2 April 2012

Cerpen : Gaduh-gaduh sayang (ii)



“Bood, kau nampak muka perempuan tu tadi? Berkerut-kerut wei, bila aku reject dia… Haha!” Kumad ketawa bangga.

“Kau tau tak pe, kelat muka perempuan bila kau cakap muka dia bersepah dekat tepi jalan! Tapi yang pelik tu perempuan tu tak tahu malu gila, boleh dia merayu-rayu dekat kau lagi lepas kau cakap macam tu  dekat dia. Apa kau guna minyak senonyong ke Kumad?”

“Entah, habis semua budak perempuan dekat kampus kita syok dekat kau. Sudah-sudah lah tu kau dah ada bini, perempuan lain tu pas lah kat kitaorang lak.” Qi pulak mencelah.

“Hello, orang kacak dan hensem macam aku nie tak payah pakai minyak senonyong pun, aku kenyit mata sikit je sangkutlah semua perempuan-perempuan tu… Dah, tutup kes… So, malam jadi pelan kita nak pergi Cherry’s Night Club?” Kumad masih tak tahu bala yang bakal dia hadapi nanti.

“Jadi ja… kitaorang takut kau la kena gari kaki dengan bini kau. Kan Bood?” Qi menyiku Bood niat mahu mengusik Kumad.

“Betul-betul.” Bood sokong.

“Tolong sikit aku tak takut bini ok!” Kumad berkata sambil tangannya sibuk menyelongkar beg galasnya mencari kunci kereta kesayangannya tu. Dalam hati Kumad sambung ‘Bini aku tu yang tak takut dengan aku.’

Tiba-tiba Qi dengan Bood berhenti mengejut! Sampai Kumad terlanggar belakang mereka.

“Apa berhenti tak bagi isyarat nie?” Kumad masih tak nampak apa yang kawan-kawannya nampak.

“Aku rasa pelan kita malam nie kena cancel la bro…” Bood bersuara. Suara dia tegang semacam.

“Aku pun rasa macam tu la.” Qi menangguk kepalanya berkali-kali.

“Pehal pulak cancel? Dah baik punya plan nak clubbing malam nie.” berkerut dahi Kumad dengar jawapan Qi, Bood. (sekali dah macam keyboard pulak rasa. Hehe.)

“Tu.” Jari Bood lurus menunjuk ke hadapan. Kumad pun mengalihkan pandangannya ke arah yang Bood tunjukkan dan…

“Kereta aku!!!” Kelam-kabut Kumad berlari ke arah keretanya. “Sapa punya kerja nie? Sial! Nie mesti kerja perempuan tu. Aku tau Zara punya kerja nie.” Muka Kumad merah padam menahan marah.

Apa taknya, habis ‘botak’ keretanya! Keempat-empat tayar keretanya di pancitkan dan di cabut terus… siap ada bata lagi yang di susun cantik-cantik sebagai ganti tayar. Tayar kereta Kumad pulak di susun cantik-cantik atas bumbung keretanya. Paling Kumad bengang siap ada gambar sin chan jelir lidah lagi dekat cermin keretanya di lukis besar-besar. Haha.

Hati Kumad panas!

“Perghh! Macam tak caya aku rasa nie Zara punya kerja. Memang horror la bini kau Kumad! Rasa macam aku tengah mimpi ja…” tiba-tiba…

“Pang!!” Qi melempang muka Bood.

“Kau apehal lempang aku? Sakitlah mangkuk!” Bood tak puas hati.

“Tak la dah kau kata macam mimpi, tu yang aku lempang kau bukti kau tak mimpi. Sekarang kau pulak lempang aku. Aku pun rasa macam tengah mimpi nie.”

Tak tunggu lama Bood lempang Qi balik… “Pangggg!!!” lagi kuat dari Qi lempang dia.

“Woi, lempang sikit-sikit dah la… sakit!”

“Hehe… kita sama-sama sakit. Kita tak mimpi. Maknanya memang betullah nie. Wow! Zara memang super awesome cool…” Bood teruja.

Kumad yang memerhati gelagat kawan-kawannya makin bertambah panas hati.

“Aku tengah bengang kereta aku kena jahananam, korang boleh lawan lempang muka. Sebelum aku lempang muka korang jadi lempeng hangit, baik korang telefon mekanik cepat suruh datang sini!” Kumad melenting, kelam-kabut Qi dengan Bood menelefon mekanik.

“Hello, Bengkel Wangsa Maju?? Err, apa? Nie Restoran Nasi Kandar Mentol? Sorry-sorry wrong number.

Bood mengetuk kepala Qi.

“Kau pergi telefon nasi kandar tu buat apa? Sengal!”

Qi hanya mampu tersengih…

Muka Kumad? Dah macam gunung berapi nak meletup.

Tiba-tiba…

“Pinnn! Pinnn pinnn!” comel ja bunyi hon skuter ego pink Zara, dengan pakai helmet kura-kura warna pink siap dengan google pink dia lagi Zara muncul.

“Pakai handset tiga-tiga sekupang, tayar pancit ya bang? Hahahaha!” kali nie giliran Zara pulak gelakkan Kumad.

“Hari-hari makan buah ciku, apa kau dah buat dengan kereta aku!” Kumad macam nak telan Zara.

“Sidai baju kain basah, kalau betul aku buat apa kau kesah?? Haha” Zara masih giat mengusik Kumad.

“Kau… ergghhh! Kauu…” Kumad dah nak serang Zara tapi mujur Qi tarik Kumad.

“Hari-hari makan buah rambai, bye-bye… tolak kereta baik-baik ya bang. Muahhh!” Zara terus memulas minyak motornya. Kemudian dari jauh Kumad nampak Zara melambai tanpa menoleh ke belakang menambahkan lagi sakit hatinya.

“Zara… sarang tebuan jangan dijolok… nanti sendiri yang sakit!”

--------------------------------------------------------

Pintu belakang kafeteria di tolak perlahan. Bahagian tukang masak di tuju.

“Wei, kot ye pun bapak kau potong elaun duit kau… takkan lah sampai nak mintak kerja kat sini kot? Agaklah bro… jatuh saham kalau awek aku tau nanti.” Bood protes.

“Eh, aku tak tau pun kau pandai masak Kumad? Masak lemak tempoyak kau tau masak tak?”Qi teruja...

“Apa yang korang merapu nie? bila masa aku cakap aku nak cari kerja. Jangan nak merapu boleh tak? Jalan cepat sikit nanti orang nampak kita kat sini.” Kumad memberi arahan. Mereka bertiga menyusup masuk ke dalam Kafeteria dengan berhati-hati, kiri kanan diperhati takut ternampak dengan orang yang nak jadi mangsa mereka.

“Kau nak perdajal Zara lagi ek?”Tiba-tiba Bood bersuara.

“Shuhhhhh!” Kumad memberi isyarat diam sebelum tangannya memberi isyarat ‘LINE CLEAR!

--------------------------------------------------------

“Zara aku lapar… jom pergi makan nak? Jom lah, aku lapar…” Mien merengek-rengek

“Tau melantak je kau nie, mana badan tu naik macam belon kena pam…” Zara hanya mengeleng kepala.

“Ala… tak mau la cakap macam tu kat aku. Jom la… nanti aku exercise la bagi berat turun. Lagipun orang cakap kalau pun kita diet makan tetap kena makan tidak kita tak ada tenaga. Kan? Kan?” Mien tersengih lagi.

“Cakap banyak jom la cepat… makan dekat café ja.”

Your treat?”

“Ye, ye… aku bayar. My treat. Cepatlah jalan. Jalan lambat macam mak nenek.”

UnioCafe’s dituju.

--------------------------------------------------------

“Akak! Mee goreng satu letak telur dadar seketul atas ya. Teh O ais satu. Sate 50 cucuk.” Mien mengorder dah orang nak tolong bayar. Tunggu lagi.

“Wei, kau makan macam bela jin tau tak? Mentang-mentang aku belanja, tak habis sate tu siap kau. Aku cucuk kau jadi sate!”

“Kak, saya nak nasi goreng tom yam tak nak sayur ya. Sup letak ayam banyak-banyak sikit. Kemudian saya nak mashed potato sekali mangkuk besar. Satu lagi laici kang pun saya nak magkuk besar ya. Biji selasih letak banyak-banyak sikit.” Zara pula memesan makanan.

“Paku dulang paku serpih, mengaku aku kau yang lebih. Ah, kau pun sama ja bukan makan tapi menketedarah! Lagi teruk dari aku.” Mien mencebik mulut sedangkan Zara hanya tersengih.

“Err, ehem-ehem… baik dik… ehem… nanti akak sediakan. Ehemm… adik tunggu kejap ya.” Suara akak café tu kejap kecik kejap besar. Berdehem-dehem bila cakap. Dah la tu siap cover-cover muka dengan scarf lagi.

Berkerut dahi Zara melihat akak café tu yang suaranya kejap kecik kejap besar… macam spesis makhluk dua alam ja dia dengar. Pelik.

“Err, akak tak sihat ke?” Amboi, ramah pulak Si Zara nie kan.

“Err, tak-tak… ehemmm, akak sihat je. Tunggu kejap ya… ehemmmm, nanti order adik siap.” Kakak café tu terus membelakangkan Zara dengan Mien.

‘Biji selasih banyak ya.’ Akak café tu tersenyum penuh makna.

--------------------------------------------------------

Selesai mengambil makanan masing-masing Zara dan Mien memilih tempat yang berdekatan dengan pintu masuk untuk menjamu selera.

“Apa yang sedap sangat dengan laici kang tu? Macam-macam aku tengok dalam tu… kau tak geli ke?” Mien menyoal.

“Tak… sedap ja aku rasa. Ermm, sedap… tapi laici kang hari nie rasa lain sikit lah.” Zara meneliti mangkuk laici kangnya tu.

Mien hanya menjuling mata ke atas.

Tiba-tiba pintu Uniocafe ditolak dari luar. Muka yang sekian lama jadi musuh seteru Zara muncul. Sapa lagi kalau bukan Kumad and the geng, Qi dan Bood.

Mien dengan Zara nampak mereka masuk tapi mereka buat tak tahu saja. Masing-masing khusyuk menghadap makanan sendiri. Zara pun malas nak cari pasal dengan Kumad sebab tu dia diam kan diri saja. Tapi lain pula dengan Kumad, dia datang ke café bukan nak makan. Tapi nak cari gaduh dengan Zara. Langkah kaki tiga orang sahabat tu di atur ke arah meja makan Zara dengan Mien.

‘Pehal lak mamat tu datang sini. Blah la… aku meluat tengok muka kau.’ Zara mengumam dalam hati. Tapi luaran masih steady kononnya dia tak kesah lah dengan Kumad tu.

“Ehem-ehem. Hai, Zara.” Kumad menegur Zara, bibirnya menguntum senyuman panjang yang pada pandangan perempuan nampak hensem gila tapi bagi Zara nampak macam mintak kaki ja muka Kumad masa tu.

Zara buat tak tahu.

“Oooo, kau sombong ek dengan aku.” Kumad mula tarik muka. Tapi sekejap saja sebelum tersenyum balik.

“Orang lelaki suka bermadu, sedap makan telur berudu? Hahahaha.” Kumad dah bantai gelakkan Si Zara.

Dengar ja ayat yang keluar dari mulut Kumad, muka Zara berubah terus… jadi biru! Dia rasa nak termuntah.

“Wekk.. gulpp..!” Zara dah memegang mulutnya. Kelam kabut Zara bangun dari kerusi sampai kerusi tu jatuh terlentang ke belakang. Zara berlari ke arah pintu café.

“Hahahahahaha! Padan muka kau Zara. Rasakan.” Kumad tersenyum puas hati.

“Kau! Kau! Dan kau! Memang… erghh, memang hantu! Kalau jadi apa-apa dekat Zara. Aku cari korang tiga orang. Tepilah!” Mien memaki Kumad, Qi dan Bood sebelum turut berlari keluar dari café.

--------------------------------------------------------

“Zara kau ok?” Mien mengusap perlahan belakang Zara yang tengah muntah dekat longkang luar café.

“Buwekkkk! Gulp…. Wekkkk… kau, gulp… nampak aku macam… wekkk! Ok ke ha?” tersekat-sekat Zara menjawab soalan Mien. Mien hanya boleh tumpang simpati melihat keadaan Zara sekarang.

Lepas nie taubat Zara tak makan dah laici kang. Fobia!

“Kumad tu memang sial… wekkk! Tau la nasib dia nanti… buwekkkk!” tengah-tengah sakit pun dendam kesumat tu tak hilang.

“Hai, ladies… tengah buat apa tu? Kira anak berudu yang baru keluar dari perut kau ke Zara? Haha.” Kumad tak habis-habis nak menyakitkan hati Zara.

Zara hanya mampu menjeling Kumad. Kumad mencangkung depan Zara.

“Kau ingat lepas apa yang kau buat dekat kereta kesayangan aku tu, kau boleh lepas? Mimpilah Zara. Aku takkan lepaskan kau senang macam tu ja.”

Zara mengelap bibirnya dengan tisu.

“Kenapa kau suka ganggu hidup aku? Apa yang kau tak puas hati dengan aku ha? Hal dekat sekolah dulu tu lupa-lupakan ja la. Kita bukannya budak kecik lagi.” Zara dah bersandar dekat dinding café. Badannya betul-betul rasa lemah.

“Huh… kau ingat aku boleh lupa kan macam tu ja lepas apa kau dah buat dekat aku? Jangan harap! Kau tu yang musnahkan hidup aku dulu.” Kumad masih tak puas hati.

“Berapa kali aku nak kena bagitau kau, bukan aku yang report dekat cikgu pasal video tu. Aku tak tau langsung sapa punya kerja.”

“Tipu! Semua kau punya kerja. mula-mula kau tuduh aku tengok video porno tu kemudian masa aku tengah dating dengan mak we aku kau nampak kan! Lepastu kau terus report dekat cikgu Hasan cakap aku tengah buat maksiat kat dalam bilik sukan tu kan? Sampai aku kena buang sekolah! Kau yang buat aku dendam dengan kau!” Suara Kumad mula menengking.

“Subhanallah. Sumpah, bukan aku yang buat! memang aku nampak kau tengah dating masa tu tapi bukan aku yang bagitau dekat cikgu Hasan! Aku tak tau sapa punya kerja.”
Zara masih mempertahankan dirinya.

Qi, Bood dengan Mien hanya menjadi penonton setia drama swasta yang tak berbayar nie. Baru mereka tau sekarang punca sebab musabab yang buatkan Zara dengan Kumad bermusuhan!

“Hah! Alasan. Jangan harap aku nak percaya cakap kau. Kau nie penipu!” Kumad terus bangun dan meninggalkan tempat tu.

“Aku dah cakap bukan aku la mangkuk oii!” Zara menjerit sekuat hati menggunakan tenaga yang  berbaki.

“Pendek akal betul laki nie. Aku cakap bukan nak caya. Nahas kau Kumad.” Zara berbisik perlahan. Mukanya nyata tak puas hati. Mien masih setia mengusap belakang Zara.

“Sabar Zara, sabar…”

--------------------------------------------------------



Seminggu Zara dengan Kumad tak bertegur sapa lepas kejadian dekat café hari tu. Di rumah seboleh mungkin masing-masing cuba elak dari bertembung. Masing-masing ego!

“Kriukk! Kriukkk!” sound effect perut Kumad yang tengah lapar.

“Ala, tengah-tengah malam buta macam nie la dia nak lapar.” Kumad merungut, perutnya ditekan-tekan. “Suruh bibik masak lah.” Tombol pintu dipulas, bilik Bibik di ruang tamu bawah dituju.

“Bik! Ooo Bik… buka pintu nie. Bik! Saya lapar nie. tolong masakkan maggi.”

Senyap. Tak ada bunyi.

“Bik!” makin kuat Kumad memanggil Bibik.

“Mana pulak orang tua nie pergi?”

Tiba-tiba Kumad menepuk dahinya kuat.

“Allah, macam mana aku boleh lupa nie. Bibik mana ada. Dia balik kampung cuti seminggu. Aduss, parah aku macam nie. Lapar gila nie. Nak masak sendiri tak tau, takkan nak tidur terus… dah sah-sah tak boleh tidur punya. Macam mana nie?” Kumad mengaru-garu kepalanya yang tak gatal. Melilau matanya memerhati sekeliling sebelum dia teringatkan sesuatu.

“Zara!”

--------------------------------------------------------

“Tukkk! Tukkk! Tukkk!” Sound effect ketuk pintu… hehe

“Sapa pulak yang nak kacau aku malam-malam nie. malasnya nak bangun.” Zara terus menekup kepalanya dengan bantal.

Tapi makin kuat pulak ketukan pintu tu, Zara mengalah dalam keadaan mamai dia bangun membuka pintu.

“Apa?!” Kasar Zara tanya bila nampak Kumad.

Kumad pulak terpegun tengok Zara yang tak bertudung masa tu. First time dia tengok rambut panjang Zara. ‘Cantiknya…’ Kumad terpegun.

“Woi, kalau malam-malam ketuk pintu bilik aku, pastu cangak ja depan aku baik tak payah!” Zara dah nak tutup pintu tapi Kumad tahan.

“Aku lapar.”

“So? Apa aku kesah lantak kaulah.”

“Masakkan untuk aku.” Kumad terpaksa tebalkan muka mintak tolong Zara. Darurat sangat nie! lapar yang boleh membawa mati.

“Hah! Biar kau mati kebulur. Tepi aku nak tidur. Gila pukul 3 pagi nak makan.” Zara sekali lagi nak tutup pintu.

“Aku tak kira. Kau kena jugak masak untuk aku.” Kumad terus mengheret Zara ke dapur villa.

“Woi, apa main paksa-paksa nie. Aku kasut pun tak sempat pakai. Kumad!” Zara dah menjerit pintu biliknya a.k.a store luar rumah tak sempat di tutup.

-------------------------------------------------------

“Sengal! Makin tua makin menyusahkan hidup aku. Kalau tau dari dulu lagi aku bagi singa makan mamat nie. Eii, geram aku! Dia nak makan aku kena masak.” Zara mengacau kuat maggi dalam periuk tu tanda protes.

“Dia ingat senang-senang boleh buli aku.” Mata Zara melilau mencari sesuatu dekat dapur tu.

“Agak-agak racun tikus ada tak dalam rumah nie? boleh aku racunkan mamat tu. Senang sikit hidup aku lepas nie.” Zara membebel sorang diri. Satu persatu almari dapur dibukanya. Tiba-tiba matanya menangkap ‘sesuatu’. Zara tersenyum.

-------------------------------------------------------

“Patik pacal yang hina dah siapkan santapan Tuanku. Silalah jamah juadah nie.” Zara tersenyum manis.

“Sedar diri tak pa.” Kumad dengan pelahapnya terus memakan maggi yang Zara masak tu.

Zara hanya mengetap bibir. ‘Kurang ajar. Aku dah masak untuk dia pun dah kira besar rahmat! Sempat lagi mengutuk aku. Memang dasar kufur nikmat. Tak pa, taulah esok nasib kau macam mana Kumad.’ Zara berkata sendiri dalam hatinya.

-------------------------------------------------------

“Bro! kau kat mana? Dah pukul 10 nie. Datang kuliah ke tak hari nie?” Qi menelefon Kumad.

“Aku… aku ada masalah dalaman sikit…” suaranya tertahan-tahan.

“Masalah dalaman apa? Kau sihat tak nie, apasal suara lain macam ja nie.”

“Aku… aku… ok! Errr, dia dah datang. Dia dah datang. Bye!” Kumad terus menekan butang merah di handphonenya.

“Arghhhh… lega…” berpeluh-peluh dahi Kumad. “Kurang ajar kau Zara! Kau perdajal aku ya… nantilah kau.”

“Dia cakap apa?”Bood menyoal Qi.

“Entah… dia cakap dia dah datang, dia dah datang. Aku pun tak tau sapa yan dah datang. Dah la tu suara dia macam bergema ja aku dengar. Macam dalam tandas.” Bood mengerutkan dahinya mendengar jawapan Qi.

Rupa-rupanya Kumad dalam bilik termenung daa atau dalam bahasa rasminya TANDAS! Nie semua gara-gara penangan maggi Zara la. Apa tak nya dituang setengah botol julap dalam maggi tu mau tak jadi penunggu setia dalam tandas tu Si Kumad nie. Haha.

-------------------------------------------------------

“Kau letak julap dalam maggi dia?” Mien menggelengkan kepalanya berkali-kali. “Sudah-sudah la tu korang bergaduh. Dah naik penat aku tengok korang bergaduh, korang tak  penat ke asyik bergaduh.” Zara mengerutkan dahinya mendengar ayat Mien.

“Apa kau cakap nie? kau sendiri tengokkan Si Kumad yan perangai macam hantu tu yang cari pasal dengan aku. Takkan aku nak diam ja bila dia buli aku. Aku kena balas balik.”

“Habis tu kalau kau tau yang Kumad tu perangai macam hantu, yang kau nak ikut sekali jadi hantu tu kenapa? Fikir-fikirkan la Zara, korang bukannya budak-budak lagi nak bergaduh segala bagai. Yang sudah tu sudah la. Mula kan hidup baru, lagipun korang dah kahwin! Cuba lah fikir masa depan fikir cara nak pulihkan rumah tangga korang nie…” Mien memberi nasihat panjang lebar dekat Zara.

“Yang kau nak berleter dekat aku nie kenapa? Tak nampak aku tengah sakit hati nie? dulu bila aku perdajal mamat tu kau sokong ja semua benda yang aku buat. Nie apehal tiba-tiba kau bangkang aku.” Zara dah mula rasa tak puas hati.

“Aku tak nak kau menyesal ja nanti.”

“Aku takkan menyesal punyalah.”

“Kau nie egolah Zara! Dah la malas aku nak layan kau… kau duduk la kat sini sorang-sorang muhasabah diri kau tu balik. Aku nak pergi kelas!” Mien terus meninggal Zara sendiri. Sakit betul hati dia orang nasihat bukan nak dengar. Kepala batu sama ja laki bini nie.

Zara terdiam. ‘Aku ego? Yeke?’

-------------------------------------------------------

“Kau nak buat apa dengan mercun-mercun nie Kumad? Banyak gila, aku rasa hari raya lambat lagi.” Qi menggaru kepalanya tanda bingung.

Bood yang tengah duduk bersantai hanya mampu menggelengkan kepalanya. “Lagi mau tanya ke Qi? Dia tak cakap pun aku dah tau tujuan dia beli mercun-mercun tu… dah sah-sah nak perdajal Si Zara tu lagi.”

Kumad tersengih panjang. “Tau pun kau. Dia ingat senang-senang dia boleh terlepas, lepas letak julap dalam aku punya maggi. Kirim salam.” Mulut cakap tapi tangan sama ligat memasukkan mercun-mercun yang dia beli tadi ke dalam guni.

“Sudah-sudah la tu Kumad. Henti-hentikanlah bergaduh dengan Zara tu. Tak untung apa pun, tak da faedahnya pun. Korang bukannya budak kecik lagi. Dah boleh jadi mak bapak budak. Lagi-lagi korang dah kahwin. Cuba bawak berbaik fikirkan masa depan korang. Cara nak selamatkan rumah tangga korang nie. Lepastu bagi anak buah baru dekat aku dengan Bood nie ha. Kan bahagia hidup macam tu.” Tiba-tiba Qi bersyarah panjang dekat Kumad. Ayat pun dah lebih kurang macam Mien. Ada jodoh tu.

“Setuju! Aku setuju dengan kau Qi. Kau basuh dia cukup-cukup Qi aku dah tak larat nak nasihat mangkuk tu. Bak kata mak aku… Bagai mencurah air kedaun keladi. Hurmm, kau nie cerdik jugak ya Qi? Aku ingat kan otak macam Patrick kawan spongebob tu. Hehe.” Bood mengekek. Kumad pun sama gelak.

“Kurang ajar kau Bood! Mulut bau tempat buang sampah. Busuk! Ha… kau Kumad. Dengar tak apa aku cakap tadi?’

“Hurmmm… dengar. Tapi sorrylah Qi. Memang tak boleh ikut cakap kau tu. Aku dengan Zara ada anak? Tak nak aku anak-anak aku dapat mak macam dia. Sewel.” Kumad balas.

Qi mengeleng kepalanya lagi. “Jangan ego Kumad. Sekali-sekala kena rendahkan ego laki kau tu sikit. Perempuan nie kita kena berlembut. Kalau dia keras, kau pun nak keras jugak. Bila nak berdamai. Aku takut kau menyesal ja kemudian hari.” Qi masih lagi cuba menasihati Kumad. Bood dah malas ambik pusing.

“Tak dak maknanya aku nak menyesal.” Degil la Kumad nie. Orang utara cakap Ketegaq!

“Ego tinggi melangit kau nie. Suka hati kau. Nanti kalau Si Zara tu cari laki lain. Melongo lah kau, lepastu jangan cakap aku tak bagi nasihat dekat kau. Malas aku nak layan orang ego tak bertempat nie.” Qi terus melangkah pergi dari situ.

“Kau tu sebenarnya sukakan Si Zara tu Kumad, mengaku ja la. Buat apa nak susahkan hidup kau nak fikir rancangan nak susahkan hidup Si Zara tu? Conteng paperwork, suruh cat rumah, pancit tayar, beli mercun segala bagai. Kau balik rumah cakap, kau cakap dekat bini kau tu I Love you babeh… habis cita. Aman damai hidup kau. Fikir baik-baik Kumad. Kau cintakan Zara.” Habis ja cakap Bood terus blah dari situ macam Qi.

“Yer ke aku suka Zara?” lama Kumad fikir dan jawapannya… “Tak dak maknyanya aku suka minah tu, jalan pun kengkang…”

Kumad nie ego sama ja macam Si Zara tu. Memang patutlah jadi laki bini.

-------------------------------------------------------

Pelan tetap pelan. Kumad dah get ready nak jalankan misinya. Guni yang penuh mercun ditarik menuju ke arah store luar rumah tempat Zara. Tapi sekerat jalan, Kumad berhenti. Apa yang Qi dengan Bood cakap semalam terngiang-ngiang dekat telinga dia.

“Huhh…” Kumad mengeluh kuat. Kumad berpatah balik ke dalam rumah.Tapi tiba-tiba dia tersenyum. Senyum penuh makna.

Ingatkan dah taubat, insaf tak mau kacau Zara. Rupa-rupanya, tukar plan!

-------------------------------------------------------

Tepat jam 3 pagi. Mata Zara masih lagi celik. Tiba-tiba malam tu dia rasa lain macam… nie semua salah Mien. Sanggup gerak Zara bangun dari tidur semata-mata nak suruh dengar dia cerita pasal date dia dengan Qi petang tadi. Zara daripada dah tidur terus tak boleh tidur. Tiba-tiba Zara teringat balik perbualan dia dengan Mien.

“Kau dengan Qi? Bila?! Aku tak tau pun…” Zara terkejut dengar Mien dengan Qi.

“Lama tu tak lama la jugak… aku memang nak bagitau kau. Tapi aku takut kau marah. Yala Qi tu kan kawan Kumad… nanti kau cakap aku khianat kau pulak.”

“Ada pulak macam tu. Dengan sapa kau nak couple tu hak kau, aku tak boleh bantah sayang oiii… aku mana ada hak. Apa la kau nie. aku tumpang happy lagi ada la. So, how’s your date?”

“Sumpah best! Kitaorang tengok movie hantu Thailand seram kau. Perempuan duduk sorang-sorang kat rumah dia. Then malam tu tiba-tiba ada orang datang ketuk pintu bilik dia. Serius wei seram gila. Tiba-tiba hantu terjengul depan muka dia. Gila horror… bla bla bla bla…….”

Soalan pendek ‘So, how’s your date?’ nie lah yang buat Zara terpaksa tadah telinga 1 jam setengah mendengar cerita Mien. Menyesal Zara tanya soalan tu…

Dari pukul 1.30 pagi sampai sekarang baru Mien rasa penat bercakap dan nak tidur.

“Hurmmm… Zara dah pukul tiga kita sambung esoklah. Bye.”

“Eh, jangan lah tidur! Sembang dengan aku sampai pagi esok. Nie semua salah kau aku tak boleh tidur balik. Dah lah kau cerita hantu pelik-pelik dekat aku tadi. Jangan nak mengada nak tidur.”

“Gila kau! Aku nak tidur esok aku ada date dengan Qi lagi. Hurmm, nanti kalau ada orang ketuk pintu bilik kau. Kau jangan pulak bukak. Takut nanti… hi hi hi hi… ‘Benda tu’ yang datang…” Sempat lagi dia mengusik Zara.

“Mien!!”

“Haha… aku main-main ja la. Kau nie penakut sangat. Kalau takut sangat tekup muka dengan bantal. Ok la Bye.” Terus diletaknya telefon.

“Mien! Mien… Mien?? Hello. Mien? Mangkuk la minah nie dia letak telefon. Eii, geram aku.” Zara memerhati keadaan di sekeliling. Gelap! Menyesal dia tak bukak lampu masa sembang dengan Mien tadi.

“Kau jahat Mien. Aniaya kawan kau yang sorang nie. Jaga kau esok Mien. Pendek umur kau… memang menduda Qi tu nanti aku buat.” terus di ambil bantal dan di tekup ke muka.

-------------------------------------------------------

“Tukk tukk tukkk!” pintu bilik Zara di ketuk

Zara diam.

“Tukkkk tukkk tukkk!!” makin kuat pintu biliknya diketuk

Zara telan air liur.

“Tukkk! Tukkk! Tukkk!” lagi kuat dari tadi. Masa tu tengiang-ngiang apa yang dia bualkan dengan Mien tadi. Segala jenis muka hantu yang pernah dia tengok dalam movie dah mula terbayang-bayang.

“Mien memang hantu kau.” Zara memaki Mien dalam hati.

Tiba-tiba suasana sunyi sepi. Tak ada dah bunyi ketukan. Zara lega tapi bersyukur sangat-sangat. Tapi tak lama. Telinga Zara menangkap bunyi… “Krekkk…” seolah-olah pintu biliknya di buka.

“Astagfirullahalazim… astagfirullahalazim…” Zara dah mula berzikir. Selimut di tarik kejap menutup seluruh badan.

Senyap lagi. Suasana sepi balik. Zara terdiam. “Benda tu dah tak ada ke?”

Hujung selimut di tarik sikit. Sikit ja cukup untuk mata dia melihat keadaan sekeliling. Sebaik sahaja selimut ditarik… mata Zara bertentangan dengan sepasang mata milik ‘Benda tu’. Jantung Zara dah berhenti berdegup masa tu. Benda tu duduk mencangkun betul-betul depan mata Zara! Depan mata! Bukan tepi bukan tengah bukan belakang… tapi betul-betul depan mata! Terkejut punya pasal spontan kaki Zara menyepak kuat kepala ‘Benda tu’ beserta jeritan yang kuat 

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!”

Kuat gila Zara sepak sampaikan ‘Benda tu ‘ terpelanting dan terperosok ke belakang sampai ke bawah meja! “Aduhh!”

Zara dah berdiri atas katil dengan aksi berkung funya tu tiba-tiba rasa pelik bila dengar perkataan aduh.

“Hantu pun pandai mengaduh ke?” Zara pelik. Dia takut-takut berani nak mengahampiri ‘Benda tu’ tapi diberanikan juga diri. Perlahan-lahan dia bergerak ke arah ‘Benda tu’.

Semakin dekat… semakin dekat… Zara nak pegang… baru tanggannya menghulur tiba-tiba…

“WArgghhhhh!” benda tu bangun menunjukkan wajahnya yang ngeri! 

“Aaaaaaaaaaaa!” serentak tu Zara menjerit dan sekali lagi kakinya hinggap ke kepala ‘Benda tu’ kali nie lagi kuat dari tadi. ‘Benda tu’ terlentang ke belakang dan terhantuk ke atas lantai sebelum tak bergerak. Zara pulak tak boleh nak imbangkan badan selepas sepakan tu lalu terjatuh sebelum kerusi menghempap kuat kepalanya.

Zara pengsan! ‘Benda tu’… pun tak bergerak. Dua-dua kaku.

-------------------------------------------------------

Kok! Kok kokokokk!” sound effect ayam harap maklum. Hehe.

Zara menggosok matanya perlahan. “Huarghhh…” dia menutup mulutnya. ‘Sedapnya bantal peluk aku nie.’ Zara mengguatkan lagi pelukannya.

“Ngeri betul mimpi aku semalam… hishh. Nasib baik mimpi.”

Zara tersenyum tapi senyumannya mati bila terdengar bunyi orang berdengkur. Spontan badannya terbangun, terkejut bukan kepalang bila dia ternampak ‘Benda tu’ rasa nak pengsan balik Zara rasa. Tapi Zara terfikir balik… “Hantu berdengkur?? Mustahil.” Lama dia terdiam… tapi bila terpandang telekung bibik berkerawang merah yang dipakai ‘Benda tu’ Zara dah tau siapa hantu nie.

“Kumad!!!”

“Ha? Ha?” Kumad terjaga. Kepala tertoleh-toleh ke kiri dan kanan.

“Apa kau buat dalam bilik aku?” Zara menyoal.

“Hah??” muka Kumad innocent ja. Blur semacam. Apa tak nya semalam dua kali kepala dia ‘makan’ sepakan padu Zara sampai terpelanting ke belakang. Kemudian terhantuk pulak dengan lantai. Memang semalam kepala dia macam bola.

“Kau… argghhh! Kau tak payah nak buat muka innocent depan aku. Kau takutkan aku semalam. Mangkuk kau. Kalau ikutkan hati aku belasah kau sampai kau…” Zara terdiam matanya tertancap ke hidung Kumad.

“Hidung kau berdarah…” Zara terkejut. Kumad bertambah-tambah terkejut sampai pengsan terus!

“Kumad???”


Bersambung... 


4 comments:

  1. Uishhh, Kumad dengan Zara ni... Gadoh jep. Hehehe ;p

    ReplyDelete
  2. Kumad xleh tgk darah! lawak lawak!

    ReplyDelete