BAB 11
Alamat
di tangan dan semi-detached house dua
tingkat yang tersergam megah di hadapannya dipandang bersilih ganti. Nisa
menyebut kembali alamat rumah yang diberi Luth tempoh hari kepadanya sekali
lalu. Seketika kemudian kepalanya mengangguk perlahan, “Betullah ni rumah dia.”
Nisa
terus menapak memasuki kawasan rumah Luth. Mangga pagar dibuka dengan cermat
menggunakan kunci yang Luth berikan padanya. Ketika di depan pintu utama rumah
itu, Nisa merenung gugusan kunci yang diangkat tinggi sedikit ke udara. Nisa
tersenyum kecil. “You can do this!” dia menarik nafas sedikit dalam. Nak ambil feel katanya. Kunci pintu utama ditolak
masuk dan perlahan-lahan pintu rumah dikuak dari luar…
“Srettt…” Bergema satu rumah yang sunyi
itu dengan bunyi srettt pintu. Amboi,
pintu rumah ni pun tak boleh nak lagi creepy
ke bunyi dia?? Bunyi srettt tadi
walaupun perlahan tetapi dah cukup untuk menaikkan bulu roma Nisa! Kepalanya
dijengahkan sedikit ke dalam... bebola matanya meliar memandang sekeliling
keadaan di dalam rumah itu.
“Rumah
orang ke rumah hantu ni?” komen Nisa dan serta-merta dia menelan air liurnya.
Melihat kawasan rumah yang suram… Nisa jadi seram. Sejuk dan dingin sahaja
suasananya sama macam tuan punya rumah ni! Desis Nisa.
Ketika
kaki kanannya hendak melangkah masuk ke dalam rumah itu, langkahnya terhenti
seketika. Dia teringatkan sesuatu... seolah-olah pita rakaman yang diulang,
kata-kata Luth tentang rumah ini menjengah di pendengaran Nisa.
“Oh
ya… by the way. Nanti masuk rumah tu
baca ayat kursi dulu dua tiga kali. Bukan apa, nak ingatkan awak je rumah tu keras sikit.”
“Ke…
ke… keras?” Nisa dah tergagap.
Luth
mengangguk. “Bukan keras sikitlah, keras banyak la jugak. Asal kawasan tapak perumahan saya tu bekas kilang Jepun yang
meletup dulu. Ramai juga yang terkorban masa letupan tu. Faham-faham ajelah
kerasnya tu macam mana.” Nada Luth santai seolah-olah apa yang dia katakan itu
perkara biasa.
Nisa
telan air liur.
“Ada
saya dengar cerita daripada jiran saya yang anaknya pernah kena. Masa tu dia
nak ke bilik air... bila dia nak balik ke bilik dia je dia rasa ada ‘benda’ yang mengikutnya. Tapi yang pelik tu bila
dia pandang belakang, kosong. Tak ada apa-apa pun... dia pun naik la atas katil. Masa tu baru dia nampak dari
atas katilnya...”
“N...n...
nampak apa?” Nisa cuak.
“Jari.”
Luth menggerakkan jari telunjuknya.
Mata
Nisa tak berkelip. Dadanya berdebar-debar. Asal rasa seram semacam ni?
“Jari
yang terputus... jari tu ikut dia sampai ke dalam bilik. Jari tu bergerak macam
ni... Makin lama makin dekat... dekat...” Jari telunjuk Luth bergerak macam
ulat beluncas, mata Nisa turut sama mengikut pergerakan jari Luth. Air liur
ditelan kesat. Gulpp...
“Kemudian!”
suara Luth meninggi... Nisa tersentak ke belakang, dia mengurut dadanya yang
terkejut itu. Dalam diam Nisa beristighfar...
“Jari
tu hilang tiba-tiba...”
Luth
menanti reaksi Nisa... dan ternyata ceritanya itu berjaya membuatkan Nisa rasa
takut. Riak wajah Nisa berubah 100%!
“Bila
budak tu pandang ke tepi... dia nampak ada satu lembaga ni dalam keadaan
membelakangkannya. Lembaga tu pakai baju warna putih dan rambutnya panjang
paras pinggang...” Luth menunjukkan pinggangnya pada Nisa.
“Dari
sisi budak tu nampak yang lembaga tu tengah cuba nak sambung jarinya yang
terputus. Jarinya yang budak tu nampak mula-mula tadi... darah dari tangan
lembaga tu menitik-nitik atas lantai. Tap tap tap... Merah pekat!” Luth buat
gaya air menitik.
Nisa
rasa nak menangis dah masa tu. Apa taknya mindanya mula membayangkan benda yang
pelik-pelik.
“Demam
panas seminggu budak tu jadinya. Satu lagi cerita yang saya dengar... jiran
saya cakap dia selalu dengar bunyi orang mandi dekat bilik air tingkat bawah
rumah dia. Tapi bila dia pergi tengok... kosong. Tak ada siapa pun dalam tu.
Yang pelik tu kepala paip air terbuka dan air laju mengalir. Bila dia cuba
tutup kepala paip air tu tak boleh! Dia cuba sekuat hati pun tak boleh! Macam
ada yang menghalang dia daripada menutup kepala paip tu. Dia cuba lagi sampai
terpejam-pejam matanya...”
Jari
Nisa dah dibawa ke mulut... lepas ni taubat kalau nak pergi tandas nak bawa
Fatehah sekali!
“Elok
je dia buka mata... dia nampak ada
tangan lain yang tengah pegang tangan dia. Tangan tu pucat dan sejuk... dan
bila dia pusing dia nampak ‘benda’ yang haling dia tu.” Luth memegang tangan
kirinya dengan tangan kanan seperti menggambarkan keadaan tangan benda tu
tengah memegang tangan jirannya.
Nisa
menggelengkan kepalanya. Tak nak dengar dah! Dia menekup kedua-dua belah
telinganya.
“Pengsan
on the spot jadinya jiran saya masa tu. Seminggu lepas tu dia jual terus rumah
dia.”
“Ok,
dah cukup. Tak payah cerita dah. Saya tak nak dengar,” rayu Nisa. Sungguh
memang rasa cuak dia tahap maksima dah...
“Satu
lagi cerita... jiran saya selalu dengar lagi satu bunyi yang pelik ni...”
“Banyaknya!
Dah la yang dua tu pun dah cukup.”
“Mana
cukup... saya kenalah ceritakan dekat awak semua benda yang saya tahu. Ini pun
untuk kebaikan awak juga. Manalah tau kalau-kalau awak terdengar bunyi
pelik-pelik macam tu tak adalah nak rasa cuak sangat sebab saya dah pernah
cakap dekat awak.” cool sahaja nada
Luth cakap macam benda yang dia nak beritahu Nisa tu cerita pasal anak ayam
kena telan dengan serigala. Heh.
Cuak?
Tak adalah cuak sangat dia cakap? Hantu kut! Nisa dah memegang dahinya. Rasa
macam nak pitam pun ada... Luth memang kejam! Tapi entah kenapa Nisa rasa betul
juga apa yang Luth cakapkan tu. Kalau betul dia terdengar bunyi pelik-pelik
macam yang Luth dah ceritakan mungkin dia boleh buat tak tahu sahaja pada
‘benda’ tu. “Bunyi apa yang jiran dengar?” soal Nisa perlahan. Macam keluar tak
keluar sahaja suaranya.
“Jiran
saya selalu dengar bunyi mesin beroperasi. Bunyi tu kuat sangat-sangat. Macam
bunyi mesin kilang. Lepas tu dia dengar suara orang cakap-cakap dalam bahasa
yang dia tak faham, bila dia pergi tengok tak ada apa pun... benda tu asyik
berlaku sampaikan jiran saya jadi tekanan. Dan sama jugak macam jiran yang sebelum ni dia terus jual rumah tu dan
pindah rumah gara-gara tak tahan dengan bunyi-bunyi ngeri tadi...”
“Huh,
rumah macam tu... mesti tak ada orang nak beli kan?” Nisa cuba ketawa untuk
menutup gugup di hati.
“Tak
la... ada je orang yang beli,” jawab
Luth tenang.
“Siapa?”
“Sayalah...”
Mata
Nisa dah tak berkelip.
What the fish?!
Maknanya rumah dialah. Maknanya tempat aku kerja nanti?! Dia tak nak percaya,
hati dia kuat katakan yang Luth cuma nak takutkan dia. Tapi apasal muka mamat
ni serius? Maknanya betullah! Nisa rasa nak menangis. Sumpah! Dia ni dah la
penakut, semangat pun tak berapa nak kuat. Bila dengar Luth cerita macam tu
lagilah dia rasa tak sanggup… tapi dia terpaksa.
Tersungging
senyuman penuh kejahatan di bibir Luth tapi sedaya upaya dia cuba menahan
ketawa jahatnya yang bila-bila sahaja boleh meletus apabila melihat wajah
sugul-cuak-seram Nisa tika itu.
“Meowwww!”
Tiba-tiba
kucing yang tengah bergaduh berlari di belakang Nisa. Terus tersandar ke
dinding badan Nisa, dia mengurut perlahan dadanya yang rasa nak tercabut masa
tu sikit lagi saja nak tertanggal… tunggu masa! Habis melayang ingatannya
terhadap Luth.
Dengan lafaz bismillah dan selepas
memberi salam Nisa melangkah masuk ke dalam rumah kosong itu. Nisa ingat lagi
kata-kata abahnya. Rumah yang kosong ni kadang-kadang ada makhluk lain yang menghuninya,
makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Seeloknya kita beri
salam terlebih dahulu sebelum memasuki rumah tersebut kerana dengan salam
makhluk yang memusuhi kita boleh menjadi baik dan tidak mengganggu kita.
Lagipun dalam islam sendiri
menganjurkan sebaik-baik adab memasuki rumah adalah dengan memberi salam sesuai
dengan firman Allah SWT, Maka apabila
kamu memasuki ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada
(sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat
lagi baik. - An-Nur; 61.
Nisa menutup pintu rumah itu dengan
perlahan. Harta encik hensem ni (Luth yang perasan)... kenalah jaga. Usai
memberi salam, tak sempat Nisa nak kata apa melainkan bersambung dengan…
“Nauzubillah...”
tangan kanannya melekap ke dahi. Beg tangan yang digalas tangan sebelah kirinya
sudah melurut jatuh daripada bahu ke lantai. Nisa tergamam… tak terkata apa.
Rumah ni pernah kena taufan Katrina ke? Terkejut melihat ‘dekorasi’ rumah Luth
sangatlah lawa dan terlampau… terlampau… korang
sambunglah sendiri. Nisa pening, laju tangannya memicit kepala yang tiba-tiba
rasa berdenyut kuat…
Bila
Luth cakap rumah ni cuma rumah persinggahannya macam tempat untuk dia release tension sahaja, Nisa dah tarik nafas lega sebab nama pun rumah
persinggahan kan? Mestilah orang jarang duduk kan? Maknanya rumah tak adalah
bersepah sangat kan? So, kerja dia
mestilah sikit je kan? Nampak berapa
banyaknya ‘kan’ Nisa tu dan hampeh! Ternyata ‘kannya’ tu semua meleset sekali. Satu
pun tak boleh pakai!
Nisa
siap sediakan novel dengan majalah yang maha punya banyak lagi dalam beg
tangannya... in case kalau dia bosan
sementara menunggu tamat waktu kerjanya. In
case la kan... in case... in case ayam dia! Rumah Luth
macam kena badai! Macam lepas orang kongsi gelap bergaduh dekat lorong belakang
kedai! Macam… erghhh. Nisa speechless.
Nisa
memejam matanya semula, nafas ditarik dan dihembus keluar secara
perlahan-lahan. Sambil memejam matanya, Nisa berkata pada dirinya sendiri... “Nisa
baru first day. Takkan kau nak
mengalah senang sangat? Kau cuma perlu bertahan selama tiga bulan je… cool. You go girl… kau boleh buat. Ala, kemas rumah je pun… kemas rumah je…”
sedaya upaya Nisa cuba memberi semangat kepada dirinya sendiri dan agak berkesan
apabila dia sudah mula rasa bersemangat, perlahan-lahan kelopak matanya dibuka
semula tetapi apabila dia memandang keadaan sekeliling rumah itu... semangat
dah turun satu bar.
Tengok
langsir yang tergantung pun tak serupa langsir tergantung… semangatnya turun
lagi satu bar.
Tengok
di atas meja makan penuh dengan sisa makanan yang entah berapa lama Luth peram…
turun satu bar lagi!
Tengok
pula sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk tak bercuci… turun lagi satu bar!
Tengok
pula ruang tamu yang macam Stone Cole Steve Austin baru lepas wrestling dengan The Rock… habis hilang
semua bar semangatnya.
Nisa
mengesat air mata di hujung matanya… Cinderella-unlucky-to-be.
“Apalah nasib aku ni?”
Heh,
lagi nak tanya apa jenis nasib dia ni. Dah sah-sah... malang! Terjelepok Nisa
di hadapan pintu utama rumah Luth...
Luth
tersenyum sendiri… sedang membayangkan reaksi Nisa ketika memasuki rumahnya
itu. Entah pengsan, entah hidup. Luth ketawa kecil…
Kalaulah
Nisa tahu yang sebelum dia sampai ke rumahnya tu, Luth dah terlebih dahulu ‘sampai’
sehari awal dan tolong ‘mengemas’ bagi pihak Nisa mesti Nisa mengamuk gila.
Memang niat Luth sengaja menyepahkan keadaaan rumah tu, dia saja nak menguji
tahap kesabaran Nisa.
Apa?
jahat? Mana ada…. kejam tahap Hitler je Luth
ni.
Yang
sebetulnya rumah dia sentiasa dalam keadaan kemas. Tak pernah sekalipun dia
biarkan bersepah. Tapi… semalam special
case. Ada tetamu istimewa yang nak datang... jadi dia kenakan siapkan
keadaan rumahnya biar ‘extra special’
juga.
Sebelum-sebelum ni pun, orang
gajinya atau Luth lebih mesra memanggilnya Kak Maimoon tu cuma perlu kemas
rumah supaya tak berhabuk sahaja dan nampak teratur. Simple… kerja pun tak banyak. Kadang-kadang tu sejam dua saja Kak
Maimoon ada dekat rumah Luth untuk mengemas kemudian dia boleh balik. Luth
memang tak tegas sangat tapi gaji memang lumayan Luth bayar pada Kak Maimoon
tu.
Tapi
dengan Nisa ni? Heh, siap ada masa lagi bila masuk kerja dan bila boleh balik.
Paling sadis sesen pun dia tak bayar
pada Nisa…
Tiba-tiba
telefonnya berbunyi. Sebaris nama tertera.
Awek
Pelik.
Kalaulah
Nisa tahu yang Luth simpan nama dia ‘Awek Pelik’ memang sah berdarah lagi
kepala Luth jadinya. No doubt about that.
Luth
sengih. “Eh, macam tau-tau saja Nisa ni yang aku tengah ingatkan dia,” ujar
Luth sendirian. Segera dijawab panggilan Nisa.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.
Ya?”
“Terima
kasih…”
Kening
Luth bertaut… Apasal pula minah ni? “Tak faham.”
“Saya
memang dah lama tak exercise… terharu
sangat tengok keadaan rumah ni. Rasa macam nak menangis la tahap terharu saya
ni… memang terima kasih sangat-sangat ganda lapan puluh kali!”
“Err...
sama-sama kasih?” dia pun was-was nak cakap.
Tiba-tiba…
Tutttt!
panggilan terputus.
Cuba
teka siapa yang letak dulu?
Macam
biasalah… Luth?
Tettt!
Salah.
Nisa.
Luth
ketawa besar dengan keletah Nisa yang betul-betul menghiburkan hatinya. Aduhai,
boleh Nisa telefon dia semata-mata nak menyindir dia pasal keadaan rumah tu.
Bila dapat panggilan dari Nisa, Luth dah boleh bayangkan tahap kebengangan
Nisa… tinggi macam gunung Himalaya!
“Nisa…
comel la awak ni.” Luth tersenyum lalu menyandar ke belakang, siku kirinya
diletakkan pada pemegang kerusinya sambil tangan kirinya memegang kepala. Lagak
seperti orang sedang memikirkan masalah yang besar sahaja.
“Lepas
ni nak suruh buat apa pulak ya?”
Patutlah...
memang masalah besar. Memikirkan idea nak menjahanamkan hidup Nisa lagi
rupanya!
--------------
TK: Part jari terputus cerita2 seram kat atas ni memang betul2 terjadi ya. Bukan COBAAN.... T.T Pengalaman masa duduk dekat rumah kuaters tentera tahun 1999 dulu. Haaa... Btw, macam hampagas ja mamat Luth ni menyakat Nisa. Haha
0 gula-gula hati:
Post a Comment