“Thia!”
Thia
yang sedang berjalan menuju ke arah perpustakaan terhenti langkahnya apabila
mendengar suara nyaring Huda memanggilnya, yang jauh sebatu pun semua orang boleh
dengar. Thia berdiri pacak macam tiang bendera tunggu Huda mendekatinya.
Sesekali tali beg yang melurut dari bahu diperbetulkan. Buku yang dipeluk di
dada dipegang erat.
“Apa?
Ayien cari aku ke?” Thia terus menyoal Huda sebaik saja rakannya tu muncul
depan matanya.
“Tak
ada makna si Yien tu cari kau. Kawan tengah sedap berdating dengan Pian dekat tepi tasik kolej nuu…”
“Dah
tu?”
“Dah
two three. Sekolah dulu tak belajar math ke kau ni?” Huda mengusik.
“Eh,
budak ni. Memain pulak dia. Kang orang makan nasi guna sudu kau makan nasi pakai
tiub je kut. Apa dia kau nak cakap?
Cepatlah. Aku dah janji nak jumpa Puan Fuzah dekat library ni…” Sekilas jam di tangan dipandangnya.
“Garang.
Melawak sikit pun tak boleh. Ni… kau punya surat cinta dah sampai.” Huda menghulurkan
sampul surat putih kepada Thia.
“Siapa
bagi?”
“Ayam
aku.”
“Huda!”
“Macam
biasalah. Secret admire kau tu.
Kadang-kadang aku rasa dia ni macam hantu pun ye jugak kau tahu. Aku
kalih belakang kejap je, elok aku
pandang depan balik tengok-tengok dah ada hadiah kau dekat depan mata aku. Kali
ni, masa dalam kelas tadi aku dapat. Aku tunduk nak ambik pen yang jatuh atas
lantai je pun. Tak sampai berapa
minit pun, elok aku panggung balik kepala benda alah ni dah ada atas meja aku.
Siap tulis nama kau lagi. Aku bagi je
la kat kau.”
Thia
mengangguk perlahan. Spontan keluhan kecil dilepaskan… masuk ini dah banyak
kali dia terima hadiah dan sampai sekarang Thia masih tak tahu siapa yang bagi.
“Hurmm,
ok thanks wei. Aku gerak dulu…”
“Tata!”
Huda melambaikan tangannya kepada Thia. Memang happy go lucky betul si Huda ni…
Seminggu
selepas kejadian kasut Thia tercabut tapak tu ‘pulih dengan sendirinya’ hidup
Thia tiba-tiba berubah. Bukanlah diri Thia tu yang berubah, tapi keadaan
sekeliling dia… Thia mula dapat surat dan hadiah! Boleh dikatakan selang dua
minggu Thia akan dapat sampul berwarna-warni tak pun hadiah. Yang pelik tu,
pasti Huda atau Ayien yang hulurkan semua tu… bukan diserahkan terus kepada
Thia. Bila Thia soal dari mana mereka ambil benda-benda tu dan siapa yang bagi
jawapanya yang Thia dapat satu je.
“Entah… ada nama kau. Kitaorang bagi je
lah kat kau.”
Mula-mula
Thia dapat sampul surat berwarna pink yang
berisi nota kecil berwarna kuning cair bertulis…
-As sweet as candy, as
beauty as rose, as lovely as moon, as colourful as rainbow … and it is
definitely you, I was talking about... -SS-
Nota
tu simple saja tapi boleh buat hati
Thia tersenyum berhari-hari. Well, to be
exact bukan hati dia je yang
senyum berhari-hari… tuan punya badan pun turut sama tersengih. Mood Thia pun turut sama berubah jadi happy. Padahal dia tak tahu pun siapa
yang bagi dekat dia nota yang sangat sweet
tu. Dah orang puji kita sikit punya sweet
macam tu gila tak rasa excited…
Itu
kisah surat pertama… kemudian disusuli pula dengan origami swan warna-warni…
merah, biru, hijau, oren dan kuning. Cantik… memang cantik. Thia pun suka. Yang
Thia tak suka tu, dia tak tahu siapa yang bagi dekat dia origami swan tu. Kali
ni beserta dengan nota kecil yang bertulis.
-Have
a nice day. Senyum selalu ok… :) -SS-
Pendek kan? Tapi boleh buat Thia
senyum panjang. So, apa ada hal…
Lepastu…
Thia dapat sebalang bintang kecil. Balang tu pulak comel sangat, bentuk hati siap boleh gantung dekat beg lagi
buat macam keychain dan seperti
selalu mesti bersertakan dengan nota kecil. Kali ni bertulis...
-You were just like the star… you are my shining
star. You light up my life even though we were apart. -SS-
Huda
cakap Thia ada secret admire.
Ayien
cakap… “Aku rasa ada mamat negro nak umpan kau jadi keldai dadahlah beb.” Yang
ni memang la Thia hidup mati balik pun tak percaya!
Siapa
encik secreto de amor SS ni?! Entah apalah SS tu stands for…
-----------------------
Sementara
menanti kedatangan Puan Fuzah, Thia mengeluarkan sampul putih yang dihulurkan Huda
tadi. Lama Thia merenung sampul putih tu sambil tersenyum. Thia pun tak tahu
kenapa… tapi tiba-tiba dia rasa dah terbiasa terima benda-benda ni. Sampaikan
satu saat tu Thia rasa tak tenang hati dia kalau tak dapat ‘kiriman’ dari encik secreto de amor SS tu…
Sampul
surat tu dibuka dengan berhati-hati… spontan senyum Thia termati sebaik sahaja
melihat isi sampul surat tu…
Satu
lidi yang atas digam tiga keping kertas kecil berwarna-warni bertulis huruf I, bentuk love dan juga huruf U.
Kalau digabungkan memanglah bunyinya ‘I
love you’.
Dia
confess dekat aku? Tiba-tiba saja
hati Thia terus berdegup kencang. Tanpa membuang masa Thia terus menyimpan
balik ‘hadiah’ comel tu ke dalam sampul surat tu balik. Tapi kemudian Thia
ternampak satu nota kecil…
-Apa yang awak baca
tadi… itu perasaan saya pada awak. Maaf andai kata terlalu cepat saya luahkan
rasa hati saya kepada awak. -SS-
Thia
diam tak berkutik membaca nota kecil tu. Bemacam-macam rasa yang dia rasakan
sekarang… dan rasa itu semua yang tak boleh nak digambarkan, hanya dia yang
tahu.
----------------------
Minggu
exam! Memang Thia rasa down gila… penat melaah buku, penat
menghafal fakta, penat memahami ayat tapi rasa macam satu apa ilmu pun tak
masuk dalam kepala. Sampai satu tahap Thia rasa nak praktiskan teori ‘rebus
buku’ kemudian minum air rebusan tu. Heh… agak-agak berkesan ke cara tu? Ke
patut Thia try cara yang lagi extreme… telan je terus buku-buku perintah am tu! Untung-untung cerdik… kalau
malang habis kuat Thia mati tercekik buku je
kan?
Thia
menjatuhkan kepalanya di atas meja studi di dalam bilik tidurnya. Stress… rasa nak menangis pun ada. Mata
Thia bergenang dengan air mata. Takut betul esok tak boleh jawab exam. Kalau tak boleh jawab maknanya extend semester lagi la Thia. Thia
mengeluh perlahan.
Tiba-tiba
pintu biliknya diketuk dari luar bilik. “Masuk…” Thia menjawab senada sambil
kepalanya masih elok terlentok atas meja studi.
“Thia…
tidur ke? Hoi, esok kau exam…
bangunlah studi!” bahu Thia ditolak perlahan. Thia merengus. Sibuklah Ayien ni…
“Mana
ada aku tidur. Aku baru plan nak
tidur.”
“Sengal.”
Ayien meletakkan begnya di atas meja studinya yang bersebelahan dengan meja
Thia. Thia dengan Ayien roommates
dekat rumah sewa tu. Huda awal-awal lagi conquer
bilik utama. Tapi tarahal… Huda
sanggup bayar sewa rumah lebih sikit.
“Lambat
kau balik. Selalu pukul lapan malam muka kau dah tercangak dah dekat bilik.”
Ayien
buat tak tahu dengan soalan Thia… tangannya sibuk menggeledah beg seperti
tengah mencari sesuatu. Thia tanya soalan tu sebab si Ayien ni tadi pergi studi
dekat library kolej dengan budak course dia. Dekat rumah sewa tu Ayien
seorang je budak course lain. Bila nak studi memang la dia yang harus berkorban
menapak ke tempat lain.
“A’ah
kan… aku memang tengah cakap dengan lampu studi ni pun kan? Lampu-lampu, tadi
kau pergi studi dekat library kau
studi apa ya? Kenapa kau lambat balik?” Thia sengaja bercakap dengan lampu
studi mejanya, nak perli Ayien yang buat tak endah dengan soalan dia tadi.
Ayien ketawa kecil.
“Nah…”
“Apa
ni?”
“Tanya
lagi… buah hati kau SS secreto de amor tu la bagi. Kali ni dia
tinggalkan hadiah kau ni dekat beg aku. Nasib baik tak ada orang curi tadi.”
Spontan
mata Thia terus bercahaya macam lampu kalimantang dalam bilik mereka. Terang
berderang! Boleh silau mata tengok. Ayien pulak
lepas hulurkan benda tu kepada Thia terus dia capai tuala dan menghilangkan
diri di dalam bilik air. Benda pertama yang mata Thia tangkap adalah patung teddy bear sebesar tapak tangan yang
memakai spek bingkai hitam sambil membaca buku. Sangat comel! Senyuman Thia
makin memekar. Kali ni tangannya pula rakus mencari nota kecil di dalam beg
kertas kecil tadi. Dia yakin mesti akan ada nota kecil buat dirinya dan
ternyata tak silap telahan Thia… memang ada ‘nota
cinta’ buat dirinya. Mata Thia membaca setiap patah perkataan dengan
khusyuk…
-When studying becomes a burden, when
revision is stressful, when we feel like giving up and not study for our exams…
remember these two verses;
1) Allah doesn’t burden
us with things we can’t bear. (2:286)
2) Verily with every
difficulty, there is relief. (94:6)
InsyaALLAH we’ll feel
better. Study smart ok… saya tahu awak boleh buat. Jangan fikirkan kesusahan
sekarang, fikirkan KESENANGAN awak di masa depan nanti. Tak ada benda mudah
dalam dunia ni Thia. Goodluck in your exams tomorrow. (^_^)v
-SS-
Thia
terus tersenyum lebar… macam tahu-tahu je
aku tengah down gila sekarang. Dia ni
pakai sixth sense ke apa? Hati Thia
berkata. Spontan ingatan Thia teringatkan kata-kata dengan Huda dan Ayien
sebelum ini…
Huda cakap… “Sangat tak
gentlemen mamat ni. Kalau betul suka cakap face to face la dekat kau. Ni main
sembunyi-sembunyi aci ligan duduk pulak. Aku rasa mamat tu muka dia hodoh kut
tu yang tak berani jumpa kau depan-depan.”
Walaupun
agak biadap sikit statement Huda tu
tapi sedikit sebanyak, Thia setuju jugaklah
dengan apa yang Huda cakap. Kenapa mesti main sembunyi-sembunyi macam ni? Cakap
depan-depanlah kalau betul suka. Baru anak jantan!
Tapi…
Ayien pula cakap… “Aku rasa
mamat ni jenis suka benda thrill. Kalau cakap direct terus dia suka dekat kau
macam dah selalu sangat. Tak best dan senang… dia saja nak biar kau
berteka-teki dulu dengan kau siapa dia sebenarnya. Dia nak buat kau jatuh hati
dengan dia tanpa kau sedar. By the time kau sedar… kau dah suka dekat dia
sebenarnya. Percaya tak cakap aku?”
Thia jeda…
“Apa yang aku boleh
cakap… mamat jenis ni cara dia fikir luar dari kotak dan aku dapat rasakan dia
ni seorang yang romantik dan penyayang.” Ayien menyambung lagi bicaranya.
Thia diam lama
memikirkan kata-kata sahabatnya itu…
Tapi
percaya tak bila cakap apa yang Ayien kata tu memang betul? Yang Thia dah mula
sukakan ‘secret admire’ dia yang
sangat sweet tu… dia tak hadiahkan
Thia dengan benda-benda yang mahal dan mewah. Kebanyakan hadiah yang diberi
pada Thia semuanya handmade! Orang
cakap lelaki kalau dia sanggup lakukan benda remeh-temeh ni untuk seseorang
perempuan maknanya dia memang betul-betul sayangkan perempuan tu. Dia suka kau,
Thia… bibir comelnya mula tersenyum.
Sekali
lagi dia menatap patung teddy bear
kecil yang berada di tangannya kini. Entah macam mana tiba-tiba rasa diri tu
terus bersemangat nak studi! Berkobar-kobar rasa. Thia mula menegakkan dirinya
semula di atas kerusi… patung teddy bear
tadi di letakkan di hadapannya sebagai penguat semangat. Buku kembali di capai
dan dengan lafaz bismillah Thia mula ‘tenggelam’ dengan buku-bukunya.
Awak, encik SS terima kasih… hati Thia
mengucapkan kata-kata ini seikhlasnya.
Bersambung...
`````````````````````````````
Psst... cukup sweet tak kali ni? :) Ayat yang untuk exam tu kawan saya yang bagi dekat saya masa saya exam hari tu. Sama macam Thia, memang rasa down gila tak boleh jawab exam... tapi thanks to cik nunu sebab hantar ayat keramat kat atas tu... ^^
Sweet giloss!! Memandangkan aii nak exam hari khamis ni.. Suro mr ss tu hantar prof ted tu kat ai sama.. Utk penaik semangat! Hehehe.. ;)
ReplyDeleteDear writer; I love it ^__^
mizz acu!!
Deletehehehe....mr ss cakap teddy bear tu special utk thia je... tapo kalau mizz acu nak jugak, mr ss cakap dia charge mahal, termasuk postage skali.. keke
sweet je part kali nie.. part exam n ayat2 cinta..heheheheh
ReplyDeletesaya pun suka part ni jugak... ;) thanks cik nzlyna!
Deletesweet sgt Mr SS tu keke
ReplyDeletehehe... thanks cik wan ruzana. ;)
Deleteterbaik aah. so sweet maaah.
ReplyDeletethanks anon...! hehe ;)
DeleteSweet sesangat...teringin nak dpt benda homemde dri pakwe (secret admire) hahahhaaha!
ReplyDeleteRin... thanks! tau tak pe... diri sendiri yg tulis diri sendiri pun teringin jugak... haha
Deletepiqah:awww...I like...awat sweet sangat ni??? dah mcam candy pon ada sbb sweet giloss..hahaha....I like the Love keychain that have stars in it...>.<
ReplyDeletep/s:KJ apa cita yunk?hahaha
thanks cik piqah. ;) tapi mana boleh lawan sweet kek ang lagi.. hehe.
DeleteP/s : KJ?? stuck la wei buat ms skrg.. tapi akan try cari idea jgk t.. :)
hahaha.....awww... ada org ppuji kek saya lar..hahaha..makasih3...<3
Deletewaiting with patient for KJ..hahaha.>.<
p/s:yg ni pon xsabo nk bca sambungan...:)
nasib baik sudi waiting with patient... huhu... Thanks wei. :)
DeleteHahahha.................welcome2.......<3 <3 <3
Deletemmang sweet sngat ada je bnda nk bgi kn handmade kot..
ReplyDeletesweet kan?? hehe... thanks cheknie. ;)
DeleteSweet sgt. Hmm... Rasa dengki pun ad jgk. Cpt sambung, excited nk bce ni.
ReplyDeletearifah, alahai awat yg nak rasa dengki plak?? haha... okesss... try sambung secepat mgkin. ;)
Deletebukak link blog nie dgn harapan ada entry baru.yeayyyy!!!!nasib baik ada.hahaha
ReplyDeletesweet eik encik SS tu..please,update KJ lepas nie *wink* :D
amboih gitu plak... nasib baik ada kan?? haha... encik ss tu sweet gediks?? :P
Deleteabout KJ... x berani janji la dear tapi akn cuba update nnt k. paling cepat pun maybe after gam cinta ni habis post. :)
wahhh sweet!!
ReplyDeletep/s: nak copy ayat untuk exam tu boleh x??
yasminisma
thanks yasminisma :) eh, boleh2... silalah copy. Ayat tu blh buat tenangkan hati kita... insyaALLAH... :D
Deletewaaa... sweetnya.. tringin gak nk ada SA(secret admire) cam SS tuh.. n_n
ReplyDeletekan3? mcm best pulak ada org dok bagi dkt kita sweet notes mcm tu... hehe
Delete