11 October 2015

Cerpen: Kerana 'Jealousy' (i)




Dan KITA dicipta untuk saling melengkapi.

Nisa menutup pintu rumah dengan perlahan-lahan, kasut yang dijinjing dengan dua jarinya diletakkan di atas rak kasut yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk utama. Sebaik sahaja dia berpaling ke hadapan, matanya terus tertancap ke arah ruang tamu mereka. Spontan bibirnya mengulum senyuman melihat kelibat dua insan yang sangat berharga di dalam hidupnya sedang nyenyak tidur di sofa, dengan berhati-hati Nisa menapak mendapatkan mereka.

Rambut ikal milik Nadrah diusap lembut. Permata hatinya dan Luth yang kini sudah menginjak setahun umurnya. Bibir Nisa masih lagi setia menguntum senyuman. Dalam diam rasa bahagia mula memenuhi ruang hatinya dan rasa itu semakin bercambah saat melihat Luth sedang lena sambil mendakap erat puteri mereka yang nampak nyenyak tidur di atas dada ayahnya itu.

Melihat dada anaknya berombak tenang serta riak damai di wajah Nadrah serta-merta mengundang rasa bersalah ke dalam diri Nisa. Nadrah yang sedang lena didakap ayahnya itu sebenarnya sedang demam. Sebagai ibu semestinya Nisa perlu berada di samping anaknya ketika itu untuk menjaganya tetapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, Nisa terpaksa mendahulukan kerjayanya. Selalunya kalau Luth dan Nisa kerja, mereka akan menghantar Nadrah kepada Ummi Luth tapi kebetulan Hajah Maryam pula tiada. Mujurlah Luth boleh mengambil cuti untuk menjaga anak mereka.

Tangannya membelai rambut Nadrah sebelum belakang kepala anaknya itu dikucup penuh kasih sayang dan kemudian bibirnya mendarat di pipi suaminya pula. Dua-dua kesayangannya.

Ketika mahu merebahkan diri di sebelah suaminya, tiba-tiba Nisa terasa tekaknya dahaga, lantas arah kaki diatur menuju ke dapur tetapi sebaik sahaja kepalanya menjengah ke ruang dapur rumah mereka, Nisa rasa hendak pengsan!

“Betul ke ni rumah aku?” gumamnya sendiri.


To be continue...


------------------

TK: Dah kenapa dengan rumah Nisa? Asal yang dia terkejut sangat tu??? Jeng jeng... 

Assalamualaikum!! I'm back. *depa tangan, Meh la peluk I. Rindu tak nak baca cerita kat ttlzana.blogspot ni? Kalau rindu terima kasih. Sudi juga awak letak cerita2 sy yg biasa2 ni dekat sudut hati awak tu ya. Tq. Ok, Straight to the point. Ni latest cerita sy tajuk Kerana Jealousy. Ala-ala special edition for Kau Jelita. Cerita apa yg jadi lepas diorang dah kahwin.. gitu ha.

Pssttt... nampak tak betapa gigih nak maintain initial capital KJ tu. Haha. Kerana Jealousy - Kau Jelita.




4 comments:

  1. Meh sini meh nak feluk2...😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... meh2.. laga2 pipi sekali kak. XD

      Delete
  2. sis pnyr karya xprnh mghampkan sy. mmg awesomee karya sis . Bce bnyk kali pom xprnh bosan. Xsbar nk tnggu next karya lakk. Smgeee sis trus mjuu dlm khdpn trtmnyeee bdg pnulisan . Sebabbbbb karya sis mmg deeebakkkk! !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq fizha... Terharu baca komen awk ni. =) rasa makin bersemangat nak buat cerita baru lps bc komen awak. Doakan sis ok. ;)

      Delete