22 October 2015

Kompilasi Cinta Pertama Adiwarna



Ingat lagi kisah Temah Tembun a.k.a Fatin Fatinah dan Fattah Azfar yang kaki mengusik tu? Ha, cerpen yang diinspirasikan dan ilham datang dariNya sempena bulan Ramadhan yang Mulia. Alhamdulillah. Anugerah Kasih cerpen saya yang pertama berjaya diterbitkan dan terima kasih JS Adiwarna sebab sudi pilih cerpen saya.


[SE] Klik link untuk baca special edition cerpen Anugerah Kasih.

Dalam Cinta Pertama menceritakan kisah Fattah dan Fatinah sebelum berkahwin. Macam mana mereka bertemu dan macam mana kuatnya Cinta Pertama mereka sehinggakan berjodoh walaupun terpisah.


Yang buat hati saya tambah berbunga lagi! adalah Kak Noor Suraya yang jugak penulis paling paling saya suka, sayang, minat, hormat and kagum sekali jadi penyelenggaranya. Dan cerpen saya pula ditakdirkan diedit oleh kak Su sendiri. Aduhai, tahu tak masa dapat tahu cerpen saya terpilih. Hati ni tuhan sahaja yang tahu gembiranya tu macam mana. :) Minat saya pada penulisan Kak Su sampai saya pernah buat satu entri khas untuk kak Su.Tak caya? Noor Suraya

Rasa macam mimpi? Huishhh, gila tak!

Kalau ada pesta buku, penulis pertama yang saya cari... Noor Suraya. hehe.

Terima kasih.


Last but not least!

CEpat2 sambar Antologi Cerpen Cinta Pertama ni ya. ada 44 buah kisah dari 44 orang penulis dan ada 44 jenis rasa serta 44 gaya penulisan yang korang akan rasai dalam naskah ni. Berani jamin TAK MENYESAL.

0 gula-gula hati:

Post a Comment