18 July 2013

Teaser : Cerpen Anugerah Kasih Di Bulan Puasa SE

Mohon keampunan dipagi yang syahdu ni walaupun raya bulan depan... blog dibiarkan berusang macam tak bertuan. Bak kata guest kat cbox tu dah berhabuk pun kat sini. Banyak gila sarang lelabahnya.. Right2... *Ambik penyapu halau semua labah tu.

Bagi yang masih jenguk2 kat sini walaupun saya ni kejam cam hanguih tak hupdate apa2 langsung, terima kasih bulan dan bintang sebab ingat jugak blog picisan ni. Yang tak jenguk tu... ermmm... krik krik krik...

Oraity, pasal Kau Jelita! saya stop dulu k. Stop for good. :) sorry... kalau korang still follow cerita tu mohon bersabar kejap ja biar saya habiskan full story dia. Saya ni tak boleh rush2 nanti saya panic bila saya panic cerita yang saya karang semua ke longkang. Tak best. So... sabar ya. :) For sure KJ memang akan ada ending. Tak kan dibiar gantung tak bertali.... 

Memandangkan KJ hold on saya just update Man Untuk Ana and cerpen2 baru ja la ya... till then.

Here's the teaser gituu.... enjoy.

cover baru

“Abang… Fatinah risau la tengok Fafa.”

Kening Fattah bertaut. Dipandangnya anak dara mereka sekilas pandang. Apa yang tak kena dengan anak daranya yang seorang tu? Makin sihat sahaja dia lihat. Nak kata Fafa selalu sakit, memang tak. Sihat semedang budak tu. Apa lagi yang nak dirisaukan? Ah, naluri ibu mana dia faham. Fattah membuat telahan sendiri.

“Abang dengar tak saya cakap tadi?” Sebal bila rasa hatinya tak dipedulikan si suami.

“Dengar sayang… apa yang sayang nak risaukan? Kan sihat je Fafa tu.”

Itulah yang Fatinah risaukan.”

Kali ni betul Fattah rasa pelik kuasa berganda! “Anak sihat pun sayang risau? Sayang ni biar betul? Takkan nak mendoakan budak tu sakit pulak?”

Fatinah ketawa kecil dengar jawapan suaminya. Ada ke situ pula cara dia fikir. “Mana ada emak yang suka tengok anak dia sakit. Abang ni pun…” Paha suaminya ditampar manja.

Dah tu?”

“Tak… maksud Fatinah anak kita tu makin hari makin sihat macam belon kena pam dengan angin. Membesar dengan jayanya betul Fafa tu.”

Faham la Fattah sekarang apa yang dirisaukan sangat isterinya tu. Fatinah takut anak mereka gemuk!

Tiba-tiba Fattah ketawa besar.

Abang ni kenapaFafa sihatabang yang sakit. Tiba-tiba gelak besar.”

Fattah mengesat air mata yang mengalir di hujung mata. “Kalau yang tu sayang risaukan, abang memang tak boleh nak tolong. Gene sayang kuat sangat mengalir dalam badan dia. Tak ingat badan dia besar macam siapa? Temah Tembun!”

“Abang!” Fatinah menjerit bila disakat suaminya. Spontan satu cubitan yang ala-ala ketam pedihnya hinggap di paha suaminya tu.

Fattah mengaduh sakit. Tapi tak lama kemudian Fattah ketawa semula. Dah lama dia tak memanggil Fatinah dengan gelaran ‘manja’ tu! 




``````````````````````````````
TK : Ingat lagi kisah cinta Temah Tembun dengan Fattah?? hehe... tak ingat? Meh klik siniKasi refresh...  PART I


4 comments: