8 February 2013

Cerpen : Unknown Love (iv)





Kisah semester satu Asha simpan kemas dalam kotak ingatannya yang paling dalam. Biar dia tak ingat sekarang tapi akan dikenang pada masa hadapan. Itu yang pasti dan sekarang semester kedua bermula. Lembaran buku baru akan dibuka. Hurmmm… atau mungkin telah dibuka pun.

“Oja aku pergi kelas dulu tahu. Nanti kau pergi dengan Kerol ek?” Asha melintas jalan sebaik sahaja kereta telah tiada. Telefon masih terlekap kemas di telinganya.

“Ala, kelas lambat lagi… chill, jangan panik. Aku saje nak pergi awal. Kau dengan Kerol pergi macam biasa la. Ok? Aku tunggu dekat ruangan siswazah dekat tingkat empat tu tau. Orait. Bye.

Oja atau nama sebenarnya Seri Kemboja. Ya, tahu. Klasikkan? Tapi dia budak anak kemboja… dia anak melayu tulen! Mak dia yang gilakan bunga kemboja sampaikan anak sendiri pun diletak nama Seri Kemboja. Nasib baik budak tu membesar jadi manusia… heh! Kerol pula nama penuhnya Khairul Najah. Tapi suka benar nama Kerol tu. Nak dipanggil Najah dia tak nak… katanya macam budak manja. Kerol tu bunyi tough sikit. Katanyalah…

Diorang tu kawan baru Asha untuk semester dua ni. Budak berdua Eija dengan Kiya tu mogok tak nak duduk kelas yang sama. Katanya dekat bilik menghadap muka yang sama, takkan dekat kelas nak tengok muka yang sama?? Well, hello… boring!

Usai bercakap dengan Oja telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam beg sandangnya semula. Langkah Asha terhenti buat seketika. Matanya memandang ke depan… lama dia tenung ke depan. Tahu apa yang ditenungnya masa tu?

Tangga Batu Caves.

Itu tangga paling simbolik bagi budak admin macam Asha ni. Bukan Asha sorang sahaja, pendek kata siapa-siapa pun yang sampai depan tangga ni memang akan berhenti tarik nafas panjang dulu.

“Fuhhhh!”

Ha, kan? Baru je cakap… Asha dah tarik nafas dan hembus nafas macam nak pergi marathon. Dengan langkah kaki kanan dan bismillah Asha mula mendaki ‘tangga kejayaan’ budak admin yang kalau tak salah ada 100 lebih anak tangga tu. Campur dengan anak tangga Block D tingkat empat yang Asha nak pergi tu… berapa banyak dah? Ha, kiralah sendiri…

Sebaik sahaja sampai di tingkat empat, Asha mengelap peluh yang terbit di dahinya. Berpeluh wei… skru lutut dah bergetar maha hebat masa tu. Tapi Asha maintain cool je… dalam hati? Alalala…

Mujurlah foyer siswa kosong masa tu, mungkin kerana waktu tu adalah tengahari jadi tiada pelajar di bangunan tersebut. Kelas Asha bermula pukul dua petang, tapi semangat dia lebih banyak hari ni. Pukul satu dah terpacak dekat situ. Yang untungnya bilik kuliahnya petang tu tak jauh dari tempat dia duduk sekarang, memudahkannya lagi. Asha tersenyum lebar bila hanya ada dia seorang dekat situ. “Cun, boleh karok macam ni.” Senyuman yang sangat ‘cool’ terbentuk di bibir Asha… cool la sangat.

Beg sandangnya diletakkan di kerusi yang kosong di sebelahnya dan dia mula mengeluarkan buku business statisticsnya. Ok, next… song.

Nokia 5800 XpressMusic dikeluarkan…

Menu.

Music.

Song.

Nasyid.

Ek? Karok nasyid? Pun boleh… Asha kan? Apa ada hal…

Volume….

Lima bar! Perghhh!

Bermulalah era-era suara sumbang menyumbangkan lagu-lagu tersebut. Bibirnya laju bergerak mengikut bait-bait lagu nasyid yang dipasangnya. Lepas satu, satu lagi bermain. Bibir laju menyanyi tap tangannya lincah menulis dan otaknya ligat membuat kira-kira akaun tu. Karok cum study? Pun boleh…. Asha kan?

Asha ralit…

Mujurlah tiada orang masa tu. Lagu UNIC, Hanya Tuhan Yang Tahu pula…

Asha tersenyum… favourite song meh!

“Ku pendamkan perasaan ini, ku rahsiakan rasa hati ini. Melindungkan kasih yang berputik, tersembunyi di dasar hati. Ku pohonkan petunjuk illahi, hadirkanlah insan yang sejati menemani kesepian ini. Mendamaikan sekeping hati…” Asha menyanyi perlahan, menghayati bait-bait lagu. Bibirnya tergerak-gerak… baru hendak menyambung bait seterusnya, tiba-tiba ada suara yang menyambung nyanyianya.

“Oh tuhanku, berikanlah ketenangan abadi untukku menghadapi resahnya hati ini mendambakan kasih insan yang ku sayang… Di hati ini hanya tuhan yang tahu. Di hati ini aku rindu padamu. Tulus sanubari menantikan hadirmu, hanyalah kau gadis pilihan ku.”

Asha mengangkat kepalanya. Terkejut dan tergamam…

Bibirnya diketap perlahan. Betullah orang cakap, lagi kita nak mengelak dengan seseorang itu. Lagi mendekat orang tu dengan kita! Alahai…

Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu masih berbaki mengisi ruang kosong antara mereka saat si dia yang tadi menyambung nyanyian sudah diam.

Bibir Fuad tersenyum.

“Sedap lagu. Makna pun memang kena sangat. Sampai ke hati.”

Asha kembali menunduk.

“Saya nak lagu tu.”

Asha mencebik. Eii, entah dari mana entah mamat ni datang. Tiba-tiba muncul nak mintak-mintak kat orang lagu orang! Dalam hati mengutuk berbakul-bakul.

Send via bluetooth. Boleh?” Fuad memandang telefon bimbit Asha. Entah bila dia duduk dekat situ pun Asha tak sedar. Tapi Fuad duduk jauh dari Asha… selang tiga kerusi walaupun duduk berhadapan dengan baris yang Asha duduk.

Asha lambat-lambat mengambil telefon bimbitnya. Suaranya masih tak kedengaran lagi. Perlahan-lahan jarinya menekan touch screen telefon bimbitnya.

Searching for device…

Asha comel? It is?

Asha mengetap bibir lagi. Itu yang dia malas nak berbluetooth ni! Bocor rahsia besar dia. Ala!

“Tapi memang comel pun.”

Lagi kuat bibirnya digigit. Silap haribulan mahu berdarah bibirnya asyik diketap. Kalau betul berdarah semua salah Fuad!

Sepi lagi.

Asha merungut dalam hati. Apa hal lambat sangat sendingnya ni? Baru 15%... Asha buat tak endah dekat Fuad. Seolah-olah hanya dia seorang yang ada dekat situ. Fuad? Dia tu salah satu tiang dekat situ. Ermm, tiang yang hensem kot? Pun boleh…

Eceh, Asha ni… buat tak endah pulak kan? Padahal dulu kalau si Fuad ni tak ada depan mata kucing hilang anak. Tak senang duduk! Sekarang dah ada depan mata tak nak tengok pulak. Lantai konkrit sejuk dan tak hensem tu jugak yang dia tenung. Tapi yelah kan… Asha kan dah ‘tak nak’ suka lagi dekat Fuad. Dia kan nak lupakan Fuad. Fokus dia sekarang adalah belajar… sehingga dia berjaya dapat ANC! Anugerah Naib Canselor… Jadi, cinta-cinta ni perlu dielak.

“Kenapa nak lari dari saya?”

Asha diam lagi. Tangannya dilarikan atas kertas kajang, berpura-pura menulis sesuatu. Walhal, telinganya tu dengar setiap apa yang Fuad cakap.

Fuad mengubah topik bila Asha tak menjawab soalannya. “Lagu ni… lagu kita.”

Tangan Asha terhenti.

“Awak dengarlah lagu ni berkali-kali…” Fuad jeda.

Asha tegun.

Sending 45%...

“Betul-betul mengambarkan rasa hati saya.”

Mata Asha berkaca.

Sending 60%...

“Rasa hati ni… dah diluahkan. Tapi jawapannya… hurmm, entahlah. Tak ada jawapan pun saya rasa. Orang tu lari lagi adalah masa saya confess dekat dia...”

Pen di tangan terjatuh. Apa taknya, macam pita video rakaman yang diputarkan dalam retina mata Asha. Kenangan masa Fuad confess pada dia dekat library dulu kembali bermain-main di mindanya. Kalaulah Fuad tahu yang Asha memang nak sangat cakap Ya! Tapi tak boleh. Kalaulah dia tahu…

“Mungkin sebab saya tak simpan rahsia hati tu pada Tuhan…” Fuad pula masih terus berkata-kata padahal Asha dah separuh nanar.

Sending 79%...

“Mungkin dia rasa saya ni kurang serba-serbi dan tak layak berdamping dengan dia. Kan? Tapi saya nak dia tahu yang saya sayang dia dan saya tetap akan tunggu dia.”

Tap!

Macam kena ragut tangkai hati Asha bila Fuad cakap macam tu. Sentap… beraninya Fuad. Nak dibandingkan dengan Asha? Hah, penakut ya amat! Kalaulah Asha pun berani luahkan perasaannya macam Fuad buat mesti mereka dah bahagia kan?

Sending complete!

Thanks for the song.

Akhirnya, Asha mengangkat pandangan matanya memandang Fuad. Dia hendak berkata-kata tapi… lidahnya terkelu.

Fuad senyum pada Asha. Tak lama kemudian Fuad mengangkat begnya dan mula bergerak menjauhi Asha. Beberapa tapak dia di hadapan dia berhenti dan berpaling ke belakang seketika.

“Ingat lagu kita. Assalamualaikum.”

Asha mencebik. Salam dijawab di dalam hati.

“Lagu kita? Pehlislah…

Lagu dia seorang ada. Tapi Asha pun minat juga lagu tu. So, betullah kan? Lagu diorang la tu kan?


----------------------------------------

3 Tahun kemudian…

Asha tersenyum seorang diri. Sudah agak lama dia tak menjejakkan kaki ke bumi USA. USA tu stands for UiTM Shah Alam jangan nak bajet United States of America sangatlah kan…

Senyuman di bibirnya semakin melebar lagi bila teringat pada kawan-kawannya, suka sangat meletak gelaran untuk setiap cawangan UiTM. Kalau UiTM Merbok cawangan Kedah dipanggilnya MERlbourne. UiTM Arau cawangan Perlis dipanggilnya ARAUstralia. Macam-macam… tapi itulah yang orang panggil kenangan. Kenangan merapu dengan teman seuniversiti. Belum berjumpa lagi tapi rindu dah bermukim di hati. Alahai, hati kerjanya nak merindu sahaja…

Asha termenung lagi. Betapa cepatnya masa berlalu, masa meninggalkan dia dan semuanya berubah. Dari mula-mula dia sampai sini bergelar pelajar freshie semester satu yang hingus pun masih basah, pergi ke kelas pun baju tak bersetereka kemudian berubah menjadi seorang anak gadis yang lebih dewasa. Belajar tentang kehidupan… belajar menjadi anak gadis yang menjaga dirinya, belajar tinggal jauh dari keluarga dan menjadi berdikari.

Kemudian, ketika itu juga dia mengenali si dia… belajar sukakan seseorang yang berlainan jantina darinya. Belajar tentang subjek luar dari silibus pelajaran. Subjek hati! Teringat lagi betapa tak matangnya dia dulu. Sanggup berhabis duit… ulang-alik naik bas semata-mata nak jumpa dengan si dia yang dia minati. Sanggup menahan kesejukkan dengan biar bas pertama berlalu, semata-mata nak tunggu bas kedua dengan si dia. Bodohnya dia masa tu. Asha menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Yang paling Asha tak akan lupa adalah belajar tentang rasa sakitnya hati bila kita menafikan yang kita sayangkan orang tu. Sungguh… mungkin dia  nampak tabah ketika itu tapi dalam hati sakit yang ditanggung tu hanya tuhan sahaja yang tahu.

Ya, lagu mereka… Hanya Tuhan Yang Tahu.

Sungguhlah orang cakap masa dan pengalaman mematangkan seseorang manusia. Tapi yang Asha pasti, hanya satu yang belum berubah lagi. Hatinya… hatinya tetap setia pada yang seorang itu… seorang itu yang entah sekarang ada di mana? Itu Asha sendiri tak pasti.

Bas Rapid KL berhenti di hadapan Kolej Seroja. Asha hendak ke Menara SAAS untuk mengambil baju konvokesyennya. Ya, lusa adalah tarikh keramat yang sentiasa dia nantikan sepanjang waktu dia belajar dulu untuk mengambil ijazah pertamanya. Bukti penat lelah dia bersengkang mata belajar, segulung ijazah yang akan membuat kedua ibu bapanya bangga. Sungguh sampai sekarang Asha rasa dia macam tak percaya dirinya mampu mengharungi susah payah dan jerih penat menelaah belajar dulu. Sungguh...

Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah tak akan menimpakan hambaNya dengan sesuatu dugaan yang tak mampu dipikul oleh mereka dan disebalik kepayahan yang mereka alami Allah janjikan nikmat yang setimpal bahkan lebih untuk mereka yang sabar dengan ujian yang diberi.

Asha tiba-tiba rasa sayu… tapi sayu yang bersalut gembira. “Alhamdulillah…” kalimah itu bermain lagi dibibirnya.

----------------------------------------

Hari ini hari yang Asha nanti-nantikan. Wajah ceria rakan-rakan dan juga dirinya sendiri dirakam di dalam kamera. Bergambar sakan mereka! Apa taknya, usaha masing-masing sudah membuahkan hasil. Ingat senang nak graduate on time? Kalau iman tak kuat, hati tak tetap boleh terngadah tengah jalan. Berapa ramai rakan Asha yang lain tak habis belajar… terpaksa extend sem dan sebagainya.

          “Say cheese!

Cheeseee!!

“Muka kau macam terkepit dengan pintu la Mat!” Achu menjerit. Gamat suasana dengan gelak tawa mereka.

Asha menggelengkan kepala melihat teletah kawan-kawannya. Itu jelah yang termampu pun. Kalau dia ada, mesti lagi berserikan suasana. Asha tersenyum sendiri seketika. Kemanalah dia menghilang diri…

Kalaulah Asha tahu yang hari yang mereka berjumpa di foyer siswa tu adalah hari terakhir Asha akan jumpa Fuad… mesti Asha dah berterus-terang dengan Fuad kan? Yang dia pun sebenarnya dah lama sukakan Fuad. Tapi… kalau Asha berterus-terang masa tu rasa-rasanya Asha akan berjaya macam hari ni ke? Entahlah… di luar kemampuan Asha untuk tahu.

Yang dia tahu hari ni, dia berjaya mencapai matlamatnya. Dia berjaya menggenggam segulung ijazah ANC dan membuatkan kedua ibubapanya bangga dengannya. Itu lebih penting dari rasa hatinya kan? Mungkin…

Seketika kemudian Asha meminta diri, sesi bergambar dengan kawan dah. Sekarang dengan keluarga pula.

Asha tersenyum gembira, bila melihat mama dan abahnya tersenyum bangga. Asha membuka selempang pinknya. Lalu disarungkan pada tubuh mamanya.

“Untuk mama.” Seraya tu Asha mencium pipi mamanya. Menitis air mata Puan Naisa. Terharu dan bangga dengan kejayaan anaknya.

“Abah takde ke?” Encik Akhil sengaja menyoal Asha, sebenarnya dia tak kisah pun bila Asha mendahulukan isterinya. Sungguh hati ayah mana tak gembira melihat kejayaan anaknya.

“Abah kena take turn.” Ketawa mereka sekeluarga meletus. Ah, bahagianya!

“Jom ambil gambar buat kenangan.” Abah memberi arahan.

“Ala, bah… semua masuklah baru best. Adik pun nak masuk jugak.” Adik atau namanya Adnin Firzana adik Asha memuncung mulut bila diberi arahan untuk mengambil gambar. Mentang-mentanglah dia adik paling bongsu… bias!

“Habis tu kalau semua masuk siapa yang nak tolong ambikkan?” Aira Fidzana pula bersuara. Yang ni kakak sulung Asha. Mereka cuma tiga beradik dan ketiga-tiganya perempuan tiada lelaki.

Encik Akhil memandang sekeliling, kalau-kalau ada yang dia boleh minta tolong untuk ambil gambar mereka sekeluarga. Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang pemuda berkaca mata yang berdiri tak jauh dari mereka sedang mengambil gambar. Nampak macam dia seorang saja… terus Encik Akhil mendapatkan lelaki tadi.

“Nak, pak cik nak minta tolong ambil gambar pak cik sekeluarga boleh? Sekejap saja.” Encik Akhil memaniskan mukanya. Pemuda berkaca mata tu tersenyum.

“Boleh pak cik.” Dia menyambut huluran DSLR dari tangan Encik Akhil. Mereka terus bergerak menuju ke arah keluarga Asha berdiri.

“Ok, senyum semua… 3, 2, 1.” Pemuda tadi countdown. Klik! Klik! Beberapa gambar Asha sekeluarga terpotret. Asha tersenyum gembira. Nampak manis sangat wajahnya ketika itu.




“Cik, boleh saya ambil gambar dengan awak?”

          Asha terdiam seketika, pelik dan ermmm… pelik? Apahal tiba-tiba nak bergambar dengan dia mamat ni? Tahulah tadi abah minta tolong dia… tapi dia bukan artis! Asha memandang abahnya.

“Err, abah saya…”

“Abah awak bagi punya.” Pemuda tadi memintas kata-kata Asha.

Lagilah Asha rasa pelik. Confident je cakap abah bagi… abah aku ke abah dia ni?

“Abah ok je, tapi jaga jarak tu…” Encik Akhil memberi izin sekaligus ingatan. Ingatan tu bahasa sopan. Bahasa kasar… amaran!

Asha tarik muka sikit… Apa abah ni? Suka-suka hati bagi dia tangkap gambar dengan lelaki entah apa-apa…

Adik Asha si Adnin tu yang tukang ambil gambar. “Kak Asha senyumlah sikit!” banyak songeh la budak ni. Asha memaniskan wajahnya yang tak rela masa tu.

Tiba-tiba…

“Takkanlah, nak ambil gambar dengan bakal suami pun muka masam?”

Eh?

Asha yang tadi memandang ke hadapan straight sambil tersenyum terus termati senyumannya. Terkejut gila dengar statement maut pemuda tadi. Bakal suami? Like what?? Spontan kepalanya pusing memandang pemuda tu.

Klik!

Candid… nampak sweet pulak gambar tu.

“Ala, kak Asha. Kenapa kepala pusing. One more.

Asha memandang depan semula. Dipaksa bibirnya mengukir senyuman paling manis!

“Buang tebiat ke ha?” Sempat lagi Asha menyoal lelaki tu. Tapi riak wajah yang tersenyum dikawal sehabis mungkin. Lelaki tadi ketawa. Tak sangka itu respon Asha. Nampaknya Asha tak tahu dan tak kenal dia. Bukan salah Asha kalau Asha tak cam dia. Memand penampilan dia dah sedikit berubah. Tak sama macam dulu masa Asha kenal dia…

“Tak kenal saya?” Lelaki itu menanya Asha. Tapi muka maintain tengok camera bila Adnin suruh ambil posing lain pulak. Si Adnin ni pun, satu gambar cukuplah! Macam sengaja nak suruh dia ambil gambar dengan lelaki gila ni banyak-banyak! Asha merungut dalam hati.

“Perlu ke nak kenal?”

“Sangat perlu.”

“Tak nak kenal.” Asha bantah.

“Kena kenal.”

“Kenapa?”

“Hanya Tuhan Yang Tahu.” Lelaki tadi menjawab selamba. Termati senyuman Asha. Kepalanya pantas kalih memandang sang jejaka. Tak berkelip matanya… de ja vu?

Pemuda tu pun turut sama memandang Asha. It is definately not de ja vu. “Lagu kita… remember?

Ting! Loceng berbunyi… loceng hati Asha.

Fuad!

Asha masih tergamam. Macam mana boleh dia tak perasan ini Fuad? Buah hati idaman dia… Ah, mana Asha nak kenal dia dah berubah. Fuad nampak lebih matang berbanding dulu. Nampak… nampak… lahi hensem? Aha, sangat.

Klikkk! Petikan kamera berbunyi. Another candid pictures… Adnin sengih je tengok kakaknya dan bakal abang iparnya yang saling bertenung mata. Nampaknya Kak Asha dah tahu…

Tiba-tiba, Fuad melutut depan Asha yang tercengang, terkejut, terkedu… ter apa lagi? Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Kotak baldu berwarna ungu gelap… dibukanya dengan penuh cermat penutup kotak tu lalu terserlah sebentuk cincin emas putih bertakhtakan berlian berwarna merah hati…

I’m not good with words, but still will you marry me? Jadi soulmate saya… teman saya sampai waktu tua kita. Or maybe be my angel in paradise? Till jannah…

Fuad melamar dia? Melamar Asha di hadapan keluarganya? Asha masih berdiri macam patung dekat situ. Macam tak percaya… mimpi ke realiti ni?

Fuad menambah kata. “Lagipun awak dah habis belajar kan? So there is no barrier… mama dan abah awak setuju. Cuma tinggal tunggu jawapan awak je.

Asha masih tak bersuara. Asha as usual… bisu depan Fuad! Tapi matanya dah berlinang dengan air mata. Terharu? Sangat!

“Asha, kaki saya dah lenguh ni… your answer?” Fuad membisik perlahan…

Asha ketawa kecil. Ya… memang betul kata-kata Fuad. Matlamatnya yang dulu dah dicapainya. Jadi Asha kena ada matlamat baru. Matlamat untuk jadi isteri yang solehah pula kali ni…mungkin?

Lagipun… mama dan abah dah bagi green light tak kan Asha nak bagi red light? Lawan tauke namanya tu.

“Saya baru habis belajar… saya nak rehat dulu. Lepas tu baru buat persiapan kahwin. Ok?”

Fuad senyum lebar.

I’ll consider that as a yes.” Cincin di tangannya Asha ambil… Asha pun turut sama tersenyum. Semua yang ada di situ pun sama-sama tumpang gembira! Dah macam drama melayu, bila pelajar-pelajar lain dan orang lain menyaksikan ‘drama cinta’ mereka tu bertepuk tangan. Tapi ada Asha kisah? Hati tengah bahagia ni…

Ah, sweetnya!! Abah nak kahwin jugak! Adnin dah menjerit dalam hati.




Macam chipsmore Fuad ni… hilang bertahun lamanya. Tiba-tiba muncul macam hantu dekat hari konvokesyennya. Kononnya berlakon tolong ambil gambar untuk family asha. Last-last proposed dia spontan masa tu. Rupa-rupanya Fuad dah sepakat dengan mama abah Asha sebelum tu lagi. Kak long dengan adik pun tahu! Mereka subahat sekali, Asha speechless…

Macam mana Fuad gula-gulakan abah yang garang tu pun Asha tak tahu! Kalau mama Asha tak peliklah, hati mama tu lembut sikit. Nak-nak pula nak dapat menantu hensem macam Fuad tu lagilah mama suka.

Abah bagi can dekat mereka bercakap dari hati ke hati… itu pun dari jauh mata tak lepas pandang anak daranya yang satu ni.

“Macam mana awak slow talk dengan abah saya? Abah saya tu garang tahu.”

Fuad ketawa.

“Agaklah… memang garang pun macam anaknya.”

Ewah, mengutuk depan-depan nampak?

“Dah tahu garang kenapa melamar jadi isteri awak?” Asha mencebik. Benci! Ala, benci-benci sayang.

“Yang garang tu yang saya nak tu… Ustaz Azhar Idrus cakap, perempuan yang garang-garang ni bila dah kahwin manja.” Fuad tarik sengih.

Nak tersembur ketawa Asha dengar ayat Fuad. Bunyi macam gatal. Tapi fakta tu!

Walaupun dah bertahun tak jumpa, Fuad still the old Fuad yang suka berterus-terang yet very the macho man ok. Tu pada pandangan Asha la… dia kan suka specky guy macam Fuad. Ni tambah ada jambang sejemput kat dagu tu… manis ok. Lagi gila bayanglah jadinya Asha. Tapi tak apa… tak lama lagi jadi hubby dia.. Heee…

“Ingatkan dah lupa saya.” Asha bernada rendah. Dia ingatkan Fuad cuma bergurau dengan dia dulu. Tak serius pun… apa taknya. Lepas sahaja dia mengaku suka Asha terus dia menghilang diri. Berhenti dari universiti. Nak ditanya pada kawan-kawannya Asha segan… sekarang baru Asha tahu… Fuad dapat offer study dekat Singapura. Bidang yang dia minati… sebab tu dia berhenti dekat sini.

“Tak ada depan mata tak bermakna dah lupa, tak contact tak bermakna tak ingat, tak menjelma tak bermakna tak suka. Kalau dah nama awak terpahat kukuh dekat hati saya ni. Mana boleh lupa… lari sampai ke bulan pun saya patah balik datang sini jumpa awak.”

Asha tahan senyum… padahal dalam hati dah berbunga-bunga dengar ayat jiwang kasih Fuad.

“Abah setuju kalau hujung tahun ni kita langsung.”

Kening Asha terangkat sebelah.

“Abah?” Amboi, tangan tok kadi pun tak goncang lagi… dah panggil abah? Kemain…

“Ala, practise make perfect. Tak la tersasul-sasul nanti. Kan sayang kan? Ha, yang sayang tu kena start practise panggil awal-awal jugak.

Asha mencebik.

So?” Fuad menyoal.

“Apa yang so?” Asha tanya balik.

“Tak nak practise panggil abang ke?” Fuad menggiat.

Mata Asha membulat!

“Eh, pehlislah.

Fuad ketawa.

Bertarung dengan rasa hati sendiri bukanlah perkara yang mudah. Ingat senang Asha nak cuba lupakan Fuad sebelum ni? Sakit… tapi berbaloi Asha simpan rasa cintanya selama ini. Memang betullah percaturan si-Dia yang esa lebih indah… lebih bahagia. He is the best planner ever.

----------------------------------------

Few months later… after happily married ever after? Insyaallah…

“Sayang tahu tak, masa abang luahkan rasa hati dekat sayang masa di PTAR dulu tu kan… lepas tu pipi sayang jadi merah. Comel sangat masa tu…”

“Eii… mesti abang cakap nak cubit-cubit je kan?”

“Taklah… abang rasa macam nak usap lembut je pipi sayang masa tu. Rasa macam nak sayang macam ni.” Spontan pipi Asha dicium lembut.

Asha ketawa.

“Amboi, bukan main dia ek? Berani angan bukan-bukan dengan anak dara orang.”

Fuad pula yang ketawa. “Siapa suruh sayang comel sangat? Tapi tu la kalau ikutkan hati abang buat macam tu memang menempah kaki sayang kat mukalah kan masa tu?”

Asha angguk kepalanya. Tahu pun… berani-berani nak pegang anak dara orang suka hati memang nak minta kaki kat muka la tu jawabnya.

“Tapi sekarang dah boleh buat dah.” Asha sengih. Giliran Fuad pula yang ketawa dengan keletah isteri tersayangnya tu.

“Tahu… sekarang bukan setakat boleh usap pipi je nak buat apa pun boleh. Kan sayang kan?”

Asha menggigit bibirnya. Mukanya memerah lagi, faham dengan kata-kata suaminya tu…

Fuad makin galak ketawa melihat wajah isterinya yang semakin memerah.

Stop it… tidur luar kang malam ni.” Asha mengugut, tak suka bila digiat sebegitu oleh suaminya.

Fuad mengangkat kedua belah tangannya. “Ok-ok… surrender. Mana boleh tidur luar. Takde sayang nak peluk.” Fuad menguatkan pelukannya lagi… Asha tersenyum senang.

Sepi menghiasi ruang antara mereka seketika sebelum Asha bersuara kembali.

“Abang…”

“Hurmm…” si suami menyahut panggilan isteri tercinta.

“Antara banyak-banyak cerita cinta dekat muka bumi ni. Cerita cinta mana paling abang suka? Romeo Juliet, Laila Majnun, Uda Dara… titanic? hurmm, anyone else?” Sengaja Asha menyoal soalan tu. Randomly… saja dia nak tahu.

Bibir Fuad membentuk senyuman manis buat sang ratu hatinya…

None of those.

Then? Tak akan tak ada langsung yang abang suka?” Asha pelik. Fuad cakap dia suka tengok cerita cinta tapi…

“Ada je yang abang suka?”

“Cerita apa?”

Laju Fuad menjawab… “Cerita cinta kita.”

Asha tersenyum puas. Hah!

Kita tak perlu mengejar cinta kerana cinta itu akan datang dengan sendirinya. Bukankah jodoh kita dah ditentukan beratus tahun lamanya dulu sebelum kita sendiri wujud? Yakin dengan janjinya… 


-Tamat-


````````````````````````````````````` 
TK : Fuad tu, manis dia tak macam gula Melaka yang keras tu tapi manis dia macam cotton candy… cair beb…

Specky, Taller than me… nak gak hubby cam Fuad. T.T kalau dapat. Simpan dalam rumah tak bagi keluar. Haha…Ok, so dah tamat! Sorrylah, BI saya memang tahap cap ayam. Tu yang guna sikit2 ja… 70ms above… -_- like ha ha ha… cerpen pun dah nazak panjang. Apa pun enjoy… J

Cuba hang habaq kat cheq... pada pendapat hampa la kan, patut dak bercinta masa tengah belajaq? ;)




28 comments:

  1. Ya Allah, tak habis senyum baca ending dia ni... sangatttt sweettttt bak meh hubby sorang macam fuad.. *in my dream je lah* hahaha

    hanya tuhan yang tahu .. feveret kite jugakkk


    #mak cheq dok pesan kat akak cheq, time belajar ni kenal2 dulu, bukan becinta.. lepaih belajar tu teruih suruh dia masuk minang.. haaa gitu.. ahaks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... me also tak habis senyum baca tia punya komen! ;)

      haha... UNIC da besttt..! Waa... i like your mom answer... :) betul jgk tu kalau x kenal hati budi langsung pun susah jgk...

      Delete
  2. r u from faculty administrative science & policy studies??
    i know that batu caves.... hohohoho..

    ReplyDelete
  3. uups.. ni bkn unknown love dh ni.. kna tukaq jd cerita cinta kita.. huhu

    pndpt b'cinta msa blajar? umm.. xtau nk habaq sbb xalami,, depend pada individu tu sndri la.. klu rasa leh seimbgkn dgn plajaran.. go on.. tp batas kna jaga ahh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni unknown love to be reveal namanya. Unknown mula2 ja... pastu ehek... :P

      Delete
  4. kekekekke....suka suka sukaaa...specky? ada janggut sejemput n taller than you huh?hahahaha...Insyaallah hg dpt pnya lah..ahahaha..
    suka cita hg mcm cotton candy gak..melting bila baca..hahahaha

    ReplyDelete
  5. ahaks... kalau jumpa bok mai kat aku na... :P

    thanks piqah... :D

    ReplyDelete
  6. hahaha....ada tu ada....tapi aku pon xkenai nama..hahaha...xkan aku nakpi kat dia bagitau "incik2, kawan saya suruh sya carikan org mcm incik sama dia...incik mau tak sama kawan saya?"
    sah-sah org kata aku gila..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... boleh pa try?? tapi x pa aa... stg dia ingt aku galak plak... keh2...

      Delete
    2. dia igt hg galak xpa dia xknai hg...kalau aq buat camtu dah la dia kenai aq..kena cop org gila plak..xsanggup den..hahahaha........>.<

      Delete
    3. x pa hg yg kena... aku dok jauh x effect pa... lalala..


      *haha.. gila punya jahat aku. :P

      Delete
    4. Perghhh..ayat hanggg...ayat mintak kena gantung kat pokok taugehh...hahaha....sebab tu la aku xbuat..hahaha

      Delete
    5. pokok taugeh nak buat apa... batang pun lembik! haha

      Delete
  7. best cerpen akak :D Two Thumbs Up (Y)
    berkenaan cinta masa belajar nie.. diharuskan kowt... ntah larh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks budakkKetott... *asal la nama ketot ni? nk sebut pun serba salah... aduai... haha.

      Haa, ni mesti ada ehem2 jugak dh ni... ;)

      Delete
  8. Assalamualaikum,

    Tak senang duduk dibuatnya bila baca cerpen ini, ada je mencuit perasaan (t@.@)/. Terus rasa brsmgt nk score 4.0 \(^o^\).

    Bercinta semasa tengah belajar? Rasanya baik bercinta secara snyp mcm cik asha nie [o^.^]o. Baru kita selamat dunia dan akhirat :P

    -Zahra Aziz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,

      :) gud2... tu maknanya zahra betul2 hayati apa yg sy cuba smpaikan... hehe. Kan.. sepatutnya student mcm kita mesti target n seeloknya target tu biar tgi... tapi kita mampu capai...

      bab love2 story. hehehe... ikut kesesuaian msg2.. nk mcm asha pun blh... ;)

      thanks sudi baca cerpen ni... hee..

      Delete
  9. betul3...
    bercinta x wajib kan....kalu nk suka bley jeh dalam diam2 sudah...
    hopefully jumpa soulmate sehidup semata and bahagia selamaynya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.... sy aminkan utk kita berdua doa awak tu. Mintak dimakbulkan! hehe.

      Delete
  10. bercinta time belajar?? x patut... belajar belum... duit belanja pon ibu bapa bagi... keje pon xde... rasa macam org tu desperate sangat... Allah dah tetapka jodoh kita... so tunggu jela sampai kita jumpa dengan jodoh kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, mcm emo je komen Nat ni? hehe. tapi betula la tu. I'm in the same boat as you. sy pun fikir mcm tu tp yg sebenarnya bnd ni depends on the people itself. :)

      Delete
  11. Huwaaaa.... ctr nie sedih aaar... akk nangis bila baca.... pastu sweeettt pulakk... fuad mmg lelaki gentleman.... kalo dh jodoh ngan asha mmg tak ke mana... betul kata fuad tu ... akk suka sbb asha mmg nekad lupakan fuad time belajar.. tp hati dia masih ingtkan fuad... ada pengajaran dr ctr nie.. per2 kena utamakan pelajaran... akk sukaaa sangattttt ctr nieee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti kak syania sedih part asha kena tipu hati dia kononnya dia tak suka pun fuad tu kan?? huhu... sy pun rasa sedih gak part tu... yalah kita sayang orang tu separuh mati tapi at the end tak boleh mengaku.. perit tu...

      hehe... tq kak suka cerita ni.. muahhh! :D

      Delete
  12. Assalamualaikum. Haiiii writer. Hehe.
    Best cerpen2 cik writerr...
    Two thumbs up for this cerpen hehe.
    Sambil baca sambil bayangkan situasi.
    Bcoz i'm USA student too. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. ;) haii... *lambai2 tangan.
      thanks mira. :D waa, USA students jugak... mesti terasa lagi real kan? sebab dah terbayang tempat semua.. haha

      Delete
  13. X.coz mngganggu kita..dn brcinta msa bljar 2 adalh cinta monyet..dan pabila cinta monyet brlaku maka makhluk bertanduk yg mnjdi orng ktiga akn mncelah..so jaga diri dan tetapkan iman..jngn ikut hatI mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masing2 ada pandangannya yg tersendiri anna. Bagi anna maybe mengganggu tapi org lain, diorg boleh balance, boleh handle..then there is no problem to fall in love while studying. But for me too... no no.. haha. Kang study ke mana, cinta ke laut.. XD

      Delete