7 July 2012

Cerpen : Gam Cinta (iii)



Thia termenung di birai katilnya, mindanya menerawang memikirkan siapakah gerangan Mr. SS. Lelaki itu datang dan pergi sesuka hatinya saja. Kalau datang berjemput, pergi berhantar tak apa… Thia boleh consider lagi. Tapi ini kes datang tak diundang, pergi tak berhantar! Macam hantu. Cuma yang Thia tak tau… hantu ni versi hensem ke tak. Tu je

Sudahlah tu, kalau datang tak mengganggu dan mengusik tak apa lagi… Thia boleh kompromi. Masalahnya sekarang dia dah usik hati Thia… jiwa Thia. Dia buat Thia tak tidur malam! Bagi benda-benda sweet macam tu ingat Thia kuat ke nak tepis godaan? Alahai, Thia pun insan biasa jugak, dia pun ada naluri wanita yang sensitif… mudah terusik, mudah tersentuh dan mudah terjatuh. Jatuh katil habis kurang sakit belakang… jatuh hati? Macam mana nak jawab? Cer citer… cer citer…

Thia yang tadi duduk termenung di birai katil kini beralih ke meja studinya pula. Ayien yang dah lama melayari mimpinya sikit pun tak terganggu dek cahaya lampu yang dipasang Thia. Thia membuka laci mejanya perlahan-lahan. Barang-barang dan surat-surat yang diberikan Mr. SS kepadanya menyapa pandangan matanya.

“Siapa Mr. SS?” Thia mengeluh perlahan. “Selagi aku tak tahu siapa Mr. SS ni, selagi tu la hati aku tak akan aman. Aku kena cari siapa dia. Aku wajib cari!”

Thia betul-betul sudah tekad. Esok bakal jadi hari penentunya… dia akan cari Mr. SS yang sangat misteri tu dan bersemuka dengannya untuk menagih satu penjelasan! Tentang semua yang dia lakukan dan kenapa dia lakukan semua ini pada Thia. Betul ke dia serius dengan Thia atau sekadar nak main-mainkan hati dan perasaan Thia. Kalau betul sikit pun dia tak serius nak pikat Thia? Tak ke Thia jugak yang makan hati berulamkan jantung, berpucukkan air mata! Sangat tak sedap dan menyakitkan… sedih tahu kalau hati kita terluka, apatah lagi dilukai. Orang yang melukakan hati kita tu mungkin tak terkesan sangat. Betullah masalah hati dari dulu sampai sekarang buat orang susah hati memikirkannya dan sekarang benda tu terjadi kepada Thia. Si gadis polos yang sudah jatuh hati pada Mr. SS.

“Mr. SS…”


-----------------------


Keesokan harinya… Thia betul-betul mengotakan apa yang dia katakan semalam. Thia berpakat dengan Ayien dan Ayien bertindak sebagai umpan untuk ‘tarik’ Mr. SS yang misteri tu keluar. Kalau ikutkan cara dan waktu yang Mr. SS selalu gunakan untuk tinggalkan hadiah Thia, hari ni memang hari yang paling sesuai! Sebab selalunya masa ini Ayien akan lepak dekat library untuk group discussion. Jadi mesti mamat tu muncul kat sini hari ni. Thia bukannya main aci redah je nak serbu, dia ada plan dan dia sangat yakin… firasat dia kuat mengatakan Mr. SS akan muncul hari ni.

          Thia menyorok di balik rak-rak buku yang sedikit jauh dari meja tempat Ayien duduk. Matanya peka memerhatikan meja Ayien… spek mata hitamnya dibetulkan letak duduknya di atas hidungnya. Kata under cover? Haruslah, Thia menyamar sikit-sikit kan… baru boleh feeling-feeling macam James Bond sikit.

Ayien sudah habis discussion group. Sekarang dia tengah lepak seorang diri di meja tempat dia buat discussion tadi dengan member-membernya. Ayien berlagak seperti biasa… selang beberapa minit kemudian dia berpura-pura ke tandas. Thia siap buat deal lagi dengan Ayien sebelum ni… “Kau masuk tandas lama-lama sikit tau. Sepuluh ke dua puluh minit. Sejam pun tak apa.”

“Cangaklah aku nak berteleku lama-lama dalam tandas tempat jin bertendang tu. Agak-agak la kau ni Thia. Sepuluh minit. Tu je paling lama aku boleh tahan. Last offer.

“Ok-ok sepuluh minit lima saat.”

“Thia! Lapan minit.”

“Sembilan minit setengah.”

“Dua minit!” Ayien bengang.

“Mana aci! Ok lah aku take first offer tadi. Sepuluh minit.”

Ayien berjalan menuju ke tandas. Peralatan tulisnya dan buku-bukunya ditinggalkan di atas meja tadi tanda dia cuma meninggalkan kawasan tu untuk seketika sahaja. Mata Thia masih setia memandang ke arah tempat yang sama sejak tadi. Khusyuk betul dia memerhatikan setiap lelaki yang dia rasa mencurigakan dan berpotensi untuk menjadi Mr. SS. Pantang ada lelaki yang lalu berdekatan dengan tempat Ayien duduk, mesti leher Thia memanjang ala-ala leher zirafah nak usya muka lelaki tu.

Spek mata hitamnya dilurutkan sedikit ke bawah apabila ada seorang lelaki kacak yang bergaya sedang berjalan menghampiri meja Ayien… di tangan lelaki tu terdapat satu bungkusan! Thia excited… “Tu ke Mr. SS? OMG! Oh mag gi! Hensem gila… kalau betul dia Mr. SS sekarang jugak aku pergi meminang dia.”

Tapi kemudian, lelaki hensem tu melencong ke kiri. Sekaligus bergerak menjauhi meja Ayien. Thia kecewa, “Ala, bukan Mr. SS. Sedihnya…”

Thia tak berputus asa. Mr. SS perlu dicari jugak hari ini, wajibalngunnah! Bukan izhar halqi bukan mad lazim bukan mad asli. Wajib! Thia kembali fokus…

“Tengah buat apa tu?” Satu suara bertanya di belakang Thia.

“Tengah intip orang.” Selamba Thia menjawab. Langsung tak dipandang wajah suara yang menegurnya tu. Thia dah tak peduli semua tu yang penting sekarang Mr. SS!

“Owh, intip siapa?” Suara tu bertanya lagi.

“Tengah intip Mr. Ssss…” Thia terdiam. Siapa yang tanya dia ni? Baru Thia tersedar! Perlahan-lahan badannya dipusing ke belakang. Terkejut beruk Thia rasa! Matanya membuntang…

Again… Oh Mag Gi!

Lelaki tu ketawa kecil memandang wajah terkejut Thia. Muka Thia pucat… gamaknya kalau ditoreh pun dah tak berdarah.

“Kenapa yang terkejut sangat ni? Saya bukan hantu… ke sebab muka saya ni tak cukup hensem untuk jadi Mr. SS awak macam mamat yang awak usya tadi?”

Mulut Thia terkunci rapat.

“Mr. SS awak tu dah muncul ke?”

Thia kelu seribu bahasa. Apa mamat ni buat dekat sini? Mamat yang berlagak macam dia tu lecturer dalam kelas prof Adi hari tu. Ah, suwei betul! Thia mengeji…

“Dah berapa lama awak ada dekat belakang saya?” Soalan lelaki tu dibalas dengan soalan yang dingin dari Thia bukannya jawapan.

“Hurmm, lama tu tak lama la jugak. Tapi dari mula awak berdiri kat sini saya dah ada la masa tu.” Lelaki tu menjawab sambil membelek buku-buku di rak di hadapannya. Wajah Thia tak dipandang ketika dia menjawab soalan Thia.

Dari mula aku berdiri dekat sini?? Tu setengah jam yang lepas… lama dah la tu maknanya. Cis! Hati Thia menjerit. Tiba-tiba mata Thia tertancap pada kad matrik lelaki tu. Muhammad Saifullah. Sekali lagi mata Thia membulat. Saifullah = SS? Ish, tu double ‘S’ dia ni satu ‘S’ je… mustahillah! Tak kut. Thia cuba menafikannya.

“Boleh pergi main jauh-jauh sikit tak? Saya ada kerja ni.” Thia menghalau Saif macam halau kucing kurap saja. Saif mengangkat kedua-dua bahunya dan terus berlalu pergi seperti yang dipinta Thia. Thia yang memandang Saif berlalu pergi menarik nafas lega. Dia pergi, maknanya dia bukan Mr. SS tu. Nasib baik… hati Thia lega.

Thia kembali memandang ke arah meja Ayien. Hampa… Mr. SS tak muncul macam yang diharapkannya. “Hari ni, Mr. SS tak nak kirim apa-apa ke dekat aku?” Sedihnya Thia rasa, dia berdukacita…

“Eh, ada la… Mr. SS ada nak bagi something dekat awak.”

Spontan Thia terus berpaling ke belakang. Lelaki yang bernama Saifullah tu muncul semula. Dia menghulurkan sebuah buku kepada Thia. Thia menyambutnya dengan ragu-ragu… tba-tiba jantung Thia berdegup kencang. Macam nak pecah!

“Buka muka surat tengah…”

Thia patuh pada arahan Saif. Muka surat tengah dibuka dan satu nota kecil berwarna koko menyapa pandangan matanya.


Thia terpempan… matanya tak bekelip memandang Saif. Mulutnya terbuka tapi tak mampu nak berkata apa-apa.

Terjawab sudah segala persoalan yang bermain-main di minda Thia. Saifullah a.k.a mamat berlagak jadi lecturer a.k.a mamat yang dia nak panggang buat BBQ a.k.a mamat yang dia angau adalah Mr.SS! Lelaki di hadapannya kini. Betullah tak menjadi plan Thia… dia nak ‘tangkap’ Mr. SS tu last-last dia yang kena ‘tangkap’ dulu!

Saif tersenyum. “I’ll take only ‘Yes’ and ‘Ya’ as the answers… hurmm, ‘I do’ also acceptable. Other than that… rejected!

Belakang telapak tangan dibawa ke dahi, “Nak pengsan boleh tak kat sini?” Thia menyoal polos kepada Saif.

Ketawa Saif pecah. “Boleh je nak pengsan tapi kena jawab dulu la. Jawapannya??”

Thia termangu… jawapan apa yang perlu diberikan?


-----------------------

Thia dan Saif yang saya bayangkan... :)

Kalau dah tertulis jodoh si polan dengan si polan… sorang lari ke hujung dunia pun, sorang lagi lari ke bulan pun akhirnya bersatu jugak. Kan? Kalau dah memang tertulis jodoh Muhammad Saifullah adalah dengan Nur Fathia… kahwin jugak diorang. Lepas habis saja pengajiannya… Saif terus menghantar rombongan meminang ke rumah Thia. Mereka bertunang sehingga Thia tamat pengajian dan sebaik sahaja Thia tamat pengajiannya, mereka berkahwin. Masa tu kewangan Saif dah kukuh… dah elok sangat kalau mereka berumahtangga.

“Sejak bila abang jatuh cinta dengan Thia??”

Saif senyum.

“Sejak kali pertama abang tengok ada sorang awek cun ni, jalan masuk ke dalam dewan kuliah tanpa berkasut. Berkaki ayam…” Saif ketawa kecil begitu jugak dengan Thia. Thia mengeratkan pegangan tangannya di lengan Saif.

Bahagia? Sangat…

Happy? Gila tak…

In love?? Dah masuk tahap petala ke lapan…

“Abang…”

“Hurmm…”

Me jatuh in love dengan you…

Ketawa Saif pecah.

“Apa confess guna bahasa macam tak pernah sekolah ni? Berterabur bahasa melayu dengan inggeris tu.”

Thia sengih. Mentang-mentang gigi lawa. “Ala, I love you… so lame. Aku cinta padamu? Aiseh… klasik basi. Ayat Thia mana ada orang guna lagi.”

“Pun boleh… abang terima aje confess sayang tu. Walaupun bunyi dia macam budak tak sekolah.”

Thia muncung itik. Tapi tak lama kejap aje bila Saif cuit manja hidung dia, terus senyum balik. Ingat boleh ke merajuk lama-lama dengan Saif? Mana boleh! Nanti malam tidur nak peluk sape?

“Sayang…”

“Hurmm…”

Me sangat love you too, like gila.”

Giliran Thia pulak ketawa sakan.

“Pun boleh…”

“Abang…” Thia menyeru lembut suaminya.

“Hurmmm…”

SS stands for what?

Saif Sweet!

“Perasan… ‘Syok Sendiri’ pun boleh!”

Ketawa mereka bersatu.

Tak pernah terlintas di benakku saat pertama kita bertemu sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah. Harum dan merekah.

Tulus hatimu buka mataku, tegar jiwamu hapus raguku… membuncah di hati harapan dan suci menyatukan janji.

Bunga-bunga cinta indah bersemi di antara harap pinta padaNya… Tuhan tautkanlah cinta di hati. Berpadu indah dalam mihrab cinta…


-----------------------


Beberapa tahun kemudian.

“Lara… Lara… where are you dear?” Thia menyeru lembut nama anaknya. Cari di dalam balik tak ada… dekat ruang tamu atas pun tak ada. Mana budak ni pergi? Hati Thia mula dipagut resah. Mindanya mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Sekarang kan tengah hangat dengan isu culik kanak-kanak. Budak yang elok-elok tengah tidur dalam rumah pun boleh kena culik ni kan pulak yang elok tengah berjaga. Thia terus meluru ke tingkat bawah rumahnya…



Membulat mata Thia melihat anak perempuan ke hulu ke hilir memakai kasut tumit tingginya sambil mengusung baby dollnya di tangan. Saat mata anak kecil tu tertancap kepada wajah risau mummynya. Terus dia tersenyum lebar!

Mummy!” Lara memanggil riang mummynya.Mummy see… I look pretty just like you, right?” fasih si kecil Lara berbahasa inggeris sambil mengayakan kasut tumit tinggi Thia.

“Lara! Berapa kali mummy cakap jangan main dengan kasut tinggi mummy…” Thia bercekak pinggang memarahi anak perempuannya. Sudah berulang kali dia cakap jangan main dengan kasut-kasutnya tu. Bukan apa, dia takut anaknya terjatuh bila memakai kasut tumit tinggi tu tapi gadis kecil berumur empat tahun tu hanya ketawa manja melihat mummynya marah. Bukannya dia takut, dia ketawa lagi ada… sedikit sebanyak Thia lega melihat Lara tengah tersenyum di hadapannya.

Mummy you look so cute when you are angry… Lara suka.” sekali lagi Lara tertawa manja. Mata Thia mengecil mendengar kata-kata anaknya tu. Dia mahu memarahi anaknya tu lagi tapi rasa nak marah tu tiba-tiba terpadam terus… sejuk hati dia melihat Lara ketawa. Nampak sangat comel! Macam mummynya la…

“Pandai ek, Lara bodek mummy…” bibir Thia tersenyum. Thia menapak ke arah Lara yang sedang duduk di hadapan rak kasut di dalam rumah mereka. Dia turut bersila di sisi anaknya yang sedang ralit menilik satu persatu kasut tumit tinggi miliknya. Pipi gebu anaknya dicuit…

Lara sedikit pun tak mengendahkan perbuatan ibunya. Dirinya leka bermain dengan kasut-kasut ibunya. Mata Thia tak lepas memandang wajah satu-satunya anak perempuannya dengan Saif. Buah cinta mereka, kepala Lara diusap perlahan.

Mummy should I wear the blue one or the yellow one?

Thia ketawa. “My dear Lara…” Thia menarik lembut tangan anaknya dan didudukkan Lara di atas ribanya. Dipeluknya tubuh kecil anaknya itu dari belakang. “Higheels ni tak sesuai untuk sayang la… kaki sayang kecil comel mana muat pakai kasut mummy yang besar ni.”

But… I wanna wear it.” Lara berpaling ke belakang mencari wajah mummynya. Thia menggeleng kepalanya perlahan, tak padan dengan umur baru empat tahun dah pandai melaram sakan anak aku ni… betullah ikut perangai mummynya. Fotostat. Hati Thia berdesis perlahan.

Later ok… nanti bila Lara dah besar sikit mummy janji. Mummy belikan Lara your own higheels. Ok?

Promise me?

Promise sayang…” Ubun anak dicium perlahan.

Pinky promise!” Thia ketawa melihat Lara menunjukkan jari kelingkingnya yang comel itu kepada Thia. Bila Lara dah start pinky promise tu maknanya memang dia tak akan lupa janji ni. Dia akan tuntut!

Thia mengangguk kepalanya berkali-kali. Jari kelingkingnya dan Lara bersatu.

Daddy pun nak jugak pinky promise…

Spontan kepala Thia dan Lara kalih ke belakang. Saif tersenyum melihat dua orang wanita yang dia sayangi…

“Jari kanan Lara mummy dah pegang, daddy pinky promise jari kiri Lara… ok? Come…” si kecil Lara yang masih diriba mummynya menunjukkan jari kelingking kirinya kepada Saif. Saif ketawa kecil… tapi huluran anaknya tu disambut juga.

“Bila abang balik? Tak dengar bunyi kereta pun…”

“Mana nak dengar kalau dah ralit menyembang anak-beranak.”

“Anak dara abang yang sorang ni dah tak sabar nak pakai higheels… habis kasut Thia dicubanya. Tengok bersepah sana-sini.” Thia mengadu manja pada Saif. Saif tersenyum saja.

“Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi? Ikut perangai Thia la tu… suka pakai higheels sampai pergi kuliah pun sanggup tak pakai kasut semata-mata sebab higheels dia tercabut tapak.” Saif mengekek ketawakan isterinya.

Thia pun turut sama ketawa, Lara yang tak faham kenapa mummy dengan daddy dia ketawa cuma memandang sepi sahaja… kasut-kasut mummynya lebih menarik perhatiannya.

“Eleh, minah cun berkaki ayam tu jugak yang abang susah payah tackle kan? by the way… thanks again tolong gam kasut Thia tu.”

Welcome dear… for you anything, just say it.

“Abang, gam apa yang abang guna untuk gamkan balik tapak kasut Thia tu? Kuat betul gam yang abang guna tu… sampai sekarang dah tak lekang dah kasut tu.”

Saif tertawa kecil.

“Abang guna gam cinta. Just like our heart… tuhan dah gam kukuh hati kita dengan gam cinta.”

Thia senyum lebar… berbunga-bunga rasa hati tu. Kalau tadi Thia memeluk Lara dari belakang kini Saif memeluk mereka berdua pula dari belakang pula… tangan panjang je nak peluk dua-dua kan si Saif ni. Lama mereka berkeadaan sebegitu.

“Sayang… I got something for you.” Saif membisikkan di telinga isterinya.

Really?

“Nah…” sekeping nota kecil dihulurkan pada Thia. Thia mencapai dan membaca nota kecil tu. Walaupun dah bertahun kahwin tapi Saif still the old Saif yang sangat sweet dan suka bagi Thia nota-nota kecil yang pun sama juga sweetnya. Dan Thia menjadi pengumpul setia  nota-nota sweet yang Saif berikan padanya, semua nota-nota kecil tu di simpan kemas dalam satu kotak kecil yang juga sweet bentuknya. Dan kotak yang sweet tu pun Saif yang sweet tu juga yang berikan! Ha, boleh bayangkan betapa sweetnya Saif kat sini?

Thia tersenyum lagi. Nota kecil yang baru Saif hulurkan pada Thia tadi bertulis…


Can we lived happily ever after, daddy?” Tiba-tiba bibir si comel Lara bertanya memecahkan lamunan ibubapanya yang saling berkongsi rasa bahagia.

Sure… we can sayang. But with the almighty bless.

Tuhan dah gam kukuhkan hati dia buat Thia… dan hati Thia buat dirinya. Untuk itu Muhammad Saifullah sangat bersyukur Nur Fathia menjadi miliknya.


TAMAT!



Rasanya ni la satu-satunya cerpen saya yang paling banyak gunakan gambar... hehe... semua gambar tu ihsan google saja. Enjoy ya... best tak best boleh respon. Saya terima dengan hati yang terbuka. :)

48 comments:

  1. wah terbaik aah, giler tak. hahahhahaha. so sweet aah citer nih. thumbs up aah untuk cikpenulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..thanks sgt2... lega kalau awak suka baca cerita ni.. :)

      Delete
  2. Wow, so sweet! Nak jugak la carik laki camtu. Hakhak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. atiqah, ya2... sila cari jugak sampai jumpa... dah jumpa jgn lupa jemput saya makan nasi minyak... hohoho... btw thanks :)

      Delete
  3. Auuww so sweett!!
    I'm addicted to u too saif sweet! ;)

    Chumell betoii cita ni.. Klaka tyme thia kantoii ngn mr ss.. Nsb mr ss gentleman..trus tunjukkkan diri ;)
    Thanks yaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... habislah...mizz acu pun dah suka dekat saif ;)

      comel kan? hehe.. well, mana boleh biar hero nampak cam penakut mestilah hero kena gentlement... lol...

      btw welcome and thanks jgk kat mizz acu. :)

      Delete
  4. tahniah penulis.. cerita yang santai dan sweet
    macam SS he he..

    membacanya buat saya SS juga sweet smiles

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sgt2 anon. :)

      saya pun SS jugak... Sengih Semedang... hoho

      Delete
  5. ahhh gile best kot..hehe..
    sweet gile saif tu..huhu na hubby cam tu gek..
    good job writer.. all the way from 1st entry to the ending i keep smiling n smiling reading it..
    arghh lucky thia..keep on writing cute story ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gile?? aish, jgn gila bahaya2... hahaha. tu la smua nak hubby mcm saif. Penat la laki kat m'sia ni nanti keja nak mnulis sweet note kt bini diorang... keh2.

      psst.. agak2 saif tu ada sweet mcm gula melaka?? ;)

      sure will. writing is my passion. :)

      Delete
  6. Mmg btl2 sweet diorg tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sweet diorang tahap boleh kena diabetes... haha :P

      Delete
  7. Replies
    1. nzlyna... saya pun likeeeee... hehe... thanks! :D

      Delete
  8. best. suka la Saif dengan Fathia. *wink

    ReplyDelete
    Replies
    1. najwa... suka jugak dekat najwa... ahaks... ;)

      Delete
  9. piqahh:awww..like like like..hahaha...ending dia best lol...>_<
    u're awesome zana.......;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. piqah... hehe... me awesome?? eh, you super duper awesome... haha... ayat mengampu aku sgt hebat kan? lol ;)

      Delete
  10. bestt sangat2 ni! double thumbs up! XD

    yasminisma

    ReplyDelete
    Replies
    1. yasmin... hehe... thanks sudi baca cerita saya. :D

      Delete
  11. sgt sweeetttt okey..jeles la kt thia dpt nota2 yg sweeeeeettttt g2..

    ReplyDelete
  12. manisnya dorang nie jeles dpat suami gnie..nk jga nota2 cm2..

    ReplyDelete
  13. sweet sangat blh dkembangkan sbg novel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel?? insyaallah.. tapi rasanya buat masa sekarang biar ja la cerita saif dgn thia jadi short and sweet story cam ni ya.. :)

      thanks eyzan... rs bslh dgn awk sb jrg update KJ. huhu. tp akan update KJ jgk nnt. :) pinky promise! ala2, lara jgk... hehe

      Delete
  14. ok.. sangat suka cerpen ni.. sweet kemain,.. hahaha.. pluss.. lara mesti sangat comel.. sebab budak2 comel ni selalu suka speking london.. kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yad... hehe... sgt suka?? oh my... terharu. :') dalam bayangan saya lara super duper comel gilerrr! haha... sebab gene saif dgn thia sgt bkualiti.. haha mcm tu pun blh kan?? :P

      Delete
    2. ahakss... kalau berdasarkan gambar kat atas tu. memang super comell lahh lara.. hahahaha... XD

      Delete
  15. a'ah.. kali ni mmg full dgn gambar.. tp karya zana mmg superb la.. hahaha

    ReplyDelete
  16. yana... kan? banyak gila gambar... hehe... thanks yana! tapi cerita zana tak lah superb macam writers kat luar sana yg banyak lagi superb2.. hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. rendah diri lak.. tak kira! bg yana superb gak.. hahaa
      yana enjoy baca.. ty yaa.. keep it up :D

      Delete
    2. hehe... ala2, kan dah blushing zana ni... haha *sumpah gedik. :P

      bukan merendah diri la sayang. Kenyataan. Nak jadi hebat bukan senang... huhu. Apapun thanks for yana support. :D muahhh.... hehe

      Delete
  17. L.O.L.... poyo si thia ni kan?...

    Hi Zana,...

    Org dah habis slongkar akak saya baru nak bermula... hehehe..
    Mr.SS yg sweet... sapa yg takda lagi, semoga bertemu...
    tapi saya tak nak cari lagi... saya dah ada.. hahaha..

    Salam Ramadan Mubarak... Zana.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. poyo?? thia memang.. haha

      Hi akak rabaah gojes!! ;)

      hehe, x pa2... yg penting akak sgup jugak nak baca. better late than never. kan? :) owh, akak dh ada... msti sweet gak kan? sweet cara dia. :D

      Salam ramadan mubarak too sis. XD

      Delete
  18. wa.... best n sweet giler... ^_^_^
    cerpen2 yg laen pon best jugakkk...
    nnti cept2 la buat cerpen lain lak.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks lylea sebab baca cerpen akak... ^^
      ok try my best untuk buat cerpen lain pula... hehe

      Delete
  19. dua kali komen untuk hari nie....

    cerpen nie sangat sweet..tengah bayangkan diri sendiri sebagai thia..haha

    good jon Anis !!! ^^

    ReplyDelete
  20. Double wow!so sweet..love dis storyyyy

    ReplyDelete
  21. kalau boleh saya nak surat macamtu bagi tiap2 harilah....sweeeet sangat ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... me too... huhu. Rasa diri dihargai ala2 iklan olay gitu ha... hehe thanks ya awk :)

      Delete
  22. Khdiran gmbar dari ihsan google itu membuatkan cerpen ini lgi mnrik tertarik dan kebabom,,haha[mcm skema je ayt aku:)]

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha... kan. ihsan tu yang memberi kesan. ahaks. ;) tq ya.

      Delete
  23. Gila x best??
    walawehh best laa!!
    Keep it up.
    I like saif sweet n thia dalam this cerpen..
    Dia punya karakter sangat sesuai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan macam irama dan lagu. Tak ada salah satu pincang bunyinya... hahaha. Thank anna :D

      Delete