“Hai,
princess...”
Wafa yang sedang mengelap tubuh kaku
Dihan mengangkat wajahnya. Ingin tahu gerangan yang datang melawat Dihan hari
ni.
Bibirnya
mengukir senyuman...
Pelawat
tetap Dihan. Saban hari lelaki itu datang melawat Dihan dan setiap kali itu
juga buah tangan dibawanya. Walaupun Wafa meminta lelaki itu untuk berhenti
datang ke sini tetapi lelaki itu buat tak tahu sahaja.
“Princess macam mana hari ni?” Dia
melabuhkan punggungnya di sebelah katil Dihan, bertentangan dengan tempat Wafa
berdiri.
Tangan
Wafa yang tadi sibuk mengelap wajah pucat anaknya kini bergerak mengelap
bahagian tangan Dihan pula.
“Macam
selalu la uncle Umair. Dihan tak
boleh bergerak banyak lagi... tapi hari ni Dihan dengar surah al-mulk dengan
yassin tadi dengan ummi.” Wafa menjawab bagi pihak Dihan.
Sejak
dua minggu yang lalu beginilah keadaan mereka. Wafa yang setia menunggu anaknya
dan Umair pelawat tetap wad kanak-kanak itu. Baik Wafa mahupun Umair tak jemu
berbual-bual dengan Dihan walaupun mereka tahu si kecil itu tak akan menjawab
soalan mereka tetapi mereka yakin yang Dihan boleh dengar kata-kata mereka.
“Wah,
bagusnya... nanti bila Dihan dah bangun. Kita recite surah al-rahman sama-sama pula ok? Asyik Dihan dengan ummi je. Uncle
pun nak join.” Umair galak
berbual-bual dengan Dihan walaupun si kecil itu tidak memberi respon.
Umair
mengusap lembut ubun-ubun rambut Dihan. Wajah kecil itu pucat lesi tapi masih
jernih riaknya... wajah anak kecil memang menenangkan hati orang dewasa bila
kita melihat mereka. Wajah suci yang belum terpalit dengan sebarang dosa.
“Awak
datang lambat hari ni? Banyak kerja ke?” Wafa menyoal setelah suasana sepi
sementara tadi.
Umair
tersenyum memandang Wafa. Manis.
“Banyak
sikit dari hari biasa sebab foreign
investor dari Abu Dhabi tu banyak kerenah sikit. Itu yang saya lambat sikit
datang sini berbanding hari biasa.”
Tiba-tiba
sahaja Wafa tertawa kecil dan perbuatannya itu mengundang kerutan di dahi
Umair.
“What? Did I say something wrong?” soalnya.
“Tak
ada salah apa pun... cuma banyak betul sikit awak hari ni.”
Kerutan
di dahi Umair masih belum pudar. Dia cuba mengingati kembali apa yang dia cakap
pada Wafa sebentar tadi. Beberapa saat kemudian baru dia faham.
“Ya...
sikit.” Dia pun turut sama tergelak.
Entah
apa la yang lawak sangat dengan sikit tu... tak faham betul tapi boleh pula dua
manusia tu gelak sebab perkataan sikit tu.
Wafa
hendak mengambil jug air di atas meja yang terletak di tepi Dihan tetapi
dihalang oleh kedudukan Umair.
“Tepi
sikit boleh uncle Umair? Nak ambil
jug air tu... nak isi air sikit dalam tu.” Wafa menahan ketawa.
“Baik
ummi Dihan... saya ke tepi sikit.”
“Nanti
alang-alang nak ke toilet tu tolong
basuh sikit buah epal yang saya bawa ni boleh? Tiba-tiba rasa macam nak makan sikit
buah epal ni.” Umair turut bermain dengan Wafa. Dia mengeyitkan matanya pada
Wafa. Comel!
Wafa
menggelengkan kepalanya. Hatinya berdesis, Umair... Umair... macam budak-budak.
---------------------------------
Seperti
biasa Umair datang melawat Dihan hari ni... memandangkan hari ni cuti umum
sengaja dia datang lebih awal berbanding hari biasanya. Dia tersenyum memandang
patung beruang yang agak besar saiznya di tangannya. Mesti Dihan suka dengan teddy bear ni... bisik hatinya.
Setibanya
dia di wad yang menempatkan Dihan, dia diserang rasa terkejut.
“Mana
Dihan?”
Kelibat
Wafa juga tak kelihatan.
“Nurse mana little girl yang duduk di wad ni?” cemas suaranya.
“Oh...
dia dekat emergency room sekarang.
Tadi dia sesak nafas tiba-tiba dan doktor syak jantungnya ada masalah.”
Umair
mengucap panjang. Terduduk sekejap dia di situ sebaik sahaja mendengar
penjelasan nurse tadi. Mesti Wafa
bertambah sedih sekarang. Belum lagi anak kecilnya itu sedar tapi ada pula
penyakit lain datang menyerang.
Baru
Umair hendak melangkah keluar dari bilik itu, kelibat Wafa muncul bersama-sama maknya,
Hajah Hanum dan mak longnya, Puan Hanim. Wajah sugul Wafa menyapa pandangan
matanya.
“Wafa,
Dihan mana?” Itu sahaja yang mampu Umair tuturkan.
Mendengar
pertanyaan Umair, menitik terus air mata Wafa. Tak mampu dia hendak menjawab
persoalan Umair sekarang... jiwanya galau.
“Maaf
mak cik bertanya. Anak ni siapa?” Hajah Hanum menyoal Umair.
“Saya
Umair. Kawan Wafa mak cik.” Dengan nada yang sopan Umair menjawab soalan mak
Wafa.
Hajah
Hanum mengangguk kepalanya. Ini kali pertama dia berjumpa dengan Umair kerana
sebelum ini dia tak pernah bertemu langsung dengan Umair dan sebelum ini dia
cuma mendengar cerita daripada Wafa sahaja.
Umair
memandang Wafa yang duduk di kerusi dambil merenung kosong lantai. Dia tahu
hati Wafa rasa sakit. Dia pun turut sama merasainya kesakitan itu.
“Dah
lama ke kamu dengan Wafa berdating?”
tiba-tiba sahaja entah dari mana jatuh idea Puan Hanim untuk bertanya kepada
Umair soalan itu. Memang soalan itu biasa sahaja tapi dengan keadaan Dihan
sekarang agak biadap soalan yang ditanya tu. Tapi pandai pulak radio bergerak ni pakai istilah dating bagai. Boleh tahan advance
mak cik sorang ni.
Terkejut
Umair dengan soalan itu.
“Kakak!”
Hajah Hanum menegur perlakuan kakaknya tu.
“Apa?
Salah ke kalau aku tanya dia? Kalau betul diaorang tak ada apa-apa tak kan
budak lelaki ni boleh datang sini selalu? Mesti dia ada apa-apa hubungan dengan
Wafa kan?”
Hajah
Hanum mengusap dadanya... menahan sabar dengan perangai kakaknya yang suka
mencampuri hal keluarganya ini. Wafa pula diam tak berkutik, dia dengar
kata-kata mak longnya tu tapi dia terlalu letih untuk berbalah dengan mak
longnya tu.
“Bila
nak langsung majlis dengan Wafa?” sekali lagi dia menyoal.
Umair
terkial-kial di situ. Selalu dia dengar cerita daripada Wafa tentang perangai
mak longnya ini tapi bila dia berjumpa sendiri barulah Umair faham kenapa Wafa
kadang-kadang boleh jadi stress dengan
mak longnya.
“Subhanallah,
kak Hanim! Dihan tengah bertarung nyawa sekarang. Tolonglah hormat perasaan
Wafa, kak.”
Puan
Hanim mencebik bibirnya... dia terus duduk di sebelah Wafa setelah ditegur
adiknya itu. “Aku tanya pun nak marah. Bukan aku buat fitnah.” Bibirnya
membebel-bebel.
Wafa
dengar dengan jelas kata-kata mak longnya itu.
“Mak
cik minta maaf Umair.”
Umair
senyum kepada Hajah Hanum. “Tak apa mak cik. Tak ada apa yang perlu dimaafkan
pun. Yang penting sekarang kita doa Dihan selamat.”
Umair
memandang Wafa. YaALLAH kau tabahkanlah hati wanita dihadapanku ini. Kau
selamatkanlah permata hatinya, Wadihan. Penuh mengharap Umair berdoa di dalam
hatinya tika itu.
Susah
senang kita... bukan pada kita terletaknya semua keupayaan untuk mencapai
sesuatu. Manusia cuma boleh usaha... yang menentukan segala-galanya hanya Dia
yang esa.
---------------------------------
Sebulan berlalu...
“Uncle!”
Dihan menjerit riang.
Bibir Umair terhias dengan senyuman
lebar sebaik sahaja ternampak wajah comel Dihan. Cepat betul masa berlalu,
terasa seperti baru semalam dia datang hospital dan Dihan masih terlantar koma
tapi Dihan yang dulu terlantar sakit sekarang sudah hampir pulih bahkan semakin
girang. Memikirkan hal yang satu itu sudah cukup untuk membuatkan hati Umair
rasa gembira.
Sekali
imbas dia memandang sekeliling bilik wad Dihan. Tak terlihat pula Wafa...
“Hey,
lil princess... whatcha doing?” Umair menyoal Dihan dalam nada seperti kartun
Phineas & Ferb kerana dia tahu Dihan suka betul tengok kartun ni.
“Dihan
tengah baca buku. Ummi cakap kena study sebab
minggu depan Dihan ada ujian.” Petah anak kecil itu menjawab soalan Umair.
Berkerut
dahi Umair. “Tapi Dihan kan tak sihat sekarang?”
“Ummi
cakap... walaupun Dihan dekat hospital tapi Dihan kena belajar juga sebab nanti
kalau Dihan tak belajar Dihan dapat nombor banyak.”
Lagi
panjang kerutan Dahi Umair. “Dapat nombor banyak?”
“Nombor
satu dari belakang la maksud Dihan.” Tiba-tiba Wafa datang menyampuk dari arah
belakang.
“Awak
dari mana?” soal Umair.
Wafa
mengangkat tinggi bungkusan di tangannya. “Need
to feed her something... punya la bijak saya ni. Bawak makanan tapi pingan
dengan sudu tak bawak. So, pergi
pinjam daripada nurse tadi.”
Membulat
mulut Umair...
“Ummi,
Dihan dah habis study... can I play with uncle Umair now?” polos si kecil meminta izin
umminya.
“Yes, you
may princess.”
“Yeayy!” Dihan bersorak girang, dia sudah
hendak turun dari katil tapi cepat-cepat ditahan Wafa.
“Aaa...
aaa... wait my little daie. Eat your
meal first then only you can play with uncle Umair.”
“Ala...
kejap lagi la Dihan makan.” Rengek anak kecil tu. Sejujurnya dia bosan duduk di
hospital. Sebab itu bila Umair datang menemaninya dia rasa seronok.
“Dihan
makan dulu ok? Makan banyak-banyak baru ada tenaga. Bila ada tenaga baru boleh
main lama-lama.” Umair memujuk si kecil itu supaya mengikut arahan umminya
sambil mengusap lembut kepala Dihan.
“Ok.”
Laju sahaja si kecil itu mengikut kata-kata Umair. Dia mengambil sudu yang
disua oleh Wafa kepadanya. Dia menyuap nasi ke dalam mulut sambil memandang
Umair.
“Uncle tunggu Dihan tau...” nasi yang
penuh di dalam mulut tersembur keluar beberapa butir, Umair ketawa. Comel
betul...
“Annur
Wadihan, cuba senonoh sikit. Kunyah sampai habis baru cakap.”
Dihan
mengekek melihat umminya marahnya. Ala, marah-marah sayang...
“Ok,
uncle tunggu Dihan makan sampai
habis. Nanti kita main toys yang uncle baru beli untuk Dihan.”
Membulat
mata si kecil itu bila tahu ada permainan baru yang menantinya. Wafa pula sudah
menggeleng kepalanya. Setiap kali datang setiap kali itu juga ada sahaja benda
yang Umair belikan untk Dihan. Kalau tak untuk Dihan, untuknya. Sudah ditegah
berbuat demikian... tapi manusia yang bernama Umair Uwais ni boleh tahan
degilnya. Sama macam arwah suaminya... tegas dengan pendiriannya. Biarlah orang
lain membantah, menghalang sekalipun. Kalau dia tahu apa yang dia buat tu betul
dia buat juga.
Wafa
memandang Dihan dan Umair bersilih ganti. Macam anak dan ayah. Mesra...
kalaulah arawah Wadi masih ada mesti Dihan manja macam sekarang... dia
tersenyum lagi.
---------------------------------
Umair
melunjurkan kakinya di atas tikar yang dibawanya dari rumah. Setiap kali dia
datang mereka akan duduk bersantai di taman hospital. Ala-ala piknik. Dihan
suka betul duduk macam tu dengan uncle Umair
dan umminya di situ. Macam sebuah kelaurga bahagia kalau orang lain melihatnya.
Sampaikan staf-staf di hospital sering salah sangka yang Umair adalah ayah
kepada Dihan.
“Besar nanti Dihan nak jadi apa?” soal
Umair kepada Dihan yang sedang bermain dengan permainan doktor yang baru di
beli oleh Umair.
“Dihan nak jadi doktor!” Lantang anak
kecil itu menyatakan cita-citanya.
“Kenapa nak jadi doktor? Jadi cikgu la
seronok.”
“Tak
nak. Dihan nak jadi doktor sebab Dihan nak jaga ummi. Biar ummi hidup
lama-lama. Boleh Dihan duduk dengan ummi. Kalau Dihan tak jadi doktor nanti tak
ada siapa boleh jaga ummi. Dihan tak nak ummi mati cepat macam abi. Kalau abi
sempat tunggu Dihan jadi doktor mesti abi ada lagi sekarang. Kan ummi?”
Terkejut
Wafa dengan jawapan Dihan... tak terduga jawapan itu yang Dihan luahkan. Tak
dapat tidak hatinya terusik. Dihan rindukan abinya.
“Tapi
doktor kena cucuk-cucuk orang... Dihan nak ke?” Umair menyakat, cuba
menceriakan suasana semula. Dia nampak riak wajah Wafa yang sudah berubah
ketika itu.
“Nak...
nanti Dihan nak cucuk buntot ummi kalau ummi
notty tak nak makan ubat.” Petah si kecil tu menjawab.
Terburai
terus ketawa Umair. Wafa pula membulat matanya... tak sangka jawapan itu yang
akan terkeluar dari mulut anaknya yang berumur 5 tahun itu.
“Apa?
Dihan nak cucuk buntot ummi? Sampai hati Dihan. Ummi nak merajuk dengan Dihan.”
Wafa berpura-pura merajuk.
Umair
membisik sesuatu di tepi telinga Dihan. Terus si kecil itu mengekek ketawa.
Entah apalah yang dibisikkan oleh Umair pada Dihan tapi selepas itu Dihan terus
mendapatkan umminya.
“Sini,
doktor Dihan nak periksa hati ummi.” Dihan menarik tangan umminya supaya lebih
dekat dengannya terus ditekapkan stetoskop mainan itu ke dada umminya.
Berkerut-kerut
dahi Dihan. Wafa memerhatikan sahaja gelagat anaknya sambil tersenyum.
“Hurmmm...
dup dup dup...” Dihan membuat bunyi.
Wafa
dan Umair ketawa melihat telatah Dihan.
“Hati
ummi cakap apa?”
“Hati
ummi cakap... petang esok kita keluar jalan-jalan dengan uncle Umair lepastu kita pergi zoo!”
Dihan
bergive me five dengan Umair.
“Apa?
Tipulah Dihan ni.”
Dihan
membuat muka serius. “Pernah ke doktor Dihan tipu ummi sebelum ni? Tak kan.
Ummi notty ni nak kena cucuk buntot.”
“Eh,
buntot kita pulak yang dicucuknya.
Meh, sini budak kecik... ummi gigit buntot tu. Pandai betul buat cerita.” Terus
ditangkap Dihan dan Wafa mengacah-acah hendak menggigit anaknya itu.
Dihan
pula apa lagi... ingat sesenang abc nak serahkan bontotnya untuk digigit?
Cepat-cepat dia meloloskan diri daripada Wafa tetapi Wafa lagi cekap. Tak
sempat Dihan nak larikan diri terus dia terjatuh dalam pelukan umminya. Dihan
mengekek ketawa bila digeletek umminya.
Umair
yang dari tadi memerhatikan gelagat dua beranak tu tersenyum simpul. Sungguh...
kalaulah diberi peluang dia pun nak turut sama nak tumpang rasa bahagia Wafa
dan Dihan. Tapi persoalannya boleh ke?
“Ummi
boleh kan?”
“Boleh
apa sayang?”
“Kita
keluar jalan-jalan dengan uncle Umair
esok? Please...”
Senyuman
Wafa memudar sedikit, dia mengerling Umair yang sedang duduk bersantai di
hadapannya.
Hendak
kata tak boleh tak sampai hati pula dia nak mematahkan hati anaknya, nak kata
boleh patah hati dia pula kena dengar umpat keji mak long kalau dia dapat tahu
yang mereka bertiga keluar bersama-sama. Nanti ada la tu cerita lain pula yang
di jajanya pada maknya bukan Wafa tak tahu.
Wafa
menarik nafas dalam...
“Ok.”
Itu
jawapannya.
Hati
anaknya lebih penting berbanding hatinya.
Umair
dan Dihan membuat gaya YES! Wafa cuma
mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatah mereka berdua.
Seketika
kemudian Wafa meninggalkan Umair dengan Dihan berdua sebentar, dia perlu
menjawab panggilan telefon yang tiba-tiba berbunyi.
Umair
melayan Dihan bermain dengan alat permainannya.
“Uncle... Dihan suka uncle sebab uncle baik.” Tiba-tiba
sahaja Dihan meluahkan rasanya. Spontan.
Umair
senyum. “Uncle pun suka Dihan sebab
Dihan comel.” Pipi gebu Dihan dicubit manja dan anak kecil tu tersengih lebar.
Suka bila dipuji sebegitu.
Sepi
seketika.
“Sekarang
Dihan dah tahu apa yang kawan-kawan Dihan rasa. Dihan dah tak jeles dah dengan diorang.”
“Apa
yang kawan-kawan princess rasa?”
“Rasa
best main dengan ayah diorang. Dihan
ada uncle.” Senyumannya makin
melebar. Bercahaya.
Tiba-tiba
Umair rasa sebak. Kesian dengan nasib anak kecil ini... membesar tanpa kasih
sayang seorang ayah. Membesar dengan hanya melihat gambar abinya sahaja. Umair
faham rasa rindu yang Dihan rasa sekarang.
“Kalau
Dihan nak uncle jadi ayah Dihan boleh
tak?” polos si kecil tu bertanya.
“Dihan
nak panggil uncle ayah. Tak nak
panggil uncle... boleh tak?”
“Uncle duduk dengan ummi dengan Dihan.
Boleh tak?”
Bertalu-talu
soalan Dihan kepada Umair. Sehinggakan kelu lidah Umair hendak memberi jawapan.
Tapi yang sebenarnya jawapannya dia sudah ada... dia rela hati menjadi ayah Dihan
sebabnya dia memang sudah jatuh sayang dengan Dihan. Dihan anak yang baik dan
menyenangkan hati mana mungkin dia menolak untuk menjadi ayah kepada anak yang
baik ini.
Tapi...
Bukan
perasaan Dihan sahaja yang perlu diambil kira. Perasaan Wafa pun sama
penting...
“Uncle....”
“Dihan.
Sayang ummi kena mandi sekarang. Jom masuk dalam balik. Dah lama Dihan main
dekat luar ni.” Tiba-tiba sahaja Wafa muncul mendapatkan anaknya. Dia tak mahu
mendengar jawapan Umair.
“Tapi
ummi, Dihan belum habis main dengan ayah.”
Terkejut
Wafa bila Dihan membahasakan Umair dengan panggilan ayah. Umair pun sama
terkejut bila anak kecil itu memanggilnya ayah.
“Dihan
boleh sambung main dengan UNCLE esok...
kita masuk ya. Uncle ada kerja, dia
kena balik sekarang.” Wafa memujuk Dihan, sengaja ditekan perkataan uncle itu. Bukan niatnya hendak
menghalau Umair tetapi sebelum perbualan Dihan dan Umair melencong lebih dalam
biarlah dia menghalangnya daripada terjadi.
Ayah
Dihan cuma seorang dan itu hanya abinya sahaja. Tak ada yang lain.
“Betul
cakap ummi tu. Esokkan kita nak keluar jalan-jalan. Jadi, Dihan kena tidur awal
hari ni. Ikut cakap ummi ya princess.”
Wajah
Dihan kembali ceria mendengar jawapan Umair. Segera dia berdiri, menyalami
tangan Umair dan terus memegang tangan umminya pula, bersedia hendak masuk ke
dalam wadnya semula.
Wafa
nampak Dihan sangat akur dengan kata-kat Umair. Tak pernah sekalipun Dihan
membantah kata-kata Umair.
Umair
cuma memerhatikan sahaja langkah Wafa dan Dihan yang melangkah masuk ke dalam
hospital dari belakang. Dihan berpaling ke belakang sambil melambai kepada
Umair dan Umair mebalasnya juga dengan lambaian serta senyuman manis.
------------------------------
TK
: Cerita ni wujud sebab saya selalu terfikir ada tak orang yang memang
betul-betul setia pada yang satu walaupun orang yang dia sayang tu dah tak ada?
Sebabnya cita-cita saya memang nak jadi pencinta yang setia walaupun selalu je
‘curang’ sekejap sayang putih sekejap sayang hitam (Hitam n putih tu kucing
bukan taik cicak.). tapi niat tu ada kira ok la.
Have fun... :)
lap airmata.. hukhuk....heartbreaking betul ... nice yunk..ade sambung lagi ke ni??
ReplyDeletejgn la sedih... *tepuk2 belakang. ehhe
Deleteada smbungan lagi part last. cerpen i kan selalu berangkai2...hehe
Salam,
ReplyDeleteyes i hv the privilege to meet one..my own FIL..never remarried after my MIL passed away..and my hubs was barely 2 yrs old at that time
w'slm...
Deletewow, ur FIL must be one tough guy.. :) jrg kita dgr lelaki yg x kahwin balik bila isteri dia meninggal especially when they have little child...
Sambung lg
ReplyDeleteheheh... i dah sambung kak mona.. ;)
Delete