Kunci bilik dipulas perlahan. Penat bekejar ke sana ke mari belum hilang. Macam ni rupanya rasa hidup dekat universiti. Penat…
Elok sahaja pintu biliknya terbuka… terbelik biji mata Asha melihat keadaan bilik mereka. Berselerak! Macam dilanggar garuda. Kemudian matanya menangkap kelibat Noni yang terperap di hujung bilik sedang duduk memeluk kedua-dua belah kakinya.
“Noni?”
Noni tak menjawab panggilan Asha. Dia mengangkat kepalanya. Matanya merah berair dek baru lepas menangis.
“Noni… kenapa ni?” Asha diburu rasa resah melihat keadaan teman sebiliknya itu.
“Asha…..” mendayu sahaja suara Noni memanggilnya, diselangi dengan esak tangis. “Dia… buat hal. Dia main kayu tiga. Dia tipu aku Asha.”
Dahi Asha berkerut seribu.
“Siapa?”
“Amar. Dia tinggalkan aku.” Esak tangis Noni semakin menjadi-jadi.
Baru Asha faham. Amar kekasih Noni…
----------------------------------------
“Mati-mati aku ingat selama ni dia tak ada dekat bilik sebab sibuk dengan hal debate dia tu. Tapi rupa-rupanya asyik berkepit dengan jantan dekat luar.” Usai berkata, Eija mencapai keropok Super Ring yang berwarna oren di tangan Kiya lalu dimamahnya.
Asha memuncung mulut. “Tak baiklah kau ni, Eija.”
Kiya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan Asha. “Mentang-mentang Noni tak ada, dia balik … kau kutuk macam tak ingat akhirat ya?”
“Aku bukan kutuk, fakta apa?” Eija membela diri.
“Tak sangka dia dengan Amar ya… nak pulak si Amar tu dekat Noni. Biasa je aku tengok si Noni tu, tak ada la lawa mana pun. Kalau nak tengok rupa Amar tu dia boleh dapat yang lagi lawa.” Kiya….
“Ewah, aku cakap benda betul… kau cakap aku kutuk. Yang kau siap berjela lagi menabur baja fitnah tu boleh pulak?” Eija angin.
Kiya sengih tayang gigi. “Ter… terkutuk. Dah lama pendam. TERkeluar pulak. Opss...” Sengaja dia tekankan perkataan Ter. Memang dari awal semester lagi sehinggalah sudah hendak habis semester satu ni Eija dengan Kiya memang tak sebulu dengan Noni. Cara Noni yang sangat sosial tu berapa mereka berkenan sebab tu setiap apa yang Noni buat ada sahaja yang tak kena di mata mereka berdua. Asha pula walaupun dia tak selesa, dia lebih suka ambil jalan tengah… buat tak tahu.
“Alasan.”
Asha walaupun nampak macam tak ambil kisah dengan apa yang Kiya dengan Eija cakap, sebenarnya pasang telinga juga. Kadang-kadang tergelak juga dia dengar.
“Eh, eh… tapikan Eija, hari tu aku ada ternampak carrymarks Noni untuk akaun. Carrymarks dia rendah gila! 12/40…”
Membulat mata Eija. “Kau biar betul 12? Nak mati… macam mana survive tu final nanti?”
“Manalah aku tahu. Dengar cerita dia selalu ponteng kelas. Carrymarks dia untuk subject lain pun semua tak lepas 20 dengar kata.”
Eija dah tergeleng kepalanya berkali-kali. “Itulah padahnya… nak bercinta, nak! Tapi bahagi masanya tak nak pulak. Last-last jadi macam ni. Bila pakwe lari tinggal dia seorang diri terkontang-kanting baru ada akal. Pakwe tak ada, pelajaran tak ada, study sangkut, ilmu hilang. Apa pun tak ada. Habuk!”
Asha dah telan air liur… terus mindanya teringatkan dekat Fuad. Macam mana kalau dia terlampau angau sangat dekat Fuad sampai pelajaran dia terabai nanti macam Noni? Sekarang dah study week… tinggal seminggu lebih saja lagi nak final exam.
Tiba-tiba hati Asha tak tenang.
Tapi aku study!
Memanglah kau study… tapi kau sedar tak yang masa kau untuk study dah makin berkurang? Masa kau banyak kau terbuang dengan tunggu Fuad dekat hentian bas tu?
Gluppp… Fakta! Asha terdiam sendiri.
Asha… apa tujuan kau datang sini?
Belajar.
Lagi?
Sebab mama dan abah.
Lagi?
Sebab nak berjaya genggam segulung ijazah, Aim NCA. Supaya mama dan abah bangga dengan aku dan yang paling penting untuk masa depan aku.
Jadi?
Apa yang jadinya? Asha bingung dengan persoalan dirinya sendiri.
Kenapa mesti ada Fuad dalam perancangan kau, Asha? Kau dah terpesong jauh dari matlamat asal kau. Yang paling bahaya, kau dah mula terleka.
Asha tersentak dengan kata hatinya sendiri!
Berdialog dengan hati sendiri bukan bermakna kita gila bercakap seorang diri tapi untuk kita fahami lebih mendalam tentang hati kita sendiri.
Ya, Asha sedar dia terlampau leka melayani perasaannya sekarang. Perasaan yang tak berbalas pula tu. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, Asha. Umpama bertepuk dengan angin… tak berbunyi dan sia-sia.
Asha lupakan Fuad. Ada benda yang lagi penting kau perlu tumpukan sekarang. Biarlah cinta itu dipendam di dalam hati. Biar tuhan sahaja yang tahu… let it be unknown love.
Hatinya mengingatkan Asha… memujuk Asha supaya lupakan Fuad.
“Asha.”
“Asha?”
“Asha Filzana!”
Asha tersedar dari lamunan. “Apa? Apa?”
“Kau mengelamun apa? Sampai ke Canada tak lagi? Ke baru naik kapal terbang?” Kiya menembak. Eija ketawa kecil.
“Hurmm, baru turun teksi on the way masuk airport.” Sengaja Asha balas sarkastik juga cuba nak tutup rasa gugup dalam hatinya sendiri.
“Kau dengar tak apa yang Lisa cakap tadi?”
“Lisa?? Bila masa Lisa ada dekat sini. Bukan kita bertiga je ke dalam bilik ni?” Asha bingung.
“Sah, kau memang tak berpijak di bumi yang nyata. Kan ke baru tadi je budak tu muncul dalam bilik kita ni menyampai berita terhangat. Paling latest.”
Mata Asha tak berkelip. Ya Allah… sampai macam tu sekali dia layan perasaan! Langsung tak sedar ada orang datang bilik diorang tadi. Teruknya kau Asha!
“Dia cakap apa?”
Eija dengan Kiya saling berpandangan.
“Noni berhenti belajar.”
“Apa?!” Terkejut betul dengan berita yang baru dia dengar sekarang.
“Memang betullah cinta tu buta. Sampai yang salah pun dah nampak macam betul je. Sebab frust putus cinta je sanggup nak berhenti universiti. Pendek betul akal minah tu.” Eija mengeluh perlahan, kesal dengan tindakan teman sebilik mereka. Dalam masa satu hari sahaja macam-macam yang dia dengar tentang Noni.
Love is not blind, it sees more not less.
But because it sees more it chooses to see less.
Asha terdiam… bahana cinta. Fuad memang perlu dijauhi. Walaupun Asha tahu Fuad dengan Amar tu dah sah-sah tak sama jauh berbeza. Tapi tetap… bercinta semasa belajar perlu dijauhi.
Asha…
Lupakan Fuad.
----------------------------------------
Beberapa hari kemudian…
Masing-masing menahan kuap yang dah mula bertandang. Sepatah haram tak faham dengan apa yang pensyarah mereka tengah sampaikan. Gila betul, masa study week pun dia nak buat kelas lagi. Ni kalau pihak pengurusan tak pun Naib Canselor tahu mahu sakit pensyarah mereka tu kena tindakan tatatertib. Tapi itulah nak complaint lebih-lebih pun tak boleh juga, silibus tak habis lagi. Padah asyik batal kelas awal-awal semester dulu inilah jadinya…
Eija yang dah tak tahan menulis satu nota kecil pada Asha. Perlahan-lahan kertas tu ditolak pada Asha.
Asha membaca nota itu.
Mengantuk! o.O <-- mata Mr. Bean
Asha senyum. Malas nak melayan… dia buat tak tahu sahaja dengan nota Eija.
Eija mencebik. Ooo, buat tak tahu dekat aku ya. Fine! Dia mengambil kertas baru dan menulis sesuatu. Ditolaknya lagi sekali nota tu ke hadapan Asha buat kali keduanya.
Asha membacanya.
Kay-Yapp-See… jom?!
Kening Asha bertaut dua seraya memandang Eija. Dia membalikkan kertas tu dan mencoret sesuatu di belakang kertas tu lalu diberikan pada Eija semula.
Aku tak cakap bahasa urdu.
Eija mencebik. Asha? Giggles…
Makan KFC lah! Sengal… (-_-”)
Asha sengih jelah yang termampu. Nak gelak kuat-kuat kang ada yang terkantoi dengan pensyarah. Haru oii…
Lalala… orait. Deal, kau belanja aku.
Aku belanja, guna DUIT KAU!
Geleng kepala Asha kalau dengan EIja ni. Ada saja alasan dia kalau nak elak dari belanja orang makan.
----------------------------------------
Habis sahaja kelas ganti mereka tadi, mereka terus bergerak ke hentian bas berhadapan Fakulti Sains Komputer. Tak sampai 5 minit, bas untuk ke seksyen 7 sampai. Tak payah tunggu lama-lama macam selalu. Langkah kaki kanan mereka hari ni.
Sebaik sahaja bas Rapid KL tu berhenti di hadapan mereka, Asha terus teringatkan ‘hobi’ peliknya dulu. Hobi pelik yang sanggup naik bas semata-mata kerana Fuad tu Asha dah buang jauh-jauh. Sekarang dia naik bas bukan sebab Fuad tapi sebab diri dia sendiri.
“Asha kau order dulu.”
Snack plate di depan Asha dan Eija. Kiya pula cuma order coeslow dan wedges tanpa cheese. On diet katanya… tapi berat badan tak pernah nak susut pun. Geleng kepala... masing-masing diam. Makanan depan mata, mana nak bunyi dah. Tapi… tapi!
Tiba-tiba…
“Asha!” Kiya yang duduk bersebelahan dengan Asha menyigung tangannya.
Asha mengangkat kepala memandang Kiya. Keningnya dijongketkan sedikit membawa maksud ‘Apa?’
Mulutnya terjuih-juih ke arah belakang Eija yang ketika itu duduk berhadapan dengan mereka. Eija yang pelik dengan reaksi Kiya turut sama berpaling ke belakangnnya. 5 saat kemudian dia berpaling ke depan dengan wajah excited yang tak berbelah bahagi.
“Tengoklah cepat!” Eija pula yang terlebih excited.
“Apa korang ni… macam bu…” Asha yang sedikit bengang terus mengangkat kepalanya memandang ke belakang Eija. Termati terus katanya… tak sempat nak habis ayat. Dia terdiam.
Gulpp… air liur tiba-tiba tersekat!
Dup dap dup dap dup dap! Jantung tiba-tiba berdegup laju.
Fuad.
“Dia buat apa dekat sini?” Asha menyoal perlahan tiba-tiba tapi lebih kepada menyoal dirinya sendiri.
Eija yang dengar suara halus Asha tu tolong jawabkan. “Eii, dah sah-sah sini KFC tempat orang makan. Takkan dia nak belajar buat kek kat sini? Tolong relevan sikit Asha. Please ok…”
Kiya gelak. Asha? Tak ada reaksi langsung. Apa taknya, ingatkan senang nak buang bayangan si Fuad tu, tapi… susah juga rupanya. Bagai nak rak dia elak jumpa Fuad, sekali Fuad datang tercangak depan matanya. Alahai, kesian kau hati…
Mata Asha masih terpaku memandang Fuad. Lama tak nampak… rindu? Sangat. Tiba-tiba pandangan mereka bersatu ketika Fuad secara tak sengaja terpandang ke arah Asha. Agaknya Fuad sedar dirinya diperhatikan. Asha pulak cepat-cepat menundukkan pandangan matanya. Cover, buat-buat makan padahal…
Cis, kantoi!
Eija tiba-tiba bangun nak ke tandas yang Kiya pulak… “Eh, kawan aku la…” terus dia bangun tinggalkan Asha diri dekat situ. Asha mencebik. Masa-masa ni la nak pergi tandas, masa-masa ni la terus jumpa kawan kan? Ah, alasan!
“Hai.”
Asha mengangkat kepalanya.
Erkk…
Dia…
Fuad!
Wajah tu tersenyum.
“Tumpang duduk boleh?” Fuad menyoal.
“Tak boleh!” Pantas Asha menjawab. Dalam gugup tu sempat lagi…
“Kenapa ya tak boleh?”
“Kawan saya duduk situ.”
Fuad ketawa. “Ok, kalau seat ni?” tempat duduk Kiya pula ditunjukkan.
Cepat-cepat Asha menggelengkan kepalanya. “Situ pun kawan saya duduk.” Asha menjawab kalut.
Fuad senyum saja. Alahai, cair hati Asha tengok senyuman dia ni. “Then, this seat must be empty, right?” Tak sempat Asha nak cakap apa-apa, dia terus menarik kerusi yang betul-betul berhadapan dengan Asha dan terus duduk di situ. Asha terdiam terus.
Sepi sekejap antara mereka. Tak pernah dia bayangkan yang Fuad akan duduk di hadapannya seperti sekarang. Macam tengah mimpi pun ada Asha rasa masa tu.
“Err, awak ingat saya tak?” Fuad menyoal Asha.
Asha tunduk diam. Mustahil tak ingat! Sangat mustahil… siang malam Asha ingat.
“Kita pernah satu LDK dan saya pernah offer seat saya pada awak dalam bas hari tu. Saya pernah pinjam pen awak dekat PTAR dulu. Ingat tak?”
Asha masih lagi diam tak berkutik membiarkan Fuad bercakap seorang diri. Padahal dalam hati Asha dah jawab soalan Fuad tu. Dia ingat… dia ingat sangat! Masakan dia tak ingat buah hatinya yang dia puja secara diam-diam tu.
Fuad membetulkan duduknya di kerusi itu. Rasa pelik cakap sorang-sorang dekat situ tapi dia akan terus bercakap selagi Asha tak bersuara. “Kalau awak ingat lagilah, masa awal sem dulu awak pernah nyaris-nyaris nak kena langgar dengan motor kan depan stadium? Tapi ada seorang lelaki yang tarik awak ke tepi… awak ingat tak incident tu? Kalau awak ingat, sayalah lelaki tu.”
Asha mengangkat kepalanya perlahan-lahan memandang Fuad. Fuad senyum lega. Akhirnya, Asha pandang juga dia.
Kalaulah Fuad tahu yang Asha sekalipun tak pernah lupakan detik-detik yang Fuad sebut tu… tak pernah lupa, tak pernah tak ingat. Semuanya kukuh dalam ingatannya.
Kata hati… Asha inilah peluangnya. Berterus-terang dengan Fuad yang kau suka dia! Peluang macam ni jangan dilepaskan. Confess Asha…
Asha dah buka mulut… tapi tiba-tiba akal pula membantah. Jangan Asha! Jangan berterus-terang dengan Fuad. Kalau Fuad tahu mungkin hubungan ni akan pergi jauh. Nanti kau akan terbuai dengan mainan perasaan cinta. Nanti pelajaran kau terabai! Kau ingatkan apa yang jadi dengan Noni? Kau nak jadi macam dia?
Mulut Asha terkatup balik. Dia kembali berfikir mengikut akal bukan mengikut kata hati. Orang cakap ikut rasa… binasa, ikut hati… mati! ikut akal??
Ini jawapannya.
“Oo, ye ke? Saya tak ingat pun.”
Tipu!
Riak Fuad sedikit berubah.
“Maaflah ye, awak nama apa?” sengaja Asha buat-buat tak tahu namanya.
“Fuad… Ahmad Fuad…” nadanya sedikit berubah ketika perkenalkan dirinya. Tapi dirinya tetap kekal tenang. Dia ingatkan Asha ingat dia… nampaknya dia silap.
Asha mengangguk perlahan.
“Fuad, terima kasih tolong saya dulu. Saya kena balik dah ni. Assalamualaikum.” Asha terus bangun meninggalkan Fuad tanpa sempat pun Fuad menjawab salamnya.
“Waalaikummussalam.” Perlahan salam itu dijawab oleh Fuad walaupun tuan badan yang memberi salam tu sudah menjauh.
----------------------------------------
Paper final Asha dah bermula. Lega hati Asha masa tengok jadual finalnya. Setiap paper ada gap sebanyak tiga hari. Sempat lagilah dia nak study kalau macam ni. Hari ni pun Asha plan nak study di PTAR dengan Kiya… tapi dah sejam menunggu. Batang hidung Kiya pun tak nampak… bayang dia lagilah tak nampak!
Mana kau? cakap nak datang… dah sejam aku tunggu ni. – Asha
Beberapa saat kemudian, handphonenya bergetar. Vibrate tanda mesej masuk.
Sorry, wei… perut tiba-tiba memulas. Tak jadi pergi. T.T ampun… – Kiya
Asha mengetap bibirnya… dah agak dah! Minah ni banyak sungguh alasan kalau nak diajak study dekat library. Handphone diletak kembali di atas meja. Pen kembali dicapai.
Ah, study sorang pun boleh! Tak matinyalah duduk sini sorang-sorang…
Srettt… tiba-tiba kerusi dihadapannya ditarik perlahan. Asha memandang gerangan tuan punya badan yang tiba-tiba duduk dihadapannya ketika itu.
Eh? Mata Asha tak berkelip…
Wajah dihadapannya tu tersengih.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam…” Tergagap-gagap Asha menjawab salam itu.
“Sorang je ke?”
Asha diam tak menjawab.
“Saya datang dengan kawan-kawan saya. Diaorang duduk dekat sana, selang dua meja dari sini. Saya nampak awak tu yang saya ke sini.”
Asha mengetap bibirnya. Tak tanya pun! Eleh, tak tanya konon… padahal dalam hati tu macam meleleh nak tanya dia datang dengan siapa? Asha memang pandai berlakon.
“Ooo, ye ke… dah tu kawan awak dekat sana, kenapa nak duduk sini?” Asha menyoal dengan tenang. Asha kan memang pandai berlakon cool depan Fuad tapi pun macam nak keluar tak keluar aje suara tu. Tengok tu, lain di hati lain pula yang keluarnya.
“Kawan saya dekat sana tapi hati saya dekat sini.” Lancar Fuad menjawab.
Spontan kepala Asha terangkat, matanya membulat memandang Fuad. Wajah lelaki itu masih maintain tersenyum ke arahnya. Ni nak try tackle Asha ke apa?
“A… aaa… apa?”
Fuad ketawa melihat reaksi Asha yang dia rasa nampak comel sangat.
“Saya cakap, kawan saya je yang ada dekat sana. Hati saya ada dekat sini.”
Asha blushing.
Merah pipi tu macam pakai pemerah pipi.
“Kenapa dah lama tak nampak dekat PTAR sebelum ni?” Fuad mengubah topik perbualan tak mahu Asha rasa tak selesa dengan kehadirannya. Sebenarnya, Fuad rasa lega bila dia cakap begitu dekat Asha. Sebenarnya dia pun dah lama sukakan Asha. Tapi masa yang sesuai untuk berterus-terang dengan Asha tak muncul-muncul… tadi secara tak sengaja dia TERcakap… TER yang dirancang. Tapi mungkin Asha akan rasa dia cuma bergurau sebab tu Fuad terus ubah topik perbualan mereka.
Asha lagi sekali tersentak. Fuad sedar kewujudan Asha dekat PTAR sebelum ni? Maknanya dia tahulah Asha stalk dia selama ni? Malunya!!
“Busy.” Asha menjawab sepatah sambil kepalanya kembali menunduk.
“Owh, patutlah dah lama tak nampak awak dekat bus stop.” Fuad senyum. Asha? Sekali lagi terangkat kepalanya! Ni kalau ada spring dekat lehernya. Mahu tercabut dah rasanya…
“A… aw… awak, namm… pak… saya?” gagap habis Asha jadinya. Rahsia besarnya telah terbocor rupanya selama ni.
Fuad mengangguk kepalanya. “Nampak, selalu nampak awak dekat bus stop seroja tu, kita selalu naik bas sekali… bas yang sama. Kebetulan kan? Ada jodoh tu.”
Cis, ayat kasanova betul si Fuad ni.
Asha menggigit bibirnya. Rupa-rupanya Fuad sedar kewujudan Asha selama ni. Asha ingatkan dia dah habis invisible depan Fuad tu… rupanya TAK! Big no ok… Fuad nampak dia trang tang tang.
“Kebetulan? A’ah… kebetulan.” Asha senyum kaget.
Kebetulan yang dirancang! Asha menyambung jawab di dalam hati.
Asha terus mengemas alat-alat tulisnya. Tak betah lagi dia berlama-lama dekat situ… malu dah makin menebal dalam diri masa tu. Fuad pula, termati senyumannya.
“Eh, awak nak balik dah ke?”
Asha tersenyum pendek. Kepalanya mengangguk perlahan.
“Asha… boleh tak awak duduk dulu. Saya ada hal nak cakap dengan awak.” Hal hati dan perasaan. Fuad menyambung kata di dalam hatinya.
“Sorry, saya kena balik sekarang.”
Fuad tak mengalah. “Boleh kita jumpa lagi lepas ni? Boleh saya tahu nombor phone awak?”
Asha terdiam. Terhenti seketika perbuatannya tadi… Fuad minta nombor telefonnya? Fuad nak jumpa dia? Asha… inilah peluang yang kau nanti-nantikan selama ni!
“Sorry… saya tak bagi nombor telefon saya dekat lelaki. Dan… tolong jangan jumpa saya lepas ni.”
“Tapi Asha… please… saya suka awak.”
Asha memandang Fuad. Tak percaya dengan kata-kata Fuad… Fuad pun suka dia? Maknanya selama ini dia tak bertepuk sebelah tangan. Bukan angin yang ditepuknya! Memang tepuknya itu berbalas. Berbunyi!
Tapi Asha tak boleh…
Asha tak mengendahkan kata-kata Fuad dia terus mengambil begnya dan lekas-lekas meninggalkan Fuad termanggu seorang diri di situ dengan jawapan yang tergantung dari Asha. Asha tak balas perasaannya...
Sekali lagi Fuad ditinggalkan tanpa jawapan dari Asha.
Jual mahal? Mungkin tu pada pandangan Fuad. Tapi pada Asha, ada sebab kenapa dia bertindak sedemikian… bercinta bukan matlamat utamanya sekarang. Kalau dia cakap YA pada Fuad kemungkinan besar Asha akan leka dengan ‘dunia barunya’ nanti, dunia orang bercinta. Asha tak nak benda tu terjadi. Dia tak akan mampu membahagikan masa untuk bercinta dan belajar. Dua perkara yang berbeza. Asha tahu kemampuannya…
Asha sudah tekad Fuad perlu dilupakan… sedangkan Fuad pula rasa Asha perlu diburu. Kalau dulu Asha yang mengejar secara diam-diam sekarang Fuad pula yang mengejarnya secara terang-terangan.
Asha berjalan melepasi Pintu PTAR… tubir matanya tiba-tiba panas. Air mata tiba-tiba berlinang di dalam matanya. Kenapa perlu dia nafikan perasaannya? Sedangkan peluang keemasan sudah terbuka luas di hadapannya. Bukan sekali tetapi dua kali! Peluang yang dia impikan untuk jadi kekasih hati Fuad. Tapi kedua-duanya dia biarkan berlalu sebegitu sahaja.
Asha…
Hati menyoal… kenapa tak berterus-terang?
“Aku tak boleh…”
Kenapa?
“Masa depan lebih penting.”
Ya, Asha tak akan sesekali tewas dengan permainan perasaan cinta. Prinsipnya belajar dahulu… genggam dulu kejayaan. Itu matlamatnya…
Penamatnya cerita mereka bagaimana? Asha akan terus menolak atau dia akan mempertimbangkan perasaan Fuad? Fuad si jantung hati idamannya dulu… yang dia angaukan siang dan malam. Bila Fuad dah luahkan rasa hatinya pada Asha, Asha pula menidakkannya. Macam mana ni?
Bagi Asha pelajaran tu lagi penting… ultimate priority.
Bagi Fuad perasaan tu pun sama penting… kenapa perlu dinafikan?
If we deny the love that is given to us, if we refuse to give love because we fear pain or loss, then our lives will be empty, our loss greater.
Adakah Asha yang rugi sekarang?
``````````````````````````````````````````
TK : Nak tahu... blog mogok dengan saya. Dia merajuk! Dia cakap saya dah lama tak post kat sini... lepas tu bila saya post semalam, link langsung tak nak naik. Delete pastu post balik... delete pas tu post balik... berbelas kali saya buat langsung tak ada effect. La ni cheq decide Cheq pasrah ja apa jadi pun... -_-"
Btw... thanks Tia! Komen awak memang superb la.... Heeee... penyejuk hati dikala tengah bengang dengan blog ni... :)
Best...cik raiter smbg ler lgi....cite nie sgt hiburkn ati yg tgh k'boringan nie.....
ReplyDeletethanks anon... :)
Deletelega kalau ada yg terhibur. hehe;)
wahh.. tringin nk tau ksudahannya.. btw.. ego pulak si asha ni.. tp klu yana pun.. myb xbrani nk ngaku suka.. yee.. takut b'cinta pun hancuq, plajaran ntah ke mana.. but.. lain org lain prsepsi.. santaii sudahh.. hihi
ReplyDeletebagi zana la kan... ego asha tu btempat... :)
ReplyDeletesamalah... klu zana pun mg x la nk mgaku! -_-" tapi betul2 lain org lain persepsinya... ;)
wuu.. takut nk mngaku sbb apa ek? takut b'tepuk sblh tgn or takut dia main-ii kan perasaan zana? pilih-ii.. huuu.. or diluar kotak p'soalan.. umm... ^_-
ReplyDeletehaha, takut mengaku sebab dua2! tapi extra reason... mg x nak mengaku... mcm tu blh?? lalala
DeleteOhseeeemmmmm bak ang..ahahha....>.<
ReplyDeletelama gila xsinggah baca blog hang..rinduuuuu..hahahaa....:D
hehe... tu la, aku pun tercari2 mana nama afiey ni... haha. mesti hg sibuk dok buat kek ni... ;)
Deletesibuk dok tidoq...hahahaha....hari2 bgn lewat..nasib baik prents kja..adik2 skolah..kalau dak abih kena pot pet..hhehehe....ari tu ada bkk blog ni, tpi hg xupdate lagi..hahaha...:D
Deletennti wat cerpen papa tu ek...tringin nk bca..ahahaha
ahaks... sama ja kita wei... tidoq duapulohempat jam! haha...
Deletepapa tu ek? okess... tapi lmbt skt aa, skg aku ingt nk fokus hbskn KJ. target sblum start sem 2 ni nak habiskan... wiiii! wish me luck :)
Whoaaa..before 2nd sem start???Xlama dah tu..good luckkkk..chayok3...u can do it..:D
Deletehahaha...>.<