BAB 1
Pertemuan pertama dan hati berentak
irama.
Usai
memasukkan pakaian kotornya ke dalam mesin basuh, tangannya menutup pintu mesin
basuh. Kemudian dia mencapai botol sabun basuh baju yang berjenama Attack lalu dituangnya cecair pencuci baju itu ke dalam tempat yang disediakan. Pintu mesin
basuh itu ditutup semula dan butang start
ditekannya.
Dia tersenyum sendiri, mudah betul hidup zaman sekarang. Kalau
orang zaman dahulu, zaman nenek moyang kita makan ubi kayu, zaman tok kaduk la
senang cakap… orang basuh baju pun dah serupa nak bersenam keluar peluhnya.
Yalah,
dulu mana nak dapat mesin basuh automatic
yang canggih macam zaman sekarang. Sekarang ni senang betul hidup, masuk baju
dalam perut mesin, letak sabun sikit dan kalau nak wangi tambah pelembut lepas
tu tekan butang start. Habis. Cakap
sahaja berapa kilo baju yang nak dibasuh, 3kg? 5kg? 10kg pun ada! Yang penting
pulus mau ada dalam tangan. Lepas tu boleh sesedap rasa tunjuk dekat tauke
kedai tu nak mesin basuh jenama apa. Berlambak, sampaikan jenama yang tak
pernah dengar wujud pun wujud.
Dia
berlalu ke meja yang disediakan di ruang menunggu sementara menanti bajunya siap
dibasuh dan kemudian melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi disitu.
Walaupun di situ memang dah tersedia beberapa buah majalah untuk para pelanggan
mengisi masa mereka sambil menanti baju masing-masing siap dibasuh. Tapi dia
lebih selesa membawa buku sendiri. Lebih kena dengan jiwanya.
Usai duduk
dengan selesa, tangannya mencapai novel yang dibawanya dari rumah. Memang dah
menjadi kebiasaanya untuk membawa apa-apa bahan bacaan apabila membasuh baju di
kedai dobi layan diri ini sementara menanti bajunya siap dicuci. Taklah terasa
lama sangat kalau dia membuat sesuatu.
Dia
membuka muka surat terakhir yang dibacanya. Suasana kedai dobi yang lengang pagi
itu membuatkan dia berasa lebih selesa kerana tiada sesiapa di situ melainkan
dia seorang sahaja. Mungkin kerana masih awal pagi. Duduknya dibetulkan agar
lebih selesa sebelum akhirnya dia leka dengan bacaannya.
15
minit terus berlalu sebelum tiba-tiba
bacaannya terhenti seketika apabila dari hujung ekor matanya dia ternampak
kelibat seorang lelaki yang memasuki ruang kedai dobi itu. Sekilas pandang mata
mereka bertaut buat seketika, tetapi tiada reaksi daripada kedua-dua orang mereka.
Dia kembali menundukkan wajahnya dan meneruskan pembacaannya manakala lelaki
tadi menuju ke arah salah sebuah mesin basuh yang masih kosong.
Entah
kenapa dia rasa tertarik untuk melihat lelaki tadi, lantas dia mengangkat
semula wajahnya dan dia melihat lelaki tadi masih berdiri di hadapan mesin
basuh itu tanpa berbuat apa-apa. Sekejap lelaki itu bercekak pinggang, sekejap
dia memegang mesin basuh tadi. Kemudian teraba-raba pula mesin basuh tu. Ini
kalau mesin basuh tu boleh bercakap mahunya dia kata lelaki tu cuba ambil
kesempatan dekat dia. Silap hari bulan mesin basuh tu saman lelaki ni sebab sexual harrasement! Tu kalau mesin basuh
ni boleh bercakap la. Dia tersenyum kecil.
Ting!
Bunyi yang menandakan basuhannya telah siap. Dia segera meletakkan novelnya di
atas meja dan berlalu mendapatkan mesin basuh, dengan cermat dia megeluarkan
pakaiannya dari perut mesin basuh itu. Buat kali keduanya pandangan mata mereka
berdua bertaut dan kali ini dia menghadiahkan senyuman buat si jejaka.
Senyumannya berbalas.
Laju
tangannya memasukkan baju-baju yang sudah siap dibasuh tadi ke dalam mesin
pengering pula yang elok terletak di bahagian atas mesin basuh tadi. Salah satu
sebab yang menjadikan dia pengunjung setia di kedai dobi ni adalah fasilitinya
yang mesra pelanggan. Susun atur mesin pengering yang diletakkan di bahagian
atas mesin basuh memudahkan pergerakkannya. Tak payah nak susah-susah heret
bakul yang penuh dengan baju yang dah siap dibasuh ke tempat lain. Buka sahaja
pintu mesin basuh, angkat baju-baju tadi tu dan campak masuk ke dalam mesin
pengering yang dekat atas pulak.
Tanpa
dia sedar segala pergerakkannya tadi diperhatikan oleh lelaki tadi dengan penuh
khusyuk. Pintu mesin pengering ditutup dan macam biasa butang keramat yang
memudahkan hidup ramai umat manusia ini, start
ditekan. Settle. Tunggu baju siap je sekarang. Dia kembali duduk di
tempatnya tadi dan tangannya mencapai semula novelnya tadi.
“Err,
assalamualaikum.”
Dia
mengangkat pandangannya yang dari tadi menunduk membaca bait-bait perkataan pada
novel Kau Jelita.
Matanya bertaut dengan sepasang mata redup milik pemanggil
yang berdiri berhadapan dengannya.
“Waalaikumsalam,” jawabnya ala-kadar.
“Kalau
cik tak keberatan, boleh tolong saya?” soal lelaki itu.
“Tolong?
Tolong apa ya?” keningnya terangkat sedikit ketika menyoal.
“Cantiknya
kening.” Lelaki tadi memuji perlahan tanpa dia sedar.
“Apa
awak cakap?”
“Err,
tak. Saya cakap mesin basuh. Saya tak tahu nak guna mesin basuh ni macam mana.
Boleh tolong tunjuk dekat saya cara nak guna mesin ni?”
Tak
berkelip matanya memandang lelaki itu. Ajar guna mesin basuh? Biar benar dia ni tak tahu guna mesin basih? Soalnya di dalam hati.
Lelaki
itu masih menanti balasan jawapan darinya.
“Boleh.”
Lain yang terdetik di hati, lain yang terbentuk di suara. Mereka berdua
bergerak mendapatkan mesin basuh yang lelaki tu letakkan bakul baju kotor di
hadapannya.
“Letak
baju kotor dekat dalam mesin ni.” Si gadis memberi arahan pertamanya.
“Macam
mana nak letak? Nak buka pun tak boleh.” Si jejaka menjawab.
Matanya
merenung wajah lelaki itu. Hurmm, hensem jugak dia ni...
“Bukak
dekat sini. Tarik tempat pemegang ni.” Dia menunjukkan pada lelaki itu.
“Ooo,
macam tu. Saya ingat kena tekan butang apa-apa tadi baru dia terbuka.” Polos
jawapannya.
“Kemudian
letak sabun dalam bekas ni…” Dia menarik bekas tempat letak sabun. “Eh, sabun awak mana?” soalnya bila dilihat lelaki
itu cuma memegang bakul baju kotor sahaja.
“La,
kena guna sabun sendiri ke? Saya ingat mesin basuh ni siap pakej dengan sabun
sekali. Masuk duit lepas tu terus basuh siap dengan sabun. Ke tak payah pakai
sabun pun sebenarnya?”
Seolah-olah
nak pengsan dia rasa dengar jawapan ‘innocent’
lelaki tu. Dia ni datang dari planet Marikh ke apa? Soalan tu… tak payah pakai
sabun? Habis tu apa fungsi sikit punya banyak jenama pencuci baju yang berderet
dekat kedai tu? Buat basuh anak kucing? Kutuknya di dalam hati sebelum
kepalanya tergeleng sedikit.
“Kena
bawak sabun sendiri. Kalau basuh baju tak letak sabun baik tak payah basuh. Takpe guna sabun saya dulu.” Dia terus mengambil
botol sabunnya dan menuang ke dalam bekas letak sabun.
“Oh,
memang nak basuh baju kena letak setengah tudung sabun je ya?” soalnya sambil memandang si gadis.
“Tak
la, ikut berapa banyak baju yang awak nak basuh. Kalau baju awak banyak, kena
letak penuh satu penutup sabun ni, tapi macam sekarang ni awak nak basuh sikit je sebab tu saya letak sikit.”
“Ooo,
macam tu.”
“Ok,
dah siap masuk baju dan letak sabun. Sekarang…”
“Ha,
yang ni saya tahu. Kena masukkan duit.” Dengan cepat lelaki itu menjawab
sampaikan tak sempat si gadis nak habiskan ayatnya.
Si
gadis tersenyum. Nasib baik ada jugak step
yang dia tahu. Gumamnya perlahan. “Yup,
betul. Masukkan duit syiling empat ringgit dekat sini.”
“Eh,
tak boleh guna duit kertas ke? Saya ingat boleh guna duit kertas.” Sekali lagi kepolosannya
terserlah.
Rasa
nak pengsan mendengar jawapan lelaki itu yang polos. Polos? Huh, rasa nak
loloskan sekali je dia ni ke dalam
mesin. Ni bukan polos, ni sengal tak bertahap namanya!
“Tak
boleh, kena guna duit syiling sahaja. Ada duit syiling?” soalnya.
“Tak
ada langsung. Saya ada ni je.” Lelaki
tu mengeluarkan beberapa not RM 50 kepada si gadis. “Kalau masukkan duit RM 50
ni sekeping tak boleh ke? Nanti balance, owner kedai ni dia bagi balik tak boleh
ke? Leceh la nak guna duit syiling.”
Eh,
amboi… bijaknya dia berkata-kata. Memang betullah dia ni muncul dari planet
Marikh! Habis tu selama ni dia basuh baju dekat tepi sungai ke macam orang zaman dulu? Terdetik soalan itu dihatinya.Si gadis megumpat di dalam hatinya.
“Awak,
tak boleh guna duit kertas dan tak ada maknanya awak nak claim balance dekat owner kedai
ni. Nama pun kedai dobi layan diri, memang tak la. Sini, kita tukar dulu duit
awak.” Dia membawa lelaki itu ke mesin tukar duit.
“Duit
seringgit-seringgit empat keping ada?”
“Err,
saya memang tak ada duit lain.” Lantas isi dompetnya ditunjukkan kepada gadis
itu. Lelaki itu tersengih senget di hadapannya.
Terkejut
juga dia tengok isi dompet lelaki itu. Apa tak nya, semuanya not berwarna ungu
dan hijau tua berderet-deret. Duit seringgit ke lima ringgit ke memang tak
nampak bayang langsung! Tahu dah la dia kenapa mamat depan dia buta kayu tak
tahu guna mesin basuh. Anak orang kaya. Si gadis tersenyum sinis.
“Kalau
kita exchange duit boleh? Saya bagi
awak RM 50 ni awak tukar dengan empat ringgit.” Lelaki tu memberi cadangan
yang…
“Tak
boleh… saya tak ada baki nak bagi dekat awak.” Dengan sepantas kilat kena reject gadis itu.
Lelaki
itu mengusap belakang tengkuknya, terasa buntu tika itu untuk cari jalan
penyelesaian. Jiwanya bertambah resah apabila terpandang cadar katil yang elok
tersadai di dalam perut mesin basuh tadi. By
hook or by crook memang dia kena basuh cadar tu, kalau tak memang confirm dia kena halau dari rumah
sewanya.
Menyesal
pula dia makan atas katil Amir semalam. Tak pasal-pasal mi kuah yang dia makan
tu terbalik atas katil Amir. Nasib baik Amir merangkap teman serumahnya tu tak
balik semalam kerana ada kerja di luar. Tapi masalahnya sekarang dia perlu
pastikan cadar ni bersih seperti sediakala sebelum Amir balik atau kepala dia
yang bakal Amir jadikan lauk malam tu!
Aduh,
parah betul!
“Macam
ni la, guna duit saya dulu.” Si gadis akhirnya memecahkan kebuntuan lelaki itu.
Matanya
seolah-olah bercahaya mendengar jawapan si gadis. “Betul ke ni awak? Betul ke?”
“Yup,”
jawabnya sambil tersenyum. Dia terus mengeluar not RM 1 sebanyak empat keping
dan dimasukkan ke dalam mesin tukar duit yang memudahkan semua pengguna yang
malas nak menghimpun koleksi duit syiling macam dia ni, mesin tukar duit tu
umpama mesin ajaib yang berharga tau! Memang taklah nak heret uncang syiling ke
sana ke mari.
Toing,
toing! Bunyi duit syiling berdentum jatuh dari mesin itu.
“Wow!”
lelaki itu teruja.
Si
gadis menyembunyikan senyumannya melihat reaksi teruja lelaki itu yang agak
kebudak-budakkan.
“Ok,
lepas tu masukkan syiling dekat sini dan tekan butang start. Siap. Tunggu je
mesin ni basuh baju awak dan boleh keringkan terus guna mesin dekat atas ni
kalau awak nak. Ulang step yang sama
yang saya tunjuk tadi cuma tak payah masukkan sabun. Tapi yang mesin pengering
ni awak kena masukkan lima ringgit tau.” Panjang lebar si gadis menerangkan
pada lelaki itu.
Lelaki
itu mengangguk kepalanya tanda faham. “Okay, faham. Thanks awak.” Senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu. Si gadis
membalas senyuman, dia hendak berpaling untuk kembali duduk di mejanya tadi
tapi belum sempat dia berpaling si jejaka dah menghulurkan salam perkenalan.
“Saya
Qaisy.”
-------------------------
TK: Pernah jumpa orang tak reti guna mesin basuh? pernahhh? hurmmm, sekarang mood nak mengarang membuak-buak tapi ayat nak ditaip tak terluak-luak, saya pun dah naik muak dengan diri sendiri. Writer block kununnya.... tapi sampai bila ya tak? So.... awak... yes you... nak lagi tak sambungan PAPA? ;)
Nak!! cepat sambung, sis..
ReplyDeleteamboi, seru dua kau letak dik. haha ok2 akak try. ;)
DeleteQaisy...anak teruna akak yg umur 13thn pun pandai guna mesin basuh layan diri ni tau....
ReplyDeletehihihi....😅😅😅
kan!! apalah Qaisy itu pun x tau. *geleng kepala.
Deletebudak lelaki, biasanya ada saja mak, adik beradik perempuan yang tolong basuhkan. Tapi bagus juga Qaisy, tahu buat kotor, tahu nak bersihkan. Boleh masuk senarai suami mithali ni.
ReplyDeletehahaha. betul2! setuju 100% kak mas. Iyalah kak, pandai makan pandai simpan la... hehe :D
DeleteErkkkk.. Kat rumah kita ada sorang makhluk yg x pandai gna mesin basuh..ngeeeee...
DeleteMenarik!!
betul ke kak kartina?? uishh, ni boleh geng dengan qaisy ni. haha btw thanks!! :D
Delete