy baca kan3? ;)

    ReplyDelete
  3. best giler citer ni,minat sgt2..dh baca dkt 10 kali,buat novel best gak..

    ReplyDelete
  4. best gile citer ni,dh baca dkt 10 kali..buat novel ok gak ni..

    ReplyDelete
  5. @Anonymous

    hehe thanks sebab baca smpai 10X..inysaallah kalau ada rezeki+idea nk pnjgkan lg cerpen nie. ;)

    ReplyDelete
  6. Kantoi! Daddy Kumad bantai gelak masa Kumad sakit. Seyesly lawak!

    ReplyDelete
  7. @ArifahLee

    yezza...kantoi sudah! kan? sgt x senonoh daddy dia tu.. ;)

    ReplyDelete
  8. @ArifahLee

    yezza...kantoi sudah! kan? sgt x senonoh daddy dia tu.. ;)

    ReplyDelete
  9. best sangat.. crita x berat n crite mcm ni yg bleh release tension.. good job..
    sama mcm my bro, wife yg pregnant tp dia yg slalu x sehat n mengidam mcm2..

    ReplyDelete
  10. @nni

    thanks sudi baca cerita nie. :)

    hehe..an best macam tu nnt yg wife x lah rasa penat sgt time pregnant.. :P

    ReplyDelete
  11. Wowwww!!!! OMG(oh mak guard) So sweet... Best giler arh.. part hubby dia alahan sebab wife dia pregnant yg sangat kelakar.. U're so creative to create story like this..


    P/S:Harap dapat hubby cam ni, kurang skit beban ibu mengandung,hehehe..

    ReplyDelete
  12. OMG(oh mak guard) hehehe.. Awesome story!! Yg best tu part hubby dia alahan sebab wife di pregnant.. So sweetttt !!! u r so creative to create awesome story like this..

    P/S:Harap dapat hubby cam gini so kurang skit beban ibu mengandung,hehehe....

    ReplyDelete
  13. Wowwww!!!! OMG(oh mak guard) So sweet... Best giler arh.. part hubby dia alahan sebab wife dia pregnant yg sangat kelakar.. U're so creative to create story like this..


    P/S:Harap dapat hubby cam ni, kurang skit beban ibu mengandung,hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... thanks azila... ;)

      kan? betul tu... mg heaven la kalau pregnant tapi hubby yg alah. haha

      Delete
  14. cerita ni okey la .
    tp rasa mcm x puas sebb xtahu ape yg jd dkat aunty kelly tu .
    pape pn best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey je?? mknanya nak kena improve lagi ni... :) aunty kelly tu tambahan je malas nak fokus dia lebih2... :) thanks you sgt2!

      Delete
  15. cerita ni okey la .
    tp rasa mcm x puas sebb xtahu ape yg jd dkat aunty kelly tu .
    pape pn best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey je?? mknanya nak kena improve lagi ni... :) aunty kelly tu tambahan je malas nak fokus dia lebih2... :) thanks you sgt2!

      Delete
  16. waaa ... best nyaa , smua masak laa . takda edegan org ke3 mmang bess . ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! sy pun menyampah nak tulis pasal org ketiga sbnarnya... hehe

      Delete
  17. Best gilar cerita nih....i like (Y) (Y)

    ReplyDelete
  18. kaoru_kasuga77June 30, 2015 7:29 pm

    hahahaha! serius! rasa nak bantai je gelak skang nih~ klau x pikir mak ayah n adik2 ada kar dpn tv dh lama gelak gila2 ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. bantai je gelak. habis kuat diaorang ckp... "Kau ni dah gila ke apa gelak sorang2?" >.<

      Delete
  19. Tak kering gusi sya gelak cik writer..garapan yang bagus sya ska..sy pn x brapa ska dngan no yg lbih drpda dua dalam perhubungan ni..sweet a citer ni..keep it up..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... no 3 dalam perhubungan ini sangatlah tak suka! macam2 masalah timbul gitu ha... hehe thanks awakkk! :D

      Delete
  20. Best..sempoi jer..lelawak...😂

    ReplyDelete