18 April 2012

Cerpen : Contest Mencari Fastwife (iii)

“Arra…”

What Mr. Helmy? I beg your pordon…” Mr. Wong mengerut dahi.

“Woi… kau khayal apahal. Klien tanya tu. Aim… kita tengah meeting nie.” Saif menyigung tangan Aim. Baru Aim tersedar.

“Err… no, no… I mean Menara. Yes! Menara holdings.” Aim menggangguk berkali-kali. Muka nampak sangat cuak.

Yes, and why is that you mention our company name? is there anything wrong about that?” Mr. Wong semakin pelik.

Nothing wrong… in fact your company name was superb.” Aim mengangkat kedua-dua ibu jarinya sambil tersengih. Saif menepuk dahinya.

I think you should proceed your presentation. Thanks for the compliment. We appreciate that.”

Aim menelan air liurnya berkali-kali. Saif menggeleng kepalanya melihat Aim.

Sebaik saja habis meeting Saif terus dapatkan Aim.

“Sengal kau Aim… tengah-tengah meeting boleh tersasul sebut nama bini. Angau teruk kau nie. Macam orang sasau aku tengok. Haha.” Ketawa besar Saif.

“Dah nak tersebut nak buat macam mana? Terkeluar la jawabnya.” Aim mengusap lehernya berkali-kali lenguh.

“Dah la pergi balik rumah jumpa bini kesayangan kau tu. Kang tak pasal kau peluk cium aku pulak ingat aku nie Arra.” Saif mengekek

“Gila! Dah la aku nak balik jumpa bini aku yang lawa tu. Padan muka kau tak da bini. Balik rumah nanti kau peluk lak Che Dong kucing kau tu. Haha.” Aim terus blah dari sini sambil ketawakan Saif.

“Woi… Che Dong tu jantan! Kau ingat aku gay ke ha? Hamsap. Mentang-mentang bini dia lawa kutuk aku… tak pa-tak pa aku buat contest sendiri lepas nie. Aku cari bini lagi lawa dari Arra tu. Huh!” membebel panjang Saif.

------------------------------------

“Isk… isk… isk…” Aim mengelap air matanya. ‘Arghh, hilang kejantanan aku menangis depan Arra.’ Hatinya mengumam. Dilap lagi air mata yang turun.

“YaALLAH pedihnya… sakit betul aku rasa.” Dilap lagi air mata yang jatuh.

“Ummu dah cakap tak payah buat. degil… nak buat sangat. Rasakan.” Ummu membebel.

“Arra, pedih… isk, isk, isk…” merah muka Aim. Telinga dia pun naik sama merah. Arra tersengih lagi. Suka betul dia tengok muka Aim bila telinga dia merah. Comel!

“Tahan sikit ja lagi… nak habis dah tu.” Arra mengambil tisu dan mengelap air mata Aim. Dalam pedih-pedih tu sempat lagi tersengih Aim tu bila Arra lap air matanya.

“Macam budak kecik. Ummu potong bawang dah 50 tahun tak pernah menangis teruk macam kamu nie Aim. Siap berlap air mata lagi. Melampau betul.” Ummu membebel

“Dah la tu… biar Arra buat ya?” Kesian melihat Aim susah payah dengan gigihnya potong bawang untuknya. Terharu la tu.

“Tak pa… Arra pergi tolong Ummu. Bawang nie kacang ja. Sekejap lagi settle la. Kalau awak buat, awak yang menangis. Tak sanggup saya tengok awak menangis. Saya nangis tak apa.” Aim memandang Arra.

Arra pulak dah terharu tahap tak bertahap. Arra balas balik pandangan Aim. Wah, saling bertenung mata pulak kan.

“Budak-budak nie! hay… korang kalau nak bertenung-tenung mata pergi masuk bilik. Dekat dapur aku pun jadi kerja. Dah bangun… dua-dua keluar. Harap dekat kamu berdua nie sampai malam esok tak makan kita satu keluarga.” Ummu membebel dan menghalau Aim sekaligus dengan Arra keluar dari dapur pakai sudipnya tu.

Angau punya pasal, kan dah kena halau…

------------------------------------

Petang tu, Aim ajak Arra keluar saja nak berdua-duaan katanya.

Sebaik sampai di tepi tasik, mereka hanya berjalan-jalan. Masing-masing diam tak berkata. Tiba-tiba Aim pegang tangan Arra. Arra terkejut tapi hanya membiarkan perlakuan Aim. Ala, pegang tangan ja tak luak mana pun. Dah halal kan?

Mereka berjalan berpegangan tangan. Aim tersenyum bila Arra tak marah. Sekali tengok tak ubah macam pasangan tengah bercinta.

“Kita duduk sana.” Aim menunjukkan satu kerusi di depan tasik. Arra hanya mengikut.

“Arra.”

“Ya?” Arra memandang Aim.

“Awak tak rasa ke apa yang saya rasa nie?”

“Rasa apa?” Dahi Arra mengerut.

“Rasa nak… buat macam nie.” Aim terus mencium pipi Arra. Spontan Arra memegang pipinya. Aim nie suka tau buat ciuman mengejut macam tu!

Aim tersenyum bahagia. “Tunggu kejap, nanti saya datang balik.” Aim terus meninggalkan Arra yang masih terpinga-pinga dek dicium dia tadi.

5 minit kemudian dia muncul dengan dua ais krim di tangannya.

“Nah.” Aim menghulur ais krim berperisa coklat kepada Arra.

“Thanks…” Arra mengambil huluran Aim sambil senyum kepadanya.

Sepi lagi… masing-masing menikmati Ais krim.

“Sedap ke perisa pandan tu? Saya selalu makan perisa coklat ja. Nak rasa boleh?” Arra menanya kepada Aim.

“Ermm, sedaplah perisa pandan.” Arra mengganguk berkali-kali.

“Apa makan comot nie.” Aim mengelap tepi bibir Arra dengan tangannya.

“Saja buat-buat comot nanti awak tolong lap kan…”

“Manja.” Dicuitnya hidung Arra.

“Arra… suami isteri kalau kongsi makanan berkat tau. Rasulullah s.a.w. sendiri pun berkongsi bekas makanan yang sama dengan Aishah r.a. Berkongsi makanan nie dapat eratkan hubungan suami isteri. Orang kata tambah kemesraan.” Aim memandang Arra.

“Kalau macam tu meh saya kongsi dengan awak ais krim tu.” Tak tunggu lama Arra terus mengambil ais krim ditangan Aim dan memakannya sampai habis!

“Tu bukan berkongsi tu melantak sorang diri namanya! Hey, ais krim saya tu...” Aim menjegil mata. Nakal betul Arra nie, dua-dua ais krim dimakannya. Aim sempat ambik bau ja.

“Kata nak kongsi? Dapat pahala kan… nak ais krim lagi. Sedap.” Arra buat-buat muka comel.

Sabar ja la Aim…

------------------------------------

Honeymoon dekat Jepun mungkin akan jadi kenangan terindah buat Aim dengan Arra. Tak pernah sesaat pun mereka berenggang di sana. Seolah-olah pasangan dilamun cinta gaya mereka. Atau mungkin sebenarnya mereka sememangnya dah jatuh cinta?! ce ce ce…

“Naurah Nur Laili…” Aim berkata sambil memeluk Arra dari belakang.

“Ye saya… kenapa ya Encik Aimran Al-Helmy?”

Aim ketawa kecil mendengar Arra menyebut nama penuhnya…

“Awak menyesal tak kahwin dengan saya?” tiba-tiba Aim memecah kesunyian.

“Kalau menyesal tak ada lah berpeluk macam sekarang nie. Mestilah tak. Saya rasa kahwin dengan awak adalah benda yang paling indah berlaku dengan saya. Saya… saya…” Arra menunduk.

“Saya apa?” Aim memaut dagu Arra supaya memandang wajahnya

“Saya sayang awak.”

“Awak sayang ja? Saya dah jatuh cinta nie dengan awak macam mana? Tak adil la…” Aim sengaja mengerutkan mukanya.

“Pakej sekali la tu… saya sayang dengan cintakan awak.” Arra memandang ke arah lain malu la tu.
Aim ketawa.

“Sampai bila kita nak bersaya awak nie? macam tak best ja… sepatutnya tukar abang sayang la pulak kan?” Aim membuat permintaan.

“Boleh ja kalau nak… abang.” Arra menyebut panggilan keramat tu sambil memandang Aim. Wah, bukan main suka lagi Aim dengar Arra panggil dia abang buat pertama kalinya.

“Abang nak bagi something kat sayang.” Ditariknya tangan Arra masuk ke dalam bilik.

Sebaik saja masuk bilik. Arra duduk di birai katil menunggu Aim mengambil hadiah tu.

“Nah…” sebuah kotak empat segi sederhana besar dihulurkan kepada Arra. Tapi belum sempat Arra mengambil, Aim tarik balik.

“Eh, tapi kena janji dulu…”

“Janji apa?”

“Janji kena pakai hadiah nie sekarang jugak.” Aim dah tersenyum-senyum.

“Hadiah apa nie sebenarnya? Nak kena berjanji-janji segala-bagai.” Arra smell something fishy here…

“Ada la… janji dulu.”

“Yala-yala. Arra janji pakai sekarang.” Dalam kepala Arra terbayang rantai ja.

“Arra dah janji kan. Ingat tau kena pakai sekarang. Orang yang mungkir janji tu munafik.”

“Ye-ye… tau. Arra janji.”

Aim memberi hadiah tu kepada Arra. Arra pulak senyum melebar dapat hadiah. Sebaik saja kotak tu di buka. Mati terus senyuman Arra.

“Abang!” Arra menjerit kuat.

“Abang tipu mana aci… suruh buat janji bukan-bukan. Tak nak! Arra tak nak pakai sekarang.”

“Eh, tadi dah janji. Mana boleh mungkar janji. Arra nak jadi orang munafik ker?” Aim menjongket keningnya sebelah.

Arra dah memejam mata, beristighfar menahan sabar. ‘Astagfirullahalazim… yaALLAH kuatkan lah iman aku. Aku takut kaki suami aku masuk ke mulut dia nanti. yaALLAH… sabar Arra… sabar… sabar tu separuh dari iman’ Mulut Arra terkumat kumit beristighfar.

Tau apa hadiah dia? Gaun tidur seksi! Baju yang buat Arra dengan Aim bertekak depan orang ramai dekat shopping mall hari tu. Manalah Arra tak bengang. Aim guna taktik kotor!

“Arra dah cakap hari tu tak nak pakai baju nie..”

“Mana ada abang tipu. Sayang dah janjikan? Cepat. Abang tunggu. Abang bagi masa 2 minit ja.” Arra menghentak kaki berjalan menuju bilik air. Sebal!

Aim dah stand by jam kat tangan siap countdown lagi.

“120, 119, 118……........ 5, 4, 3, 2, 1… masa dah tamat.” Aim senyum melebar. Aim menunggu Arra dengan sabar. Sebaik saja Arra keluar dari bilik air… Aim melihatnya tak berkelip!

“Orang lelaki memang gatal! Benci.” Arra mencebik sambil menyilang tangan. ‘Menyampah!’ dah la baju nie seksi nak mati. Macam tak pakai baju ja Arra rasa.

“Ala, gatal-gatal pun suami sayangkan? Lagipun gatal dengan isteri sendiri dapat pahala.” Bertambah lebar senyuman di bibir Aim.

Arra mencung mulut tanda protes.

“Ha, muncung mulut tu. Kang ada juga mulut seksi yang kena gigit nanti. Nak?” Aim mengugut Arra.
Cepat-cepat Arra menutup mulutnya. Bukan boleh di kira Aim nie. kalau dia cakap nak buat dia buat.

Thanks sayang sebab sudi jugak pakai baju nie…”

“Pakai kena paksa.”

“Hahaha. Comel sayang buat muka macam tu. By the way, ada lagi satu benda nak cakap.” Arra mengerut dahi. Apa pulak dah? Aim nie suka mintak bukan-bukan.

“Kita kan family gajah yang sweet. Abang bapak gajah, sayang mak gajah… bila pulak nak ada anak-anak gajah nie? dah lama tunggu tau.” Aim dah tersenyum menggoda.

Arra mengigit hujung bibirnya. Gelisah! Dia bukannya budak kecik yang tak faham maksud Aim disebalik ‘gajah-gajah’ yang dia sebut tu.

“So?” Aim menanti jawapan Arra.

“Tutup la lampu dulu.” Arra menjawab malu-malu.

“Buka lampu tak leh ke?” Aim menyengih.

“Abang!!” Arra menjerit kuat.

“Ok,ok… kita tutup lampu.” Aim membalas cepat.

Andai dia jodohku YaALLAH, kau dekatkanlah kami setelah kami dekatkan hati kepadamu… jika bukan YaALLAH kau damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu ini…

------------------------------------

“Najah Nawwarah Bt Aimran Al-Helmy.”

“Abang saja kan letak nama Najah.” Arra masam muka.

“Saja apa pulak? Kan sedap nama tu, Najah. Lagipun maknanya kejayaan. Abang nak la anak abang nanti berjaya.”

“Alasan… saja letak nama Najah tu sebab nak dekat dengan bunyi gajah kan?”

Apa taknya sepanjang masa Aim selalu membahasakan family mereka sebagai family gajah yang sweet. Tak larat Arra nak tegah. Berkali-kali dia tegur Aim jangan cakap macam tu sebab takut nanti satu family jadi gemuk macam gajah!

“Mana ada. Tak kira nak letak Najah jugak.”

“Arra nak letak nama Nasrin.”

“Abang nak Najah.”

No, Nasrin.”

“Eh, kalau tak ada abang, baby tak ada tau.” Aim dah mula bercekak pinggang.

“Habis kalau tak ada Arra mananya nak keluar baby tu?” Arra pun sama-sama bercekak pinggang walaupun tengah duduk bersandar atas katil.

“Subhanallah. Dah jadi bapak mak budak pun nak bergaduh.” Ummu mencelah sambil mendukung anak Aim dengan Arra masuk bilik.

“Abang nie Ummu, orang nak nama Nasrin. Nasrin tu maknanya bunga sama maksud dengan nama Arra.” Arra mengadu.

“Tapi nama Najah lagi sedap la Ummu.” Aim membangkang

“Apa susah campur ja semua sekali. Najah Nasrin Nawwarah. Habis cerita.” Walid menyampuk

Berkerut muka Aim dengan Arra. ‘YaAllah cacamarba nama anak aku’.

“Apa kata letak nama Najla Nawwarah. Najla tu maksudnya yang mempunyai mata yang cantik. Cucu nenek nie mata dia kan cantik.” Ummu tersenyum sambil mengacah baby yang seolah-olah respon kepada nama yang dipanggil tadi.

“A’ah… sedap nama Najla… Najla…eh, dia senyum.” Walid pun setuju suka dia bila baby tu senyum.

“Najla Nawwarah.”

Aim dengan Arra berpandangan sebelum sama-sama tersenyum.

Siapa cakap bercinta sebelum kahwin lebih best dari bercinta selepas kahwin? Yang sebetulnya bercinta lepas kahwin tu lagi nikmat. Buat apa pun dah tentu-tentu dapat pahala.

Tuhan hadirkan rasa sayang tu melalui cara yang kadang-kadang kita tak jangka. Jodoh tu boleh datang dalam macam-macam bentuk. Asal kita yang manusia nie pandai bezakan yang mana cinta kurniaan ilahi dengan cinta nafsu. InsyaALLAH bahagia akan datang. Keberkatan akan hadir. Cinta akan berputik.



TAMAT.


P/s : Alhamdulillah… again another cerpen from me. Nak try buat cerita romantik tapi tak terror satu hal, rasa tak tahan geli pun satu hal… adess. Maka buat percubaan pertama, romantik yang termampu saya buat macam yang korang baca nie ja la (-_-“) Tapi tak tau kenapa, walaupun saya kata romantik tapi macam komedi pun ada… eh, entahlah. Cakap banyak pun tak gunakan. Enjoy! Komen jangan lupa ek? Thanks =) 


64 comments:

  1. Tahniah...sweet crite nie..sy suka sngt...hehehe..

    ReplyDelete
  2. @jijah

    Thanks jijah. :) saya pun suka hehe.

    ReplyDelete
  3. sweet sgt cter ni,,simple n xbnyk knflik,,yg penting BEST!!!!:P

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. maka berakhirlah cerita family gajah.. keh3..
    jgn marah ya writer..
    cita ni mmg superb+romanca+funny..
    xkering gusi gitu.. ty ya sbb wat cita cam ni..
    hehe.. rasa gatai lak nk kawen.. ngee..

    ReplyDelete
  5. @Anonymous

    tu la, saya pun x suka konflik byk2.. ;) lagipun nie cerita pendek ja. Nak merapu sgt2 x leh gk. :)

    ReplyDelete
  6. @MissxYana

    haha..and the gajah family live happily ever after! nnt dh kawen jgn lupa pgl mkn nasi minyak.. hehe ;)

    ReplyDelete
  7. So sweet la mereka nie..
    best..asyik sengih je bace cerpen nie..sweet je dorang nie.. congrats writer :)

    ReplyDelete
  8. @cahaya

    sweet macma gula melaka ada?? hehe.. thanks cahaya. ;)

    ReplyDelete
  9. paling x menahan nama najah dekat dengan nama gajah ? suka ati mak bapak dia aje arra ni . hahhhaha! gelak nak keluar tekak dah~

    ReplyDelete
  10. @RinsyaRyc

    bahaya tu nak keluar tekak... simpan balik simpan balik gelak baca cita lain plak... hheee =P

    p/s : thanks sudi baca, komen and follow zana.. terharu. =)

    ReplyDelete
  11. sweet gilak cerpa nih.. hehehe.. like 1oox!!

    ReplyDelete
  12. sangat2 sweet ok....ada romantiknya jgk..I LIKE..

    ReplyDelete
  13. best...tak cuba buat novel ker anis??

    ReplyDelete
  14. wahhh...cerpen awk sangat best..u mmg berbakat..hehe...sweetttt!!

    syah

    ReplyDelete
  15. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 1:08 pm

    menurut aku cerita yg cukup menarik buat saya.sukses saja

    ReplyDelete
  16. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 1:09 pm

    cerita yang menarik sekali menurut aku kita dapat mengambil inti dari kisah ini..sukses saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg sebaik-baiknya. yg baik kita jadikan teladan, yg buruk kita jadikan sempadan. ;)

      Delete
  17. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 1:10 pm

    cerita yg cukup baik

    ReplyDelete
  18. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 1:10 pm

    cerita yg menarik

    ReplyDelete
  19. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 1:11 pm

    cukup baik cerita ini.

    ReplyDelete
  20. obat penyakit jantungNovember 21, 2013 1:11 pm

    cukup baik kisah ini

    ReplyDelete
  21. Best la cite ne.jgn lupa tulis lagi cerpen tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq anon... tak akan lupa....! tak akan. awk pun jgn lupa bc. :)

      Delete
  22. Hahaha...cerita yg lawak...najah n gajah pon blh jadi isu..btw this is the best story...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon... thanks!! yup, semula slh aim aa asyik sebut gajah. kesian arra dh fobia dgn gajah.

      Delete
  23. Best sangat. Tak henti gelak.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq... appreciate awk suka. tapi berhenti la gelak kesian usus perut tu.. hehe.

      Delete
  24. Haha..lawak nye,,awal2 cite lg da gelak sensorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tq anon..tp jgn gelak kuat2 sgt..nt org tgk pelik. :P

      Delete
  25. Cerita yg best! Saya asyik gelak aje waktu baca cerpen ni xD

    ReplyDelete
  26. Mmg best la citer ni.nk trgelk dibuatnya

    ReplyDelete
  27. Menarik sgt jlan crita.. X rugi m'bca karya nie...

    ReplyDelete
  28. Best ceritanya. Enjoyed it.

    ReplyDelete
  29. Vijaya KrishnanMay 26, 2015 4:57 pm

    Good job.

    ReplyDelete
  30. Memng best.Jgn lupa buat smbungnnya.All the best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anon.. sambungan dia dah ada. check dekat tab cerpen atas ya. :)

      Delete
  31. sampai pembaca pun boleh angau...hhe

    ReplyDelete
  32. Bestwei..zaman macam ni ada lagi ke orang buat contest nk cari fastwife macam aimran al-helmy 2..sweet tahap gaban n boleh diabetes kot..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..yg sebetulnya saya rasa tak ada lagi orang gila buat kerja macam tu.Aimran sorg ja yg berani mati cari bini macam tu. XD

      Thanks awakkk!

      Delete
  33. Replies
    1. Sweeeettt kaan? hehehe Thanks Dandelion :)

      Delete