19 July 2013

Cerpen : Anugerah Kasih Di Bulan Puasa SE


Masih ingat pada Temah Tembun? Gadis kecil yang nama sebenarnya ialah Fatin Fatinah. Hanya kerana bertubuh montel dia selalu menjadi bahan usikan si Fattah Azfar, jiran yang tinggal berhadapan dengan rumahnya.

Tapi itu dulu... ketika zaman kanak-kanak mereka. Fattah dengan perangainya yang nakal kuasa tiga. Fatinah kuat menangis kuasa empat! Masing-masing cengeng. Masing-masing mahu menang bila bergaduh dan...

Masing-masing belum kenal erti kasih lagi tika itu.

Saat Fatinah sekeluarga berpindah, Fattah galau seketika. Apa tidaknya bak kata Anang, separuh jiwaku pergi. Daripada Fattah Azfar yang aktif ke pasif. Daripada seorang yang kaki mengusik bertukar menjadi bahan usikan pula. Semuanya sebab Fatinah tapi bulan mulia Ramadhan menjadi penghubung kasih mereka semula. Berjumpa dan bersatu dalam ikatan perkahwinan.

Ingat lagi tak ayat power mak Fattah bila Fattah kata mahu berinya menantu?

Mak tumbang sepuluh ekor lembu, kalau betul jadi.”

Melampau betul sampai sepuluh ekor hendak ditumbangnya. Nak jamu orang kampung makan ke nak jamu orang satu negeri makan? Banyak betul...

Tapi tumbang tu tumbanglah juga... cuma tak la sampai sepuluh ekor! Mahu darah tinggi semua orang.

Heh... itulah ceritera cinta Fattah dan Fatinah.

Tapi...

Tapi...

Yang sekarang ni nak cerita tentang siapa pula?

Ha...

Cerita pasal Fattah dengan Fatinah la cuma ada lagi satu tambahan watak.

That is...





3 Syawal tahun 1433 hijrah – 21 Ogos 2012

Fattah mundar-mandir di bilik tidurnya. Serba tak kena sahaja tindak-tanduknya. Duduk rasa semacam, berdiri rasa semacam, nak baring lagilah rasa bermacam-macam!

Cuak weiCuak...

Hari tu masa nak nak ‘minta’ Fatinah daripada Pak Cik Fadlan bukan main Hang Jebat lagi dia. Anak jantan kononnya tak takut cabaran. Lagi dicabar lagi disahut. Lagi kuat keinginan lagi membara semangat. Kononnya...

Alih-alih... dah siap pakai baju melayu teluk belanga hensem-hensem siap dengan sampin tenunan benang emas lagi kemas tersemat di badan boleh pula nak rasa cuak masa genting macam ni.

Ini semua salah Tasneem la! Sepupu yang juga merangkap kawan baiknya. Teman nakalnya masa kecil-kecil dahulu. Buat jahat sama-sama, mandi sungai sama-sama, tidur sebantal. Pendek kata kononnya sahabat sehidup semati la. Tapi alkisahnya dulu masa kantoi dengan Tok Mad tak puasa, meleleh air mata cakap Fattah yang mastermind ajak dia buat kerja jahat. Pembelot gila.

Tapi itu dulu. Zaman masa budak-budak hingus pun mak tolong lapkan lagi. Tak matang pun lagi. Sekarang lain, Tasneem tu dah kahwin, dah selamat pun jadi bapa kepada tiga orang anak. Produktif tak produktifnya dia selang setahun la senang cakap keluar seorang. Nasib baik bukan macam P. Ramlee dalam cerita Masam-masam Manis tuSetahun dua orangPadi Malinja... hambek kauKau ada?

Fattah duduk semula di birai katilnya. Matanya memandang jam yang elok tergantung di dinding biliknya, tak lama lagi dia bakal melangkah ke satu lagi fasa hidupnya. Fasa membina baitul muslim, keluarga islam yang hidup berlandaskan ajaran islam dan yang paling penting dialah yang bakal jadi ketua keluarganya itu. Imam kepada isterinya dan anak-anaknya. Maybe...

Dentingan jam semakin kuat pula di pendengaran Fattah. Semakin kuat juga jantungnya berdegup. Baru dia faham apa yang Tasneem cakapkan tadi. Feeling nak kahwin ni lain. Lain yang tak boleh nak digambarkan dengan perkataan. Tapi hati tu memang kuat rasanya. Dupdapdupdapdup....

Kata-kata Tasneem bermain-main di fikiran Fattah.

Aku bukan nak takutkan kau, Fattah. Nak cuakkan kau ke, tak ada. Aku cuma nak kongsi pengalaman berkahwin je.” Eleh, mentang-mentang dia kahwin awal dari Fattah. Walaupun hakikat sebenarnya, diorang dua ni sama umur tapi hakikat yang lagi hakiki... si Tasneem tu ijazah pun tak sempat habis dah gatal nak kahwin.

Fattah telan air liur. Asal berat semacam je nada mamat ni?

Apa?”

Nanti...” Tasneem pandang wajah Fattah yang dah berubah jadi semacam. CuakNervous? Ha... lagi-lagi...

Dia diam, sengaja tanam rasa panik di dalam hati Fattah.

Nanti apa?!” Fattah hilang sabar. Karang bukan tok kadi yang dia jemput. Tok mudim yang datang. Tak pasal kena sunat lagi sekali mamat ni.

Pecah tawa Tasneem.

Macam ni bro.” Tasneem turut melabuhkan punggungnya di sisi Fattah. “Kau rasa cuakkan sekarang?”

Fattah mengangguk pantas. Tasneem senyum.

Masa kau duduk depan tok kadi nanti kau akan rasa lagi dahsyat dari sekarang. Seram! Masa tu bukan setakat jantung kau. Selagi usus-usus dalaman kau pun tak senang duduk weiTime tu kalau nak minta izin ke tandas pun dah tak ada maknanya lagi. Memang no mercy on you la I tell you. Perasaan bila tok kadi nak goncang tangan kau, nak serahkan tanggungjawab dekat kau lagilaaaaah... Tuhan sahaja yang maha mengetahuinya.”

Fattah telan air liur lagi dalam. Serius ke dia ni?

Rasa macam nak pitam, bangun balik, nak pitam balik!” Tasneem menggeleng kepalanya. Dahsyat sangat la konon gambaran dia masa tu. Caih!

Kita orang lelaki masa nak salam tangan tok kadi kena ingat. Sekali lafaz saja tau. Sekali.” Perkataan sekali tu sengaja diulang berkali-kali dalam nada berbisik di tepi telinga Fattah. Tasneem sengaja mahu meniup rasa cuak yang lagi mendalam pada Fattah. “Sekali. Ingat, sekali sahaja tau.”

Fattah diam. Peluh merintik di dahinya...

Sekali je?

Tasneem dengan muka serius mengangguk kepalanya.

Kau kena lepas dalam sekali lafaz. Lebih dari tu kau failHilang macho beb depan isteri kau. Kau nak ke nanti sampai ke tua dah beranak bercucu bercicit nanti anak kau cakap macam ni...”

Atuk kau tu mula masa nak kahwin dengan nenek kau sepuluh kali lafaz. Semua sangkut. Yang ke sebelas tu baru nak lepas azabnya.” Tasneem mengecilkan suaranya.

Fattah pandang ke hadapan seolah-olah terbayang masa depan cucu-cicitnya tengah bergosip pasal dia tak lepas sekali lafaz.

Nightmare! Fattah menggelengkan kepalanya.

Pengantin lelakinya dah siap belum? Kita nak bergerak ke masjid ni.” Suara Puan Rosnah tiba-tiba muncul di kamar pengantin.

Dah siap mak cik.” Tasneem tolong jawab bagi pihak Fattah.

Jom gerak!”

Tasneem mendahului langkah Fattah. Sedangkan si pengantin lelaki masih duduk di birai katil memikirkan situasi yang bakal dia hadapi.

Woicepatlah... kau ingat kau seorang je ke yang nak kahwin nantiBanyak lagi pasangan lain. Cepat!” kepala Tasneem terjengul dari pintu bilik.

Ya ya...” Fattah kelam kabut mencapai songkoknya.




Orang ramai mula berkerumun di dalam kawasan masjid. Penuh dengan sanak-saudara pengantin. Hari tu bukan Fattah dengan Fatinah sahaja yang berkahwinada lagi tiga pasangan lain. Pasangan mereka adalah pasangan terakhir.

Sewaktu keluar dari kereta tadi Fattah bertembung mata dengan Fatinah yang datang dengan kereta pihak perempuan. Seketika Fattah terpegun melihat keayuan Fatinah disebalik jubah pengantin muslimah Fatinah yang berwarna putih suci itu. Fattah tersenyum pada Fatinah.

Walaupun bakal isterinya itu lengkap berniqab tetapi Fattah dapat rasakan yang Fatinah turut membalas senyuman itu dengan hanya melihat ‘senyuman’ Fatinah yang manis dari sinar matanya itu. Fattah menundukkan sedikit kepalanya pada Fatinah, Fatinah membalasnya sebelum mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam masjid.

      Selesai ketiga-tiga pasangan sebelum mereka akhirnya tiba giliran pasangan mereka.  Debaran kian dirasa baik Fattah mahupun Fatinah sendiri.

Dah sedia?” Tok kadi menyoal Fattah.

Fattah berdehem membetulkan suaranya agar tak kedengaran merenek nanti. Kemudian dia memandang ke tepi, nampak Tasneem sedang menegakkan jari telunjuknya tanda satuFahamlah dia ‘Sekali’.

Sekali lafaz... sekali lafaz. Fattah seolah-olah membaca jampi di dalam hatinya.

Dia kemudian mengerling ke belakang sebentar memandang Fatinah yang sopan bersimpuh di sisi maknya dan ibu Fatinah. Sekali lagi Fattah dapat ‘lihat’ senyuman yang terbias melalui mata bakal isterinya itu.


Seolah-olah ada satu aura yang meresap ke dalam tubuhnya, memberi semangat dan kekuatan kepadanyaDengan yakin... “Insyaallah, saya dah sedia.”

Bagus. Kita mulakan sekarang.” Tok Kadi memberi arahan, Pak Cik Fadlan segera duduk di hadapan Fattah. Dia bakal menyerahkan Fatinah kepada Fattah. Tangan Fattah bersatu dengan tangan Pak Cik Fadlan.

Aku nikahkan dikau, Fattah Azfar bin Razi dengan anakku Fatin Fatinah binti Fadlan dengan mas kahwinnya seribu seratus ringgit Malaysia tunai.”

Akhirnya...

Aku terima nikahnya Fatin Fatinah binti Fadlan dengan mas kahwin seribu seratus ringgit Malaysia tunai.”

Dengan sekali lafaz...

Sah!”

Fattah mengucap syukur begitu juga dengan Fatinah. Usai membaca doa Fattah menghampiri Fatinah untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Pertama kali menyentuh tangan Fatinah dapat Fattah rasakan betapa sejuknya tangan FatinahDia tersenyum...

Mata mereka saling berpandangan saat Fattah menyarung cincin di tangan Fatinah...

Terucap syukurku... Aku memilihmu untuk menjadi teman hidup setia selamanya.

Belahan hati ini kini telah terisi. Aku dan dirimu mengikat janji bahagia...

Dan berlayarlah kita renda keluarga merentas hidup bersama.

Aku bahagia ku dipertemukan belahan jiwaku.

Tuhan persatukan kami untuk selamanya hingga bahagia disyurga-Mu.

Pegang tanganku, tataplah mataku.

Engkau ditakdirkan untukku.

Ikatan suci ini... selalukan ku jaga.

Meniti sakinahpenuh kasih sayang dan rahmatNya.




Hari sudah semakin lewat malam, sudah mencecah pukul 9 malam. Fattah segera memasuki biliknya untuk menukar pakaian pengantinnya tetapi sebaik sahaja dia memasuki bilik itu dia terus duduk dibirai katil merenung keadaan sekeliling bilik yang berhias itu. Macam tak percaya yang sekarang dia adalah suami orang.

Bibirnya mengukir senyuman bahagia. Dia sudah berkahwin sekarang... dia sudah jadi seorang suami dan Fatinah sekarang isterinya... miliknyaSeparuh nyawanya sekarang. Memikirkan hakikat yang satu itupun hatinya dah berbunga riang.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Kelibat Fatinah muncul, terus jantung Fattah berdegup kencang. Isterinya itu memberi salam dan Fattah menjawab seadanya. Fatinah masih belum menanggalkan niqabnya dari tadi lagi. Mungkin kerana masih ada beberapa lelaki ajnabi yang lain di rumah mereka.

Fattah memandang langkah Fatinah yang bergerak ke arahnya. Lenggok langkah isterinya itu diperhati dengan penuh minat.

Sebaik sahaja Fatinah berdiri di hadapannya Fattah menarik lembut tangan isterinya supaya duduk di tepinya. Fatinah hanya menurut.

Sepi antara mereka.

Fatinah merenung lantai manakala Fattah merenung dirinyaill at ease? Sangat ya!

Ermm, a... a... abang nak tukar pakaian ke? Fatinah boleh tolong ambil kan.” Fatinah memulakan bicara. Fattah masih belum menukar pakaian pengantin mereka sedangkan dia seawal tadi sudah menukar pakaian pengantinnya kerana tak selesa.

Fattah senyum sahaja melihat isterinya yang gugup mahu memanggil dirinya, abang. “Boleh juga...”

Fatinah segera bangun dari katil dan terus ke almari Fattah. Sehelai t-shirt biru tua dan kain pelekat dicapai dan dihulurkan kepada Fattah. Fattah mencapai huluran isterinya ituTapi... bukan setakat huluran baju saja yang dia sambut!

Spontan tangan Fatinah ditarik ke hadapan, mendorongnya supaya lebih dekat dengan Fattah. Hanya beberapa inci membezakan jarak antara mereka tika itu. Fatinah gugup, Fattah berdebar.

Fatinah.” Sepatah nama isterinya disebut. Sepasang mata milik isterinya ditenung lagi. Cantik, betul-betul memukau hatinya.

Saat namanya diseru, perlahan-lahan Fatinah mengangkat pandangan matanya melawan sepasang anak mata redup milik Fattah.

Saya.”

Perlahan-lahan tangan Fattah membuka ikatan niqab yang menyembunyikan wajah isterinya selama ini. Terlerai ikatan itu, terserlah wajah Fatinah selama ini... dan sekali lagi. Fattah terpukau.

Subhanallah.

Itu sahaja yang mampu terungkap dek hati Fattah.

Cantiknya ciptaan tuhan. Dan cantik itu hanya untuk tatapannya seorang. Fattah bersyukur dan untuk itu hatinya berlagu gembira.

Tahu kenapa abang pilih Fatinah?”

Fatinah cuma menggeleng. Sebentar tadi ketika wajahnya terserlah buat pertama kalinya pada Fattah setelah lama mereka berpisah. Dia merasa segan dan malu apabila Fattah tak lepas merenungnya, lalu dia menundukkan semula wajahnya merenung lantai.

Perlahan-lahan dagu isterinya dipaut supaya bertentang mata dengannya. “Sebab Fatin Fatinah sememangnya dicipta untuk Fattah Azfar. Tak ada yang lain dan...”

Fatinah menanti bicara suaminyaMata mereka bersatu...

“Dan?”

Fattah tersenyum sebelum bibirnya mula menyusun kata semula. “You like a diamond precious and rare, not like a stone found everywhereSatu dalam berjuta... satu yang berharga. Dan satu hanya untuk abang.”

Fatinah tersenyum.

Kita dah lalu fasa hidup bersendirian sebagai muslim... sekarang kita kena bergerak ke depan. Ke arah baitul muslim pula. Sebuah keluarga islamSayang sudi tolong abang supaya kita dapat capai matlamat tu? Bina sebuah keluarga bahagia berlandaskan syariat?”

“Ada pilihan ke untuk kata tak nak?” Sengaja Fatinah menyoal soalan berbaur gurauan  kepada Fattah.

Nak kata tak nak ke?”

Fatinah ketawa kecil. Sopan dan manja sahaja di pendengaran Fattah. “Tak boleh kata tak nakDah sign kontrak janji mati depan tok kadi tadi kena setia sampai ke syurga.” Fatinah tayang sengih.

Fattah menggelengkan kepalanya. Boleh tahan loyar juga ya isterinya ni.

Good, then...

Kening Fatinah terangkat sebelah. “Then?

Then... this.

Tergamam Fatinah bila dahinya menjadi tempat persinggahan bibir Fattah tapi tak lama kemudian bibirnya kembali tersenyum semula.




3 Bulan kemudian.

Telefonnya berdering minta diangkat. Fatinah yang baru keluar dari bilik air segera melangkah ke meja solek. Spontan bibirnya mengukir senyuman. Icon accept disentuhnya.

“Assalamualaikum.” Suara di sana menyapa terlebih dahulu.

Waalaikummussalam.” Fatinah menjawab, bibirnya masih setia dengan senyuman dari tadi.

You’re smiling right now, kan?”

Elehya keConfident je abang ni.”

I can sense it, dear.

Fatinah senyum.

Tahu kenapa abang suka tenung mata sayang?” tiba-tiba Fattah menyambung bicara.

Fatinah menggeleng. Fattah sangat random. Lepas kahwin barulah Fatinah nampak satu lagi sisi dalam diri Fattah yang sangat rareTapi rare yang Fatinah sukaBak kata Fattah sendirirare dan satuSatu hanya untuk dia.

Fattah bila dia nak beromantik sangat unpredictable! Tak boleh nak jangka. Kadang-kadang tu dia baru balik dari pasar pun Fattah boleh sambut dia depan muka pintu rumah dengan kata-kata sayang dan cinta.

Gila tak terkejut! Tangan penuh dengan sayur, ikan bagai tiba-tiba suami datang cakap I love you! Terkejut la juga Fatinah. Tapi lama-lama dia dah biasa. Fattah bila dia sayang, dia cakap terus. Itu yang buat Fatinah senang dengan suaminya, sikap telus itu buat dia sentiasa rasa diri dihargai.

Kenapa?”

Sebab mata sayang selalu tersenyum pada abang. Like every time I look into your eyes... there a shining bright smile that make me feel happy. Rasa macam sampai ke bulan kalau nampak mata sayang senyum dekat abang.”

Fatinah ketawa manja.

See! Fattah ada sahaja ayat gula-gula dia untuk Fatinah. Mata boleh senyum ke? Entah falsafah mana si Fattah ni kebas.

Amboi, sejak bila yang mulut manis macam Don Juan ni? Romeo pun surrender dekat abang.”

Fattah ketawa.

Sepi seketika antara mereka.

Sayang...”

Ya saya.” Fatinah tak pernah sekalipun menyahut panggilan suaminya dengan nada yang lebih kurang macam hurmm, ha. Pasti dia menyahutnya dengan nada yang hormatPenuh... ya saya.

Abang tak sabar nak balik rumah kita? Abang rindu.”

Fatinah ketawa lagi dengar suara manja Fattah. Fattah manja? Aha, tak salah lagi...

Abang rindu la dekat rumah kita, tv dekat rumah tu. Bantalkatilbilik air... semualah.” Fattah menyambung kata lagi.

Rindu dekat barang-barang tak bernyawa tu je ke? Manusia yang bernyawa tengah cakap ni tak rindu?”

“Eh, dekat manusia yang bercakap ni lagilah rasa rindu. Rindu dah mengebu-gebu siap boleh ambil buat jadi bantal kabu berbantal-bantal lagi tahu. Rindu.”

Fatinah tak menjawab, dia cuma senyum. Faham perasaan suaminya. Tapi apakan daya? Tuntutan kerja Fattah terpaksa memisahkan mereka buat sementara waktu. Baru kahwin beberapa bulan dah terpaksa berpisah seketika. Orang cakap darah tengah panas lagi masa awal-awal kahwin ni memanglah dugaannya banyak. Kalau tak mampu tahan memang alamatnya bergelora la rumahtangga tu.

Insyaallahtak lama lagi. Dah nak balik kan? Sabar kejap je lagi ya. Nanti abang balik Fatinah bagi surprise dekat abang. Sure you like it.

Really? What?

“Ala, kalau cakap sekarang mana ada surprisenyaNanti abang balik ok”

Suara Fattah sedikit hampa di hujung talian. “Okey, abang tungguIt better be a good surprise...

Fatinah menganggukkan kepalanya. Seketika kemudian dia tergelak kecil manalah Fattah nampak kalau dia angguk ke geleng ke. “Ok... yang ni bukan setakat better, tapi extraordinary bombastic bumbum punya surprise Fatinah nak kasi dekat abang.”

Ketawa besar Fattah dengar suara isterinya yang ceria itu. Hilang terus rasa penatnya seharian bekerja bila dapat berbual dengan isteri tercintanya itu.

Abanggot to go... nanti borak lagi ya. Fatinah tunggu abang tau. Miss you. Assalamualaikum.”

Miss you too. Waalaikumussalam.” Fattah menyambut salam suri di hatinya.
         





11 Ramadhan tahun 1434 hijrah – 19 Julai 2013

Setiap orang yang berada di dalam bilik sakit Fatinah ketika itu semuanya terlakar senyuman bahagia di bibir masing-masing. Gembira menerima kedatangan orang baru dalam keluarga mereka.

Bayi kecil yang masih nyenyak di dalam dakapan ibunya sesekali menguap kecil. Comel. Fatinah membetulkan dakapannya dan sesekali pipi anaknya diusap lembut penuh kasih sayang. Rasa penat dan sakit yang tak tertanggung tadi ketika sakit hendak melahirkan seolah-olah hilang terus sebaik sahaja dia memandang wajah anaknya yang suci ituLembut dan mulus... tenang hatinya.

Cucu atuk... comelnya pipi dia. Gebu.” Encik Razi berkata. Matanya tak lepas-lepas memandang cucu sulungnya itu.

Cucu saya juga tu. Cuba tengok muka nak macam saya.” Encik Fadlan pun tak mahu beralahNak juga...

“Eh, kalau muka macam awak habislah rupa cucu saya.” Tiba-tiba Puan Rosnah mencelah sekaligus membangkang kata-kata besannya itu. Terletus ketawa oleh semua orang di ruang bilik sakit itu.

Semua salahMuka baby comel macam umminya masa kecil dulu. Montel.” Kali ini Puan Faiza pula bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

Merah padam wajah Fatinah bila melihat suaminya yang tengah tersengih-sengih sambil memandangnya ketika itu. Mesti Fattah tengah membayangkan dia yang tembun dulu! Bibirnya dicebikkan. Suka betul mengusiknya sampai sekarang walaupun mereka dah bergelar suami isteri.

Dah fikir nak namakan apa anak kamu ni, Fattah?” Ayah mertuanya menyoal.

Fattah mengganguk perlahan sambil memandang Fatinah. Dia membalas senyuman suaminya. Sebelum anak mereka lahir lagi mereka sudah sibuk mencari nama untuk anak mereka. Bahkan makin teruja bila mereka tahu jantina anak mereka adalah perempuan.

Fatihatul Faiqah.”

Pembukaan paling baik.

Tiba-tiba bayi kecil itu menangis seolah-olah tahu namanya diseru.

Ramadhan dulu kita penyatu hati kita, tapi ramadhan kali ini penyeri hidup kita… Fattah tersenyum bahagiaAlhamdulillah.





Ramadhan tahun 1439 hijrah – May 2018

Air Nescafe yang dibancuhnya tadi dengan cermat dihidangkan kepada suaminya yang tika itu ralit membaca surat khabar di halaman luar rumah mereka. Fatinah kemudian mengambil tempat di sisi suaminya tetapi suaminya itu langsung tak mempedulikan kehadirannya.

Ehem... terima kasih.” Fatinah berkata kuat sengaja mahu menyindir suaminya sekaligus menarik perhatiannya.

Fattah mengalih pandangan ke kanan. Dia ketawa kecil. “Sindir abang ke apa ni? Ya la... thanks sayang.”

Fatinah tersenyum puas. “Bukan sindir, perli je... by the way welcome.

Fattah gelengkan kepala sahaja. Air minuman yang disediakan oleh isterinya dicapai lalu dibawa ke mulut. Perlahan-lahan dihirupnya air itu.

Riuh-rendah bunyi kanak-kanak bermain di luar kawasan rumah menggamit perhatian Fatinah. Dia tersenyum melihat anaknya yang kian membesar sedang bermain bersama rakan-rakannya yang juga anak-anak jiran mereka.

Abang...”

Hurmm...”

Saya risau la tengok Fafa.”

Kening Fattah bertaut. Dipandangnya anak dara mereka sekilas pandang. Apa yang tak kena dengan anak daranya yang seorang tu? Makin sihat sahaja dia tengok. Nak kata Fafa selalu sakit, memang tak. Sihat semedang budak tu. Apa lagi yang nak dirisaukan? Ah, naluri ibu mana dia faham. Fattah membuat telahan sendiri.

Abang dengar tak saya cakap tadi?” Sebal bila rasa hatinya tak dipedulikan si suami.

Dengar sayang… apa yang sayang nak risaukan? Kan sihat je Fafa tu.”

Itulah yang Fatinah risaukan.”

Kali ni betul Fattah rasa pelik kuasa berganda! “Anak sihat pun sayang risau? Sayang ni biar betul? Takkan nak mendoakan budak tu sakit pulak?”

Fatinah ketawa dengar jawapan suaminya. Ada ke situ pula cara dia fikir. “Mana ada emak yang suka tengok anak dia sakit. Abang ni pun…” Paha suaminya ditampar manja.

Dah tu?”

Tak… maksud Fatinah anak kita tu makin hari makin sihat macam belon kena pam dengan angin. Membesar dengan jayanya betul Fafa tu.”

Faham la Fattah sekarang apa yang dirisaukan sangat isterinya tu. Fatinah takut anak mereka gemuk!

Tiba-tiba Fattah ketawa besar.

Abang ni kenapaFafa sihatabang yang sakit. Tiba-tiba gelak besar.”

Fattah mengesat air mata yang mengalir di hujung mata. “Kalau yang tu sayang risaukan, abang memang tak boleh nak tolong. Gene sayang kuat sangat mengalir dalam badan dia. Tak ingat badan dia besar macam siapaTemah Tembun!”

Abang!” Fatinah menjerit bila disakat suaminya. Spontan satu cubitan yang ala-ala ketam pedihnya hinggap di paha suaminya tu.

Fattah mengaduh sakit. Tapi tak lama kemudian Fattah ketawa semula. Dah lama dia tak memanggil Fatinah dengan gelaran ‘manja’ tu!

Fatinah mencebik. Benci dengar gelaran hikmat itu.

Tak sukalah gurau kasar macam ni.” Tangannya disilangkan ke dada sambil memandang ke arah lain. Merajuk!

Fattah tersenyum. Dipegang bahu isterinya… “Ala, sayang ni… gurau sikit aje. Janganlah merajuk. Tembun-tembun pun comel apa? Lagi tembun lagi abang sayang.” Fattah masih mahu mengusikBukan nak memujuk.

Masamnya wajah Fatinah masa tu macam cuka ditambah dengan asam. Masam sungguh! “Abangggg…” suaranya sedikit menekan seperti memberi amaran.

Gurau sayang. Tapi betul apa yang abang cakap tu. Tembun ke kurus ke apa ke abang sayang kan? Fafa kan budak lagi. Memang normal la badan dia macam tu. Lagipun, itu tandanya kita pandai jaga anak sampai anak membesar dengan sihat. Kalau kurus kering tak ke orang cakap kita dera anak kita tak bagi makan?”

Masam wajah Fatinah dah berkurang…

Sekarang tembun… esok lusa langsing la macam ummi dia. Sayang jangan risau ok. Abang berani jamin nanti Fafa besar mesti dia cantik macam sayang.” Matanya dikenyitkan pada Fatinah.

Masam wajah Fatinah berganti dengan gula pula. Manis betul senyumannya.

“Ha, senyum macam tu la lawa. Masam macam jeruk buat apa? Tapi kalau sayang muka macam jeruk pun lawa.” Dicuit pula dagu isterinya. Bibir Fatinah menguntum senyuman, hatinya senang dengan pujian yang diberi oleh suaminya. Suami puji, hati isteri mana tak kembang setaman? Lagipun Fattah memang pandai gula-gulakan hati Fatinah. Tahu saja cara nak memujuk isterinya tu.

Tiba-tiba mereka terdengar Fafa menjerit kuat.

Kenapa pula tu?” Fatinah sudah berdiri diikuti dengan Fattah, mereka terus mendapatkan anak mereka.






Abang Ayin jahat! Fafa tak suka kawan dengan abang Ayin!” Tangannya yang montel itu membaling barang permainannya ke dada budak lelaki yang dipanggil Ayin itu.


Eleh... budak manja! Sikit-sikit nangis. Memang dasar budak perempuan.” Budak lelaki itu mengutuk Fafa. Ewahdasar budak perempuan ayat dia... dah memang si Fafa tu budak perempuan!


Kenapa gaduh-gaduh ni?” Fatinah datang menyoal.

Fafa terus berlari mendapatkan ummi dan ayahnya sebaik sahaja Fatinah dan Fattah menghampiri mereka.

Ummi! Isk, isk, isk...” Fafa yang matanya sudah basah dengar air mata memeluk umminya.

Kenapa ni sayang?” Fattah mengusap lembut kepala anaknya.

Budak lelaki yang bernama Ayin tu terus pucat mukanya sebaik sahaja nampak ummi dan ayah Fafa.
Aa... abang... A.. Ayin... dia... pang... panggil Fafa montel!”

Tersedak terus Fattah.

“Eh, mana ada pak cik! Saya tak panggil dia macam tu pun...” Ayin lekas-lekas membela dirinya.

Dia tipu ayah... dia ejek Fafa montel tadi. Dia cakap Fafa badan besar macam anak gajah.” Fafa mengadu.

“Eee, kaki mengadu la dia ni!” Ayin mengutuk.

Biarlah... ayah kita. Suka hati kita la nak mengadu.” Fafa menjawab sambil mengesat air mata di pipinya.

Dasar budak montel yang kuat mengadu!” Terus Ayin mengejek Fafa.

Dah la tak puasa tadi. Kita cakap dekat mak abang Ayin nanti.”

Mana ada aku tak puasa!”

Iya, kita nampak tadi dekat taman abang Ayin makan dekat bawah gelongsor.” Fafa bercekak pinggang sambil menunjuk ke arah padang permainan perumahan mereka.

Fattah dengan Fatinah saling berpandangan... Fatinah dah ketawa tapi perlahan sahaja. Fattah pula menggaru belakang tengkuk dia. Macam Fattah dulu kaki ponteng puasa! Manalah Fatinah tak ketawa.

Diamlah! Kau ni mulut murai la budak montel.”

Kita tak montel la!” mata Fafa dah kembali berair. Nak menangis!

Budak montel suka menangis. Macam kau la!” Ayin mengeji lagi.

Kali ni memang tak boleh tahan Fafa terus menangis. Lagi kuat tangisannya dari tadi. Melihat anaknya yang menangis sungguh-sungguh, Fatinah memujuk Fafa supaya berhenti menangis.

Fattah hendak menegur perbuatan Ayin tu tapi...

Fahrin! Kamu usik Faiqah lagi ya? Nanti kamu!” Dari jauh ibu Ayin a.k.a Fahrin menjerit. Dari jauh Ayin dah nampak ibunya sinting lengan baju sampai ke siku.

Alamak! Mak singa dah keluar.”

Tapi sayangnya belum sempat dia cabut dari situ, ibunya terlebih dahulu capai telinganya.

Aduh... aduh... sakit ibu. Sakit telinga ni bu.”

Tahu sakit... yang kamu buat anak Che Fattah sampai menangis ingat dia tak sakit? Cepat minta maaf dekat Fafa.” Puan Nasihah memulas telinga anaknya lagi kuat.

Tak nak!” Ayin masih berdegil walaupun masa tu telinga dia dah memerah dipulas oleh ibunya.

“Eh, budak ni...” Puan Nasihah hendak mencubit Ayin tapi...

Kak Siha, dah-dah la tu... kesian si Fahrin ni. Biasalah tu budak-budak bergaduh masa bermain. Tak apa Fafa ni nanti dia ok la.”

Puan Nasihah mengeluh. “Akak, bukan apa Fattah. Fahrin ni suka sangat mengusik anak korang dua. Sampai menangis dibuatnya, kesian Fafa. Serba-salah akak rasa.”

Fattah dan Fatinah cuma senyum.

Mak cik, tadikan abang Ayin tak puasa.”

Fatinah terus menekup mulut anaknya. Tapi sayangnya dah terlambat. Muka Ayin dah pucat tak berdarah... Ayin terus menjeling Fafa dengan pandangan mata yang seperti nak makan Fafa.

Budak montel ni!” Ayin menjerit. Fafa bersembunyi dibelakang ibunya apabila melihat wajah Ayin yang sedang bengang itu. Perlahan-lahan dia memandang wajah ibunya dan... Ayin menelan air liur. Gulp... mati aku!

Budak montel apa? Kamu tak puasa ya Ayin? Siapa yang ajar menipu ibu niIbu cakap dekat abah nanti. Balik nanti kamu kenalah dengan abah. Anak bertuah.”

Ibu... ibu... jangan cakap dekat abah... please... please....” Ayin dah merayu-rayu dekat ibunya.

Simpan jelah please kamu tuTak laku sekarang! Dah besar panjang pun ponteng puasa lagi. Nanti abah balik siap kamu. Cepat balik!” telinga Ayin dipiat lagi kuat.

Ayin mengaduh sakit... tapi seiring dengan mulut yang tengah mengaduh tu kakinya turut bergerak mengikut langkah ibunya pulang ke rumah mereka yang berhadapan dengan rumah Fafa.

Auch... auchh... sakit ibu... uuuu...” Ayin terus merintih. Tsssk!

Fattah dan Fatinah sekali lagi berpandangan... macam pernah tengok je scene drama ni... hehehe.





Fattah duduk di sofa yang satu tempat duduk, manakala Fatinah duduk bersama dengan Fafa di sofa yang ada dua tempat duduk di ruang tamu rumah mereka. Perlahan-lahan Fatinah mengusap kepala anaknya itu yang sudah berhenti menangisDalam pelukan Fafa tak berenggang dengan teddy bear kesayangannya itu.

Kenapa Fafa cakap dekat Che Siha yang abang Ayin tak puasa?” Fattah menyoal akan perbuatan anaknya.

Fafa diam... matanya menunduk ke bawah. Bibirnya memuncung.

Fafa tahukan nanti balik abang Ayin mesti kena marah dengan abah dia kalau tahu yang dia tak puasa.” Fatinah menambah kata.

Tahu.” Sepatah Fafa jawab.

Dah tu kenapa cakap jugak?

Sebab abang Ayin ejek Fafa budak montel! Sebab tu  Fafa cakap dekat Che Siha. Kalau dia tak ejek Fafa. Fafa diamlah.” Petah budak berumur 6 tahun itu berkata-kata. Tapi sedu dia tiba-tiba mula bertandang. Tak lama kemudian Fafa menangis kembali.

Fattah cuma mampu menggeleng kepala melihat anak perempuan yang manja ni. “Sama je cengeng macam umminya dulu. Kuat menangis.” Fattah berbisik perlahan.

Apa abang cakap?”

“Eh, abang cakap comel macam ummi dia dulu-dulu.” Fattah sengih.

Fatinah menjeling manja ke arah suaminya. “Ingat saya tak dengar abang cakap cengeng tadi. Abang dah lupa Fahrin macam siapa? Dah besar panjang pun ponteng puasa lagiMacam abang la.”

“Eh, kita pula yang kena. Habis tu yang Fafa ni kaki mengadu tak macam sayang ke? Sama je dua-dua.”

Eii, budak lelaki memang macam tu ek? Umur dah berbelas tahun pun tahu nak puasa ke? Pastu tak matang suka mengejek orang. Macam abang kan?”


Fattah dan Fatinah lawan bertenung mata. Masing-masing tak nak kalah. Wahtadi anak yang bergaduh... ni tiba-tiba dah melarat sampai ke mak dengan bapak pulakFafa yang duduk antara ummi dan ayahnya terteleng-teleng kepalanya. Kejap pandang ibu, kejap pandang ayah. Naik pening kepala dia tengok mereka berlawan kata.

Tiba-tiba Fattah dan Fatinah yang sedang lawan tenung mata ketawa. Fafa blur... tadi gaduh sekarang gelak pulakKenapa dengan ummi dan ayah ni?

Macam kita dulu-dulu.” Fattah ketawa.

“A’ah... sama macam abang kena marah dengan mak sebab kacau Fatinah dulu.” Fatinah pun sama ketawa.

Sama macam Fatinah mengadu dekat Tok Mad dulu pasal abang tak puasa.” Mereka sama-sama ketawa mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka dulu. Kenangan yang manis buat masing-masing.

Tapikan sayang...”

Apa yang tapinya?” Fatinah memandang suaminya.

“Yang ummi tembun... yang anak montel. Ha, elok sangat la tu.” Fattah ketawa berdekah-dekah sambil memegang perutnya. Aduhsenak!

Abang!”


Recommended pasang lagu ni sambil baca part diorang kahwin...hehe. Theme song for Fatinah and Fattah love's story. :)



`````````````````````````
TK : Dulu2 *amboih macam dah berabad bunyinya. Ada readers yang request SE. Tapi masa tu tak sempat and takde idea. So, here it goes... cerpen sempena bulan puasa kali ni. enjoy ya… as usual there is no conflict in my cerpen... meh3... maaf skill mengarang dah tumpul. Tengah cari bahan nakmengasah’ skill tu balik... teehee.

Till then. Selamat menyambut ramadhan semua!


28 comments:

  1. thanks!!!!! suka sangatt citer ni... fattah ni dah tak boleh nak habis sweet lagi ek? sakit mulut tia senyum je dari tadi.. hehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome... x pa cekang sikit mulut tu asyik senyum nanti awet muda... haha :P

      Delete
    2. haha.. awet muda lah sangat kannnsss..
      tapi ok jugak, umur meningkat, muka tetap kiut.. kihkih

      Delete
    3. kan... baby face gitu ha...
      umo 40 tapi mcm 18... miahaha

      Delete
  2. salam , first time komen kat sini , baru start semalam baca semua cerpen kt sini...whaaa , terbaik la :) :)
    so , mmg terbaik dan senyum je la...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm...

      1st x pa nang. jgn last time... hehe. Thanks sebab marathon baca semua cerpen kat sini yg super panjang... heee..

      thanks sgt ok. sy senyum je ni.. :)

      Delete
  3. hahhaha.. blh plk ank dia pun mcm tu.. hurmm.. nila imbas memori lama supaya kasih semakin mekar.. SETE-smiling ear to ear .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. fattah n fatinah versi junior lak... hehe

      Delete
  4. ummm.. blh plk ank pun msa kecik mcm tu.. ihi.. imbas memori lama membuatkn kasih yg ada smkn mekar.. SETE-smile ear to ear.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.... mana tumpahnya nasi klu bukan ke kuah... haruslah sama... hehe.

      SETE... nak sate boleh?? haha

      Delete
  5. Sambung plak pasal ayin dan fafa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal ayin dgn fafa??

      *berpinar mata.. haha insyaallah.. :)

      Delete
  6. Setiap kali baca cerpen yg akak buat, mesti saya gelak. Thumb up, kak! Best sangat-sangat ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik arifah yg awesome... :) baca komen awk akak x gelak tapi senyum sampai ke telinga... hehe

      Delete
  7. Assalamualaikum tuan rumaahh..hahaa..lama gila tak hupdateee..best2..hehehehe..btw..wallpaper yg hg guna ni niceeee..I loikeee..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam...

      kannnnnn... berabad wei x update. huhu. aku nek blur nak post cita baru cam na mula2... hehe...

      kan? aku pun suka warna pastel lembut gitu ha... :P

      Delete
  8. tu dia 2018 tu,..hihi,.sejarah berulang untk anak2 pulak,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... harus la... kalau letak 2013 gak tapi umo anak dh 6 tahun mg sah2 x logik kan?? ;)

      Delete
  9. sgt best+sweet ok! tahniah cik penulis... tulis byk2 lg k cerpen.. x pun tulis novel terus. sure best... :) wish u all the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah...akan cuba diusahakan lagi utk perbanyakkan cerita dekat sini... :) thanks sb bc cerita ni...

      Delete
  10. manisnya mulut si fattah ni.. manis thp blh kena diabetes... haha. gudjob writer. mg best. senyum ja baca cerita ni. ^.^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... hari2 telan gula bergelen2 itu yg manis jadinya... haha. thanks sb bc cerpen ni. :)

      Delete
  11. Waaaa!... Cerpen ni berjaya menambat hati adik! Hehe..
    Writer mmg hebat! Thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... hehe, lepas ni nak tambat guna tali rafia terus hati adik tu biar tak miss baca cerita2 dkt sini. Tq tau... :)

      Delete
  12. Replies
    1. Tq cik aqilah yg pun sama osemmm! :)

      Delete