BAB 2
Kata orang tak kenal maka tak
cinta…
Tapi kata Qaisy tak kenal pun dah
jatuh cinta!
“Qaiyisha.”
“Sedap
nama. Unik. By the way, thanks for helping me. I owe you big one.”
“Benda
kecik. Tarahal.”
Sepi
antara mereka, Qaiyisha menundukkan semula wajahnya untuk meneruskan bacaannya
yang tergendala tadi.
“Selalu
datang sini?” soal Qaisy, nampaknya dia hendak memulakan perbualan dengan
Qaiyisha. Mungkin kerana dia bosan menanti mesin basuh tu berhenti ‘berperang’
dan membaca sementara menunggu bukanlah satu pilihan padanya. Bosan! Bercakap
dengan makhluk tuhan paling seksi di depannya ni lebih menarik rasanya.
Kalaulah
Qaiyisha tak jawab salamnya tadi, sungguh… dia ingat amoi manalah yang cun
sangat ni datang basuh baju pagi-pagi. Tapi pandai pulak dia bagi salam tadi
walaupun tak pasti Qaiyisha tu amoi ke gadis melayu terakhir ke. Ah, cuba
nasib. Kalau salah, paling kurang pun dia cuma perlu cakap sorry.
Qaiyisha
memanggung kepalanya. “Tak selalu tapi kerap jugak.”
Berkerut
dahi Qaisy mendengar jawapan Qaiyisha. “Tak selalu tapi kerap jugak? Macam tak
selari je bunyi ayat tu.”
“Bila
dah hujung-hujung sem ni, tak sempat nak basuh. Bila jadi gunung Everest nak
tak nak kenalah datang sini. So, tak
selalu datang sini tapi kerap bila hujung sem.”
Membulat
mulut Qaisy. “Macam tu pun boleh ya?”
“Sangat
boleh. Janji ada duit syiling stand by
dalam uncang.”
“Tak
ada duit syiling pun boleh apa. Tu, kan ada mesin ajaib dekat hujung penjuru
tu.” Mulut Qaisy menjuih ke arah mesin tukar duit yang tak jauh dari kedudukan
mereka berdua sambil menyandar selesa ke belakang dan kedua tangannya diseluk
masuk ke poket seluar khakinya. Santai.
Qaiyisha
kulum senyum, sempoi sahaja gaya Qaisy ni. Nampak macam orang biasa-biasa
sahaja si Qaisy ni pada pandangan matanya tapi ada ke orang biasa-biasa yang
dompetnya penuh duit dan paling tragis tak tahu guna mesin basuh?
“First time ke datang sini?” soal
Qaiyisha pula. Nak tanya first time ke
guna mesin basuh seumur hidup? Macam tak terluah dan tak sampai hati la pulak
sebab rasa kejam je bunyi ayat tu…
menyindir tak hengat namanya kalau
tanya macam tu. Air muka orang pun nak kena jugak jaga.
Qaisy
mengangguk berkali-kali. “First time and
not the last time.” Giginya yang putih bersih dan tersusun itu menyapa
pandangan Qaiyisha bila Qaisy tersengih.
Qaiyisha
mengangguk. Memanglah bukan the last time
kalau dah benda tu menyenangkan hidup mereka, mestilah dia akan datang lagi ke
sini. Qaiyisha pun dulu macam tu, konon dulu tak akan jejak kaki dekat kedai
dobi. Buat apa membazir duit hantar baju ke kedai dobi bagai ni. Membazir tu
kan sepupu sepapat syaitan. Mesin basuh kat rumah kan ada? Guna sahajalah. Tapi
tu dulu… dulu yang masa mesin basuh hidup segan, mati tak mahu ada lagi dekat
rumah sewa dia tu.
Sekarang
lepas mesin tu dah tak segan nak mati dan dah tak nak hidup agaknya, dia dengan
budak-budak rumah lain kena basuh baju secara manual. Pakai tangan! Habislah
tangan anak-anak dara dekat rumah sewanya yang putih mulus-gebu-gebas tu jadi
kasar. Seminggu dua tahanlah basuh tangan, tapi lepas exam pun dah nak dekat,
assignment pun menimbum maha punya banyak… memang jawabnya macam-macam
jenis gunung ada dekat rumah tu! Nak-nak pulak bila diorang mintak mesin basuh
baru dekat tuan rumah tapi permintaan mereka dibohlayankan sahaja… apa pilihan yang ada? Heret bakul baju kotor
tu ke kedai dobi la jawapannya.
Sunyi
lagi. Qaiyisha, menunduk semula menyambung bacaan. Tapi yang sebetulnya dah
hilang fokusnya bila asyik bercakap dengan lelaki tu, dia menunduk semula
kerana tak tahu nak letak arah matanya ni ke mana. Nak ditenung mamat depannya
ni rasa segan la pulak.
Lain
cerita pulak bagi si Qaisy, tak peduli langsung… segan ke rasa malu ke apa ke.
Matanya tu dah macam kena gam, tak berganjak langsung daripada menilik wajah
gadis di hadapannya itu.
Cantik…
muka ayu. Kalau buat awek pun masyuk ni. Desis hatinya.
Ting!
Qaiyisha
memasukkan novelnya ke dalam beg galasnya dan dia bergerak ke hadapan.
Tangannya ligat mengeluarkan baju-bajunya dari perut mesin pengering. Tak betah
lagi berlama-lama di situ sebabnya dia dah mula sedar yang Qasiy sekarang
tengah merenungnya. Sangat tak selesa!
Qaisy
pula, setiap perilaku Qaiyisha diperhatikan dengan penuh khusyuk. Entah kenapa tiba-tiba
dia nampak cahaya bersinar pada Qaiyisha. Ala-ala macam bidadari yang baru
turun dari langit dia rasa. Walaupun seumur hidup dia tak pernah nampak
bidadari turun dari langit macam mana. Kalau orang jatuh pokok pernah la dia
nampak. Tapi perasaan tu betul-betul buat Qaisy terasa diawang-awangan. Dia
tersengih sorang-sorang.
Masih
bercahaya Qaiyisha di pandangan matanya. Apabila Qaiyisha berpaling dan memandang
ke arahnya sambil rambut si gadis itu berterbangan bebas ditiup angin makin
bertambah lebar sengihannya.
Cantik.
Desis hatinya lagi.
Usai
mengeluarkan bajunya, dia berpaling ke arah Qaisy. Dia memberi senyuman biasa
kepada Qaisy dan terus berpaling dari lelaki itu. Seram pulak nak berlama-lama
dekat situ sendirian dengan lelaki yang tersenyum sorang-sorang dan yang paling
tragis tak tahu guna mesin basuh!
Qaisy
yang masih terpegun dengan senyuman Qaiyisha terus merenung gadis itu
sehinggalah kelibat Qaiyisha menghilang dan…
Qaisy
menepuk dahinya. “Alamak, lupa nak mintak pinjam duit dekat dia la. Macam mana
nak keringkan cadar ni? Masak aku dengan Amir nanti.”
Caih,
bukan dirisaunya sebab tak dapat nombor telefon Qaiyisha! Tapi sebab duit…
Qaisy, Qaisy.
Qaisy
melepak sambil menonton tv di ruang tamu. Tapi apabila terdengar bunyi deruman
motor kapcai Amir yang sepatutnya dah jadi bahan pameran dekat muzium Negara tu
berbunyi macam anak tikus berdecit, melompat terus Qaisy dari sofa. Terus dia
mencapai surat khabar di atas meja dan berpura-pura membaca surat khabar, tv
yang terpasang dibiarkan sahaja.
“Assalamualaikum.”
Amir memberi salam. Kunci motor dan helmetnya diletakkan di atas meja ruang
tamu.
“Waalaikumsalam.
Awal kau balik?”
“Awal
apa bendanya… ni pun aku cabut balik. Dah tak larat aku nak menghadap paper research tu. Dah nak termuntah aku
buat benda alah tu, partner aku harap
muka je lawa. Otak berasap. Semua aku
nak kena buat. Penat tau tak,” bebel Amir sambil membuka stokinnya dan kemudian
disumbatnya ke dalam kasutnya.
“Ooo…”
Itu je respon paling caring yang Qaisy boleh bagi walaupun
panjang lebar si Amir tu meluahkan perasaan padanya sebab cuak.
“Dah
la, aku penat gila ni. Semalaman kut aku tak tidur. Mata aku ni dah tak boleh
nak bukak. Sipi-sipi lagi nak terkatup terus. Aku masuk dulu, nak tidur.”
“Err,
ok. Selamat beradu.”
“Hurmm.”
Sebaik
sahaja kelibat Amir menghilang daripada matanya, terus Qaisy melompat dari
sofanya, tanganya pantas mencapai kunci motor dan helmet Amir yang berada di
atas meja tadi.
Countdown…
countdown…
Qaisy
dah selamat duduk atas motor Amir, tangannya sibuk menyarung helmet kura-kura
milik Amir di kepalanya. Dalam pada itu sempat lagi matanya terjengah-jengah
memandang ke dalam rumah.
5,
4, 3, 2…
Enjin
motor dihidupkan.
1!
“Woi!
Hamba Allah mana yang mimpi basah atas cadar aku ni?” bergema satu rumah sewa
meraka dek jeritan Amir yang merdu bak buluh perindu tu.
Qaisy?
Dah
lesap bersama-sama asap motor Amir.
Eheh…
Dia
dah tahu bala apa yang bakal menimpannya kalau dia berlama-lama dalam rumah tu,
sebab tu awal-awal lagi dah rempit keluar, cabut selamatkan diri.
continue....
-----------------
TK: 1st time guna nama hero heroin nama hampir-hampir sama. Saja nak feeling2 macam diorang ni pasangan sejati forever yang ala-ala pinang dibelah berbelah-belah sampai hancur.
Mimpi basah???
ReplyDeleteHahaharu la qaisy nih...ni mesti kes xdak duit kecik nak guna dryer nih...
Best laa sis...tahap angau tu mmg gaban punya angau...
tau xpe kak... haha
Deleteperangai tak semenggah betul qaisy ni. XD
tq sudi komen :)) lap u lahh... mcm qaisy punya angau. hehe
kelakar .
ReplyDeletehehe... terima kasih... ;)
Deletehahahahaa...awat laa xpi sidai kat ampaian dulu..qaisy...qaisy*geleng kepala..
ReplyDeletedia kelam kabut wei.. x leh nak pikiaq apa dah. XD
Delete