BAB 10
1 MEI 20xx
Tuk tuk
tuk! Tuk tuk! Pintu bilik Nisa diketuk dari luar. Siapa lagi yang nak mengetuk
pintu bilik Nisa kalau bukan Fatehah. Dah nama pun hidup berdua aje di rumah
tu…
Tak
ada respon. Nisa masih tak buka pintu.
“Nisa
bangun!” Kali ni teknik lontaran vokal pula yang digunakan. Ketuk baik-baik tak
lut, tak bangun.
Senyap jugak . Tak ada respon. Fatehah mula
rasa bengang. “Budak ni kalau dah tidur orang baling C4 sebelah telinga pun tak
sedar.” Fatehah mengutuk. Tak apa. Kau tak nak bangun ek? Jangan menyesal.
Lengan baju kurung disinting ke paras siku. Tangan digenggam kuat.
Bismillahirahmanirrahim…
Gedegang!
Gedegang! Pintu Nisa diketuk kuat bagai nak runtuh!
Matanya
terbeliak. Berkelip-kelip… Nisa terjaga!
Selimut
yang menutupi muka ditarik kasar, dipandangnya sekeliling…
“Gedegang!
Gedegang!” pintu biliknya masih lagi ‘dihentam’ dengan Fatehah.
“Gempa
bumi!!” Nisa menjerit kuat… terus dia terjun dari katilnya dan berlari ke arah
pintu biliknya.
“Tehah!
Cepat Tehah, gempa bumi… lari weh! Lari!” Nisa tiba-tiba jadi kelam-kabut.
Tangan Fatehah dicapai, dibuka langkah luas mahu berlari… tapi tiba-tiba
tangannya direntap perlahan ke belakang.
“Kau
nak kemana? Gempa bumi apanya? Bangunlah!” Pipi Nisa ditampar berkali-kali di
kiri dan kanan. Tapi perlahan je la.
Kalau kuat-kuat mahu terbenam pipi Nisa jadinya.
Nisa
terpacak tak bergerak. “Ek?”
“Apa
ek-ek? Bangunlah! Kau dah lewat ni. Kau tidur mati ke apa? Macam nak gila aku
gerak kau baru nak bangun.”
“Kutuk
aku! Dah la ketuk pintu bilik aku macam nak runtuh dibuatnya. Mati-mati aku
ingat gempa bumi tadi. Tengok! Dah lekang sikit pintu ni. Tehah kau ni
memanglah. Hulk!”
“Tak
ada makna nak lekang pintu tu. Kau mandi pun belum… pergilah siap cepat.
Mentang-mentanglah hari ni nak jumpa dengan bos baru kau. Bangun lambat kau
ya.”
Nisa
masih termangu tak bergerak cuba memproses segala maklumat yang baru dia
dengar. Jumpa bos baru? Bosnya seorang je
kan, Waqif. Itupun bos lama. Bos baru mana pula yang Fatehah maksudkan ni?
Nisa menggaru kepalanya. Tiba-tiba Nisa teringatkan sesuatu…
Luth!
Arghhh… macam mana boleh lupa ni?!
“Pukul
berapa dah sekarang?” Matanya memandang jam yang tergantung di dinding rumah.
Tak jelas. Nisa mengecilkan matanya. Ditenung lama jam tu…
“Pukul
tujuh dah.” Fatehah memberitahu Nisa, seksa benar tengok mak cik ni asyik
merenung jam kat dinding tu.
“Tujuh!”
Mata Nisa terus terbeliak… dah lewat.
Mati aku. Mati aku! Berdesup Nisa berlari masuk ke bilik tidurnya semula
dan mencapai tuala. Macam lipas kudung. Laju betul…
“Jangan
lupa kunci pintu rumah masa nak keluar nanti. Minachi! Jangan tidur balik…
pergi mandi terus!” Tiba-tiba suara Fatehah kedengaran dari tingkat bawah.
“Ya!!”
Nisa menjerit dari dalam bilik air. Awal-awal pagi lagi dah kelam-kabut Nisa
ni.
Ni
semua salah Luth dia bangun lambat. Gara-gara semalam cuak sangat takut hari
ini muncul sampai tak tidur malam dibuatnya. Pukul 4 pagi pun masih matanya
celik entah pukul berapa dia terlelap pagi tadi sedar-sedar Fatehah dah buat
‘gempa bumi’ kecil dekat pintu bilik dia. Mujur juga dia tengah PMS sekarang ni
kalau tak memang subuh kirim salam la terbabas...
Nisa
bersiap ala kadar sahaja. Dalam masa sepuluh minit sahaja Nisa berjaya bersiap…
jangan tanya dia mandi macam mana kalau masa yang ada pun tak banyak. Mandi
kerbau pun jalan! Janji mandi. Tak gitu? Lepas bersiap-siap Nisa terus buat
sarapan untuk Luth. Err, sarapan apa? Nasi lemak dengan karipap yang macam Luth
order tu ke?
“Pon…
pon!!”
Nisa
yang tengah memasukkan bekal ke dalam beg kertas terdengar hon kereta
dibunyikan.
“Mesti
mamat tu. Alamak-alamak…” Nisa jadi panik. Dia kelam-kabut... ke kiri sekejap
kemudian ke kanan pula.
“Ponn!!!”
Hon makin kuat berbunyi.
“Ish,
orang tua ni sabar la sikit. Tangan aku ada dua je ni.” Nisa membebel. Tangannya cuba digerakkan secepat mungkin
untuk mengunci pintu gril rumah sewanya.
“Kenapa
lambat?”
Luth yang tengah
berdiri sambil menyandar di pintu keretanya sambil kedua tangannya dimasukkan
ke dalam poket seluarnya. Baru nampak muka dah berleter macam mak nenek.
Tiba-tiba Luth mengeluarkan tangan kanannya dan menghulurkan tangannya kepada
Nisa. Digawang-gawang di hadapan Nisa seperti meminta sesuatu.
Cepat-cepat
Nisa menghulur beg kertas tu. Selepas mengambil beg kertas di tangan Nisa, Luth
terus masuk ke dalam perut kereta.
Nisa
pula terpinga-pinga dekat luar.
Luth
yang baru nak menghidupkan enjin kereta mengerling ke arah Nisa yang tampak
kalut. Bibirnya membentuk senyuman kecil yang sinis. Mesti dia nak cakap yang
Nisa pekerja yang sangat tak dedikasi sebab lambat datang ke pejabat. Ah,
lantak dia...
Kereta
Luth laju meninggalkan Nisa.
Nisa
menjuih bibir. Menyampah! Dia dah lambat nak ke pejabat. Tanpa membuang masa
dia terus ke stesen bas tempat biasa dia menunggu bas untuk ke pejabat.
Tapi
sayangnya...
“Mana
bas ni? Mogok ke apa?” Lama pula hari ni dia kena tunggu bas. Nisa dah gelisah.
Jam di tangan dipandang sekilas 7.45 pagi!
Tiba-tiba
sebuah kereta Nissan Sentra berhenti di hadapannya. Nisa memandang kereta
tersebut. Macam pernah nampak?
Cermin
kereta itu diturunkan... wajah Luth muncul.
Berubah
terus raut wajah Nisa. Muka menyampah? Adalah sikit-sikit...
Ray
Ban hitam dilurut sedikit ke bawah. Hensem? Gila tak!
“Jom
saya hantar.” Tiba-tiba Luth mempelawa Nisa.
“Tak
apa saya tunggu bas.”
“Betul
tak nak? Kang masuk lambat... merah kad awak tu.”
Nisa
mengetap bibir. Luth ni tahu saja nak mengugut dia.
“Tak
nak tak apa... bukan saya yang rugi.” dibetulkan Ray Ban tadi. Sudah dipelawa,
tapi orang tu tak sudi. Takkan dia nak memaksakan? Luth menekan butang untuk
menaikkan cermin tingkap keretanya semula, dia dah bersedia hendak menekan
minyak kereta.
Sebelum...
“Nanti!”
Luth
tersenyum...
Nisa
tertagak-tagak depan pintu kereta tu. Teringat kata-katanya semalam pada
Fatehah.
“Hah,
tak payah offer. Aku lagi rela naik basikal roda tiga yang tayar dia warna
pelangi tu pergi kerja dari naik kereta berair-cond dengan mamat tu.”
Rela
naik basikal roda tiga tayar, ya? Heh, tu la padahnya... kata-kata makan tuan.
Kalau Fatehah tahu mahu dibahannya Nisa tujuh keturunan. Konon mati-mati tak
sanggup naik kereta sekali dengan Luth dah.
Tapi??
Pintu
kereta penumpang di sebelah hadapan ditutup dengan perlahan. Nisa melabuhkan
punggungnya di kusyen kereta yang empuk itu... Walaupun, Nisa memandang ke
hadapan tapi hujung matanya jelas dapat menangkap senyuman sinis yang
tersungging di bibir Luth. Nisa menggigit hujung bibirnya.
Cis...
cis... pagi-pagi lagi hidup dia dah tak berseri!
Sunyi!
Senyap.
Sepi…
Krik
krik krik…
Dari
mula kereta berjalan tadi Nisa tak bercakap langsung walau sepatah, termasuklah
dengan Luth. Tiba-tiba saja mereka rasa kekok. Masing-masing cuma mendiamkan
diri melayan perasaan masing-masing.
Luth
mengetuk perlahan stereng keretanya. Mulutnya bersiul kecil… dia memandu dengan
tenang. Luth buat syarat Nisa kena sedikan sarapan untuknya setiap pagi bukan
saja-saja. Yang sebetulnya dia nak jumpa Nisa setiap hari... nak menyakat
Nisalah tu yang sebetulnya. Lagipun jalan ke tempat kerja mereka sehaluan. Itu
yang Luth berani buat syarat gila yang satu ni. Otak belit betul Luth ni. Tapi last-last menjadi juga plannya. Nisa terpaksa akur walaupun
tak rela…
Macam
hari ni... taklah nampak macam dia nak sangat pergi kerja dengan Nisa. Semua
nampak macam kebetulan. Kebetulan dia hantar Nisa ke tempat kerja. Padahal dia sudah
rancang awal-awal. Just nice... bak
kata omputih follow the flow gitu
plannya...
“Kenapa
diam?” Luth akhirnya bersuara. Tak betah duduk diam tak bersuara. Bukannya dia
naik kereta dengan patung cendana. Dia naik dengan manusia jadi haruslah
berbual tak kan nak diam saja.
“Tak
ada apa nak cakap.”
“Ada
banyak benda boleh dicakapkan.”
Nisa
mengangkatkan bahunya sahaja. Pandangannya masih dilemparkan keluar tingkap
kereta. Langsung tak dipandang wajah Luth. Perlu ke nak pandang? Nanti kena
penyakit mata!
“Nah...”
tiba-tiba Luth mencampakkan sesuatu ke atas riba Nisa.
Terkejut
Nisa... Wah, main campak-campak pula dia ni. Kasar betul! Macam manalah bos dia
(Waqif) yang sangat gentlemen tu
boleh berkawan dengan mamat tak beradab ni? Musykil betul...
Nisa
mengangkat benda yang dicampak oleh Luth sebentar tadi. Kunci? Otak Nisa cuba
memproses maklumat. Tiba-tiba matanya bersinar... Walawei, dia nak kasi aku kereta baru!
Nisa
berdehem... “Kunci apa ni?” Caih,
dalaman bukan main lagi... luaran? Control
beb... control!
“Kunci
rumah saya. Jangan nak buat-buat lupa sabtu ni awak dah kena mula ‘kerja’. Mula
pukul lapan pagi dan balik pukul lima petang.”
Nisa
mencebik. Dalam hati berbakul-bakul menyumpah Luth. Dia bukan buat-buat lupa,
tapi memang lupa pun! Malas nak ingat. Eh, bukan malas tapi TAK NAK ingat! Dah
la tu masuk pukul lapan pagi dan balik pukul lima petang... dia ingat Nisa ni
kerja sebagai kerani pejabat ke dekat rumah dia?! Sengal.
“Hurmm...”
sepatah Nisa jawab.
Sepi
lagi antara mereka...
Luth
mengerling ke sebelah. Dia sedang mencari idea untuk berbual dengan Nisa...
“Sarapan tu nasi lemak, kuih karipap dengan susu macam yang saya nak?” soal
Luth.
“Errr…”
Nisa gelisah.
“What do you means by errr? Makanan jugak ke errr tu?”
Nisa
menggaru belakang telapak tangannya perlahan. “Tak ada benda yang encik order tu. Saya buat benda lain…”
Dahi
Luth berkerut tak puas hati. “Kenapa pulak
tak ada? Saya dah cakapkan saya nak makan apa pagi ni.”
“Kan
saya bangun lambat pagi tadi. Tak sempat nak sediakan apa yang encik nak kan
tu.”
“Mana
boleh! Lambat ke cepat ke… apa yang saya nak kena bagi.” Suara Luth keras.
Nisa
menggigit hujung bibirnya. Consider
la sikit. Aku bangun lambat pagi tadi. Bukannya sengaja! Hati Nisa memberontak.
“Tapi…”
“Dah
tu, apa yang awak masak?”
“Err…”
“Err
again! Nisa… I’m asking the answer and I don’t accept err as the answer.” Luth bengang. Err, err… ada jugak yang aku err kan
nanti.
“Biskut
kering dengan kopi’O.”
“What?!” Luth menekan break secara
mengejut. Terlontar sedikit ke hadapan badan mereka berdua. Mujur mereka berdua
memakai tali pinggang keledar dan Nisa sempat menahan dengan kedua belah
tangannya pada dashboard di
hadapannya. Luth berpaling lipat maut memandang Nisa. Wajahnya memang terkejut
gila.
Nisa
memandang Luth sambil tersengih macam kerang busuk. Ek alah, biskut kering dengan kopi’O aje pun. Yang dia pandang Nisa
macam Nisa pegang M16 tu apa kes?
Nisa?
Sengih
aje la yang mampu ditayangkan.
“Tak
boleh harap langsung. Baru hari pertama dah langgar kontrak… Huh!” Luth
merengus kasar.
Biskut
kering? Kopi O! Sabar jelah.
Lama Luth
merenung beg kertas yang berisikan sarapan paginya yang disediakan oleh Nisa
pagi tadi. Akhirnya, tupperware di dalam
beg kertas tu dikeluarkan begitu juga dengan thermos yang berisikan air kopi’Onya.
Matanya
memandang tak berkelip tupperware dan
thermos dihadapannya… lima saat
kemudian.
“Hahahaha!”
Spontan dia ketawa. Kepalanya digeleng perlahan beberapa kali.
Betullah
Nisa ni bendul. Ada ke patut disediakan bekal Luth dalam tupperware Hello Kitty yang warnanya pink! Tu satu hal… yang thermos tu pun sama naik juga. Warna
pink siap ada gambar Hello Kitty dekat tengah-tengah badan thermos tu.
Alahai,
hilang sudah kemachoan serta kemaskulinan Luth pagi ni bawa bekal yang warna
pink siap ada gambar Hello Kitty yang maha besar lagi! Kau ada?
Luth
masih tak habis ketawa lagi… bila ketawanya dah beransur hilang barulah
tanganya mencapai bekalnya tu lalu dibuka. Biskut kering dicapai… digigit
sedikit demi sedikit sambil tersenyum. Mindanya melayang teringatkan Nisa.
Makan
biskut kering pun boleh senyum-senyum? Betullah otak dia ni ada wayar yang
putus. Sekeping habis dimakan, sekeping lagi dicapai.
Tiba-tiba…
“Bos.
Da…” Setiausahanya muncul.
Luth
terus tersedak! Biskut tak sempat ditelan. Tekak! Air… air… air… Luth terus
membuka thermos Hello Kitty tu dan
diminum terus.
“Erghh!
Panas!” Lidahnya pula terjelir.
“Err,
bos ok bos?” Setiausahanya panik.
“Ehem-ehem…
I ok.” Luth berdehem berkali-kali. Dia membetulkan tali lehernya. Cover macho… matanya kemudian menangkap
bekal Hello Kittynya yang masih elok terletak di atas meja. Cepat-cepat dia
menutup bekalnya dan diletakkan ke bawah meja dengan kelam-kabutnya.
“You
nak cakap apa tadi?” Luth berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Fail di
atas meja dicapai dan dibelek. Maintain
cool, maintain…
“Datuk
Rasyidi call. Malam ni bos ada appointment dengannya di Concorde
Hotel.”
“Oh,
ok then. I’ll mark it. Lagi?” Luth
berlagak steady.
“Tu
saja. Saya keluar dulu bos.” Setiausahanya menutup semula pintu bilik Luth.
Tapi semasa dia nak menutup pintu itu Luth dapat tangkap yang setiausahanya
tengah gelakkannya!
Cis…
Luth menumbuk perlahan meja kerja. Kantoi dengan setiausahanya dia bawa bekal
yang cute ni.
Sebelah
tangan Luth bercekak pinggang. Sebelah lagi tangannya mengetuk perlahan
permukaan meja. Bibirnya diteketap kuat. Malu woi! Lelaki yang macho dan
bergaya macam dia bawak bekal ke
pejabat. Hurmm, part bawa bekal tu
boleh terima lagi… yang tak boleh terima tu part
bawa bekal Hello Kitty warna pink ang-ang! Yang tu out…memang tak boleh terima. Musnah terus imej maskulin Luth hari
ni. Luth mengeluh perlahan. Silap dia juga tak kunci pintu tadi sebelum makan.
“Nisa…”
Nama Nisa disebut perlahan. Semuanya angkara Nisa. Kalau Nisa tak bagi dekat
dia bekal Hello Kitty ni mesti tak terkantoi dengan setiausaha dia tadi.
“Awak
memang saja nak kenakan saya kan Nisa?” Luth menyoal seolah-olah Nisa berada di
hadapannya.
Bukan
itu sahaja, kepalanya ligat mengatur langkah seterusnya nak mengenakan Nisa
sebagai serangan balas tak mengikut arahannya pada hari pertama kontrak OG
mereka berkuat kuasa. Kena ajar sikit Nisa ni, jangan biar dia besar kepala!
Tekad Luth.
Nisa
terbatuk kuat. “Siapa pulak yang
menyebut-nyebut nama aku ni? Uhuk… uhuk…”
Luth!
Dadanya
ditepuk perlahan. Entah kenapa dirinya teringatkan kejadian pagi tadi... dia
ketawa kecil. Padan muka Luth! Desis hatinya.
Sekarang
memanglah padan muka Luth, Nisa tak tahu yang hari-hari akan mendatang padan
muka dia pula!
“Ok
apa biskut kering dengan kopi’O… at least
aku ada jugak inisiatif nak sediakan dia sarapan pagi tadi.
Tapi iyalah kan, anak orang kaya. Mana sarapan benda-benda murah macam tu. Ah,
lantaklah… biasa tak biasa. Dia nak makan. Makan. Tak nak sudah! Aku tak ada effect apa pun…” Kepalanya dianggukkan
berkali-kali.
Nisa
menyusun dokumen kerja yang diperlukan untuk mesyuarat sebentar nanti. Sebagai
setiausaha Waqif yang berdedikasi… dedikasi la sangat Nisa tu. Dia kena
pastikan semua benda yang diperlukan buah hatinya (buah hati rahsia a.k.a
kekasih gelap) lengkap dan dipenuhi! Dia tak mahu langsung Waqif kritik cara
kerjanya. Kalau boleh serba-serbi Nisa nak kelihatan sempurna depan mata lelaki
itu.
Nisa…
Nisa…
“Nisa
semua dah ready ke?” Puan Nazra
muncul. Pengurus bahagian marketing
di syarikat mereka muncul.
Nisa
tersenyum dengan yakin. “All set puan.”
“Bagus,
bolehlah kita mulakan mesyuarat sekarang.”
Hurmm…
dekat sini kita boleh rumuskan, yang first
day kontrak OG tu berkuat kuasa memang hampeh! Menu yang Luth pesan
memanglah tak menjadi langsung. Nasi lemak bertukar jadi biskut kering dan susu
rendah lemak dah jadi kopi O hitam pekat. Kuih karipap tak payah cakaplah. Tak
ada bayang langsung.
Pandai
Nisa masak kan?
‘Untung’
Luth.
------------------------
TK: Boleh dapatkan Novel Kau Jelita di kedai buku yang berhampiran dengan anda :)
Bagi yang dah dapatkan KJ, nah pantun dua kerat untuk korang...
Terima kasih daun keladi, nanti next buku order la lagi... hehe
Bagi yang dah dapatkan KJ, nah pantun dua kerat untuk korang...
Terima kasih daun keladi, nanti next buku order la lagi... hehe
zana.. i miss you! i miss you! haha.. all da best yaw! ^_^
ReplyDeleteWuuaaa.... ANak pak zohar. Siapakah anda?? haha tetiba nak miss you.. tanjat gegirl. huhu. Tapi tengok profile picture tu macam yadz... am i right?
Delete