31 August 2014

Cerpen : Cinta Matiku (iii)




Jari telunjuk Umair lincah menyentuh permukaan telefon pintar Samsungnya. Sesekali bibirnya tersenyum lebar. Gambar-gambar Dihan yang sedang membesar memenuhi ruang telefonnya. Jari telunjuknya berhenti slide gambar... gambar Dihan sedang makan ais krim sambil mulutnya comot membuatkan Umair tersenyum. Dia slide ke tepi... gambar Dihan sedang bermain belon... gambar Dihan sedang merajuk... gambar Dihan teruja. Semuanya comel-comel belaka.

     Memang Umair terpaksa mengaku yang dia sangat sayangkan Dihan. Macam manalah dia tak jatuh sayang kepada anak kecil ni. Umair ingat lagi semasa Dihan mula-mula sedar daripada komanya dulu, Dihan ‘kenal’ dia!

Tipulah kalau Umair cakap dia tak terkejut bila Dihan yang dalam keadaan lemah itu boleh kenalnya sedangkan Dihan tak pernah langsung berjumpa dengannya dalam keadaan sedar. Umair sangkakan Dihan mungkin tak kan kenalnya lagi selepas sedar. Tapi jangkaannya ternyata meleset.

“Dihan kenal uncle?”

Dihan menggeleng kepalanya. “Dihan tak kenal muka uncle tapi Dihan kenal suara uncle. Masa Dihan tengah tidur uncle selalu cakap dengan Dihan. Dihan dengar je suara uncle baca cerita-cerita princess dekat Dihan. Masa uncle borak-borak dengan Dihan pun Dihan dengar.”

Semangat si kecil bercerita pada Umair.

Uncle punya suara sedap, Dihan suka bila uncle baca quran dekat Dihan tapi Dihan tak boleh nak balas. Dihan dah cuba uncle. Tapi tak boleh juga, Dihan pun pelik kenapa bila Dihan nak cakap dengan uncle tak boleh, dengan ummi pun. Penat tau Dihan.” Bibir kecil itu mengeluh.

Takjub? Allah sahaja yang tahu perasaan Umair masa tu. Sampai mati pun Umair tak mungkin lupakan kenangan yang satu itu. Sungguh dia tak sangka perbuatannya yang berbual dengan Dihan semasa dia sedang koma mengeratkan lagi hubungan mereka. Dihan memang anak yang bijak...

Jarinya terhenti sekali lagi tetapi kali ni bukan gambar Dihan sebaliknya gambar umminya Dihan yang sedang duduk sambil memegang handphonenya. Gambar Wafa yang Umair curi-curi ambil ketika mereka bertiga keluar hari itu.

         Umair merenung sisi wajah Wafa yang tenang itu. Bibirnya mengukir senyuman.

“Wafa Wirdani...”

Tiba-tiba bibir yang dihiasi senyuman tadi bertukar muram. Umair mengeluh perlahan sambil mengusap belakang tengkuknya.

Jatuh cinta?

Jatuh hati?

Jatuh sayang?

Jatuh suka?

Hah...

Empat soalan satu jawapan. Dan jawapannya adalah YA. Umair memang dah terlalu cintakan, sayangkan, sukakan Wafa. Kalau orang cakap hati kita boleh bernyanyi... hati Umair saban hari menyanyikan nama Wafa.

Aduh, parah betul bila hati dah suka tapi takut bertepuk sebelah tangan.

Sekali lagi bayangan wajah Dihan dan Wafa bermain-main di mindanya. Umair mahukan mereka berdua menjadi ratu dan puteri hatinya di dunia dan juga akhirat nanti.

Dia hendak menjadi payung tempat Wafa dan Dihan berteduh dan dahan tempat mereka bergantung harap. Mungkin sekaranglah masa yang terbaik untuk dia meluahkan perasaannya.

Umair nekad dia ingin melamar Wafa.

Kalau jodoh tak ke mana...


---------------------------------


Umair menanti kedatangan Wafa. Mereka dah berjanji untuk makan tengahari bersama-sama hari ini. Entah kenapa setiap kali berjanji dengan Wafa dia akan datang 15 minit lebih awal dari waktu yang dijanjikan. Dia tak nak Wafa menantikan kedatangannya sebaliknya dia lebih rela menanti Wafa.

Akhirnya, wanita yang ditunggu sampai jua. Wafa memberi salam sebelum menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Umair.

“Saya lambat lagi ke?” polos Wafa menyoal Umair.

Lelaki itu tersenyum... “Awak tak pernah terlambat tapi saya yang selalu awal.”

Wafa ketawa kecil. “Dah order?”

“Belum... waiter.” Umair melambai tangannya kepada pelayan restoran tersebut.

Masing-masing leka dengan makanan yang dipesan. Tapi dalam diam Umair mencuri-curi pandang ke arah Wafa. Wajah yang sentiasa tenang tapi sentiasa menarik minat Umair. Tapi hari ini Umair dapat rasakan ada sesuatu yang menggangu Wafa.

“Kenapa muka macam monyok je ni? Ada yang tak kena ke, Wafa?”

Wafa masih menunduk, garfu di tangan menguis nasi di pinggan... keluhan kecil dilemparkan.

Let me guess... Mak long awak datang bawa mulut lagi ke rumah awak?”

Wafa tersenyum kecil. Pahit. “Memanglah pergi mana-mana kena bawa mulut. Awak ni tak kan nak tinggal pula mulut dia dekat rumah.” Dia cuba untuk buat lawak tapi hambar.

Umair menggelengkan kepalanya... “Dia cakap apa?”

“Tak cakap apa pun... tapi dia bawa gambar.”

“Gambar? Gambar apa?” Jus oren diteguk perlahan.

Wafa mengangkat bahu... “Gambar bakal suami sayalah agaknya.”

Terbatuk terus Umair! Merah terus mukanya menahan perit di tekak.

“Eh, awak... ok tak ni? Air... air... tisu. Nah, tisu!” Wafa cemas melihat Umair yang tiba-tiba terbatuk kuat.

Umair mengangkat tangannya tanda dia ok. Sebelah lagi tangannya menutup mulutnya dengan napkin yang disediakan di restoran itu. Terkejut beruk dia dengar jawapan Wafa.

What on earth? Bakal suami?! No!

“Awak setuju ke?”

Berkerut dahi Wafa. “Setuju apa?”

“Yalah, kan mak long awak bawa gambar calon suami untuk awak. Awak setuju ke kahwin dengan salah sorang calon tu?”

Wafa tersenyum sipis... entah sinis entah tak ada apa-apa maksud. Umair tak boleh nak tafsirkan senyuman Wafa kali ni tapi yang pasti bukan perasaan yang positif.

“Tak...”

Umair memandang Wafa.

“Tak akan setuju.”

“Macam mana kalau ditakdirkan suatu hari nanti awak jumpa seorang lelaki yang betul-betul sayangkan awak dan Dihan. Awak setuju kahwin dengan lelaki tu?” soal Umair.

“Tetap tak akan setuju. Saya tak akan kahwin lagi. Kahwin cuma sekali dalam hidup saya. Wadi adalah suami saya dunia dan akhirat tak ada yang lain.”

Umair mengeluh kecil mendengar jawapan tegas Wafa.

“Tapi Dihan masih kecil... dia perlukan kasih sayang seorang ayah. Awak tak boleh pentingkan diri sendiri, awak kena fikirkan juga perasaan Dihan. Mungkin pada luarannya dia nampak gembira tapi dalam hati dia mungkin dia rasa kosong atau tak sempurna macam kawan-kawannya yang ada ayah,” ujar Umair tentang pendapatnya atau lebih tepat tentang isi hatinya.

Wafa memandang Umair. Tak dapat tidak memang dia terpaksa setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Umair. Bukan sekali dua Dihan bertanyakan perihalnya abinya. Dan bukan sekali dua juga Dihan mengatakan dia cemburu melihat kawan-kawannya yang lain mempunyai ayah sedangkan dia tak ada.

“Saya tak nak Dihan ada dua ayah. Dihan kena belajar terima hakikat yang abi dia cuma seorang dan abi dia dah tak ada sekarang.” Wafa masih tegas dengan pendiriannya.

She’s too young to understand adult’s pain. Bila awak menderita tak semestinya awak kena tarik Dihan untuk turut sama rasa sedih awak. This is not fair for her. She’s only five!” Entah kenapa tiba-tiba Umair teremosi. Jawapan Wafa yang betul-betul pentingkan diri buatkan dia rasa marah.

Perbualan santai tadi terus menjadi tegang. Sepanjang persahabatan mereka, ini kali pertama Wafa dan Umair seolah-olah bertegang urat. Bergaduh!

“Ada ayah baru tak semestinya Dihan akan lupa abinya. Abinya tetap ayah kandungnya dunia akhirat. Tak akan pernah terputus hubungan mereka anak beranak. Salah ke kalau Dihan nak tumpang kasih sayang seorang ayah pada lelaki lain? Salah ke kalau lelaki lain yang sayangkan dia nak jadi ayahnya? It is too wrong for that? Answer me Wafa Wirdani.”

Drop the topic, Umair. Please...” Wafa dah tak sanggup bincang tentang hal ni. Dia menyuap baki nasi ke dalam mulut walaupun pada hakikatnya, nasi tersebut dah terasa pahit untuk ditelan. Terasa kasar menyelusuri tekaknya. Perit!

Umair memejam mata. Mencari kekuatan.

Marry me.”

Sekotak baldu berwarna biru gelap ditolak betul-betul di hadapan Wafa.

Wafa terkejut!

“Izinkan saya untuk jadi payung yang boleh menaungi awak dan Dihan dari panas dan hujan.” Anak mata hitam pekat milik Umair tepat memandang anak mata Wafa.

Suapannya terhenti matanya menatap wajah bersih milik Umair yang setia merenungnya.

“Apa yang awak cakap ni? Awak bergurau kan?” Wafa ketawa kecil... ketawa yang dibuat-buat. Sambungnya lagi. “Kan saya dah cakap... drop the topic. I will never married again or change my decision, end of the discussion.”

No, I’m serious... this is not a joke. I really love you... I want to marry you. And I want both of you in my life.”

Wafa hilang kosa katanya. Sangkanya Umair tak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya tapi ternyata sangkaannya meleset jauh.

Umair sukakannya... atau lebih tepat Umair cintakannya!

“Umair, saya tak akan kahwin lagi.”

“Walaupun lelaki itu adalah saya?”

Wafa terdiam. Dia mengangkat pandangan matanya semula melawan mata Umair.

Yes, even if the man is you.”

“Wafa, ambil masa selama manapun yang awak perlu. Pertimbangkan balik lamaran saya. Awak pegang cincin ni, kalau awak setuju awak pakai cincin ni dan kalau betul awak rasa tolak lamaran yang adalah yang terbaik. Pulangkan kepada saya.”

Wafa tak berkata apa-apa lagi. Sebaliknya terus melangkah dari situ.

Umair mengeluh. Hilang terus semua bayangan pertemuaanya dan Wafa pada tengahari tadi. Tetapi wajah ayu milik Wafa yang tenang luarannya tapi disebaliknya seolah-olah ada satu ruang kosong yang membuatkan wanita itu seperti kesedihan masih kekal di mindanya...

Dia ikhlas membantu Wafa dan Dihan.

Tetapi dia takut semua kebaikan yang dia berikan kepada Wafa dan Dihan disalah erti. Dia tak nak dituduh mengambil kesempatan atas budi yang telah dia berikan. Bukan itu niatnya. Dia ikhlas. Sebab itu selama lima bulan lebih dia memendam perasaannya kerana dia takut perkara seperti tengahari tadi akan terjadi.

Dan apa yang dia takuti sememangnya terjadi.

Sepanjang lima bulan dia mengenali hati budi Wafa, betul-betul buat dia terpaut hati pada wanita berwajah tenang itu. Dan hatinya juga turut jatuh sayang kepada Dihan yang sudah dianggap sebagai anak sendiri.

Dia ikhlas hendak jadikan Wafa sebagai permaisuri hatinya dan Dihan sebagai puterinya. Dia ingin melindungi mereka dan terus menyanyangi mereka hingga ke akhirnya tapi mungkinkah Wafaakan berikannya peluang itu?

Yes, even if the man is you.”

Kata-kata tegas yang terlahir daripada bibir Wafa betul-betul buat Umair makan hati...

Yes, even if the man is you.”

Umair merenung kembali siling biliknya yang kosong itu. Adakah Wafa akan menerima lamarannya itu? Umair buntu.


---------------------------------


Wafa seolah-olah nampak bayangan Wadi dalam diri Umair. Salahkah kalau dia menganggap Umair sebagai Wadi? Tempat dia berkongsi rasa?

Mungkin kerana Umair sangka mudah untuk didampingi membuatkan Wafa rasa sangat selesa bila bersama lelaki itu. Tambahan pula, Umair sangat persis arwah Wadi. Umair yang memahami bila dia mngadu tentang mak longnya. Umair yang penyayang bila dengan anak kecil. Umair yang sangat bertolak ansur... Umair yang hati baik... Umair yang berbudi bahasa dan tahu hormat orang tua.

Sungguh, dia lelaki yang sempurna.

Baru sekarang Wafa sedar. Rupanya selama ini dia silap. Wafa cuma nampak bayangan Wadi dalam diri Umair. Dia lupa yang Wadi tetap Wadi dan Umair tetap Umair mereka adalah dua orang yang berbeza walaupun memiliki perwatakan yang sama.

Sama tapi tak serupa.

Serupa tapi berlainan.

Wafa tekad… cincin di dalam kotak baldu tu ditenung lama. Keputusannya sudah dibuat. Selepas membuat solat istikarah semalam, nampaknya Dia yang esa dah tunjuk jalan yang patut Wafa ambil.

          Perlahan-lahan kotak baldu itu ditutup dan dimasukkan ke dalam beg tangannya. Kemudian telefon bimbitnya pula dicapai. Nombor Umair dicari… butang call ditekan.

          Wafa sabar menunggu panggilannya bersahut.

          “Assalamualaikum.” Suara Umair kedengaran.

          Wafa tersenyum kecil. “Waalaikummusalam.” Perlahan dia menjawab salam sang jejaka.

          “Ya? Ada apa-apa yang boleh saya tolong, Wafa?” sopan nada Umair bertanya 
dalam lembut suaranya.

          “Boleh kita jumpa esok petang?”

          “InsyaALLAH. Dekat mana?”

“Tempat biasa.” Pendek jawapan Wafa.

“Ok. Kalau awak tak keberatan boleh saya tahu tujuan awak nak jumpa saya?”

Wafa menarik nafas panjang… “Saya dah ada jawapan untuk lamaran awak.”


---------------------------------


Umair menanti kedatangan Wafa dengan sabar.

Wajah tenang milik Wafa akhirnya muncul. Umair tersenyum menyambut kedatangan Wafa dan senyumannya berbalas. Wajah tenang itulah yang menghantui mimpinya saban malam…

“Dah lama tunggu?”

Umair menggeleng perlahan.

“Tak, saya pun baru sampai.”

Wafa mengangguk. Kerusi yang berhadapan dengan Umair ditarik perlahan. Sopan perlakuan Wafa itulah yang menarik minat Umair. Yang mengikat rasa hatinya pada Wafa.

Wafa yang sopan, Wafa yang baik dan Wafa yang mencuri hatinya…

Umair mempelawa Wafa untuk memesan makanan tapi Wafa menolaknya dengan baik, Wafa ingin terus ke agenda utamanya untuk berjumpa hari tu. Di cari seluruh kekuatan yang ada di dalam dirinya untuk meluahkan jawapannya pada lamaran Umair.

“Umair… awak lelaki yang baik.”

Umair memandang Wafa.

“Cukup baik malah terlalu baik untuk perempuan macam saya. Jujur saya cakap, awak layak dapat yang lebih baik dari saya. Saya ni seorang janda, awak lebih layak cari seorang gadis, Umair.”

Umair mengeluh perlahan. “Wafa, berapa kali saya nak cakap yang saya tak kisahkan status awak. Saya sayang awak seadanya. Saya terima awak bukan sebab status tetapi rasa hati saya untuk awak.”

Wafa tersenyum kecil. Mulia sungguh hati lelaki di hadapannya ini.

“Saya tahu… tapi saya minta maaf.”

Perlahan-lahan kotak baldu yang berisikan cincin yang Umair berikan padaya sebelum ini ditolak ke arah lelaki itu. “Saya memang tak boleh terima awak… pintu hati saya memang sudah tertutup untuk lelaki lain.”

Badan Umair tersandar ke belakang… perit rupanya rasa bila cinta hati kita ditolak mentah-mentah tanpa kita sempat menunjukkannya.

“Saya dambakan cinta sejati yang kekal selamanya biarpun pahit perjalanan untuk meraihnya. Tetapi demi redhaNya saya akan tempuh. Cinta saya hanya milik seorang lelaki dan lelaki itu adalah arwah suami saya. Dia cinta mati saya. Maafkan saya.”

Wafa diam seketika… terbayang masa hadapan bilamana dia terpaksa menahan sakit telinga mendengar umpat keji orang pada dirinya. Hanya kerana dia seorang wanita tanpa suami. Janda… tapi dia tak peduli…. Kalau itu sahaja jalannya, dia akur dan dia akan tabah. Dia tak akan lagi lemah dengan umpat keji tu. Dia akan tabah demi Wadihan… demi arwah Wadi.

“Saya bimbang kalau saya terima awak. Saya tak mampu untuk menyayangi awak sebagaimana layaknya seorang suami meraih cinta isterinya. Saya harap awak faham.”

Pada sesetengah orang mungkin mereka menyangkakan yang Wafa sangat bodoh kerana tidak memilih Umair yang setia dan sangat kasihkan padanya. Tapi percayalah memang ada di dunia ini orang yang dilahirkan setia pada yang satu walaupun cintanya itu telah pergi dan dunia telah memisahkan mereka.

Umair membetulkan duduknya. Perlahan-lahan dia memandang wajah tenang Wafa. Untungnya arwah Wadi memilik wanita sebaik Wafa sebagai permaisurinya di syurga kelak.

“Saya faham dan saya hormat keputusan awak, Wafa.” Tanganya mencapai kotak baldu yang diletakkan di atas meja oleh Wafa sebentar tadi. Tiada guna kalau dia memaksa andai kata hati Wafa memang sudah tiada ruang buat dia. Umair akur dan mengundur diri…

Umair tersenyum kecil. Senyuman yang ikhlas. “Jujur saya cakap. Saya pun dambakan cinta seperti yang awak cakap tu. Cuma mungkin bukan awak orangnya.”

Wafa mengangguk faham...

Sekarang semuanya sudah terlerai. Tak perlu lagi dia lari daripada Umair dan tak perlu lagi Umair mengejarnya. Memang sudah tertulis jodoh Umair Uwais bukan Wafa Wirdani dan sebaliknya…

Wafa meminta diri dan selepas salam diberi dia terus berlalu pergi meninggalkan Umair sendirian di situ.

Umair hanya mampu memandang dari belakang sahaja. Sememang Wafa seorang yang setia seperti maksudnya namanya Kesetiaan. Dan setianya hanya untuk lelaki yang bergelar suaminya walaupun lelaki itu sudah lama tiada.

Ada orang kata jodoh kita yang tertulis dekat Loh Mahfuz ada tujuh orang…. Kalau jodoh yang pertama tak berkekalan kita akan berjumpa dengan jodoh kita yang kedua dan begitulah seterusnya. Jadi jodoh seseorang itu bukanlah tak wujud tapi cuma tak berpanjangan sebenarnya. Wallahualam.

Dalam kisah Wafa Wirdani…

Datanglah seribu Umair sekalipun, Wadi yang satu juga pilihan hati Wafa.



TAMAT.



---------------------------

TK: Yup, me know mesti ramai tak puas hati kan? Apasal la si Wafa yang gojess tu boleh tolak mentah-mentah Umair yang baik, hensem, penyayang macam tu je... Awak... kita kena ingat dalam dunia ni tak semua yang kita nak kita boleh dapat... tak semua yang kita impi kita boleh capai.



16 comments:

  1. alaaaa...sad ending :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa... sedih... :(

      sesekali kita tukar feeling2 lak... ;)

      Delete
  2. Akak,cerita ni best gilerr!!😁
    Setuju dengan wafa, jangan kahwin dengan orang lain.Mmm biar seksa di dunia, inshaaAllah manis di sana. (Ceh terlebih serius pulak hahah)
    Bukannya dia pentingkan diri, tapi dia cuma nak setia kan kan? Tapi kesian jugak kat dihan😪..haha ambil serius pulak😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... situasi wafa ni ditelan mati mak diluah mati bapa... tapi at the end that's her choice. so so so... klu in real life we should support her kan? hehe.. tapi terima kasih untuk komen yang manis ni hawa. ;)

      Delete
  3. Memang cinta mati...

    ReplyDelete
  4. Lps ni mngkin cik writer blh buat crita tntng umair plk😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang Umair?? nice idea. thanks. ;)

      Delete
  5. Memang agak menghampakan bagi pihak umair tetapi ia merupakan satu kebanggaan atas kesetiaan cinta yg hakiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp...betul tu. Kalaupun Wafa terima Umair tu tak semestinya dia x cintakan Wadi. tapi dia pilih cara tu.. klu in real life kita sepatutnya sokong dia. kan? :)

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Btul2..sy stuju cik writer dengn pepatah datas

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaikkkk! readers paling sporting cik anna kita ni. :D

      Delete
  8. Betul,betul,betul terbaiklah cerpen ni.. Memang betul2 yg mcm sy harapkan.. Mencintai bukan bererti memiliki... Love U lot...

    ReplyDelete