23 November 2015

P.A.P.A 4



BAB 4
Kebetulan atau satu permulaan?

Lama ditenung cermin di hadapannya, sambil menyikat rambutnya Qaisy tersenyum sendiri. Tangannya memegang dagunya sambil dibelek ke kiri dan kanan wajahnya. Bukanlah dia nak bangga diri ya tapi fakta! Dia memang kacak. Dengan matanya tajam memikat, bentuk wajah yang maskulin dan hidung yang sedikit mancung memang dia layak dikategorikan sebagai lelaki yang kacak.

Handsome jugak rupanya aku ni. Sekali pandang rupa macam Ryan Reynolds. Dua kali tilik macam Cam Gigandet. Tiga kali pandang macam…”

“Macam kodok tercekik batu! Cepatlah sikit… tunggu kau mandi macam tunggu kucing jantan nak beranak.” Amir memotong kata-kata perasan Qaisy sambil mengetuk pintu bilik air dengan ganasnya. Nak tercabut pintu bilik air tu dikerjakannya.

Qaisy mencebik… bibirnya terherot-herot mengutuk Amir. “Eleh, jeles la tu aku hensem banyak dari dia.” Qaisy mengutuk perlahan.

“Hoi, aku dengar kau kutuk aku la mangkuk. Telinga aku ni sensitif tau kalau dengar orang kutuk aku. Lagipun bilik air tu kecik je pun. Kau bersin macam anak dara kucing pun aku boleh dengar tahu. Cepatlah keluar aku nak mandi pulak ni.” Amir menambah. Betullah telinga lintah Amir ni. Sepelan-pelan suara Qaisy mengutuk pun, dia boleh dengar.

“Yalah, dah siap pun. Itupun nak bising macam mak nenek.” Qaisy berkata sambil keluar dari bilik air.

“Ah, saddapp you!”

Amir yang sedang menyapu sekati gel rambut sambil bersiul kecil di hadapan cermin menarik perhatian Qaisy yang sedang memakai jam di tangan. Banyak betul gel yang diletakkan pada rambutnya tu sampaikan rambut Amir nampak keras kejung terpacak! Ini kalau burung terjatuh atas kepala si Amir ni memang sah tembus perut burung tu. Mati sia-sia burung tu.

“Kalau kau tempek 4 tan gel tu sekalipun dekat atas kepala kau, tak ada maknanya muka kau boleh sipi-sipi macam John Travolta. Sikit-sikit sapu dah la.” Qaisy menegur.

“Eleh, kau tu jeles sebab rambut aku lagi lebat dari kau.” Memanglah lagi lebat daripada Qaisy kalau dah rambut dia tu jenis rambut sarang tebuan, afro! Sebesar kawah dodol.

Qaisy ketawa sinis. “Aku sebesar zahar pun tak jeles dengan kau apatah lagi nak berdengki. Tapi sedar sikit gel rambut yang sesedap rasa kau tempek atas kepala kau tu aku punya. Kalau guna barang orang tu, beringat sikit.”

Nah, sedas Qaisy bagi dekat Amir!

Amir tersengih macam kerang busuk. “A’ah la, baru aku perasan ni kau punya. Tak apa, memandangkan rambut kau tak berapa nak lebat dan banyak macam aku ni. Biar aku je yang guna benda alah ni. Thanks bro.”

Bibir Qaisy terherot sikit dengar jawapan tak tahu malu Amir. Tapi pun yang sebetulnya dia tak kisah pun kalau Amir nak guna barang-barangnya. Dia chill je. Sebabnya mereka berdua mengamalkan konsep barangmu, barangku jua. Cuma dalam kebanyakkan kes, si Amir ni suka buat konsep dia sendiri. Barangmu, barangku… barangku, barang aku la!

“Pinjam motor kau, Mir…”

“Ok. Pinjam Sedan kau, Ais.”

“Ok. Ada duit nak isi minyak?”

Amir tarik sengih panjang. Memang dia tunggu-tunggu pun soalan keramat ni dari Qaisy. Kadang-kadang tu Amir ni tak berapa nak faham sangat cara anak orang kaya macam Qaisy ni berfikir. Hidup sikit punya senang dah mak bapak bagi. Cakap je nak apa… pejam celik dah terhidang depan mata benda yang diminta tu. Tapi yang peliknya si Qaisy ni suka sangat pinjam motor kapcai Honda C70 miliknya yang kadang-kadang suka ‘pengsan’ dekat tengah jalan.

Motor yang kawan-kawannya selalu cakap dah layak masuk muzium Negara. Sedan SX4 dia yang berhawa dingin dan sikit punya best bawak dekat jalan sebab awek-awek akan usya sampai kepala terteleng tu tak pula dia nak naik. Dalam sebulan tu ada la dua kali dia bawak Sedan dia, itu pun sebab nak balik rumah. Kadang-kadang tu Amir sendiri ada krisis identiti… Sedan SX4 tu Qaisy punya ke dia yang punya?

“Ha, semalam lampu lip lap lip lap dah menyala. Aku terlupa pulak nak isi semalam.” Amir menjawab penuh makna dengan harapan Qaisy faham maksud tersiratnya. ‘Aku tak ada duit nak isi’.

Perkataan terlupa tu dia cakap sebagai penyedap ayat sahaja. Lagipun dia tahu yang Qaisy ni kalau setakat nak bagi duit isi minyak ni, hak alah macam celah gigi je. Tak luak pun harta dia yang menggunung tu, senang cakap tak berdaki la harta tu.

“Nah. Aku guna sampai petang ni tau motor kau.” Not RM50 sebanyak tiga keping dihulurkan kepada Amir.

“Ok guna je la… sampai habis belajar kau nak guna pun aku redha. Eh, banyak ni. Lima puluh pun dah cukup Ais.”

“Kau isi penuh minyak kereta aku. Baki kau ambiklah buat belanja.”

Makin bertambah lebar senyum Amir mendengar jawapan murni lagi suci Qaisy tu. Nampak tak? Kan dah cakap Qaisy ni tabur duit macam tabur dedak ayam!

“Itu yang nak telinga aku nak dengar tu pagi-pagi ni.”

“Chow dulu. Jumpa petang nanti…” dia menggalas secara serong begnya sebelum helmet kura-kura Amir yang tersadai dekat belakang pintu bilik mereka dicapai dan dia terus keluar.




Mulutnya bersiul kecil sambil membawa motor kapcai Amir. Angin pagi yang menyapa wajahnya dibiarkan sahaja, menikmati sejuk yang melewatinya. Riang pula hatinya pagi ni… habis semua orang yang di nampak tepi jalan disapanya dengan menangkat tangan. Pak cik - pak cik pembandaran yang sedang menyapu pun dia hadiahkan senyuman. Sesekali kepalanya memandang ke kiri kanannya tetapi sebaik sahaja dirinya melepasi stesen bas, mata Qaisy tak berkelip. Dia terpandang sesuatu… atau lebih tepat seseorang.

Dia!

Mata Qaisy bagaikan digam apabila memandang Qaiyisha yang anggun berbaju kurung kapas sedang duduk di bangku sambil membaca buku sementara menunggu bas di situ.

“Awek kening lawa.” Tuturnya perlahan. Tiba-tiba sahaja Qaisy terasa bahagia bila ternampak Qaiyisha. Sekali lagi effect bidadari turun dari langit menjelma bilamana dia mula nampak cahaya muncul disekeliling Qaiyisha. Segala-galanya macam dalam movie… segala-galanya menjadi slow motion… kepalanya tak berpaling dari memandang si gadis. Mulutnya ternganga. Matanya berkelip beberapa-beberapa kali. Sebelum…

BUMMM!

Dia terlanggar divider jalan dan tergolek masuk longkang.

“Aduh… aduh…” Qaisy mengaduh kesakitan. Nasib baik dia memakai topi keledar kura-kura Amir ni kalau tak memang bersepai kepala dia dek terhantuk dekat dinding longkang yang agak dalam tu.

“Encik, encik tak apa-apa?”

Dalam keadaan dirinya sedang menanggung kesakitan, telinganya sempat menangkap ada satu suara yang ayu menegurnya. Matanya yang hampir tertutup itu memandang ke atas… dia nampak ada bayangan seseorang yang sedang menunduk ke arahnya. Dek kerana cahaya matahari yang terang bayangan orang itu seperti bersinar-sinar tetapi kerana cahaya itu juga menyebabkan penglihatannya terganggu. Pandangannya masih tidak jelas, berkali-kali matanya dipejam celik supaya dia dapat dengan jelas.

“Encik?”

Kali ni terbuka luas matanya.

“Awak.” Perlahan sahaja nada suara Qaisy.

“Eh, mamat mesin basuh!” tangan Qaiyisha spontan menunding ke arah Qaisy yang masih terperosok di dalam longkang itu. Menyedari kelancangan mulutnya yang tidak disengajakan tu Qaiyisha terus menutup mulutnya.

Ok, sekarang bukan masanya untuk jejak kasih! Mamat tu accident dan dia luka teruk. Kau kena tolong dia sekarang. Tapi apa yang aku boleh tolong? Getus hatinya.

Qaiyisha memandang sekeliling, tak ada sesiapa pun yang berada di situ melainkan dia seorang. Kereta yang lalu lalang pun tidak ada yang hendak berhenti menghulurkan pertolongan. Inilah sikap orang Malaysia. Kalau setakat hendak berhenti untuk tengok sahaja baik tak payah! Buat sesak jalan je. Marahnya dalam diam. Dia kembali memandang Qaisy yang masih terduduk itu.

“Awak boleh bangun sendiri tak ni?”

Qaisy menggeleng kepalanya perlahan, nampak payah sangat dia hendak bergerak.

“Aaaa!” Qaisy menjerit, lehernya terasa seperti patah.

Qaiyisha mula diserang panic apabila mendengar jeritan Qaisy, dia ternampak darah mula mengalir dari tangan Qaisy. Sepantas kilat dia menghulurkan tangannya kepada Qaisy. “Saya tolong awak keluar dari longkang ni dulu ya.”

“Te… telefon ambulan dulu… saya… ouch… saya rasa tulang saya patah. Aduh!” Qaisy mengaduh sakit sekaligus memberi arahan. Sakitnya mula menyerang kembali. Bukan dia tak nak sambut huluran Qaiyisha tetapi dia rasa dia boleh nak bergerak langsung sekarang tangan kirinya terasa berdenyut-denyut.

“Baik, baik.” Qaiyisha segera mengeluarkan telefon bimbitnya. Dalam hati sempat lagi dia memarahi kealpaan dirinya itu. Macam mana boleh tak terfikir nak telefon ambulan dulu  tadi? Tak peka langsung! Tangannya laju mendail nombor telefon kecemasan.

Usai membuat panggilan penting itu Qaiyisha menarik nafas panjang. Dia kembali memandang Qaisy yang sedang menanggung kesakitan. Kalau betul tulang Qaisy patah, Qaiyisha memang tak berani nak memandai-mandai mengubah kedudukan Qaisy sekarang sebabnya sakit tulang patah bukan boleh dibuat main, salah pergerakan boleh menyebabkan kecederaan bertambah serius. Bibirnya diketap kuat, mengharapkan ambulan yang ditelefonnya tadi datang segera.

Tak lama kemudian, ambulan yang ditelefon Qaiyisha sampai. Dari tepi dia cuma mampu memerhatikan sahaja beberapa orang lelaki yang berbaju putih itu mengangkat Qaisy dengan berhati-hati dan diletakkan di atas katil beroda yang disediakan sebelum ditolak masuk ke dalam van.

“Cik ke yang telefon tadi?” salah seorang pegawai hospital itu menyoal Qaiyisha.

“Ya, ya… saya.”

“Cik kena ikut kami ke hospital sekarang untuk keterangan lebih lanjut. Boleh?”

“Boleh, boleh.” Laju kepala Qaiyisha mengangguk.

Dia turut menghilangkan diri ke dalam perut ambulan dan duduk berdekatan dengan Qaisy. Dalam ambulan itu dia nampak Qaisy sedang menahan sakit dan entah apa yang merasuk dirinya, rasa simpati mungkin. Qaiyisha terus menggengam tangan kiri Qaisy, mahu menyalurkan kekuatan buat lelaki itu.

“Awak sabar ya… tahan sikit je sakit tu. Kita dah nak sampai hospital ni.” Qaiyisha memberi kata-kata semangat kepada Qaisy sambil kedua-dua tanggannya menggengam erat tangan Qaisy.

Dari hujung matanya Qaisy nampak wajah Qaiyisha yang diburu kerisauan itu. Dia membalas genggaman Qaiyisha sebelum terasa dunianya kelam.



To be continue....


11 November 2015

P.A.P.A 3



BAB 3

Terlihat-lihat, ternampak-nampak…
Tapi hanya bayang atau memang orangnya?

Malam hujung minggu selalunya mereka satu rumah akan keluar pergi beriadah, bunyi macam pelik tapi bagi mereka yang pelik tu la yang best, yang rare tu la yang awesome. Angin malam ni lain sikit rasanya sebab tu kalau tak main futsal, badminton court la yang dituju mereka. Tapi kalau tengah sibuk memang tak la kaki nak jejak luar rumah melainkan tujuan keluar tu nak siapkan kerja. Memandangkan malam tu masing-masing nak release tension, mereka pilih untuk bermain badminton. Bila smash shuttlecock tu feeling-feeling lepas geram sikit!

“Aku nak rehat kejap. Letih.”

“Baru tiga round tu pun dah pancit? Apa barang kau ni…” Amir mengeji.

“Barang apa kau tanya? Barangkali lebih kau diam, sebelum barang kat tangan aku ni terlepas ke muka kau.” Botol shuttlecock ditunjukkan kepada Amir.

Thaqif dan Shakir hanya menggelengkan kepala mereka sahaja. Kalau orang yang tak kenal mereka memang akan rasa budak berdua bercakap tak ada adab tapi yang sebenarnya memang begitu gaya Amir dan Qaisy bercakap. Bunyi macam bergaduh tapi tengah bercakap sebenarnya.

Air 100 plus diteguknya dengan rakus. Rasa penat bermain badminton membuatnya tak terasa pedih langsung meneguk 100 plus tu. Relaks sahaja macam minum air mineral. Sambil berehat, Qaisy memerhatikan sahabat-sahabatnya itu bermain.

Sesekali matanya melilau memandang court orang lain. Hujung minggu macam ini memang ramai orang datang ke sini untuk beriadah tambah-tambah waktu malam. Memang budak-budak universitinya selalu datang ke sini dan tak terkecuali malam ni. Full house! Terang berderang court badminton malam ni. Walhal, kalau hari biasa ada la tiga ke empat lampu court terbuka.

100 plus diteguknya lagi. Matanya mengerling ke kiri pula. Terus Qaisy tersedak sebaik sahaja matanya ternampak seseorang yang dia kenal!

Dia!

Shakir menepuk belakang Qaisy beberapa kali. “Itulah kau, minum gelojoh sangat. Cuba slow-slow sikit minum. Ingat kau minum air mineral ke ha? 100 plus kut, pedih tekak kau tu. Agak-agakla.”

Tapi Qaisy langsung tak menghiraukan bebelan Shakir. Tangan kanannya mengelap mulutnya yang tertumpah air itu. Dia berdiri mengejut dan tiba-tiba sahaja Qaisy berlari ke arah pintu masuk.

Perbuatan Qaisy ternyata mengundang rasa pelik dalam diri sahabat-sahabatnya. Sehinggakan Thaqif dan Amir yang tengah bermain pun terhenti perlawanan mereka.

Mata Amir memandang kelaku pelik Qaisy yang tiba-tiba berlari ke pintu masuk. Dia memandang ke Shakir, keningnya terjongket sedikit seolah-olah bertanya. Kenapa?

Shakir mengangkat kedua-dua bahunya lagak membalas soalan Amir. Entah!
  



Kelam-kabut pintu masuk tadi ditolak sehinggakan dia terlanggar orang yang baru hendak masuk ke dalam court. Qaisy yakin tu gadisnya. Qaiyisha.

Matanya melilau memandang kiri dan kanannya. Gelisah sahaja gayanya seperti tercari sesuatu yang berharga!

“Cari apa, bro?”

Qaisy berpaling ke belakang. Dia terus berjalan merapati kaunter pendaftaran.

“Ada nampak perempuan keluar dari sini tak?” soalnya kepada abang kaunter tu.

Soalan Qaisy berjaya membuat abang kaunter tu ketawa. “Bro, banyak je awek yang keluar dari court tu. Bukan sorang dua.”

Ya tak ya jugak. Terlupa pulak Qaisy.

“Dia baru je keluar dari sana. Dia pakai baju warna biru. Ha, biru macam baju abang ni la. Tinggi dia paras bahu saya, dia ikat tocang rambut dia.” Tangannya menunjuk ke arah baju uniform brader kaunter tu.

Brader kaunter terdiam sekejap seperti sedang mengingat sesuatu. Dia memandang Qaisy semula.

“Gua tak nampak la pulak awek macam tu.”

Qaisy hampa.

Dia yakin. Dia nampak gadis tu… Qaiyisha.




Spray minyak wangi diambil dan disembur ke udara, kemudian dia berdiri ditempat yang dia sembur tu cepat-cepat. Nak biar bau minyak wangi tu kena serata tubuh badannya. Berpuas hati dengan wangiannya, Amir sibuk membetulkan koler baju t-shirtnya pula dan kemudian jam di atas meja dicapai lalu disarungkan ke tangan kirinya. Cermin di hadapannya direnung lagi mahu memastikan penampilannya tampil segak bergaya!

Ok siap! Amir tersenyum puas, dia berpaling kepada Qaisy.

“Jom pergi pasar malam.”

Qaisy mengerling Amir dengan hujung matanya. Nak pergi pasar aje pun. Bersiap macam nak pergi Majlis Anugerah Bintang Popular!

“Ala, malas la. Buat apa?”

“Dah nama pun pergi pasar malam, nak beli makanan la! Takkan nak menganyam ketupat dekat situ? Kau ni tanya lagi nak buat apa. Hish. Dah orang ajak pergi tu, jom je la. Banyak pulak bunyi dia.” Amir merungut panjang macam mak berleterkan anaknya.

Qaisy malas-malas sahaja bangun dari pembaringannya.

“Eh, kau nak pergi macam ni je ke?” atas bawah ditenung Qaisy.

“Macam ni je la. Nak macam mana lagi? Kau jangan nak macam-macam.” Qaisy memandang dirinya. Apa salah ke pergi pasar malam pakai seluar pendek?

“Suka hati kau la. Tak ada class langsung.” Amir sibuk membetulkan rambut afro kesayangannya itu di hadapan cermin.

“Motor ke kereta?” soal Qaisy malas, bukan dia tak dengar Amir mengutuknya. Tapi dia malas nak melayan. Setakat cakap macam tu, tak berkudis langsung dekat hati.

“Motor la… kereta leceh nak cari parking,” jawab Amir. Laluan di senawang itu selalu akan sesak. Nak-nak waktu petang macam ni. Jalan yang 15 minit boleh jadi sejam sebab kereta banyak! Kalau naik motor boleh la jugak nak menyelit.

“Ok.”

Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Dia dan Amir berjalan bersebelahan. Sesekali mereka mengelak daripada melanggar orang ramai yang sedang bersesak-sesak di dalam pasar itu.

Tapi entah macam mana dalam berwaspada tu Qaisy terlanggar jugak bahu seseorang. Ops, bukan Qaisy yang langgar tapi orang tu yang langgar Qaisy.

“Maaf… maaf.” Gadis tu meminta maaf. Tergesa-gesa sahaja suaranya.

“Takpe. Bukan awak se…” Qaisy terkejut. pandangannya diangkat...

“Qaiyisha.” Qaisy teruja.

Tetapi tidak gadis tu.

“Sorry awak. Sorry sangat.” Qaiyisha nak berlalu pergi tetapi Qaisy sempat mencapai pergelangan tangan gadis tu dan perbuatan Qaisy membuatkan gadis itu tersentak.

“Qaiyisha… saya tak sangka boleh jumpa awak lagi. Semalam saya nampak awak dekat court tapi…”

“Saya kena pergi, Qaisy. Sorry.” Terus ditepisnya tangan Qaisy dari bergayut dipergelangan tangannya. Qaiyisha terus pergi meninggalkan Qaisy terpinga-pinga di situ bersama-sama dengan rasa ingin tahu kenapa Qaiyisha kelam-kabut pergi seperti dia sedang terkejarkan sesuatu.

“Qaisy, mee goreng ni macam best… kau nak tak?” Amir menghampiri Qaisy. Dia yang tadi sibuk melihat makanan di gerai tak tahu apa yang terjadi tadi kerana dia berdiri membelakangkan mereka.

“Dia ingat nama aku.”

“Ha?” Amir pelik.

“Dia ingat nama aku!” Qaisy memegang bahu Amir dengan kedua-dua tangannya.

“Hoi, kau dah gila ke?” tangan Qaisy ditepis.

“Dia sebut nama aku... Qaisy. Dia ingat aku!” bahu Amir digoncang pula kali ni. Berkali-kali. Kuat pulak tu. Amir boleh rasa gegaran kecil dalam otaknya dek goncangan Qaisy.

“Kau mengigau apa tengah-tengah pasar ni. Memang la aku ingat nama kau. Sengal!” Amir yang salah sangka itu menepuk pipi Qaisy berkali-kali.

Qaisy menggeleng kepalanya sambil tesengih-sengih. “Bukan kau tapi dia… dia!”

Berkerut-kerut dahi Amir. Dia mana pulak ni? Kepalanya spontan memandang kiri kanan mereka. Tercari-cari DIA yang disebut Qaisy, tapi tak nampak pulak orang yang tengah berdiri dekat situ dengan Qaisy. Orang lalu-lalang ramailah! Hantu bunian mana dah sampuk kawannya ni maghrib-maghrib ni?

“Dia siapa? Farah Dhia ke?”

“Bukanlah, Qaiyisha!”

Makin jelas kerutan di dahi Amir. 

Nama anak dara siapa pulak yang mamat ni sebut? Tak pernah pun sebut depan aku  sebelum ni? Terdetik dalam hati Amir.

Tengah mereka berdrama dekat situ tiba-tiba mereka dirempuh beberapa lelaki yang lalu di siti. “Hoi, nak bersembang balik rumah la! Mengganggu jalan orang!”

Terkejut Amir dan Qaisy dek jerkahan lelaki itu tubuh mereka ditolak ke tepi.

Kasar betul brader ni. Kutuk Qaisy.

“Sorry brader, kitaorang tengah bincang nak beli mee ke nasi tadi. Tak perasan pula halang laluan orang.” Amir tersengih-sengih. Dia menarik Qaisy ke tepi. Bukan dia tak nampak riak tak puas hati di wajah Qaisy.

“Bodoh.”

Makin berapi Qaisy rasa.

Sebaik sahaja lelaki-lelaki tadi dah berlalu… “Asal kau tarik aku? Kau tengok, tak beradab langsung panggil orang bodoh.”

“Memanglah brader tu tak beradab. Tapi kau tak nampak ke brader besar mana badan dia? Agak-agaklah kau ni pun. Tengok lengan dia tu pun aku dah gerun. Sama besar dengan kaki gajah. Itu kalau dihayun ke muka kau. Kalau tak bengkak, mau ranap sebelah muka kau. Aku cuma nak selamatkan muka hensem kau tu. Sila bersyukur.”

Qaisy mendengus.

Terlupa terus Qaisy tentang Qaiyisha tadi.

“By the way, siapa Qaiyisha?”

Terus berpaling kepala Qaisy ke Amir. 

Sengihnya menjelma kembali.



To Be Continue...


-------------------------
TK: Bila penyakit angau dah menyerang. Bayang-bayang pun nampak macam orang. Dahsyatkan? Agak-agak betul ke awek yang dia nampak dekat court tu Qaiyisha?

Btw, nak tanya pembaca2 saya yang gojess ni. Korang selesa font sebelum ni yang saya selalu guna or yang kat atas ni? Sebelum saya guna TNR, yang dekat atas ni GISHA. Tolong bagitau ya. Untuk keselesaan mata korang nak baca. :)



Kompilasi Cerpen Bicara Tentang Cinta



Jeng jeng... the official cover. Cerpen Kerana Jealousy (special edition utk novel Kau Jelita) ada termuat sekali dalam Kompilasi Limited Edition Idea Kreatif kali ni. #LuthNisa 





SNEAK PEAK!

KETIKA Nisa sedang sibuk mengemas pakaian Luth untuk dimasukkan ke dalam beg kerana suaminya itu akan ke Penang, tiba-tiba sahaja jiwanya galau. Tangannya terhenti seketika daripada mengemas.

Mata Nisa yang redup itu tunak merenung kemeja Luth di tangannya sebelum pandangannya yang suram itu dialihkan ke arah lain. Ada sesuatu yang mengganggu hatinya.
Luth dengan Melina ada hubungan ke?

“Mustahil! Luth suami yang setia.” Suaranya meningkah sendiri menafikan apa yang difikirnya. Mustahil suaminya ada hubungan dengan Melina. Lagipun Luth kan memang bencikan Melina. Malah sebelum mereka berkahwin pun Luth tak pernah melayan Melina. Jadi semua tu memang mustahil! Nisa cuba menyedapkan hatinya sendiri.

“Tapi, kau jangan lupa Nisa. Itu semua sebelum korang berkahwin. Sebelum dan selepas berkahwin lain. Lelaki ni, lepas berkahwin macam- macam benda mustahil boleh jadi. Mungkin dia rasa Melina tu lebih menarik daripada kau sekarang. Almaklumlah, kau kan dah ada anak. Melina tu bergetah lagi.” Ada suara lain membisik, menyela apa yang dia cuba nafikan.


Ya, langau ni masih hidup, masih wujud dan ada kehidupannya sendiri. Cuma entah macam mana tersesat terbang masuk dalam hidup Nisa dan Luth jugak kali ni. Habis punah-ranah rumahtangga orang dek kerjanya. T.T eotteoke eotteoke!


---------------
LIMITED EDITION Penerbitan Idea Kreatif
Khas untuk Ekspo Buku 1 Malaysia PWTC 2015.

Pre Order dibuka sehingga 25 Nov 2015 atau sehingga 700 sahaja. (Cetakan Terhad)

TAJUK : Bicara Tentang Cinta
HARGA : RM 30 + RM6(postage) - Semenanjung
RM 33 + RM 10 (postage) - Sabah/sarawak

SINOPSIS :13 cerita digarap indah oleh 13 penulis. Bercerita tentang cinta dari sudut hati mereka.



Pesanan penaja: Siapa yang follow IKP tahukan... Limited IKP la yang paling kebaboommm dalam dunia novel-novel. Gitu ha... siapa tak beli siap, gigit tangan nanti kalau kena beli dekat pasaran gelap! buat apa nak keluarkan RM100++ kalau RM 30 boleh dapat... kan? *hembus jari. hehehe


5 November 2015

P.A.P.A 2



BAB 2

Kata orang tak kenal maka tak cinta…
Tapi kata Qaisy tak kenal pun dah jatuh cinta!

“Qaiyisha.”

“Sedap nama. Unik. By the way, thanks for helping me. I owe you big one.”

“Benda kecik. Tarahal.”

Sepi antara mereka, Qaiyisha menundukkan semula wajahnya untuk meneruskan bacaannya yang tergendala tadi.

“Selalu datang sini?” soal Qaisy, nampaknya dia hendak memulakan perbualan dengan Qaiyisha. Mungkin kerana dia bosan menanti mesin basuh tu berhenti ‘berperang’ dan membaca sementara menunggu bukanlah satu pilihan padanya. Bosan! Bercakap dengan makhluk tuhan paling seksi di depannya ni lebih menarik rasanya.

Kalaulah Qaiyisha tak jawab salamnya tadi, sungguh… dia ingat amoi manalah yang cun sangat ni datang basuh baju pagi-pagi. Tapi pandai pulak dia bagi salam tadi walaupun tak pasti Qaiyisha tu amoi ke gadis melayu terakhir ke. Ah, cuba nasib. Kalau salah, paling kurang pun dia cuma perlu cakap sorry.

Qaiyisha memanggung kepalanya. “Tak selalu tapi kerap jugak.”

Berkerut dahi Qaisy mendengar jawapan Qaiyisha. “Tak selalu tapi kerap jugak? Macam tak selari je bunyi ayat tu.”

“Bila dah hujung-hujung sem ni, tak sempat nak basuh. Bila jadi gunung Everest nak tak nak kenalah datang sini. So, tak selalu datang sini tapi kerap bila hujung sem.”

Membulat mulut Qaisy. “Macam tu pun boleh ya?”

“Sangat boleh. Janji ada duit syiling stand by dalam uncang.”

“Tak ada duit syiling pun boleh apa. Tu, kan ada mesin ajaib dekat hujung penjuru tu.” Mulut Qaisy menjuih ke arah mesin tukar duit yang tak jauh dari kedudukan mereka berdua sambil menyandar selesa ke belakang dan kedua tangannya diseluk masuk ke poket seluar khakinya. Santai.

Qaiyisha kulum senyum, sempoi sahaja gaya Qaisy ni. Nampak macam orang biasa-biasa sahaja si Qaisy ni pada pandangan matanya tapi ada ke orang biasa-biasa yang dompetnya penuh duit dan paling tragis tak tahu guna mesin basuh?

First time ke datang sini?” soal Qaiyisha pula. Nak tanya first time ke guna mesin basuh seumur hidup? Macam tak terluah dan tak sampai hati la pulak sebab rasa kejam je bunyi ayat tu… menyindir tak hengat namanya kalau tanya macam tu. Air muka orang pun nak kena jugak jaga.

Qaisy mengangguk berkali-kali. “First time and not the last time.” Giginya yang putih bersih dan tersusun itu menyapa pandangan Qaiyisha bila Qaisy tersengih.

Qaiyisha mengangguk. Memanglah bukan the last time kalau dah benda tu menyenangkan hidup mereka, mestilah dia akan datang lagi ke sini. Qaiyisha pun dulu macam tu, konon dulu tak akan jejak kaki dekat kedai dobi. Buat apa membazir duit hantar baju ke kedai dobi bagai ni. Membazir tu kan sepupu sepapat syaitan. Mesin basuh kat rumah kan ada? Guna sahajalah. Tapi tu dulu… dulu yang masa mesin basuh hidup segan, mati tak mahu ada lagi dekat rumah sewa dia tu.

Sekarang lepas mesin tu dah tak segan nak mati dan dah tak nak hidup agaknya, dia dengan budak-budak rumah lain kena basuh baju secara manual. Pakai tangan! Habislah tangan anak-anak dara dekat rumah sewanya yang putih mulus-gebu-gebas tu jadi kasar. Seminggu dua tahanlah basuh tangan, tapi lepas exam pun dah nak dekat, assignment pun menimbum maha punya banyak… memang jawabnya macam-macam jenis gunung ada dekat rumah tu! Nak-nak pulak bila diorang mintak mesin basuh baru dekat tuan rumah tapi permintaan mereka dibohlayankan sahaja… apa pilihan yang ada? Heret bakul baju kotor tu ke kedai dobi la jawapannya.

Sunyi lagi. Qaiyisha, menunduk semula menyambung bacaan. Tapi yang sebetulnya dah hilang fokusnya bila asyik bercakap dengan lelaki tu, dia menunduk semula kerana tak tahu nak letak arah matanya ni ke mana. Nak ditenung mamat depannya ni rasa segan la pulak.

Lain cerita pulak bagi si Qaisy, tak peduli langsung… segan ke rasa malu ke apa ke. Matanya tu dah macam kena gam, tak berganjak langsung daripada menilik wajah gadis di hadapannya itu.

Cantik… muka ayu. Kalau buat awek pun masyuk ni. Desis hatinya.

Ting!

Qaiyisha memasukkan novelnya ke dalam beg galasnya dan dia bergerak ke hadapan. Tangannya ligat mengeluarkan baju-bajunya dari perut mesin pengering. Tak betah lagi berlama-lama di situ sebabnya dia dah mula sedar yang Qasiy sekarang tengah merenungnya. Sangat tak selesa!

Qaisy pula, setiap perilaku Qaiyisha diperhatikan dengan penuh khusyuk. Entah kenapa tiba-tiba dia nampak cahaya bersinar pada Qaiyisha. Ala-ala macam bidadari yang baru turun dari langit dia rasa. Walaupun seumur hidup dia tak pernah nampak bidadari turun dari langit macam mana. Kalau orang jatuh pokok pernah la dia nampak. Tapi perasaan tu betul-betul buat Qaisy terasa diawang-awangan. Dia tersengih sorang-sorang.

Masih bercahaya Qaiyisha di pandangan matanya. Apabila Qaiyisha berpaling dan memandang ke arahnya sambil rambut si gadis itu berterbangan bebas ditiup angin makin bertambah lebar sengihannya.

Cantik. Desis hatinya lagi.

Usai mengeluarkan bajunya, dia berpaling ke arah Qaisy. Dia memberi senyuman biasa kepada Qaisy dan terus berpaling dari lelaki itu. Seram pulak nak berlama-lama dekat situ sendirian dengan lelaki yang tersenyum sorang-sorang dan yang paling tragis tak tahu guna mesin basuh!

Qaisy yang masih terpegun dengan senyuman Qaiyisha terus merenung gadis itu sehinggalah kelibat Qaiyisha menghilang dan…

Qaisy menepuk dahinya. “Alamak, lupa nak mintak pinjam duit dekat dia la. Macam mana nak keringkan cadar ni? Masak aku dengan Amir nanti.”

Caih, bukan dirisaunya sebab tak dapat nombor telefon Qaiyisha! Tapi sebab duit… Qaisy, Qaisy.




Qaisy melepak sambil menonton tv di ruang tamu. Tapi apabila terdengar bunyi deruman motor kapcai Amir yang sepatutnya dah jadi bahan pameran dekat muzium Negara tu berbunyi macam anak tikus berdecit, melompat terus Qaisy dari sofa. Terus dia mencapai surat khabar di atas meja dan berpura-pura membaca surat khabar, tv yang terpasang dibiarkan sahaja.

“Assalamualaikum.” Amir memberi salam. Kunci motor dan helmetnya diletakkan di atas meja ruang tamu.

“Waalaikumsalam. Awal kau balik?”

“Awal apa bendanya… ni pun aku cabut balik. Dah tak larat aku nak menghadap paper research tu. Dah nak termuntah aku buat benda alah tu, partner aku harap muka je lawa. Otak berasap. Semua aku nak kena buat. Penat tau tak,” bebel Amir sambil membuka stokinnya dan kemudian disumbatnya ke dalam kasutnya.

“Ooo…” Itu je respon paling caring yang Qaisy boleh bagi walaupun panjang lebar si Amir tu meluahkan perasaan padanya sebab cuak.

“Dah la, aku penat gila ni. Semalaman kut aku tak tidur. Mata aku ni dah tak boleh nak bukak. Sipi-sipi lagi nak terkatup terus. Aku masuk dulu, nak tidur.”

“Err, ok. Selamat beradu.”

“Hurmm.”

Sebaik sahaja kelibat Amir menghilang daripada matanya, terus Qaisy melompat dari sofanya, tanganya pantas mencapai kunci motor dan helmet Amir yang berada di atas meja tadi.

Countdowncountdown

Qaisy dah selamat duduk atas motor Amir, tangannya sibuk menyarung helmet kura-kura milik Amir di kepalanya. Dalam pada itu sempat lagi matanya terjengah-jengah memandang ke dalam rumah.

5, 4, 3, 2…

Enjin motor dihidupkan.

1!

“Woi! Hamba Allah mana yang mimpi basah atas cadar aku ni?” bergema satu rumah sewa meraka dek jeritan Amir yang merdu bak buluh perindu tu.

Qaisy?

Dah lesap bersama-sama asap motor Amir.

Eheh…

Dia dah tahu bala apa yang bakal menimpannya kalau dia berlama-lama dalam rumah tu, sebab tu awal-awal lagi dah rempit keluar, cabut selamatkan diri.



continue....

-----------------

TK: 1st time guna nama hero heroin nama hampir-hampir sama. Saja nak feeling2 macam diorang ni pasangan sejati forever yang ala-ala pinang dibelah berbelah-belah sampai hancur.