Perbincangan
mereka tadi daripada berbual perkara biasa tiba-tiba menjadi tegang. Mak
nampaknya seolah-olah memaksa Wafa untuk berkahwin lagi. Wafa tak nak mak… Wafa
tak nak!
“Wafa
muda lagi, nak. Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup kena teruskan
kehidupan. Kenapa nak terus meratap kepergian Wadi? Kamu nak seksa arwah ke,
Wafa?”
“Subhanallah,
mak sedar tak apa yang mak cakap ni? Mak… Wafa sayang abang Wadi. Sekalipun dia
tak ada Wafa tak akan seksa dia. Selagi hayat dikandung badan. Hormat dan kasih
Wafa pada dia memang tak pernah berkurang malah makin bertambah dari hari ke
hari.” Sedih hati wanitanya bila dituduh mahu menyeksa arwah suaminya.
“Habis
tu kalau betul kamu tak nak seksa dia, kenapa masih tak nak lepaskan dia lagi? Kenapa
perlu hidup dalam bayangan silam?”
Wafa
menggelengkan kepalanya perlahan. Sedikit kesal dengan tuduhan emaknya…
“Mak...
Wafa percaya pada takdir. Wafa pegang pada janji Tuhan dan terima dengan redha
yang abang Wadi memang dah pergi ke dunia lain. Pergi menghadap perciptanya
kembali. Wafa redha mak… tak pernah terdetik pun dalam hati Wafa ni ada rasa
menyesal dengan takdir Tuhan mak. Tak pernah! Redha Wafa bermakna Wafa lepaskan
dia pergi…” Nadanya Wafa sudah berubah serak… meluahkan apa yang terbuku
setelah sekian lama dia pendam. Orang melemparkan tuduhan kepadanya tanpa
mengetahui apa yang dia rasa. Rasa hatinya!
“Mak…”
Wafa jeda seketika.
Nafasnya
ditarik perlahan sebelum menyambung kata. “Kita hidup bukan berdasarkan
bayangan silam sebaliknya bayangan silam tu sebahagian daripada kita... kenangan
kita dengan orang yang dah tak ada. Kita memang kena pandang ke hadapan. Kita tak
boleh toleh kebelakang lagi tapi mak, benda tu memang pernah terjadi dalam
hidup kita dan tak mudah untuk kita buang macam tu sahaja dari hidup kita. Kita
kenang bukan bermakna kita tak pandang langsung masa depan. Yang lepas, tetap
lepas mak.... Maaf andai apa yang bakal Wafa cakap ni akan menggores hati mak.
Boleh Wafa tanya kenapa mak tak pernah kahwin lain selepas ayah meninggal?
Kenapa mesti mak hidup dalam bayangan silam jugak?”
Riak
wajah Hajah Anum berubah. Berubah bukan kerana hatinya terpukul dek kata-kata
anaknya tu tetapi kerana mula sedar apa yang Wafa rasa sekarang. Khilafnya dia
sebagai mak apabila perasaan anaknya sendiri dia tak faham sedangkan dia
sendiri pernah lalui saat itu. Saat yang Wafa sedang tempuhi sekarang…
khilafnya dia.
“Wafa,
minta satu benda saja… satu saja. Tolong
jangan paksa Wafa kahwin lagi, mak. Dalam hidup Wafa, kahwin cuma sekali… untuk
berkahwin buat kali keduanya… Wafa memang tak mampu mak. Tak mampu.” Kepalanya
tergeleng berkali-kali.
“Wafa
nak jumpa abang Wadi dekat sana mak… Wafa nak panjangkan kasih kami dekat sana
mak…” tersekat-sekat nadanya. Akhirnya, air matanya turun membasahi pipinya.
Menyuruh dia berkahwin buat kali kedua sama seperti menyuruh dia memadukan
kasihnya pada suaminya. Sungguh hatinya saat ini sangat merindui sang suami
yang telah tiada.
Hajah
Anum turut mengalirkan air matanya.
“Mak,
minta maaf… sepatutnya mak hormat keputusan Wafa. Mak minta maaf. Mak janji
dengan Wafa… apa pun keputusan Wafa, mak sokong sepenuhnya… mak janji.”
Wafa
tersenyum dalam tangis. “Terima Kasih mak…”
--------------------------------
Wadihan
memandang wajah umminya yang tampak sugul. Perlahan-lahan anak kecil yang
berusia 5 tahun itu bergerak mendapatkan umminya.
“Ummi…”
Wafa
tak sedar.
“Ummi…”
sekali lagi sekecil itu menyeru umminya. Bahu umminya digoncang perlahan.
Wafa
tersedar. Dipalingkan kepalanya kepada Wadihan… si cantik hatinya. Buah hatinya
dan arwah suaminya yang tercinta, Wadi.
Annur
Wadihan binti Ahmad Wadi.
“Ummi…
Dihan nak tanya satu benda boleh?”
Wafa
tersenyum.
“Apa
sayang? Tanya banyak pun boleh.”
“Abi
hensem tak?”
Wafa
ketawa kecil mendengar soalan puterinya. Ditarik perlahan puterinya ke dalam
pelukannya.
“Hensem…
hensem sangat.” Dia membisikkan ayat itu di tepi telinga puterinya.
“Hurmm…
hensem macam Shah Rukh Khan tak?”
Makin
besar ketawa Wafa. Dia tak salahkan Dihan yang tak ingat wajah abinya kerana
cuma dua bulan sahaja Dihan sempat bermanja dengan abinya. Mana mungkin ingatan
si kecil itu kuat sedangkan dia masih kecil. Gambar dengan orang yang betul
kadang-kadang berlainan mungkin sebab ini Dihan menyoal ibunya.
“Abi
lagi hensem daripada Shah Rukh Khan. Kalau Dihan nak tau… abi la lelaki yang
paling hensem dalam hidup kita.” Bibirnya terukir senyuman manis,
terbayang-bayang raut wajah arwah suami yang tercinta di matanya.
Wadihan
menganggukkan kepalanya tapi riak wajahnya masih jelas tampak keliru.
“Tapikan
ummi, ustazah Dihan cakapkan… lelaki yang paling hensem sekali dekat dunia ni
Nabi Yusuf. Betul ke, ummi? Tapi ummi cakap abi yang paling hensem. Macam mana
tu? Dihan tak faham.” Polos si anak kecil bertanya pada umminya.
Wafa
tersenyum kecil mendengar soalan anaknya itu. Kanak-kanak memang suci…
pemikiran mereka betul-betul lurs dan naif. A kata kita A la katanya. Betullah
orang cakap, didikan ibu bapa yang bakal mencorak peribadi anak itu sendiri.
“Betul
sayang… apa yang ustazah Dihan cakap tu betul. Tapi bagi ummi lelaki yang
paling hensem dalam hidup kita adalah abi. Nabi Yusuf semua orang cakap dia
hensem. Tapi bagi abi pula… ada yang cakap ya dan tak. Tapi pada pandangan kita,
abi yang hensem. Macam tu la maksud ummi. Ok, Dihan faham?”
Gadis
kecil itu menggaru sedikit kepalanya. “Ummi terang panjang sangat. Dihan
peninglah…” Gadis kecil itu merengek manja. Pada siapa lagilah dia boleh
bermanja melainkan pada umminya yang seorang ni.
“Ok,
tak apa… macam ni. Nabi Yusuf hensem… abi pun hensem!”
“Tapi
siapa lagi hensem? Abi ke Nabi Yusuf?”
Wafa
ketawa kecil… seronok melayan keletah anaknya yang masih mahu bersoal jawab
dengannya tentang siapa lagi hensem.
“Dihan…
Nabi Yusuf tu ciptaan Allah s.w.t. kan?”
Wadihan
mengangguk laju kepalanya.
“Abi
pun ciptaan Tuhan kan?”
Wadihan
mengangguk lagi…
“Ingat
tak ummi pernah cakap ciptaan Tuhan ni tak ada cacat celanya. Semuanya
cantik-cantik belaka.”
Wadihan
diam sejenak… tangannya mengurut-urut dagunya yang licin. Dia seperti
memikirkan sesuatu.
“Maknanya
apa?” Wafa sengaja menduga anaknya.
“Maknanya…
dua-dua hensem…”
Wafa
mengusap kepala anaknya sambil tersenyum. “Ha, pandai pun anak ummi.”
Wadihan
tersengih menayang giginya yang putih bersih dan tersusun rapi itu. Wafa
merenung wajah puterinya yang sedang tersenyum itu… saling tak tumpah seperti
wajah abinya… Wadi.
---------------------------------
Kadang-kadang
hati yang sakit tu kalau tak dipujuk memang akan jadi lagi teruk sakitnya.
Kenapa semua orang sibuk nak suruh dia kahwin lain? Kenapa semua orang ingat
dia tak mampu nak besarkan Wadihan seorang diri? Dia yang alami situasi ni, dia
tahu dia mampu atau tak untuk harunginya. Kenapa semua orang nak pertikaikannya?
Wafa mengeluh perlahan, lambat-lambat enjin kereta dimatikan.
Tadika anaknya dipandang dari dalam
kereta melalui tingkap sebelah tempat pemandu. Dia ternampak Wadihan sedang
bermain dengan rakan-rakannya sementara menunggu kedatangannya. Fikirannnya mula
melayang, teringat dia pada kata-kata Mak long Hanim semalam yang tanpa sengaja
dia terdengar perbualan Mak long dengan maknya.
“Aku
bukan nak campur tangan urusan anak kau, Anum. Aku dah anggap Wafa tu macam
anak aku. Kalau aku anggap dia orang luar, aku tak nak campur tangan urusan
dia. Tapi masalahnya dia tu anak buah aku.”
Hajah
Anum cuma diam. Tak mahu menyampuk kata-kata kakak sulungnya itu. Kalau sudah
kakak sulungnya membuka mulut, dia yang adik wajib diam… tanda hormat! Walaupun
hati dia tak setuju dengan apa yang sedang diperkatakan itu.
“Si
Wafa tu muda lagi, baru 26 tahun… yang dah pergi tu tetap pergi. Dia tu
perempuan tak elok menjanda lama sangat. Kau tengok sekarang, orang kampung dah
sibuk perkatakan tentang dia. Tak elok Anum kalau dibiarkan. Nanti dituduhnya
pula si Wafa tu nak merampas laki orang.”
Wafa
sentap.
“Astagfirullahalazim…
Wafa tak akan buat macam tu kak. Saya tahu anak saya.” Akhirnya emak buka mulut
setelah tak tahan mendengar anaknya diburukkan.
“Aku
tahu yang Wafa tak buat macam tu. Tapi mulut orang Anum bukannya tempayan yang
kita boleh tutup. Lagipun kau nak ke si Wafa tu menjanda sampai ke tua macam
kau? Lepas arwah Wazil meninggal, kau tekad nak menjanda. Kau tak ingat apa
yang jadi?” Mak Long Hanim betul-betul sedang mencurah minyak gas ke api dengan
berkata sedemikan.
Wafa
menahan sabar apabila mendengar nama arwah ayahnya pula disebut. Tangannya
dikepal kuat cuba mencari kesabaran di hati.
“Kak,
abang Wazil dah tak ada. Tak perlu nak ungkit orang dah tak ada.” Kesabaran di dada
Hajah Anum juga sudah semakin menipis. Ya, dia ingat macam mana peritnya dia
nak teruskan hidup selepas kematian suaminya. Peritnya menahan tohmahan dan
umpat keji manusia disekelilingnya tapi kenapa perlu nama arwah suaminya
diungkit?
“Aku
bukan apa. Aku takut nanti Wafa terima nasib yang sama dengan kau.”
Hajah
Anum diam kembali. Memikirkan baik buruk kata-kata kakaknya itu. Hidup untuk membesarkan
anak tanpa suami disisi bukanlah perkara mudah. Dia pernah rasa pengalaman tu…
tapi dia berjaya juga membesarkan Wafa.
Mak
long Hanim menyambung kata lagi… “Kau cakap dekat dia Anum, dia boleh cari
lelaki lain yang lebih baik untuk jaga dia dengan Dihan. Kenapa mesti nak
menjanda sampai ke tua? Dia bukannya tak ada rupa. Ada. Cantik pula tu… aku yakin ramai lagi
lelaki lain yang sudi peristerikannya lagi walaupun dia janda.”
Sungguh
masa tu Wafa rasa hendak keluar dari balik dinding dapur dan membangkang setiap
kata-kata mak longnya itu yang pada pendengarannya sangat biadap!
Kenapa
mesti berkata sedemikian? Lelaki yang lebih baik? Wadi itulah lelaki terbaik
yang pernah dia jumpa dalam hidupnya. Sebaik-baik lelaki yang pernah dia jumpa!
Yang sememangnya Allah pernah takdirkan menjadi pelindungnya walaupun untuk
sementara. Tapi sementara itulah yang terbaik bagi Wafa.
Mak
long Hanim seolah-olah hendak menghina Wadi! Wafa tak boleh biarkan… tapi saat
terpandang wajah sugul emaknya Wafa tak jadi bertindak. Dia terpaku di
tempatnya berdiri. Dia masih ada seorang emak yang perlu dijaga maruahnya. Emak
tak pernah mengajarnya untuk biadap dengan orang tua. Wafa sedar akan perkara
yang satu itu…
Wahai
hati bersabarlah.
---------------------------------
“Strettttt!”
bunyi tayar kereta berdecit akibat brek yang ditekan secara mengejut! Wafa
memegang dadanya yang berdegup kencang tika itu. Mujur dia sempat menekan brek
keretanya dengan segera. Kalau tidak tak dapat dia membayangkan apa yang bakal
terjadi selepas itu.
Kereta
yang hampir berlanggar dengan Wafa itu menekan hon keretanya dengan kuat sekali
tanda marah dengan pemanduan Wafa yang cuai. Wafa akur memang salahnya, dia
mengangkat tangan tanda maaf. Mujur tak berlaku kemalangan besar.
Wafa
menarik nafas perlahan, hati yang tiba-tiba berdegup kencang membuatkan dirinya
rasa tak selesa dan resah. Dengan lafaz bismillah Wafa memulakan semula
pemanduannya ke tadika Wadihan.
Seperti
hari-hari yang sebelumnya, Wafa datang ke tadika Dihan untuk mengambil anaknya
pulang. Dia memarkir keretanya di hadapan bangunan tadika Dihan yang berwarna
pink itu.
Suasana
tadika hari ini kelihatan agak suram pada pandangan Wafa, dia cuba menyedapkan
hatinya mungkin kerana dia datang mengambil Dihan lewat dari hari biasa dan kanak-kanak
lain sudah pulang membuatkan suasana di situ nampak lain. Tapi Wafa memang tak
dapat mengelak daripada datang lewat kerana kerjanya di pejabat tadi terlampau
banyak.
Dengan
teratur langkah kakinya disusun memasuki kawasan tadika Dihan. Salam diberikan...
Tak sampai beberapa minit muncul kelibat cikgu tadika Dihan. Wajah cikgu Dihan
tika itu sangat lain. Tiada senyuman yang menghiasi wajahnya seperti biasa.
Wafa
mula diserang rasa tak sedap hati.
“Puan
Wafa...” nada suara cikgu Dihan juga lain, tak seperti biasa.
“Ya,
saya. Mana Dihan... cikgu? Selalunya kalau saya datang dia dah tunggu di depan
pintu ni. Dia tengah tidur ya?” soal Wafa sambil tersenyum.
Cikgu
Dihan diam. Wajahnya nampak sugul.
“Dihan
mana, cikgu?” sekali lagi Wafa menyoal.
“Puan,
saya ada berita buruk mengenai Dihan. Dihan sekarang dekat hospital...
Dihan...” Cikgu Dihan menggigit hujung bibirnya... serba salah hendak
meneruskan kata-katanya.
“Apa?
Hospital?!” Tak dapat tidak, suara Wafa tertinggi kerana terkejut. Hati Wafa
dipagut rasa kurang enak. “Kenapa dengan Dihan?”
“Dia
dilanggar kereta tadi petang. Puan saya minta maaf... salah saya semua ni
terjadi. Saya yang cuai... saya cuba hubungi puan tadi tapi tak dapat.” Air
mata cikgu Dihan mengalir laju. Sungguh dia tak jangka perkara sebegini boleh
berlaku. Semuanya betul-betul diluar jangkauannya.
Wafa
mengucap panjang. Serasa jangtung berhenti berdegup tika itu! Anaknya di
hospital. “Kita ke sana sekarang!” Wafa cemas.
Sepanjang
perjalanan ke hospital tak henti-henti Wafa berdoa moga anaknya selamat. Tak
kering lidahnya berzikir memohon bantuanNya dan setibanya di hospital mereka
bergegas ke wad Dihan ditempatkan.
Riak
Wafa betul-betul cemas, tiada perkara lain yang dia boleh fikirkan ketika itu
melainkan nasib anaknya. Sebaik sahaja sekujur tubuh Dihan terpapar di matanya
Wafa terus mendapatkan anaknya. Dipeluk dan dicium dengan penuh kasih sayang.
Air matanya mengalir melihat keadaan Dihan yang masih belum sedarkan diri
ketika itu. Kepala, tangan sebelah kanan dan kedua belah kakinya berbalut
dengan kain. Mukanya jelas kelihatan calar dan luka yang telah dirawat.
“Ya
Allah, sayang ummi...” rintih hati Wafa.
“Dihan
sayang... bangun sayang. Ummi datang ni.” Tersedu-sedu suara Wafa. Sungguh dia
tak sangka perkara ni boleh terjadi kepada anaknya. Pagi tadi ketika dia hantar
anaknya semua elok-elok belaka. Senyuman anaknya masih jelas dalam ingatannya
dan sekarang senyuman itu sudah pudar. Tiada.
“Macam
mana boleh jadi macam ni?” Wafa memalingkan kepalanya kebelakang, soalan itu
ditujukan kepada cikgu Dihan.
“Dihan
kena langgar lari, puan. Dia tunggu puan macam biasa sambil bermain tadi. Tapi
bola yang dia main terlepas keluar dari kawasan tadika... dia cuba ambil bola
tu... tapi tiba-tiba ada kereta yang laju terus melanggar Dihan. Dihan tak
sempat nak lari puan... dan saya... saya minta maaf puan. Saya tak sempat nak
selamatkan Dihan.” Air mata cikgu Dihan masih tak berhenti mengalir cuma masih
mampu dikawal sekarang.
Hancur
luluh hati Wafa mendengar penjelasan Cikgu Dihan. Langgar lari. Manusia mana
yang busuk sangat hatinya? Sampaikan dah langgar budak sekecil ini boleh lari
daripada pikul tanggungjawabnya! Hatinya diserang rasa marah.
Matanya
kembali menatap wajah Dihan yang pucat itu. Diusapnya kepala anaknya itu dengan
penuh kasih sayang. Satu-satunya anak dia terlantar di hospital angkara manusia
tak bertanggungjawab.
“Saya
minta maaf puan. Salah saya, saya yang cuai.” Cikgu Dihan tak henti-henti
meminta maaf.
Wafa
kelu... hatinya sedang berperang. Serba sedikit Wafa rasakan semua ini terjadi
kerana salah cikgu Dihan yang membiarkan anaknya bermain seorang diri diluar.
Tapi dia pun patut dipersalahkan juga! Dia datang lewat untuk mengambil Dihan.
Kalau dia tak lewat pasti semua ini tak terjadi!
Sekarang
dia keliru. Dia bukan malaikat. Dia tahu cikgu Dihan tak bersalah tapi Wafa tak
tahu hendak letakkan salah itu kepada siapa.
“Boleh
cikgu tolong tengok Dihan. Saya nak ke surau sekejap... saya belum solat lagi.”
Wafa terus keluar dari bilik itu.
Panjang
doanya kali ini dipanjatkan pada illahi. Pada siapa lagi kita sebagai makhluk
hendak mengadu kalau bukan pada pencipta kita...
Dia
pohon kekuatan untuk menghadapi semua ni dan...
“Ya
tuhanku... aku tahu semua yang aku miliki cuma pinjaman seketika daripada
engkau buatku. Tapi aku mohon ya Allah... panjangkanlah tempoh itu untuk anakku
Wadihan supaya kami dapat bersama untuk suatu tempoh masa lagi.”
Dia
pernah rasa kehilangan orang yang dia sayang bukan sekali tetapi dua kali...
permergian ayah yang tersayang dan suami yang tercinta.
Lama
Wafa merintih di atas sejadah tika itu. Tak dia peduli pandangan orang yang
sedang memandang dia dengan pelik tika itu. Selepas seketika, hatinya mula rasa
tenang. Mungkin kerana segala keresahannya sudah diluahkan sebentar tadi.
Wafa
kembali ke bilik sakit Dihan semula tapi dia diserang rasa pelik sebaik sahaja
dia mendekati katil Dihan kerana tika itu bukan cikgu Dihan sahaja yang ada
disitu...
“Encik,
ini la ummi Dihan.” Cikgu Dihan memperkenalkan Wafa kepada lelaki itu dan
lelaki asing itu senyum kepada Wafa. Wafa tak membalas senyuman itu dia masih
keliru. Siapa dia?
“Puan,
saya kenalkan encik ni la yang selamat Dihan. Dia yang hantar Dihan ke hospital
tadi.”
Barulah
Wafa sedar, segera bibirnya membalas senyuman lelaki itu walaupun terlambat
sedikit. “Terima kasih encik sebab selamatkan anak saya.”
“Tiada
apa yang perlu diterima kasihkan. Walaupun saya tak kenal Dihan tapi dah jadi
tanggungjawab saya untuk tolong dia tadi.”
Wafa
kembali duduk di sisi Dihan. Anaknya itu masih tidak sedarkan diri. Sebentar
tadi sebelum memasuki bilik ini semual Wafa sempat berjumpa dengan doktor yang
merawat Dihan untuk mengetahui keadaan Dihan tika itu. Hancur luluh hatinya
bila doktor cakap keadaan Dihan agak parah. Dia mungkin tak akan sedarkan diri
untuk beberapa hari atau minggu kerana kecederaannya sangat parah. Kepalanya
terhentak kuat manakala sebelah tangan dan kakinya patah.
“Dihan...
bila sayang ummi ni nak bangun? Dihan tak nak borak dengan ummi ke sayang? Hari
ni dekat kelas Dihan buat apa, Dihan tak nak cerita dekat ummi ke?” suara Wafa
kembali serak.
Tangan
anaknya yang tak berbalut digapai dan dicium lembut beberapa kali. Disangka
hatinya tabah menghadapi keadaan ini tapi bila kembali melihat keadaan Dihan
ternyata dia tak kuat. Hatinya lemah melihat anak kesayangannya terbaring tak
bergerak.
“Dihan,
sayang ummi... princess ummi marahkan
ummi ya sebab datang ambil Dihan lewat?” sendu Wafa mula jelas kedengaran.
Cikgu
Dihan yang sebentar tadi kering air matanya kembali basah semula, dia faham perasaan
Wafa. Ibu mana yang tak sedih melihat anak terlantar sebegini.
“Ummi
janji lepas ni ummi tak lewat lagi. Ummi salah. Dihan bangun la. Jangan tidur
lagi sayang. Ummi takut...”
Dan
lelaki asing tadi memerhati dari belakang... turut sama dapat merasai kepiluan
hati Wafa. Seolah-olah mereka berkongsi hati walaupun baru kali pertama dia
bersua muka dengan ummi Dihan ini.
---------------------------------
Wafa
merenung ke luar tingkap hospital. Hujan renyai seolah-olah turut mengerti
hatinya yang sedang menangis ketika itu. Jari-jemarinya yang runcing menyentuh
tingkap itu... dia menulis menggunakan jari di tingkap itu.
‘Sayang...’
“Sayang...
nanti bila abang dah tak ada. Sayang jaga Dihan baik-baik tau. Dialah
satu-satunya harta kita dunia dan akhirat yang paling berharga sekali. Tatang
dia dengan kasih sayang dan ingatkan dia dengan penciptaNya. Jangan biarkan dia
jauh daripada tali Allah... abang sayang Wafa dan Dihan.”
Kata-kata
terakhir Wadi ketika mereka berbual di telefon buat dirinya sebelum suaminya
itu terkorban dalam nahas kemalangan. Sekalipun tak pernah dia lupa... tersemat
kukuh dalam ingatannya sampai bila-bila.
Air
mata mengalir di pipinya... “Abang, Wafa minta maaf... Wafa gagal.”
“Awak
tak gagal, semua ni diluar kawalan awak. Bukan salah awak.”
Wafa
terkejut, segera dia berpaling ke belakang. Sangkanya Wadi ‘hidup semula’ tapi
itu cuma bayangannya. Yang mati tetap mati... tak mungkin hidup semula.
“Ini
untuk awak.” Lelaki itu menyuakan secawan kopi kepada Wafa.
Mata
Wafa jatuh pada cawan kertas di tangan lelaki itu.
“My treat. Ambil la... panas ni.” Adu lelaki
itu tetapi masih dengan senyumannya. Manja. Tiba-tiba Wafa teringatkan arwah
suaminya. Suara mereka sama dan juga perwatakan mereka yang mudah mesra dengan
orang baru mereka jumpa. Sama...
Wafa
menyambut huluran lelaki itu... “Terima kasih.”
“Sama-sama...
mind if I join you here?”
Wafa
tak menjawab soalan lelaki itu dia cuma tersenyum kecil tak berperasaan sebelum
kembali memandang ke luar tingkap. Hujan masih belum berhenti ‘menangis’
seperti dirinya juga.
Lelaki
itu tak terasa pun dengan kelakuan Wafa, dia faham wanita itu masih sedang
bersedih.
“Hujan
ni cantik kan... tapi gerimis dia mengundang sayu kadang-kadang.” Tiba-tiba
sahaja lelaki itu bersuara memecahkan kesunyian antara mereka. Dia menyisip air
kopi dicawannya dan Wafa mengerling perbuatan lelaki di sebelahnya itu dengan
ekor hujung matanya sebelum bibirnya tersenyum.
Betul.
Kadang-kadang
bila tengok hujan yang renyai boleh buat hati rasa sayu yang mendayu. Rasa
macam terbawa-bawa perasaan ni.
“Awak
doktor falsafah ke?” akhirnya Wafa bersuara juga.
Lelaki
itu tersenyum sambil pandangannya masih setia memerhatikan ke luar tingkap tapi
sebenarnya dia suka bila Wafa mula memberi respon kepadanya.
“Falsafah
hidup bukan untuk orang yang bergelar doktor falsafah sahaja. Kita orang yang
biasa pun boleh berfalsafah kan?”
Wafa
menggangguk perlahan.
Sepi
lagi.
“Dugaan
bukan untuk mematahkan semangat kita tapi nak buat kita lagi kuat. Awak dan
Dihan adalah satu. Kalau awak tak kuat, Dihan tak akan ada semangat nak
teruskan hidup. Stay strong... be a supermom that Dihan can rely on you.”
Lelaki
itu berdiri menghadap Wafa sambil tersenyum. Wafa terjeda. Matanya tak berkelip
memandang lelaki itu.
“Saya
balik dulu. Assalamualaikum.” Usai memberi salam, lelaki itu menghilangkan diri
disebalik pintu bilik sakit Dihan meninggalkan Wafa yang masih dalam keadaan
terdiam di situ. Cuba mencernakan kata-kata lelaki itu...
“Stay strong... be a supermom that Dihan can rely on you.”
bersambung...
--------------------------------
TK: Hai, *lambai2 tangan! assalamualaikum! *Senyum manis ala-ala gadis melayu terakhir. Almost 1 year I let this my precious blog 'empty' from any entry. Believe me... deep inside me, i'm so eager to make a story post at least once a month... but barely can't. Time just don't allow me to do that. In 1 year, so many things happened to me... to my personal life. happy and sad both gave me new experiences. But let me keep the memories personal to myself... :)
Selalunya buat cerita lawak-lawak stok nak gelak je semedang. Tapi kali ni punya comeback memang sengaja buat cerita serius. P/s: cerita ni memang serius tak ada lawak-lawak walaupun belum sampai tahap nangis meraung tapi serius, baca dalam mood serius. {o__o} <----muka serius. Bahasa pun cam skema kan? So guys bear with it... hokey? luv u...
Selalunya buat cerita lawak-lawak stok nak gelak je semedang. Tapi kali ni punya comeback memang sengaja buat cerita serius. P/s: cerita ni memang serius tak ada lawak-lawak walaupun belum sampai tahap nangis meraung tapi serius, baca dalam mood serius. {o__o} <----muka serius. Bahasa pun cam skema kan? So guys bear with it... hokey? luv u...
Best sangat!!! Xsabar nak tau ending dia... Hihi
ReplyDeletethank you hanim... :) hehe ending? sabar ya...
Deletesambunggggggg...hahaha...betul betul betul...kali ni macam serius sikit...tapi Iloikeeee...hahah
ReplyDeleteala, sikit ja ka?? cam serius byk dh ni... haha... tq piqah! :D
DeleteSmbung lg yer
ReplyDeleteorait...! thanks baca :)
Delete