4 May 2012

Cerpen : Bila Cupcakes Bercinta Dengan Gitar (i)

Uncle, Mimi nak cupcakes yang ada gambar hello kitty atas dia tu. Bolehlah uncle… Mimi nak…” Rengekan gadis kecil molek yang memakai skirt dan bertocang dua tu menarik perhatian Afiqah yang sedang mengelap tingkap kedainya dibahagian luar.

“Tak boleh sayang. Cupcakes tu manis, banyak gula. Nanti gigi Mimi yang lawa nie habis rongak.” Lelaki itu memujuk anak saudaranya.

“Tapi Mimi nak… Mimi janji nanti balik rumah Mimi gosok gigi 3 kali. Betul!” bersungguh-sungguh gadis yang pada pandangan Afiqah mungkin baru berumur 5 tahun. Gadis kecil tu masih tak berputus asa memujuk lelaki yang dipanggilnya Uncle itu dengan menarik hujung baju.

“Mimi, I said no… means no. Kenapa degil nie?” Suara lelaki dah berubah mungkin sebab dah malas nak melayan kerenah si kecil yang tak faham bahasa.

“Tapi…” Mata Mimi dah berair… terasa nak menangis apabila permintaannya ditolak mentah-mentah.

Afiqah menggeleng perlahan kepalanya melihat cara lelaki melayan kanak-kanak. Kasar! Tak pandai berlembut langsung. Kain pengelap ditangan dan botol spray yang dipegangnya dibawa masuk ke dalam kedai. Sejurus kemudian tak sampai 5 minit Afiqah keluar kembali. Terkejut Afiqah apabila melihat gadis kecil yang bernama Mimi itu sedang menangis. Kakinya bergerak pantas ke arah mereka.

Uncle jahat!” Mimi menangis semahu-mahunya. Dia duduk mencangkung di kaki lima itu sambil menangis.

Lelaki itu merengus kuat. Bosan dengan kerenah anak saudaranya yang sorang nie. Tidak dihiraukan anak saudaranya yang sedang menangis tu. Matanya memandang ke arah jalan.

“Yang drebar nie pun satu, lembab betul. Kalau aku tau aku drive sendiri tadi.” Jam dipergelangan tangan dibetulkan. Tiba-tiba ada seorang wanita muncul di depan Mimi dan dia.

“Adik, jangan menangis ok. Nie kakak hadiahkan cupcakes dekat adik.” Afiqah turut mencangkung disisi Mimi.

Mimi yang tadi menangis teresak-esak mula diam. Matanya memandang Afiqah dan cupcakes dihadapannya silih berganti. Matanya masih berair lagi tapi dia dah tak menangis.

“Cuba adik tengok, ada gambar hello kitty atas dia. Comel kan?” Afiqah cuba menarik perhatian Mimi. Dia mahu memujuk Mimi.

Dengar sahaja perkataan Hello Kitty terus Mimi tersenyum kepada Afiqah. “Hello Kitty…” Mimi menyebut perlahan.

“A’ah, Hello Kitty, kakak bagi dekat adik cupcakes nie.” Afiqah menghulurkan kek cawan itu kepada Mimi dan Mimi menyambutnya.

Lelaki tadi a.k.a Uncle Mimi yang garang tu memandang tajam ke arah Afiqah. “Kau siapa? Pandai-pandai nak bagi makanan dekat anak saudara aku nie.” Spontan cupcakes di tangan Mimi dirampas. “Entah-entah kau letak ubat dalam kek nie.”

Humaih, kasarnya bahasa siap menabur fitnah dekat aku lagi tu. Melampau orang tua nie. Afiqah mengutuk dalam hati.

“Assalamualaikum encik.” Sinis suara Afiqah memberi salam. “Mak saya ajar, kita kena buat baik sesama manusia. Mak saya pesan, dengan budak jangan tinggi suara. Mak saya cakap, yang tua dihormati yang muda disayangi. Mak saya kata, tak baik fitnah orang. Mak saya bagitau, apa yang dia cakap dekat saya semua tu suruhan agama. Ajaran nabi dan perintah Allah. Assalamualaikum.” Terus Afiqah meninggalkan lelaki tu dengan Mimi. Pintu kedai dibuka…

Tapi tiba-tiba Afiqah berpaling semula memandang lelaki tu. “Oh ya… mak saya ada juga cakap, antara orang yang menzalimi dirinya sendiri tu bila mana dia berdoa tapi mendoakan orang lain. Dua kali saya bagi salam dekat encik. Salam tu kita bagi sebab nak mendoakan kesejahteraan orang yang disapa. So, encik jawab la salam saya tu ya kalau tak nak tergolong dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri.” Afiqah mengenyitkan matanya. Lelaki tadi terpana dek kenyitan mata Afiqah. Berdessup dia rasa!

Ambik kau… Afiqah tersenyum puas melihat riak muka lelaki tu yang nampak gila terkedu! Speechless la tu kena sembur dengan aku. Tu la, budi bahasa ada tak nak guna, kan dah kena.

“Muka ja hensem tapi hati batu memang dasar hantu.” Afiqah mengutuk perlahan.

Lelaki itu hanya memandang Afiqah memasuki kedainya semula. Tak pernah-pernah seumur hidup dia kena tarbiyah dekat kaki lima kedai tepi jalan pulak tu! Memang perempuan nie belum kenal dia siapa. Lelaki tu tersenyum. Senyuman yang ada makna tersembunyi di sebaliknya.

Uncle, cupcakes Hello Kitty Mimi!”

Lelaki tu tersedar dari lamunan, matanya memandang cupcakes ditangannya dan kedai hadapannya bersilih ganti.

“Nah, sayang.” Cupcakes tadi di beri kepada Mimi.

-----------------------------------------------

4 Bulan kemudian…

“Hanya padamu kuserahkan segalanya, kau bertakhta di nurani anggun cinta mu abadi. Hanya padamu pertama dan yang terakhir, pohon cinta ku merendang disirami kasih suci.” Dengan penuh perasaan sang penyanyi melagukan lagu.

“Mira, sampai bila mamat tu nak duduk sini? Dah dekat tiga minggu dia menempek depan kedai kita nie. Risau aku.” Afiqah terhendap-hendap dari dalam kedai memerhatikan seorang kutu rayau yang sedang menyanyi di hadapan kedai mereka.

“Biarlah, dia pun nak cari makan juga. Dia tak kacau periuk nasi kita buat apa kita nak kacau periuk nasi dia.”

Mira nie memang tau, memang nak kena gigit! Afiqah mengetap bibir.

          “Siapa cakap dia tak kacau? Tau tak dia tu boleh bawak imej buruk dekat kedai nie. Nanti habis semua pelanggan kita lari.”

          “Memandai ja kau nie. Biarlah dia tak kacau kita kau nie nak berdengki dengan dia buat apa? Dari kau berdengki dengan mamat tu, menambah dosa kering kau baik kau tolong aku hias kek cawan nie.”

          Afiqah merengus. “Bela sangatlah kutu rayau tu.”

          “Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira, hampir ku terlena dalam belaian mu. Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku. Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai…” Suara kutu rayau tu menyapa lagi di telinga Afiqah. Tingkap kedai mereka yang sentiasa terbuka tu menyebabkan suara lelaki tu boleh didengari sampai ke dalam kedai mereka.

          Wah, makin menjadi-jadi pulak mamat nie. Afiqah panas hati. Entah kenapa dia rasa asyik nak marah ja bila terpandang kutu rayau tu. Rasa macam lelaki tu pernah buat salah dengan dia sampaikan dia memang tak boleh langsung pandang lelaki tu. Suara dia pun kalau boleh Afiqah tak nak dengar. Bingit! Dan yang pasti Afiqah pun tak tau kenapa dia rasa macam tu padahal apa yang Mira cakap memang betul, lelaki tu tak kacau mereka pun apatah lagi dia.

          Afiqah mengeluh lagi. Mengidam beg jenama Padini, kenapalah dengan hati nie…

-----------------------------------------------

“Rinduuuu… rindu serindu rindunyaaaa… namun engkau tak mengerti oh oh oh...” Lelaki tu menyanyi dengan penuh perasaan.

Kuat betul suaranya menyanyi, boleh dengar sampai ke dalam kedai Cupcakes Homey Delicious milik Afiqah dan Mira.

“Pilu… pilu sepilu pilunyaaaa… namun engkau tak peduli…”

“Tak habis-habis nyanyi lagu jiwang! Naik nanah telinga aku nie mendengarnya.” Mulut bising tapi tangan Afiqah ligat menghias cupcakesnya dengan aising.

Mira cuma mampu menggelengkan kepalanya saja.

“Tak habis-habis lagi ke nak berdengki dengan mamat tu. Kau nie Fiqa tak faham aku. Bukannya dia kacau kau.”

“Siapa cakap tak kacau? Kacau telinga aku nie tau tak. Bingit dengar lagu jiwang karat dia tu. Jiwang mamat nie jiwang tahun 80 an. Gila betul… geli anak tekak tau! Nak termuntah.” Dibuatnya aksi nak muntah.

“Ha, buat-buat… termuntah dalam cupcakes tu, kau makan!”

Afiqah tersengih.

-----------------------------------------------

“Semalam lagu rindu-rindu segala. Hari nie lagu apa pulak dia nak nyanyikan.” Afiqah berkata perlahan, hujung mata dikerling luar tingkap kedainya melihat lelaki tu yang sedang menyiapkan dirinya mahu bernyanyi. Tiba-tiba lelaki tu memandang ke arah Afiqah. Mata mereka bertemu! Lelaki tu melemparkan senyuman dan matanya dikenyitkan kepada Afiqah. Afiqah terkedu…

“Hayy, tak kan tertunggu-tungu kot.” Mira menyindir.

Afiqah tersedar… kepalanya digelengkan berkali-kali. Cis, macam  mana aku boleh  terpesona dengan mamat tu. Arghh! Ni semua mimpi… mimpi! Kepalanya diketuk perlahan.

“Kau kenapa? Tak kan angau dengan mamat tu sampai jadi gila macam nie?” Mira menyoal. Pelik benar dia tengok Afiqah sekarang.

Afiqah berdehem. “Huh, tak ada maknanya.” Muka slumber ditayang. Padahal dalam hati tu dah terkena panahan power kenyitan mata lelaki yang dia panggil kutu rayau tu.

Tiba-tiba ‘radio’ kedai mereka dah ‘terpasang’. Siapa lagi kalau bukan kutu rayau yang Afiqah benci sangat tu.

“Dapatkah putikkan menjadi bunga. Kiranya cuaca sering gerhana. Dapatkah kasih bersemi selamanya ataupun aku harus berserah kepadaNya Yang Maha Esa…”

“Dia mula dah, dia mula dah…” Afiqah mengutuk.

“Karam aku dilautan duka. Bila wajahmu hilang di mata… tiada berita pengubat rindu dikala sendu…” lelaki tu menyanyi penuh perasaan memang tengah hayati gilalah sampai mata-mata pun terpejam.

‘Alahai, dia nie tengah putus cinta ke apa? Ada makwe ke dia nie?’ Afiqah masih memandang curi-curi ke arah lelaki tu. Ehem-ehem berminat ke Cik Afiqah?

“Kau tenung apa lagi mamat tu? Bukannya boleh tukar jadi laki kau pun kalau kau tenung lama-lama.” Mira kalau menyindir memang stok menikam ke jantung!

“Tak lah, aku nak tengok bila dia nie nak karam macam tajuk lagu yang dia nyanyi tu. Dah naik menyampah tengok muka dia kat sini hari-hari.”

Lain dihati lain yang keluar dari mulut tu. Ego tu tinggi melangit!

“Cecece… pakai ayat cover segala pulak cik Afiqah kita nie. Suka cakap suka… kalau suka bagitau ja aku boleh tolong pinangkan mamat tu kat kau. Haha.” Mira mengusik.

Afiqah menjelir lidah kepada Mira sebelum kembali menyambung kerjanya.

-----------------------------------------------

“Jangan bilang tidak bila kita belum mencuba, siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku. Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga ku harapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan cinta kita kan abadi.”

“Mamat nie tak ada hidup ke? Tak ada kerja ke? Tak ada anak bini ke ha? Eii, tension aku!” Afiqah membebel.

“Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung namun dada ini bergetar makanya sungguh aku mohon jangan bilang tidakkkk…”

Tiba-tiba mamat tu seolah-olah memandang ke arah Afiqah yang berada di kauter pembayaran. Kedudukan yang bertentangan tu membuatkan Afiqah mencebik. Menyampah!

Aik, dia tuju kat aku ke lagu tu? Hati Afiqah mula berdialog.

“Hayy, dia nyanyi kat kau tu Fiqa… balas la balik. Bilang ya, ya. I love you too… hehe.” Mira mengekek.

“Tulang kucing kau, dah lah pakai lirik bercium segala. Geli aku!” Afiqah mengelak.

Pandangan mula ditumpukan kepada cupcakes di hadapannya. Padahal dalam hati tiba-tiba dah berbunga. Afiqah tersenyum kecil.

          Ehem-ehem… benih dah ditanam, baja dah disemai… tunggu bunga ja nak tumbuh. Lepastu bolehlah kata dalam hati Afiqah ada taman!

-----------------------------------------------

Mira dengan Afiqah sedang mengemas kedai mereka untuk ditutup. Masing-masing sepi sebelum Mira buka mulut.

“Aku tengok mamat tu macam suka dekat kau ja Fiqa.”

“Macam suka… belum tentu suka.” Padahal dalam hati Afiqah dah mula dupdapdupdap bila Mira sebut pasal kutu rayau tu. Kenal pun tidak, nama pun tak tau tapi pandai pulak hati nie rasa berdebar-debarkan? Pro betul…

“Iya, dia memang suka dekat kau. Kau nie terima ja la mamat tu… ok apa aku tengok dia. Rupa pun ada. Kalau pasal kerja tu lepas kahwin  kau suruhlah dia cari kerja yang berjenis sikit.” Mira memberi cadangan.

“Kahwin? Oh no man… kau buka tak tau aku dengan perkataan kahwin tu tak ngam!”

“Yang kau takut nak kahwin nie kenapa?”

“Kau tak tengok orang zaman sekarang nie macam mana? Tambah-tambah artis… kahwin tu dah jadi macam salin baju! Kahwin cerai… kahwin cerai. Aku tak nak aku pun jadi macam tu.”

“Tu artis… kau nie artis ke? Kalau dah kau suka dia, dia suka kau… buat apa nak bercerai? Hidup ja la aman bahagia sampai ke anak cucu, sampai ke liang lahad, sampai ke syurga. Habis cerita. Untung-untung kau boleh jadi ketua bidadari dia kat syurga.” Pergh, terbaiklah ayat Mira. Memang advance betul pemikiran dia nie. Apa taknya sampai ke syurga tu dia punya plan.

“Kalau sampai. Kalau tak sampai?”

“La, bagilah sampai!” Mira bercekak pinggang.

“Hish, sengal… malas aku layan kau.”

-----------------------------------------------

Disuatu hari yang indah, angin sepoi-sepoi bahasa… dedaun berguguran atas tanah… burung-burung berkicauan sambil menggedik… erkk. Abaikan.

“1000 biji? Eh, boleh-boleh. Bila ya encik nak? Minggu depan? Boleh-boleh. Saya boleh buat.”

Telefon diletak, muka Afiqah bercahaya-cahaya macam terlebih Nur pun ada.

“Mira!!!” bergegar satu kedai dek tempikan Afiqah

“Apa-apa? Kau nak beranak ke?” Mira keluar dari dapur dengan kelam-kabut. Muka cuak tak ingat!

Afiqah meluru ke arah Mira dan memeluknya kuat.

“Kita dapat tempahan… Kita dapat tempahan! Diorang order 1000 biji cupcakes kita.”

“Betul ke? Betul ke?? Wah! Hari nie la hari yang paling aku bahagia.” Mereka berdua melompat sambil berpelukan.

Dah 6 bulan mereka buka kedai cupcakes tu tapi sambutan masih kurang memuaskan. Nak kata cupcakes mereka tak sedap, tak ada pulak pelanggan mereka yang complaint. Ah, rezeki belum ada tapi hari nie rezeki mereka ada! Buat kali pertamanya mereka terima tempahan yang besar.

“Ehem-ehem…” tiba-tiba ada satu suara garau menegur mereka.

Tiga pasang mata saling bertentangan. Erkk… mamat tu.

Buat pertama kalinya lelaki tu masuk ke dalam kedai mereka setelah hampir 6 minggu menjadi ‘jiran’ mereka.

“Err, ada apa encik?” Mira menanya.

Lelaki tu masih memandang Afiqah tapi Afiqah pulak hanya mendiamkan diri.

“Saya, saya nak beli tauke kedai cupcakes nie.”

“Apa encik? Encik nak beli tauke cupcakes?” terbuntang mata Afiqah dengan Mira.

“Saya cakap macam tu ke? Awak berdua silap dengar kot. Saya nak beli cupcakes bukan tauke dia. Tapi kalau tauke dia sudi saya seribu kali lagi sudi.” Lelaki tu tersenyum-senyum miang keladi.

Afiqah menjuling mata ke atas. Gatal rupanya mangkuk nie.

“Owh, maaflah encik… tauke kedai nie bukan untuk dijual. Silakan duduk saya ambilkan encik cupcakes.” Mira tersenyum mesra. Mesra sebagai pelanggan ya.

Afiqah dah berlalu ke dapur kedai. Meluat!

Mira keluar sambil membawa cupcakes di dalam dulang.

Afiqah mengintai di balik pintu dapur kedai, dia ternampak Mira dan lelaki tu berbual mesra. Dia mencebik. Cis, jual minyak rupanya mak cik nie!

Aik, cemburu ke Cik Afiqah kita nie?

-----------------------------------------------

 “Nama mamat tu…”

“Piejot?? Apa ke jenis nama tu? Tak serupa manusia langsung. Dah macam pijat-pijat aku dengar. Rasa nak pijak-pijak pun ada.” Itulah komen pertama Afiqah bila Mira memberitahu nama lelaki tu.

“Apalah yang kau nak marah sangat dengan Piejot tu? Tak adalah teruk mana pun aku tengok laki tu.  Ok ja… Tak faham aku dengan kau nie.” Tangan Mira ligat mengelap meja bulat yang baru digunakan Piejot tadi.

“Boleh kau tanya soalan macam tu dekat aku Na… apa yang aku marah dengan dia? Kau tau tak pelanggan kita semuanya lari sebab suara dia yang sumbang mambang tu. Macam nak seru taufan tau suara dia tu.” Afiqah berkata sambil tanggannya ligat mengemas kaunter.

Mereka sedang bersiap-siap nak menutup kedai. Waktu operasi mereka hanya sampai pukul 9 malam, sekarang dah pukul 10 malam.

“Ya ke macam nak seru taufan? Aku dengar sedap ja.”

“Telinga kau pekak tersumbat dek taik telinga. Tu yang kau dengar suara dia sedap.”

Mira ketawa kecil

“Jangan nanti kau pulak yang pekak tersumbat dek taik telinga macam aku jugak dah lah.” Mendalam maksud Mira tu.

“Tak maknanya aku dengar suara pijat-pijat tu sedap. No! Nehi! Enggak mungkin!” Afiqah menggelengkan kepalanya berkali-kali.

We’ll see…

-----------------------------------------------

“Apa awak buat dalam kedai saya?!” Suara Afiqah meninggi. Dia bercekak pinggang  sambil memandang tajam ke arah Piejot.

“Tak nampak saya tengah makan?” selamba riak muka Piejot seolah-olah tak terkesan langsung dengan muka garang Afiqah.

“Baik awak keluar sebelum customer saya lari.”

“Cik Afiqah boleh tak layan saya nie baik-baik. Saya nie pelanggan. Macam nie ke awak layan pelanggan? Tak professional langsung. No wonder lah kedai awak tak laku.”

Afiqah menggenggam tangannya. Kecik besar ja lelaki nie dekat pandangannya rasa nak ditumbuk-tumbuk macam sambal belacan!

“Duduk… teman saya makan.” Selamba Piejot memberi arahan kepada Afiqah.

“Huh, mimpi… jangan harap saya duduk semeja dengan awak.”

Tiba-tiba Piejot bangun dan berdiri di hadapan Afiqah. Betul-betul di hadapannya.

Hu mak aih, tinggi macam tiang letrik mamat nie. Afiqah mengutuk.

“La pendek ja rupanya awak nie. Macam ayam katik dekat belakang rumah saya.” Piejot ketawa berdekah-dekah.

“Diamlah! Pendek-pendek jangan sebut. Sensitif!” Afiqah protes.

“Teman saya makan kalau awak tak nak kena cium depan pelanggan awak yang lain.” Piejot membisik perlahan di tepi telinga Afiqah. Afiqah menelan air liurnya sebaik diugut Piejot.

“Huh…” Afiqah mengalah ditariknya kerusi dan duduk berhadapan dengan Piejot.

Dia memerhatikan ruang kedainya. Kosong! Caih… dia terpedaya dengan Piejot. Mana ada orang lain dekat situ cuma mamat tu sorang ja customer dia masa tu. Afiqah dah nak bangun balik tapi tiba-tiba Piejot bersuara.

“Awak tau kenapa saya selalu kacau hidup awak?”

Afiqah tak jadi bangun tapi menggeleng perlahan kepalanya.

“Sebab awak dah curi barang berharga saya.”

Mata Afiqah terbuntang.

“Mana ada! Saya tak pernah mencuri lah. Apatah lagi nak curi barang lagilah saya tak pernah awak jangan pandai nak memfitnah saya ya.” Afiqah berkeras menafikannya.

Piejot tersenyum manis.

“Ada… awak dah curi barang saya yang paling berharga. Bila awak nak pulangkan?” mata Piejot masih setia memandang Afiqah.

“Pulak… dah saya tak curi macam mana nak bagi baliknya?”

“Afiqah. Please, I’m begging you please give me back my heart, my soul… my love which you have taken from me without my permission.

“Saya tak ambik lah! Macam mana nak bagi balik heart, soul dengan love awak tu kalau saya tak ambik.” Afiqah merengus.

Tapi… eh-eh… mamat tu cakap apa tadi? Heart, soul, LOVE?!

Afiqah terdiam matanya memandang Piejot.

Aku nampak dia hensem malam nie… terdetik dalam hati Afiqah.

Lama mereka berpandangan. Aww, tenung-tenung mata pulak kan… memang romantik habislah.

Piejot memandang ke dalam mata Afiqah dengan perasaan sayang membuak-buak nie dengan harapan Afiqah akan faham apa yang dia rasa kepada Afiqah.

Tiba-tiba Afiqah balas…

“Gila… balik rumah makan ubat halusinasi la weh.” Afiqah terus masuk ke dapur kedai meninggalkan Piejot terpinga-pinga dekat situ.

Lama otak Piejot nak process reaksi Afiqah tadi, lama sikit barulah dia faham. Dia tersenyum sorang-sorang sambil mengusap perlahan belakang tengkuknya… matanya memandang ke atas syiling kedai.

Kena reject daa… 



To be continued...




P/s : Somehow… saya rasa lagi selesa lah tulis cerpen dari novel… huhu. Tapi! Tapi tak bermaksud tak nak try buat novel. Ok nie cerpen the latest punya. Apa macam? Kasi hentam sama komen sikit ini punya cerita…  nama heroin cerpen nie memang sempena nama kawan saya. Sebab dialah saya menang masa first time join contest cerpen. :) So, rasa nak abadikan nama dia dalam salah satu cerpen saya... dan cerpen nie dibuat khas untuk dia sebab dia suka buat cupcakes...! hehe... Enjoy. ;)


Untuk awak cik Afiqah Bakri. J UiTM dihatiku… muahh.

22 comments:

  1. Cerita yang menarik dan sweet... macam cupcakes tu jugak....

    ReplyDelete
  2. menarik la..i like.

    ReplyDelete
  3. awwww.......sweet giler that afiqah.

    honestly, perangai baby afiqah uitm di hatiku tu pun mcm tu jugak...
    can't wait for the next part :)

    ReplyDelete
  4. aww....sweet cangat cik afiqah tu. hehe..sama la mcm cik afiqah bakri my baby tu!
    can't wait for the next part! :)

    ReplyDelete
  5. best sgt2.. suka bca.. smbung lg ya.. cerpen akak semua best2.. *kejip mata.. ;)

    ReplyDelete
  6. piqah:awwww.....like it maa....hahaha...xsangka hang buat guna nma aq....hehehe...tercapai gak impian aq.hahaha..xsabo tunggu sambungan.....>_<

    ReplyDelete
  7. awwww. nak ade nama kita jugak

    ReplyDelete
  8. @Izzaty

    haha...part 1 afiqah sweet la..tunggu part last.. afiqah jadi kejam sikit..ngeh3..

    Kan3? sama...haha

    ReplyDelete
  9. @Izzaty

    hehe...mg buat untuk dia tu yang sama... ;)

    ReplyDelete
  10. @nurul najwa

    najwa..akak kejip mata balik kat najwa...haha thanks sayang. :)

    ReplyDelete
  11. @Anonymous

    afiqah! haha... mg aku plan lama dah cerpen nie. Masa kat u lagi. ingat dak kita sembang ramai2.. pastu sambung kat fb lak kata ang nak hero yg pandai main gitar...so, this is it. hehe

    ReplyDelete
  12. @forever yours

    ingat kat you tu yang letak nama you...awww...haha

    ReplyDelete
  13. piqah:owh..........igt3.......ptt lar mmat nii pndai nyanyi..hahaha...1 agi kriteria yg aq suka hang buat ialah dia tinggi...aq mmg suka llki tinggi.>_<

    ReplyDelete
  14. @Anonymous

    afiqah..ya'a?haha yg tu spontan tpikir...huhu

    ReplyDelete
  15. best sangat2 n kelakar giler... enjoy baca!! :)))))))))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. atikah! thanks baca... suka hati ni bila awk enjoy.huhu :)))

      Delete
  16. Sebena nye sape mamat tu..macam tak saba pulak nak tau...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, sila baca sambungannya ok... :)

      Delete