Jari
telunjuk Umair lincah menyentuh permukaan telefon pintar Samsungnya. Sesekali
bibirnya tersenyum lebar. Gambar-gambar Dihan yang sedang membesar memenuhi
ruang telefonnya. Jari telunjuknya berhenti slide
gambar... gambar Dihan sedang makan ais krim sambil mulutnya comot
membuatkan Umair tersenyum. Dia slide
ke tepi... gambar Dihan sedang bermain belon... gambar Dihan sedang merajuk...
gambar Dihan teruja. Semuanya comel-comel belaka.
Memang Umair terpaksa mengaku yang dia
sangat sayangkan Dihan. Macam manalah dia tak jatuh sayang kepada anak kecil
ni. Umair ingat lagi semasa Dihan mula-mula sedar daripada komanya dulu, Dihan
‘kenal’ dia!
Tipulah
kalau Umair cakap dia tak terkejut bila Dihan yang dalam keadaan lemah itu
boleh kenalnya sedangkan Dihan tak pernah langsung berjumpa dengannya dalam
keadaan sedar. Umair sangkakan Dihan mungkin tak kan kenalnya lagi selepas
sedar. Tapi jangkaannya ternyata meleset.
“Dihan
kenal uncle?”
Dihan
menggeleng kepalanya. “Dihan tak kenal muka uncle
tapi Dihan kenal suara uncle.
Masa Dihan tengah tidur uncle selalu
cakap dengan Dihan. Dihan dengar je suara
uncle baca cerita-cerita princess dekat Dihan. Masa uncle borak-borak dengan Dihan pun Dihan
dengar.”
Semangat
si kecil bercerita pada Umair.
“Uncle punya suara sedap, Dihan suka bila
uncle baca quran dekat Dihan tapi
Dihan tak boleh nak balas. Dihan dah cuba uncle.
Tapi tak boleh juga, Dihan pun pelik kenapa bila Dihan nak cakap dengan uncle tak boleh, dengan ummi pun. Penat
tau Dihan.” Bibir kecil itu mengeluh.
Takjub?
Allah sahaja yang tahu perasaan Umair masa tu. Sampai mati pun Umair tak
mungkin lupakan kenangan yang satu itu. Sungguh dia tak sangka perbuatannya
yang berbual dengan Dihan semasa dia sedang koma mengeratkan lagi hubungan
mereka. Dihan memang anak yang bijak...
Jarinya
terhenti sekali lagi tetapi kali ni bukan gambar Dihan sebaliknya gambar
umminya Dihan yang sedang duduk sambil memegang handphonenya. Gambar Wafa yang Umair curi-curi ambil ketika mereka
bertiga keluar hari itu.
Umair merenung sisi wajah Wafa yang
tenang itu. Bibirnya mengukir senyuman.
“Wafa
Wirdani...”
Tiba-tiba
bibir yang dihiasi senyuman tadi bertukar muram. Umair mengeluh perlahan sambil
mengusap belakang tengkuknya.
Jatuh
cinta?
Jatuh
hati?
Jatuh
sayang?
Jatuh
suka?
Hah...
Empat
soalan satu jawapan. Dan jawapannya adalah YA. Umair memang dah terlalu
cintakan, sayangkan, sukakan Wafa. Kalau orang cakap hati kita boleh
bernyanyi... hati Umair saban hari menyanyikan nama Wafa.
Aduh,
parah betul bila hati dah suka tapi takut bertepuk sebelah tangan.
Sekali
lagi bayangan wajah Dihan dan Wafa bermain-main di mindanya. Umair mahukan
mereka berdua menjadi ratu dan puteri hatinya di dunia dan juga akhirat nanti.
Dia
hendak menjadi payung tempat Wafa dan Dihan berteduh dan dahan tempat mereka
bergantung harap. Mungkin sekaranglah masa yang terbaik untuk dia meluahkan
perasaannya.
Umair
nekad dia ingin melamar Wafa.
Kalau
jodoh tak ke mana...
---------------------------------
Umair
menanti kedatangan Wafa. Mereka dah berjanji untuk makan tengahari bersama-sama
hari ini. Entah kenapa setiap kali berjanji dengan Wafa dia akan datang 15
minit lebih awal dari waktu yang dijanjikan. Dia tak nak Wafa menantikan
kedatangannya sebaliknya dia lebih rela menanti Wafa.
Akhirnya,
wanita yang ditunggu sampai jua. Wafa memberi salam sebelum menarik kerusi dan
duduk bertentangan dengan Umair.
“Saya
lambat lagi ke?” polos Wafa menyoal Umair.
Lelaki
itu tersenyum... “Awak tak pernah terlambat tapi saya yang selalu awal.”
Wafa
ketawa kecil. “Dah order?”
“Belum...
waiter.” Umair melambai tangannya
kepada pelayan restoran tersebut.
Masing-masing
leka dengan makanan yang dipesan. Tapi dalam diam Umair mencuri-curi pandang ke
arah Wafa. Wajah yang sentiasa tenang tapi sentiasa menarik minat Umair. Tapi
hari ini Umair dapat rasakan ada sesuatu yang menggangu Wafa.
“Kenapa
muka macam monyok je ni? Ada yang tak
kena ke, Wafa?”
Wafa
masih menunduk, garfu di tangan menguis nasi di pinggan... keluhan kecil
dilemparkan.
“Let me guess... Mak long awak datang
bawa mulut lagi ke rumah awak?”
Wafa
tersenyum kecil. Pahit. “Memanglah pergi mana-mana kena bawa mulut. Awak ni tak
kan nak tinggal pula mulut dia dekat rumah.” Dia cuba untuk buat lawak tapi
hambar.
Umair
menggelengkan kepalanya... “Dia cakap apa?”
“Tak
cakap apa pun... tapi dia bawa gambar.”
“Gambar?
Gambar apa?” Jus oren diteguk perlahan.
Wafa
mengangkat bahu... “Gambar bakal suami sayalah agaknya.”
Terbatuk
terus Umair! Merah terus mukanya menahan perit di tekak.
“Eh,
awak... ok tak ni? Air... air... tisu. Nah, tisu!” Wafa cemas melihat Umair
yang tiba-tiba terbatuk kuat.
Umair
mengangkat tangannya tanda dia ok. Sebelah lagi tangannya menutup mulutnya
dengan napkin yang disediakan di restoran itu. Terkejut beruk dia dengar
jawapan Wafa.
What on earth?
Bakal suami?! No!
“Awak
setuju ke?”
Berkerut
dahi Wafa. “Setuju apa?”
“Yalah,
kan mak long awak bawa gambar calon suami untuk awak. Awak setuju ke kahwin
dengan salah sorang calon tu?”
Wafa
tersenyum sipis... entah sinis entah tak ada apa-apa maksud. Umair tak boleh
nak tafsirkan senyuman Wafa kali ni tapi yang pasti bukan perasaan yang positif.
“Tak...”
Umair
memandang Wafa.
“Tak
akan setuju.”
“Macam
mana kalau ditakdirkan suatu hari nanti awak jumpa seorang lelaki yang
betul-betul sayangkan awak dan Dihan. Awak setuju kahwin dengan lelaki tu?”
soal Umair.
“Tetap
tak akan setuju. Saya tak akan kahwin lagi. Kahwin cuma sekali dalam hidup
saya. Wadi adalah suami saya dunia dan akhirat tak ada yang lain.”
Umair
mengeluh kecil mendengar jawapan tegas Wafa.
“Tapi
Dihan masih kecil... dia perlukan kasih sayang seorang ayah. Awak tak boleh
pentingkan diri sendiri, awak kena fikirkan juga perasaan Dihan. Mungkin pada
luarannya dia nampak gembira tapi dalam hati dia mungkin dia rasa kosong atau
tak sempurna macam kawan-kawannya yang ada ayah,” ujar Umair tentang
pendapatnya atau lebih tepat tentang isi hatinya.
Wafa
memandang Umair. Tak dapat tidak memang dia terpaksa setuju dengan apa yang
diperkatakan oleh Umair. Bukan sekali dua Dihan bertanyakan perihalnya abinya.
Dan bukan sekali dua juga Dihan mengatakan dia cemburu melihat kawan-kawannya
yang lain mempunyai ayah sedangkan dia tak ada.
“Saya
tak nak Dihan ada dua ayah. Dihan kena belajar terima hakikat yang abi dia cuma
seorang dan abi dia dah tak ada sekarang.” Wafa masih tegas dengan
pendiriannya.
“She’s too young to understand adult’s pain.
Bila awak menderita tak semestinya awak kena tarik Dihan untuk turut sama rasa
sedih awak. This is not fair for her.
She’s only five!” Entah kenapa
tiba-tiba Umair teremosi. Jawapan Wafa yang betul-betul pentingkan diri buatkan
dia rasa marah.
Perbualan
santai tadi terus menjadi tegang. Sepanjang persahabatan mereka, ini kali
pertama Wafa dan Umair seolah-olah bertegang urat. Bergaduh!
“Ada
ayah baru tak semestinya Dihan akan lupa abinya. Abinya tetap ayah kandungnya
dunia akhirat. Tak akan pernah terputus hubungan mereka anak beranak. Salah ke
kalau Dihan nak tumpang kasih sayang seorang ayah pada lelaki lain? Salah ke
kalau lelaki lain yang sayangkan dia nak jadi ayahnya? It is too wrong for that? Answer
me Wafa Wirdani.”
“Drop the topic, Umair. Please...” Wafa dah tak sanggup bincang
tentang hal ni. Dia menyuap baki nasi ke dalam mulut walaupun pada hakikatnya,
nasi tersebut dah terasa pahit untuk ditelan. Terasa kasar menyelusuri
tekaknya. Perit!
Umair
memejam mata. Mencari kekuatan.
“Marry me.”
Sekotak
baldu berwarna biru gelap ditolak betul-betul di hadapan Wafa.
Wafa
terkejut!
“Izinkan
saya untuk jadi payung yang boleh menaungi awak dan Dihan dari panas dan
hujan.” Anak mata hitam pekat milik Umair tepat memandang anak mata Wafa.
Suapannya
terhenti matanya menatap wajah bersih milik Umair yang setia merenungnya.
“Apa
yang awak cakap ni? Awak bergurau kan?” Wafa ketawa kecil... ketawa yang
dibuat-buat. Sambungnya lagi. “Kan saya dah cakap... drop the topic. I will never married
again or change my decision, end of the discussion.”
“No, I’m
serious... this is not a joke. I really love you... I want to marry you. And I want both of you in my life.”
Wafa
hilang kosa katanya. Sangkanya Umair tak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya
tapi ternyata sangkaannya meleset jauh.
Umair
sukakannya... atau lebih tepat Umair cintakannya!
“Umair,
saya tak akan kahwin lagi.”
“Walaupun
lelaki itu adalah saya?”
Wafa
terdiam. Dia mengangkat pandangan matanya semula melawan mata Umair.
“Yes, even
if the man is you.”
“Wafa,
ambil masa selama manapun yang awak perlu. Pertimbangkan balik lamaran saya.
Awak pegang cincin ni, kalau awak setuju awak pakai cincin ni dan kalau betul
awak rasa tolak lamaran yang adalah yang terbaik. Pulangkan kepada saya.”
Wafa
tak berkata apa-apa lagi. Sebaliknya terus melangkah dari situ.
Umair
mengeluh. Hilang terus semua bayangan pertemuaanya dan Wafa pada tengahari
tadi. Tetapi wajah ayu milik Wafa yang tenang luarannya tapi disebaliknya
seolah-olah ada satu ruang kosong yang membuatkan wanita itu seperti kesedihan
masih kekal di mindanya...
Dia
ikhlas membantu Wafa dan Dihan.
Tetapi
dia takut semua kebaikan yang dia berikan kepada Wafa dan Dihan disalah erti.
Dia tak nak dituduh mengambil kesempatan atas budi yang telah dia berikan.
Bukan itu niatnya. Dia ikhlas. Sebab itu selama lima bulan lebih dia memendam
perasaannya kerana dia takut perkara seperti tengahari tadi akan terjadi.
Dan
apa yang dia takuti sememangnya terjadi.
Sepanjang
lima bulan dia mengenali hati budi Wafa, betul-betul buat dia terpaut hati pada
wanita berwajah tenang itu. Dan hatinya juga turut jatuh sayang kepada Dihan
yang sudah dianggap sebagai anak sendiri.
Dia
ikhlas hendak jadikan Wafa sebagai permaisuri hatinya dan Dihan sebagai
puterinya. Dia ingin melindungi mereka dan terus menyanyangi mereka hingga ke
akhirnya tapi mungkinkah Wafaakan berikannya peluang itu?
“Yes, even
if the man is you.”
Kata-kata
tegas yang terlahir daripada bibir Wafa betul-betul buat Umair makan hati...
“Yes, even
if the man is you.”
Umair
merenung kembali siling biliknya yang kosong itu. Adakah Wafa akan menerima
lamarannya itu? Umair buntu.
---------------------------------
Wafa
seolah-olah nampak bayangan Wadi dalam diri Umair. Salahkah kalau dia
menganggap Umair sebagai Wadi? Tempat dia berkongsi rasa?
Mungkin
kerana Umair sangka mudah untuk didampingi membuatkan Wafa rasa sangat selesa
bila bersama lelaki itu. Tambahan pula, Umair sangat persis arwah Wadi. Umair
yang memahami bila dia mngadu tentang mak longnya. Umair yang penyayang bila
dengan anak kecil. Umair yang sangat bertolak ansur... Umair yang hati baik...
Umair yang berbudi bahasa dan tahu hormat orang tua.
Sungguh,
dia lelaki yang sempurna.
Baru
sekarang Wafa sedar. Rupanya selama ini dia silap. Wafa cuma nampak bayangan
Wadi dalam diri Umair. Dia lupa yang Wadi tetap Wadi dan Umair tetap Umair
mereka adalah dua orang yang berbeza walaupun memiliki perwatakan yang sama.
Sama
tapi tak serupa.
Serupa
tapi berlainan.
Wafa
tekad… cincin di dalam kotak baldu tu ditenung lama. Keputusannya sudah dibuat.
Selepas membuat solat istikarah semalam, nampaknya Dia yang esa dah tunjuk
jalan yang patut Wafa ambil.
Perlahan-lahan kotak baldu itu ditutup
dan dimasukkan ke dalam beg tangannya. Kemudian telefon bimbitnya pula dicapai.
Nombor Umair dicari… butang call ditekan.
Wafa sabar menunggu panggilannya
bersahut.
“Assalamualaikum.” Suara Umair
kedengaran.
Wafa tersenyum kecil.
“Waalaikummusalam.” Perlahan dia menjawab salam sang jejaka.
“Ya? Ada apa-apa yang boleh saya
tolong, Wafa?” sopan nada Umair bertanya
dalam lembut suaranya.
“Boleh kita jumpa esok petang?”
“InsyaALLAH. Dekat mana?”
“Tempat
biasa.” Pendek jawapan Wafa.
“Ok.
Kalau awak tak keberatan boleh saya tahu tujuan awak nak jumpa saya?”
Wafa
menarik nafas panjang… “Saya dah ada jawapan untuk lamaran awak.”
---------------------------------
Umair
menanti kedatangan Wafa dengan sabar.
Wajah
tenang milik Wafa akhirnya muncul. Umair tersenyum menyambut kedatangan Wafa
dan senyumannya berbalas. Wajah tenang itulah yang menghantui mimpinya saban
malam…
“Dah
lama tunggu?”
Umair
menggeleng perlahan.
“Tak,
saya pun baru sampai.”
Wafa
mengangguk. Kerusi yang berhadapan dengan Umair ditarik perlahan. Sopan perlakuan
Wafa itulah yang menarik minat Umair. Yang mengikat rasa hatinya pada Wafa.
Wafa
yang sopan, Wafa yang baik dan Wafa yang mencuri hatinya…
Umair
mempelawa Wafa untuk memesan makanan tapi Wafa menolaknya dengan baik, Wafa
ingin terus ke agenda utamanya untuk berjumpa hari tu. Di cari seluruh kekuatan
yang ada di dalam dirinya untuk meluahkan jawapannya pada lamaran Umair.
“Umair…
awak lelaki yang baik.”
Umair
memandang Wafa.
“Cukup
baik malah terlalu baik untuk perempuan macam saya. Jujur saya cakap, awak
layak dapat yang lebih baik dari saya. Saya ni seorang janda, awak lebih layak
cari seorang gadis, Umair.”
Umair
mengeluh perlahan. “Wafa, berapa kali saya nak cakap yang saya tak kisahkan
status awak. Saya sayang awak seadanya. Saya terima awak bukan sebab status
tetapi rasa hati saya untuk awak.”
Wafa
tersenyum kecil. Mulia sungguh hati lelaki di hadapannya ini.
“Saya
tahu… tapi saya minta maaf.”
Perlahan-lahan
kotak baldu yang berisikan cincin yang Umair berikan padaya sebelum ini ditolak
ke arah lelaki itu. “Saya memang tak boleh terima awak… pintu hati saya memang
sudah tertutup untuk lelaki lain.”
Badan
Umair tersandar ke belakang… perit rupanya rasa bila cinta hati kita ditolak
mentah-mentah tanpa kita sempat menunjukkannya.
“Saya
dambakan cinta sejati yang kekal selamanya biarpun pahit perjalanan untuk
meraihnya. Tetapi demi redhaNya saya akan tempuh. Cinta saya hanya milik
seorang lelaki dan lelaki itu adalah arwah suami saya. Dia cinta mati saya.
Maafkan saya.”
Wafa
diam seketika… terbayang masa hadapan bilamana dia terpaksa menahan sakit
telinga mendengar umpat keji orang pada dirinya. Hanya kerana dia seorang
wanita tanpa suami. Janda… tapi dia tak peduli…. Kalau itu sahaja jalannya, dia
akur dan dia akan tabah. Dia tak akan lagi lemah dengan umpat keji tu. Dia akan
tabah demi Wadihan… demi arwah Wadi.
“Saya
bimbang kalau saya terima awak. Saya tak mampu untuk menyayangi awak sebagaimana
layaknya seorang suami meraih cinta isterinya. Saya harap awak faham.”
Pada
sesetengah orang mungkin mereka menyangkakan yang Wafa sangat bodoh kerana
tidak memilih Umair yang setia dan sangat kasihkan padanya. Tapi percayalah
memang ada di dunia ini orang yang dilahirkan setia pada yang satu walaupun
cintanya itu telah pergi dan dunia telah memisahkan mereka.
Umair
membetulkan duduknya. Perlahan-lahan dia memandang wajah tenang Wafa. Untungnya
arwah Wadi memilik wanita sebaik Wafa sebagai permaisurinya di syurga kelak.
“Saya
faham dan saya hormat keputusan awak, Wafa.” Tanganya mencapai kotak baldu yang
diletakkan di atas meja oleh Wafa sebentar tadi. Tiada guna kalau dia memaksa
andai kata hati Wafa memang sudah tiada ruang buat dia. Umair akur dan
mengundur diri…
Umair
tersenyum kecil. Senyuman yang ikhlas. “Jujur saya cakap. Saya pun dambakan
cinta seperti yang awak cakap tu. Cuma mungkin bukan awak orangnya.”
Wafa
mengangguk faham...
Sekarang
semuanya sudah terlerai. Tak perlu lagi dia lari daripada Umair dan tak perlu
lagi Umair mengejarnya. Memang sudah tertulis jodoh Umair Uwais bukan Wafa Wirdani
dan sebaliknya…
Wafa
meminta diri dan selepas salam diberi dia terus berlalu pergi meninggalkan
Umair sendirian di situ.
Umair
hanya mampu memandang dari belakang sahaja. Sememang Wafa seorang yang setia
seperti maksudnya namanya Kesetiaan. Dan setianya hanya untuk lelaki yang
bergelar suaminya walaupun lelaki itu sudah lama tiada.
Ada
orang kata jodoh kita yang tertulis dekat Loh Mahfuz ada tujuh orang…. Kalau
jodoh yang pertama tak berkekalan kita akan berjumpa dengan jodoh kita yang
kedua dan begitulah seterusnya. Jadi jodoh seseorang itu bukanlah tak wujud
tapi cuma tak berpanjangan sebenarnya. Wallahualam.
Dalam
kisah Wafa Wirdani…
Datanglah
seribu Umair sekalipun, Wadi yang satu juga pilihan hati Wafa.
TAMAT.
---------------------------
TK:
Yup, me know mesti ramai tak puas hati kan? Apasal la si Wafa yang gojess tu
boleh tolak mentah-mentah Umair yang baik, hensem, penyayang macam tu je... Awak...
kita kena ingat dalam dunia ni tak semua yang kita nak kita boleh dapat... tak
semua yang kita impi kita boleh capai.
alaaaa...sad ending :(
ReplyDeletealaaa... sedih... :(
Deletesesekali kita tukar feeling2 lak... ;)
Best..terbaek..setia...
ReplyDeleteweee... setia ujung nyawa... ;)
DeleteAkak,cerita ni best gilerr!!😁
ReplyDeleteSetuju dengan wafa, jangan kahwin dengan orang lain.Mmm biar seksa di dunia, inshaaAllah manis di sana. (Ceh terlebih serius pulak hahah)
Bukannya dia pentingkan diri, tapi dia cuma nak setia kan kan? Tapi kesian jugak kat dihan😪..haha ambil serius pulak😁
kan... situasi wafa ni ditelan mati mak diluah mati bapa... tapi at the end that's her choice. so so so... klu in real life we should support her kan? hehe.. tapi terima kasih untuk komen yang manis ni hawa. ;)
DeleteMemang cinta mati...
ReplyDelete*angguk2...
Deletecinta tersimpul mati.
Lps ni mngkin cik writer blh buat crita tntng umair plk😃
ReplyDeleteTentang Umair?? nice idea. thanks. ;)
DeleteMemang agak menghampakan bagi pihak umair tetapi ia merupakan satu kebanggaan atas kesetiaan cinta yg hakiki
ReplyDeleteyuppp...betul tu. Kalaupun Wafa terima Umair tu tak semestinya dia x cintakan Wadi. tapi dia pilih cara tu.. klu in real life kita sepatutnya sokong dia. kan? :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBtul2..sy stuju cik writer dengn pepatah datas
ReplyDeleteterbaikkkk! readers paling sporting cik anna kita ni. :D
DeleteBetul,betul,betul terbaiklah cerpen ni.. Memang betul2 yg mcm sy harapkan.. Mencintai bukan bererti memiliki... Love U lot...
ReplyDeletethanks shila :) love u lot too
Delete