16 December 2012

Cerpen : Unknown Love (i)





Kita tak diberi kuasa untuk tentukan takdir hidup kita tapi kita diberi pilihan untuk memilih cara menjalani takdir yang telah ditentukan untuk kita. Kita yang memilih sama ada untuk jadikan cinta kita itu cinta yang diketahui atau tidak diketahui. ~ Unknown love.


----------------------------------------

“Kiya!”

“Eija!”

“Asha!”

Sekali…

“Hoi! Apa jerit-jerit ni? Bising!”

Ha, kan dah kena marah dah.

Sorry-sorry… roommate kitaorang tercekik biji durian. Itu yang kecoh. Sorry!” Eija menutup kembali pintu bilik mereka setelah meminta maaf pada jiran bilik sebelah mereka. Itulah, nama saja kata anak dara. Tapi suara tu bila menjerit… nauzubillah. Macam guruh berdentum... kuat yang amat!

“Padan muka kena marah. Wekk.” Kiya menjelir lidah ke Asha dan Eija.

“Eleh, kau pun kena jugak. Booo.” Eija membalas.

“Ah, semua kena marah. Padan muka kat masing-masing.” Asha cuba menenangkan keadaan. Yang sebetulnya mereka terjerit-jerit tadi pun sebab Asha juga, jadi memang tanggungjawab dialah untuk mendiamkan balik suasana.

Asha merengus. Beg silangnya yang tersangkut elok di almari bajunya dicapai. Jam tangan atas meja pula diambil dan dipakaikan pada tangannya.

“Eii… nak minta tolong teman pergi kedai je pun. Terjerit-jerit macam nak beranak. Macam ni la kawan. Minta tolong sikit… tolak dekat orang tu, lepas tu tolak dekat orang ni. Tak pe dah dua-dua tak sudi teman aku. Aku keluar sorang-sorang je la.”

Eija dah tekup bantal ke mukanya.

Kiya dah geleng kepala macam tok sami baca mantera.

“Eija…” Kiya menguis kaki Eija yang tengah tertiarap atas katil masa tu.

“Eija… teman la dia. Aku malas nak keluar ni.” Kiya berbisik perlahan ke telinga Eija.

“Kau aa… apa pulak aku?”

“Eija. Kau la.”

“Kiya. Kau la… aku malas.”

“Eija…”

“Kiya…”

“Eija!”

“Kiya!”

Asha mengetap bibirnya bila melihat Eija dengan Kiya dah mula menjerit sesama sendiri. Eii, bengang betul rasa. Tak serik-serik lagi kena marah dengan jiran bilik sebelah minah dua orang ni.

“Dah cukup! Sudah… cukup, cukup sudah.” Ha, kan dah terkeluar lirik lagu Nirwana Band. Sabar sajalah dengan kawan dia yang dua orang ni.

Dua-dua tak payah teman aku. Aku pergi sorang-sorang. Tak payah nak bertekak lagi. Kalau aku kena culik dekat depan stesen bas tu tak apa… bukannya kawan-kawan aku nak sedih pun kan? Ya la… aku ni siapa… bukan siapa-siapa pun. Ibarat melukut di tepi gantang. Masuk tak lebih, keluar tak kurang.” Dengan nada yang sedih dibuat-buat, Asha dah mula balik sandiwara sebabak dia pagi tu.

Eija tekup balik bantal ke muka. Kiya dah nak terteleng kepala dengar… aduhai.

“Ok… ok. Enough is enough.” Kiya menayangkan tapak tangannya pada Asha. Dah muak dengar ayat sedih Asha yang tak berapa nak sedih tu. Sumpah tak sedih!

Asha tarik sengih panjang. Dia dah mula nampak aura-aura menyerah kalah di pihak Kiya.

Enough is never enough when the obsession with quality is fulfilled.” Tiba-tiba Eija yang tekup muka ke bantal tadi bangun dan mengeluarkan fakta public sector managementnya.

“Hoi, yang kau masuk quality service tu apahal?” Kiya marah.

Asha ketawa.

“Saja…” Eija tayang muka innocent.

“Dah-dah… sakit jiwa aku dengan korang ni. Ok kitaorang teman kau keluar. Titik.”

Cool!” Asha bersorak.

Kemenangan 1-0 nampaknya berpihak pada cik Asha Filzana!


----------------------------------------


Akhirnya, misi Asha untuk mengheret dua orang hamba ALLAH yang dia gelar sebagai Eija dan Kiya tu ke Giant berjaya juga!

Yang sebetulnya Asha tak kisah pun kena keluar sorang-sorang hujung minggu macam ni. Yalah setakat nak pergi Giant dekat seksyen 7 tu je pun. Kecoh betul budak Asha ni kalau siap nak berteman bagai. Padahal kalau menapak dekat je supermarket tu dengan UiTM Shah Alam ni.

Tapi masalahnya dia tahu kawan-kawannya yang dua orang tu mesti nak sambung tidur bila dia keluar nanti. Mentang-mentanglah hujung minggu nak berlingkar atas katil saja kerja diaorang. Itu yang Asha tak suka tu. Mak Asha pesan jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki tak masuk, ilmu pun susah juga nak masuk. Ilmu kan rezeki juga? Sebab tu bagai nak rak dia pujuk kawan-kawannya tu untuk teman dia keluar. Dari mereka berdua tu tidur baik ikut dia keluar ada juga faedahnya kan?

Nasib mereka memang baik hari ni. Selepas membeli belah barang keperluan mereka tadi,  terus ada bas rapid yang masuk kawasan universiti di perhentian bas. Langkah kanan betul mereka, tak payah nak tunggu bas lama-lama macam selalu. Tapi yang langkah kirinya, bila dalam bas tu dah rupa macam tin sardine! Sesaknya…. Fuh, sesak nafas tengok. Tapi untuk tunggu bas keduanya datang memang tak la kan. Mereka lebih rela bersesak dari kena menunggu bas kedua yang entah bila nak wujud! Sacrifices… sacrifices…

Bas rapid bergerak dengan rakusnya! Siapa yang pernah naik rapid saja boleh faham situasi bila naik bas tu macam mana. Kalau tak pegang tempat pemegang betul-betul… alamatnya adalah tu aksi stunt yang tercium lantai bas tu nanti.

Asha ni dah la kecil molek saja badannya. Eija, badan agak confidentlah jugak dari segi saiznya… jadi tak ada masalah. Kiya pula sedang-sedang… yang paling merana sekali Asha la. Sekali bas bergerak dengan dia-dia sekali corner lap. Ringan sangat! Macam lalang kena tiup angin je rupa dia masa tu.

Eija dah ketawa tak ingat dah tengok Asha. Kiya pun tunggu lagi? Join sekaki la bahan Asha. Asha tahan hati je tengok kawan-kawan dia ketawakannya. Fine…

Bas rapid berhenti di hentian depan Kolej Seroja. Berderum manusia turun dari bas. Mata Asha dah mula mencari sasaran. Kerusi kosong di bahagian belakang dah kosong. Badan Asha yang kecil itu menyebabkan dia mudah untuk menyelit masuk ke belakang.

“Hah…” Asha melepaskan keluhan kecil. Puas hati dapat duduk.

Giliran dia pula ketawakan Eija dengan Kiya yang ‘tersekat’ dicelah orang ramai ketika itu. Keburukan orang yang badan tak berapa nak kecil macam Asha memang susah nak menyelinap, last-last kerusi kosong habis semua dah diduduki orang lain. Eija dan Kiya pula yang terkandas terpaksa berdiri lagi. Mencemberut muka masing-masing bila Asha tayang thumbs up kepada mereka berdua.

“Kurang asam betul budak Asha ni.”

Kiya mengangguk setuju dengan kenyataan Eija.

Asha ketawa kecil bila melihat Eija dengan Kiya buat muka. Seolah-olah bagi warning dekat dia masa tu. Tapi ada Asha kisah? Janji dia dapat duduk… dah la kolej mereka jauh lagi. Lenguh kaki kalau nak berdiri dalam bas lama-lama dalam keadaan yang sesak macam ni.

Asha tersenyum puas. Dia membetulkan letak tali begnya yang jatuh dari bahunya ketika itu sebelum membetulkan duduknya agar lebih selesa dengan sandar ke belakang. Ketika membetulkan tali begnya tu tangannya terlanggar bahu orang yang duduk di sebelahnya.

Sorry.”

It’s ok.” Satu suara garau menjawab.

Asha menelan air liurnya sebaik mendengar suara itu.

Alamak-alamak lelaki! Asha panik!

Berderau darah Asha masa tu. Tiba-tiba mukanya pucat. Seumur hidup tak pernah dia nak naik bas dan duduk disebelah orang lelaki. Tba-tiba Asha rasa pergerakkannya seakan-akan terhenti. Tak berani dia pandang lelaki disebelahnya itu.  Kiri tak toleh, kanan tak pandang, belakang lagilah tak! Depan sahaja yang jadi fokusnya. Malu pun ada masa tu. Akhirnya, Asha tak berani nak bergerak lagi. Statik!

Tahu patung cendana? Ha, macam itulah Asha masa tu.

Dup dap dup dap dup dap dup dup dup dup dup… makin rancak.

Bila nak sampai kolej ni! Hati Asha menjerit kuat.

----------------------------------------

Asha masih lagi dalam keadaan statiknya. Hari ni dia terasa masa berjalan dengan lambat sangat! Lambat yang maha sangat lambat… boleh bayangkan tak?

Eija dengan Kiya dah selamat dapat tempat duduk. Elok je dekat belakang Asha dengan guy suara garau tu. Hurmm, dah nama pun lelaki mestilah surau garau kan?

“Hai, untung la badan orang tu… taktik mengorat menjadi. Kan Kiya?”

“Hurmmm, untung lerrr… ada pakwe hensem duduk sebelah.”

Itu dia… sesi keji mengeji, membalas dendam sudah bermula. Sumpah keji! Asha mengetap kuat bibirnya. Tangan yang berada elok di atas kaki digenggam kuat menahan sabar. Dah la maha kuat suara budak berdua tu. Rasanya satu bas boleh dengar apa yang Eija dengan Kiya cakap masa tu. Memang kurang asam!

Asha buat-buat tak dengar, walaupun telinga tu dah pedih dengar ayat keji Eija dengan Kiya yang nampak sangat nak mengena dia.

“Err, awak… saya nak turun.”

Asha tersedar. Bila guy suara garau tu tegur dia, baru Asha perasan bas tu dah berhenti depan kolej lelaki. Asha cepat-cepat bangun dari kerusinya dan memberi laluan kepada lelaki tadi untuk turun. Sekali pun Asha tak pandang muka dia. Takut!

Sebaik sahaja kelibat lelaki tadi menghilang. Asha menarik nafas lega… terasa beban di bahu hilang. Pelik betul budak Asha ni…

Tanpa membuang masa Asha terus berkalih ke belakang. Bibirnya mengherot ke tepi, matanya yang comel mengecil. “Korang memang saja nak kenakan aku tadi ya? Syok la…?”

“Eh, mestilah syok!”

“Kurang asam…”

Eija dengan Kiya ketawa terbahak-bahak.

“Wei, apa kes kau duduk statik macam tugu negara tadi? Sumpah mamat sebelah kau tu hensem beb. Hensem banyak dari atuk aku. Lain kali buat-buatlah jatuhkan nombor telefon kau ke? Nak lagi drastik kau jatuh terus je kat atas mamat tu. Tak tahu nak manfaatkan peluang yang ada.” Eija menambah.

Asha mengetap bibir. Hampeh! Mentang-mentang dia tak ada pakwe. Sedap je budak dua ni bahan dia. “Ingat aku ni perempuan gatal ke ha? Saja-saja nak jatuh atas orang lelaki.”

“Asha… lauk ikan yang nyum nyum dah terhidang depan mata boleh kau buat tak nampak? Memang dasar kau ni kucing yang tak bernafsu.” Kiya punya turn pulak menambah api. Ada ke patut dia samakan lelaki tadi dengan ikan yang nyum nyum?!

“Hoi!” kurang asam betul… Asha menampar tangan Kiya. Bahasa memang kurang adab betul.

Makin galak Eija dengan Kiya mengusik Asha… Asha pulak tarik muncung panjang. Ada ke patut dia samakan aku dengan kucing tak bernafsu! Sungguh nak minta kaki dia ni.

          Asha terus tersandar ke belakang, tangan dibawa ke dahi… penatnya. Macam-macam betullah hari ni punya hal.


----------------------------------------


Matanya melorot ke bawah… naik balik ke atas… turun balik ke bawah… naik balik ke atas. Sikit lagi nak juling mata dia rasa. “Mana nama budak ni?”

          “Kau cari nama siapa?” Kiya menyoal Eija yang dari tadi khusyuk betul meneliti senarai nama untuk LDK kumpulan sesi pertama itu.

“Asha.” Sepatah Eija balas. Pelik dia rasa, selalu nama mereka bertiga pasti ada dalam satu kumpulan. Tapi kali ni nama Asha macam tak ada je dalam kumpulan dia dengan Kiya.

“Nama aku memang tak ada dalam group korang.” Asha yang baru keluar dari bilik kuliah terus menyelit. Nada confident habis yang nama dia memang tak ada dekat situ.

“Eh?”

“Pihak pengurusan bahagi kumpulan berdasarkan abjad nama.”

So?” Eija soal.

So? Nama aku mula huruf apa?” Asha menyoal balik.

“A.”

“Kau dengan Kiya punya nama?”

Eija diam seketika. Asha hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Lambat loading betullah Eija ni.

“Eii, kau ni telan semut hitam banyak sangat ke apa ha?” Kiya mencelah.

“Nama kau tu Nur Shariza. Aku Nurin Zakira. Dua-dua huruf N! Tu pun nak kena fikir ke wei? Siput betul.” Kiya mulut memang mengundang nestapa.

Asha ketawa.

Nampaknya kali ni Asha terpisah dengan kawan-kawannya. Untuk dua hari ni sahaja Asha terpaksa jadi lone ranger.


----------------------------------------


Kiya mati kutu! Kutu pun mati hidup balik tengok perangai Asha ni. Tidur mati tak bangun terus ke apa dia ni?

“Asha bangun! Asha!” tubuh Asha digoyang sehabis daya. YaALLAH apa yang susah sangat si Asha ni nak bangun? Kiya dah mati akal.

Asha dah lambat… program LDK tu mula pukul 8.30 pagi. Sekarang dah pukul 8.15 pagi. Dia dengan Eija punya kumpulan hari lain tak sama dengan Asha itu yang diaorang lepak saja. Tapi yang Asha ni pun satu… tak sedar diri dari tadi, tak bangun-bangun lagi!

Tak boleh jadi ni. Kiya menarik selimut Asha…

Satu… dua… tiga…

“ASHA!!!”


----------------------------------------


“Asha Filzana.”

          “Ya, saya!”

Asha yang baru melabuhkan punggung di kerusinya terus bangun berdiri tegak! Spontan.

          Fasilitator tu ketawa kecil melihat cara Asha menyahut panggilannya dengan penuh semangat. Bahu Asha naik turun, nampak sangat yang dia sedang bergelut menyedut oksigen! Penat berlari ke fakulti punya pasal la ni… kan dia bangun lambat. Semua orang dalam kumpulan dia dah sampai sebelum jam 8.30 pagi lagi. dia? Pukul 9.15 pagi. Awal kan? Awal ke belakang.

          “Tarik nafas dulu. Jangan kelam-kabut. Saya tak kisah awak datang lambat. Saya ok je.

          Macam tak percaya saja dengan apa yang dia baru dengar. Perghh! Baik gila fasilitator ni. Memang mantaplah! Asha terus menarik nafas lega. Dia kembali duduk di tempatnya.

Tapi baru sekerat tarik nafas lega…

“Ok, sebagai denda awak lambat. Awak kena sebut satu persatu nama ahli kumpulan awak. Bermula dari kawan kita yang duduk disebelah saya ni. Mereka semua akan sebut sekali sahaja nama mereka dan awak kena hafal. Boleh cik Asha?”

Nafas terputus tengah jalan balik, tak sempat nak tarik! Gilalah! Ada 24 orang kut dalam bilik ni. Mahu terteleng kepala dia nak ingat satu persatu nama ahli kumpulan dia. Cis, memang fasilitator ni saja nak mengena dia. Baru je tadi puji dia cool, baik hati, mantap! Ah, tarik balik! TARIK BALIK! Tak jadi puji. Huh.

          Asha tak pernah jadi setekun ni seumur hidupnya. Tak pernah! Dia pasang telinga sehabis daya. Otak dikerah hebat untuk mengingati nama setiap ahli kumpulannya.

          Seorang demi seorang Asha sebut nama mereka… lancar macam guna minyak petrol ron 97, laju! Tapi…tiba pada orang yang terakhir.

Jem! Jem!

Aiseh, time-time ni pulak dia lupa… apa nama dia ni? Think Asha… think!

Asha panik. Habislah aku kali ni… memang jadi masak lemak cili api la aku dengan fasilitator ni. Hati dia berdesis risau.

Ketika Asha mengangkat wajah memandang ahli kumpulannya yang terakhir tu, dia seolah-olah menunjukkan sesuatu pada Asha. Asha mengerutkan dahinya… tak faham. Ahli kumpulannya itu seolah-olah menunjukkan sesuatu pada tapak tangannya. Dia berlakon seolah-olah tengah mengelap peluh. Tapak tangannya didedahkan sedikit pada Asha.

So, cik Asha? Apa nama dia?” Fasilitator tadi mencelah.

Asha yang tengah merenung tapak tangan orang tadi tersentak sedikit. “Err…”

Apa nama dia ni? Dia tulis apa? Tak nampak wei! Hati Asha menjerit lagi…

Ahli kumpulan Asha tadi sedaya upaya membantu Asha… dia membuat gaya tengah menguap pula. Gaya lap peluh tak berkesan. Cara lain pula yang dia praktikkan. Belakang tapak tangan dibawa ke mulut konon beradab la tu menguap tutup mulut. Padahal, tapak tangannya terdedah luas pada Asha.

Gotcha!

Bibir Asha tersenyum lebar.

“Ahmad Fuad!”

Asha bersuara dengan lantang dan penuh keyakinannya.

Good… quite strong memories you have, miss Asha.”

Asha tersenyum bangga. Hidung kembang kempis tak hengat!

By the way… nice try to help her, Fuad.

Banggg!

Macam orang baling batu atas kepala Asha rasa. Fasilitator tu nampaklah! Kantoi sudah. Fuad hanya mampu tersengih sahaja. Asha? Hidungnya dah menguncup balik. Tak jadi nak bangga dah. Kantoi terang-terangan kut.

          Sigh…

          Malang memang tak berbau kan?




````````````````````````````````````
TK : Ni gabungan cerita betul tambah angan-angan tambah tokok tambah. Kenapa Filzana? Sebab dekat2 dengan Farzana… haha. Tapi yang pasti bukan cerita cinta saya la ya, jangan saleh fahem… 

Ermm, nak mintak tolong sikit… tolong doakan kesejahteraan result exam saya ya. Terima kasih… (^.^)

38 comments:

  1. wargh awal-awal story pon dah best . en fasilitator tu , guy dalam bas ke ? hehe

    zana , semoga Allah mendengar doa awak . good luck ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ya? lega hati. :) x surprise aaa gtau awal2 sapa guy dlm bas tu... haha. Thanks aalia! :D

      Delete
  2. Syok sangat sangat. suka 100X sambung lagi ya kak. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik adik najwa kita ni... baik! tapi after akak final ya. ;)

      Delete
  3. nak lagi..cpt2 smbg ye cik writer..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok2... kita tambah lagi nanti... hehe :)

      Delete
  4. gud luck exam...moga urusan awk dipermudahkah ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.... itu yang diharapkan sangat33 tu... huhu. thanks awak. :)

      Delete
  5. Fuad guy yg dlm bus tu eh?
    Like it.... More pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. kompem ke fuad guy dalam bus tu? haaa, x tau... x tau...

      Delete
  6. Wa, best-best. Cepat-cepat sambung :)

    ReplyDelete
  7. terbaiklah!! agak2 siapa ek hero? fuad or fasi tu??? nak lagi pleazeeee... :D

    btw gudluck tuk exam t.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, ha, ha, cepat teka fuad ke fasi tu? haha

      Thanks! :D

      Delete
  8. Asha?? like it! comel je nama asha ni... mst comel kan asha?? best sgt cite ni... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? me like it too... asha... rasa macam nak nyanyi ja sebut nama Asha ni... haha.

      Delete
  9. cita yg btol tu apa?? hg pi lwt LDK ka??Hahahaha
    best best best...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... cita yang betoi tu yang mana biaq aku sorg ja yang tau... :P

      Delete
  10. lmbt pi LDK tu hg ka?hahaha...>.<
    best la zanaa.. I love you like a love sonnn....bkn love hg..love cerpen hg okeh..hahaha..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang buruk2 tu semua teka kat aku kan? haha. Ya2, me know u like my stories. :) for that thank you maaaa! :D

      Delete
    2. hhahaha......Ouhh...ngaku la ni? hg pi lmbt LDK?hahahaa..kidding only.;)
      yaa...me also know u like me reading your story.haha..blh x nk ckp mcm tu?>,<

      Delete
    3. shhh... bocorla rahsia aku. haa..

      hahaha, boleh ja cakap macam tu. Mg aku suka orang baca cita aku. ;)

      Delete
  11. Best (Y) Awak punya cerita mantoppp. Comel je nama Asha tu wak :) Heeee. Err , ggodluck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee, biasa saja cerita saya. :) Kan nama Asha tu comel kan? hehe. Thanks axyz... :D

      Delete
  12. Best...nak lgi.....

    ReplyDelete
  13. Best...nak lgi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sure ttekan post komen dua kali... hehe.

      Delete
  14. rasanya macam aku wujud ja dalam bas tu..... kenapa ek.... hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa2 hang yang mana satu tu??? kenapa ek? haha

      Delete
  15. waahhh.. mcm si asha ni.. suka2.. siapakah gerangan si fasilitator n mamat dlm bas? adakah org yg sma? # trjah next part.. :) maap br b'pluang nk baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. its ok... :) better late than never... hehe.. enjoy2... btw thanks baca yana... ;)

      Delete
    2. never? no way.. msti baca punya.. lgpun yana mnat cara penulisan zana.. santai ja.. n sometime so funny.. huhu.. so kompom la baca.. siap promote kat roomate lagi.. dia pun suka.. aiwahh.. tp KJ jgn dilupakan ya.. dh lama mnanggung rindu ni..

      Delete
    3. cayalah... yana antara my readers yg paling sporting! hehe. Ya? siap promote lagi... wah, toce2... :) promote lagi nanti k? hehe... thanks sgt2 yana. :D

      Delete
  16. cerita dye mmg best haha ! thnks sbb share d blog saia. ! nama dye Asha Filzana nama saia Asha Shahira :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome asha... :) kebetulan itu yg nak syer tu... hee. sedap nama. ;)

      Delete