19 July 2012

Time to meloya

Ehem2... hari ni rasa nak meroyan sikitlah. Dan amaran awal... entry ni penuh dengan unsur SS*syok sendiri tahap mabuk laut... ^^v


Kelmarin saja2 check kat p2u, cerpen queen control dah update tak lagi kat situ? guess what... walaupun cerpen tu saya send dari tahun lepas lagi. Still tak ada. Ok fine tak ada... tak apalah. Pasrah. Post kat blog saja... Hurmm, p2u now dia punya sistem macam slow sikitlah sekarang. Entahlah... tuhan lebih mengetahui... *tiba2 ja.

Ok dipendekkan cerita. Lepas dah frust tengok cerpen baru tak ada terus ubah nawaitu asal tengok cerpen2 lama yang dah pernah send kat sana. Bukak sketsa cinta dengan miss polka dot ok lagi. Tengok komen readers pun semua feedback ok. Sekali bukak GGS... naaaa...


Mata terus bersinar2 macam minum pati inershine! Waaa... thanks yang tukang komen & tukang baca. Buat cheq terharu ja... *ambik tisu premier lap air mata. Dengan penuh semangat kereta waja, saya baca balik semua komen2 dari first ok. Dari first! gigih kan? sengih ja baca komen readers. Alhamdulliah boleh dikatakan semua suka walaupun cerita ni macam sengal-sengal, logik ikut akal kucing, tulis pakai hati yang tengah menyenget... still ada yang baca dan komen. Walaa... kalau boleh cium sorang2 memang dah lama buat! haha. 

Habis teruk pun komen cakap cita ni klise, gaduh lepas tu sayang. Well hello... baca tajuklah. GADUH-GADUH SAYANG. haha. Then, dalam banyak2 komen... komen ni paling buat saya sentap. Tapi taklah sentap sangat. Sikit ja...


Ada ke patut cakap macam tu? Nak ja telefon orang tu cakap "Eh, cerita GGS ni wujud dan ditulis sebelum vanilla coklat tu ada kat tv lagi tau. Lepas spm saya tulis... kalau ya pun ada, vanilla coklat tu yang 'macam' cerita saya..."

Tapi macam bajet retisss la pulak rasa statement tu. Last2 saya senyum sorang2 ja la... Tak apa la vanilla coklat ke, strawberry berry ke, durian cempedak ke... it's ok. Yang penting tuan punya diri tau cerita dia ori. Tak ada pun unsur2 kopi copy mengopi dekat sini. Teh cameron tak ada. Chill...



Masa tu jahil lagi. Tak tau limit pages cerpen banyak mana, tulis main hentam ikut sedap rasa sendiri ja la kan? Kemudian dengan penuh inisiatif usaha gigih tukar kepada TNR 12, double space... tau berapa pages semua?? tau tak?? 60 pages!! na hayyy... terkejut mak jemah haku. Kalau nak panggil mini novel pun dah boleh dah tu, tapi ramai yang berjaya habiskan... me know that. :)

GGS ni kira cerpen saya yang paling panjangggggggg. Cerpen lain, rata2 20-30 muka surat ja. GGS la yang paling malampau saya meroyan. Sebab tu semua cerpen saya, saya pecahkan kepada beberapa bahagian. Antara semua cerpen saya, saya sendiri paling suka cerpen ni dengan cerpen KAWAN PUN BOLEH JADI SUAMILAH. Kenapa? tepuk laptop, hempas atas lantai tepuk dada tanya selera... lol.



Paling buat saya senyum senyum sampai ke telinga... bila baca dua komen ni... :D Apa taknya... selalu saya yang baca cerita2 RM dengan Sara...




Lepas dengan gigih baca komen dari mula. Kesimpulan yang boleh dibuat... ramai readers cakap.



1- Lawak + Gelak kronik



2- Laki Bini brutal tapi suka... haha


3- Sweet

4- Best


5- Panjang


6- Tak complicated


7- Suka


8- Suka pantun dua kerat dalam cita ni. :)



9- Suruh panjangkan jadi novel 



```````````````````````````````````

Bukanlah tak nak jadikan novel... tengok KJ dah la. Selalu pending. hehe. InsyaALLAH, kalau ada rezeki jadi novel cita GGS ni. Jadi jugak kan? Sekali lagi nak cakap terima kasih gila2 tahap petala ke lapan dekat readers yang baca cerita saya. Sumpah, sayang gila kat korang. ^_^

Ok last... bagi yang tak pernah baca lagi cerita ni...


Yalah, tu dia tulis bang kan? ni saya bagi pantun dua kerat untuk akak2 pulak.

"Sikat rambut pakai cekak, rugi tak baca kak..."



hehehe... terus support saya k. Till then.


p/s : Sampai sekarang mesti gelak sorang bila tgk ikon monster komen p2u. Nak request tukar ikon kucing boleh?? 

4 comments:

  1. serius ckp cerpen ggs tu mmg giler best,rasenye dh 4x baca kot.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4x baca? wow! thanks sagt2 anon... :D

      Delete
  2. GGs mmg best,tp x ingat yg mana 1 sbb banyak sgt baca cerpen & novel sampai cite dah bercampur-campur hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho... banyak ya? x pa2... janji awak ingat cita tu best pun dah ok. ;)

      Delete