30 June 2012

Cerpen : Gam Cinta (i)



Jam di tangan dilirik dengan hujung mata. Lambat! Lambat! Dah 8.30 pagi. Kuliah mula pukul 8 pagi tadi. Mati kau kali ni Thia. Mati! Gatal sangat nak tengok Running Man semalam sampai pukul 4 pagi, bukan kau tak tahu yang pagi ni kau ada kelas. Tanggunglah akibat dia nanti dengan Prof Adi, memang cari bala betul! Fathia membebel-bebel memarahi dirinya sendiri.

Langkah Thia pun makin lama makin tak teratur jadinya. Tergesa-gesa. Kaki dilangkah sebesar mungkin! Nak kejar masa. Sesekali Thia cuba menyeimbangkan badannya yang terhuyung-hayang, nyaris-nyaris dia hendak jatuh, pergerakannya terasa sukar kerana memakai kasut tumit tinggi. Thia merengus kasar. Menyesal pula pakai kasut tumit tinggi ni. Tapi dah kasut ni je yang matching dengan baju blaus yang dia pakai hari ni nak buat macam mana? Betullah orang cakap, biar menderita asal nampak cantik. Beauty needs pain.

Tiba-tiba ada seekor kucing hitam melintas di hadapannya. Kakinya terpelecok! Thia yang terkejut dan tak bersedia berhenti terus jatuh terduduk ala-ala gadis melayu terakhir, duduk bersimpuh.

Aduh! Sakitnya…

Betullah malang tak berbau. Kalau berbau mesti Thia boleh detect awal-awal dan tak la dia jatuh macam nangka busuk tadi. Thia mengusap buku lalinya berkali-kali yang sudah mula bertukar warna menjadi kebiru-biruan. Lebam. Dalam sakit-sakit pun sempat lagi matanya meliar mencari kasut tumit tinggi yang tercabut ketika dia terjatuh tadi.

Ah, dah nampak pun… 2 meter darinya. Terus dicapai kasut tersebut dan diangkat tinggi separas mukanya. Sentap hati Thia bila melihat keadaan kasutnya itu. Matanya tiba-tiba bergenang dengan air mata. “Tumit kasut aku tercabut…” Thia bersuara lirih. Kasut tumit tinggi yang tercabut tapaknya itu dipandang sayu.

Thia… Thia… sakit kaki yang lebam tu tak pulak dia menangis. Kasut yang tercabut tapak tu yang dia tangiskan?

Thia mengeluh perlahan.

-----------------------

“Dummm!” Pintu dewan kuliah ditolak kasar dari luar. Wajah bengang Thia terpampang.

Semua mata yang dari tadi khusyuk menunduk ke bawah untuk menyiapkan tugas yang diberi serentak melangut memandang ke arah pintu dewan kuliah yang dibuka tiba-tiba secara kasar. Samseng betul Thia ni. Thia berdiri macam tiang elektrik depan pintu tu. Statik. Macam dalam movie pula, semua mata memandang ke arah Thia yang berdiri terpacak dekat situ tak bergerak. Thia pula memandang semua orang dengan wajah tak ada perasaan. Kasut tumit tinggi kesayangannya tercabut tapak! Ingat dia ada mood lagi ke nak gelak-gelak.

Krik, krik! Suasana sepi seketika. Macam malaikat lalu…

Mata Thia diangkat memandang ke hadapan. Tempat pensyarahnya duduk… “Prof Adi saya… eh?” Thia terkejut. Di hadapannya kini bukan Prof Adi tapi… tapi… a handsome young guy! Oh my… macam mana Prof Adi yang buncit tu boleh jadi abang badan tough ni? Thia diserang rasa pelik.

Kening lelaki tu terangkat memandang keadaan Thia. Rambut Thia yang sedikit serabut dan berkaki ayam! Apahal minah ni? Wayar dalam otak putus ke apa datang kuliah tak berkasut. Sesaat mata mereka bertembung. Kemudian mata lelaki itu tertancap kepada kasut tumit tinggi yang tercabut tapaknya yang dipegang erat oleh tangan kiri Thia sudah cukup untuk menjelaskan kenapa dia berkaki ayam ke kuliah.

Pelajar-pelajar lain mula ketawa melihat keadaan Thia yang dirasakan lucu itu. Mana pernah ada sejarah dalam kelas mereka, datang kuliah berkaki ayam! Kalau betul pun kasut tak ada nak pakai… berani jamin yang mereka lebih rela ponteng kelas dari datang kuliah tak berkasut! Tu kalau orang lainlah… kalau Thia? Kan dah muncul tu…

“Mana Prof Adi?” Thia menyoal.

“Rumah banjir ke cik adik?” lelaki tu menyoal Thia sarkastik.

Satu dewan ketawa.

Thia mencebik. Benci bila dirinya dipersendakan di hadapan orang ramai. Biadap betul mamat ni. Anak siapa la dia ni? Memang tak ada adab. Aku blacklist kau! Thia mengutuk lelaki tu tapi dalam hati je lah… berani nak kata depan-depan? Idokler jawabnya.

“Kelas start pukul berapa?” Lelaki tu menyoal lagi.

“Lapan…” sepatah Thia jawab. Perlahan je suara dia.

“Sekarang pukul berapa?”

“Err, sembilan lima minit pagi.” Makin sayup suara Thia menjawab.

“Oh, awak tau? Good… class dismiss.” Selamba lelaki tu menjawab sambil mula mengemas mejanya.

Rahang Thia jatuh. Mulutnya ternganga luas. What? Aku baru sampai kelas dah dismiss?? “Mana boleh!” Thia membantah keras.

“Kenapa tak boleh?”

Thia diam. Lelaki tu tersenyum sinis.

Class… sebelum bersurai, saya nak pesan satu benda. Lain kali agak-agak dah terlambat sangat datang kelas tu, tak payah datang teruslah ya. Tambah-tambah bila kasut pun tak ada nak pakai kan? Lagilah tak payah datang. Buat malu je.” Lelaki tu menyindir Thia, sekali lagi Thia diketawakan satu kelas… tahu kata-kata sindiran itu ditujukan kepadanya. Muka Thia memerah menahan malu.

Sewaktu lelaki tu hendak keluar dari dewan kuliah, dia berjalan melintasi Thia. Tapi kemudian dia mengundur beberapa tapak dan berhenti betul-betul di tepi Thia. Dia membisikkan sesuatu betul-betul dekat dengan telinga sehingga Thia boleh dengar dengusan nafasnya… “Kaki tu dah bengkak teruk, jangan lupa letak ubat.” Usai berkata terus lelaki tu meninggalkan Thia yang terpinga-pinga di situ.

Thia mengetap bibirnya… matanya menjeling kelibat lelaki tu yang makin menjauh.

“Kalau aku panggang dia ni buat BBQ, agak-agak rasa apa ya? Rasa macam daging rusa ke daging ayam?” Memang dah tahap dendam kesumat Thia dengan mamat tu. Apa taknya siap nak berBBQ lagi!

-----------------------

Thia yang sedang duduk dibangku mengusap lembut buku lalinya yang sudah membengkak tu. Ayien menggelengkan saja kepalanya berkali-kali melihat keadaan Thia. Yang Huda pulak tak habis-habis bising bebelkan Thia... kau ni cuailah, mata letak dekat lututlah, jalan guna tanganlah… macam-macam!

“Bising la kau ni Huda. Diam boleh tak? Dah macam murai kena sembelih! Huh…” Ayien rimas.

Thia ketawa kecil. “Murai tercabut ekorlah.” Dia membetulkan peribahasa Ayien.

“Ha, yang tu la yang aku nak cakap tu.”

Huda mencebik.

“Lain kali jangan cuai sangat. Kan tak pasal lebam kaki tu. Balik rumah je la Thia. Nanti makin teruk kaki kau bengkak.”

“Mana boleh lepas ni kan aku ada lagi kelas. Dah la kelas pagi tadi pun aku sempat masuk tayang muka je… ilmu satu apa tak dapat. Tak kan nak ponteng.” Thia mengambil plaster yang baru dibeli di koperasi tadi lalu ditampal di kakinya yang lebam tu.

Fine! Kaki kau… kitoarang dah bagi nasihat kau yang tak nak dengar.” Huda mengangkat tangan seperti menyerah kalah.

“Kalau jumpa kucing hitam tu lagi kau tunjuk dekat aku. Biar aku panggang dia buat sate… suka-suka hati lintas depan orang tak bagi salam. Sampai bengkak habis kaki anak dara orang jadinya.” Ayien membebel. Thia dengan Huda ketawa mendengar ayat Ayien. Kucing tau bagi salam ke?

“Hurmm, siapa mamat yang ganti Prof Adi tadi, Huda?” Thia mengubah topic. Huda sekelas dengan Thia, budak public admin… Ayien pulak kos lain, budak bussiness. Tapi diorang ni teman serumah orang putih cakap housemate. Kalau kelas tak ada memang lepak sekali walaupun fakulti masing-masing jauh. Apa ada hal? Kaki kan ada. Jalanlah.

“Oh, abang tu…”

“Abang?” Kening Thia terangkat sebelah. “Part mana yang kau berdarah biologi sekali dengan dia? Setahu aku, kau anak tunggal.”

“Derr, otak sempit. Kau ingat abang yang seibu sebapa je ke kita boleh panggil abang. Even kau beli ais krim dekat bangla pun cakap… abang ais krim satu! Dah tu kau nak kata bangla jual ais krim tu abang kandung kau?” Nah! Sekali kena tarbiah dengan Huda. Ayien bantai gelak tak sangka…

Thia mata ke atas. “Explain please… abaikan soal abang tu.”

“Dia tu budak part six tak silap aku. Final year. So, mestilah tua banyak tahun dari kita kan? Haruslah panggil abang tanda hormat.”

“Ooo… dah tu apa kes dia ganti tempat Prof Adi?”

“Prof ada mesyuarat tergempar tadi. Mendadak tinggal kelas. Mula-mula dia nak suruh dismiss je tadi. Tapi entah tiba-tiba je abang tu muncul… terus Prof minta dia tolong tengok-tengokkan kelas sampai waktu habis.”

Thia menganggukkan kepalanya berkali-kali.

“Ingatkan lecturer baru tadi…” Thia menggumam perlahan.

“Kalau lecturer baru kenapa?” Ayien mencelah setelah lama mendiamkan diri.

“Nak try test market la… lagi mau tanya. Untung-untung dapat sugar daddy…”  Mereka ketawa mendengar jawapan Thia. Amboi, sempat lagi nak jual minyak senonyong dia si Thia ni.

Tanpa mereka sedar ada seseorang yang sedang bersandar santai didinding sambil menyelukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar disebalik dinding dan tersenyum mendengar perbualan mereka bertiga.

-----------------------

Setelah menunaikan solat zohor, Thia duduk bersandar di dinding surau seketika untuk melepaskan penat lelahnya berkejar ke sana ke mari menghadiri kuliah sejak pagi tadi. Hari ini kelasnya non-stop! Dari pukul 8 pagi tadi hinggalah pukul 2 petang. Pukul 3.30 nanti dia ada discussion… betullah hari ini jadualnya penuh, kalah PM Malaysia.

       Gap masa kelas Thia yang tak terlalu jauh dari satu kelas ke satu kelas lain menyebabkan Thia mengambil keputusan untuk bermastautin saja dekat surau kolejnya. Dan hari ni catat rekod bila Thia ke kelas cuma pakai selipar! Selipar bukan sebarang selipar ok. Selipar jepun yang orang pakai pergi jamban tu, warna biru putih. Penat tahu Thia merayu dekat Mak Cik Atih nak pinjam selipar jepun tu. Ingat senang? Thia siap kena berjanji bagai lagi… nasib baiklah mak cik kafeteria tu lembut hati nak kasi pinjam. Kalau tak jawabnya satu hari suntuk Thia berjalan ke sana ke mari berkaki ayam. Kesian Thia.

Lepas tu bila dah pakai selipar jepun pergi kelas memang cari nahas la kan. Kena denda satu hal, sebab langgar tatasusila pemakaian mahasiswi kemudian kena seret kaki ke kelas pakai selipar satu hal. Kan ke dah jatuh sekejap saham Thia hari tu. Kasut tumit tinggi kesayangan dia yang tercabut tapak tu pun Thia terpaksa usung je ke sana ke mari. Malu? Tak payah tanyalah… tapi sayang punya pasal. Thia usung jugak. Nak buang dia tak sampai hati. Sekarang ni pun kasut tumit tinggi tu Thia letak dekat luar surau je… tak kan nak bawak masuk ke dalam surau pulak kan? Biadap namanya tu.

Thia mengurut perlahan tengkuknya yang lenguh sebelum beg tangannya yang diletakkan bersebelahan tempat duduknya dicapai. Thia menyelongkar isi di dalam begnya tu… telefon bimbit dikeluarkan dan nombor seseorang didail. Telefon bimbit tu terus ditekapkan ke telinga dan seketika kemudian panggilannya bersambut.

“Assalamualaikum bah… sihat? Eh, tak lah… mana ada Thia nak mintak duit. Duit hari tu abah bagi ada lagi. Abah ni pantang Thia telefon semedang ingat Thia nak mintak duit je.” Thia memberi laluan kepada abahnya untuk bercakap sementelah mulut Thia dah muncung itik. Ada ke patut setiap kali Thia telefon abahnya, abahnya cakap dia nak minta duit. Haruslah kawan merajuk walaupun memang betul pun bila duit dah habis baru Thia ‘ingat’ nombor telefon abahnya tu.

“Pandailah abah tukar topik. Thia nak tanya abah, kalau nak repair kasut biasanya abah hantar dekat kedai mana ye? Kasut Thia tapak tercabut la bah… nak buang sayang. Rasa boleh guna lagi tu. Tapaknya je yang dah tertanggal.”

Thia sepi lagi.

“Oh, dekat Jalan TAR banyak ye? Boleh percaya ke kalau orang yang meniaga dekat kaki lima tu je? Mana tau dia sembelih Thia charge mahal ke bukan kita tau.”

Thia ketawa kecil dengar abahnya cakap.

“Thia tanya je. Abah ni… oh, harga standard tujuh ringgit? Ok-ok… noted. Thanks bah.”

Kepala terangguk-angguk sedikit mendengar kata abahnya…

“Nak tanya tu je. Ok, bah sorry kacau… assalamualaikum.” Thia menekan butang berwarna merah dan telefon bimbitnya disimpan ke dalam beg semula. Jam di tangan dilihat lagi. Sekarang dah pukul 3.10 petang.

“Elok sangatlah kalau aku gerak sekarang.” Thia berkata pada dirinya lantas dia  bersiap-siap untuk ke perpustakaan pula. Biasanya Thia dengan kawan-kawannya akan berjumpa di perpustakaan dulu sebelum mereka tentukan tempat untuk buat discussion mereka. Agak rajin mereka akan buat di padang tak pun mana-mana tempat lain yang mereka rasa best nak berguling-guling sambil bincang pasal kerja… agak terasa kemalasan, mereka bermastautin terus dekat perpustakaan tu.

Pintu surau ditolak perlahan dari dalam. Laju saja kaki Thia menyarung selipar jepun yang menjadi kasut rasminya untuk hari ini. Baru beberapa tapak dia melangkah baru dia teringat, dia tertinggal sesuatu. Kasut tumit tingginya yang tercabut tapak tu! Thia berpatah balik semula.

“Eh?”

Thia terkejut!

Kasut tumit tingginya sudah elok seperti sedia kala. Sudah tak tercabut tapaknya! Thia gembira. Bibirnya tersenyum lebar… selipar jepun terus ditanggalkan serta-merta dan kasut tumit tingginya disarung terus. Thia pusing berberapa kali seolah-olah sedang memperagakan fesyen.

“Wah, leganya kasut aku dah elok. Lepas ni tak la tebal muka aku nak pergi jumpa orang…” Thia tunduk semula dan memegang kasut tumit tingginya. Diusap penuh kasih sayang kasut tu. Tapi kemudian senyuman gembiranya termati!

Macam mana kasut ni boleh elok balik? Pelik! Aku tak buat apa pun kat kasut ni tadi seingat aku. Nak kata magik… tak kan ada ibu peri macam dalam cerita bawang putih bawang merah tu kut? Hati Thia mula berdialog, Thia memandang sekelilingnya… mencari kalau-kalau betul ibu peri tu wujud!

Ah, semua tu tahyul! Mana ada ibu peri ni wujud. Ikan pari kut ye la ada… tapi tak kan la ikan pari tu pulak yang tolong baiki kasut aku? Yang tu lagi ke longkang tak logik. Hati Thia mula diserang pelbagai persoalan. Satu, macam mana kasut ni boleh elok balik? Dua, kalau betul ada orang yang tolong baiki kasutnya tu tapi siapa? Tiga, kenapa orang tu tolong dia? Lama Thia berdiri di situ mencari jawapan kepada persoalan yang mencengkam di jiwanya.

Satu saat…

Dua saat…

Hurmmm…

Akhirnya…

Oh, well…” Thia mengangkat bahunya sekali… “Dah ada orang tolong nasib kau la Thia. Untung.” Thia terus mengambil selipar jepun yang berada di atas lantai ketika itu untuk dipulangkan semula kepada Mak cik Atih. Mak cik kafeteria yang kadang-kadang baik hatinya itu ikut mood. Rasa nak tolong orang dia tolong. Tak nak tolong dia buat muka batu je.

“Awak. Siapa pun awak… kalau awak ada dekat sini lagi tapi tak nak keluar. Thanks!” Tiba-tiba Thia menjerit kuat. Nak buat macam mana nak cakap face to face orang yang baik hati tolong dia tu tak tunjuk muka. Terpaksalah Thia guna alternatif lain untuk menyatakan hasrat terima kasih dia yang ikhlas tu.

Satu bibir tersenyum mendengar jeritan ‘Thanks’ Thia tu. Dalam hati dia menjawab… Your  welcome, beauty. Melihat Thia menyarungkan semula kasut tumit tinggi tu melebarkan lagi senyuman dipipinya. “Nasib baik gam tu sempat kering.” Orang misteri tu berkata kepada dirinya sendiri.

Siapa orang misteri yang dah tolong Thia tu? Main nyorok-nyorok pula dia ek…



Bersambung...

23 comments:

  1. Mesti lelaki yg Prof Adi suruh tgk2kan kelas. Suka citer ni. Next...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... jeng jeng jeng... ;) ok next....

      Delete
  2. Abg part 6 tu ek.. Haihhh bdk2 skrg g kelas kalah lecturer ;) tp tu laa.. Taste msg2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 skrg advance terlebih... :P belum sentuh bab lain lagi tu... hehe...

      Delete
  3. best... cpt2 sambung..;)

    ReplyDelete
  4. piqah:auummm..........like3...heheh...lama x stalk blog ang..haha...terbaekkkk>_<
    p/s:nnti kalau dh dibukukan jgn lupa pos tuk aq..free of charge ya...ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih, rimau melaya mana terlepas masuk blog aku nie?? haha... hg busy buat kek mana dan tgk blog aku... hehe...

      psst... buku?? alahai... lemah lutut baca... haha

      Delete
    2. piqah:hahahaha.....bkn apa..kan pi kdah...xsmpt lar nk online bca cerpen ang..ahahaha...>_<
      hahaha.alar...I'm quite sure your novel will be x best seller one day.;)

      Delete
    3. x best seller??? hahaha... piqah please say ang just typo error... lol.

      Delete
    4. xsalah kkan kalau berharap.....hahahaha....>_<

      Delete
  5. mst laki yg prli dye 2 kn..rjin plak nk tlong gam kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheknie... thanks selalu komen cerita2 kat sini. :) dah boleh cam cheknie... hehe

      Delete
  6. ha...dah tahu dah,mesti abang tu punya kerja.hehe

    cepat2 update ye ? sy selalu jd silent reader je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aalia... hehehe...sure ke abg tu?? ;)

      insyaallah..sy cuba. Silent reader pun penting apa... :D

      Delete
  7. Replies
    1. thanks miss vampire...!

      psst.. jgn gigit tengkuk saya tau... hehe ;)

      Delete
  8. terbaik aah. giler sweet tul aah. cecepat smbg ek cik penulis, makasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon! hehe...kasih diterima. thanks ya. :)

      Delete
  9. zana,, tia tu fathiah yadz ke? hahaha jk
    laa.. xsakit ke tumit yg bengkak tu klu pakai blk tumit tnggi ?? hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fatiah yadz?? haha... pun boleh kalau tuan punya badan sudi nak jadi heroin cita ni... ;)

      thia tu tough... kaki bengkak patah riuk pun sanggup pakai higheels lagi.. haha.

      Delete
    2. wessssss yana.... tia ke heroin nye? kahkahkah... maluu lahhh .. takley bayangkan, nanti blushinggggggg.. hahahaa

      Delete
    3. mana la yana tauu.. sbb tu yana tnya si writter.. direct utk kepastian maa..
      @yad'z : sudi ka? writter tya tuhh ? :P

      Delete