30 October 2015

P.A.P.A 1


BAB 1
Pertemuan pertama dan hati berentak irama.

Usai memasukkan pakaian kotornya ke dalam mesin basuh, tangannya menutup pintu mesin basuh. Kemudian dia mencapai botol sabun basuh baju yang berjenama Attack lalu dituangnya cecair pencuci baju itu ke dalam tempat yang disediakan. Pintu mesin basuh itu ditutup semula dan butang start ditekannya.
          
           Dia tersenyum sendiri, mudah betul hidup zaman sekarang. Kalau orang zaman dahulu, zaman nenek moyang kita makan ubi kayu, zaman tok kaduk la senang cakap… orang basuh baju pun dah serupa nak bersenam keluar peluhnya.

Yalah, dulu mana nak dapat mesin basuh automatic yang canggih macam zaman sekarang. Sekarang ni senang betul hidup, masuk baju dalam perut mesin, letak sabun sikit dan kalau nak wangi tambah pelembut lepas tu tekan butang start. Habis. Cakap sahaja berapa kilo baju yang nak dibasuh, 3kg? 5kg? 10kg pun ada! Yang penting pulus mau ada dalam tangan. Lepas tu boleh sesedap rasa tunjuk dekat tauke kedai tu nak mesin basuh jenama apa. Berlambak, sampaikan jenama yang tak pernah dengar wujud pun wujud.

Dia berlalu ke meja yang disediakan di ruang menunggu sementara menanti bajunya siap dibasuh dan kemudian melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi disitu. Walaupun di situ memang dah tersedia beberapa buah majalah untuk para pelanggan mengisi masa mereka sambil menanti baju masing-masing siap dibasuh. Tapi dia lebih selesa membawa buku sendiri. Lebih kena dengan jiwanya.

Usai duduk dengan selesa, tangannya mencapai novel yang dibawanya dari rumah. Memang dah menjadi kebiasaanya untuk membawa apa-apa bahan bacaan apabila membasuh baju di kedai dobi layan diri ini sementara menanti bajunya siap dicuci. Taklah terasa lama sangat kalau dia membuat sesuatu.

Dia membuka muka surat terakhir yang dibacanya. Suasana kedai dobi yang lengang pagi itu membuatkan dia berasa lebih selesa kerana tiada sesiapa di situ melainkan dia seorang sahaja. Mungkin kerana masih awal pagi. Duduknya dibetulkan agar lebih selesa sebelum akhirnya dia leka dengan bacaannya.

15 minit terus berlalu sebelum tiba-tiba bacaannya terhenti seketika apabila dari hujung ekor matanya dia ternampak kelibat seorang lelaki yang memasuki ruang kedai dobi itu. Sekilas pandang mata mereka bertaut buat seketika, tetapi tiada reaksi daripada kedua-dua orang mereka. Dia kembali menundukkan wajahnya dan meneruskan pembacaannya manakala lelaki tadi menuju ke arah salah sebuah mesin basuh yang masih kosong.

Entah kenapa dia rasa tertarik untuk melihat lelaki tadi, lantas dia mengangkat semula wajahnya dan dia melihat lelaki tadi masih berdiri di hadapan mesin basuh itu tanpa berbuat apa-apa. Sekejap lelaki itu bercekak pinggang, sekejap dia memegang mesin basuh tadi. Kemudian teraba-raba pula mesin basuh tu. Ini kalau mesin basuh tu boleh bercakap mahunya dia kata lelaki tu cuba ambil kesempatan dekat dia. Silap hari bulan mesin basuh tu saman lelaki ni sebab sexual harrasement! Tu kalau mesin basuh ni boleh bercakap la. Dia tersenyum kecil.

Ting! Bunyi yang menandakan basuhannya telah siap. Dia segera meletakkan novelnya di atas meja dan berlalu mendapatkan mesin basuh, dengan cermat dia megeluarkan pakaiannya dari perut mesin basuh itu. Buat kali keduanya pandangan mata mereka berdua bertaut dan kali ini dia menghadiahkan senyuman buat si jejaka. Senyumannya berbalas.

Laju tangannya memasukkan baju-baju yang sudah siap dibasuh tadi ke dalam mesin pengering pula yang elok terletak di bahagian atas mesin basuh tadi. Salah satu sebab yang menjadikan dia pengunjung setia di kedai dobi ni adalah fasilitinya yang mesra pelanggan. Susun atur mesin pengering yang diletakkan di bahagian atas mesin basuh memudahkan pergerakkannya. Tak payah nak susah-susah heret bakul yang penuh dengan baju yang dah siap dibasuh ke tempat lain. Buka sahaja pintu mesin basuh, angkat baju-baju tadi tu dan campak masuk ke dalam mesin pengering yang dekat atas pulak.


Tanpa dia sedar segala pergerakkannya tadi diperhatikan oleh lelaki tadi dengan penuh khusyuk. Pintu mesin pengering ditutup dan macam biasa butang keramat yang memudahkan hidup ramai umat manusia ini, start ditekan. Settle. Tunggu baju siap je sekarang. Dia kembali duduk di tempatnya tadi dan tangannya mencapai semula novelnya tadi.



“Err, assalamualaikum.”

Dia mengangkat pandangannya yang dari tadi menunduk membaca bait-bait perkataan pada novel Kau Jelita. 


Matanya bertaut dengan sepasang mata redup milik pemanggil yang berdiri berhadapan dengannya.

“Waalaikumsalam,” jawabnya ala-kadar.

“Kalau cik tak keberatan, boleh tolong saya?” soal lelaki itu.

“Tolong? Tolong apa ya?” keningnya terangkat sedikit ketika menyoal.

“Cantiknya kening.” Lelaki tadi memuji perlahan tanpa dia sedar.

“Apa awak cakap?”

“Err, tak. Saya cakap mesin basuh. Saya tak tahu nak guna mesin basuh ni macam mana. Boleh tolong tunjuk dekat saya cara nak guna mesin ni?”

Tak berkelip matanya memandang lelaki itu. Ajar guna mesin basuh? Biar benar dia ni tak tahu guna mesin basih? Soalnya di dalam hati.

Lelaki itu masih menanti balasan jawapan darinya.

“Boleh.” Lain yang terdetik di hati, lain yang terbentuk di suara. Mereka berdua bergerak mendapatkan mesin basuh yang lelaki tu letakkan bakul baju kotor di hadapannya.

“Letak baju kotor dekat dalam mesin ni.” Si gadis memberi arahan pertamanya.

“Macam mana nak letak? Nak buka pun tak boleh.” Si jejaka menjawab.

Matanya merenung wajah lelaki itu. Hurmm, hensem jugak dia ni...

“Bukak dekat sini. Tarik tempat pemegang ni.” Dia menunjukkan pada lelaki itu.

“Ooo, macam tu. Saya ingat kena tekan butang apa-apa tadi baru dia terbuka.” Polos jawapannya.

“Kemudian letak sabun dalam bekas ni…” Dia menarik bekas tempat letak sabun. “Eh,  sabun awak mana?” soalnya bila dilihat lelaki itu cuma memegang bakul baju kotor sahaja.

“La, kena guna sabun sendiri ke? Saya ingat mesin basuh ni siap pakej dengan sabun sekali. Masuk duit lepas tu terus basuh siap dengan sabun. Ke tak payah pakai sabun pun sebenarnya?”

Seolah-olah nak pengsan dia rasa dengar jawapan ‘innocent’ lelaki tu. Dia ni datang dari planet Marikh ke apa? Soalan tu… tak payah pakai sabun? Habis tu apa fungsi sikit punya banyak jenama pencuci baju yang berderet dekat kedai tu? Buat basuh anak kucing? Kutuknya di dalam hati sebelum kepalanya tergeleng sedikit.

“Kena bawak sabun sendiri. Kalau basuh baju tak letak sabun baik tak payah basuh. Takpe guna sabun saya dulu.” Dia terus mengambil botol sabunnya dan menuang ke dalam bekas letak sabun.

“Oh, memang nak basuh baju kena letak setengah tudung sabun je ya?” soalnya sambil memandang si gadis.

“Tak la, ikut berapa banyak baju yang awak nak basuh. Kalau baju awak banyak, kena letak penuh satu penutup sabun ni, tapi macam sekarang ni awak nak basuh sikit je sebab tu saya letak sikit.”

“Ooo, macam tu.”

“Ok, dah siap masuk baju dan letak sabun. Sekarang…”

“Ha, yang ni saya tahu. Kena masukkan duit.” Dengan cepat lelaki itu menjawab sampaikan tak sempat si gadis nak habiskan ayatnya.

Si gadis tersenyum. Nasib baik ada jugak step yang dia tahu. Gumamnya perlahan. “Yup, betul. Masukkan duit syiling empat ringgit dekat sini.”

“Eh, tak boleh guna duit kertas ke? Saya ingat boleh guna duit kertas.” Sekali lagi kepolosannya terserlah.

Rasa nak pengsan mendengar jawapan lelaki itu yang polos. Polos? Huh, rasa nak loloskan sekali je dia ni ke dalam mesin. Ni bukan polos, ni sengal tak bertahap namanya!

“Tak boleh, kena guna duit syiling sahaja. Ada duit syiling?” soalnya.

“Tak ada langsung. Saya ada ni je.” Lelaki tu mengeluarkan beberapa not RM 50 kepada si gadis. “Kalau masukkan duit RM 50 ni sekeping tak boleh ke? Nanti balance, owner kedai ni dia bagi balik tak boleh ke? Leceh la nak guna duit syiling.”

Eh, amboi… bijaknya dia berkata-kata. Memang betullah dia ni muncul dari planet Marikh! Habis tu selama ni dia basuh baju dekat tepi sungai ke macam orang zaman dulu? Terdetik soalan itu dihatinya.Si gadis megumpat di dalam hatinya.

“Awak, tak boleh guna duit kertas dan tak ada maknanya awak nak claim balance dekat owner kedai ni. Nama pun kedai dobi layan diri, memang tak la. Sini, kita tukar dulu duit awak.” Dia membawa lelaki itu ke mesin tukar duit.

“Duit seringgit-seringgit empat keping ada?”

“Err, saya memang tak ada duit lain.” Lantas isi dompetnya ditunjukkan kepada gadis itu. Lelaki itu tersengih senget di hadapannya.

Terkejut juga dia tengok isi dompet lelaki itu. Apa tak nya, semuanya not berwarna ungu dan hijau tua berderet-deret. Duit seringgit ke lima ringgit ke memang tak nampak bayang langsung! Tahu dah la dia kenapa mamat depan dia buta kayu tak tahu guna mesin basuh. Anak orang kaya. Si gadis tersenyum sinis.

“Kalau kita exchange duit boleh? Saya bagi awak RM 50 ni awak tukar dengan empat ringgit.” Lelaki tu memberi cadangan yang…

“Tak boleh… saya tak ada baki nak bagi dekat awak.” Dengan sepantas kilat kena reject gadis itu.

Lelaki itu mengusap belakang tengkuknya, terasa buntu tika itu untuk cari jalan penyelesaian. Jiwanya bertambah resah apabila terpandang cadar katil yang elok tersadai di dalam perut mesin basuh tadi. By hook or by crook memang dia kena basuh cadar tu, kalau tak memang confirm dia kena halau dari rumah sewanya.

Menyesal pula dia makan atas katil Amir semalam. Tak pasal-pasal mi kuah yang dia makan tu terbalik atas katil Amir. Nasib baik Amir merangkap teman serumahnya tu tak balik semalam kerana ada kerja di luar. Tapi masalahnya sekarang dia perlu pastikan cadar ni bersih seperti sediakala sebelum Amir balik atau kepala dia yang bakal Amir jadikan lauk malam tu!

Aduh, parah betul!

“Macam ni la, guna duit saya dulu.” Si gadis akhirnya memecahkan kebuntuan lelaki itu.

Matanya seolah-olah bercahaya mendengar jawapan si gadis. “Betul ke ni awak? Betul ke?”

“Yup,” jawabnya sambil tersenyum. Dia terus mengeluar not RM 1 sebanyak empat keping dan dimasukkan ke dalam mesin tukar duit yang memudahkan semua pengguna yang malas nak menghimpun koleksi duit syiling macam dia ni, mesin tukar duit tu umpama mesin ajaib yang berharga tau! Memang taklah nak heret uncang syiling ke sana ke mari.

Toing, toing! Bunyi duit syiling berdentum jatuh dari mesin itu.

“Wow!” lelaki itu teruja.

Si gadis menyembunyikan senyumannya melihat reaksi teruja lelaki itu yang agak kebudak-budakkan.

“Ok, lepas tu masukkan syiling dekat sini dan tekan butang start. Siap. Tunggu je mesin ni basuh baju awak dan boleh keringkan terus guna mesin dekat atas ni kalau awak nak. Ulang step yang sama yang saya tunjuk tadi cuma tak payah masukkan sabun. Tapi yang mesin pengering ni awak kena masukkan lima ringgit tau.” Panjang lebar si gadis menerangkan pada lelaki itu.

Lelaki itu mengangguk kepalanya tanda faham. “Okay, faham. Thanks awak.” Senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu. Si gadis membalas senyuman, dia hendak berpaling untuk kembali duduk di mejanya tadi tapi belum sempat dia berpaling si jejaka dah menghulurkan salam perkenalan.


“Saya Qaisy.”




-------------------------
TK: Pernah jumpa orang tak reti guna mesin basuh? pernahhh? hurmmm, sekarang mood nak mengarang membuak-buak tapi ayat nak ditaip tak terluak-luak, saya pun dah naik muak dengan diri sendiri. Writer block kununnya.... tapi sampai bila ya tak? So.... awak... yes you... nak lagi tak sambungan PAPA? ;)


8 comments:

  1. Replies
    1. amboi, seru dua kau letak dik. haha ok2 akak try. ;)

      Delete
  2. Qaisy...anak teruna akak yg umur 13thn pun pandai guna mesin basuh layan diri ni tau....
    hihihi....πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!! apalah Qaisy itu pun x tau. *geleng kepala.

      Delete
  3. budak lelaki, biasanya ada saja mak, adik beradik perempuan yang tolong basuhkan. Tapi bagus juga Qaisy, tahu buat kotor, tahu nak bersihkan. Boleh masuk senarai suami mithali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. betul2! setuju 100% kak mas. Iyalah kak, pandai makan pandai simpan la... hehe :D

      Delete
    2. Erkkkk.. Kat rumah kita ada sorang makhluk yg x pandai gna mesin basuh..ngeeeee...

      Menarik!!

      Delete
    3. betul ke kak kartina?? uishh, ni boleh geng dengan qaisy ni. haha btw thanks!! :D

      Delete