BAB 7
Hari
yang ditunggu-tunggukan akhirnya menjelma. Yang sebetulnya tak adalah Nisa
tunggu-tunggukan sangat tarikh keramat ni. Kalau tak muncul langsung lagi Nisa
bersyukur! Bersyukur tahap rasa nak buat sujud syukurlah senang cakap. Tapi apa
kan daya… kitaran waktu tak pernah berhenti berjalan, sebagai manusia memang itu
yang Nisa kena hadapi. Pasrah, pasrah…
“Kau
betul tak nak aku temankan? Yakin? Tak ada talian hayat lagi lepas ni.” Masuk
ini adalah kali kesepuluh dia tanya kepada Nisa tapi jawapannya tetap sama.
“Tak
apa. Aku ok… aku pergi sendiri.”
“Nanti
kalau kau tak boleh kawal angin kus-kus dalam badan kau tu macam mana? Buatnya
kau belasah lagi mamat tu nanti, makin bertambah pula saman dia dekat kau. Nak?”
“Hish,
kau ni kalau cakap benda elok-elok dekat aku tak boleh ke ha? Nak jugak sebut benda yang suwei dekat aku.
Dahlah tu semua yang kau sebut jadi pulak! Stress aku. Berapa tan garam kau telan
hari-hari sampai masin sangat mulut kau ni?” Nisa membidas.
Manalah
kawan tak bengang… ingat kes yang pasal iPhone
hari tu? Kan si Fatehah ni main serkap jarang je kata Luth bagi. Tengok-tengok, sungguh memang mamat tu yang
hadiahkan. Lepas tu, lagi sekali… masa mereka tengah lepak depan tv. Elok saja
Fatehah sebut pasal Luth, terus muncul mamat tu menelefon Nisa! Apa? Nak kata
kebetulan, memanglah kebetulan. Tapi kalau dah kerap sangat… merana hidup Nisa
dibuatnya.
Fatehah
menggaru belakang telapak tangannya… muka seposen ditayang. Nak kata apa lagi
dah memang betul apa yang Nisa cakap tu. Nanti dia jawab lebih-lebih dia kena
halau keluar rumah pula kang. Tak naklah dia. Rumah sewa yang mereka duduk ni
pun atas belas bantuan abah Nisa yang tolong carikan. Kena ingat budi orang
sama nak mengata lebih-lebih pun.
Usai Nisa
membayar tambang kepada pemandu teksi, Nisa mengatur langkah menuju tempat
pertemuan yang diberitahu Luth sebelum ni. Jam dipergelangan tangan dipandang
sekilas. Ada lagi lima minit sebelum waktu yang dijanjikan. Nisa mencari tempat
duduk yang sedikit terlindung daripada pandangan awam… minuman diorder untuk dirinya.
“Fresh orange.”
Sementara menanti kedatangan Luth dengan peguamnya, Nisa mengeluarkan iPhonenya. Dipandang lama telefon pintar itu… hari ini Nisa ada dua misi! Misi satu nak menyelesaikan kesnya dengan Luth. Misi kedua memulangkan semula benda ni kepada Luth.
Tiba-tiba
Nisa rasa sedih pula nak pulangkan telefon ni kepada Luth. Hari tu masa dia
dapat telefon ni, memang happy sungguh!
Benda dah la mahal, free lagi… mana
nak cari? Cer citer, cer citer…
memang dia ada niat nak simpan telefon ni. Tapi last-last masa dapat tahu Luth yang bagi. Luth yang bagi diulang
lagi sekali! Luth yang bagi ok… Nisa terus tawar hati nak simpan. Orang yang
banyak menyusahkan hidupnya. Ingat Nisa nak ke simpan kenangan pasal dia dalam
hidup Nisa? Sorry ok…
“Hai…”
Satu suara menegur Nisa. Nisa mengangkat wajahnya memandang si penegur. Oh,
Luth dah sampai… mata Nisa jatuh pada lelaki yang berdiri di sebelah Luth.
Hurmm...
dengan lawyer dia.
“Nisa
kenalkan, ini peguam saya. Mr. Krishen… Mr. Krishen this is Nisa. The one I have
told you before.”
“Oh,
yes… sure. I remember her.”
Mr. Krishen memberikan satu senyuman ikhlas kepada Nisa.
Nisa
pula yang tertagak-tagak nak membalas senyuman lelaki india tu. Terkejut!
Terkejut sebab apa? Sebab tiba-tiba perut dia rasa senak bila melihat wajah
peguam Luth. Oh mak, serius kau. Walaupun dia senyum tapi garis serius dengan
tegas memang jelas terpancar dekat muka dia. Memang patutlah jadi lawyer...
“So, should
we start now?” Luth memandang ke arah Nisa dan peguamnya silih berganti.
Nisa
mengangguk perlahan. Wahai hati, silalah tabah… janganlah kau berdegup kencang
sangat. Aku takut pengsan dekat sini nanti. Tolonglah…
“Ok,
Miss Khairunnisa… my client has told me
everything about what had happened between you guys. He said to me…”
Nisa
tercengang… Apa ni? Bahasa melayu please!
Luth
berdehem beberapa kali kepada peguamnya. Seperti mengisyaratkan sesuatu. Mr.
Krishen faham apa yang Luth cuba sampaikan kepada dia.
“Maafkan
saya, Cik Kharunnisa…”
Boleh
pula cakap bahasa melayu. Berlagak lebih speaking
London tadi. Menyampah! Dalam pada menyampahnya tu sempat lagi Nisa
berbahasa... “Err, panggil Nisa je.”
Celah Nisa, dari tadi asyik panggil nama penuhnya kesian pula Nisa rasa.
Dia
cuma tersenyum sambil mengangguk.
“Ini
adalah rekod kesihatan klien saya dari hospital dan kos perubatan yang klien
saya terpaksa tanggung akibat perbuatan Cik Nisa tempoh hari.” Beberapa keping
kertas putih yang bercop hospital swasta diberikan kepada Nisa.
Tiba-tiba
Nisa rasa nak lari bila peguam Luth mula bercakap. Abah… mak… tolong Nisa. Masa
tu baru nak rasa menyesal sebab tolak ajakan Fatehah. Menyesal gila! Tapi riak
wajahnya sehabis baik dikawal supaya tak nampak takut. Ah, Nisa masa-masa
darurat macam ni pun masih nak berlagak hebat. Jaga gengsi...
Nisa
mencapai kertas yang dihulurkan peguam Luth manakala Luth pula hanya bertindak
sebagai pemerhati. Terbuntang mata Nisa melihat nilai yang tertera di atas
kertas tu. Kos perubatan hospital Luth tahu berapa?
Lima
ribu ringgit Malaysia tunai...
RM5000!
Hoi!
Kepala emas ke kepala apa dia ni?! Nisa dah menjerit tak sangka tapi dalam hati
sajalah. Terkejut gila dia rasa. Berulang kali dia memandang kertas di tangan
dengan wajah slumber Luth bersilih
ganti.
Lima
ribu tu… kalau sapu sendiri ubat gamat dekat kepala tu pun tak payah bayar
apa-apa. Elok je sembuh. Paling tidak
pun, kalau kau pergi farmasi minta tolong sapu iodine dekat kepala tu pun dah settle.
Habis kuat dia minta kau lima puluh ringgit sahaja tau. Ni hospital mana kau
pergi? Hospital langit ke tujuh ke apa? Mata Nisa masih tak berkelip merenung
Luth yang masih dengan lagak coolnya.
Tak logik gila la weh, kos perubatan je
sampai lima ribu. Nisa memegang kuat kepalanya. Migrain… migrain.
“Kos
perubatan tu termasuk dengan berapa hari klien saya ditahan di dalam wad. Kos
sewa wad untuk satu malam saja bernilai beratus ringgit. Disebabkan klien saya
tak boleh bercampur dengan orang biasa, dia terpaksa sewa bilik khas kelas
pertama untuk dirinya. Untuk pengetahuan Cik Nisa, klien saya ditahan selama
empat hari di wad untuk pemeriksaan lebih lanjut. Kos ini juga termasuk dengan
kos pemeriksaan X-ray dan sebagainya.” Mr. Krishen menjelaskan dengan lebih
terperinci kepada Nisa. Dia seolah-olah mengerti yang Nisa seakan-akan tak puas
hati melihat nilai yang tertera di atas kertas tu.
Memang
tak puas hati!
“Wad
khas? Kelas pertama?” Nisa memandang sinis ke arah Luth yang buat-buat tak
nampak pandangan sinis Nisa. Dia memandang ke arah lain untuk mengelak mata
mereka daripada bertembung. Patutlah dekat seminggu lebih Luth menghilangkan
diri lepas kes gaduh dekat rumah sewa dia hari tu. Masuk wad rupanya…
“Kenapa
tak letak dalam bilik khas bawah tanah je?
Kubur! Murah sikit kosnya. Nurse pun
dapat free... dua pula tu. Mungkar dengan
nangkir.” Sinis. Sengaja Nisa berkata demikian.
Tersedak
terus Luth dibuatnya. Terbatuk-batuk dirinya sampaikan merah matanya menahan
pedih yang terasa bila air yang dia minum tadi tak sempat ditelan terkeluar
melalui hidungnya. Pedih! Tisu dicapai dan ditutup mulutnya. Dahsyat ayat Nisa.
Siap bawa ke kubur lagi. Sentap hati Luth.
Mr.
Krishen pun tertawa kecil melihat keadaan Luth yang lucu baginya. Walaupun dia
beragama Hindu, tapi dia faham perkara-perkara yang disebutkan Nisa tadi.
Mestilah Nisa menyindir Luth.
“Ok,
Cik Nisa tu baru kos perubatan. Sekarang ni kita bincang tentang tuntutan yang
klien saya mahu daripada Cik Nisa pula.”
“Tuntutan
apa pulak?” Nisa tak puas hati. Tak
cukup lagi ke kos perubatan yang gila bapak mahal dia minta aku bayar.
“Saman.”
Sepatah Mr. Krishen sebut.
Ok...
saman ni maksudnya saman minta duit. Bukan Pak Saman belakang rumah macam yang
Nisa ingat hari itu.
Nisa
terpempan… perkataan paling dia tak nak dengar dah muncul. Air liur ditelan
kesat. Erk, air liur pun dah tak ada nak ditelan!
“Sss…
sa… saman…?” hambek kau, gagap terus
macam lagu stacy tu. Gaa gaa gaa gagapku menjelma.
“Saman
malu, saman luka, saman kerugian…” Mr. Krishen masih bersuara. Tapi Nisa dah
tak dengar apa dah. Dia dah mula mengelamun dalam dunianya sendiri… Nisa dah
tak peduli dengan keadaan sekeliling. Butir-butir perkataan yang disebut Mr.
Krishen dah tak membentuk satu lantunan suara lagi. Yang Nisa nampak hanyalah
mulut Mr. Krishen yang terkumat-kamit bercakap.
“So,
total up jumlah semua yang klien saya mahu Cik Nisa bayar adalah tiga puluh
ribu.”
Mata
Nisa membuntang. Ok, yang perkataan tiga puluh ribu tu Nisa dengar! Memang
membentuk lantunan suara... yang sumbang! Dia sedar gila.
“Ti...
ti... tiga puluh ri... ri... ribuuu?” mulutnya terbuka.
Mr.
Krishen tersenyum ikhlas ke arah Nisa. Memang niat dia ikhlas pun senyum dekat
Nisa. Tak ada maksud menyindir apa pun. Yang bergaduh tu Nisa dengan Luth bukan
Nisa dengan dia. Tapi bagi Nisa senyuman tu tetap nampak seperti menyindir. Dia
benci!
Nisa
kaku. Tak bergerak seinci pun dari tempat duduknya. Tiba-tiba Nisa tergelak
kecil.
“Gila.”
Sepatah perkataan yang mampu terluah.
“Gila…”
Sekali lagi Nisa menyebut.
Nisa
memandang Luth… “Gila.”
Luth
dah tak sedap hati. Apahal minah ni tiba-tiba saja asyik sebut perkataan gila?
Dia dah naik gila ke apa? Luth berdehem beberapa kali sambil membetulkan
duduknya. Mr. Krishen pun pelik melihat Nisa yang tiba-tiba berubah. Terkejut
sangat agaknya apabila tahu jumlah semua yang Luth minta tu.
“Awak
ingat saya ni cop duit ke apa? Ingat saya ni anak raja ke ada duit banyak tu
nak bayar dekat awak? Ingat saya ni kaya sangat ke ha?” Nisa menyoal Luth
bertalu-talu. Dada yang berombak cuba ditahan sebaik mungkin. Pernafasan Nisa
dah mula tak teratur.
Luth
tak bersuara dia masih mode cool.
Nasib tak gila betul-betul. Seriau jugak
Luth kalau betul dibuatnya Nisa jadi gila tadi.
Muka
lawa tapi gila. Tak ke rugi?
“Kalau
saya tak nak bayar macam mana?” Nisa menyoal berani kepada Mr. Krishen.
“Well,
simple… kita fight dalam
mahkamah. Seperti yang di beritahu klien saya kepada saya, semasa kejadian hari
tu... ada saksi. Rakan serumah awak bukan Cik Nisa?”
Nisa
terpempan lagi sekali. Tak kan Fatehah pun terjebak juga? Ya ALLAH mintak
dijauhkanlah. Dia tak mahu orang yang rapat dengannya terlibat. Pasal
perjumpaan ni pun Nisa tak khabarkan kepada abahnya sebab tak mahu abahnya
risau.
“Tapi
dia kawan saya! Mestilah dia bela saya.” Nisa cuba berdolak-dalik.
“Cik
Nisa… awak tak tahu ke dalam prosedur mahkamah. Seorang saksi perlu mengangkat
sumpah dan tidak boleh berbohong di mahkamah. Kalau saya tak salah, klien saya
beritahu saya. Awak yang mula-mula menyerang dia ketika dia datang ke rumah
awak pada hari tu? Padahal klien saya berniat baik mahu memulangkan barang Cik
Nisa. Jadi andai kata kawan awak memberitahu perkara sebenarnya yang berlaku
sekalipun. Tetap berpihak kepada klien saya. Sebabnya dia tak bersalah. Yang
memulakan serangan awak bukan dia.”
Dia
menarik nafas seketika sebelum kembali menyambung kata... “Atas dasar apa yang
awak fikir awak boleh menang kes ni kalau kita bawa ke mahkamah? Kalau Cik Nisa
tak keberatan sebagai seorang yang professional dan dah lama terlibat dalam
bidang ini, saya nasihatkan Cik Nisa kita selesaikan diluar mahkamah untuk
kebaikan kedua-dua pihak.” Fasih peguam india ini menutur kata dalam bahasa
melayu. Tak ada langsung slang indianya.
Nisa
terkedu mendengar hujah peguam Luth. Makan hati betul…
“Hurmm,
Cik Nisa. Lagipun kalau naik turun mahkamah ia akan memakan masa yang lama.
Awak perlu mengupah peguam awak sendiri. Dan percayalah cakap saya kosnya bukan
murah. Mungkin akan melebihi harga tuntutan klien saya sendiri. Mungkin
mencecah ratusan ribu. Who knows… dan
akhirnya kalau klien saya yang menang. Berputih mata awak. Itu lagi teruk. Bukan
itu yang awak nakkan, Cik Nisa?”
Nisa
masih diam tak berkata apa-apa. Apa yang peguam Luth cakap memang betul…
patutlah dia jadi lawyer. Nisa tak
boleh nak nafikan semuanya. Tiba-tiba rasa nak menangis. Matanya dah berair…
ah, cakap baik-baik tak lut. Kita guna air mata pulak!
Luth
dah tak senang duduk melihat Nisa yang sudah mula menangis.
“Encik
Luth… tolonglah. Saya memang tak ada duit. Saya bukan tak nak bayar. Minta
kurangkan sikit je harga tu tak boleh
ker? Tak baik aniaya kaum sendiri Encik Luth.” Nisa dah mula merayu-rayu dekat
Luth. Muka sedih menagih simpati ditayang sehabis baik oleh Nisa. Kalau
siapa-siapa tengok memang drama habislah! Memang join sekaki menangis dengan Nisa.
Luth
memandang ke arah peguamnya… Macam mana ni?
Mr.
Krishen menggelengkan kepalanya seolah-olah berkata. Jangan termakan dengan
pujuk rayu tu. Itu semua dusta belaka.
Ewah...
Luth
faham dengan tindak balas peguamnya. “Nope…
saya tak akan kurangkan amaun yang saya minta tu. Take it or pay it.” Luth bernada tegas.
Nisa
yang tadi menangis bagai nak rak terus terdiam. Bibir diketap kuat. Air matanya
di pipi disapu kasar.
Cis,
tak berjaya jugak tipu helah aku. Nisa memandang tajam ke arah
Mr. Krishen yang masih tersenyum tenang kepadanya. Memang hati batu betul lawyer sekor ni. Nisa mengutuk. Sebab lawyer nilah Luth tak termakan pujuk
rayunya. Padahal tadi Nisa nampak Luth dah lembut hati dah. Cis, cis, cis!
“Fine… tapi saya memang tak ada duit nak
bayar dekat awak. Bayar secara ansuran boleh tak? Tiap-tiap bulan saya bayar.”
Nisa cuba untuk berdiplomasi. Tiga puluh ribu tu bukannya tiga puluh sen!
Minyak pun dah naik harga sekarang tau..
“Still big no for you. Saya nak cash sekaligus.” Luth menjawab. Dah
sah-sah Luth nampak sangat macam orang yang tak berhati perut.
“Dah
tu awak nak saya pergi merompak bank bayar duit awak?” Nisa menyoal tak puas
hati.
“Why not? Kalau awak mampu.” Luth
menjawab sarkastik. Mengikut rentak Nisa bercakap.
Eii,
sebal betul Nisa rasa… takkan lah kau nak pergi merompak! Kalau kena tangkap
satu hal pula nak bayar duit jaminan.
Nisa
mengeluh berat… kalau macam ni sampai ke malam pun mereka tak dapat selesaikan
masalah mereka.
Luth
tersenyum kecil. Helah menjadi…
“Tapi ada
cara lain…”
Mata
Nisa bersinar tiba-tiba mendengar ayat Luth. Tapi wait-wait… ayat Tehah bergema dalam mindanya tiba-tiba.
“Err, kau gadai jelah body
kau dekat dia.”
Nisa
memandang ke arah lantai. Takkan lah Luth nak suruh aku buat benda terkutuk tu
kut? Nisa dah mula rasa tak sedap hati…
“Jadi
saya punya…”
“Tak
nak! Saya tak setuju.” Nisa dah memotong.
Luth
terdiam. Mukanya pelik… “Awak tahu ke saya nak cakap apa?”
“Encik
nak suruh saya buat benda tak elok kan? Baik encik mengaku.”
Luth
senyap. Benda tak elok apa pula ni? Lama dia diam kemudian barulah dia faham
bila tengok muka Nisa tiba-tiba merah. Dia tergelak besar.
“Cik
Nisa, saya masih ingat dosa pahala dan tahu halal haram.” Luth menggelengkan
kepalanya berkali-kali…
Eleh,
ingat dosa pahala dan tahu halal haram konon. Yang dia bedal peluk aku masa
dekat rumah sewa hari tu tak ingat pulak?
Nisa mengutuk Luth di dalam hati. Kutuk depan-depan kang kena bayar saman lagi
mahal pula.
Nisa
termalu sendiri. Eh, salah ke? Kalau dia tahu dosa pahala dan halal haram…
maknanya dia nak suruh aku kahwin dengan dia! Macam cerita-cerita novel tu…
kahwin kontrak?? No way! Nikah mutaah ajaran Syiah! Tak nampak
ke kerajaan sikit punya gigih nak hapuskan ajaran sesat syiah dekat Malaysia
ni?
“Saya
cuma nak awak jadi saya punya…”
“Tak
nak! Saya tetap tak nak…” Sekali lagi Nisa memintas kata-kata Luth.
Dahi
Luth berkerut lagi. “Apa ni? saya tak habis cakap lagi. Boleh jangan potong
tak?” Luth dah mula angin.
“Apa
pun encik cakap, saya tetap tak akan berkahwin dengan encik. Titik.” Nisa
menyilang tangannya ke dada.
“Pulak. Bila masa saya cakap awak kena
kahwin dengan saya? Saya tak ada nak sebut pasal kahwin pun.”
Nisa
termalu lagi sekali… Eh, eh, bukan ek? Ala, malunya aku! Nampak sangat aku yang
teringin kahwin dengan dia. Eii, mana nak sorak muka ni?!
“Eh,
bukan ek? Saya saja melawak tadi.” Nisa cuba menutup malu.
Luth
ketawa kecil. Nisa ni memanglah suka main aci redah je. “Lain kali orang nak cakap jangan menyampuk. Kahwin? Awak sure ke nak kahwin dengan saya? Kalau
nak, saya ok je. Lagi senang kerja...
kira langsai hutang awak dengan saya.”
Hak
alah... ni nak mengamalkan konsep hutang budi tergadai dengan body la ni?? Nisa menggigit hujung
bibir. “For sure the answer is BIG NO!”
Pandai pula kau speaking Nisa.
Luth
dah ketawa besar melihat wajah Nisa yang makin memerah. “Itulah, lain kali
orang tengah cakap jangan sedap-sedap je
potong. Kan diri sendiri yang malu.” Luth masih ketawa lagi. Tangannya menekan
kuat perutnya menahan senak yang bertandang. Adoi, macam-macamlah Nisa ni.
“Ok,
straight to the point. Saya tak payah bayar dekat Encik Luth dengan syarat
saya jadi encik punya apa?” Nisa menyoal. Jangan kau cakap jadi kau punya
cikaro sudah. Nisa menambah di dalam hatinya. Ada juga yang kena bambu dengan
abah nanti!
“Hurmm,
Mr. Krishen berikan kontrak tadi tu kepada Nisa.” Luth mengeluarkan arahan
kepada Mr. Krishen. Wujud lagi rupanya lawyer
ni dekat situ…
Nisa
mencapai kontrak yang dihulurkan Mr. Krishen kepadanya… matanya membaca satu-persatu
perkataan yang tertulis di kertas tu.
“Kontrak
OG?”
“OG
tu apa?” Nisa menyoal.
“Orang
Gaji.”
Ternganga
mulut Nisa.
“Be my slave for three months and your debts
with me...” Luth diam, senyuman sinis lepas tu kening terjongket sebelah menghiasi
wajahnya. “Settle.” Slumber Luth
menghabiskan ayatnya lalu badannya menyandar santai ke belakang. Cool...
Mulut
Nisa masih ternganga luas… lalat kalau masuk memang buat perkampungan haram dekat
situ.
Orang
gaji? Kuli? Hamba abdi? Babu? Khadam? Perkataan-perkataan ini mula menjelma di
minda Nisa. Wajahnya diangkat memandang Luth yang masih tenang riak wajahnya.
“So? Tawaran terakhir… take it or pay it.”
Nisa
masih mendiamkan diri… memikirkan baik buruk dia menerima tawaran Luth ni.
Kalau
tak terima mana nak cekau tiga puluh ribu sekaligus? Nak harap duit gaji aku?
Alamat memang tak tercapailah hajat nak bayar hutang.
Cakap
dekat abah? Abah pun mana ada duit banyak tu.
Fight
dalam mahkamah? Cekadak, buatnya kos
lagi mahal… putih mata aku.
Pinjam
dekat Fatehah? Minah tu pun hujung bulan menyendeng tepi aku macam kucing siam
nak minta pinjam duit.
Pinjam
kat bos aku yang hensem tu (Waqif)? Tapi nanti bocorlah rahsia aku belasah
kawan dia sampai masuk hospital. Mana boleh! Jatuh saham.
Err,
last choice. Jual dadah…Gila! Nak
mati dekat tali gantung? Nisa menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali. Nisa
mengeluh perlahan.
“Saya
setuju.”
“Good, kalau macam tu settle semua. Sign!” Luth menghulurkan kontrak OG tu kepada Nisa.
Dengan
berat hatinya Nisa menurunkan tanda tangannya di atas sekeping kertas yang
bakal merubah hidupnya selepas ni.
Luth
tersenyum penuh makna. Ikan dah makan umpan… lepas ni kucing bolehlah bersuka
ria. Nisalah ikan tu. Luth? Dah sah-sahlah kucing yang tunggu masa je nak ngap ikan yang dijeratnya…
Oh,
hidup sangat tak adil… Nisa merintih.
Luth?
Oh,
hidup sangat indah… hahaha. Evil laugh.
-------------------
TK: Seriously?? kejam gila Luth. Kalau saya jadi Nisa pun mau meraung kut... ada ke patut kontrak jadi orang gaji? Buatlah kontrak lamaran untuk Nisa ke... sedap la jugak nak menyandang title pun. jadi isteri orang. Ni orang gaji?? Heh, memanglah taktik memikat Luth ni epic fail!
Ermm.. Tak tahu la nk komen apa.
ReplyDeleteIf I were in Nisa shoes, i choose to think first than later decide. Kekeke terskiping london lak ;p Mana boleh main sign je. Dah sah2 Luth bg surat kontrak perjanjian yg valid. Maybe inform Waqif.. Kalau nk inform famili tu rasanya last choice on earth kot. Kalau sign dan setuju jd OG, confirm nnt kena ikut segala cakap Luth. No way!
Apsal laa Nisa ni tak reti berfikir dulu sblm buat apa2 tindakan? Sebab dia terus belasah Luth la sampai jadi kes saman menyaman camni.
*erkk, sorry akak terrr-emo skit. Haha
xtau komen? ni dah komen ni...ahaha...
DeleteChill kak... chill... jgn emo. haha. Sebab terlebih think la Nisa buat keputusan sign kontrak tu. Kalau dia pilih inform dekat waqif... kantoi la dia belasah kawan Waqif. so mesti persepsi waqif dekat dia berubah... tu yg Nisa nak elak. Nak jaga nama la kononnya... haha. Akhirnya... nisa buat keputusan biar dia seorg yg kena tanggung kesan n akibat ni daripada dia libatkan org lain. :) :)
Cian Nisa kena jadi orang gaji..
ReplyDeletesuka la luth dpt kenakan Nisa...
hehehhe...
Ramai betul yg kesiankan cik nisa kita ni... hehe. Luth ofkos sukaaa! haha
DeleteUmpan dah mengena... lepas ni makin merana la hidup nisa...
ReplyDeletehehe... betul2! entah apa la yg Luth dh rancaang nak kenakan
DeleteNisa nanti.. ;)
Nisa ni contoh terbaik, sebelum bertindak apa-apa ikut perasan, sila pikirkan dulu sedalam-dalamnya. dah ler otak dia tu advance semacam, gerenti peminat tegar drama melayu setia kat TV3 ni ... terlebih drama dlm pikiran kahkahkah. nasib luth suruh sain kontrak OG (Orang Gaji), boleh pulak otak dia terpikir nak jadi hamba abdi ... otak kita pun advance, ingat jadi hamba seks tadi hihihihi...
ReplyDeleteLuth ni kan, agak-agak ler nak tackle Nisa tu oii, sadis tau taktik dia ni, siap ber loyar berkontrak bagai. sekarang misi mengorat Nisa dlm masa 3 bulan. eeermmm jadi tak Nisa nak pulangkan iphone tu?
mabeles zananis. keep it up gurl.
maskatun damit... komen u cenggini *thumbs up... hehe.
Deletedia terlebih drama sebab terlebih cuak masa tu! haha.. gila kut luth saman sampai 30ribu mana nisa tak terlebiha advance... :P btw hamba seks?? oooo... O.o hahaha... idoklerr teman nak buat cerita cenggitu... hehe
TQ!!!
dah Nisa tu advance sangat ... kita pun nak advance juga lagi setapak. hihihi ... btw lovely gif, mengena sangat, dengan muka cuak nisa tu... blur pun ada.
Deletehehe...thank to encik google yg provide gif tu kat sy.. *peace
Deletekenapa nisa tak minta tolong lawyer saman kekasih luth yg serang nisa dpan orang ramai hari tu? itu baru adil...luth tuntut gantirugi so nisa pun mesti tuntut gantirugi jugak...btul tak?
ReplyDeletenisa tak tau yg dia pun boleh saman luth kaki belit tu.. kalau dia tau jangan kan saman melina dengan luth2 sekali dia saman! haaa... hehe
DeleteNisa patut fikir dulu... dan baca kandungan perjanjian. Dia juga perlu bangkitkan sbb jd begitu. Kes dia diserangdi kedai oleh gf Luth... boleh reverse saman malu kpd Luth... Lg ramai saksi...
ReplyDeleteanon... hehe. Nisa kan jenis tak pikir pnjg dan dia x tau pun yg dia blh reverse saman malu. Kalau nisa tahu mesti luth kena saman 30 juta!! haha...
DeleteHuhu luth jahat...
ReplyDeletehuhu... saya baik.. *tetiba... ;P
DeleteBaik kahwin dengan dia daripada jadi orang gaji rolrol hehehehehehhee
ReplyDeletestep by step... ni step luth yg 1st... mn tau lps2 ni upgrade jadi isteri ke?? haha
DeleteHaha..best...n kelakar laa cite nie..
ReplyDeletehehe... thank you. ;)
DeleteOrg gaji pesen mnr la agaknya si luth nak erk... konpom kena kaw2 nisa nie... hehe
ReplyDeleteOG yg tip top yg lps tu boleh upgrade status jadi isteri la kut... ahaha.
DeleteOG sangat kan. Luth mesti dah plan macam2 utk Nisa kannnn?
ReplyDeletesgt macam2... hehe... kita tunggu apa yg luth kaki belit ni nak buat... ;)
Delete