Naurah Nur Laili dan Aimran Al-Helmy akhirnya disatukan. Majlis dibuat secara besar-besaran di kedua-dua belah pihak. Maklumlah Aim anak lelaki tunggal dan Arra pula anak bongsu.
Bermulalah kisah Aim dan Arra untuk cuba menyayangi satu sama lain... bercinta lepas kahwin, boleh bahagia ke?
Tetamu semua dah pulang. Arra sedang mundar-mandir dalam bilik pengantin. ‘Kejap lagi Aim masuk… apa aku nak buat nie?’ dia menggigit jarinya. Tudung di kepala masih dipakainya.
Tiba-tiba pintu bilik ditolak dari luar. Arra makin panik… macam mana nie?! kelam kabut dia lompat ke atas katil. Pura-pura tidur!
Aim melangkah memasuki biliknya dia ternampak Arra dah tidur. ‘Penat sangat agaknya sampai tudung pun tak bukak.’ Aim membuat kesimpulan sendiri.
Dibuka pintu almari dan dicapai baju bersih. Selamba badak ja dia tukar baju dekat situ, dia dah terbiasa macam tu sebelum nie. Lupa yang dalam bilik tu ada lagi seorang mahkluk yang berlawanan jantina dengannya.
Arra terkejut. Cepat-cepat selimut ditarik tutup seluruh muka. First night lagi dah dapat free show! Berdegup kencang jantungnya. Niat di hati nak mengintai sikit ja… tapi terbanyak pulak yang dia nampak… kus semangat…
Lampu bilik di padam. ‘Errk, dia padam lampu…’ Arra dah berpeluh. Katil bergoyang! Tanda Aim baring sebelah dia. Bertambah kencang jantungnya berdegup! Nak tercabut dah nie. Tak berkelip mata Arra di bawah selimut. Tak boleh jadi nie. Arra terus bangun, lampu katil di buka.
“Ingatkan dah tidur tadi… kenapa nie?” Terkejut Aim tiba-tiba ja Arra bangun terpacak macam tu.
“Err, panas…” Arra mengibas-ngibas bajunya.
“Mana tak panas dah tudung tu tak bukak.” Aim terus mengambil bantal panjang dan dipeluknya nak tidur. Penat sangat badannya rasa malam tu melayan tetamu.
Arra hanya melihat Aim tidur. Dia betul-betul tak biasa ada lelaki sebelahnya. Di capainya bantal dan diletak di atas lantai. Arra berbaring di bawah. Sakit badan pun tak apa janji hati tenang.
“Kenapa tidur bawah pulak?” Aim menegur bila dia sedar Arra tak ada disebelahnya.
“Ermm, takut.” Arra berterus-terang. Tergelak besar Aim dengar jawapan Arra dengan muka innocentnya tu.
“Saya tak kacau awak la… jangan risau. Awak tidur ja tepi nie. Kita letak bantal kat tengah-tengah.” Aim meletak bantal panjang di antara mereka. Arra was-was tapi mengalah juga.
“Lampu tak payah padam la ya?” takut-takut berani Arra panjat katil. Aim hanya mampu menggeleng kepalanya.
Lama sepi menyelebungi mereka. Mata Aim dah nak terpejam tiba-tiba Arra bersuara.
“Betul ke apa yang kita buat nie?” terbuka balik mata Aim. Dua-dua orang terlentang memandang syiling bilik.
“InsyaALLAH, betul.” Aim nak pejam mata balik.
“Tapi kenapa rasa macam tak sedap hati ja?” Arra nie memang tau.
“Tak biasa lagi tu. Nanti lama-lama ok la.”
Tiba-tiba Arra mengiringkan badannya menghadap Aim. “Awak… kenapa awak panggil mak awak Ummu bukan Ummi? Macam pelik ja… nanti saya pun kena panggil Ummu gak ye?”
Aim pun mengalih badannya menghadap Arra. “Sebab Ummu yang suruh. Dia cakap lain dari yang lain. Awak pun kena panggil Ummu jugak.” Mata mereka bertentangan.
Ingatkan setakat tu ja Arra nak tanya rupanya tak. Macam-macam lagi ditanyanya. Ummu dulu kerja apa, Aim suka makan apa, walid Aim kerja apa… Aim jawab semuanya. Dilayan jugak kerenah Arra walaupun badannya penat. Kesannya?
Sampai ke subuh mereka tak tidur, sesi suai kenal yang pertama punya pasal.
------------------------------------
“Lambatnya pengantin baru bangun? Elok sangat la tu. Pukul 8 baru nampak batang hidung.” Ummu berleter. Arra hanya menunduk. Dia bukannya sengaja semalamkan dia dengan Aim tidur lambat. Subuh tadi pun kelam-kabut diaorang bangun.
Aim memegang tangan Arra dibawah meja sambil tersenyum ke arahnya. Seolah-olah cakap “Sabar ya…”
“Dengar tak apa Ummu cakap nie Aim?” Ummu bercekak pinggang. Yang sebetulnya Ummu tuju dekat Arra tapi ditanya pada Aim. Orang dulu-dulu cakap marahkan anak sindir menantu.
“Dengar. Ummu nie macam tak tau mood pengantin baru macam mana? Semalam penat kerja kuat tu yang pagi nie bangun lambat.” Selamba ja Aim balas. Arra dah tak tau nak sumbat muka kat mana. Malu dengan sedara-mara yang lain yang sedang memandang mereka sambil tersenyum-senyum penuh makna.
Ummu pun naik sama blushing macam Arra! Terdiam terus Ummu lepas Aim jawab. Dia buat-buat menyuap mulutnya dengan nasi goreng.
Lepas dah habis makan Arra cepat-cepat membantu mengemas dapur dan membasuh pinggang. Tak mau lagi diperli ibu mertuanya yang cerewet tu.
“Rajinnya isteri saya basuh pinggan.” Aim tiba-tiba muncul menyendeng di tepi kabinet. Dia tersenyum ke arah Arra.
“Biasa ja… saya nie menumpang ja. Tak bolehlah malas-malas.”
“Mana ada menumpang. Meh sini nak tolong.” Aim berdiri betul-betul di belakang Arra. Tangan Aim turut memegang pinggan untuk dibasuh. Deru nafasnya terasa dipipi Arra menunjukkan betapa rapatnya kedudukan mereka. Arra tak membantah langsung. Walaupun masa tu hatinya berdegup kencang!
“Ehemmmm!” tiba-tiba Ummu muncul.
Aim terus menjarakkan dirinya dari Arra. Arra cepat-cepat membilas pinggan.
‘Baru nak bajet romantik dengan Arra. Ummu nie potong la.’ Aim merungut dalam hati.
------------------------------------
Sebulan pertama tinggal serumah dengan Ummu merupakan detik yang sangat mencabar buat Arra, serba-serbi tak betul segala yang dilakukannya.
“Masak lauk apa masin macam nie? nak bagi satu rumah kena darah tinggi agaknya.” Ummu terus bangun dari meja makan. Arra hanya diam memendam rasa, Aim pulak mengusap perlahan bahu Arra memujuk wanita itu.
“Mana ada masin, saya rasa sedap ja nie. Ummu tu makan ikan masin banyak sangat tu yang lidah dia rasa masin.” Aim berbisik pada Arra. Arra senyum.
“Kita nie nak pergi dinner dekat rumah orang kaya, rumah orang kenamaan bukannya nak pergi kenduri doa selamat. Orang pakai dress cantik-cantik bukannya baju kurung selekeh.” Ummu membebel. Walaupun Ummu bercakap dengan Amani, adik Aim… tapi Arra tau dirinya yang Ummu maksudkan. Apa taknya dia sorang ja yang pakai baju kurung masa tu! Arra hanya menunduk.
Aim menggengam tangan Arra kuat. “Aim yang suruh Arra pakai baju kurung nie sebab Aim lebih suka tengok Arra pakai baju kurung dari dress nampak lagi manis macam buah jambu epal.” Dikenyitkan matanya pada Arra.
Arra akhirnya ketawa melihat Aim… Dipukul lembut bahu Aim. Ada ke patut disamakannya dengan jambu epal?
Ummu pulak mencebik. Menyampah!
Aim memang pandai memujuk Arra kalau dia tengah sedih. Contohnya macam baru lepas kena marah dengan Ummu, mesti ada ja yang Aim buat sampai dia gelak semula. Sebab tu sikap Ummu kadang-kadang buat Arra rasa dia dah tersilap buat keputusan terima tawaran Aim. Tapi bila dengan Aim, Aim pandai ambil hatinya dan buat dia rasa dirinya dihargai.
------------------------------------
Tapi langit tak selalunya cerah. Kalau lidah lagikan tergigit nie kan pula suami isteri.
Tepat jam 11 malam.
“Lambat balik hari nie?” Aim menyoal sebaik saja Arra masuk ke bilik mereka.
“A’ah, bos buat mesyuarat tergempar tadi.” Arra menjawab tanpa ada nada dia terlalu penat sangat masa tu sehinggakan tak perasan riak muka Aim malam tu lain.
“Dah tu tak reti-reti nak telefon saya bagitau awak balik lambat?” nada suara Aim keras.
Lama Arra terdiam. Pelik dengan kelakuan Aim yang tiba-tiba nak marah-marah.
“Aim, saya penat nie tolonglah. Saya mintak maaf tak terfikir langsung nak telefon awak. Saya terlupa.”
“Tak terfikir langsung? Lupa?” Aim mengajuk cakap Arra. “Habis tu saya nie apa? Tunggul kat rumah nie. Saya nie suami awak tau tak!” Suara Aim meninggi
Terangkat tubuh Arra dengan tengkingan Aim.
Tiba-tiba mata Arra berair tak pernah-pernah seumur hidupnya kena tengking macam tu.
“Perempuan tak habis-habis dengan air mata!” Aim terus ke luar dari bilik. Pintu bilik dihempas kuat.
Terduduk Arra di atas lantai menangis semahunya. Hanya kerana dia balik lambat Aim tengking dia? Kenapa dengan Aim ni…
------------------------------------
Dah 3 hari Aim tak bertegur sapa dengan Arra. Hujung minggu tu hanya mereka berdua tinggal di rumah.
Aim sedang khusyuk menonton tv. Arra terus duduk di sisi Aim. Sengaja dia duduk hingga bersentuh bahu dengan suaminya tu.
‘Tak mengelak… dah sejuk sikit agaknya.’ Arra membuat kesimpulan sendiri.
Lama mereka diam, hanya memandang televisyen. Tiba-tiba Arra bukak mulut.
“Rasulullah s.a.w. cakap tak baik kalau tak bertegur sapa dengan saudara seislam lebih dari 3 hari. Nanti nabi tak mengaku umat.”
Aim mengerling Arra dengan ekor matanya. Tau isterinya tu sedang memerlinya.
Arra memandang Aim. “ Saya mintak maaf kalau saya ada buat awak kecik hati. Sungguh tak ada niat pun nak buat macam tu. Kalau boleh hati awak la yang paling saya nak jaga tak biar terluka sikit pun, tapi saya nie manusia biasa ja tak sempurna tak lari dari buat silap. Saya minta ampun sangat dengan awak. Awak janganlah diam ja dengan saya.”
Aim hanya mendiamkan diri. Matanya masih memandang tv. Tapi dalam hati? Dah cair dengar ayat pujuk isterinya tu.
“Aim please… saya mintak maaf sangat dengan awak. Kalau pasal malam saya balik lambat tu awak marah. Saya betul-betul tak sengaja terlupa telefon awak. Sebelum nie saya duduk seorang dekat rumah sewa. Saya dah terbiasa tak telefon orang kalau saya balik lambat. Saya masih tengah sesuaikan diri dengan kehidupan baru saya sebagai isteri orang.” Arra menjelaskan sejujurnya menagih simpati dari Aim.
Tiba-tiba Aim mengeluh perlahan bila Arra cakap macam tu. Sedar dia dah tersilap percatuaan. Tak sepatutnya dia berkeras dengan Arra. Arra belum biasa lagi.
“Saya mintak maaf, saya yang salah bukan awak. Sepatutnya saya kena faham kita baru nak sesuaikan diri. Malam tu sepatutnya saya tegur awak bukan marah awak. Khilafnya saya sebagai seorang suami.” Kesal dengan dirinya sendiri.
“Kita sama-sama salah. Kita perlukan masa lagi untuk faham isi hati masing-masing. Tak apa lepas nie kita sama-sama saling ingatkan masing-masing. Mudah-mudahan apa yang jadi malam tu tak berulang lagi” Arra memegang tangan Aim dipandang wajah Aim sambil tersenyum.
Aim mengangguk setuju. Ditariknya tubuh Arra ke dalam pelukannya. Arra tersenyum dalam pelukan suaminya.
------------------------------------
Hujung minggu nie waktu yang paling Aim nanti-nantikan. Sebab? Haish, tanya lagi… nak pergi dating dengan isteri tercinta la.
“Best movie tadi?” Lepas tengok movie Aim dengan Arra pergi makan dekat restoran.
“Best giler… romantik habis hero tu. Dah la hensem.”
“Ehemmm… tiba-tiba sakit tekak pulak. Hero depan awak nie tak cukup hensem ke?” nampak sangat jeles Aim nie. Muka masam ja.
Arra dah tergelak kecil. Aim bila jeles telinga dia akan jadi merah. Arra suka tengok nampak comel sangat! Wah… Arra dah angau sama Aim.
“Hero tadi hensem tapi… hero kat depan saya nie lagi hensem…”
“Ye ke? Nie yang bertambah sayang lagi nie… lepas nie kita pergi shopping pulak.” Dengar-dengar ja Arra cakap macam tu. Sengih melebar Aim, hilang terus muka masam dia.
Arra pulak menyegih. Dalam hati… ‘Pantang dipuji terus ajak pergi shopping. Kena puji selalu Aim nie. Hari-hari dapat pergi shopping.’
Lepas habis makan Arra ajak cari novel.
“Takkan beli novel ja? Beli la benda lain pulak. Baju tak nak?” bahagia betul dapat hubby murah hati macam nie.
“Baju? Ok jugak… jom.” Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Mana ada kucing tolak ikan… tunggu lagi? Aim dah baik punya offer Arra rembat ja la.
“Baju nie cantik. Kena dengan warna kulit awak.” Aim bagi cadangan. Memang sporting habis Aim nie tu yang Arra rasa suka pulak keluar shopping dengan Aim. Aim tak macam lelaki lain. Bak kata omputih. Very friendly and understanding la.
“Cantik-cantik… pandai awak pilih. Nak try la.” Tersengih lebar Aim, Arra puji dia.
Sementara menunggu Arra mencuba baju Aim tengok pula beberapa baju lain untuk Arra, hari nie memang niat di hatinya nak memanjakan isterinya tu.
“Cantik tak?” Arra menggayakan baju tadi depan Aim.
Terpegun Aim tengok. Arra memang cantik. Dia bergerak merapati Arra. Betul-betul rapat… dibisikkan ke telinga Arra.
“Cantik sangat… macam bidadari.”
Arra hanya menunduk… malu dipuji sebegitu. Tapi dalam hati tu berbunga-bunga suka!
Kemudian mereka bergerak ke bahagian lain pulak. Bila tiba di bahagian wanita Arra rasa nak beli sesuatu. “Awak tunggu sini… kejap lagi saya datang. Saya nak pergi bahagian wanita jap.”
“Kenapa pulak? Saya nak ikut. Tak kira.”
“Mana boleh tu bahagian barangan wanita. Tadi tu tak pa la. Kawasan baju terbuka. Saya nak cari barang kejap. Tunggu sini, jangan ikut!” Arra dah warning Aim siap-siap.
Agak-agak Aim ikut tak cakap Arra tu???
Apa yang Arra cari dah jumpa… apa lagi kalau bukan barang dalaman wanita. Tu pasal mati-mati dia tak nak Aim ikut, takkan nak mencari ehem-ehemnya dengan Aim kot? Malu la kawan. Masa nak bergerak ke arah Aim tiba-tiba matanya menangkap sehelai baju tidur yang sangat cantik. Lembut ja warna pink.
“Cantik jugak gaun tidur nie… tapi humaiahhh seksi habis. Kalau Aim tengok mau berpinar mata dia. Hehe” Arra tersenyum sendiri.
“Mana ada berpinar… suka lagi ada la. Mesti seksi habis kalau awak pakai. Kita beli ek?” Tiba-tiba Aim berbisik dengan nada suara yang romantik di telinga Arra.
Terkejut gila Arra, kelam-kabut baju tadi diletak balik.
“Kenapa simpan balik? Beli lah.”
“Tak nak la… seksi sangat.” Arra waktu cakap tu bukan pandang muka Aim pun. Malas nak tengok muka gatal Aim tu. Rasa nak lempang ja. Kalau dah laki tu laki la jugak.
“Ala, beli lah… seksi depan saya ja. Ok apa? Kita beli!” Aim dah ambik baju tu.
“Awak beli awak yang pakai. Saya tak nak pakai.” Arra menyilang tangan.
“Takkan saya nak pakai kot? Agak la, kita beli.” Aim buat keputusan
“Tak nak beli.”
“Beli… awak pakai.”
“Hish, degil! Orang tak nak la.”
“Awak tu yang degil. Beli jugak.” Aim tak mau mengalah.
Tiba-tiba…
“Err, encik… jadi tak beli baju tu?” sekali promoter tanya daa. Barulah Aim dengan Arra sedar yang banyak mata-mata sedang memandang ke arah mereka yang tengah bergaduh pasal baju tidur seksi tu! Adoi, memalukan sungguh.
“Err, beli-beli…” Aim menghulurkan baju tu.
“Kenapa beli? Saya tak nak pakai la.” Arra menjegil mata. Tapi nada suara dah diturunkan nanti orang tengok lagi.
“Tak kira… saya dah beli awak kena pakai jugak. Tak baik ingkar cakap suami.”
“Huh… jangan harap. Awak pakai la sendiri baju tu.” Arra terus meninggalkan Aim.
------------------------------------
“Assalamualaikum…” Aim memberi salam.
“Waalaikummussalam. Isk, isk…” Arra menjawab sambil sedu. Aim pelik.
“Nie kenapa pulak yang menangis nie?” sambil mengusap air mata di pipi Arra.
“Tu, cerita Hindustan nie ha… sedih! Awak tengok hero dia mati kena tembak dengan senapang gajah. Kesian heroin tu. Tak sempat naik pelamin. Wuaa! Sedih….” Arra mengelap air matanya.
Berkerut muka Aim menahan gelak dengar penjelasan Arra. Tiba-tiba dia bangun ke arah televisyen.
“Papp!” ditamparnya televisyen tu.
“Kenapa pukul tv tu?” Arra pelik.
“Sebab dia buat awak menangis. Nak pukul penjahat yang bunuh hero tu saya tak boleh. Saya pukul ja la tv nie.”
Arra dah berhenti menangis, tapi gelak pulak. Pandai Aim buat dia gelak.
“Ha, kan cantik tu kalau gelak macam nie.” Aim senyum. Kemudian dia terus membaringkan kepalanya atas riba Arra yang tengah bersila masa tu.
Arra segan sebenarnya tapi tak sampai hati pulak nak menolak kepala Aim, nampak letih mukanya masa tu. Arra cuma mampu senyum ja. Tangannya mengusap lembut rambut Aim.
“Kita pergi honeymoon nak?” terhenti usapan Arra.
“Honeymoon? Kat mana?”
“Jepun.” Aim senyum…
“Tak awal sangat ke?
“Awal apanya? Dah 4 bulan kita kahwin… orang seminggu lepas kahwin dah pergi honeymoon tau.” Aim mencuit lembut hidung isterinya tu.
“Ermm, dah 4 bulan kita kahwin ya. Sekejapnya masa.” Arra termenung.
“Nampak sangat awak bahagia kahwin dengan saya sampaikan masa 4 bulan tu awak cakap sekejap… dah jatuh hati dengan saya ek?” Aim ketawa mengekek, sengaja nak mengusik Arra.
Arra mencebik. “Perasan… mana ada. Dah la bangun kepala berat macam bapak gajah!” terus ditolaknya kepala Aim sampai jatuh.
“Eleh, saya bapak gajah… awak mak gajah. Nanti coming soon… anak-anak gajah pulak. Alolo, so sweet family la kita nie… haha.” Aim dah berguling-guling atas karpet.
Arra menggigit hujung bibir.
“Eii, kita nak pekena dia, dia pekena kita pulak. Malam nie awak tidur luar saya kunci pintu bilik. Padan muka!” Arra terus berlari ke tingkat atas.
“Eh, janganlah!” Aim terus mengejar Arra tapi tak sempat, pintu bilik dah dikunci dari dalam.
“Arra bukak la pintu, kalau awak tak bukak cancel pergi Jepun.” Pintu bilik diketuk lagi.
“Krekk!” Terus pintu bilik dibuka dari dalam.
“Eh, tadi janji nak pergi. Mana boleh cancel-cancel… saya acah ja tadi. Hehe. Takkan la saya nak bagi hubby tercinta saya nie tidur luar.” Arra tersengih-sengih tangannya menyapu bahu Aim seolah-olah buang habuk.
“Jadikan pergi Jepun?” Arra kelip-kelip mata sambil buat muka comel. Aim hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat keletah Arra.
Sejak-sejak dah baik dari gaduh hari tu… hari-hari hidup mereka dipenuhi dengan senda gurau. Bahagia!
------------------------------------
Bulan Jun nanti adik Aim, Amani akan berkahwin. Arra banyak tolong dalam majlis adik iparnya tu. Langsung tak berkira duit mahupun tenaga. Sedikit sebanyak tersentuh la jugak hati Ummu tengok keikhlasan hati Arra tu. Sekali pun dia tak pernah nampak Arra merungut bila kena marah dengan dia. Malawan cakap lagilah tak pernah. Makan pakai keperluan Aim pun Arra jaga dengan sebaiknya. Aim pun makin happy… kenapa dia susah sangat nak layan Arra baik-baik? Kadang-kadang tu terdetik jugak persoalan tu di hatinya.
“Ummu, kalau Arra susun coklat buat bentuk hati cantik tak? Lepas tu kita gubah bunga-bunga lili putih sikit tepi coklat nie ok?”
Ummu hanya mengangguk. “Buat lah, cantik juga tu.”
Arra tersenyum melihat reaksi positif ibu mertuanya. Mungkin sebab orang ramai kat rumah tu yang Ummu tak marah-marah dia. Tapi Arra tak kisah.
“Pandai menantu kau ni Wani… dah la cantik, budi pekerti pun elok… pandai mengubah pulak tu. Bertuah betul kau.” Hajah Noraini memuji Arra di hadapan Ummu. Nama betul Ummu… Alwani Hanisa. Sedap kan?
“Hurmm… biasalah… menantu aku memang bagus-bagus.” Ada nada bangga di situ bila orang puji Arra.
“Ha, nasib baik Aim kahwin dengan Arra kalau tak mana Ummu nak dapat menantu sesempurna dan secantik Arra nie. Kan sayang kan?” Aim mengenyit mata kepada Arra. Tiba-tiba ja muncul Aim nie. Arra menjeling Aim sedas.
“Hisy, yang kamu menyibuk dekat orang perempuan nie buat apa? Tu pergi tolong orang laki dekat luar sana.” Ummu memarahi Aim.
“Kejap ja… rindu kat isteri Aim nie…” Terus dicium pipi Arra kemudian berlari keluar rumah. Macam budak-budak.
Arra memegang pipinya sambil menunduk muka. ‘YaALLAH malunya aku rasa… mak cik-mak cik semua tengok aku sambil tersengih-sengih… malunya! Aim nie memang la…’ Arra merungut dalam hati.
“Amboi, dah dekat setahun kahwin… tapi macam pengantin baru lagi aku tengok anak menantu kau nie Wani. Bahagia. Tak lama lagi bertambah la ahli keluarga kau ya.”
Ummu tersenyum bangga lagi. Haish, riak betul ibu mertua dia nie.
“Ala, macam aku dengan ayahnya si Aim dulu-dulu la… mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.” Ummu pun nak jugak…
Arra muka dah menunduk cecah lantai dah. Malu! Muka dia merah gila-gila masa tu. ‘Apahal la Aim nie tetiba jadi romantik tak bertempat. Depan mak cik-mak cik pulak tu! Tak professional langsung Aim nie.’ Arra merungut dalam hati.
------------------------------------
“Saja cari nahas kan? buat mengada depan kawan-kawan Ummu tadi petang.” Arra bercekak pinggang depan Aim yang tengah lepak dalam bilik sambil tengok tv.
“Mengada apa pulak. Betul la tadi tu rindu.” Aim menjawab slumber.
“Hish, kot ya pun… tak payah buat depan mak cik- mak cik tu. Malu tau tak saya. Semua mengusik saya tadi.” Arra tarik muncung. Dihempasnya badan atas sofa.
Aim menggeleng kepala. Dia bangun dan duduk di sebelah Arra. Tangannya memeluk bahu Arra. Arra menolak tangan lelaki dari memeluk bahunya. Tapi Aim peluk lagi kuat.
“Alolo… comelnya isteri saya nie merajuk. Tengok tu dia muncung macam mulut katik. Comel. Hahaha.”
“Aimran Al-Helmy! Saya tengah marah nie.” Arra mencebik.
“Ok-ok serius. Awak beruntung tau dapat suami hensem yang kacak lagi penyayang macam saya.”
“Perasan.” Arra menjuling mata ke atas.
“Tak tau ke suami awak nie seorang yang romantik…” Aim berbisik lembut di telinga Arra.
Arra terdiam. ‘Hayy, lain macam ja laki aku nie.’
Tiba-tiba dagunya dipaut Aim supaya memandang Aim. Lama mereka bertatapan sebelum tiba-tiba bibirnya menjadi mangsa Aim. Mata Arra membulat. Terkejut!
Aim melepaskan bibir Arra. Arra mengigit hujung bibirnya. Tak sangka Aim berani buat macam tu. Selama nie Aim langsung tak pernah ambik kesempatan. Tapi ambik kesempatan ke nie? kalau ya kenapa Arra tak marah?
Ruang sepi antara mereka. Masing-masing masih tak percaya dengan apa yang terjadi.
“Err… terima kasih puji saya depan Ummu tadi.” Arra bercakap sambil muka tunduk ke lantai.
“No need to thanks, I really meant what I say. My wife is perfect and beautiful to me. Saya ikhlas.” Aim tersenyum sambil memandang Arra.
Panas, panas! Arra dah rasa darah naik ke muka. Macam first time bercinta ja dia rasa. ‘Err, dah jatuh cinta ke aku nie?’ terdetik soalan tu dalam dirinya.
“Saya nak mandi dulu. Nanti malam nak kena tolong Amani lagi buat hantaran dia.” Terus Arra bangun dan masuk ke bilik air. Sebaik menutup pintu bilik air… Arra bersandar di pintu memegang dadanya. Jantungnya bergegup kencang! Petanda apa nie?
Arra menutup muka dengan kedua belah tangannya bila teringatkan balik Aim dah jamah bibir dia.
“Malunya….”
Tu baru Arra… Aim pulak?
Aim memegang dadanya, jantungnya pun berdegup macam nak pecah. Laju semacam… dia sendiri tak sangka dia akan buat macam tu. Spontan! Geram sangat tengok bibir comel tu muncung tu.
“Best la rasa nak buat lagi.” Dia dah mula tersengih sorang-sorang.
To be continued...
P/s : Gatal + Nakal Aim nie... ambik kesempatan ya dekat Arra... notty! hehe. Putik2 cinta dah mula nak tumbuh antara Aim dengan Arra. Tapi tu la dah nama pun suami isteri mesti ada gaduh-gaduh sikit kan. Well, tapi Aim dengan Arra dah baik balik! So, what's next? Tunggu final part... :D