BAB 5
Kali pertama berjumpa, katanya
kebetulan.
Kali kedua berjumpa, soalnya… jodoh ke
ni?
Perlahan-lahan
matanya dicelikkan. Cahaya lampu yang terang membuatkan matanya terasa silau.
Berkerut sedikit dahinya dek rasa pedih yang menerjah matanya itu. Sekali lagi matanya
dipaksa supaya melawan cahaya itu.
“Awak
dah sedar?”
Satu suara menyapanya.
Satu suara menyapanya.
Qaisy
mengalihkan pandangannya pada susuk tubuh yang berdiri di sebelah kanannya.
Figura seorang gadis yang terbias dari pandangan matanya dan dek pandangannya
yang masih kabur menyebabkan dia seolah-olah ternampak cahaya disekeliling tubuh itu.
Dikelipkan matanya beberapa kali. Pandangan
Qaisy beransur-ansur jelas dan sekarang wajah si pemanggil jelas terpampang di
retina matanya. Hatinya berdegup kencang…
Dup dup dup.
Dup dup dup.
Patutlah…
gumam Qaisy perlahan. Dari masa sebelum dia pengsan lagi dia asyik ternampak
cahaya tu. Rupa-rupanya dia. Hanya gadis itu sahaja yang mampu hadirkan ilusi
cahaya ala-ala bidadari turun dari langit pada Qaisy.
Dia
tu Qaiyisha.
Qaisy
tersenyum.
“My heart flutters when I see you.”
Spontan Qaisy meluahkan perasaannya.
“Apa?”
kening Qaiyisha bertemu.
“Jom
kahwin nak?”
“Apa?!”
suara Qaiyisha nak satu oktaf.
“Kahwin.
Awak dengan saya. Kita bina keluarga kita. Ada anak-anak…”
Mulut
Qaiyisha ternganga. Ok. Anak-anak dia sebut bukan anak sahaja!
“Teruk
jugak kepala awak terhantuk ni, saya rasa doktor kena scan kepala awak ni tak pun buat MRI ke. Sebab rasa macam otak awak
punya sel dah tak berhubung ni.”
Terkejut?
Gila
tak!
Macam
nak pengsan Qaiyisha rasa bila tiba-tiba Qaisy ajak dia kahwin. Kenal pun tak, nama
penuh Qaisy pun dia tak tahu. Berjumpa pun baru dua kali dan kalau ditambah masa
kedua-dua pertemuan mereka memang lebih dari 8 jam tapi lepas tolak masa yang
Qaisy pengsan lepas pembedahan tadi, pun belum tentu 2 jam jumlah pertemuan
masa mereka!
Dia ingat kahwin tu macam main pondok-pondok ke? Jumpa, rasa macam berkenan lepas tu terus ajak kahwin? Hish, gila betul Qaisy ni. Sedar-sedar terus ajak orang kahwin. Dah kenapa?
Dia ingat kahwin tu macam main pondok-pondok ke? Jumpa, rasa macam berkenan lepas tu terus ajak kahwin? Hish, gila betul Qaisy ni. Sedar-sedar terus ajak orang kahwin. Dah kenapa?
“Saya
serius, otak saya tak ada masalah. Saya rasa kita memang berjodoh.”
Kali
pertama berjumpa Qaisy fikir itu satu kebetulan sahaja. Tapi kalau kali kedua
pun berjumpa… bukan jodoh ke tu?
“Nonsense. Awak baru sedar sebab tu awak
cakap benda merepek. Saya panggilkan doktor.” Tanpa pamitan, Qaiyisha terus
meninggalkan Qaisy yang sedang terlantar di katil.
Di
luar bilik sakit Qaisy, Qaiyisha bersandar di balik dinding. Tangannya memegang
dadanya tepat di hati. Berdegup kencang saat Qais memegang tangannya dan
melamarnya untuk menjadi suri di hati Qaisy.
Qaiyisha
tersenyum. Tak pernah lagi seumur hidupnya berjumpa lelaki yang aci redah macam
Qaisy. Memang la hati terasa berbunga-bunga. Perempuan mana yang tak suka kalau ada lelaki yang ajak dia kahwin. Tapi Qaisy ni straight sangat! naik ngeri pulak dia rasa. Cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya, mengusir rasa yang dia takut akan menyapa hatinya.
“Merepek betul mamat tu. Ada ke patut baru dua kali jumpa terus ajak kahwin? Mengarut sungguh!” Langkah kaki terus diatur mencari doktor yang merawat Qaisy sebentar tadi.
“Merepek betul mamat tu. Ada ke patut baru dua kali jumpa terus ajak kahwin? Mengarut sungguh!” Langkah kaki terus diatur mencari doktor yang merawat Qaisy sebentar tadi.
Sementara
di dalam bilik, Qaisy yang terbaring lemah di atas katil merenung ke arah
siling hospital. Qaisy terasa tekaknya dahaga. Dia menggerakkan tubuhnya tapi
ketika hendak bangun dari pembaringannya baru Qaisy sedar sesuatu.
Dia mengerang kesakitan.
Dia mengerang kesakitan.
Baru
saat ini matanya menangkap kaki kirinya yang elok tergantung di hadapannya
manakala tangan kanannya pula berbalut dengan kain putih. Dia hendak
memalingkan kepalanya ke kirinya tetapi tak boleh. Tangan kanannya pantas
memegang lehernya. Qaisy mengeluh kecil… rupa-rupanya lehernya pun dah selamat
dipakaikan cervical collar. Cervical collar yang tersarung
dilehernya itu diusap perlahan dengan tangan kanannya yang hanya mengalami luka
ringan. Macam mana boleh tak terperasan yang badan teruk luka masa sedar tadi?
Dahsyat jugak panahan cinta Qaiyisha ni sampaikan angau dia melebihi rasa sakit
kemalangan.
Memang
patutlah dalam islam ajar kita supaya tundukkan pandangan mata kita. Jangan
lebih-lebih usha orang perempaun nak-nak pula anak dara orang! Kan musibah dah
menimpa diri. Padah tengok Qaiyisha sampai tak sedar motor yang dia bawak tu
bukan jalan lurus ke hadapan dah tapi dah straight
ke longkang!
Dia
memerhatikan sekelilingnya dengan hujung matanya. Di sebelah kiri katilnya ada
seorang pesakit lelaki lebih kurang sebayanya yang sedang nyenyak tidur.
Keadaan lelaki itu tak ubah sepertinya cuma lelaki itu berbalut kedua-dua
kakinya. Melalui perhatiannya lelaki tu mesti kaki rempit. Telah Qaisy. Manakala
katil yang sebelah kanannya kosong. Dia memandang semula ke hadapan, katil yang
berhadapan dengannya dihuni oleh seorang pesakit lelaki tua yang berbalut
tangan kirinya. Pak cik tua itu sedang makan sambil disuap isterinya dia
melemparkan senyuman kepada Qaisy tetapi Qaisy membalas senyuman orang tua tu
ala kadar sahaja.
Wad
kelas ketiga. Paling Qaisy tak suka bila perlu berkongsi. Dia mengeluh. Ini
kalau daddy dengan mommy tahu memang confirm mereka akan pindahkannya ke wad VVIP. Anak tunggal Tan Sri
Yusoff mana layak duduk wad yang berkongsi-kongsi ni. Kena call daddy ni. Desis hati Qaisy sebelum dia
kembali memandang keadaan dirinya yang terbatas. Macam mana nak bergerak ni?
Gumam Qaisy perlahan. Perlahan-lahan dia mengengsotkan dirinya ke kiri. Tapi
tak berjaya… dia mengeluh kecil.
“Susahnya
nak bergerak. Macam mana aku nak ke tandas ni? Huh.”
Dalam
dia sibuk hendak cuba bergerak, Qaisy tak sedar yang doktor dan Qaiyisha sedang menghampiri katilnya.
“Assalamualaikum,
encik Qaisy.”
Qaisy
mengangkat pandangan matanya. Doktor muda yang bernama Shahril dipandangnya
sekejap sahaja sebelum pandangan matanya terhenti pada Qaiyisha. Lama.
Pandangan mereka bertemu tetapi Qaiyisha melarikan matanya ke arah lain. Tak
betah nak membalas renungan Qaisy.
“Waalaikumsalam.
Bila saya boleh discharged doktor?”
belum sempat doktor tanya keadaannya, dia terlebih dahulu menyoal doktor muda
itu.
“Saya
periksa keadaan encik dulu ya.” Doktor Shahril terus melekapkan steteskopnya pada
dada Qaisy dan memeriksa keadaan Qaisy. Usai memeriksa keadaan Qaisy, dia menggantung
semula alat itu di lehernya dan mencatit sesuatu di papan rekod kesihatan Qaisy
yang tergantung di hujung katilnya.
“Macam
mana? Saya tak payah duduk dekat hospital ni lama-lama kan?” soal Qaisy lagi,
tetapi doktor muda yang bernama Shahril tadi tak melatah dengan sikap gelojoh
Qaisy ni, dia tersenyum.
Qaiyisha
yang berdiri tak jauh dengan mereka menggelengkan kepalanya. Dalam diam dia memerhatikan gelagat Qaisy dan buat masa sekarang apa yang dia dapat rumuskan
tentang sikap Qaisy adalah lelaki ini seorang yang terburu-buru. Sikap yang paling dia tak suka!
“Alhamdulillah,
berita baiknya encik tak ada alami apa pendarahan di bahagian dalam. Cuma
bahagian luaran yang teruk sikit. Kaki kanan encik patah sikit dekat bahagian betis sebab terhentak ke dinding longkang dan
kami dah simenkan. Paling kurang dua minggu baru encik boleh sembuh.”
Qaisy
terdiam. Patah kaki? Mujurlah cuma perlu disemen sahaja… kalau perlu
masukkan besi tak ke lagi teruk tu? Qaisy mengucap syukur dalam diam.
“Kalau
macam tu saya minta izin dulu, saya perlu periksa pesakit lain pula. Encik
Qaisy tolong rehat dengan secukupnya baru cepat sembuh. Puan Qaiyisha, saya
harap puan dapat jaga suami puan dengan baik. Kalau ada apa-apa panggil saya.
Assalamualaikum.”
Qaiyisha
tergamam mendengar kata-kata doktor Shahril. Puan? Suami?!
Sebaik
sahaja kelibat doktor Shahril menghilang Qaisy terus menyoal Qaiyisha. “Awak
cakap saya suami awak ke dekat doktor tadi?” senyuman gatal tersungging
dibibirnya.
Hujung
bibirnya digigit lembut. Tak padan dengan leher berbalut dengan penyangga leher
ada hati nak menggatal.
Cepat-cepat Qaiyisha menggelengkan kepalanya, menafikan. “Tak, saya tak cakap pun macam tu. Saya dah jelaskan pada doktor yang rawat awak masa awak pengsan tadi yang saya tak kenal pun awak. Tapi doktor tu sibuk, doktor tadi tu doktor lain, dia tersalah sangka sebab dia tak tahu.”
Cepat-cepat Qaiyisha menggelengkan kepalanya, menafikan. “Tak, saya tak cakap pun macam tu. Saya dah jelaskan pada doktor yang rawat awak masa awak pengsan tadi yang saya tak kenal pun awak. Tapi doktor tu sibuk, doktor tadi tu doktor lain, dia tersalah sangka sebab dia tak tahu.”
“Betul
ke awak tak kenal saya? Kita pernah jumpa, awak tak ingat saya ke?”
bertalu-talu soalan Qaisy pada Qaiyisha.
Qaiyisha
memandang ke arah lain. Nak mengaku ingat ke tak ni? Tapi kalau nak kata tak
ingat memang menipu la sangat kan. Mustahil dia boleh lupa pada lelaki yang tak
tahu guna mesin basuh ni. Seumur hidup tak pernah lagi dia jumpa manusia yang
tak tahu guna mesin basuh tahap overdose
macam lelaki yang terbaring di hadapannya ini. Harap muka sahaja hensem tapi
guna mesin basuh pun tak tahu. Epic fail
sungguh. Kutuknya di dalam hati.
“Qaiyisha.”
Panggil Qaisy.
“Ingat.
Nama awak Qaisy kan?”
Bertambah
lebar sengihan Qaisy. Dia ingat! Laju sahaja dia hendak mengangguk tapi terlupa
dengan keadaan tengkuknya yang berbalut tu.
“Auch.”
Dia memegang lehernya dengan tangan kiri.
“Awak
jangan la banyak bergerak, nanti lagi banyak tulang awak yang patah.” Qaiyisha
terus menghampiri Qaisy. Risau jugak dia tengok mamat ni berbalut teruk. Nasib
baik la, doktor cakap patah biasa-biasa sahaja. Kalau patah teruk memang makan
nasi guna straw jawabnya Qaisy ni.
“Risau
jugak awak dekat saya ya?” entah kenapa senyuman di bibirnya tak mahu nak
hilang! Ni mesti sebab Qaiyisha ada depan mata.
“Tak
risau tapi kesian. Macam mana yang awak boleh terbabas masuk longkang tadi? Bawak
motor ke berangan?” Qaiyisha menarik kerusi yang disediakan di tepi katil Qaisy
lalu duduk di situ. Hendak pulang sekarang pun dia tak ada apa nak dibuat di
rumah, nak ke kelas pula dah tak sempat. Akhirnya, Qaiyisha memutuskan untuk
menemani Qaisy buat seketika.
“Macam
mana tak terbabas. Saya asyik tengok awak.”
“Saya?”
soal Qaiyisha dengan riak terkejut sambil jari telunjuknya menunding ke
dadanya.
Qaisy
hendak mengangguk lagi tapi…
“Aduh.”
Lupa yang leher tu tak boleh bergerak.
“Boleh
tak awak jangan bergerak. Bahaya, tengkuk awak tu nanti patah lagi teruk tau.
Ish, dia ni.” Marah Qaiyisha tanpa sedar. Risau pulak tengok Qaisy ni.
Qaisy
ketawa. “Sayang juga awak dekat saya ya.”
Mata
ke atas. “Saya tak kenal pun awak. Macam mana nak sayang? Saya kesiankan awak je. Tapi kenapa tengok saya?”
“Sebab
saya rasa nak tengok la.”
“Boleh
tak serius? Dari mula awak sedar sampai sekarang asyik cakap benda merepek je.”
“Mana
ada merepek. Tak dengar doktor tadi tu cakap apa? Saya sihat ya, tak ada
pendarahan dekat dalam otak ke apa ke macam yang awak cakap tu. Waras lagi, dan
semua yang saya cakap memang saya sedar. Saya ajak awak kahwin tadi pun
serius.”
Qaiyisha
senyum sinis. “Kahwin.” Sepatah disebutnya. Dia memandang Qaisy sebelum
menyambung kata. “Do you know my name?”
“Tahu,
Qaiyisha.” Yakin Qaisy menyebutnya. Nada bangga habis sebab tahu nama gadis itu.
“Nama
penuh?” soal Qaiyisha.
Qaisy terdiam. Matanya diangkat perlahan-lahan membalas pandangan mata Qaiyisha.
Qaisy terdiam. Matanya diangkat perlahan-lahan membalas pandangan mata Qaiyisha.
“Err…
tak tahu.”
Qaiyisha
memetik jarinya.
“That’s the point. Itu baru saya tanya
nama penuh saya dan itu pun awak tak boleh nak jawab. Belum lagi saya tanya
awak, saya tinggal dekat mana, ayah saya kerja apa, saya ada berapa orang adik-beradik,
saya suka makan apa, kucing kesayangan saya nama apa and bla bla bla so on. To
make it simple, awak tak kenal saya and
now you ask me for marriage? Rasa-rasa awaklah kan saya akan setuju ke
tidak?” soal Qaiyisha dengan wajah comelnya itu memandang ke arah Qaisy sambil
menopang dagu di katil sakit Qaisy.
Lama
Qaisy terdiam. Dia memandang Qaiyisha.
“Err,
tak kut.” Jawabnya dalam terpaksa.
Qaiyisha
tersenyum. “Tau takpe.”
BAB 6
Jinak-jinak burung merpati,
Makin mendekat dia menjauh pergi,
Kalau tuan cinta sampai mati,
Hendak memikat perlukan strategi.
“Tapi
awak tetap kena bertanggungjawab!”
Qaiyisha
yang baru hendak bangun dari kerusi terus terhenti perbuatannya. Dia duduk
semula memandang Qaisy.
“I beg you pordon? Saya salah dengar ke?”
Qaisy
nak menggeleng tapi macam biasa… “Adoi aii…” dia memegang tengkuknya.
“Padan
muka.” Kali ni Qaiyisha dah tak kesian. Sebabnya mamat dekat depan matanya ni
memang pelik! Tadi ajak kahwin, lepastu cakap dia punca lelaki ni terdampar
dekat hospital dan sekarang suruh dia bertanggungjawab pulak? Huh, sorry nak lori! Memang tak jawabnya!
“Sebab
awak saya jadi macam ni tau. Sekarang senang-senang awak nak blah macam tu je?”
“Salah
saya ke awak tengok saya? Sedangkan saya tak tahu menahu langsung awak yang
bawak motor tu dan lalu depan tempat saya berdiri. Awak pun saya tak nampak
pagi tadi. Saya cuma nak tolong awak yang jatuh tersangkut dalam longkang. Apa
pulak salah saya?” Qaiyisha tak puas hati.
“Salah
awak sebab awak dah curi hati saya.” Qaisy sengih.
Mata
ke atas lagi. Qaiyisha rasa nak lempang mamat depan mata dia ni
“Oh god. Cliché gila ayat tackle. Lagi? Salah saya jugak sebab setiap kali awak terpandang saya, awak nampak cahaya bersinar-sinar disekeliling saya. Macam bidadari turun dari langit kononnya. Itu yang longkang dengan jalan tar pun tak boleh beza, kan?” sinis ya amat suara Qaiyisha. Kalau tadi dia rasa kesian sekarang dia rasa nak sumbat mamat ni dalam mesin basuh! Biar dia tahu mesin basuh tu berfungsi macam mana.
“Oh god. Cliché gila ayat tackle. Lagi? Salah saya jugak sebab setiap kali awak terpandang saya, awak nampak cahaya bersinar-sinar disekeliling saya. Macam bidadari turun dari langit kononnya. Itu yang longkang dengan jalan tar pun tak boleh beza, kan?” sinis ya amat suara Qaiyisha. Kalau tadi dia rasa kesian sekarang dia rasa nak sumbat mamat ni dalam mesin basuh! Biar dia tahu mesin basuh tu berfungsi macam mana.
Mata
Qaisy tak berkelip memandang Qaiyisha. Rasa macam tak percaya dengan apa yang
didengarinya.
“Macam… macam mana awak tahu? Memang betul setiap kali saya
tengok awak, saya nampak awak bersinar-sinar macam bidadari turun dari langit!”
“Ok,
that’s it. I’m done with you.” Tangannya terangkat ke atas seperti tanda
menyerah kalah. Beg tangannya dicapai dan dia hendak melangkah pergi.
“Rasanya
sampai sini je lah pertemuaan kita.
Saya memang dah malas nak layan orang yang otak dia ni ada masalah nak bezakan
antara dunia realiti dengan fantasi. Bye.”
Dia berpaling dari Qaisy.
“Aduh!”
Qaisy mengerang kuat.
Qaiyisha
yang hendak melangkah pergi terhenti langkahnya. Dia berpaling dan terlihat
Qaisy yang cuba bangun dari katilnya. Dia mengeluh kecil. Perlahan-lahan
kakinya diatur ke arah Qaisy semula. Dia membantu Qaisy membetulkan
pembaringannya di katil.
“Cuba
sedar sikit awak ni sakit, buat macam orang sakit boleh tak?” marah Qaiyisha
tapi masih dalam nada yang rendah. Kang kalau dia tengking kecik hati pulak.
“Terima
kasih… saya tak nak awak pergi. Saya…” kata-kata Qaisy terpotong. Telefon
bimbitnya yang Qaiyisha sempat ambil tadi elok terletak di meja sebelah kanan katilnya berbunyi. Qaisy
hendak mencapai telefon itu dengan tangan kirinya tetapi terbatas. Qaiyisha
membantunya mengambil telefon itu lalu dihulurkan pada Qaisy.
Nama
Amir Afro terpampang dan serentak itu Qaisy terfikirkan sesuatu, laju dia
menekan butang hijau. “Assalamualaikum.”
“Amboi,
sejak bila kawan aku ni pandai bagi salam bila aku telefon? Sejuk hati ni
dengar. Alhamdulillah. Ha, waalaikumsalam. Qaisy, kau lambat lagi ke nak balik?
Aku nak guna motor ni. Urgent.” Amir
macam biasa dengan gaya sempoinya tu menyoal sambil duduk goyang kaki di sofa
ruang tamu rumah mereka.
“Mak,
along minta maaf mak. Motor tu along tak sempat nak pos balik ke kampung, kena repair dulu. Along accident pagi tadi.”
Kedebuk!
“Apa?!”
terjelopok ke lantai terus Amir mendengar kata-kata Qaisy.
“Ya-ya,
along tahu salah along. Along cuai. Takpe
nanti dah sembuh Along pergi repair motor
tu. Tapi lambat sikit ya mak along kena cari duit dulu.”
Qaisy
menjeling dengan ekor matanya ke arah Qaiyisha yang berdiri menyilang tangan di
sisinya. Tiba-tiba idea kreatif menjelma di mindanya tika itu. Dia
menyembunyikan evil smilenya… wajah
sayu pula yang ditayangkan pada Qaiyisha.
“Woi!
Aku ni Amir. Bukan Puan Sri Rabiah, mak kau! Apa kau dah buat dengan motor aku?
Teruk ke motor aku? Qaisy!”
Qaisy
mengetap bibirnya, telefon bimbitnya dijauhkan sedikit dari telinga. Amir ni
memang nak kena. Macam nak pecah gegendang telinganya dengar jeritan mamat afro
ni. “Tak la mak, mak jangan risau. Along luka sikit je. Tapi along kena tahan dekat Hospital Tuanku Ja'afar untuk dua tiga
hari ni nak buat pemeriksaan.”
“Qaisy,
wad berapa? Motor aku macam mana? Kau hantar dekat bengkel mana? Kau tunggu aku datang
sekarang.” Terkocoh-kocoh Amir menyarung seluar jeannya sambil telefon dikepit antara
bahu dan telinganya.
“Eh,
mak tak payah susah-susah datang. Jauh tu mak Penang dengan Seremban, nanti mak
penat duduk dalam bas lama-lama. Tak apa, along ok dekat sini. Ada nurse yang cun-cun boleh
tengok-tengokkan along. Lagipun tak la membazir duit tambang bas tu, duit tu
boleh guna buat belanja sekolah adik.”
Qaisy,
dahsyat betul kau karang skrip. Penang? Belanja sekolah adik? Bravo sangat!
Qaiyisha
yang mendengar perbualan Qaisy sedikit sebanyak mula rasa simpati pula.
“Kau
apahal, sengal! Aku tahulah kau accident.
Tapi tak kan effect teruk sungguh
sampai suara jantan aku pun kau tak boleh bezakan, hah!” Amir menjerit buat
kesekian kalinya. Terduduk terus jadinya. Teruk sangat ke Qaisy ni accident
sampai dia pun Qaisy tak kenal. Entah bila masa si Qaisy ni duduk Penang entah?
Siap ada adik lagi tu, bukan dia anak bongsu ke? Ke Qaisy ni ada adik tiri tapi
dia aje yang tak tahu? Amir mula rasa tak sedap hati.
“Ok
lah, mak nanti kita borak lagi. Along nak tidur kejap. Letih. Mak pun tak payah
turun bendang kerap sangat. Mintak tolong Pak Samad buatkan bendang tu. Nanti
sakit mak makin teruk pulak.”
Berkerut-kerut dahi Amir mendengar patah kata Qaisy. Pak Samad mana pulak dah ni??
“Qaisy,
kau lagi tiga kali jumaat ke ni? Kau jangan la buat aku risau. Mak kau tu Puan
Sri Qaisy. Turun bendang pun tak pernah seumur hidup dia, pegang beras pun aku
rasa empat bulan sekali. Kau kena amnesia ke? Doktor cakap apa Qaisy?” Suara
Amir pulak yang mendayu. Air mata dah bertitik-titik turun. Risaukan si Qaisy
ni.
Qaisy
menahan ketawanya, dia batuk beberapa kali untuk menyembunyikan tawanya. Sempat
lagi Amir mengutuk mummynya yang
jarang masuk ke dapur tu. Sabar je la…
“Ya,
ya mak. Along ingat pesan mak. Tak akan lupa makan ubat ikut waktu. Nurse dekat
wad 7B ni semua efektif dan produktif. Ni sebelah katil along, katil no 4
ni ada pesakit yang baya along. Along ada kawan mak jangan risau.”
“Ok, Hospital Tuanku Ja'afar. 7B, katil no 3. Noted.
Kau tunggu aku sampai.”
“Eh,
mak… mak. Sekarang dah nak pukul tujuh. Maghrib pun dah nak masuk… waktu melawat
hospital pun dah nak habis. Takut tak sempat pulak. Nanti kita borak lagi ya
ESOK PAGI. Assalamualaikum.” Qaisy meletak panggilan terlebih dahulu.
Sengaja
dia tekankan perkataan esok pagi tu, takut kang Amir datang sekarang habis
rosak semua plan menguratnya. Lagipun, rasanya dah cukup dah tu info yang dia
bagi dekat Amir. Pandai-pandailah budak afro tu interpret makna lenggok-bahasa-mak-dan-anak yang dia lakonkan tadi.
“Mak
awak tak sihat ke?” soal Qaiyisha tenang. Gadis itu kembali duduk.
“Ha’ah…
biasalah orang tua senang sakit.” Qaisy memandang ke arah lain. Dia tak tipu
Qaiyisha ok, dia main trick je sikit.
Mummy dia memang tak sihat pun. Cuma
sebab selsema biasa la bukan sebab sakit kronik kanser ke barah ke yang macam
dalam kebanyakan drama melayu.
“Oh…
sakit apa?”
Qaisy
mengetap bibirnya. “Sakit tua. Biasalah kadang-kadang batuk-batuk.” Memang mummy selalu batuk pun dua tiga menjak
ni. Sebab selsema tu buat tekak dia rasa gatal!
Qaiyisha
mengangguk perlahan, tiba-tiba rasa simpati menerjah dirinya. “Awak ni orang Penang
la ya? Tapi tak ada slang utara pun masa cakap telefon tadi.”
Alamak!
Qaisy memandang ke tepi sekejap. Aduh, alasan apa nak pakai ni. Manalah dia
tahu slang utara bunyi macam mana! Dia main taram je sebut Penang tadi sebab tu negeri utara semenanjung Malaysia.
Lagi jauh lagi bagus. Nak sebut Thailand tadi macam over sangat.
“Err,
slang Penang saya dah berkarat sikit sekarang. Maklumlah, merantau dekat sini
lama kan. Sampaikan dah terbiasa cakap KL. Tapi mak saya faham je. Kadang-kadang tu bila saya call tanya khabiaq… err, khabaq dia
sihat ka dak. Dia ok je.” Qaisy memaling ke kiri sikit.
Mukanya berkerut menahan rasa. Aduh, pelik benar bunyi slang utaranya tu. Konon
nak bagi real sikit lakonannya cakap
utara. Kena balik menuntut ilmu bahasa Penang dekat Zubair ni.
“Biasalah
tu. Ermm, awak langsung tak ada saudara-mara ke dekat sini? Boleh saya tolong call diorang.” Qaiyisha menawar diri.
“Tak
ada. Semua jauh. Saya duduk sini sorang-sorang je.” Pilu gila ayat. Qaisy memandang ke atas pulak. Konon tengah tahan sebak duduk dekat
perantauan seorang diri. Kali ni pun dia tak tipu Qaiyisha jugak ya, cuma tak
berterus-terang je. Pak Long dengan
Pak Su dia memang tinggal dekat sini tapi sekarang semua tengah bercuti dekat
luar Negara. So, betullah tu ayat
Qaisy… ‘semua jauh’.
“Ooo,
ok.” Qaiyisha menunduk menekur lantai.
“Awak,
saya balik dulu ya. Waktu melawat dah habis.” Qaiyisha dah bangun dari kerusinya.
“Esok
datang lagi sini tak?” soal Qaisy, wajah kesian, sayu, pilu dan mengharap
ditunjukkan. Kenapalah waktu melawat dekat hospital tak dilanjutkan sampai esok pagi je?
“Err,
insyaallah.” Qaiyisha tersenyum segaris. Dia tak berani nak berjanji.
“Ok,
saya tunggu ya.” Ceria sekali wajah Qaisy.
“Assalamualaikum.”
Qaiyisha meninggalkan katil Qaisy bersama-sama pelawat yang lain. Tepat pada
masanya, para pelawat yang lain pun dah mula beransur.
“Waalaikumsalam.”
Qaisy menghantar Qaiyisha dengan pandangan matanya sehingga ke muka pintu.
Qaisy melepaskan satu nafas berat bila matanya kembali memandang keadaan
sekelilinganya. Nampak gayanya rancangannya nak call
daddy terpaksa dibatalkan sama sekali. Dan nak tak nak terpaksa la dia
bertahan di wad ni walaupun tak rela. Semuanya demi Qaiyisha. Besar harapan
Qaisy yang Qaiyisha akan datang melawatnya esok.
Datang
la esok Qaiyisha. Saya dah rindu nak tengok wajah awak… bisik hati Qaisy.
Matanya terpejam.
“Tu
awek ke bini lu bro?” pesakit lelaki di katil sebelah yang sebaya dengannya
menegur.
Terbuka
matanya, Qaisy senyum senget kepada pesakit di sebelahnya. “Bakal Bini.”
“Lawa.”
“Puji
boleh, usya jangan. Bukan apa, gua confirm
lu tak nak makan nasi pakai straw kan?” mendalam kata-kata Qaisy yang berbaur
amaran itu.
Lelaki
itu ketawa besar. “Haha, cemburu buta jugak lu ni. Jangan risau gua bukan jenis
yang caras member punya awek. Gua
lelaki gentlemen tapi lain la kalau
awek lu yang berkenan dekat gua. Gua jenis tak tolak rezeki.”
Qaisy turut juga ketawa kecil. Melayan rentak lelaki itu berbicara.
“Qaisy.”
Qaisy memperkenalkan dirinya.
“Ziyad
tapi orang panggil King.”
Terangkat
kening Qaisy. “King? Queennya mana?”
King
ketawa. “Queen kat rumah… jaga anak-anak.”
La,
budak rempit ni dah kahwin ke? Haish, jodoh ni betullah rahsia tuhan. Agak-agak
Qaiyisha tu jodoh dia ke?
To be continue....
---------------
TK: Best bagitau kawan... Tak best bagitau saya. Nanti saya betulkan tang mana yang tak best tu. Ok, boleh? Heee... terima kasihhhh!
Sengal noh budak Qaisy ni...hihihi
ReplyDeleteBest...best...😀😀😀
hehe...nak buat mcm mn... skill mengorat tak khatam lg tu yg sengal qaisy ni... XD Tq komen...!! ;)
DeleteHaha...lawak la Qaisy ni.. jgn tertangkap menipu udah le..lari jgk si Qaiyisha nanti...apa pun x sabar tunggu...bab selanjutnya jgn lambat ye...
ReplyDeletewell, sepandai2 tupai melompat akhirnya....
Deletesambung pepatah tu ya.. hehe.
Serius best . Duk tergelak je baca . Sambung eh sis . hehe
ReplyDeletethank you mi el. I will. :D
Delete