13 October 2015

Cerpen: Kerana 'Jealousy' (ii)






I didn’t say anything,” balas Nisa kembali berpaling ke sinki.

Your mouth didn’t say anything but your eyes told me everything.” Luth menyendeng tepi kabinet dapur mereka yang bersebelahan dengan sinki. Dirinya merenung Nisa yang sedang membasuh cawan.

“Marah abang, kan?” duga Luth lagi.

Dia tahu Nisa sedang menahan rasa marah apabila melihat dapur mereka berkecah. Bukannya Luth tak faham perangai isterinya yang paling pantang tengok rumah kotor dan bersepah. Walaupun dah berbuih mulut isterinya itu meleterinya tetapi Luth tetap macam tu jugak. Bukannya dia tak nak berubah… tapi susah la bila dah jadi habit.

Nisa membilas cawan di tangan dan diletakkan di para dapur, nafasnya dihela perlahan. Memang dia tak marah pada Luth pun, tapi geram sikit tu ada la.

Dia berpaling memandang Luth. “Tak marah. Kan abang masak untuk anak kita. Takkan Nisa nak marah.”

“Tipu. Tengok kening Nisa terangkat sebelah pun abang dah tahu Nisa tengah marah.”

“Ada pulak kening terangkat dikatanya orang tengah marah. Nisa tak marah. Instead, I’m thankful to you. Terima kasih sebab masak untuk Nadrah.”

“Betul ni tak marah?” soal Luth lagi. Was-was pulak dia rasa kalau Nisa tak marah.


“Eii, orang tak marah la. Berapa kali nak cakap? Ni yang nak marah ni!” Nisa dah bercekak pinggang. Kang elok-elok angin monsun dia tadi dah berjaya diredakan, muncul balik gara-gara Luth asyik provok dia.


To be continue...


----------------------

TK: Tengok... sayang sungguh dekat isteri sampaikan MATA Nisa pun boleh 'BERKATA-KATA'. Tak payah susah2 bazir air liur. Celik mata je suami dah faham apa dia fikir. Hahaha. 

Asal update ciput-ciput je nih?? Haaa... sebab saya cuma post TEASER sahaja. Ni projek untuk kompilasi KOMPILASI CERPEN IDEA KREATIF. Makanya BAKAL DITERBITKAN dengan beberapa orang lagi penulis IKP yang lain. Nak baca full story? Memang wajibalngunnah pi facebook Idea Kreatif Publication and grab one. Limited ni! serius.


0 gula-gula hati:

Post a Comment