BAB 8
“So, I think we are done… I better make a move now and see you later
Mr. Hadi.” Peguam Luth, Mr. Krishen menyalami tangan Luth.
“Ya, sure… thanks for everything. I’ll call you later on.” Luth
melemparkan senyuman kepada lelaki India tu dan menyambut salaman Mr. Krishen.
Mereka berjabat mesra. Nisa hanya memerhati dari tempat duduknya.
Hadi?
Apa nama penuh mamat tak center ni?
Nisa mula tertanya-tanya. Ingatkan nama Luth je… Luth Hadi? Macam pelik je
aku rasa… Hadi Luth? Ish, lagi tak ngam. Ke ada lagi nama tengah dia? Eh,
berteka-teki pula pasal nama mamat tu. Kau tanya ajelah terus kan senang, Nisa…
“Cik
Nisa. Nice to meet you…” Mr. Krishen
menundukkan sedikit badannya tanda hormat kepada Nisa dan Nisa membalasnya
dengan segaris senyuman.
Habis
sahaja berbincang dengan peguam Luth dan semua syarat dalam kontrak OG tadi
Nisa dah baca dan dah setuju semuanya selesai. Syarat apa yang Luth berikan
pada Nisa? Tunggu…
Kini
hanya tinggal mereka berdua. Nisa memandang lantai, Luth mengadah kepala…
dua-dua kaku. Aik, dah jadi blind date
pula ke? Cepat betul perkembangan mereka ni ya… Tapi yang sebetulnya Nisa
langsung tak selesa berdua-duaan dengan Luth. Kalau ikutkan hatinya, nak aje
dia angkat kaki cabut dari situ sebaik saja perbincangan mereka selesai tadi.
Tapi! Misi kedua dia belum terlaksana lagi… misi pemulangan iPhone.
Nisa
tak mahu membuang masa lagi. Lagi lama dia duduk dengan Luth, lagi tinggi
risiko Luth nak kena hentam tu ada! Kang tak pasal kena saman lagi tiga puluh
ribu. Nisa terus menyuakan iPhone pemberian
Luth diatas meja makan.
“Nah…”
“Apa
ni?” Luth berkerut tak faham.
“La,
tak tahu ke? Ni la biskut chipsmore.” Nisa menjawab sarkastik. Raut wajah tak
berperasaan dipamerkan. Sahaja menambah sakit hati Luth.
Luth
mengetap bibir. Loyar buruk betul la minah ni. Nampak saja macam minah kampung
alim tapi bahasa boleh tahan. Aku tahulah biskut chipsmore tu rupa macam mana!
Ingat aku bangang sangat ke?
“Saya
tahulah ni benda apa. Yang saya maksudkan kenapa awak bagi dekat saya? Saya dah
ada telefon bimbit sendiri.” Telefon bimbitnya yang sama canggih seperti Nisa
ditunjukkan.
“Saya
tak nak terima pemberian apa-apa daripada encik. So, encik Luth. Silalah ambil balik ya telefon ni.” Nisa menolak iPhone tu kehadapan lagi sedikit.
Luth
menggelengkan kepalanya. “Saya tak nak.”
“Saya
dah ada handphone sendirilah. Tengok
ni!” Nisa segera mengeluarkan telefon bimbit lain daripada tas tangannya.
Telefon bimbit nokia 3310 atau lebih famous
dengan panggilan handphone tiga-tiga sekupang ditunjukkan
kepada Luth.
Spontan
Luth ketawa terbahak-bahak apabila Nisa menunjukkan telefon bimbitnya.
“Ini
telefon baru awak? Yang ni? Awak ni hidup zaman batu ke apa guna handphone ni? Benda alah ni dah layak
masuk musium tahu tak? Eh, ke memang kerajaan dah letak pun dekat museum untuk
tujuan pendidikan?” Banyak soal pula Luth ni. Luth mencapai handphone Nisa dan membeleknya dengan
pandangan menghina.
Nisa
mengetap kuat bibirnya menahan marah.
“Awak…
handphone ni kalau baling dekat
anjing, anjing tu pun mati tahu. Kuno betul. Dah tak payah nak mengada guna
yang saya bagi tu.”
Ah,
ni dah melampau… Nisa mencebik tanda meluat. Berani dia menghina handphone aku! Agak biadap ya cara dia
ni. Dia tak tahu ke aku macam nak gila punggah bilik aku semata-mata nak cari
telefon buat pengganti telefon bimbit aku yang dia dah bagi rosak tu! Nasib
baik telefon aku yang time sekolah
menengah ni boleh pakai lagi. Sedap mulut dia aje cakap baling dekat anjing
boleh mati. Meh sini aku try baling
dekat kepala dia tengok. Hidup ke mati? Panas hati ni…
“By the way… dah desperate sangat ke sampai save
nama sendiri Encik Hensem? Tak rasa macam otak encik tu ada problem nak proses maklumat ke atau tak
berapa nak center ke apa otak encik
ni?” Nisa menyoal sinis. Tak apa Nisa. Tahan kejap marah kau tu.
“Pfttttt!”
Tersembur air yang baru nak cecah anak tekak Luth… dia terbatuk kecil.
Nisa
tersenyum kecil. Tapi sinis… padan muka kau. Mati tersedak pun tak apa. Lagi
senang hidup aku.
“Oh…
pasal tu ya?” Tisu dicapai dan dilap mulutnya.
“Bukan
desperate, itu fakta namanya. Lagipun
memang hensem apa saya ni?”
Nisa
dah memegang kepalanya. Ya ALLAH wujud rupanya manusia macam ni? Nak pengsan
rasa.
Luth
menyambung kata lagi. “Ke awak nak panggil saya abang sayang? Saya ok je... Nanti saya tambah sebagai salah
satu syarat dalam kontrak OG kita. Nak?” Luth tersenyum miang.
Mata
Nisa mengecil, mulutnya terherot sikit. Subhanallah… gatalnya mamat ni! Miang
dia ni kalah miang kucing nak mengawan. Geli aku!
“Gila.”
Sepatah ayat Nisa.
Nisa
mengeluh kuat… tapi yang itu dia terpaksa mengaku betul. Memang ada syarat sengal,
bengong, tak masuk akal lain dalam kontrak OG mereka. Mula-mula masa Nisa baca
syarat-syarat dalam kontrak OG berbulu la juga mata dengan hati. Entah apa-apa ajelah
yang mamat depannya ini nak. Yang sesetengah syarat tu Nisa bolehlah kompromi
lagi. Bila ditanya kenapa kena ada syarat ni dekat Luth. Jawapannya simple...
“Saja.”
Tak
ke Nisa rasa nak hempuk kepala mamat ni lagi sekali tapi kali dekat kerusi pula
biar dia waras sikit bila berfikir tu.
Bila
Nisa tak setuju. Cepat-cepat Luth ugut. “Bayar tiga puluh ribu sekarang!”
Benci
gila Nisa rasa… tu baru satu syarat tak masuk akal Luth. Ada lagi tiga empat
syarat sengal dia. Nisa dah dapat nampak betapa gelapnya masa depan dia nanti
bila jadi ‘OG’ Luth… mesti merana gila hidup.
“Saya
tetap tak nak guna!” Nisa berkeras.
“Fine, suka hati awak… saya dah bagi
dekat awak handphone tu. So,
saya tak boleh ambil balik. Nak buruk siku saya yang lawa ni. Kalau awak
tak nak handphone tu. Tinggalkan kat
atas meja makan ni.” Luth mencabar Nisa.
“Encik
jangan cabar saya. Saya tinggal betul-betul kang atas meja ni.”
“Tinggallah.”
Luth menyandar santai dikerusinya, kedua-dua tangannya digenggamkan sambil
sikunya diletakkan atas pemegang kerusi. Nampak cool cara Luth duduk. Sengaja dia mencabar Nisa berbuat demikian,
mahu melihat sejauh mana keberanian gadis berwajah manis ni dalam mengotakan
kata-katanya.
“Ok, fine… saya letak. Bye!” diletaknya iPhone
tu dan dia terus bangun meninggalkan Luth.
Luth
cuma tersenyum memandang gelagat Nisa, sikit pun dia tak marah bila pemberian
dia kepada Nisa seolah-olah tak dihargai. Selepas Nisa pergi Luth pun turut
sama bangun dari kerusinya. Dia berjalan keluar dari café tersebut seolah tiada
apa-apa yang berlaku. iPhone tu? Luth
biarkan sahaja dekat atas meja tu.
Nisa
bersembunyi di belakang dinding berhampiran café tu. Berselindung… dia
memerhatikan Luth yang keluar dari café sehingga kelibat lelaki itu hilang di
pandangan matanya. Nisa mengalihkan pandangannya ke dalam café tadi. Dia
mencari sesuatu. Jumpa! Matanya menangkap iPhone
yang masih ada atas meja makan mereka tadi.
Terkejut
Nisa… Luth betul-betul tak ambil balik telefon tu.
“Eii,
kalau dah orang kaya tu… memang macam tu la perangainya. Tahu membazir je… tak tahu nak menghargai langsung.
Mentang-mentanglah duit dalam poket berkepuk barang mahal ni pun macam dah tak
ada nilai. Tak apa, kau tak nak ambil balikkan? Biar aku ambil.” Nisa membebel.
Nisa
keluar dari tempat persembunyiannya dan berjalan menuju ke meja makan mereka
tadi dan mengambil telefon di atas meja tu. Dia mengusap-usap belakang iPhone pemberian Luth.
“Tuan
kau buang kau… kesian kau. Tak apa biar aku jaga kau ek.” Nisa mengusapkan
belakang telefon tu ke pipinya sambil tersenyum… barang mahal ni. Gila nak
buang? Ala, kalau dia ambil pun bukannya Luth tau. Luth kan dah balik… mana dia
nampak yang Nisa ambil iPhone ni. Lagipun
konsepnya sekarang Luth dah ‘buang’ iPhone
ni, maknanya dia tak bagi dekat Nisa. So,
Nisa bolehlah ambil benda ni tanpa rasa bersalah ke rasa menyampah ke kan?
Yalah, one man’s trash is another man’s
treasure...
Nanti
balik dia tukar la nombor guna nombor lama dia. Bukannya Luth tahu pun nombor
lamanya tu… hehe. Nisa dah mula merangka strategi nak hapuskan jejak Luth dalam
iPhone tu. Encik Hensem? Hello, mati
hidup balik aku tak nak panggil kau Encik Hensem tahu. Nisa tersenyum
sorang-sorang… tak sedar dirinya diperhatikan. Konon dah pandai sangatlah tu.
Dia tak tau ada yang lagi pandai dari dia. Nisa, Nisa…
Luth
cuma tersenyum memandang aksi Nisa. Tadi dia cuma berpura-pura meninggalkan
café. Dibuatnya gaya seolah-olah dia dah nak balik dan dia tak ambil kisah pun
tentang iPhone tu sebab dia yakin
yang Nisa mesti ambik balik telefon
tu. Ternyata jangkaannya memang tak salah.
“Tadi,
beriya cakap tak nak ambil telefon tu… last-last
peluk bagai nak rak. Dia juga yang ambil.” Luth ketawa kecil… Nisa, Nisa… comel.
Nisa melemparkan
tas tangannya ke atas meja ruang tamu. Badannya dihempas ke atas sofa. Letih!
Letih pasal perjumpaan tadi dan letih dengan perangai Luth yang tiba-tiba
muncul dalam hidup dia sekaligus memorak-perandakan hidupnya yang selama ni
tenang. Dia bahagia saja sebelum ni hidup dengan Fatehah dekat rumah sewa ni.
Kemudian bila dekat pejabat rasa tenang je
hidup dapat jumpa Encik Waqif hari-hari.
Tapi
tu dulu… sekarang? Sejak munculnya lelaki yang bertanduk dua dekat atas
kepalanya tu, hidup Nisa dah tak aman.
Salah Nisa ke TERmandrem mamat tu?
Ish, tapi tak masuk akal la kalau jampi tu berkesan. Bukannya dia sebut jampi
serapah apa pun. Dia sebut main-main je…
tak ada niat pun. Hurmm, kalau ada niat pun dekat Waqif. Yang mamat tu apahal
tiba-tiba muncul? Entahlah…
Lagipun
kalau betul ‘jampi’ dia tu menjadi, apasal pula mamat tu nak saman dia bagai?
Patutnya mestilah dah sembah kaki Nisa sekarang minta kahwin dengan dia kan?
Mata
Nisa menjuling ke atas, tak hendak dia kahwin dengan Luth.
Lagi
yang buat Nisa tak puas hati pasal Luth. Baru dua kali saja pun mereka
berjumpa. Itu pun boleh kira berapa minit mereka berjumpa dekat bilik Waqif dan
yang dekat bus stop tu kira kejap
la... sebab baki yang lain Nisa tak sedar pun mamat tu ada kat situ.
Nama penuh dia pun Nisa tak tahu! Tup tup…
masa dekat kedai makan hari tu, Nisa dah diangkat darjat jadi ‘tunang’ dia!
Tunanglah sangat. Sampai kena hina depan orang ramai, tak pasal Nisa bercakar
dengan perempuan langsuir yang nama apa entah Nisa dah lupa. Mel... Melinja...
Melino. Albino? Ah, malas nak ingat…
Lagi?
Ada lagi… kes yang terbaru ni la. Tak pasal-pasal diri dia ‘terikat’ pula
dengan mamat tu! Nisa betul-betul tak tahu apa pula yang nak jadi dekat dia
lepas ni, tiba-tiba rasa nafas ni macam pendek sahaja.
“Nisa.”
Fatehah muncul dari dapur dengan memegang dua gelas air sekaligus menghentikan
lamunan Nisa.
“Hurmm.”
“Ok
tak tadi?”
“KO!”
Fatehah
ketawa. Muka Nisa tu sebijik macam
baru lepas bergaduh dengan laki!
“Air…
minumlah. Buat sejuk tekak. Dia betul ke nak saman kau?” dihulurkan air
bersertakan soalan sekali. Tak menyempat-nyempat.
“Thanks. A’ah… dia memang nak saman. Siap
angkut lawyer dia lagi tadi.”
“Serius?
Dah tu… berapa banyak dia saman kau? Apa jadi? Ceritalah kat aku… cepat-cepat!”
Fatehah terus teruja.
Nisa
dengan malasnya menceritakan dari saat mula dia jejak kaki di café tu sampailah
saat di sampai rumah masa Fatehah suakan air dekat dia.
“Tiga
puluh ribu! Hoi, dia nak buat bayar duit muka rumah ke apa cekik kau sampai
banyak tu. Astagfirullahalazim…” Fatehah mengusap dadanya berulang kali sambil
beristighfar, badannya dah tersandar ke sofa gara-gara terkejut. Dah rupa macam
kena heart attack pun ada mak cik seorang
ni. Macam dia yang kena saman
“Tau
takpe… aku macam nak tercabut jantung
tadi dengar dia minta sampai banyak tu. Nak keluarkan tiga puluh ringgit untuk
beli kasut pun aku fikir lima enam kali. Ni kan pulak tiga puluh ribu. Kalau aku tak ada iman tadi memang dah lama
aku cari bangunan lima belas tingkat nak terjun.”
Fatehah tak habis lagi beristighfar.
“Habis yang pasal Kontrak OG tu?”
“Kau tengoklah sendiri…” Nisa
memberikan sekeping kertas putih kepada Fatehah. Surat bertaip tu dibaca dengan
penuh tekun. Mata tak berkelip, lagak macam tengah jawab periksa sahaja si Fatehah
ni.
Tiba-tiba
Fatehah ketawa… “Apasal sengal sangat syarat dia ni?” Menangis Fatehah ketawa.
Berair mata dia...
Nisa
mencebik. “Tak matangkan mamat tu?”
“Adoi,
senak perut aku. Ni yang lagi satu syarat dia. Bila-bila dia call suruh datang kau kena muncul depan
dia within ten minutes. Humaih… kau ni batman ke catwoman?”
Mata
Nisa ke atas…
“Yang
tu lagi laa… buatnya aku tengah meeting
dengan bos ke, tengah buang hajat ke, tak ke haru nak kena berlari pergi dekat
dia? Sengal betul. Rasa nak sumbat dalam mesin basuh pun ada…” Nisa mengeluh
lagi.
“Setiap
hujung minggu kau kena pergi rumah dia untuk mengemas dan masak apa yang dia order. Aik, boleh pula macam tu?” Kening
Fatehah bertaut dua.
“Yang
masak dengan mengemas tu aku boleh faham lagilah dah nama pun orang gaji,
mestilah kau kena buat semua tu. Yang pergi ke rumah tu apa pasal pula? Memang
wajib ke? Kang tertangkap basah korang.
Kahwin free je kot.” Fatehah menambah
lagi.
Nisa
tutup muka dengan lengan tangan. “Bengongkan mamat tu. Tapi kau pun sama juga
bengong macam dia. Kalau dah faham kerja orang gaji mengemas rumah. Memanglah
kena pergi rumah dia. Dah tu kalau tak pergi aku nak kemas apa? Kandang
kucing?”
Fatehah
ketawa... “Iya tak ya juga. Tapikan yang masak tu aku macam was-was je kau boleh buat.”
Giliran
Nisa pula yang ketawa, faham maksud Fatehah. Mesti Fatehah ingat dia langsung
tak ada skill masak memasak ni. Nisa senyum je.
“Kan... dia yang
nak makan aku yang nak kena masak. Hurmm, yang pasal rumah tu. Dia cakap tu
rumah persinggahan dia je. Dia tinggal
dengan parents dia. Kiranya nanti aku
sorang-sorang jelah kat sana. So, no worries... tak
kena tangkap basah punya.”
Fatehah
mengangguk… syarat seterusnya?
“Masak
dekat dia breakfast hari-hari? Kau
buka KFC francais sendiri la lepas ni Nisa… boleh aku tumpang order sekali. Hurmm, kau kena hantar
dekat dia ke breakfast tu?”
Nisa
mengadah langit. Matanya memandang cicak tengah bercengkerama. Cis, buat projek
depan aku. Biadap betul!
“Taklah…
dia datang ambil dekat sini pagi-pagi masa aku nak pergi kerja. Masa tu la aku
bagi breakfast kat dia.”
“Oh,
dia tak offer kau tumpang pergi kerja
dengan dia ke?”
“Hah,
tak payah offer. Aku lagi rela naik
basikal roda tiga yang tayar dia warna pelangi tu pergi kerja dari naik kereta
berair-cond dengan mamat tu.”
Fatehah
ketawa kecil dengar ayat Nisa. Apa taknya spontan otak dia terbayang basaikal
adiknya yang umur tiga tahun dekat kampung tu. Dia kembali meneliti
syarat-syarat lain… ada sesetengah tu ok la juga. Boleh diterima pakai. Tapi
yang lain tu macam tak berkaitan langsung. Contoh macam yang dia sebut tadi tu
la.
Tiba-tiba
terdetik dekat Fatehah, mamat ni memang saja nak dekat dengan Nisa ke dia saja
nak main-mainkan Nisa ke dia betul-betul syok dekat Nisa? Mana satu…
“Berkuat
kuasa bila kontrak OG korang ni?”
“Minggu
depan… 1 Mei. Tamat tiga bulan yang merana kemudian.”
Fatehah
tersenyum sumbing dengar ayat tiga bulan yang merana kemudian. Faham yang Nisa
sikit pun tak rela hati nak terjebak dalam kontrak ni. Kalaulah dia ada duit
memang dia bagi pinjam dekat Nisa. Tapi masalahnya… dia sendiri pun Nisa yang
tolong. Hurmm, tak dapat den nak nolong…
“Aku
doakan kau selamat dunia akhirat bila dengan mamat tu Nisa. Yang ni saja yang
aku terdaya nak tolong pun… tolong doakan.” Fatehah menggelengkan kepalanya.
Macam-macam akal si Luth ni.
“Thanks… tu pun dah kira kau tolong jugak . Doa sahabat yang mendoakan
sahabatnya kan memang Tuhan senang makbulkan.”
Nisa
tersenyum kecil. Fatehah pun…
Diam
lagi…
“Nisa…”
“Hurmm.”
Mata Nisa dah tertutup tapi masih mahu melayan bicara temannya.
“Bila
sebut je kontrak OG korang ni terus aku teringat dekat Ogy
Ahmad Daud. Luth tu minat Ogy ke ha?”
Spontan
terus Nisa ketawa terbahak-bahak. Mata yang baru nak dipejamkan terus celik.
“Macam
tu pun kau boleh fikir, Tehah?” Nisa masih ketawa lagi.
Fatehah
tersengih.
“Tak
adalah bunyi tu nak sama. Macam kartun Oggy
and the cockroach pun ada…”
Sekali
lagi tawa Nisa meletus. Kalau betul macam kartun tu. Mungkin Luth lipas yang
tiga ekor tu! Banyak akal dan suka sangat kacau kucing tu... kucing tu dah
sah-sahlah Nisa.
Thanks
Tehah… walaupun dari segi kewangan kau memang tak boleh aku nak harapkan… tapi
daripada segi semangat setia kawan. Kau memang selalu ada dekat sisi aku kan?
Hati Nisa berkata dalam diam.
Sahabat
dunia?
No
la…
Ukhuwahfillah and uhibbukifillah… forever until jannah. InsyaALLAH.
Nisa
tersenyum.
-----------------------
TK: Adoai... spechless... asal la sengal Luth ni makin berganda?? Just wondering... dalam kelam-kabutnya watak nisa ni yang saya cipta dan juga watak Luth yang kaki belit ni... korang perasan tak apa yang saya cuba sampaikan? :) Nampak macam biasa2 je tapi sebenarnya it relate to our daily life. huhu.
TK: Adoai... spechless... asal la sengal Luth ni makin berganda?? Just wondering... dalam kelam-kabutnya watak nisa ni yang saya cipta dan juga watak Luth yang kaki belit ni... korang perasan tak apa yang saya cuba sampaikan? :) Nampak macam biasa2 je tapi sebenarnya it relate to our daily life. huhu.