30 July 2012

Cerpen : Anugerah Kasih Di Bulan Puasa



29 Syaaban tahun 1415 hijrah. – 31 Januari 1995

Fattah tersenyum lebar, dekat sini rupanya budak tembun ni bermain. Puas aku cari dia! “Hoi, Temah Tembun… mesti kau sedihkan? Esok dah nak puasa… mesti kau tak boleh makan banyak-banyak.”        

Muka Fatinah bertukar kepada riak masam. Dia tak suka dengan Fattah. Anak jirannya itu suka mengganggunya ketika dia bermain. Sudahlah tu suka betul mengejeknya! Fatinah buat tak tahu… anak patung di tangannya dipakaikan baju. Kemudian rambut patung itu yang lurus disisir rapi.

Fattah tak puas hati bila Fatinah langsung tak mengendahkan dirinya. “Kesian kau, tak ada orang nak kawan dengan kau. Kau main sorang-sorang… itulah kau tembun sangat. Sampai tak ada orang nak kawan dengan kau.”

Tangan Fatinah terhenti dari menyisir rambut patungnya. Matanya yang kecil dan bulat itu memandang Fattah.

“Kenapa abang Fattah suka kacau kita? Kita tak kacau abang Fattah pun… kita ada kawanlah. Tapi kawan kita balik kampung… sebab tu kita main sorang-sorang. Satu lagi, ibu kata kita tak tembun tapi kita comel. Kita tak tembun! Faham tak?” si kecil berumur enam tahun itu petah berkata-kata membela dirinya dari diusik Fattah.

“Ala, mak kau tak sampai hati nak bagitau kau hakikat sebenar yang kau tu tembun! Tembun macam anak gajah… bila kau jalan bergegar habis tanah. Haha!”

Fatinah terasa seperti tubir matanya panas… dia segera berdiri. Anak patung di tangan digenggam kuat. “Kita tak tembun!” serentak itu anak patung di tangan dibaling ke muka Fattah. Dia terus berlari masuk ke dalam rumahnya sambil menangis.

“Haha… suka sangat menangis.”

“Fattah! Kamu kacau Fatinah lagi ya? Balik!” suara ibunya dari halaman rumah mengejutkannya. Alamak! Terkocoh-kocoh dia pulang ke rumah sebelum telinganya dipiat teruk. Memang hobi Fattah dari dulu lagi suka menyakat si kecil comel Fatinah sehingga budak itu menangis teruk... Fattah yang nakal!




8 Ramadhan tahun 1415 hijrah. – 8 Februari 1995

Fatinah menjengukkan sedikit kepalanya dari balik dinding. Ketika dia mahu ke belakang rumah Tok Mad untuk melihat ayam-ayam milik Tok Mad, dia terdengar bunyi orang berbual-bual di belakang rumah Tok Mad. Sebaik sahaja dia mengintai di balik dinding dia ternampak Fattah dan Tasneem sedang makan. Fatinah terus keluar dari tempat persembunyiannya.

“Ooo, korang berdua tak puasa! Kita report dekat Tok Mad.” Jari telunjuknya yang montok itu digoyangkan ke kiri dan ke kanan berkali-kali. Fattah dan Tasneem yang sedang menyedut air terus tersedak dek disergah Fatinah. Membulat mata Fattah memandang Fatinah. Budak gemuk ini lagi! Hatinya menyumpah-nyumpah Fatinah yang juga anak jiran depan rumahnya itu yang tiba-tiba muncul sekaligus mengantoikannya.

“Temah Tembun… kau diam! Kalau kau report dekat Tok Mad tahulah aku nak kerjakan kau macam mana.” Fattah mengugut.

“Nama kita bukan Temah Tembun! Nama kita Fatinah!” Fatinah menjerit sekuat hati. Dia benci diejek dengan panggilan Temah Tembun. Dia tak suka bila dirinya diejek sebegitu. Kita tak gemuk! Mata Fatinah bergenang… tubir matanya mula dipenuhi air mata.

“Wei, Neem kau tengok… Temah Tembun menangislah. Hahaha! Temah Tembun, Temah Tembun!”

Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga. “Abang Fattah jahat! Kita tak suka kawan dengan awak!” Fatinah terus berlari pulang…

“Kenapa kau ejek dia? Kalau dia mengadu dekat Tok Mad yang kita tak puasa macam mana? Matilah kita! Kau ni bengonglah…” kepala sepupunya ditunjalnya berkali-kali. Fattah menepis kasar tangan Tasneem.

“Ah, pandai makan… pandai simpanlah! Kalau dia report kita nafikan sajalah.”
Tasneem merengus kasar. Menyesal pula dia ikut Fattah ‘buka’ puasa tadi. Tak pasal terkantoi dengan Fatinah. Fattah sebenarnya risau juga tapi nasi sudah jadi bubur…



Sebaik sahaja Fattah dan Tasneem pulang ke rumah, mereka terkejut bila ibu bapa masing-masing sudah berada di ruang tamu termasuklah Tok Mad yang ketika itu mukanya nampak sangat bengis! Fatinah dan ibunya pun ada sekali. Fattah dan Tasneem saling memandang sesama sendiri dan menelan air liur.

“Siapa ajar kau menipu ni ha?!” Suara Tok Mad melengking naik. Panas betul hati tuanya bila ditipu hidup-hidup oleh cucu-cucunya. Dia ingatkan Fattah dan Tasneem puasa rupa-rupanya belum sampai waktu lagi mereka dah ‘berbuka’! Pantang sungguh keturunannya bila ada yang menipu.

Tersentak Fattah dan Tasneem diherdik Tok Mad. Terangkat bahu mereka… Tasneem ditarik oleh Tok Mad. Terserlah batang rotan di tangan Tok Mad…

“Aduh, sakit Tok... ampun Tok… ampun! Neem janji tak buat lagi.” Suara Tasneem merintih. Menangis kesakitan Tasneem bila betisnya berbirat disebat dengan kayu rotan setebal 2 inci itu.

“Tahu sakit. Kau menipu Tok, ingat Tok tak sakit hati? Siapa yang ajar kau menipu? Cakap!”

“Fattah yang ajak Neem makan, Tok. Neem tak nak dia yang paksa.”

Fattah merenung Tasneem bagai nak makan. Eii, beballah budak ni! Aku dah cakap biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Habis terbongkar sudah rahsia. Ish!

Mata Tok Mad beralih pada Fattah pula. “Oh, kau yang jadi kepalanya? Dah lama buat kerja macam ni? Hah, dah lama?”

Piappp!

Betis Fattah jadi mangsa sebatan Tok Mad. Lagi kuat dari yang Tasneem kena. Fattah menggigit kuat bibirnya dan mata dipejam untuk menahan sakit. Tapi air matanya sedaya upaya ditahan supaya tak menitis. Fattah merenung tajam ke arah Fatinah… renungan yang berbaur dendam.

Fatinah yang melihat Fattah disebat menyorok di belakang ibunya. Takut dengan Tok Mad yang tengah mengamuk dan takut pada renungan tajam Fattah kepadanya. Ya, dia yang mengadu pada Tok Mad. Salah Fattah juga… kalau dia tak mengejek Fatinah dengan panggilan Temah Tembun tu pasti Fatinah tak mengadu pada Tok Mad.

“Tak menangis? Hebat sangat dah la ni? Patutlah, berani ajar sepupu kau menipu… anak jantan la ni? Tak apa, aku nak tengok jantan mana sangat kau.” Tok Mad mengangkat tinggi lagi kayu rotan ditangan sebelum sebatan yang lebih kuat hinggap di betis Fattah.

Fattah menahan sakit. Matanya mula berair tapi sedaya upaya cuba ditahannya. Fatinah yang melihat pula yang menangis, tiba-tiba anak kecil berusia 6 tahun itu turut merasakan kesakitan yang dialami oleh Fattah.

Kali kedua Tok Mad mengangkat tinggi rotannya…

Piappp!

Fattah memejamkan matanya tak sanggup nak rasakan lagi perit kakinya disebat tapi dia tak rasa sakit. Fattah membuka mata… Fatinah yang sedang menangis menyapa pandangan matanya.

“Tok… tok… ja… ja… jangan pu… pu.. pukul a… abang Fattah. Ki… Kita yang sa… salah.” Dalam sedu-sedan Fatinah cuba membela Fattah. Ya, sebatan tadi tak mengena Fattah sebaliknya Fatinah yang kena. Ketika Tok Mad mahu sebat Fattah, Fatinah cepat-cepat berdiri di belakang Fattah. Natijahnya, kaki Fatinah yang menjadi mangsa.



`````````````````````````

Nak tahu apa yang terjadi pada Kisah Cinta Pertama Fattah dan Temah Tembun? Dapatkan cerita penuhnya dalam Antologi Cinta Pertama Adiwarna



TK : Cerpen sempena bulan puasa kali ni. Tajuk anugerah kasih sebab Fatinah tu kira macam satu anugerah buat Fattah la... hehe, actually tak tau nak letak tajuk apa.  Cerpen ni tak ada part sebab syarat nak join GENG URBAN hanya 10-15 pages max. J enjoy… hurmm, puasa tak nak tuang2 ya macam Fattah nanti kena sebat... hehe. Especially, kaum adam... awak tu lelaki kalau tak puasa aduhai... sangat tak macho. ;)

37 comments:

  1. Alaaa.. Xde smpai kawen ke.. Hehe.. Nakk jugak tgk mak fattah tumbang 10 ekoq lembu ;p

    SE pleaseee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak part diorang kahwin ke?? hehehe... fattah cakap diorang buat majlis kenduri kecik2 ja... simple tu yg x da part kahwin... hehe >.<

      Delete
    2. Uihhh... Kecik apa... Mak dia nk tmbgkn 10 ekoq lembu.. Hehee.. Wat la SE plissss

      Delete
    3. mizz acu... u pakai ayat plisss ni yang i lemah letut ni... hehe... insyaallah. Saya try buat kalau ada idea yang menyinggah. Tapi tak janji ya. :)

      Delete
  2. hahaha..temah tembun ? apa pun lawak dn ada pengajaran :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. nas... temah tembun is awesome... hahaha.. thanks ya. :D

      Delete
    2. kelass kau temah ! hahaha.. kan sokong kalau ada SE.. cerita kt sini sentiasa buat saya sengih sampai buku lali *hiperbola :DD

      Delete
    3. amboi, sampai buku lali senyum... cam na rupa mulut nas time tu?? hahaha... ya2 sangat hiperbola... tapi saya sangat suka! hehe thanks nas. Komen nas pun buat zana senyum sampai buku lali gak. ;)

      Delete
  3. hehehe.. memang best.. camna la rupa Temah Tembun tu ya..
    nama yg menarik! <3 :)

    ReplyDelete
  4. sangat menarik!! terima kasih sebab post cerita yg best ni. (0_o)V

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat terharu... *pegang tisu premier lap air mata. hehe... terima kasih sebab sudi komen dekat sini. :)

      Delete
  5. comel. hihiihi..nanti akak komen di Geng urban ya. ;)

    ReplyDelete
  6. Haha.. Lawak je Fattah ni.. Thumb up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. *laga pipi kiri kanan. lap u la cik arifah... ;)

      Delete
  7. piqah:SO sweet.......like it so much dear...hehehe..ang memang terbaek ah zana.;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. piqah!!

      like you so much dear... haha. thanks cik piqah. >.<

      Delete
    2. heeee.............>.<
      welcome cik zana..hahahaha...

      Delete
    3. lupa nak cakap satu benda... ang pun mg readers yg terbaik ahh... ;) hehe

      Delete
    4. awwww....hehehe.....makasih2....>.<

      Delete
  8. ingatkan ade part sampai kahwin...
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... ramainya request part kahwin.. kena pertimbangkan nie.. :)

      Delete
  9. sy pn nk part time khwin ckit mcm anon ckp..first2 dok ejek2 org 2 last2 jdoh rpenya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciknie pun nak jugak ya?? aduss, memang kena pergi bertapa dekat gua jugak la jawabnya ni... kena cari idea baru.. ;)

      psst, moral of value. Jangan ejek orang tidak jodoh kuat dengan dia... haha

      Delete
  10. Saya pun nk minta samb smpi kawen,biar fattah tengok timah tembun yg manis,cantik,ayu,kalu bleh biar fatinah sound dgn sopan kat fattah lain kali jgn suka ejek2 org huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. syarp... idea yang bernas! boleh dipertimbangkan... hehe. Thanks. Insyaallah... tengok keadaan ya. Kalau boleh sambung saya sambung. :)

      Delete
  11. dah lama baca cerpen ni, tapi malam ni baru sempat komen, sebab dapat line wifi.. ihiks...

    temah tembun forever!! =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pa2... lambat cepat mana2 pun boleh.. :) better than never.... haha

      yeahhh... temah tembun awesome... haha :P

      Delete
  12. comelnyee~ nyesal xbaca awal2 T_T
    #hai, salam. lama xsinggah. :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... itulah kan rugi.. ahaks...
      ala, takpe naja... better than never kan?

      w'slm... :D

      Delete
  13. Sambung la cerpen ni cik writer pleaseeeeeee,jeballllllll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anna...cerpen ni dah diterbitkan dalam Antologi Cinta Pertama terbitan Jemari Seni. Awak boleh dapatkan di kedai2 buku yang berhampiran ya. :)

      Delete