12 April 2012

Cerpen : Kawan Pun Boleh Jadi Suamilah (iii)


Sebaik saja Saifuddin duduk di sofa bertentangan dengan sofa yang mak duduk, mak terus serang dia!

“Dah lama kenal Iman?” satu ja riak yang mak pamerkan. Garang!

“Err, dah lama mak cik kami kawan satu sekolah dulu.” Saifuddin cuba berlagak cool.

“Selalu contact dengan Iman?” riak yang sama. Garang!

“Tak pernah mak cik nie kali pertama kami jumpa lepas 6 tahun.” Jujur Saifuddin cakap.

Iman nak tinggalkan mak dengan Saifuddin tapi takut! Mak bukannya boleh kira sangat. Entah apa-apa nanti dia cakap dekat Saifuddin. Baik dia tunggu.

Iman berdiri di belakang mak sambil memandang Saifuddin. ‘Sorry Pudin.’

Saifuddin seolah-olah faham. ‘Tak apa. Aku boleh handle.

“Kerja apa?” Garang!

“Saya kerja doktor mak cik.” Beradab Saifuddin jawab.

“Doktor swasta ke kerajaan?” Garang!

“Saya kerja dekat klinik family saya mak cik dekat Klang.” Saifuddin beritahu dalam nada sopan.

“Bila nak hantar rombongan meminang?” tak berubah juga riak muka. Garang!.

“Huh?” ternganga mulut Iman dengan Saifuddin serentak.

“Mak!” Iman dah mula menjerit kecil.

Dia rasa nak terbalik ja bila dengar soalan maut mak. ‘Kenapa mak buat Iman macam nie? malunya Iman dengan Pudin mak’

“Mak cik tanya bila kamu nak hantar rombongan meminang Iman.” Tak berlapik, tak bertapis. Terang lagi jelas macam bacaan izhar halqi mak tanya.

Saifuddin terdiam. Dia memandang Iman yang dah macam nak menangis. Iman menggelengkan kepalanya kepada Saifuddin. Abaikan! Cakap tak!

Ditarik nafas sedalamnya. Dengan muka confident. Anak matanya tepat memandang anak mata mak Iman.

“InsyaALLAH, minggu depan saya suruh mak ayah saya datang meminang Iman.”

“Bagus la kalau macam tu.” Spontan riak muka mak berubah dari garang kepada tersenyum lebar!

Iman nak pengsan dengar ayat yang keluar dari mulut Saifuddin. Badannya dah senget. Sikit lagi nak jatuh. Eh, goyang-goyang…

“Bummm!” Iman tumbang jugak akhirnya. Pengsan.

“Iman?!” mak terjerit. Panik satu rumah.

---------------------------------------------------

“Kenapa dengan Iman, Saifuddin?” mak tanya sambil mengusap-usap kepala Iman.

“Tekanan darah Iman naik sikit.” Nasib baiklah pengsan depan doktor senang keja tak payah susah-susah nak ke hospital.

“Iman berehat dulu. Nanti mak masakkan bubur untuk Iman. Saifuddin makan malam kat sini ya?” Wah, suara mak lembut bukan main cakap dengan ‘bakal menantu’ dia lembut gigi dari lidah!

Iman hanya dengar perbualan mak dengan Saifuddin, dia dah tak larat nak panik, nak bantah, nak bangkang, nak pengsan… dia dah penat. Tak tau macam mana nak sedarkan mak yang dia tak sedia nak kahwin lagi. Iman hanya memejam mata.

“Tak pa lah mak cik, bukan rezeki saya hari nie nak makan kat sini. Lain kali saya datang lagi.” Saifuddin menolak dengan berhemah dia tau Iman tak selesa dia berlama-lama dekat sana.

Sebaik pintu bilik di tutup Iman membuka matanya. Keluhan kecil terbit di bibirnya.

“Aku dengan Pudin?” Iman terdiam lagi. Mindanya mula berkhayal lagi teringatkan kisah 8 tahun lepas.

“Iman! Kau janji nak turunkan basikal aku. Kau tipu aku.” Muka bengang Saifuddin jelas kelihatan.

“Mana ada aku tipu. Memang aku janji nak turunkan basikal kau tapi tak cakap bila nak turunkan.”

“Kau nie kaki belitlah minah! Aku datang hari nie siap bawak Meng dengan Fathi lagi. Dah la aku penat kena sogok diorang baru diorang nak join sekarang kau cakap macam nie pulak.” Saifuddin marah.

“Relaks… kalau kau dengan kawan-kawan kau janji nak tolong buat pementasan nie sampai selesai, hari last pementasan tu juga aku turunkan basikal kau.” Iman menjawab.

Saifuddin diam berat hati nak percaya cakap Iman nie lagi. Dia dah malas nak bertekak dengan Iman, terus dia blah dari dewan tu.

Tapi esok-esok tu diorang muncul juga buat kerja pementasan cuma tak cakap banyak. Kerja jalan… tapi lama-lama cair juga diorang bertiga tu dengan Cikgu Jiha. Bermula titik tolak diorang join pementasan tu la hubungan mereka berenam rapat dan menjadi kawan...

“Iman. Ambikkan aku playar kat kotak tu kejap. Skru meja nie dah longgar.” Saifuddin memberi arahan.

“Nah… eh, kenapa pusing lawan jam? Ikut arah jam la senang.” Iman bertanya.

“Aku nak bukak dulu baru masukkan balik. Kalau main pulas masuk ja takut yang dalam tu masuk tak kemas.” Saifuddin menerangkan.

Iman melihat peluh di dahi Saifuddin. Spontan dia mengambil sapu tangannya dan mengelap peluh Saifuddin. Terhenti tangan lelaki tu, dipandangnya muka Iman.

“Kau buat apa dekat aku?” Saifuddin berkerut muka.

“Tolong lap peluh ja pun. Bukannya aku rogol kau. Bising! Nak air tak? Aku nak pergi kantin nie?” Muka Iman slumber ja.

“Hurmm, boleh juga. Macam biasa limau…”

“Limau kasturi campur asam boi. Aku tau.” Iman terus berlalu dari situ.

Keluar ja dari pintu dewan, Iman bersandar di dinding membelakangkan pintu. Dia menutup mulutnya tak percaya dengan apa yang dia buat. Dipegangnya dadanya. Dupdapdupdap… aish, apasal lain macam ja degup dia nie? Dia tak sangka dia akan tolong lapkan peluh Saifuddin. Dipandangnya sapu tangannya lama sebelum bibir kecil tu tersenyum.

Iman mengeluh perlahan tu kenangan 8 tahun lepas masa diorang di sekolah. Dia bangun perlahan-lahan dari katil dan menuju ke almari bajunya. Ditarik laci kecil dan dikeluarkan kotak kecil, kotak kecil itu dibuka. Sapu tangan berwarna ungu lembut ditarik keluar dari kotak kecil itu.

Sapu tangan itulah yang dia gunakan untuk mengelap peluh Saifuddin dulu. Lama dia tenung sapu tangan tu. ‘Kenapa aku simpan sapu tangan nie? Kenapa reaksi aku macam tu lepas aku lap peluh Pudin dulu? Kenapa aku tolak pinangan orang lain? Aku suka Pudin ke? Aku tunggu Pudin ke selama nie?’ Iman mula menyoal dirinya sendiri.

Jawapan yang dia sendiri dah tau…

---------------------------------------------------

Seminggu lepas peristiwa tu, Saifuddin menyepi. Iman pun tak pula menelefonnya.

“Assa……..” Iman baru balik kerja tak sempat nak bagi salam habis, tiba-tiba Kak Long menarik tangannya masuk ke dalam rumah.

“Iman, hot story!

“Apa kau nie? aku salam pun tak sempat nak bagi.” Iman merungut.

“Pinangan ke-9 dengan ke-10 sampai serentak pagi tadi!” Kak Long teruja.

Terbang habis penat kerjanya Iman rasa. Tak berkelip matanya memandang Kak Long.

“Mak… mak… mak…” tergagap Iman jadinya.

“Mak terima pinangan ke-10 macam yang kau suruh tu.”

Iman dah memicit kuat dahinya. Migraine terus! Wait-wait… Iman teringatkan sesuatu.

“Saifuddin? Pinangan ke-10 tu siapa punya? Saifuddin punya ke?” Iman dah kalut.

“Rasanya tak… aku tak dengar pun mak sebut nama Saifuddin. Aku dengar mak sebut nama lain.” Kak Long cakap dalam nada serius.

Mata Iman dah berair. Betul ke? Bukan Saifuddin. Terus Iman masuk biliknya. Dia bersandar di sebalik pintu.

“Kau cakap nak masuk minang aku.” Iman menangis semahunya. Entah siapa punya pinanganlah mak terima tu.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Saifuddin telefon!

“Iman, aku minta maaf sangat dengan kau pasal meminang tu aku terlambat sikit ja. Aku tak…”
Iman tersedu terus. Suaranya teresak-esak.

“Iman? Kau nangis… kenapa kau nangis? Iman?” Saifuddin memanggilnya dengan nada yang risau. Iman terus letak telefon.

“Padan muka kau. Bersyarat sangat nak kahwin. Rasakan… kahwin la dengan orang yang kau tak kenal.” Iman memaki dirinya sendiri sebelum menangis lagi semahu-mahunya.

---------------------------------------------------

“Iman? Keluarlah ada orang nak jumpa nie. Sampai bila nak terperuk dalam bilik tu. Cepat keluar. Kesian tetamu tunggu tu.” Mak memanggilnya dari luar bilik.

Iman mengalah, tudung dicapai. Pintu bilik dibuka.

“Kenapa yang mata sembap nie?” mak memegang muka Iman. Risau dia rasa.

“Jomlah ke depan nanti tetamu tunggu lama pulak.” Iman cepat-cepat menarik tangan maknya ke ruang tamu.

Sebaik saja sampai di ruang tamu. Kaki Iman terhenti. Matanya terpaku memandang tetamu yang datang.

“Pudin? Kau buat apa kat sini?”

“Nak jumpa dengan kau lah.”

“Balik ja la. Buat apa jumpa aku? Tak ada apa nak dicakapkan pun.” Iman dah nak berpaling masuk bilik.

“Aku risau dengar suara kau menangis tadi dalam telefon tu yang aku terus datang sini. Kenapa kau menangis tadi? Aku ada buat salah dengan kau ke Iman? Kalau pasal hal meminang tu aku mintak maaf aku cuma terlambat sikit ja sebab…” Saifuddin baru nak berterus terang tapi Iman dah potong cakap dia.

“Dah tak payah nak mintak maaf. Benda dah jadi, memang bukan jodoh kita nak kahwin... jodoh aku dengan orang lain.” Mata Iman berair.

“Apa yang Iman cakap nie?” Mak yang dari tadi tengok drama anaknya tu, mencelah.

“Kenapa pulak tak ada jodoh? Tak faham aku.” Saifuddin menagih penjelasan.

“Tak payah nak buat-buat tak faham. Mak aku terima pinangan orang lain, bukan pinangan kau. Kita tak akan kahwin. Kau faham tak?” menitis juga air mata Iman.

“Mak cik betul ke mak cik reject pinangan saya?” Suara Saifuddin dah cemas. Dia memandang muka mak Iman.

“Eh, mana ada. Mak cik tak tolak pinangan kamu. Pinangan ke-9 yang mak cik tolak. Kamu pinangan ke-10 mak cik tak tolak. Mak cik terima. Betul mak cik tak tipu cuba kamu tanya mak ayah kamu.” Beria-ria mak jelas. Mak pun naik sama cemas dituduh tolak pinangan orang.
Iman dah terbuntang mata. Dilapnya air mata dengan kelam-kabut.

“Betul ke mak?” Iman tanya.

Mak mengangguk kepalanya berkali-kali tanda betul!

Saifuddin, mak, ayah, Kak Ngah, Bang Ngah, Bang Long… memandangnya pelik. Wait-wait, Kak Long mana?

“Tapi… tapi Kak Long cakap. Mak terima pinangan orang lain.” Iman muka blurr.

“Kak Long saja mengusik Iman la tu.” Semua orang dekat ruang tamu gelakkan Iman. Iman memejam mata sebelum…

“Kak Long!!” Iman menjerit kuat.

“Opsss… hehe.” Kak Long terus cabut masuk dapur sambil ketawa. Seronok betul dia rasa dapat kenakan Iman. Sekali-sekala Iman tu kena ajar sikit jangan ego sangat.

---------------------------------------------------

“Kau nangis sebab takut tak dapat kahwin dengan aku ya? Alolo, so sweet. Haha.” Saifuddin ketawa. Masa tu cuma tinggal mereka berdua dekat beranda luar rumah. Mak ayah bagi can untuk mereka berbincang dari hati ke hati. Euwww.

“Diamlah kau!” Iman mencebik.

Saifuddin tersenyum memandang muka Iman yang merah menahan malu.

“Nasib baik pagi tadi tiba-tiba tayar kereta family aku pancit. Kau kena berterima kasih dekat tayar kereta tu tidak mesti kitaorang sampai dulu. Lepastu dah jadi pinangan ke-9, lepastu kena reject dengan mak kau, lepastu kau menangis tak berlagu sebab tak dapat kahwin dengan aku, lepastu…”

“Lepastu aku lempang kau sampai bisu kan?” Iman meyambung ayat Saifuddin. Bengang betul nie semua Kak Long la punya pasal, menipu aku. Beria ja cakap mak terima pinangan orang lain. Tak pasal jadi drama melayu siang tadi.

Saifuddin ketawa lagi. “Tinggi jugak ye saham kau, sampai 10 pinangan.”

“Orang lawa memang la market tinggi.” Pergh! Bangga tak ingat Iman nie.

“Tu la. Aku pun risau jugak nie. Kalau bakal isteri aku nie market tinggi sangat bahaya jugak. Takut ramai pulak laki tergilakan dia nanti. Tak bahagia rumah tangga aku. Tak boleh jadi nie. Ish, aku rasa nak cancel la pinang kau. Aku nak jumpa mak kau la mintak cincin tadi balik.” Suara Saifuddin serius, dia dah bangun nak masuk ke rumah.

Iman muka cuak. ‘Mamat nie serius ke?’

“Wei, aku main-main ja la. Tak yah lah cancel.” Iman menahan Saifuddin dari masuk rumah.
Sekali lagi terlepas gelak Saifuddin.

“Aku baru acah sikit dah gelabah. Ingat senang-senang aku nak cancel kahwin dengan kau. Lagipun kau dah lupa ke kau pernah berhutang dengan aku?” Saifuddin mengungkit kisah dulu.

“Tu hal 8 tahun lepas. Kita tak matang lagi masa tu Pudin. Aku main-main ja masa tu. Manalah aku tau kau serius.” Iman memandang ke arah lain.

“Kau yang main, aku tak. Aku sentiasa pandang serius setiap apa yang kau cakap.” Saifuddin memandang tepat ke mata Iman.

Iman membalas pandangan mata Saifuddin.

‘Hutang’ yang dia tak maksudkan pun. Dia cuma bergurau masa tu.

“Pementasan dah habis! Cepatlah tunggu apa lagi? Basikal aku.” Saifuddin menarik tangan Iman.

“Woi, apa pegang-pegang nie? Haram! Kalut dengan basikal buruk dia tu. Ya lah.” Mereka berdua bergerak ke garaj basikal sekolah semasa orang lain tengah bergembira di dewan.

“Nama ja laki. Benda macam nie pun harap dekat orang perempuan! Buat malu ja. Dah pergi ambik tangga.” Iman memerli Saifuddin sebelum memberi arahan.

“Aku dah cuba tarik la basikal tu dia yang tak nak jatuh.” Saifuddin menjawab kasar tangga didirikan bersandar kepada bumbung garaj.

“Pegang tangga tu kuat-kuat.” Sebelum memanjat tangga tu, Iman mengambil sesuatu dari begnya. Playar pemotong dawai!

“Kau nak buat apa playar tu? Calar basikal aku nanti. Basikal tu RM 500 la woi! Ingat besi buruk ke?” Saifuddin dah mula cuak.

“Diamlah. Aku tau lah kerja aku.” Digigit playar tu dengan mulut dan mula memanjat tangga sampai ke atas. Sebaik saja basikal tu di hadapan mata, Iman memotong sesuatu.

Saifuddin hanya memerhati dari bawah dengan rasa risau. Tiba-tiba Iman melemparkan sesuatu ke tanah. Dawai lutsinar!

“Kau ikat basikal aku dengan dawai perempuan?!” Saifuddin menjerit dari bawah. Patutlah dia cuba tarik basikal tu lut. Dia tak nampak dawai tu sebab lutsinar bukan warna kelabu! Dalam hati Saifuddin dah menyumpah-nyumpah Iman.

Iman hanya ketawa melihat Saifuddin marahkannya, sikit pun tak rasa cuak.

“Nah sambut basikal nie.” Dengan susah payah di tariknya basikal tu ke bawah dan di suakan kepada Saifuddin. Ketika nak turun entah macam mana dia tersilap langkah dan jatuh ke bawah.

Iman dah pejam mata. Dah boleh rasa sakit badannya yang akan patah riuk terhempas ke tanah. Makin kuat matanya di pejam. Tapi….

“ Apahal tak sakit badan aku nie?” dia membuka mata perlahan-lahan.

“Memanglah tak sakit. Dah aku sambut kau.” Saifuddin menurunkan Iman dari dukungannya. Mujur dia sempat sambut Iman. Tidak mahu patah riuk badan Iman tu.

“Kau hutang nyawa dengan aku Iman. Aku tuntut nanti.” Selamba Saifuddin cakap.

“Aku belanja kau makan ok?” Iman mengoffer nak bayar hutangnya tu

“Tak payah rumah aku pun banyak makanan.”

“Dah tu kau nak suruh aku kahwin dengan kau bayar hutang nyawa aku tu?” Iman merengus. Mengada tolong tak ikhlas!

“Ok jugak tu. Kau yang cakap bukan aku. Tunggu je la rombongan meminang aku nanti.” Saifuddin membalasnya. Terus dicapai basikalnya dan ditinggalkan Iman terpinga-pinga dekat situ.

“Woi! Aku main-main ja la.” Iman menjerit dari jauh.

“Iman?” Saifuddin menggoyangkan tangannya di hadapan Iman.

Iman tersedar hilang terus bayangan 8 tahun lepas.

“Kau berangan minah? Beria-ria aku confess dekat kau. Kau berangan. Hamsap betul.” Saifuddin tarik muka.

“Err, kau confess? Confess lagi sekali. Aku terblack out jap tadi.” Iman menyengih.

“Tak da maknanya aku nak ulang balik. Dah la aku kena balik... aku balik nie jangan kau menangis pulak. InsyaALLAH aku tak lari masa hari perkahwinan kita nanti. Jangan risau tau…” Saifuddin gelak kuat, sengaja mengusik Iman. Dia suka tengok muka Iman masam. Comel!

Iman mencebik, bibirnya diketap kuat.

---------------------------------------------------

“Alhamdulillah.”

Para tetamu mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibaca tok kadi.

“Iman dah jadi isteri orang lega mak rasa.” Mak berkata sambil mencium dahi Iman, Iman tersenyum manis ke arahnya maknya dan ibu mertuanya.

“Kan betul masin mulut cikgu… sepadan korang berdua nie.” Cikgu Jiha pun turut sama hadir ke kenduri kahwin mereka.

Saifuddin mengusap belakang tengkuknya, Iman hanya mampu tersenyum ja la. Apa lagi nak buat.

“Siapa sangkakan Meng, orang yang letak basikal dia atas bumbung garaj basikal tu yang jadi isteri dia. Haha.” Fathi dengan Nur pun ada. Sanggup balik dari UK semata-mata nak hadir kenduri mereka.

“Tau tak pa… punyalah lama terpisah. Last-last jadi suami isteri.” Meng menambah.

“Kalau dah jodoh... kutub selatan kutub utara pun jadi dekat.” Aina pulak menyampuk.

“Nak buat macam mana. Dah jodoh kitaorang kuat. Kan sayang kan?” Saifuddin memeluk bahu Iman.

“Dah-dah la tu jom kita makan.” Iman menolak tangan Saifuddin dan cepat-cepat mengajak tetamunya makan. Nak lari dari kena giat. Dah bernanah telinga nie mendengarnya dari pagi tadi.

“Iman malu la tu.” Mereka ketawa.

---------------------------------------------------

Saifuddin duduk berteleku depan laptopnya ketika Iman masuk ke bilik.

Iman rasa tak selesa apa taknya sehari suntuk memakai tudung. Rambut tu macam kita la jugak kena dapat udara baru boleh bernafas. Di bukanya tudung dan disangkut tertib di dalam almari.

Saifuddin hanya memerhatikan Iman. Pertama kali dia melihat Iman tak bertudung.

“Macam nie rupanya muka kau bila tak pakai tudung.” Spontan Saifuddin cakap.

“Macam mana apa? Macam nie la. Kau nak macam mana pulak?” Iman menjungkit keningnya sebelah.

“Ingatkan lawa macam Christina Suzanne ke…” selamba Saifuddin balas. Jawapan dia buatkan Iman mencebik bibirnya.

“Eleh, kau ingat kau tu hensem sangat macam Sharnaaz nak dapat bini lawa-lawa?” Menyampah! Mengutuk orang pulak. Taulah aku nie tak lawa. Yang gatal setuju kahwin dengan aku tu buat apa.

Iman dah penat layan tetamu. Nak layan mamat nie bergaduh pulak? Sorrylah dia tak da mood. Dia nampak katil yang empuk tu ja. Selimut ditarik dan bantal panjang dipeluknya erat.

“Ermm, nikmatnya tidur.” Iman tersenyum sorang-sorang tak sampai lima minit terus dia tidur.

Saifuddin hanya melihat Iman tidur. Ingatkan nak manja-manja dengan Iman. Penat dia tunggu Iman masuk bilik last-last Iman tidur terus? Hay, sabar ja la.

Perlahan-lahan didekatinya Iman. Dia merenung wajah Iman yang sedang tidur. “Cantik…” tu yang sebetulnya apa dia rasa bila tengok Iman tak bertudung. Tapi lain yang dalam hati lain pulak yang terluah.

“Tak pa, esok-esok ada lagi.” Dia membaringkan diri disebelah Iman. Ditarik lembut tubuh Iman supaya menghadapnya. Orang tua-tua cakap tak baik tidur membelakangkan suami.

Lama dia tenung muka Iman yang tengah sedap tidur. Di ulus lembut rambut Iman, sebelum tangannya melingkar pinggang Iman. Matanya dipejamkan.

---------------------------------------------------

Pagi tu Iman melayan Saifuddin makan.

“Pudin, kau nak makan apa? Nasi goreng ada ke nak makan nasi lemak?” Iman bertanya sambil menyusun kuih ke dalam pinggan.

“Nak makan kau boleh? Hehe.” Saifuddin tanya dalam nada menggoda, sengaja mengusik Iman.

“Mengada! Aku ketuk kepala kau dengan senduk nie baru tau. Dah la duduk kat meja makan tu. Nanti aku ambikkan kau pinggan. Jangan lupa basuh tangan dulu. Kau nie bukan boleh kira sangat. Tak senonoh…”

“Papp!” tak semena-menanya Iman kena lempang dengan mak.

Terkejut Iman dengan Saifuddin, tiba-tiba ja mak muncul. Kus semangat!

“Siapa ajar Iman cakap dengan suami macam tu? Hish, tak beradab sungguh kamu nie Iman ada pulak cakap aku kau dengan suami. Tu suami bukannya kawan.” Mak bercekak pinggang

“Errrk, aaa… Iman… aaa…” gagap kau. Saifuddin dah gelak terbahak-bahak dah.

“A’ah mak dari semalam dia beraku berkau dengan Pudin… dah cakap panggil abang.” Saifuddin menokok tambah.

Berkerut-kerut dahi Iman. ‘Tipu! Mana ada dia cakap macam tu kat aku semalam!’ Iman membentak dalam hati.

“Lagi sekali mak dengar kamu cakap aku kau dengan Pudin mak yang ketuk kepala Iman dengan senduk nie. Tak hormat langsung suami.” Mak marah Iman.

Iman tiba-tiba rasa macam nak nangis.

“Tu la orang kata kahwin dengan kawan sendiri nie payah. Mak paksa jugak. Iman dah biasa cakap aku kau. Tiba-tiba nak panggil abang? Susah!” Iman membentak. Terus dia merajuk masuk bilik.

“Tak pa mak, Pudin pergi pujuk Iman.”

---------------------------------------------------

Pintu bilik di tolak dari luar. Saifuddin nampak Iman duduk di birai katil, perlahan-lahan dia bergerak ke arah Iman. Dia duduk di sebelah Iman.

“Tak baik tinggi suara dengan mak. Dosa tau.” Dipandangnya Iman.

“A’ah kan menipu mak dapat banyak pahala pulak.” Ambik kau sedas Iman bagi. Iman menyilang tangan ke dada.

Saifuddin menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Iman dah la tu… tak payah lah merajuk lagi. Abang tak pandai lah nak pujuk orang merajuk nie. Lagipun tak lawalah isteri abang nie merajuk.” Saifuddin mencuit dagu Iman.

Iman rasa nak pengsan dengar ayat yang baru keluar dari mulut Saifuddin.

“Pudin jujur aku cakap…”

“Apa?” Saifuddin teruja.

“Aku nak termuntah dengar kau cakap macam tu. Sungguh aku tak tipu. Abang? Ya ALLAH…” Iman tak main-main belakang tapak tangan di tekap ke dahinya.

“Hahahaha!” terbahak-bahak dia tengok reaksi Iman.

“Aku serius nie. Bukanlah aku tak hormat kau sebagai suami tapi sungguh memang aku rasa pelik gila nak panggil kau abang. Bertahun-tahun cakap aku kau. Siap maki-maki lagi tiba-tiba nak kena panggil kau abang. Tak rasa macam pelik ke?” Iman memandang Saifuddin. Serius ja riak muka Iman.

“Betul! Memang betul apa yang Iman cakap. Abang setuju.” Saifuddin mengiyakan.

“Dah tu kalau betul kenapa nak bahasakan diri tu abang lagi? Cakap macam biasa dah la.”

“Memang la betul. Tapi kalau dah tak mulakan dari sekarang bila lagi kan?” digenggamnya tangan Iman.

“Aku kau tak boleh la nie?” Iman memandang Saifuddin dengan muka kesian.

“Abang tak kisah tapi risau satu benda ja la… Iman tak takut ke kena lempang dengan mak nanti macam tadi? Cakap aku kau dengan abang.” Saifuddin mengusap lembut pipi Iman.

“Glupp…” Iman menelan air liur. Dipandangnya muka Saifuddin lama. Sungguh bahaya tu. Mak jangan di buat main kalau dia cakap dia buat maknanya dia akan buat.

Terus Iman bangun dari katil dan mencapai telefon bimbitnya, nama Nur ditekan.

“Hello, Nur? Aku nak tanya… macam mana kau panggil Fathi abang?”

Saifuddin menepuk kuat dahinya.

“YaALLAH teruknya bini aku. Sampai macam tu sekali susahnya nak panggil aku abang.”

Erk… kacau sungguh Iman nie. Dari KAU ke ABANG… Ish, susah tu. Tapi tu la buktinya kawan pun boleh jadi suamilah. Ha, so… berbaiklah dengan rakan-rakan kita sekarang. Kemudian hari kita tak tau. Jodoh maut di tangan tuhan… tup tup jodoh kita dengan budak kelas sebelah ja ke. Jaga-jaga nanti jadi macam Iman telefon sampai ke UK tanya macam mana nak panggil suami abang. Haha.



TAMAT!



P/s : Alhamdulillah. Again it’s me! What? Menyampah? Why? Hahaha… ya sila lempang laptop di hadapan anda kalau meluat. =) Pembaca-pembaca sekalian, mintak maaf la ya kalau cerpen nie tak memuaskan. Kali ni saja nak try guna teknik flashback. Menjadi tak? Kalau rasa confuse dengan cara saya cerita nie atau apa-apa yang kurang bolehlah bagitau dekat ruangan komen supaya saya boleh improve lagi. Till then thanks and bye-bye. =D


48 comments:

  1. best.. tahniah.. :) ct

    ReplyDelete
  2. hahhaa.. xleh blah la smpai tya kwn dia..
    mmg superb la..
    hehek,, luv it..

    ReplyDelete
  3. hahaha best la si iman 2 smp snggp tepon kwn kat UK.. best sgt citer nie.. terus kan menulis cerita yg best2.. chaiyok!!!

    ReplyDelete
  4. @MissxYana

    Iman tu memang... benda simple pun nk tya kwn dia...haha ;P

    ReplyDelete
  5. @Eunhae DieLa

    haha, Iman dah mati kutu tu takut kena ketuk kpl dgn mak dia lagi.. ;P Thanks diela... insyaallah akan terus menulis yg best2 lagi. :)

    ReplyDelete
  6. best sgt.. tahniah!!

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH!!!sweet sngt crite nie...
    kbetulan crite nie hampir sama ngn kehidupan seseorng y sy knl..cra die bleh dikahwinkn sma dlm crite nie...panggilan pon sama ber " kau" n "aku"...panggilan "kau" n "aku" kekal smpai skrng n dh de sepasang cahaya mata... couple y cool sngt2....

    ReplyDelete
  8. @jijah

    Thanks jijah. Nama macam kawan saya.. :) Waa, happy couple. Yup couple mcm tu baru rock..hehe

    ReplyDelete
  9. haha.. tu xda la simple bg yg xbiasa..
    asal bisa tegal biasa.. yeke?
    rosak peribahasa kang.. hehe
    tp.. kut ya pun.. jgn la smpai p tya cam tu..kias2 la.. hehe

    ReplyDelete
  10. @MissxYana

    alah bisa tegal biasa la syg.. :) Iman tu straight mcm tiang letrik mana tau kias2.. haha

    ReplyDelete
  11. wah besh2....tak puas baca...wat novel pun ok ni...

    ReplyDelete
  12. @cik dah faridah

    thank doktor! ;) novel ek? insyaallah... klu ada rezeki. :)

    ReplyDelete
  13. Kesian, ish3. Kena lempang. Iman pun satu selamba badak je cakap KAU-AKU.

    ReplyDelete
  14. @ArifahLee

    pasal yg slumber badak ckp kau aku tu yg kena lempang... hak3.

    ReplyDelete
  15. aaa, ending ni paling best ! perghhh, terpisah sekian lama. Bertemu menyulam cinta. Ohhhh, so sweeet !

    ReplyDelete
  16. hahaha best...kelakar pun ada gak., gud job!

    ReplyDelete
  17. @zahra leyna

    glad you like it.. hehe.. thanks zehra. :)

    ReplyDelete
  18. @emeliena

    kan??? mestu hang tengah berangan kahwin dengan kawan sendiri kan? hak3... thanks eme. :)

    ReplyDelete
  19. best sgt...ok pe kawan sendiri
    at least tahu perangai dia cmner kan

    ReplyDelete
  20. @Anonymous

    betul3.. nnt lepas kahwin x ada la timbul kes baru nak tunjuk belang ke apa ke... apa pun thanks baca :)

    ReplyDelete
  21. congrates! super duper punya story. xley bla "kau nangis sebab takut tak dapat kahwin dengan aku? alolo, so sweet la kau iman.. toink3

    ReplyDelete
  22. @Anonymous

    hehe... thanks sgt2 utk komen ni... lega awak enjoy baca. haha pudin mg suka usik iman.. ;)

    ReplyDelete
  23. sgt2.sweett ok..baca bnyk kali tak bosan pun..

    ReplyDelete
  24. lawak gilaaa. good job ;)

    ReplyDelete
  25. kite dah repeat baca cerpen ni 3 kali.. kihkih... besttt sangatttt tauu tak! hehe.... keepidap sayang... !

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 kali?? walawei... genapkan 10x... haha... thanks cik tia gojessss yg gonjeng! hehe

      Delete
  26. Setiap kali baca cerpen yang anis buat, mesti kena bangun dan duduk balik. Gelak tawa tu tak perlu kata la, menggangu jiran2 tidur je xD.

    -Zahrah Aziz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... x pe2 bagus utk kesihatan buat exercise ringan bangun duduk banyak kali. :P

      thanks zahrah :)

      Delete
  27. wow!! best sangat!! nama sy pun iman..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha... tu maknanya cerita cinta awak pun nanti mcm iman. Tapi kalau x kahwin lagi la... hehe

      Delete
  28. hahaha...i like!! serius cite ni sama dgn kisah hidup sy dgn en asben...kami bkwn slame 8 thn..hanye guna panggilan 'aku kau'..selalu btekak.. xsependapat..then bile da kawen mmg tgeliat lidah nak menyebut 'abg'..disbbkn ssh sgt nk mnyebut abg sy pendekkan jd 'bie'..short form for hubby..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti nama iman gak ni... hehe... Amin, alhamdulillah bersatu jgk dgn en asben. huhu. sy doa jodoh berkekalan hingga akhirnya. N sy dpt bygkn comel je awk dgn en asben. hehe panggil bie is sweet ok!

      Delete
  29. Good job.. best story dan teruskan berkarya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis shila, insyaallah doakan saya ya. :)

      Delete
  30. Good job.. best story... teruskan berkarya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks shila.... :D Insyaallah kalau dengan izinNya sy masih ada idea untuk berkarya. ;)

      Delete
  31. Bestwei..nakal jgak watak iman dan puddin dalan cerpen cik Writer..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nakal ya amat! tak padan dengan perempuan, panjang je akal nak buli pudin :D

      Delete